Download - Group 4 dectar ukm
KKSB3173 KEMUDAHAN BANGUNAN II
SISTEM PENUAIAN AIR HUJAN PADA
BANGUNAN DEWAN CANSELOR TUN
ABDUL RAZAK
(DECTAR) UKM
PENSYARAH:
PROF. MADYA SR. DR. ADI IRFAN BIN CHE ANI
PELAJAR:
MOHAMAD AL-HAFIZ BIN MOHD SAHARUDDIN A144326
NIK MUHAMAD AMIN BIN NIK MUHAMMAD JAPLUS A144332
WAN NURDIANAH BT ROSMIN A144343
KEMUDAHAN BANGUNAN SISTEM PENUAIAN HUJAN
2 | M u k a s u r a t
PENGENALAN
Air merupakan keperluan hidup yang utama sama ada kepada manusia mahupun ekosistem
semulajadi.Penggunaan air bersih boleh dibahagikan kepada sektor domestik, industri dan
pertanian. Menurut AWER (2010), ia meramalkan pertambahan yang drastik di dalam
permintaan bekalan airpada tahun 2020. Maka konsep penuaian hujan telah dikemukakan
bagi menampung bekalan air yang sedia ada di mana bekalan itu kerap terputus akibat
daripada masalah-masalah yang timbul seperti paip bocor, catuan air dan juga pembaik
pulihan saluran paip. Penuaian air hujan dilihat sebagai sumber alternatif yang mengarahkan
kepada teknologi hijau yang selamat . Sistem ini bukan sahaja bertujuan untuk melambatkan
aliran air larian permukaan malah ianya juga dijadikan sebagai sumber bekalan air alternatif
yang percuma dan selamat digunakan. Kawasan tadahan bagi sistem ini adalah keluasan
bumbung bangunan. Sistem ini mempunyai dua fungsi utama iaitu sebagai ‘On Site
Detention’ dan Penuaian Air Hujan. ‘On Site Detention Storage’ berfungsi untuk
melambatkan aliran air larian permukaaan yang mana dengan menahan seketika air hujan.
Manakala tangki penuaian air hujan adalah berfungsi sebagai bekalan air hujan untuk
kegunaan di tandas, landskap, membasuh kereta dan sebagainya.
Kelebihan Penggunaan Sistem Penuaian Air Hujan dalam bangunan ialah:-
1. Dapat menjimatkan penggunaan air bersih
2. Mengurangkan bil air
3. Melambatkan air larian permukaan
4. Mengatasi masalah bekalan air di kawasan-kawasan pendalaman
KEMUDAHAN BANGUNAN SISTEM PENUAIAN HUJAN
3 | M u k a s u r a t
OBJEKTIF KAJIAN
Objektif kajian ini adalah seperti berikut:
1) Mengenalpasti keupayaan tapak lokasi kajian di Universiti Kebangsaan Malaysia yang
paling sesuai atau berpotensi untuk mengaplikasikan sistem penuaian air hujan.
2) Menentukan atau meramal pengiraan penjimatan air setelah diaplikasi sistem penuaian air
hujan serta kemampuannya dalam pengurangan kos bil air.
LOKASI KAJIAN
Lokasi kajian bagi menentukan sistem penuaian air hujan ini untuk mengaplikasikan pada
Bangunan Dewan Canselor Tun Abdul Razak (DECTAR), Universiti Kebangsaan Malaysia
.Pelbagai aspek yang telah diambil kira dalam penentuan lokasi kajian, antaranya ialah kadar
taburan air hujan harian yang diterima pada sesuatu kawasan. Selain itu, lokasi kajian yang
dipilih merupakan suatu kawasan yang melibatkan pelbagai aktiviti yang menjadikan
kaswasan tersebut sebagai satu tumpuan dalam Universiti Kebangsaan Malaysia
Hal ini bertujuan untuk memenuhi keperluan penggunaan air dalam kalangan komuniti
fakulti serta mengurangkan kebergantungan terhadapsumber air bersih yang dibekalkan oleh
syarikat bekalan air yang dilantik. Selain itu, cadangan pembinaansistem penuaian air hujan
di bangunan ini adalah bertujuan sebagai persediaan sumber air alternatifkepada komuniti
apabila berlakunya gangguan air pada suatu tempoh yang panjang.
KEMUDAHAN BANGUNAN SISTEM PENUAIAN HUJAN
4 | M u k a s u r a t
KAEDAH KAJIAN
Kaedah yang digunakan untuk menghasilkan laporan ialah kaedah kuantitatif. Kaedah ini
merupakan suatu bentuk kajian bagi mengumpul serta mendapatkan maklumat-maklumat
yang dikehendaki. Pelbagai sumber bacaan telah dirujuk bagi dalam proses memperolehi
maklumat mengenai sistem penuaian air hujan.
Antara sumber bacaan yang dirujuk ialah dari Arkib Jabatan Senibina UKM seperti contoh-
contoh laporan yang berbentuk thesis mengenai aplikasi sistem penuaian air hujan pada
sesebuah bangunan. Selain itu, sumber bacaan yang dirujuk adalah dari laman web bagi
mendapatkan maklumat yang mengandungi tentang sistem penuaian air hujan dari segi
komponen, jenis, kepentingannya dan sebagainya.
Berdasarkan maklumat-maklumat yang telah diperolehi melalui kaedah kajian kuantitatif,
beberapa idea telah dibuat bagi menghaslkan langkah untuk menyesuaikan rekabentuk sistem
penuaian air hujan dengan subjek atau bangunan yang telah dipilih dalam kajian iaitu
bangunan Dewan Canselor Tun Abdul Razak (DECTAR) UKM agar mencapai objektif yang
telah digariskan.
KEMUDAHAN BANGUNAN SISTEM PENUAIAN HUJAN
5 | M u k a s u r a t
DEFINISI SISTEM PENUAIAN AIR HUJAN
Sistem Penuaian Air Hujan ialah teknik di mana air hujan dikumpul daripada bumbung dan
kemudiannya disalurkan ke tangki-tangki penyimpanan air hujan sebelum digunakan
KEGUNAAN AIR HUJAN
Air hujan boleh digunakan dalam dua perkara iaitu untuk minuman dan bukan untuk
minuman seperti dalam kegunaan domestik, contohnya membasuh baju, landskap, membasuh
kereta dan sebagainya. Namun begitu, untuk air hujan digunakan untuk minuman, rawatan
terhadap air hujan itu hendaklah dibuat terlebih dahulu. Hal ini kerana air hujan mengandungi
plumbum, sejenis toksik logam yang boleh memberi kesan yang negatif terhadap kesihatan.
Bagi kegunaan bukan minuman pula, rawatan tidak perlu dikendalikan ke atas air hujan,
sebaliknya boleh terus menggunakannya setelah mengumpul jumlah air hujan yang
diperlukan.
KEPERLUAN AIR HUJAN DALAM KEGUNAAN DOMESTIK
KEMUDAHAN BANGUNAN SISTEM PENUAIAN HUJAN
6 | M u k a s u r a t
KATEGORI PENUAIAN AIR HUJAN
Penuaian air hujan dibahagikan kepada beberapa kategori iaitu skala kecil, sederhana dan
besar. Skala kecil dan sederhana lebih melibatkan kegunaan domestik manakala skala besar
melibatkan tebatan banjir dan tanaman.
ELEMEN SISTEM PENUAIAN AIR HUJAN
Sistem Penuaian Air Hujan terdapat beberapa elemen yang terdiri daripada permukaan
tadahan, ‘guttre dan downspout’, penapisan, tangki simpanan dan rawatan ‘purification’yang
mempunyai fungsi mereka sendiri.
KEPENTINGAN SISTEM PENUAIAN AIR HUJAN
KEMUDAHAN BANGUNAN SISTEM PENUAIAN HUJAN
7 | M u k a s u r a t
Sistem Penuaian air hujan mempunyai beberapa kepentingan iaitu:
1) Sumber bekalan air mampan:
a) Penuaian air hujan dapat menjimatkan air terawat serta mengurangkan
penebangan hutan
b) Penuaian air hujan dapat melambatkan air larian permukaan yang boleh
membantu kawasan banjir
2) Mengatasi Masalah Bekalan air
a) Dijadikan sebagai alternatif sumber air bagi mengatasi krisis air
3) Dapat mengurangkan bayaran bil air
a) Penggunaan air hujan untuk kegunaan domestic boleh menjimatkan 30%
hingga 60% daripada bil air.
KOMPONEN SPAH BANGUNAN
Terdapat lima komponen SPAH Bangunan. Antaranya ialah:
1) ‘Catchment area’: Kawasan permukaan untuk mengumpul air hujan seperti bumbung
2) ‘Conveyance’: Saluran paip yang menyalur air hujan dari kawasan tadahan air ke
tangki menyimpan air hujan
3) ‘First Flush’: Sistem untuk menapis atau mengeluarkan bahan-bahan kotor dam
sampah dengan menggunakan peranti yang berasingan
KEMUDAHAN BANGUNAN SISTEM PENUAIAN HUJAN
8 | M u k a s u r a t
4) ‘Storage Tanks’: Tangki untuk menakung air hujan
5) ‘Distribution’: Sistem untk menyalurkan air hujan untuk kegunaan harian sama ada
graviti atau pam
KEMUDAHAN BANGUNAN SISTEM PENUAIAN HUJAN
9 | M u k a s u r a t
PENGIRAAN PENJIMATAN SISTEM PENUAIAN AIR
Tarif Air
Penggunaan Kod Tarif Harga (RM) Jumlah Min
(RM)
Penggunaan Domestik
0-20 m³
21-35 m³
35 m³ dan ke atas
10
0.57
1.03
2.00
6.00
Komersial
35 m³
35 m³ dan ke atas
11
2.07
2.28
36.00
Jabatan Kerajaan 12 1.61 17.00
Tempat ibadah 13 0.46 6.00
Kapal 14 4.23
Organisasi kebajikan 15 0.58 6.00
* Kondominium/ Pangsapuri 17 1.38 173.00
* Flat Kos Rendah /
Pangsapuri
18 0.80 35.00
* Kem Tentera / Estates /
Govt. Quarters
21 1.00 12.00
Keperluan Simpanan per Kelengkapan MWA(2000)
Jenis aktiviti Keperluan simpanan
Mandi 450-900 liter/hari
Tab mandi 900 liter/hari
Water closet 180 liter/hari
Lavatory basin 90 liter/hari
Sinki 90 liter/hari
Urinal 180 liter/hari
Wash up sink 225 liter/hari
KEMUDAHAN BANGUNAN SISTEM PENUAIAN HUJAN
10 | M u k a s u r a t
KAJIAN KES: BANGUNAN DEWAN CANSELOR TUN ABDUL RAZAK
Latar Belakang Dewan Canselor Tun Abdul Razak (Dectar)
Dewan Canselor Tun Abdul Razak merupakan sebuah dewan utama yang tertua dan terbesar
di Universiti Kebangsaan Malaysia. Dibina pada 1971, di atas keluasan 3.5 hektar, ia mula
digunakan untuk majlis konvokesyen sejak tahun 1973 lagi. Dewan ini juga digunakan untuk
acara-acara rasmi universiti lain seperti peperiksaan akhir semester, majlis anugerah
kakitangan, jamuan hari raya dan sambutan ambang merdeka yang menjadi tumpuan bukan
sahaja kepada warga UKM, malah untuk pihak-pihak luar. Dewan Canselor Tun Abdul
Razak (Dectar) mempunyai empat aras secara keseluruhannya. Ketiga-tiga aras ini
menempatkan pelbagai jenis ruang seperti auditorium, auditorium panggung seni, pejabat,
studio latihan, tandas dan sebagainya.
Rajah menunjukkan maklumat asas bagi Dewan Canselor Tun Abdul Razak (Dectar)
Sumber : Pusat Kebudayaan Universiti UKM
Namun begitu, kajian rekabentuk sistem penuaian air hujan yang hendak dijalankan tetumpu
kepada tiga aras sahaja iaitu pada aras bawah, aras satu dan aras dua. Ketiga-tiga aras ini
dipilih disebabkan beberapa faktor. Antaranya adalah ketiga-tiga aras ini adalah aras yang
KEMUDAHAN BANGUNAN SISTEM PENUAIAN HUJAN
11 | M u k a s u r a t
boleh dan sering diakses oleh pengguna. Selain itu, jumlah pengguna bagi ketiga-tiga aras ini
juga turut diambil kira. Aras tiga pada dewan ini adalah ruang privasi yang mana khas kepada
pegawai teknikal untuk kerja-kerja penambaikan.
Aras Bawah
Aras bawah ini merupakan kawasan utama bagi dewan ni. Ia menempatkan ruang-ruang
penting seperti auditorium utama, auditorium panggung seni, tandas, bilik menunggu orang
kenamaan dan stor-stor alat muzik dan alatan teknikal. Merupakan kawasan tumpuan bagi
pengunjung kerana terdapatnya pintu masuk utama dan ruang legar atau foyer.
Rajah menunjukkan kawasan yang perlu sistem penuaian air hujan bagi aras bawah
Aras Satu
Aras satu juga merupakan salah satu kawasan yang mempunyai jumlah pengguna yang ramai
dalam satu-satu masa. Di aras ini terletaknya mini cafeteria, tandas, laluan untuk ke
auditorium utama, bilik orang kenamaan, studio latihan dan pejabat. Dianggarkan kira-kira
seramai 25 orang kakitangan yang bekerja pada aras satu ini dalam satu-satu masa.
KEMUDAHAN BANGUNAN SISTEM PENUAIAN HUJAN
12 | M u k a s u r a t
Rajah menunjukkan kawasan yang perlu sistem penuaian air hujan di aras satu.
Aras Dua
Bagi aras dua pula, jumlah pengguna juga tinggi kerana terdapat ruang-ruang penting seperti
tandas, pejabat pusat kebudayaan UKM dan studio latihan seperti studio menari, studio
lakonan, studio dikir barat dan studio teater. Selain itu, pada aras dua juga terdapat bilik jubah
yang menempatkan jubah-jubah untuk majlis konvokesyen.
Rajah menunjukkan kawasan yang perlu sistem penuaian air hujan bagi aras dua.
KEMUDAHAN BANGUNAN SISTEM PENUAIAN HUJAN
13 | M u k a s u r a t
Komponen sedia ada pada Dewan Canselor Tun Abdul Razak
No Komponen Kegunaan
1 Kawasan tadahan / bumbung
(collection area) Permukaan tadahan untuk air hujan yang
dikumpul.
2 Kawasan pengumpulan air hujan
(gutter) Merupakan komponen utama untuk
pengaliran air bagi setiap pembinaan.
Komponen ini perlu diselenggara dengan
baik untuk memastikan sistem
pengaliran air berfungsi dengan baik dan
untuk mengelakkan saliran air tersumbat
daripada bahan terasing seperti daun dan
sebagainya.
3 Aliran air hujan (downpipe) Komponen ini sangat berpotensi untuk
sistem penuaian air hujan.
Komponen ini menjadi saliran khusus
kepada air hujan yang telah dikumpul di
bahagian bumbung dewan.
4 Aliran air hujan /longkang
(drainage) Longkang elemen penting untuk proses
pengaliran air hujan.
Berpotensi untuk dijadikan sebagai salah
satu daripada elemen sistem penuaian air
hujan.
Namun, untuk proses penuaian air hujan,
aliran air hujan di longkang ini perlulah
ditapis (komponen penapisan) sebelum
masuk ke tangki simpanan untuk
mengelakkan air tercampur dengan
benda asing seperti debu.
5 Kawasan cadangan tangki simpanan
air hujan. Cadangan kawasan tangki simpanan air
hujan adalah dibawah tanah.
Keperluan Sistem Penuaian Air Hujan
Sistem penuaian air hujan dapat digunakan untuk pelbagai perkara antaranya adalah sebagai
sumber pengaliran pengairan untuk landskap, sumber air bersih dirumah dan sebagainya.
Namun begitu, untuk mendapatkan sumber air yang benar-benar bersih bagi tujuan kegunaan
harian seperti untuk diminum atau memasak, ia memerlukan pelbagai kaedah rawatan air
yang lebih rumit dan sudah tentu ia memerlukan kos yang lebih banyak. Oleh yang demikian,
bagi sistem penuaian air hujan yang akan direkabentuk pada Dewan Canselori, ianya hanya
akan berfungsi untuk kegunaan tandas sahaja.
*gambar tandas dewan sinki
KEMUDAHAN BANGUNAN SISTEM PENUAIAN HUJAN
14 | M u k a s u r a t
Anggaran Penggunaan Air
Anggaran untuk setiap pengepaman yang dilakukan, sebanyak 6 liter air digunaakan untuk
setiap pengepaman. Bagi dewan canselori ini, terdapat seramai 52 orang kakitangan tetap
yang dianggarkan akan menggunakan tandas sebanyak 3 kali sehari. Namun, sekiranya
terdapat aktiviti besar yang dianjurkan oleh pihak universiti di dewan tersebut, jumlah
penggunaan akan meningkat berikutkan peningkatan jumlah pengguna yang meningkat.
Anggaran penggunaan bagi 52 orang kakitangan
1 meter cube = 1000 liter = RM 1.61
1 liter = RM 0.00161
6 liter x RM 0.00161 x 3 = RM 0.02898 (harga bagi seorang)
52 orang x RM 0.02898 = RM 1.51 (untuk 1 hari)
RM 1.51 x 26 hari = RM 39.26 (1 bulan)
12 bulan x RM 39.26 = RM 471.12 (1 tahun)
Berdasarkan pengiraan diatas, setiap individu akan menghabis sebanyak 18 liter air seorang
untuk tujuan pengepaman dalam masa sehari. Jumlah kos yang diperlukan bagi 18 liter air
tersebut adalah sebanyak RM 0.02898 sehari. Sekiranya jumlah ini digandakan berdasarkan
jumlah kakitangan yang terdapat di dewan canselori, jumlah kos pengepaman untuk sehari
adalah sebanyak RM 1.51. Bagi kos bulanan pula, RM 39.26 diperlukan untuk membiayai
kos pengepaman tersebut. Manakala jumlah kos untuk setahun pula adalah sebanyak RM
471.12. jumlah air yang diperlukan untuk menampung penggunaan tandas untuk 52 orang
kakitangan adalah sebanyak 936 liter sehari.
KEMUDAHAN BANGUNAN SISTEM PENUAIAN HUJAN
15 | M u k a s u r a t
RAJAH SKEMATIK SISTEM PENUAIAN AIR HUJAN PADA DECTAR
Rajah diatas menunjukkan pelan skematik aliran penuaian air hujan
KEMUDAHAN BANGUNAN SISTEM PENUAIAN HUJAN
16 | M u k a s u r a t
Air hujan yang turun akan dialirkan kepada gutter melalui permukaan bumbung seluas 64.4
meter x 64.4 meter. Seterusnya, air hujan tersebut akan terus dialirkan ke bawah ke dalam
tangki simpanan (storage tank) yang mana berfungsi untuk menyimpan air hujan dan akan
disalurkan ke semua tandas pada bangunan dewan canselor.
Rajah diatas menunjukkan lokasi tangki simpanan sistem penuaian air hujan
KOS PENJIMATAN AIR
Saiz bumbung = 64.4 m x 64.4 m
Jenis bumbung = zink/ metal
Luas bumbung = 4147.36 sq.m
Bilangan pengguna = 52 orang
Jumlah pengepaman tandas = 936 liter (sehari)
Cadangan saiz tangki simpanan = 10 cu.m
KEMUDAHAN BANGUNAN SISTEM PENUAIAN HUJAN
17 | M u k a s u r a t
Hasil perisian daripada TANGKI NAHRIM
KEMUDAHAN BANGUNAN SISTEM PENUAIAN HUJAN
18 | M u k a s u r a t
Jumah penerimaan air hujan (7670 hari) = 6757.92 cu.m
Purata penerimaan untuk sehari = 0.88 cu.m
1 meter cube = 1000 liter = RM 1.61
0.88 meter cube x RM 1.61 = RM 0.00141
6 liter x RM 0.00141 x 3 = RM 0.02538 (harga bagi seorang)
52 orang x RM 0.02898 = RM 1.31 (untuk 1 hari)
RM 1.31 x 26 hari = RM 34.06 (1 bulan)
12 bulan x RM 34.06 = RM 408.72 (1 tahun)
Hasil kiraan kos penjimatan air yang telah dilakukan berdasarkan keluasan bumbung dan
purata penerimaan air hujan untuk sehari, sistem penuaian air hujan ini jelas dapat
membantu menggurangkan kos bil air sebanyak RM 408.72 dengan menggunakan saiz
tangki simpanan berukuran 10 cu.m. berbanding kos yang dikenakan oleh SYABAS iaitu
sebanyak RM 471.12.
KESIMPULAN
Sistem penuaian air hujan adalah contoh sistem yang optional bekalan air yang boleh diguna
pakai dalam industri dan juga perkhidmatan. Kajian sistem penuaian hujan terhadap Dewan
Canselori Tun Abdul Razak (DECTAR) dapat dijadikan sebagai sumber bekalan air
alternatif yang percuma dan selamat digunakan. Kegunaan harian yang digunakan dalam
konteks Dewan Canselori Tun Abdul Razak (DECTAR) ialah sebagai bekalan air hujan
untuk kegunaan di tandas. Kajian ini telah menunjukkan bahawa keadaan meteorologi
tempatan khususnya di Bandar Baru Bangi dan Kajang adalah bersesuaian untuk
dibangunkan sistem ini. Dengan mengaplikasikan sistem penuaian hujan pada bangunan
kajian,beberapa kelebihan dapat dipraktikkan oleh pengguna. Antaranya ialah dapat
menjimatkan penggunaan air bersih, mengurangkan bil air dan mengurangkan
kebergantungan terhadap system bekalan air daripada pihak Syabas.