PENAUNG
Dato’ Ir. Hj. Abdul Jalil bin Hj. Mohamed, DSAP., DIMP.
PENASIHAT
Dato’ Hj. Othman bin Nordin, DIMP.
PENYELARAS
Ir. Illias bin Husain, SMP.
PEMBANTU PENYELARAS
En. Mohd Rosemainisham Bin Mangsol
KETUA EDITOR
Pn. Rabiatul Adawiyah binti Hj. Zamri
Pena Pengarah
PENOLONG KETUA EDITOR
En. Baharom Bin Abd. Ghani
PEREKA GRAFIK
En. Umar bin Osman
BULETIN JKR PAHANG
EDISI 2/ 2017
PENOLONG KETUA EDITOR
En. Baharom Bin Abd. Ghani
PEREKA GRAFIK
En. Umar bin Osman
Sidang Redaksi
Dato’ Ir. Hj. Abdul Jalil
bin Hj. Mohamed, DSAP., DIMP.
1
Assalamualaikum wbt. Dan Salam Sejahtera
Alhamdulillah, bersyukur kehadrat Allah s.w.t di atas limpah dan kurniaNYA kita diberikan kesihatan yang baik serta kekuatan dalam menjalankan tugas sebagai khalifah di muka bumi ini.
Saya merakamkan ucapan tahniah dan syabas kepada sidang redaksi Buletin JKR Pahang yang telah menghasilkan buletin bilangan 2/2017 pada kali ini.
Sepanjang bulan Mei sehingga Ogos 2017, pelbagai program dan aktiviti yang telah dilaksanakan di JKR Pahang. Antaranya, mesyuarat Pegawai-Pegawai Kanan JKR Malaysia [SOC] 2017 yang telah berlangsung pada 22-24 Mei 2017. Selain itu, pelbagai kejayaan yang telah diraih oleh JKR Negeri Pa-hang antaranya 2 Pingat perak dalam ITEX 2017 serta kejayaan kontigen JKR Pahang dalam Sukan Semalaysia 2017 yang telah berlangsung di Terengganu pada 4-6 Ogos 2017.
Akhir kata, semoga JKR Pahang terus melakar kejayaan dan kecemerlangan di masa akan datang.
Isi Kandungan
BIL KANDUNGAN MUKA SURAT
1 MESYUARAT PEGAWAI KANAN (SOC) JABATAN KERJA
RAYA MALAYSIA 2017
3
2 SAMBUTAN HARI INTEGRITI, MAJLIS ANUGERAH
PERKHIDMATAN CEMERLANG 2016, MERAIKAN PESARA
2017 DAN ANUGERAH TOKOH JKR PAHANG 2017
6
3 SAMBUTAN HARI RAYA 2017 8
4 SUKAN JKR MALAYSIA 2017 9
5 PROGRAM PENEMPATAN TUMPANGAN SAMBIL BELAJAR
YM TENGKU HASSANAL IBRAHIM ALAM SHAH IBNI
TENGKU ABDULLAH AL-HAJJ
10
6 SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN KE-60 11
7 AKTIVITI JKR PAHANG 12 - 15
BULETIN JKR PAHANG
EDISI 2/ 2017
M/S 3
M/S 6
M/S 10
2
MESYUARAT PEGAWAI KANAN (SOC) 2017, JABATAN KERJA RAYA MALAYSIA
Mesyuarat Pegawai Kanan JKR Malaysia (SOC) Ta-hun 2017 dengan tema 'Together We Deliver' telah diadakan pada 22-24 Mei 2017 bertempat di Bukit Gambang Resort, Kuantan, Pahang. Tema ini se-jajar dengan saranan YAB Perdana Menteri yang telah menyatakan tahun 2017 sebagai “Tahun Pen-yampaian”.
Mesyuarat ini melibatkan penyertaan seramai 400 orang pegawai-pegawai kanan JKR yang terdiri daripada Pengarah-Pengarah Cawangan dan Negeri, Jurutera-Jurutera Daerah dan Pegawai-Pegawai Kader dari seluruh Malaysia.
Objektif utama penganjuran mesyuarat tahunan ini adalah untuk mendengar mandat dan hala tuju kepimpinan, sebagai ruang intelek dan diskusi yang aktif dan proaktif, percambahan minda, per-kongsian ilmu dan pengalaman, serta sebagai plat-form kepada pegawai-pegawai JKR untuk saling bertukar buah fikiran dan pandangan serta mence-tus idea-idea baru lagi inovatif dalam usaha mening-katkan tahap profesionalisme demi mencapai kecemerlangan penyampaian jabatan.
BULETIN JKR PAHANG
EDISI 2/ 2017
3