Download - HBAE 3103 ASAL
Mohd Ridzuan 730713025449HBAE3103
1.0 Pengenalan
Seni Kraf merupakan salah satu daripada bidang seni selain daripada kesusasteraan,
seni musik, seni bina, kaligrafi, seni lukis dan teater. Apa yang dikatakan Seni Kraf
merupakan barangan yang dihasilkan dengan menggunakan kemahiran tangan. Terdapat juga
kraf yang memnggunakan alat bantuan atau peralatan mudah dalam penghasilannya. Antara
contoh barangan kraf yang terdapat di negara kita adalah seperti kain batik, kain songket,
ukiran pada rumah, ukiran pada masjid dan ukiran pada keris. Manusia dikatakan mempunyai
kebolehan tersendiri dalam menghasilkan segala bentuk hasil tangan mereka.
Definisi Kraf , "Keluaran Kraftangan" ertinya apa-apa keluaran artistik yang
mempunyai daya tarikan kebudayaan atau tradisional dan adalah hasil dari sesuatu proses
yang bergantung semata-mata atau sebahagiannya kepada kemahiran tangan dan termasuklah
apa-apa keluaran batik; dan "keluaran batik" ertinya apa-apa barang, walau bagaimanapun
dihasilkan, yang mempunyai rekabentuk batik pada atau di mana-mana bahagiannya.
Sumber: Akta 222-Akta perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia 1979
Kesenian berasal daripada perkataan Latin yang membawa maksud ’kemahiran, cara
atau kaedah’ (skill, way or method). Mengikut Herbert Read, dalam bukunya The Meaning
of Art, seni merupakan usaha untuk mencipta bentuk-bentuk yang menyenangkan. Nilai-nilai
indah, tidak cantik adalah bidang yang yang termasuk dalam seni dan nilai keindahan dalam
kehidupan manusia yang kadang-kadang lebih berpengaruh dalam bidang logik.
Drs. Sidi Gazalba dalam bukunya 'Pandangan Islam Tentang Kesenian' menjelaskan
bahawa kesenian adalah sebahagian daripada kebudayaan yang dicetuskan oleh sesuatu
kelompok manusia kerana setiap kelompok masyarakat mempunyai fitrah semulajadi yang
cinta kepada seni yang menyenangkan hati melalui pancaindera yang lima. Justeru itu,
manusia dikatakan sebagai makhluk seni yang cinta kepada sesuatu yang selamat,
memuaskan dan memberi kepuasan melalui pancaindera.
Al-Farabi menjelaskan seni sebagai ciptaan yang berbentuk keindahan, Al-Ghazali
pula menjelaskan seni dengan maksud kerja yang berkaitan dengan rasa jiwa manusia yang
sesuai dengan fitrahnya. Seni adalah sesuatu yang bersifat abstrak, dapat dipandang, didengar
dan disentuh oleh jiwa tetapi tidak dapat dinyatakan melalui kata-kata dan bahasa. Sukar
Mohd Ridzuan 730713025449HBAE3103
untuk mentakrifkan seni secara tepat sesukar untuk menerangkan konsep keindahan dan
kesenangan itu sendiri.
Eugene Johnson dalam 'The Encyclopedia Americana' menjelaskan seni (art) sebagai
kemahiran, misalnya seni pertukangan yang membawa erti kemahiran pertukangan. Dari segi
istilah ilmu berkebudayaan, ia membawa erti sebagai segala sesuatu yang indah. Keindahan
yang dapat menggerakkan jiwa, kemesraan, menimbulkan keharuan, ketakjuban, kesenangan
atau sebaliknya iaitu dendam, benci, cemas dan sebagainya.
Perbezaan antara seni Islam dengan bukan Islam ialah dari segi niat atau tujuan dan
nilai akhlak yang terkandung dalam hasil seni itu sendiri. Seni Islam merupakan sebahagian
daripada kebudayaan bagi kita masyarakat Malaysia yang majoritinya terdiri daripada orang
melayu yang beragama Islam. Walaupun seni merupakan salah satu unsur yang
disumbangkan tetapi Allah melarang penciptaan seni yang melampaui batas. Firman Allah
swt yang bermaksud : "Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang yang melampaui
batas." Keindahan merupakan salah satu ciri keesaan, kebesaran dan kesempurnaan Allah swt
lantas segala yang diciptakanNya juga merupakan pancaran keindahanNya.
Melihat kepada kenyataan ini jelas hasil kraf yang dihasilkan banyak bercirikan alam
semulajadi yang indah dan melambangkan kekuasaan penciptanya. Manusia dijadikan
sebagai makhluk yang paling indah dan paling sempurna. Bumi yang merupakan tempat
manusia itu ditempatkan juga dihiasi dengan segala keindahan. Allah swt bukan sekadar
menjadikan manusia sebagai makhluk yang terindah tetapi juga mempunyai naluri yang
cintakan keindahan. Di sinilah letaknya keistimewaan manusia yang tidak dimiliki oleh
makhluk lain sama ada malaikat, jin dan haiwan. Konsep kesenian dan kebudayaan dalam
Islam berbeza dengan peradaban Islam yang lain.
Dalam pembangunan seni, kerangka dasarnya mestilah menyeluruh dan meliputi
aspek-aspek akhlak, iman, matlamat keagamaan dan falsafah kehidupan manusia. Seni
mestilah merupakan satu proses pendidikan yang bersifat positif mengikut kaca mata Islam,
menggerakkan semangat, memimpin batin dan membangunkan akhlak.
Kesenian Islam menghubungkan keindahan sebagai nilai yang tergantung kepada
keseluruhan kesahihan Islam itu sendiri. Menurut Islam, kesenian yang mempunyai nilai
tertinggi ialah yang mendorong ke arah ketaqwaan, kema'rufan, kesahihan dan budi yang
Mohd Ridzuan 730713025449HBAE3103
mantap. Mementingkan persoalan akhlak dan kebenaran yang menyentuh aspek-aspek
estetika, kemanusiaan, moral dan lain-lain lagi.
Ertinya seni mestilah bersifat "Al-Amar bil Ma'ruf dan An-Nahy 'an Munkar"
(menyuruh berbuat baik dan mencegah kemungkaran) serta membangunkan akhlak
masyarakat, bukan membawa kemungkaran dan juga bukan sebagai perosak akhlak ummah.
Semua aktiviti kesenian manusia mesti ditundukkan kepada tujuan terakhir (keredhaan Allah
dan ketaqwaan). Semua nilai mestilah ditundukkan dalam hubunganNya serta kesanggupan
berserah diri. Seni juga seharusnya menjadi alat untuk meningkatkan ketaqwaan.
2.(A) Jenis Kraf Kelayu
Negara kita kaya dengan hasil kraf tersendiri. Antara hasil kraf yang terdapat di
Malaysia adalah seperti batik, ukiran, tenunan, anyaman, tenunan, tekatan, wau, gasing,
songket, tembikar dan barang perhiasan. Kraf ini merupakan warisan negara yang telah
diperturunkan oleh nenek moyang kita dulu kala dari satu generasi ke satu generasi hingga
kini. Seni kraf Melayu melambangkan hubungan yang erat antara orang Melayu dengan
agama Islam. Ini amat jelas jika diteliti hasil kraf yang dihasilkan sehingga kini.
2.1 Batik
Batik merupakan satu hasil kraf yang boleh dibanggakan sehingga kini ia merupakan
hasil yang diwarisi sejak dahulu. Sejak abad ke 15 Masihi lagi manusia telah menemui
kaedah pembuatan batik secara tradisional. Pada masa dahulu, masyarakat Melayu
menggunakan ubi kentang sebagai alat pengecap tetapi kini kain batik telah diusahakan
dengan menggunakan alat-alat moden. Biarpun dengan perkembangan masa namun jika
dilihat batik dahulu hingga sekarang masih banyak ciri-ciri yang sama.
Batik merupakan satu bidang kraftangan yang unggul di Malaysia. Batik mula
diperkenalkan di negara kita khususnya di negeri Kelantan sejak tahun 1910 lagi. Di alam
Melayu, sejenis batik yang dipanggil Batik Pelangi telah diperkenalkan sejak tahun 1770-an
lagi. Di Malaysia kebanyakan kilang perusahaan batik banyak terdapat di Kelantan dan
Mohd Ridzuan 730713025449HBAE3103
Terengganu. Batik boleh dibahagi kepada tiga jenis iaitu ; Batik blok, Batik conteng atau
lukis, dan Batik skrin.
2.1.1 Batik Blok
Perbezaan antara jenis-jenis batik ini adalah daripada teknik dan alatan membuat dan
menghasilkan batik itu sendiri. Contohnya, batik blok menggunakan blok tembaga yang
berukir dengan gaya ukiran timbul digunakan untuk menerap.
Blok penerap batik
2.1.2 Batik lukis / conteng
Bagi batik ini kemahiran melukis amat diperlukan kerana pencanting perlu melukis di
atas kain . Alat canting digunakan bagi melakar corak batik.
Mohd Ridzuan 730713025449HBAE3103
Proses mencanting kain
2.1.3 Batik skrin
Batik skrin berbeza dengan batik lain melalui kaedah melakar corak dan cara menerapkan
warna sahaja. Corak batik dibentuk di atas skrin yang diperbuat daripada kain polyster yang
berpengidang. Skrin dilekapkan di atas kain putih, proses pewarnaan dengan melalukan
warna di atas corak tadi dengan menggunakan sekuji. Cara begini akan diulang beberapa kali
dengan corak yang berlainan untuk mendapatkan corak batik yang lengkap. Ini disebabkan
satu skrin untuk satu warna sahaja.
2.2 Ukiran
Terdapat banyak kraf ukiran dalam masyarakat Melayu sejak dahulu. Antaranya
ukiran kayu, ukiran batu, ukiran logam dan ukiran perak dan ukiran emas.Ukiran merupakan
hasil seni rupa tradisi Melayu yang terulung. Sejarah seni ukir di Tanah Melayu banyak
terdapat dalam catatan-catatan sejarah iaitu sejak lebih 500 tahun dahulu.
2.2.1 Ukiran kayu
Ukiran ertinya mengukir sesuatu bahan seperti kayu dengan menggunakan alat
mengukir seperti pisau wali, ’carving tool’. Ukiran kayu tradisional dianggap sebagai hasil
kreativiti orang-orang Melayu yang unik dan dapat dilihat pada binaan istana, masjid, rumah
makam, kepala sampan, perabot serta barangan kegunaan harian.
Mohd Ridzuan 730713025449HBAE3103
Kebiasaannya ukiran Melayu tidak menggunakan warna tetapi di pantai
timur didapati penggunaan warna terdapat pada ukiran bangau perahu dan ukiran
alat muzik seperti rebab. Cat dan air perada emas digunakan juga di mihrab, mimbar dan
ukiran khat pada bangunan masjid di seluruh Semenanjung. Pada keseluruhannya
ukiran kayu Melayu menegaskan sifat keaslian bahan kayu yang digunakan yang
memaparkan jalinan selain kemasan.
2.2.2 Ukiran batu
Terdapat banyak kesan-kesan sejarah yang membuktikan bahawa seni ukiran batu
telah lama wujud. Jika disorot kembali, seni ukiran batu merupakan hasil peninggalan sejarah
kebudayaan Megalitik atau Zaman Kebudayaan Batu Hidup. Di Semenanjung Tanah Melayu,
kesan-kesan awal mengenai kedatangan agama Islam yang dapat dipegang sebagai bukti ialah
Batu Bersurat Terengganu bertarikh awal kurun keempat belas. Batu Bersurat tersebut dapat
dianggap sebagai satu bahan seni yang terawal dijumpai selepas agama Islam menjadi
pegangan hidup orang-orang Melayu.
Contoh ukiran batu
Mohd Ridzuan 730713025449HBAE3103
2.2.2 Ukiran logam/ tembaga
Pengenalan Di Semenanjung Malaysia penggunaan bahan logam dalam keperluan
hidup manusia telah bermula sejak zaman purba lagi. Penggunaan alat-alat daripada logam
yang berukir berterusan hingga kini. Orang-orang Melayu juga banyak sekali menghasilkan
beraneka jenis alat yang diperbuat daripada logam. Seni ukiran pada alat-alat logam yang
dihasilkan oleh tukang-tukang Melayu dapat kita lihat pada senjata-senjata tradisional,
peralatan rumah, perhiasan diri serta barangan-barangan lain.
Artifak tembaga yang tertua pula ialah gong yang ditemui di Terengganu. Perusahaan
tembaga di 7egara ini kebanyakannya berpusat di pantai timur Semenanjung iaitu di Kelantan
dan Terengganu. Tukang-tukang tembaga yang mahir dikenali sebagai ‘pandai tembaga’.
Contoh ukiran
2.3 Tekat
Seni tekat dikenali juga dengan nama bersuji. Menekat merupakan kerja menyulam
benang emas ke atas kain dasar (jenis baldu). Perkembangan awal seni tekat dapat dikesan
pada awal kurun ke-15, iaitu semasa zaman keagungan Sultan Melayu Melaka. Terdapat
beberapa jenis tekat yang dikerjakan oleh pandai tukang menekat. Antaranya ialah tekat
timbul benang emas, tekat gubah dan tekat perada.
2.4 Tenunan
Mohd Ridzuan 730713025449HBAE3103
Tenunan terkenal di Malaysia sejak abad ke 15. Kain Songket adalah hasil daripada
tenunan benang sutera atau kapas yang ditenun bersama-sama dengan benang emas atau
perak. Corak atau ragam hias tersebut dikenali dengan nama-nama seperti tapak manggis,
pucuk rebung, lawi ayam dan sebagainya.
Kemahiran seseorang penenun itu mengambil masa selama enam minggu untuk
menghasilkan sehelai kain songket yang panjangnya di antara 20 hingga 40 meter. Apa yang
mengkagumkan tentang seseorang penenun mahir ialah, dia tidak melakar corak songket di
atas kertas sebelum kerja-kerja menenun dilakukan sebaliknya ia tercetus daripada daya
kreativiti dan imaginasi yang tinggi lagi unik.
Contoh kain songket
2.5 Anyaman
Seni anyaman sesuatu yang tidak dapat dipisahkan daripada cara hidup tradisional
sesuatu masyarakat. Keseluruhannya, kemahiran asas dalam seni anyaman tidak banyak
berbeza, cuma bergantung kepada jenis tumbuhan yang dijadikan bahan anyaman. Antara
tumbuh-tumbuhan yang paling banyak digunakan dalam seni anyaman ialah buluh,
mengkuang, rotan, ribu-ribu dan lidi.Perbezaan ciri tumbuh-tumbuhan ini menghasilkan
pelbagai bentuk dan barangan seni anyaman.
Mohd Ridzuan 730713025449HBAE3103
Contoh hasil anyaman
2 (b) Proses penggarapan motif
Daripada contoh lima kraf diatas boleh dilihat dengan jelas di mana motif alam
semulajadi merupakan motif yang digarap di dalam hasil-hasil tersebut. Bentuk-bentuk motif
batik dihasilkan dalam dua bentuk utama iaitu Motif Organik dan Motif Geometrik. Motif
Organik berunsurkan alam semulajadi seperti awan larat, tumbuh-tumbuhan, bunga-bungaan,
dan haiwan. Contoh Motif Organik adalah seperti motif ayam, motif bunga buluh , motif
bunga raya, dan lain-lain lagi.
Contoh motif kain batik
Motif yang digunakan untuk menenun songket juga diilhamkan daripada alam
semulajadi. Motif tumbuh-tumbuhan, motif binatang, motif alam/benda, dan motif kuih.
Motif yang digunakan untuk menghias labu sayong ialah hiasan daripada tumbuh-
tumbuhan dan juga motif geomatrik seperti, Bunga cengkih, Pucuk rebung, Bunga lawang,
Bunga padi. Motif angkasa atau kosmos yang menerapkan gambaran awan larat seperti
Mohd Ridzuan 730713025449HBAE3103
bintang, matahari, bulan dan bukit bukau.Motif Geometri menampilkan bentuk bulatan dan
bentuk segitiga yang disusun berderet. Kadangkala bentuk segitiga ini dicantum dengan
sulur-sulur tumbuhan.
Biasanya, motif-motif ini terdapat pada alat-alat tembikar, sarung keris, tepak sirih
dan barang-barang tembaga. Masyarakat yang mengenali seni pertukangan perak akan
mengakui bahawa seni ukiran perak mempunyai keindahannya yang tersendiri.
Keindahan yang dimaksudkan bukan pada seni rupa atau rekabentuk sesuatu ciptaan
itu sahaja, malahan juga pada pengolahan satu-satu motif dalam rekacorak awan larat dan
falsafah yang terselindung di sebaliknya mengikut daya imaginasi jiwa pencipta awan larat.
Motif dalam seni ukiran perak terbahagi kepada tiga iaitu motif bunga-bungaan, motif
tumbuh-tumbuhan dan binatang. Motif Bunga-bungaan Jenis-jenis bunga yang selalu
dijadikan motif dalam rekacorak pertukangan perak ialah: Bunga Mawar Bunga Orkid Bunga
Raya dan Bunga Mentari.
Motif seni khat atau kaligrafi, menggunakan huruf Arab, terutamanya petikan Quran
dan tulisan Jawi. Motif ini banyak terdapat di ambang pintu rumah, masjid dan surau serta
pada alat-alat keagamaan seperti rehal.
Jika dilihat kesemua contoh gambar di bawah menunjukkan motif hasil kraf yang
dihasilkan mempunyai cirri-ciri yang sama. Rata-rata menggunakan tumbuhan sebagai motif.
Apa yang membezakannya hanya dengan cara buatan dan bahan yang digunakan.
Motif tumbuh-tumbuhan dan motif geometri.
Mohd Ridzuan 730713025449HBAE3103
2.(c) Ciri-ciri Seni Islam
Ciri-ciri seni Islam yang utama terdapat pada hasil kraf diatas adalah seperti
pemilihan motif-motifnya. Keindahan merupakan salah satu ciri keesaan, kebesaran dan
kesempurnaan Allah swt lantas segala yang diciptakanNya juga merupakan pancaran
keindahanNya. Pemilihan alam semulajadi sebagai motif ciptaan kraf melambangkan
pengaruh agama Islam itu sendiri.
Hasil-hasil kraf yang direka menunjukkan kekuasaan Allah. Di mana flora dan fauna
merupakan motif yang hadir dalam sebarang kraf. Jika dilihat pemilihan motif daripada daun
Mohd Ridzuan 730713025449HBAE3103
sireh, pucuk rebung dan lain-lainnya merupakan bahan yang begitu biasa dengan masyarakat
Melayu. Ini menunjukkan cirri-ciri kehidupan masyarakat itu mempengaruhi hasilnya.
Motif itik pulang petang yang terdapat dalam tekat tenun songket pula menunjukkan
cirri-ciri masyarakat yang mengutamakan ketua dan menuruh perintah. Masyarakat Melayu
amat menhormati ketua.
Jika dilihat terdapat banyak hasil kraf bercirikan islam yang tersergam dan masih
menjadi kebanggaan kita. Antara hasil seni yang bercirikan Islam adalah seperti kesenian
pintu gerbang yang melambangkan Islam sebagai agama rasmi di negara kita. Contohnya
adalah pintu gerbang Kota Darul Ihsan. Pembinaan kota tersebut telah bermula pada 1
Februari 1974 apabila Kuala Lumpur telah diisytharkan sebagai Wilayah Persekutuan. Kota
ini telah dibuka secara rasmi pada tahun 1981. Gerbang Kota Darul Ehsan Melalui Lebuhraya
Persekutuan, seperti dilihat di bahagian Kuala Lumpur.
Jika dilihat terdapat kubah di bahagian tengahnya. Terdapat juga kubah –kubah yang
lebih kecil di kedua-dua tepinya.
Gerbang Kota Darul Ehsan
Mohd Ridzuan 730713025449HBAE3103
Kolej Teknologi Islam Antarabangsa Melaka
Pintu Gerbang Kota Sultan Ismail Petra
Terdapat banyak senibina masjid di Malaysia yang mempunyai ukiran dan
menampakkan cirri –ciri Islam. Contoh di bawah adalah mimbar Masjid Puterajaya. Jika
dilihat hasil ukirannya menyamai ukiran –ukiran pada kayu dan hasil hiasan yang terdapat di
Negara kita. Jika dilihat motifnya juga menyamai ukiran pada tembikar dan juga ukiran pada
tembaga dan perak. Di bawah juga kelihatan kubah masjid Bukit Chandan.
Mimbar Masjid Puterajaya
Mohd Ridzuan 730713025449HBAE3103
Masjid Ubudiah, Bukit Chandan, Kuala Kangsar
Berbalik kepada kehidupan seharian dapat dilihat hasil kraf seperti kain batik
contohnya, mempunyai nilainya yang tersendiri dengan masyarakat Melayu. Budaya
masyarakat Melayu menggunakan kain batik masih kekal hingga kini dan menjadi satu
budaya yang boleh dibanggakan. Kain batik juga digunakan sebagai tudung kepala. Jika
dilihat motif yang tedapat pada kain batik juga sama dengan hasil kain songket atau tekat di
mana rata-rata menunjukkan motif keindahan alam semulajadi. Pemilihan motif ini jelas
menunjukkan percayaan terhadap agama Islam sendiri.
Ukiran arabes pula banyak terdapat di dinding dan rumah masyarakat Melayu.
Banyak perhiasan yang reka kerana ia menjadi pilihan masyarakat sebagai barang perhiasan.
Ukiran daripada kayu dengan kalimah dan ayat quran banyak digunakan. Ini menunjukkan
betapa kuatnya pengaruh Islam dalam penghasilannya.
Mohd Ridzuan 730713025449HBAE3103
Ukiran perak, tembaga dan emas juga tidak terkecuali. Sejak dari dahulu lagi ia
menjadi sesuatu kemestian dan lambang kebesaran. Ufti emas contohnya, dibayar oleh
kerajaan Kedah dan Kelantan kepada kerajaan Siam sebagai perlindungan.
4.0 Sorotan Kajian
Mohd Ridzuan 730713025449HBAE3103
Ribuan tahun sebelumnya masyarakat Melayu menganut kepercayaan tradisi
Animisme dan Hindu sebelum kedatangan Islam. Negeri terawal yang menerima pengaruh
senibina Islam adalah Kedah pada abad ke-10M, Terengganu abad ke-13M, Sabah abad ke-
14M, Negeri Sembilan abad ke-14M, Kelantan abad ke-17M, dan Melaka abad ke-17M.
Banyak perubahan berlaku selepas itu, antaranya seni kraf Melayu. Kraf Melayu
melambangkan hubungan yang erat antara orang Melayu dengan kepercayaannya iaitu Islam.
Sebahagian besar orang Melayu telah memeluk agama Islam, sementara yang lain terus
menganut tradisi lama. Sejak itu, kepercayaan orang Melayu telah berubah. Mereka telah
meninggalkan pemujaan terhadap patung-patung dan tuhan-tuhan yang banyak. Mereka telah
mengetahui dan menyedari tentang keesaan tuhan yang sebenar. Dari kesedaran ini lahirlah
ciptaan yang bukan sahaja sebagai fungsi tetapi memenuhi keperluan kehidupan dunia yang
amat rapat kaitannya dengan akhirat.
Perbezaan dalam menggarap, mentafsir dan memberikan sesuatu kepuasan dalam
pembuatan kesenian telah menambahkan keanekaragaman dalam hasil seni. Ciptaan-ciptaan
baru telah lahir dari hari ke sehari dari seorang pencipta kepada seorang pencipta yang lain.
Ciptaan-ciptaan seni ini merupakan sebahagian daripada kehidupan mereka dan ia juga
digunakan sebagai kehidupan harian. Hasil ciptaan seni kraf Melayu ini jelas menunjukkan
pengaruh Islam di dalam penghasilannya. Ini terbukti dengan penggunaan ragam hias atau
motif dalam sesuatu penghasilan kraf.
Penggunaan ragam hias dan motif-motif dalam hasil karya ini jelas menunjukkan ciri-
ciri keislaman. Tiada rupa figura manusia atau binatang yang sebenarnya digambarkan dalam
ragam hias kraf tradisional Melayu. Ketiadaan motif ini dalam ragam hias kraf adalah
disebabkan berdasarkan ajaran agama Islam menggambarkan bentuk figura manusia atau
binatang yang sebenar adalah tidak dibenarkan atau diharamkan. Walaupun terdapat juga
tukang Melayu menggunakan motif fauna sebagai subjek untuk mendapatkan sumber ilham
dalam penghasilan karya mereka tetapi dengan menggunakan daya kreativiti, mereka telah
membuat beberapa perubahan, mengubah bentuk tersebut dengan secara stailisasikan hingga
bentuk asal fauna itu tidak jelas kelihatan lagi.
Tiada gambaran tentang rupa manusia atau binatang sebenar dalam ragam hias,
membuktikan bahawa Seni kraf Melayu adalah melambangkan seni Islam. Ciri-ciri seni Islam
yang lain itu jelas diperlihatkan dalam ragam hias seperti penggunaan arabes, motif yang
Mohd Ridzuan 730713025449HBAE3103
berulang dan unsur geometri. Subjek daripada flora yang paling banyak diilhamkan sebagai
motif dalam ragam hias kraf Melayu seperti rupa daun, bunga dan sebagainya, di samping
penggunaan ayat-ayat daripada al-Quran dan rupa geometri.
5.0 Kesimpulan
Kraf sesuatu masyarakat secara tidak langsung akan menggambarkan masyarakat itu
sendiri. Jika dilihat di Malaysia kraf yang dihasilkan oleh masyarakat Melayu secara
langsung dan tidak langsung mencerminkan masyarakat Melayu yang beragama Islam itu
sendiri. Banyak kraf yang dihasilkan mempunyai motif yang sama iaitu flora, fauna , arabes
dan geometri.
Terdapat unsur-unsur yang sama antara hasil kraf tersebut. Contohnya ukiran pada
tembikar dan ukiran pada tembaga, perak dan emas hampr sama. Corak yang terdapat pada
tepak sireh hamper sama dengan tembikar dan juga corak pada batik. Malahan tenunan dan
tekat juga menggunakan motif yang sama.
Ciri-ciri pada hasil kraf masyarakat Melayu ini dapat menjadi identiti kepada kita dan
melambangkan kita beragama Islam. Jika dilihat banyak bangunan yang menggunakan ukiran
yang melambangkan identity tersebut. Namun ia perlu dipelihara terutamanya kraf anyaman,
agar ia tidak pupus dan dapat diwarisi kepada generasi seterusnya.