Download - HBEF2703 Topik 1i
-
8/2/2019 HBEF2703 Topik 1i
1/12
X PENGENALAN
Dalam mengurus aktiviti kokurikulum di sekolah, Pengetua/Guru Besar sebagaiPenolong Pendaftar hendaklah menubuhkan Organisasi Pengurusan
Kokurikulum Sekolah bagi membantu beliau memantau, menilai, memperbaiki,mencemerlangkan aktiviti kokurikulum sekolah.
Beberapa perkara perlu di ambil kira semasa membentuk organisasi ini agar iadapat memberikan faedah kepada pelajar dan sekolah.
(a) Fungsi dan tanggungjawab setiap ahli;
(b) Kekerapan mengadakan mesyuarat;
(c) Pembentukan jawatankuasa kecil;
TTooppiik
11X
PengenalanPendidikan
Kokurikulum
HASIL PEMBELAJARANDi akhir kursus ini, anda seharusnya dapat:
1. Menyatakan definisi dan konsep kokurikulum yang sesuai dengantugas dan tanggungjawab mereka di sekolah;
2. Mengenal pasti matlamat dan objektif pendidikan kokurikulum disekolah;
3. Menyenaraikan strategi yang sesuai untuk melaksanakan kokurikulumdi sekolah;
4. Menerangkan sejarah perkembangan pendidikan kokurikulum; dan
5. Menjelaskan fungsi aktiviti pendidikan kokurikulum.
-
8/2/2019 HBEF2703 Topik 1i
2/12
X TOPIK 1 PENGENALAN PENDIDIKAN KOKURIKULUM2
(d) Pelaporan berkala; dan
(e) Dokumentasi.
KONSEP PENDIDIKAN KOKURIKULUM
Kurikulum Kebangsaan ialah suatu program pendidikan yang termasukkurikulum dan kegiatan kokurikulum yang merangkumi semua pengetahuan,kemahiran, norma, nilai, unsur, kebudayaan dan kepercayaan untuk membantu
perkembangan seseorang murid dengan sepenuhnya dari segi jasmani, rohani,mental dan emosi serta untuk menanam dan mempertingkatkan nilai moral
yang diingini dan untuk menyampaikan pengetahuan
(Subperaturan 3(1) dalam peraturan-peraturan, 1997).
Huraian di atas bermaksud perlaksanaan kokurikulum adalah wajibdilaksanakan di sekolah dan institut pendidikan guru. Sebarang kegagalan dankeengganan melaksanakan kegiatan kokurikulum merupakan suatu kesalahandan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu atau dipenjarakanselama tempoh tidak melebihi tiga bulan atau kedua-duanya sekali (AktaPendidikan, 1996.
1.1.1 Pengenalan Pendidikan KokurikulumAktiviti kokurikulum yang dilaksanakan di sekolah adalah merupakansebahagian daripada aktiviti kurikulum. Aktiviti ini juga adalah aktiviti yangharus diikuti oleh setiap pelajar sama ada ia dilaksanakan di dalam ataupun diluar bilik darjah bergantung kepada keperluan dan kesesuaian sesuatu aktiviti.Aktiviti ini penting diikuti pelajar untuk membolehkan mereka memperolehseberapa banyak pengalaman, kemahiran dan pengetahuan untukmengembangkan kredibiliti yang ada pada diri mereka. Ini juga berlandaskanandaian bahawa setiap pelajar jika diberikan peluang akan berupaya
menyerlahkan ke arah perkembangan bakat, minat, mental, jasmani, sahsiah,rohani dan nilai-nilai estetika serta sosial yang positif.
FALSAFAH PENDIDIKAN KOKURIKULUM
Berikut adalah beberapa falsafah pendidikan kokurikulum:
(a) Setiap pelajar mempunyai minat dan kebolehan yang bolehdiperkembangkan dan diperkukuhkan.
1.2
1.1
-
8/2/2019 HBEF2703 Topik 1i
3/12
-
8/2/2019 HBEF2703 Topik 1i
4/12
X TOPIK 1 PENGENALAN PENDIDIKAN KOKURIKULUM4
(c) Mengukuh perhubungan dan pergaulan antara murid;
(d) Membina dan meningkat disiplin, minat dan bakat murid dalam aktivitidiceburi;
(e) Mewujudkan budaya sekolah yang menarik dan seronok;
(f) Membina dan meningkatkan kerjasama dan sumbangan dua hala antarasekolah dan masyarakat;
(g) Mewujudkan sekolah berwatak; dan
(h) Menyediakan murid untuk program latihan khidmat negara (PLKN), Silarujuk Rajah 1.1, dan integrasi nasional.
Rajah 1.1: Antara aktiviti di dalam program PLKN
STRATEGI PELAKSANAAN PENDIDIKANKOKURIKULUM
Untuk mencapai matlamat serta objektif yang disenaraikan dalam kokurikulumini, beberapa strategi pelaksanaannya perlulah diambil perhatian. Antaranyaialah:
Memberikan keutamaan dan wajaran yang sesuai kepada pelaksanaan
aktiviti kokurikulum supaya kurikulum dan kokurikulum boleh salingmelengkapi dalam proses pendidikan di sekolah.
Menambah bilangan pasukan berunifom, persatuan/kelab,sukan/permainan dan aktiviti lain yang memberikan faedah kepadaperkembangan sahsiah, keperibadian, dan kemahiran serta pengetahuanmurid-murid.
Mempelbagaikan lagi aktiviti yang berkaitan dengan unit berunifom,persatuan/kelab, sukan/permainan agar semua murid dapat melibatkan dirisecara optimum dalam aktiviti yang diminati.
1.3
-
8/2/2019 HBEF2703 Topik 1i
5/12
TOPIK 1 PENGENALAN PENDIDIKAN KOKURIKULUM W 5
Melibatkan murid daripada pelbagai kaum dan menyediakan aktiviti yangbersesuaian untuk tujuan perpaduan.
Memperbanyakkan lagi aktiviti yang melibatkan antara pihak sekolah, murid
dan masyarakat.
Melibatkan Jawatankuasa Bimbingan Murid dan Persatuan Ibu Bapa danGuru (PIBG) dalam perancangan aktiviti kokurikulum.
Melaksanakan sistem pengurusan kokurikulum secara bersepadu danmenyimpan rekod aktiviti kokurikulum murid sepanjang tahun dalam sesipersekolahan mereka. Menggunakan Sistem Pengurusan AktivitiKokurikulum Sekolah (SPAKS) secara berkomputer memudahkanpenyimpanan rekod murid.
Merancang dan manganjurkan aktiviti pertandingan yang boleh melibatkansemua murid di sekolah.
Menyelia dan menilai penglibatan murid dalam aktiviti kokurikulum secaraberhemah dan berterusan serta adil.
Merancang serta melaksanakan sesi pemberian penghargaan danpengiktirafan kepada mana-mana murid yang telah mencapai tahapkecemerlangan dalam kegiatan kokurikulum.
Memberikan penekanan terhadap penghayatan agama dan nilai-nilai murnidalam aktiviti kokurikulum.
Merancang dan menyelia setiap aktiviti kokurikulum dengan sempurna danberkesan sesuai dengan objektif yang disarankan.
SEJARAH PERKEMBANGAN PENDIDIKANKOKURIKULUM
Sebenarnya kegiatan kokurikulum telah lama diperkenalkan di sekolah-sekolahMelayu semasa era penjajahan Inggeris. Setiap murid akan diberikan kemahiranmenanam sayur-sayuran, mengait, membuat kraf tangan, menanam pokok
bunga dan lain-lain.
Pada tahun 1909, pergerakan pengakap pertama ditubuhkan di Singapura.Penubuhan SITC (kini dikenali sebagai UPSI) pada tahun 1928, juga banyakmemberikan sumbangan kepada pelaksanaan kokurikulum. Setiap bakal guru,selain mempelajari bidang akademik, mereka juga dilatih dengan pelbagaikemahiran seperti berkebun, membuat kraf tangan, menjahit, permainan (rujukRajah 1.2) dan termasuklah kegiatan unit berunifom (sila rujuk Rajah 1.3).
1.4
-
8/2/2019 HBEF2703 Topik 1i
6/12
X TOPIK 1 PENGENALAN PENDIDIKAN KOKURIKULUM6
Rajah 1.2: Contoh aktiviti kokurikulum permainan di SITC
Rajah 1.3: Contoh aktiviti kokurikulum unit beruniform di SITCLaporan Razak 1956, menyebut bahawa kegiatan kokurikulum dijadikan sebagai
suatu kegiatan berkumpulan dan wajib dilaksanakan disekolah. Pada tahun1960-an dan 1970-an, kegiatan kokurikulum dijadikan sebahagian daripadaaktiviti berasingan daripada proses perkembangan pengajaran dan pembelajarandalam bilik darjah.
Laporan Kabinet 1978, menguatkan lagi kepentingan kokurikulum sebagai suatubidang selain akademik yang diharapkan akan dapat membentuk sahsiah sertakeperibadian pelajar secara lebih positif. Manakala pada tahun 1985, 60 minitsubjek kokurikulum telah dimasukkan ke dalam jadual waktu Kurikulum Baru
-
8/2/2019 HBEF2703 Topik 1i
7/12
TOPIK 1 PENGENALAN PENDIDIKAN KOKURIKULUM W 7
Sekolah Rendah (KBSR). Konsep aktiviti dan pelaksanaan kokurikulum jugatelah berubah.
Dengan pendekatan terkini, kokurikulum menjadi semakin penting. Konsepkegiatan kokurikulum pada asalnya hanya sebagai suatu aktiviti sampingan dantambahan telah menjadi semakin penting. Pendidikan kokurikulum menjadisama pentingnya dengan pendidikan akademik. Setiap sekolah sama ada swastaataupun kerajaan diwajibkan mengadakan pendidikan kokurikulum. Pendidikankokurikulum diharapkan akan dapat memperkembangkan sahsiah sertakeperibadian individu melalui aktiviti yang terancang.
Setiap sekolah, daerah, negeri dan kementerian telah mewujudkan jabatan/bahagian/unit yang mengurus pendidikan kokurikulum. Malahan
jawatan yang berkaitan dengan kokurikulum seperti penyelia kokurikulum,penolong kanan kokurikulum, pengarah dan pelbagai lagi jawatan yang bersangkutan bertujuan menjadikan pendidikan kokurikulum lebih mapan danteratur.
Di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA), pendidikan kokurikulum jugamenjadi sebahagian daripada kurikulum penting dan juga syarat untuk
bergraduat. Contohnya di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), setiappelajar diwajibkan mengambil 6 jam kredit untuk kursus kokurikulum. Begitu
juga dengan Universiti Utara Malaysia (UUM), Universiti Sains Malaysia (USM)dan lain-lain universiti.
FUNGSI AKTIVITI PENDIDIKANKOKURIKULUM
Aktiviti pendidikan kokurikulum sememangnya mempunyai fingsi tertentudalam membina serta memperkembangkan diri pelajar agar sedia bersaing danmapan dalam menempuh arus pembangunan terkini. Antara fungsi pendidikankokurikulum ialah:
(a) Pendidikan yang menyeluruh dan seimbangAktiviti kokurikulum yang terancang adalah berperanan untuk membugaratau memperkembangkan potensi diri individu. Pembelajaran secaraformal di dalam bilik darjah hanya menumpukan kepada perkembanankognitif sahaja. Dengan aktiviti kokurikulum seperti berkhemah (sila rujukRajah 1.4), bermain, bersantai dan bersukan akan dapatmemperkembangkan setiap keupayaan dan kebolehan pelajar sama adadari segi jasmaninya, rohaninya, emosinya atau keintelektualannya.
1.5
-
8/2/2019 HBEF2703 Topik 1i
8/12
X TOPIK 1 PENGENALAN PENDIDIKAN KOKURIKULUM8
Rajah 1.4: Contoh aktiviti berkhemah - belajar cara masak ala hutan(b) Menggilap bakat pelajar
Aktiviti kokurikulum juga secara tidak langsung akan dapat menggilap bakat serta kebolehan pelajar. Setiap pelajar mempunyai reputasi danpotensi yang tersendiri. Dengan aktiviti yang berkaitan setiap bakat dapatdilihat dan diperkembangkan. Rajah 1.5 menunjukkan aktiviti menari,antara salah satu bakat yang berjaya dicungkil melalui aktivitikokurikulum.
Rajah 1.5: Aktiviti menari(c) Menyemai dan memupuk aspek kepimpinan
Aktiviti kokurikulum juga dapat membina dan memupuk aspekkepimpinan dalam kalangan pelajar. Aktiviti seperti perkhemahan, kawatkaki, pertandingan adalah sebahagian daripada aktiviti yang dapatmembina sifat kepimpinan pada diri pelajar.
-
8/2/2019 HBEF2703 Topik 1i
9/12
TOPIK 1 PENGENALAN PENDIDIKAN KOKURIKULUM W 9
(d) Peningkatan disiplin pelajarAktiviti kokurikulum juga akan dapat memupuk kesedaran tentangkepentingan disiplin kepada pelajar (sila rujuk Rajah 1.6). Aktiviti yang
berkaitan dengan pakaian seragam seperti pengakap, Persatuan Bulan SabitMerah, St John Ambulance dan lain-lain lagi adalah antara aktiviti yangamat berkait rapat dengan pembinaan dan pemupukan disiplin dalamkalangan diri pelajar.
Rajah 1.6: Kegiatan kokurikulum melatih pelajar berdisiplin(e) Memupuk dan m emperkukuhkan perasaan muhibah serta perpaduan
Aktiviti kokurikulum juga berfungsi untuk mewujudkan perasaanmuhibah dan perpaduan kalangan pelajar. Dalam setiap aktiviti yangdiikuti oleh pelajar, mereka akan bersama-sama melaksanakan setiapaktiviti tanpa mengira warna kulit, kaum atau bangsa. Perasaan muhibahyang terjalin akan membuahkan sifat keharmonian dan perpaduan sertasemangat kekitaan (espirit de corp).
(f) Menyemai dan mem upuk nilai murni Aktiviti kokurikulum juga banyak yang berkaitan dengan penerapan serta
penyemaian nilai murni. Contohnya dalam aktiviti berpengakap setiappelajar akan diajarkan tentang persetiaan pengakap yang berteraskankepada kepercayaan kepada Tuhan, kesetiaan, keluhuran dan kesopanan.Kesemua ini adalah sebahagian daripada nilai murni yang patut disemaidan dipupuk dalam diri pelajar.
(g) Bijak menggunakan m asa lapangAktiviti kokurikulum juga banyak yang bersifat pengisian masa lapangsecara terarah dan tersusun. Aktiviti bersukan, perairan (sila rujuk Rajah 1.7),
bermain dan berpesatuan adalah antara contoh yang akan dapat
-
8/2/2019 HBEF2703 Topik 1i
10/12
X TOPIK 1 PENGENALAN PENDIDIKAN KOKURIKULUM10
memberikan impak positif kepada pelajar untuk mengisi masa lapangmereka agar tidak terjerumus ke dalam aktiviti yang tidak bermoral.
(a) Berkayak
(b) RaftingRajah 1.7: Contoh aktiviti kokurikulum perairan
(h) Menyumban g usaha mem bina iklim, budaya dan tempat yang menarik danmenyeronokkan Semakin banyak aktiviti kokurikulum di sesebuah institusi pendidikan,semakin cerialah tempat berkenaan. Terbinalah suatu iklim atau budayapembelajaran yang menarik minat setiap pelajar. Keadaan ini akanmemungkinkan wujudnya suasana pembelajaran serta penguasaan ilmu
yang menyeronokkan.
(i) Khidmat masyarakatAktiviti kokurikulum juga akan dapat merapatkan lagi hubungan antaramurid, guru dan sekolah dengan masyarakat setempat. Aktiviti sepertilawatan ke rumah orang tua, rumah anak yatim dan penduduk kampungakan dapat merapatkan hubungan antara pihak sekolah dan masyarakat.Sesuai dengan moto dalam pemasyarakatan pendidikan iaitu Masyarakatitu Sekolah dan Sekolah itu Masyarakat. Malahan, aktiviti gotong-royongmembersihkan kawasan masjid, kuil, tempat riadah dan lain-lain juga
adalah antara aktiviti khidmat masyarakat yang amat positif mewujudkanpermuafakatan antara pihak sekolah dan masyarakat.
(j) Hobi dan rekreasiAktiviti kokurikulum juga berfungsi untuk menggalakkan pelajar memilihdan menyempurnakan hobi atau kegemaran mereka secara teratur dan
berfaedah. Contohnya hobi seperti mengumpul setem, memancing,berbasikal dan lain-lain jika disalurkan dengan cara yang baik sudah pastiakan memberikan impak yang positif terhadap perkembangan sahsiahpelajar.
-
8/2/2019 HBEF2703 Topik 1i
11/12
TOPIK 1 PENGENALAN PENDIDIKAN KOKURIKULUM W 11
1.5.1 Impak Pendidikan Kokurikulum kepada Pelajar
Berikut adalah antara beberapa impak pendidikan kokurikulum kepada pelajar:
(a) Mengamalkan dan mengukuhkan lagi ilmu pengetahuan yang diperolehisemasa belajar dalam bilik darjah.
(b) Mengaplikasikan ilmu pengetahuan dan kemahiran yang diperolehimelalui pembelajaran formal dalam bilik darjah.
(c) Mengalami sendiri situasi dan proses yang menjana ilmu pengetahuan,pengalaman dan kemahiran yang telah dan akan dipelajari dan memupuksikap yakin akan kebolehan diri sendiri.
(d) Melatih diri hidup secara berdikari.
(e) Berinteraksi dan menghargai serta menanamkan sifatkebertanggungjawaban terhadap kepentingan alam sekitar.
(f) Mengembangkan minat serta bakat dalam sesuatu bidang yang diceburi.
(g) Menghargai serta mengalami sendiri tentang kepentingan nilai-nilai murnidalam kehidupan.
(h) Menghargai serta mengalami sendiri hakikat kepentingan perpaduan danbekerjasama dalam kehidupan bermasyarakat.
(i) Menguji serta mempertingkatkan ciri-ciri kepimpinan, ketabahan dan
kecekalan menghadapi cabaran serta masalah.(j) Memanfaatkan peluang yang ada dan meneroka peluang-peluang baru
yang ada untuk kemajuan diri sendiri dan rakan.
(k) Memperoleh pengetahuan, pengalaman dan kemahiran baru yangberkemungkinan tidak diperolehi dalam bilik darjah.
(l) Meningkatkan daya kreativiti dan inovasi dalam bidang yang diminati dandiceburi.
(m) Memperluas persepsi dan pandangan hidup.
(n) Berkebolehan untuk berinteraksi bersama rakan dan masyarakat untukmewujudkan suasana yang harmoni, ceria, aman dan sejahtera.
(o) Mengisi masa lapang dengan kerja-kerja yang berfaedah.
(p) Memberikan sumbangan tenaga, idea dan buah fikiran secara bernasmelalui khidmat kepakaran yang sedia ada.
-
8/2/2019 HBEF2703 Topik 1i
12/12
X TOPIK 1 PENGENALAN PENDIDIKAN KOKURIKULUM12
(q) Menyuburkan sifat-sifat penyayang, bertimbang rasa, toleransi, menerima,berbudi bahasa yang mulia,bersopan santun, empati dan kepimpinan.
(r) Memperkembangkan lagi kesejahteraan dan ketangkasan jasmani,ketenangan dan kematangan emosi, keluhuran rohani dan kecemerlanganserta keterampilan intelek.