SARJANA MUDA PENGAJARAN (PENDIDIKAN RENDAH)
DENGAN KEPUJIAN
SEMESTER JANUARI 2014
HBEF 3203
PENGUKURAN DAN PENILAIAN
DALAM PENDIDIKAN
NAMA PELAJAR : ASPARINAH BINTI ABDULLAH
NO MATRIKULASI : 640818016232001
NO. KAD PENGENALAN : 640818-01-6232
NO. TELEFON : 0197216518
E-MEL : [email protected]
PUSAT PEMBELAJARAN : JOHOR LEARNING CENTRE
TUTOR : ENCIK KAMALUDDIN BIN MOKRI
1
ISI KANDUNGAN
2
Perkara Muka Surat
PRAKATA/PENGENALAN3-5
JADUAL PENENTU UJIAN (JPU) 6-7
SET SOALAN 8-20
SKEMA JAWAPAN 21-26
MARKAH YANG DIPEROLEHI OLEH PELAJAR 27
TABURAN DAN KEKERAPAN MARKAH UJIAN BAGI BAHAGIAN A DAN B DAN KESELURUHAN
28
JADUAL KEKERAPAN MARKAH BAGI BAHAGIAN A DAN B DAN KESELURUHAN
29-30
ANALISIS ITEM BERANEKA PILIHAN DAN PENERANGAN 30-31
KESIMPULAN 33
3 SET MARKAH PELAJAR (TERTINGGI/PERTENGAHAN/TERENDAH)
RUJUKAN 34
PRAKATA
Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Allah kerana urusan tugasan dapat disempurnakan dengan
jayanya.Kekangan masa dan pelbagai dugaan telah dilalui dan sedikit pun tidak melemahkan
semangat saya untuk menyiapkan tugasan ini.
Saya bersyukur kerana mendapat tunjuk ajar dan bantuan daripada tutor dan rakan-rakan. Tanpa
tunjuk ajar yang diberikan saya agak sulit untuk mencari bahan-bahan yang diperlukan untuk
tugasan ini. Jutaan terima kasih kepada tutor : Encik Kamaluddin bin Mokri yang banyak
membantu. InsyaAllah, segala bantuan dan tunjuk ajar yang diberikan dengan ikhlas akan
mendapat keberkatan daripada Allah.
Sekian, terima kasih.
PENGENALAN
PENILAIAN
Penilaian adalah konsep yang telah digunakan dalam pelbagai bidang, Penilaian
dilakukan kerana mempunyai matlamat yang membolehkan kita membuat anggaran, sama ada
matlamat yang telah ditetapkan itu tercapai atau sebaliknya. Penilaian juga boleh dianggap
sebagai satu carauntuk mendapatkan bukti yang tepat tentang sesuatu perkara . Matlamat dan
bukti ini amat penting dalam menyelesaikan masalah. Contoh tentang penguasaan kemahiran
membaca, menulis dan mengira di kalangan murid. Penilaian boleh dianggap juga sebagai proses
membuat pertimbangan atau keputusan dalam memberi nilai, mutu, kualiti atau harga sesuatu
benda atau perkara.
Stufflebean at al. (1971) menyatakan penilaian sebagai “proses delineating”, mencari dan
memberikan maklumat yang berguna dalam mempertingkatkan alternatif keputusan. Gay (1985)
berpendapat bahawa, penilaian ialah satu proses sistematik semasa mengumpul dan menganalisis
data bagi menentukan sama ada sesuatu objektif yang telah ditetapkan tercapai, yang
membolehkan membuat pertimbangan dan keputusan yang tepat. Popham (1975) menyatakan
penilaian yang sistematik perlukan tafsiran yang formal tentang nilai fenomena pendidikan.1
1 Azizi Ahmad, HBEF 3203 Pengukuran dan Penilaian Dalam Pendidikan, Open University Malaysia, 2013.
3
PENGUKURAN
Pengukuran membawa maksud pengujian. Merupakan suatu proses untuk mendapatkan
penjelasan secara numeric tentang sebanyak mana pelajar mempunyai sesuatu cirri yang diukur
dengan menggunakan alat tertentu. Ia menentukan tahap prestasi atau cirri tertentu seorag
individu mengikut alat yang digunakan. Pengukuran boleh dibuat tanpa menggunakan pengujian.
Sebagai contoh, kemahiran melukis seseorang pelajar boleh diukur melalui pemerhatian atau
pencerapan, sementara pengetahuan dan sikapnya boleh diukur melalui temubual. Jadi
pengukuran adalah proses untuk mendapatkan sesuatu ukuran dengan menggunakan kaedah
tertentu. Ia tidak bersifat mutlak. Seseorang guru perlu menggunakan alat yang tepat bagi
menghasilkan ukuran yang tepat. Jika alat yang digunakan mempunyai kecacatan, maka sudah
pastilah ukuran ukuran yang diperolehi juga tidak tepat.2
PENGUJIAN
Merupakan proses penyerahan set soalan yang piawai yang perludijawab, atau satu set
instrument bersama satu prosedur yang sistematik bagi mengukur sampel tingkah laku atau
perubahan seseorang individu atau pelajar. “ Ujian ialah satu prosedur yang sistematik untuk
memerhati perlakuan atau tingkah laku seseorang individu dan melaksanakannya dengan bantuan
skala bernombor, atau satu sistem yang berkategori”(Cronbanch, 1970).
Kepentingan pengujian adalah bagi mengukur perubahan tingkahlaku pelajar. “ Ujian
adalah suatu cara untuk mendapatkan contoh perlakuan yang diperlihatkan oleh murid di dalam
keadaanyang dikawal atauditentukan. Maklumat yang diperolehi daripadanya akan dijadikan
dasar untuk membuat penilaian atau pengadilan” (Milagros 1981). Hasil daripada pemarkahan
jawapan pelajar, satu ukuran yang disebut sebagai”markah” akan diberikan kepada pelajar
tersebut. Pengujian menjelaskan tahapberapa baiknya prestasi pelajar yang diuji. Proses
pengujian lazimnya bermula dengan peringlat persediaan, diikuti pelaksanaan/pentadbiran ujian
2 Azizi Ahmad, HBEF 3203 Pengukuran dan Penilaian Dalam Pendidikan, Open University Malaysia, 2013.
4
dan berakhir dengan pemeriksaan skrip jawapan. Melalui penujian inilah seseorang guru
mengetahui sama ada pelajar-pelajarnya telah menguasai pengetahuan , kemahiran atau sikap
yang ingin disampaikan guru.
Kesimpulannya, pengesahan hasil pengajaran dan pembelajaran boleh dibuat melalui
pengujian, pengukuran dan penilaian yang tepat, yang dilaksanakan guru dalam bilik darjah.
Kecekapan guru membangunkan alat pengujian amat penting, sama pentingnya dengan
penguasaan guru terhadap kurikulumyang diajar bagi menjamin keberkesanan pengajaran dan
pembelajaran.3
3 Azizi Ahmad, HBEF 3203 Pengukuran dan Penilaian Dalam Pendidikan, Open University Malaysia, 2013.
5
Bil Bentuk SoalanKemahiran Aras SoalanBidang / Topik / Topik Kecil Jam 1 2 3 4 5 6 Jumlah Item
1 Objektif
Tatabahasa 1.1 Kata Nama Am / Kata Nama Khas 11.2 Kata Ganti Nama Diri ketiga 11.3 Kata Kerja Transitif / Kata Kerja 1 Tak Transitif1.4 Kata Hubung 11.5 Kata Sendi Nama 11.6 Kata Bilangan tak tentu 11.7 Ayat penyata 11.8 Kata Perintah / Ayat Perintah 11.9 Kata Banyak Makna 11.10 Kata Ganda Berentak 11.11 Imbuhan Apitan 11.12 Penjodoh Bilangan 11.13 Sinonim 11.14 Antonim 11.15 Peribahasa 1PemahamanBerformat1.1 Syarahan1.2 Ucapan1.3 Berita1.4 Laporan1.5 Surat KirimanTidak Berformat2.1 Rencana / / 52.2 CeritaPuisi3.1 Pantun3.2 Sajak3.3 Syair
20
Rujukan Aras Kognitif : 1 = Pengetahuan2.= Kefahaman3 = Aplikasi / Penggunaan4 = Analisis5 = Sintesis6 = Penilaian
Aras soalan Kognitif
JADUAL SPESIFIKASI UJIAN BAHASA MELAYU
JUMLAH
SOALAN OBJEKTIF
146
Bil Bentuk SoalanKemahiran Aras SoalanBidang / Topik / Topik Kecil Jam 1 2 3 4 5 6 Jumlah Item
1 Subjektif
1.1 Menyatakan gambaran umum 1.2 Memilih ayat yang berkesan 11.3 Mengumpul maklumat1.5 Memindahkan maklumat 11.6 Membuat ramalan1.7 Membina ayat 11.8 Memberi respons1.9 Fakta1.10 Meneliti tawaran1.11 Memahami arahan1.12 Melaksanakan arahan1.13 Mengecam maklumat1.14 Memilih ayat1.15 Mengenal pasti soalan1.16 Mengenal pasti isi1.17 Cereka1.18 Nilai Murni 11.19 Menulis pelbagai jenis ayatJUMLAH 4
3 Esei
1.1 Cereka1.2 Surat Kiriman Rasmi1.3 Surat Kiriman Tidak Rasmi1.4 Keperihalan/Gambaran 11.5 Syarahan1.6 DialogJUMLAH 1
Rujukan Aras Kognitif : 1 = Pengetahuan2.= Kefahaman3 = Aplikasi / Penggunaan4 = Analisis5 = Sintesis6 = Penilaian
Aras soalan Kognitif
JADUAL SPESIFIKASI UJIAN BAHASA MELAYUSOALAN SUBJEKTIF DAN ESEI
7
(SOALAN OBJEKTIF)
NAMA :_________________________________
TAHUN :6 ________________
Arahan : Jawab semua soalan. Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan A,B,C dan D.
Antaranya ada satu jawapan sahaja yang paling sesuai.Pilih jawapan itu.
1. “________________berkenan untuk menghadiri majlis santapan yang akan
dilangsungkan di Istana Kayangan Puri,” kata pegawai istana itu.
A. Beta
B. Patik
C. Hamba
D. Baginda
2. Dia tetap _________________apabila disoal kerana takut keadaan yang
sebenarnya diketahui orang.
A . berulang-alik
B. tertanya-tanya
C. berdolak-dalik
D. terjengah-jengah
3. “________________ lunaskan hutangmu dengan segera,” kata Hamdan kepada
Kamisan.
A. Jemput
B. Harap
C. Minta
D. Usah
8
4. Wanita tua itu masih bekerja _______________menyara kehidupannya
___________________ ditegah oleh anak-anaknya.
A. Supaya...kendatipun
B. Untuk....walaupun
C. Agar...walaupun
D. Untuk...supaya
Soalan 5 berdasarkan gambar di bawah.
5. Pak Karim ________________besi untuk dijadikan golok yang ditempah pelanggannya.
A. Melentur
B. Mengukir
C. Mencanai
D. Menempa
6. Mulai 1 Januari 2009, ________________penumpang kereta yang duduk di bahagian
belakang dikehendaki memakai tali pinhhang keledar.
A. Sesetengah
B. Sebahagian
C. Beberapa
D. Setiap
9
7. Sampah sarap yang ________________sungai telah dibersihkan oleh penduduk kampung
itu.
A. mencemarkan
B. dicemarkan
C. mencemari
D. Tercemar
8. Sebaik sahaja loceng kecemasan dibunyikan, murid-murid bangun ____________
bergerak ke padang
A. lantas Sebaik
B. sambil
C. apabila
D. ketika
9. “ Se _________________ rotan pun agak sukar untuk dicari pada masa ini,” kata Pak
Akob kepada isterinya.
A. urat
B. utas
C. bilah
D. Gulung
10. “ Kalau hendak melakukan sesuatu kerja, ikutlah kemampuan diri sendiri
Seperti peribahasa ___________________,” kata Rosnah kepada rakan karibnya.
A. alah bisa tegal biasa
B. ringan tulang, berat perut
C. ukur baju di badan sendiri
D. di mana ada kemahuan, di situ ada jalan
10
11. Walaupun dia memiliki harta yang banyak, namun sifat bakhil yang ada
Padanya tidak disenangi oleh penduduk setempat.
Perkataan seerti bagi perkataan bakhil ialah
A. angkuh
B. hasad
C. lokek
D. tamak
Soalan 12 berdasarkan gambar di bawah.
12. Perkataan berlawan yang sesuai bagi situasi di atas ialah
A. berhenti
B. berlepas
C. menurun
D. Mendarat
Soalan 13 berdasarkan gambar di bawah.
11
13. Tun Mahathir Mohamad, mantan Perdana Menteri Malaysia merupakan
________________ yang ulung.
A. sejarawan
B. negarawan
C. sasterawan
D. bangsawan
Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.
14. I Rampasan kuasa berlaku di negara itu selepas penyelewengan
pemimpinnya terbongkar.
II Mereka dapat kuasa seluruh bandar itu selepas mengepungnya
beberapa hari.
III Pihak polis mempunyai kuasa untuk menahan sesiapa yang disyaki
terlibat dalam kegiatan jenayah.
IV Pihak kuasa mengarahkan penduduk di kawasan itu supaya
Berpindah ke tempat yang lebih selamat.
A. I dan III sahaja
B. II dan IV sahaja
C. I, III dan IV sahaja
D. II, III dan IV sahaja
15. Pilih jawapan yang sesuai bagi ayat tanya di bawah.
Apakah tujuan Program sekolah Selamat diadakan?
12
A. Tujuan program itu diadakan adalah untuk memberikan kesedaran
Kepada murid tentang aspek keselamatan.
B. Program itu diadakan bertujuan untuk memastikan program
Keselamatan dilaksanakan di sekolah.
C. Pihak sekolah mendapat manfaat yang besar daripada Program Sekolah
Selamat yang diadakan.
D. Program tersebut akan diadakan sepanjang tahun di sekolah yang
Selamat.
Soalan 16-20
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.
Orang yang memperkenalkan nanas di serat dunia ialah Cristoper Columbus. Beliau
menemukan buah nanas pada November 1493 semasa pelayaran keduanya. Semenjak itu nanas
telah disebarkan di serata dunia dan pada abad ke-16, nanas telah diperkenalkan di Tanah
Melayu oleh orang-orang Portugis.
Pada masa dahulu, harga nanas terlalu mahal di Portugal dan hanya boleh dinikmati oleh
orang bangsawan dan oleh sebab itulah, buah ini dikenali sebagai ‘Buah Diraja’. Di Eropah
pada suatu ketika dahulu, nanas dianggap sebagai buah tropika yang unggul dan merupakan
simbol kepada semangat kekeluargaan, kasih sayang dan tanda ucapan selamat datang kepada
para tetamu. Dalam perubatan moden, nanas digunakan sebagai agen pelawas dan untuk
mengurangkan kesan bengkak selepas pembedahan ataupun selepas mengalami sebarang
kecederaan fizikal.
Nanas juga dipercayai mampu merawat barah dan mengukuhkan sistem imuniti pesakit
untuk melawan sel barah. Nanas mempunyai kandungan gula yang tinggi serta kaya dengan
vitamin A, B dan C. Dalam perubatan tradisional, nanas merupakan ramuan penting untuk
mengatasi masalah pencernaan, pundi kencing, cacing, kelesuab badan, batu karang dan kencing
tidak lawas kerana kandungan enzim bromelinya yang berkesan untuk merawat penyakit-
penyakit tersebut..
13
Selain dimakan, nanas juga dapat digunakan sebagai agen pemangkin pelembut daging
dan agen pembersih barangan logam dan kayu. Sabutnya dapat dijadikan tekstil, benang, jaring,
kertas, dan tali, manakala hampasnya dapat dijadikan makanan haiwan, dan jusnya dapat
dijadikan produk kosmetik dan wangian.
Nanas merupakan buah tropika yang ketiga terpenting di dunia selepas pisang dan
mangga. Nanas ditanam dan menjadi tanaman utama di Brazil, diikuti oleh Bolivia dan
seterusnya Paraguay. Di negara ini, nanas banyak ditanam di daerah Pontian, Johor.
12. Mengapakah nanas hanya boleh dinikmati oleh golongan bangsawan di Portugal?
A. Kerana harganya yang sangat mahal sekali.
B. Kerana nanas dikenali sebagai ‘Buah Diraja’.
C. Kerana dianggap sebagai buah tropika yang unggul
D. Kerana merupakan simbol kasih dan tanda menghormati tetamu.
17. Yang berikut merupakan enyataan yangbenar tentang kepantingan nanas
kecuali
A. Nanas dapat mengurangkan kesan bengkak akibat kecederaan fizikal.
B. Jusnya dapat berfungsi sebagai agen pelembut daging.
C. Menjadi agen pembersih barangan logam dan kayu.
D. Nanas dapat mengatasi masalah keletihan tubuh.
18. Kandungan enzim bromelin yang terdapat pada buah nanas berkesan untuk
merawat penyakit seperti
14
A. Cacing dan barah
B. Masalah pencernaan dan batu karang.
C. Kencing tidak lawas dan bengkak selepas pembedahan.
D. Bengkak akibat kecederaan fizikal dan kelesuan badan.
19. Perkataan unggul dalam petikan bermaksud
A. Mengatasi yang lain
B. Tidak sama dengan yang lain
C. Lebih dikenali kerana mutunya.
D. Keadaan yang tidak berubah-ubah.
20. Penyataan yang berkaitan dengan nanas berdasarkan petikan ialah
A. Ditanam secara meluas di daerah Pontian, Johor.
B. Menjadi buah yang terpenting di dunia selepas mangga.
C. Nanas telah diperkenalkan di Tanah Melayu pada tahun 1493.
D. Bolivia merupakan pengeluar utama nanas di dunia selepas Paraguay.
SOALAN STRUKTUR
NAMA : _________________________
15
TAHUN :6 ____________________________
1. Kertas soalan ini mempunyai empat bahagian: Bahagian A, Bahagian B,
Bahagian C dan Bahagian D.
2. Anda dikehendaki menjawab semua soalan.
Bahagian A
Lengkapkan tempat kosong dengan pengajaran yang terdapat dalam petikan
Berdasarkan petikan ini, kita hendaklah (1) ___________________________
agar dapat meringankan beban mereka. Kita juga hendaklah (2) ______________
_________________ dengan memanfaatkan sumber tanah. Selain itu, kita
hendaklah(3)_____________________________________ terhadap keluarga. Di
samping itu , kita hendaklah (4) _________________________________________
dalam menghadapi kesukaran dan cabaran. Akhir sekali, kita hendaklah (5)
_________________________ untuk berbakti kepada masyarakat.
16
(5 Markah)
Bahagian B.
Tulis lima ayat yang lengkap berdasarkan gambar-gambar di bawah. Gunakan perkataan yang
diberi sebagai panduan.
1.Menjual
Akmal ____________________________________________________________
2.Membeli
Ramai orang _______________________________________________________
3.Belajar
Pada malam hari, Akmal______________________________________________
4.Berjaya
Akmal_____________________________________________________________
5.Bangga
17
Ibu Akmal_________________________________________________________
( 5 Markah)
Bahagian C
Isi tempat kosong dengan menambahkan imbuhan yang sesuai pada perkataan di dalam
kurungan.
PROSES PENANAMAN PADI
Mula-mula, biji benih (1) ______________(pilih) untuk (2) _______________
(asing) dan dibuang bijirin yang hampa yang tidak sesuai ditanam dengan
(3)________________(guna) kaedah apungan di dalam larutan garam. Selepas itu, biji-biji
benih yang dipilih akan (4) __________________ (tabur) ke atas guni lembap dan (5)
______________(tutup) selama dua hari.
Tapak (6) _____________(semai) yang telah (7) ______________(sedia)
Harus (8) ________________(kawal) daripada (9) ___________________(serang) haiwan
perosak. Pada masa yang sama, sawah yang ingin ditanam perlu (10)____________(bajak).
Anak-anak benih yang sudah matang, (11)___________ (cabut) dengan cermat dari tapak
semaian.
Kemudian, (12)________________(bawa) ke sawah untuk ditanam 4 hingga 5
sentimeter. Selepas itu, baja perlu (13)________________( bubuh) secara
(14)______________(peringkat), di samping dijaga daripada haiwan perosak.
Apabila padi mula (15) ________________(besar), kerja-kerja (16) ___________
(rumput) perlu (17) ______________(jalan) bagi menjaga (18)______________ (bersih).
Apabila padi telah menguning, sawah harus dikeringkan secara beransur-ansur sebelum dituai.
18
Selepas dituai, padi-padi itu dikirik, (19) _____________(tampi), (20)_______________(jemur)
dan disimpan di tempat yang kering sebelum diproses untuk dijadikan beras.
(20 Markah)
Bahagian D
Senaraikan lima kegunaan pokok pisang.
1. ______________________________________________________________
2. ______________________________________________________________
______________________________________________________________
3. ______________________________________________________________
______________________________________________________________
4. ______________________________________________________________
19
______________________________________________________________
5. ______________________________________________________________
______________________________________________________________
(10 markah)
BAHAGIAN ESEI
Arahan : Tulis sebuah karangan yang panjangnya tidak kurang daripada 80 patah
perkataan.
Tajuk : Pasar Tani biasanya diadakan pada setiap minggu di banyak kawasan perumahan. Tulis
sebuah karangan tentang Pasar Tani di tempat anda.
______________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________
__________________________________________________________ (20markah)
Skema Jawapan
Bahasa Melayu Pemahaman (Objektif)
NOMBOR JAWAPAN NOMBOR JAWAPAN
20
SOALAN
SOALAN
1 D 11 C
2 C 12 D
3 B 13 B
4 B 14 A
5 D 15 B
6 D 16 A
7 A 17 B
8 A 18 B
9 A 19 A
10 C 20 A
Skema Jawapan Struktur
Bahagian A
21
Berdasarkan petikan ini, kita hendaklah (1) membantu ibu bapa
agar dapat meringankan beban mereka. Kita juga hendaklah (2) berjimat
cermat dengan memanfaatkan sumber tanah. Selain itu, kita hendaklah
(3) melaksanakan tanggungjawab terhadap keluarga. Di samping itu,
kita hendaklah (4) tabah dalam menghadapi kesukaran
dan cabaran. Akhir sekali, kita hendaklah (5) berusaha dengan bersungguh-
sungguh untuk berbakti kepada masyarakat.
(1 jawapan = 1 markah)
(5 jawapan = 5 markah)
Bahagian B.
22
1.Menjual
Akmal membantu ibunya menjual kuih-muih di sekitar kampung.
2.Membeli
Ramai orang membeli kuih-muih jualannya kerana enak.
3.Belajar
Pada malam hari, Akmal belajar dan mengulang kaji pelajaran dengan
bersungguh-sungguh.
4.Berjaya
Akmal berjaya memperoleh keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan.
5.Bangga
Ibu Akmal berbangga dan gembira akan kejayaan Akmal.
********* Idea yang munasabah diterima
(1 jawapan = 1 markah)
(5 jawapan = 5 markah)
Bahagian C
PROSES PENANAMAN PADI
23
Mula-mula, biji benih (1) dipilih (pilih) untuk (2) diasingkan (asing) dan dibuang
bijirin yang hampa yang tidak sesuai ditanam dengan (3) menggunakan (guna) kaedah
apungan di dalam larutan garam. Selepas itu, biji-biji benih yang dipilih akan (4) ditaburkan
(tabur) ke atas guni lembap dan (5) ditutup (tutup) selama dua hari.
Tapak (6) semaian (semai) yang telah (7) disediakan (sedia) harus (8)
dikawal (kawal) daripada (9) serangan (serang) haiwan perosak. Pada masa yang sama,
sawah yang ingin ditanam perlu (10) dibajak (bajak). Anak-anak benih yang sudah
matang, (11) dicabut (cabut) dengan cermat dari tapak semaian.
Kemudian, (12) dibawa (bawa) ke sawah untuk ditanam 4 hingga 5 sentimeter.
Selepas itu, baja perlu (13) dibubuh ( bubuh) secara (14) berperingkat
(peringkat), di samping dijaga daripada haiwan perosak.
Apabila padi mula (15) membesar (besar), kerja-kerja (16) merumput
(rumput) perlu (17) dijalankan (jalan) bagi menjaga (18) kebersihan (bersih).
Apabila padi telah menguning, sawah harus dikeringkan secara beransur-ansur sebelum dituai.
Selepas dituai, padi-padi itu dikirik, (19) ditampi (tampi), (20) dijemur (jemur)
dan disimpan di tempat yang kering sebelum diproses untuk dijadikan beras.
(1 jawapan = 1 markah)
(20 jawapan = 20 markah)
Bahagian D
24
Kegunaan pokok pisang.
a) Pokok pisang merupakan tanaman yang mempunyai banyak kegunaannya.
b) Buah pisang boleh di buat pelbagai jenis kuih seperti kuih lepat, kek dan sebagainya.
Ia juga boleh digoreng dan dijadikan kerepek pisang.
c) Batang pisang boleh dijadikan rakit.
d) Daun pisang juga boleh dibuat pembungkus nasi lemak, kuih,lemang,dan nasi empit.
Ia boleh mengeluarkan haruman yang menyelerakan.
e) Jantung pisang juga boleh dibuat sayur dan ulam.
(1 Jawapan = 2 Markah)
(5 Jawapan = 10 markah)
Skema Esei
Pendahuluan
25
-kebanyakkan tempat di Malaysia – ada Pasar Tani – biasa – seminggu sekali – tempat saya
Isi 1
- diadakan – setiap Sabtu – seawal 7.00 pagi – berakhir – 11.30 pagi – tapak letak kereta
PKNS
Isi 2
- jual – pelbagai hasil tani – segar – sayur-sayuran – buah-buahan – ulam-ulaman – hasil
sungai – laut – harga – amat berpatutan
Isi 3
- kuih-muih tradisional – moden – buatan rumah – rasa amat sedap
Isi 4
- kraf tangan – boleh didapati – hiasan rumah – pakaian – aksesori
Penutup
Harap diteruskan – dilakukan penambahbaikan.
********* Idea yang munasabah
(1 isi + Huraian + Contoh = 5 Markah)
(4 isi + Huraian + Contoh = 20 Markah)
MARKAH YANG DIPEROLEHI OLEH PELAJAR
26
Bil Nama Markah
1 RAUDAH HAZIQAH BT AHMAD 85
2 NURUL HIDANATUL INSYIRAH BT HALIM 84
3 SAUFI AINA BT S. RUDIN 83
4 NUR FATIMAH BT ZULKIFLI 82
5 NUR ELYANA BINTI MOHD ASHIK 79
6 NUR BATRISYA BT SHARIFUDDIN 79
7 FATIN NABILAH BINTI ADI SA'ARI 77
8 NURUL IZZAH BT SHAMMUDIN 74
9 MUHAMMAD MUIZZUDDIN BIN MESRAN 72
10 AMIRUL AIDIL BIN ITHNIN 71
11 NURFARAZILAH NAJWA BT. ABD MUTALIB 65
12 AMIRUL ZAQUAN BIN ABU BAKAR 64
13 NORSYAZWANI BT. ROSLAN 60
14 AHMAD HAKIM BIN JAILANI 55
15 NUR IZZATI KHALIESAH BT MOKHTAR 54
16 NURARISYA BT ARIS 53
17 MOHAMAD AKMAL 52
18 AHLAM HUDA BT AMRAN 49
19 NURIMAN BIN HAKIM 39
27
K 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 J % A1 A2 A3 A4 A5 B1 B2 B3 B4 B5 C1 C2 C3 C4 C5 C6 C7 C8 C9 C10 C11 C12 C13 C14 C15 C16 C17 C18 C19 C20 D1 D2 D3 D4 D5 E J
1 RAUDAH HAZIQAH BT AHMAD
KT X X X X 16 32 1 0 0 1 0 1 1 1 1 1 1 1 1 0 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 2 2 2 2 2 17 53 85
2 NURUL HIDANATUL INSYIRAH BT HALIM
KT X X 18 36 0 0 0 0 0 1 1 1 0 1 1 0 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 2 2 2 2 16 48 84
3 SAUFI AINA BT S. RUDIN KT X X X X 16 32 1 0 0 0 0 1 1 1 1 1 1 0 1 0 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 0 1 2 2 2 2 2 18 51 83
4 NUR FATIMAH BT ZULKIFLI
KT X X X X 16 32 1 0 0 0 0 1 1 1 1 1 0 1 1 0 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 2 2 2 2 2 16 50 82
5 NUR ELYANA BINTI MOHD ASHIK
KS X X X X X X X X X X X X 14 28 0 0 0 0 0 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 2 2 2 2 2 16 51 79
6 NUR BATRISYA BT SHARIFUDDIN
KT X X X 17 34 1 0 0 0 0 1 1 1 1 1 1 1 1 0 1 1 1 1 0 1 1 1 1 0 1 1 1 1 1 1 2 2 2 2 2 12 45 79
7 FATIN NABILAH BINTI ADI SA'ARI
KS X X X X X 15 30 0 0 0 1 0 1 1 1 1 1 1 1 1 0 1 0 1 1 0 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 2 2 2 2 2 14 47 77
8 NURUL IZZAH BT SHAMMUDIN
KS X X X X X 15 30 1 0 0 0 0 1 1 1 1 1 1 0 1 0 1 1 1 1 0 0 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 2 2 2 2 2 12 44 74
9MUHAMMAD MUIZZUDDIN BIN MESRAN
KS X X X X X X X X 12 24 1 0 0 1 0 1 1 1 1 1 1 0 1 1 1 1 1 1 0 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 0 2 2 2 2 0 16 48 72
10 AMIRUL AIDIL BIN ITHNIN
KS X X X X X X X X X 11 22 1 0 0 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 0 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 2 2 2 2 2 12 49 71
11 NURFARAZILAH NAJWA BT. ABD MUTALIB
KR X X X X X X X X X X X X 8 16 1 0 0 0 0 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 0 1 1 0 1 1 0 1 1 1 1 1 1 2 2 2 2 2 16 49 65
12 AMIRUL ZAQUAN BIN ABU BAKAR
KS X X X X X X X X X X 10 20 1 0 0 0 0 1 1 1 1 1 1 1 0 0 1 1 0 1 0 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 2 2 2 2 2 12 44 64
13 NORSYAZWANI BT. ROSLAN
KS X X X X X X X X 12 24 0 0 0 0 0 1 1 1 1 1 1 1 0 1 1 1 1 1 0 1 0 1 1 0 1 1 1 1 1 1 2 2 2 2 2 5 36 60
14 AHMAD HAKIM BIN JAILANI
KS X X X X X X X X X X X 9 18 0 0 0 1 0 1 1 1 1 1 1 0 1 0 1 0 1 1 1 1 1 0 0 1 1 1 1 1 0 0 2 2 2 2 2 8 37 55
15 NUR IZZATI KHALIESAH BT MOKHTAR
KR X X X X X X X X X X X X X 7 14 0 1 0 0 0 1 1 1 1 1 1 0 1 0 1 1 0 0 1 1 1 1 1 1 1 1 0 1 0 1 2 2 2 2 2 10 40 54
16 NURARISYA BT ARIS KR X X X X X X X X X X X 9 18 0 0 0 0 0 0 0 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 0 1 1 0 1 1 1 1 1 1 1 1 2 2 2 2 2 4 35 53
17 MOHAMAD AKMAL KS X X X X X X X X X X X 9 18 0 0 0 0 0 0 0 1 1 1 0 0 1 1 1 1 0 0 0 0 1 1 1 1 0 0 0 1 1 1 2 2 2 2 2 10 34 52
18 AHLAM HUDA BT AMRAN
KR X X X X X X X X X X X X X 7 14 0 0 0 0 0 1 1 1 1 1 1 1 0 1 0 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 1 2 2 2 2 2 2 35 49
19 NURIMAN BIN HAKIM KR X X X X X X X X X X X X X X 5 10 0 0 0 0 0 1 1 1 1 1 1 0 0 0 0 0 0 0 1 0 1 1 1 0 1 1 1 1 1 1 2 2 2 0 2 5 29 39
5 9 16 17 13 16 10 10 10 10 15 14 12 9 2 15 10 11 7 100.26 0.47 0.84 0.89 0.68 0.84 0.53 0.53 0.53 0.53 0.79 0.74 0.63 0.47 0.11 0.79 0.53 0.58 0.37 0.53
0.20 0.40 0.60 0.20 0.60 0.40 1.00 0.20 0.60 0.80 -0.20 0.40 1.00 0.20 0.00 0.60 1.00 0.80 0.00 0.60
PETUNJUKJ JUMLAHJB JUMLAH BESARKT KUMP.TINGGIKS KUMP. SEDERHANAKR KUMP.RENDAH
INDEKS DISKRIMINASI
BAHAGIAN B ( 60% )
KEKERAPAN BETUL
INDEKS KESUKRAN
NO. ITEMBIL JB
BAHAGIAN A ( 40% .)
TABURAN DAN KEKERAPAN MARKAH UJIAN BAGI BAHAGIAN A DAN BAHAGIAN B DAN KESELURUHAN
28
JADUAL KEKERAPAN MARKAH BAGI BAHAGIAN A DAN BAHAGIAN B DAN KESELURUHAN
BAHAGIAN A BAHAGIAN B KESELURUHAN
(MARKAH PENUH = 40%) (MARKAH PENUH = 60%) (MARKAH PENUH = 100%)
MARKAH KEKERAPAN MARKAH KEKERAPAN MARKAH KEKERAPAN
36 1 53 1 85 1
34 1 51 2 84 1
32 3 50 1 83 1
30 2 49 2 82 1
28 1 48 2 79 2
24 2 47 1 77 1
22 1 45 1 74 1
20 1 44 2 72 1
18 3 40 1 71 1
16 1 37 1 65 1
14 2 36 1 64 1
10 1 35 2 60 1
JUMLAH 19 34 1 55 1
29 1 54 1
JUMLAH 19 53 1
52 1
49 1
39 1
JUMLAH 19
29
Penganalisisan berkaitan dengan pencapaian ujian ditadbirkan, boleh dibuat berdasarkan
kepada tiga elemen. Penafsiran tersebut adalah dalam persepektif min, mod dan median.
Sekiranya dilihat dalam bahagian A ( soalan beraneka pilihan), minnya adalah 24 iaitu mewakili
59%, manakala modnya 32 iaitu 80% dan mediannya adalah 24 bersamaan 60%. Manakala
dalam bahagian B (soalan berbentuik struktur) minnya adalah 43 iaitu 72% bagi pencapaian
bahagian B tersebut, modnya adalah 51 iaitu 85% dan 45 atau 75% bagi mediannya. Seterusnya
dalam pencapaian keseluruhan min adalah 67%, mod adalah 79% dan mediannya adalah 71%.
Sekiranya diteliti bagi ketiga-tiga elemen instrumen penilaian tersebut, bolehlah
dirumuskan bahawa bahagian B adalah mudah bagi keseluruhan pelajar yang mengambil ujian
tersebut. Ini adalah kerana skor minnya adalah tinggi berbanding dengan dua jenis instrumen
yang lain. Ini ditambah dengan bilangan yang mendapat skor yang tinggi bagi bahagian B itu
adalah 85%. Manakala penelitian bagi bahagian A menunjukkan kepada kita menunjukkan
pencapaian purata pelajar hanya 59%, walaupun bilangan atau kekerapan (mod) 2 orang yang
memperolehi 80%.
Indikator keseluruhan penilaian terhadap ujian tersebut boleh dilihat melalui pencapaian
keseluruhan pelajar. Purata (min) pencapaian belajar adalah 67% atau dikategorikan sebagai
pencapaian yang sederhana. Namun demikian, terdapat 2 orang yang memperolehi markah
yang agak tinggi iaitu 79% atau hampir 20% bagi keseluruhan semua pelajar yang mengambil
ujian tersebut.
30
ANALISIS ITEM-ITEM BERANEKA PILIHAN
NO ITEM INDEKS KESUKARAN INDEKS DISKRIMINASI
1 0.26 0
2 0.47 0.4
3 0.84 0.4
4 0.89 0.2
5 0.68 0.6
6 0.84 0.4
7 0.53 1
8 0.53 0.2
9 0.53 0.8
10 0.53 0.8
11 0.79 0
12 0.74 0.4
13 0.63 0.8
14 0.47 0.2
15 0.11 0
16 0.79 0.6
17 0.53 1
18 0.58 0.8
19 0.37 0
20 0.53 0.6
31
Indek kesukaran adalah penting bagi pengubal item untuk menentukan aras kesukaran
sesuatu item tersebut. Pengubal soalan perlu memastikan setiap item perlu mempunyai nilai
indek kesukaran dalam mentadbirkan sesuatu ujian tersebut. Pentafsiran item itu dapat
diklasifikasi seperti berikut I.K. < 0.3 Terlalu sukar , 0.3 < I.K. < 0.8 Sederhana dan I.K. =
0.8 Terlalu mudah (Mok, 1995: 129).
Sekiranya dianalisis ujian yang ditadbirkan jelas menunjukkan bahawa item 15 dan 1
mempunyai nilai yang rendah daripada 0.3, ini boleh diklasifikasikan sebagai soalan yang sukar.
Manakala item bagi 3, 6 dan 4 mempunyai nilai yang lebih daripada 0.8 dan ini menunjukkan
soalan tersebut agak mudah atau terlalu senang. Manakala item-item yang lain menunjukkan ia
adalah berada pada tahap sederhana. Rumusan keseluruhan berkenaan dengan analisis indeks
kesukaran bagi ujian yang ditadbirkan adalah bersesuaian dan agak relevan ditadbirkan kepada
pelajar.
Indek diskriminasi yang dihasilkan adalah kekerapan jawaban betul bagi pelajar tinggi
ditolak dengan kekerapan jawaban betul bagi kumpulan rendah. Seterusnya dibahagikan satu
perdua daripada jumlah pelajar kumpulan tinggi dan rendah. Menurut Mehrens dan Lehmann
(1991), Indeks diskriminasi untuk soalan-soalan ujian di bilik darjah perlu melebihi 0.20.
Berdasarkan pengendalian ujian yang dilakukan, maka analisis menunjukkan bahawa item 11, 15
dan 19 yang mempunyai indek disriminasi 0 ini mengambarkan item tersebut adalah tidak
sesuai untuk ditadbirkan. Item tersebut seolah-olah kumpulan tinggi dan rendah mempunyai
kebolehan yang sama dalam menjawab item berkenaan. Namun keadaan sebaliknya bagi item
19.4.8,14,2,3,6,12,5,16 dan 20 yang masing-masing mempunyai nilai di antara 02 hingga 0.6 ini
mengambarkan item-item tersebut adalah sesuai ditadbirkan, ini memberikan indikator bahawa
kumpulan tinggi lebih berkemampuan untuk menjawab dengan betul berbanding dengan
kumpualan rendah. Bagi item yang dianggap baik adalah bagi item 9, 10,13,18, 7 dan 17 yang
menunjukkan bahawa keseluruhaannya kumpulan rendah tidak dapat menjawab dengan betul
bagi item tersebut. Rumusan keseluruhannya berkenaan dengan set soalan bagi ujian yang
ditadbirkan berdasarkan perspektif indeks kesukaran adalah baik dan tidak perlu untuk
digugurkan. Cuma bagi item-item 9, 10,13,18, 7 dan 17 mungkin hanya perlu dilakukan
pengubahsuai agar ia lebih mesra dengan pelajar-pelajar bagi kumpulan rendah. Begitu juga
32
dengan item 11,15 dan 19, seseorang guru mungkin perlu meletakkan penganggu dalam pilihan
jawaban agar ia tidak terlalu mudah bagi kumpulan rendah.
Bagi perbandingan di antara indeks kesukaran dan diskriminasi jelas menunjukkan
bahawa item 11 dan 15 tidak sesuai dan relevan untuk ditadbirkan. Adalah dicadangkan soalan
tersebut digugurkan atau dilakukan pengubahsuai. Ini adalah kerana item 11 adalah terlalu
mudah iaitu nilai indeks kesukarannya hampir kepada 0.8 dan hinggakan kesemua kumpulan
tinggi dan rendah dapat menjawabnya dengan betul. Manakala item 11 pula, soalannya agak
sukar iaitu 0.79 namun kumpulan rendah mampu untuk menjawabnya dalam indeks diskriminasi
iaitu yang bernilai 0.
KESIMPULAN
Jenis ujian meliputi ujian pencapaian, kecerdasan, prestasi, diognostik, kecekapan, bakat,
personality, rujukan norma dan rujukan criteria. Pembinaan soalan objektif yang dibincang
meliputi bentuk soalan beraneka pilihan, betul-salah, mengisi tempat kosong dan padanan.
Pembinaan soalan subjektif meliputi bentuk esei berjawapan pendek, sederhana dan panjang.
Terdapat beberapa kaedah mengenalisis soalan dan ujian yang perlu dibuat untuk memastikan
soalan dan ujian sesuai digunakan. Analisis soalan dibuat untuk menilai kesuaian soalan tersebut,
terutama dari segi aras kesukaran dan kuasa diskriminasinya.
33
RUJUKAN
Abdul Hamid, Muhammad Fairuzzairi (2002) Penghasilan garis panduan pembinaan item ujian buatan guru. Masters thesis, Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn.
Noor Aisyah bt Ibrahim (2012), Praktisku Bahasa Malaysia tahun 6 Eastview Marshall
Cavendish Education
Praktisku Bahasa Malaysia tahun 6 Eastview Marshall Cavendish Education
Ruminah Hj Sabran (1991),Penilaian dan Pengujian Bahasa Malaysia: Penerapannya Pada
Peringkat Sekolah Rendah,Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Rancangan Tahunan Bahasa Melayu Tahun 6 Noor Aisyah bt Ibrahim (2012),
Sufean Hussin(1988), Pengajaran Alam dan Manusia KBSR,Selangor. Fajar Bakti Sdn.Bhd.
Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah, Bahasa Melayu Tahun 6 (2003)
Kementerian Pendidikan Malaysia
Tuan Jah Tuan Yusof dan Faridah Nazir(2012),Pentaksiran Bahasa Melayu Sekolah Rendah,
Selangor:Multimedia Sdn.Bhd
Yap Yee Khiong(1987),Siri Maktab Perguruan : Pengukuran dan Penilaian Dalam
Pendidikan,Petaling Jaya.Heinemann Asia.
http://www.sabah.edu.my/skpmtdon/notes/JSU.pdf
http://www.slideshare.net/Sanomikayo/jadual-spesifikasi-ujian-jsu
http://ujid.tripod.com/education/penilaian.pdf
http://saharuddin-abdullah.blogspot.com/2011/02/jadual-spesifikasi-ujian-jsu.html
34