Download - HBHE 2203 (PENDIDIKAN KESIHATAN KELUARGA)
PENDIDIKAN KESIHATAN KELUARGA
DEFINISI
MATLAMATOBJEKTIF KESIHATAN DIRI DAN KELUARGA
AMALAN CARA HIDUP SIHAT
KEBERSIHAN TUBUH BADAN
AMALAN PEMAKANAN
SIHAT
AKTIVITI SENAMAN & KECERGASAN FIZIKAL
AMALAN KESIHATAN MENTAL YANG BAIK
TIDAK MEROKOK
PENJAGAAN KESIHATAN IBU DAN ANAK
PERANAN KELUARGA
INSTITUSI PERKAHWINAN
NILAI AGAMA & MORAL
SEKSUALITI GENDER
TUBUH BADAN MANUSIA
SISTEM
RANGKA PENGHADAMAN
OTOT LIMFATIK
ENDOKRIN SARAF
KARDIOVASKULAR REPRODUKTIF
PERKUMUHAN RESPIRATORI
CIRI-CIRI LUAR
KULIT MUKA
HIDUNG TELINGA
MATA GIGI
RAMBUT TANGAN
KAKI KUKU
PENDIDIKAN KESIHATAN DIRI
Pengurusan kesihatan diri secara bijak adalah merupakan langkah awal yang boleh
diamalkan setiap individu bagi mengekalkan kesihatan secara optimum. Berdasarkan kepada
pengurusan grafik diatas, disenaraikan aspek pengurusan diri yang harus diambil berat oleh
setiap individu.
Aspek pengurusan kesihatan diri terbahagi kepada enam iaitu pengurusan kebersihan
tubuh, pengurusan kebersihan pakaian, pengurusan tahap kesihatan, pengurusan pemakanan
yang sihat, pengurusan berat badan dan pengurusan tekanan iaitu stress.
Pengurusan kebersihan tubuh terbahagi kepada tubuh badan, tangan, rambut dan
mulut. Bagi kebersihan tubuh badan, kita perlulan membersihkan badan dengan mandi
sekurang-kurangnya dua kali sehari dengan menggunakan sabun dan air. Ia akan
mengelakkan badan dari berbau dan juga dari dijangkiti kudis. Tidur yang cukup dan
berkualiti juga diperlukan oleh tubuh. Masa yang diperlukan oleh kanak-kanak tidur adalah
lebih lama berbanding dewasa. Manakala pengurusan kebersihan tangan adalah dengan
membasuhnya setiap kali keluar atau masuk tandas dengan sabun dan air. Sebelum makan
juga memerlukan kita untuk membasuh tangan. Kuku juga perlulah dipotong jika ia panjang.
Kebersihan rambut juga perlu diambil berat iaitu dengan membasuhnya dengan syampu yang
bersesuaian dengan jenis kulit kepala iaitu sama ada berkulit kering atau berminyak dan
menggunakan air dalam dua hari sekali. Ia adalah untuk mengelakkan kulit kepala daripada
dijangkiti kutu. Jika berlaku masalah, kita perlulah mendapatkan rawatan dan nasihat di
klinik. Penjagaan mulut termasuk gigi juga penting iaitu dengan memberus gigi atau
menggunakan floss untuk membuang sisa-sisa makanan setiap kali selepas makan atau
sebelum tidur. Pemeriksaan gigi juga perlu dijalankan sebanyak dua kali setahun.
Pengurusan kebersihan pakaian juga penting dalam kehidupan. Pakaian yang hendak
dipakai perlulah bersih dan ia perlu dibersihkan sebelum dipakai. Pakaian perlulah ditukar
setiap hari. Bantal, selimut, tilam dan cadar perlulah ditukar dan dibersihkan untuk
mengelakkan hama.
Pengurusan tahap kesihatan juga amat penting. Ini adalah kerana ia membolehkan kita
mengetahui tanda-tanda awal sesuatu penyakit. Antara jenis-jenis pemeriksaan yang boleh
dijalankan untuk mengetahui tahap kesihatan kita ialah pemeriksaan tekanan darah, saringan
paras glukos darah, saringan paras kolesterol, indeks jisim badan, pemeriksaan kanser serviks
dan payudara, ujian kadar lemak dan saringan minda sihat.
Pengurusan pemakanan yang sihat membenarkan kita menikmati keenakan pelbagai
jenis makanan sambil mengekalkan tahap pemakanan dan kesihatan kita. Pengurusan
pemakanan sihat ini juga adalah mengenai memenuhi keperluan pemakanan harian kita dan
pada masa yang sama, mengelakkan kekurangan atau berlebihan zat yang boleh menyumbang
kepada risiko penyakit yang berkaitan dengan pemakanan. Ia meliputi membuat keputusan
yang bijak tentang apa jenis makanan yang harus dimakan dan bagaimana mengamalkan
tabiat makan yang sihat. Ia boleh dicapai dengan mengingati tiga perkara iaitu keseimbangan,
kepelbagaian dan kesederhanaan. Ia boleh dicapai dengan menggabungkan kesemua
kumpulan makanan dalam piramid makanan. Makanan yang berlainan membekalkan
kombinasi tenaga (kalori) dan nutrient seperti karbohidrat, protein, lemak, vitamin, mineral
dan gentian yang berbeza. Memakan pelbagai jenis makanan adalah cara yang terbaik untuk
memenuhi keperluan tenaga dan nutrient kita untuk membesar, berkembang, bergerak,
bekerja, bermain, berfikir dan belajar. Ada juga pengurusan amalan makan yang tidak sihat
yang boleh menyebabkan peningkatan utama masalah kesihatan masyarakat di negara ini.
Antaranya ialah tidak mengambil makanan semasa waktu makanan utama, tidak mengambil
pelbagai jenis makanan seimbang, mengambil snek yang tidak sihat, mengambil secara
berlebihan makanan yang mempunyai kandungan gula yang tinggi dan juga tinggi kadar
lemak dan minyak serta garam.
Pengurusan berat badan amat penting kerana jika berat badan berlebihan, ia akan
mengurangkan kualiti dan keriangan hidup. Ia juga boleh mengakibatkan peningkatan kadar
penyakit-penyakit seperti kencing manis, penyakit jantung, angin ahmar dan tekanan darah
tinggi. Ia juga boleh meningkatkan risiko kejadian kanser, batu karang, penyakit gout,
osteoarthritis, kemandulan dan lain-lain lagi. Individu yang mengalami masalah ini juga
mempunyai harga diri yang rendah dan selalu muram disebabkan imej badan yang tidak
menarik. Ada lima panduan diet bagi pengurusan berat badan iaitu pertama, nikmati banyak
buah-buahan, sayur-sayuran, makanan bijirin penuh dan kekacang. Kedua, makan dengan
kadar sederhana makanan seperti daging kurang lemak, ikan, tenusu rendah lemak dan
protein.
Ketiga, makan dengan sukatan sederhana terutamanya makanan yang mengandungi
tenaga padat. Keempat, pengambilan sajian makanan dan snek kerap dapat mengelakkan
makan dengan keterlaluan. Kelima, sukatan makanan harus diawasi.
Pengurusan tekanan stress dapat mengurangkan tekanan dan juga dapat mengenalpasti
tekanan yang dihadapi serta kaedah untuk mengurangkan serta mengatasi tekanan. Jika
sedikit tekanan yang dihadapi, ia boleh dianggap sebagai motivasi tetapi jika berat tekanan
yang dihadapi, ia boleh menyebabkan seseorang itu boleh terlibat dengan dadah dan alcohol
jika mereka salah dalam memilih kaedah untuk menangani stress.
Penjagaan kesihatan diri amat penting kerana ia memberi pengukuhan fizikal, emosi,
rohani dan jasmani bagi setiap individu supaya lebih bersedia untuk mengetahui akan
kesihatan, kecantikan, kekemasan dan kebersihan diri yang sempurna.
PENDIDIKAN KESIHATAN KELUARGA
Pendidikan kesihatan keluarga adalah proses perubahan tingkah laku yang berlaku
dalam lingkungan individu dan komuniti. Ia bertujuan untuk meningkatkan status kesihatan
ke peringkat yang optimum melalui usaha dan kemampuan setiap ahlinya.
Matlamatnya adalah untuk meningkatkan pengetahuan, sikap serta kemahiran dalam
mengamalkan tingkah laku yang sihat supaya dapat mencapai taraf kesihatan keluarga yang
optimum.
Objektif pendidikan kesihatan keluarga adalah antaranya ialah mengubah tingkah laku
kesihatan daripada aspek pengetahuan, sikap dan amalan kearah mengurangkan risiko
mendapat penyakit yang berkaitan dengan amalan hidup yang tidak sihat. Ia juga melihat
peranan keluarga dalam konteks yang lebih makro iaitu pembangunan sesebuah negara.
Keluarga juga adalah sebagai segmen utama sesebuah masyarakat dalam menyalurkan input
berkaitan mesej-mesej kesihatan sama ada daripada pihak kerajaan, swasta atau pihak hukan
kerajaan (NGOs). Ia juga mempunyai objektif untuk meningkatkan tahap literasi kesihatan
dalam kalangan rakyat Malaysia iaitu keupayaan setiap ahli keluarga untuk mencapai,
menilai dan memahami maklumat asas kesihatan yang disampaikan serta bagaimana mereka
menggunakan maklumat tersebut kearah mencapai tingkah laku kesihatan yang dikehendaki.
Antara aspek pendidikan kesihatan keluarga ialah kesihatan diri dan keluarga, tubuh
badan manusia dan nilai agama dan moral.
Dari segi kesihatan diri dan keluarga, ia adalah berkaitan dengan amalan cara hidup
yang sihat. Ianya kemudian dibahagi kepada lapan iaitu kebersihan tubuh badan, amalan
pemakanan sihat, aktiviti senaman dan kecergasan fizikal, amalan kesihatan mental yang
baik, tidak merokok, penjagaan kesihatan ibu dan anak, peranan keluarga dan institusi
perkahwinan.
Dari segi tubuh badan, ia terbahagi kepada dua bahagian iaitu sistem dan ciri-ciri luar.
Sistem terbahagi kepada sepuluh sistem iaitu sistem rangka, sistem penghadaman, sistem
otot, sistem limfatik, sistem endokrin, sistem saraf, sistem kardiovaskular, sistem reproduktif,
sistem perkumuhan dan sistem respiratori. Ciri-ciri luar pula terbahagi kepada sepuluh
bahagian iaitu kulit, muka, hidung, telinga, mata, gigi, rambut, tangan, kaki dan kuku.
Nilai agama dan moral pula terbahagi kepada dua iaitu seksualiti dan gender.
Seksualiti adalah berkaitan dengan isu-isu masalah kesihatan seksualiti iaitu kehamilan
remaja, kes buang anak, rogol, cabul, homoseksual dan sumbang mahram. Gender pula
adalah berkaitan dengan isu-isu tingkah laku yang melampaui batas dari segi nilai dan norma
yang ditetapkan oleh masyarakat sebagai sesuai untuk lelaki dan perempuan.
Perkhidmatan Kesihatan Keluarga adalah salah satu cabang perubatan yang
bertanggungjawab untuk menyediakan perkhidmatan kesihatan buat komuniti. Ia memberi
fokus utama dalam penjagaan wanita mengandung, klinik kanak-kanak, klinik pesakit luar
dan juga sebagai pusat rawatan susulan bagi pesakit kronik seperti hipertensi dan kencing
manis. Perkhidmatan ini bertanggungjawab untuk melaksanakan program-program
pencegahan dan kesedaran mengenai penyakit untuk sesebuah komuniti. Di Malaysia, usaha
ini dilaksanakan oleh klinik-klinik kesihatan kerajaan yang bertebaran diseluruh negara.
Dalam menuju tahun 2020, hampir setiap mukim akan memiliki sekurang-kurangnya sebuah
klinik kesihatan kerajaan. Klinik-klinik ini dibiaya sepenuhnya oleh kerajaan Malaysia.
PENGURUSAN KESIHATAN DIRI
PENDIDIKAN KESIHATAN KELUARGA
PERSAMAAN
Pendidikan Kesihatan Diri dan Keluarga adalah merupakan aspek yang penting dalam pencegahan dan pengawalan penyakit serta dalam mengamalkan gaya hidup yang sihat. Ia juga akan dapat mewujudkan persekitaran yang menyokong kepada penjagaan kesihatan. Justeru itu, pendidikan kesihatan diri dan keluarga amatlah penting untuk memberikan pendedahan dan kesedaran kepada individu dan keluarga serta masyarakat umum tentang penyakit, tanda-tanda, kemahiran mengenalpasti faktor risiko dan tanda-tanda amaran serta kepentingan melakukan saringan dan pengesanan awal. Disamping itu, memandangkan kebanyakan faktor risiko adalah berkaitan dengan tingkahlaku, maka, pendidikan kesihatan adalah amat penting.
PERBEZAAN PENDIDIKAN KESIHATAN
INDIVIDU
KEBERSIHAN TUBUH BADANKEBERSIHAN PAKAIANTAHAP KESIHATANPEMAKANAN YANG SIHATBERAT BADANTEKANAN (STRESS)
Supaya individu lebihmenyedari kesihatan dan sebagai individu mengambil tindakan positif bagi membaiki kesihatan sendiri dan juga keluarganya.Memudahkan setiap individu mencapai dan mengekalkan taraf kesihatan yang membolehkannya menjalani kehidupan yang produktif dari segi sosial dan ekonomi.
DARI SEGI
ASPEK
KEPENTINGAN
KELUARGA
KESIHATAN DIRI DAN KELUARGATUBUH BADAN MANUSIANILAI AGAMA DAN MORAL
Meningkat dan menggalakkan aktiviti-aktiviti untuk memperbaiki dan mengekalkan sekitaran kehidupan yang sihat dan memperbaiki kualiti kehidupan termasuk terdapatnya perumahan, kemudahan bekalan air dan pembuangan sampah.Meningkatkan langkah-langkah penyelarasan dan kerjasama terutamanya anggota-anggota perancang dan pelaksana, untuk membaiki sosial, ekonomi dan sekitaran fizikal bagi menghalang perkembangan masalah-masalah seperti penyalahgunaan dadah, perhubungan jenis rambang, alkoholisme, jenayah juvenil, tingkahlaku antisosial dan kesalahan kecil.
PERBEZAAN DAN PERSAMAAN ANTARA PENGURUSAN KESIHATAN DIRI
DENGAN PENDIDIKAN KESIHATAN KELUARGA
Dari segi persamaaan dan perbezaan, adalah lebih kepada aspek kepentingan
pendidikan kesihatan kepada individu dan keluarga. Ia berfungsi kepada pencegahan dan
pengawalan penyakit serta dalam mengamalkan Amalan Gaya Hidup Yang Sihat. Dengan ini,
ia akan dapat mewujudkan persekitaran yang menyokong kepada penjagaan kesihatan.
Kesihatan adalah suatu nikmat yang diperlukan oleh setiap individu pada setiap masa
dan tanpanya kita tidak akan dapat menguruskan tugas harian kita, sama ada di pejabat atau
di rumah. Keadaan kesihatan yang tidak memuaskan akan mengurangkan minat dan daya
konsentrasi, produktiviti kerja merosot dan lama kelamaan kerja akan diabaikan dan keluarga
tidak diberi perhatian dan berbagai masalah akan timbul
Kesihatan dan kesejahteraan tidak datang dengan sendirinya tetapi perlu diusahakan
oleh setiap individu. Individu perlu memahami, mengetahui dan mengamalkan prinsip-
prinsip kesihatan asas untuk diri sendiri dan keluarga dan menjauhi dari amalan-amalan yang
tidak sihat atau membahayakan.
Adalah jelas bahawa kesihatan tidak hanya bermakna bebas daripada penyakit tetapi
merangkumi kesejahteraan fizikal, mental, sosial dan kini juga ditambah dimensi "spiritual"
ataupun kerohanian. Ini juga bermakna bahawa hospital-hospital hanya memberi rawatan jika
kita menghidapi sesuatu penyakit, tetapi cara-cara pencegahan dan pengubahsuaian
kehidupan setelah menghidapi penyakit terpulanglah kepada kebijaksanaan individu. Justeru
itu, pencegahan adalah lebih baik daripada rawatan, lebih-lebih lagi memandangkan kini
banyak penyakit tiada rawatan khas atau ubat-ubat tertentu.
Dengan mengambil kira kenyataan ini dan pentingnya seseorang itu mengambil
tanggungjawab di atas keadaan kesihatan diri sendiri dan keluarga, maka WHO telah
menyarankan tema "Health begins at home" pada tahun 1979 lagi, iaitu 20 tahun yang lalu.
Konsep Kesihatan Keluarga juga dibangunkan sebagai satu disiplin asas yang memberi
keutamaan kepada program-program pencegahan, penggalakan dan pendidikan kesihatan.
Tabiat, kelakuan dan nilai anak-anak dibentuk daripada kecil oleh ibubapa dan
keluarga, maka tanggungjawab ini harus diberi perhatian berat. Keluarga perlu menasihati,
berkomunikasi dan menunjukkan teladan yang baik kepada anak-anak supaya mereka tidak
terperangkap dengan gejala-gejala sosial seperti merokok, mengambil dadah, mengandung
luar nikah, melakukan jenayah dan sebagainya.
Kajian Kesihatan Reproduktif Remaja yang dijalankan oleh Lembaga Penduduk dan
Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) menunjukkan bahawa bapa tidak memberi nasihat
atau panduan kepada anak-anak remaja lelaki dalam hal-hal pembesaran dan perkembangan
seksualiti dan hanya 22 peratus remaja perempuan mendapat bimbingan daripada ibu.
Pendidikan, penerangan dan pengetahuan adalah asas kepada amalan kesihatan yang baik dan
positif. Kita sebagai orang dewasa dan ibubapa, harus melengkapi diri kita sendiri dengan
secukup pengetahuan supaya dapat memberi panduan dan tunjuk ajar kepada anak-anak dan
mewujudkan keadaan yang sihat dan selamat di dalam dan luar rumah.
Dari segi ini, banyak yang menunjukkan bahawa individu sangat bersalingkait dengan
keluarga dan sudah tentu asal seseorang individu adalah dari sebuah keluarga. Dengan
pendidikan kesihatan, kita dapat membina individu, keluarga dan masyarakat yang berilmu,
berwibawa dan akan membuat keputusan dan tindakan yang bertanggungjawab serta tepat
berasaskan pengetahuan.
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN PENDIDIKAN KESIHATAN
Matapelajaran : Pendidikan Kesihatan
Tarikh / Hari : 12 Mac 2010 / Jumaat
Masa : 8.30 – 9.30 am
Tahun : 5 Bukhari
Tunjang Pembelajaran : Kesihatan Diri dan Keluarga
Tajuk : Kesihatan Diri
Sub Tajuk : Penyakit Tidak Berjangkit
Hasil Pembelajaran : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat :
Kognitif : Menyatakan jenis penyakit tidak
Berjangkit.
Afektif : Memupuk sifat suka menolong orang
lain dan menjaga kebersihan diri dan
persekitaran.
Sosial : Dapat melatih murid-murid dari segi
kepimpinan, kerjasama, toleransi dan
nilai-nilai murni dalam diri mereka.
Pengalaman Sedia Ada : Murid-murid pernah melihat atau mengalami penyakit
berjangkit.
Penerapan Nilai : i) Kerjasama
ii) Bersyukur terhadap kesihatan dan mengamalkan
gaya hidup sihat
iii) Patuh Arahan
Bahan Bantu Mengajar : i) Slaid MS Power Point
ii) Gambar Penyakit
LANGKAH/MASA ISI PELAJARAN AKTIVITI CATATAN
SET INDUKSI
(10 Minit)
Gambar Penyakit
Guru mengadakan
sesi soaljawab
sebagai menguji
pengetahuan sedia
ada murid:
1. Namakan
penyakit ini?
2. Apakah faktor
penyakit ini?
3. Adakah
penyakit ini
berjangkit?
Murid melihat gambar
penyakit pada poster
yang dipamerkan oleh
guru.
Murid-murid
memberitahu tentang
penyakit tersebut.
Guru membuat
perkaitan antara gambar
dengan isi
pembelajaran hari ini.
Guru memberi serba
sedikit penerangan
tentang gambar
tersebut.
BBM:
Gambar Penyakit
Nilai Murni:
Patuh arahan
Bekerjasama
LANGKAH/MASA ISI PELAJARAN AKTIVITI CATATAN
Langkah 1
(20 Minit)
Contoh soalan:
Apakah maksud
penyakit tidak
berjangkit?
Apakah punca
penyakit tidak
berjangkit ini
terjadi?
Cuba nyatakan
beberapa
penyakit tidak
berjangkit yang
kamu tahu?
Guru bertanya secara
rambang kepada murid
tentang maksud
penyakit tidak
berjangkit.
Murid diminta memberi
maksud berdasarkan
pemahaman sedia ada
mereka.
Guru menerangkan
tentang maksud
penyakit tidak
berjangkit dengan
menayangkan slaid MS
Power Point.
Guru memberikan
beberapa penyakit yang
tidak penyakit seperti :
Karies gigi
Penyakit jantung
Diabetes
Asma
Penyakit buah
pinggang
BBM :
Slaid MS Power Point
Nilai Murni:
Bekerjasama
Patuh arahan
LANGKAH/MASA ISI PELAJARAN AKTIVITI CATATAN
Langkah 2
(15 Minit)
Menyenaraikan
cara-cara
pencegahan
penyakit-penyakit
tidak berjangkit.
Murid dibahagikan
kepada 4 orang bagi
setiap kumpulan.
Setiap kumpulan
diminta berbincang dan
menyenaraikan cara-
cara pencegahan
penyakit-penyakit tidak
berjangkit.
Wakil kumpulan akan
membacakan hasil
dapatan kumpulan
masing-masing.
Guru membimbing
murid membuat
rumusan tentang
pencegahan penyakit-
penyakit tidak
berjangkit.
BBM:
Slaid MS Power Point
KBKK:
Membina rumusan
Penutup
(15 Minit)
Penilaian dan
Pengukuhan
Guru meminta murid
menyebut dan
mengingat kembali
maksud penyakit tidak
berjangkit.
LANGKAH/MASA ISI PELAJARAN AKTIVITI CATATAN
Murid diedarkan
dengan lembaran kerja.
Murid diminta
menjawab lembaran
kerja dalam masa yang
ditetapkan.
Hasil dapatan murid
disemak oleh guru.
BBM:
Lembaran kerja
Nilai Murni:
Patuh arahan
Bekerjasama
REFLEKSI :________________________________________________________________
______________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
PENDIDIKAN KESIHATAN
NAMA:_________________________ TARIKH:_____________
TAHUN:__________________________
PENYAKIT CARA PENCEGAHAN
1)
2)
1)
2)
1)
2)
1)
2)
1)
2)