Download - HBML4203 Sept 2010 Kesusasteraan c
HBML4203 KESUSASTERAAN MELAYUAZMI BIN ARAZAD 651101016431003
1.0 Kesusteraan.
http://clubitacom.com/topics/definisi-kesusasteraan.html
http://clubitacom.com/topics/sejarah-dan-perkembangan-kesusasteraan-melayu.html
Selden, Raman ( terjemahan ), 1989. Teori Kesusasteraan Sezaman. Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka.
Shahnon Ahmad. September 1987. “Kesusasteraan dan Permasalahan Manusia”.Dewan Sastera. Jld. 17.9, hal. 8-11
1.0 PENGENALAN KESUSASTERAAN
Kesusasteraan berasal daripada kata akar “susastera” (Sanskrit)
Su - indah, baik, lebih berfaedah
Sastera - huruf atau buku
Ke-susastera-an - kumpulan buku-buku yang indah bahasa dan baik isinya.
Kesuasasteraan merupakan ciptaan seni yang dinyatakan dengan bahasa yang indah dan
mengandungi isi yang baik yang baik lagi berfaedah.
sosial yang secara modifikasi meresap masuk ke dalam karya
Kesusasteraan merujuk kepada hasil seni yang disampaikan melalui bahasa. Dari segi
hurufiahnya, perkataan kesusasteraan bermaksud "kumpulan buku-buku yang indah
bahasanya dan baik isinya." Pada erti kata yang lebih luas, kesusasteraan boleh
dimaksudkan sebagai segala pengucapan yang indah-indah, sama ada ia tertulis atau
tidak.
Kesusasteraan pada lahiriahnya wujud dalam masyarakat manusia melalui bentuk tulisan
dan juga wujud dalam bentuk lisan. Dalam kehidupan sehari-harian, kedua-dua bentuk
kesusasteraan sememangnya tidak terpisah daripada kita. Misalnya, kita akan mendengar
muzik yang mengandungi lirik lagu yang merupakan hasil sastera. Dan kita sendiri pula
HBML4203 KESUSASTERAAN MELAYUAZMI BIN ARAZAD 651101016431003
akan menggunakan pelbagai peribahasa dan pepatah yang indah-indah yang sebenarnya
juga merupakan kesusasteraan.
2.0 SEJARAH DAN PERKEMBANGAN KESUSASTERAAN MELAYU
TRADISIONAL
Kesusasteraan Melayu Tradisional dapat dikelompokkan kepada dua kelompok utama
iaitu :
i. Prosa Melayu Tradisional
ii. Puisi Melayu Tradisional
2.1 Prosa Melayu Tradisional
Prosa boleh ditakrifkan sebagai satu bentuk karangan yang panjang. Prosa tidak terbatas
kepada cerita (naratif) sahaja tetapi termasuk juga karya-karya yang bukan cerita (bukan
naratif/non-naratif). Oleh itu, karya-karya kesusasteraan Melayu yang panjang sama ada
lisan atau tulisandikelompokkan sebagai prosa. Syarat utama ia boleh dikatakan sebagai
kesusasteraan Melayu ialah penggunaan bahasa Melayu sebagai alat penyampaian dalam
karya-karya tersebut merangkumi seluruh nusantara. Prosa Melayu tradisional berbentuk
lisan dikenali juga sebagai sastera rakyat. Prosa tradisional dalam kesusasteraan Melayu
boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu :
i. Naratif
ii. Bukan naratif
Prosa tradisional berbentuk naratif itu boleh dibahagikan pula kepada dua pecahan lagi
iaitu naratif lisan dan naratif tulisan. Naratif lisan pula boleh dipecahkan lagi kepada tiga
genre yang utama iaitu:
HBML4203 KESUSASTERAAN MELAYUAZMI BIN ARAZAD 651101016431003
i. Mitos
ii. Legenda
iii. Cerita rakyat
Cerita rakyat terangkum di dalamnya beberapa jenis cerita lagi seperti cerita binatang,
cerita jenaka, cerita Lipur Lara dan cerita teladan. Sementara itu naratif tulisan terbahagi
kepada lima genre iaitu:
i. Sastera sejarah
ii. Sastera hikayat
iii. Sastera sastera panji
iv. Sastera kepahlawanan / epik
v. Sastera agama
Prosa tradisional bukan naratif terdiri daripada empat genre iaitu :
i. Sastera undang-undang
ii. Sastera kitab
iii. Sastera ketatanegaraan
iv. Kepustakaan ilmu tradisional
Penjelasan setiap genre prosa tradisional akan dibuat dalam tajuk penghayatan prosa
tradisional.
2.2 Puisi Melayu Tradisional
Puisi merupakan kata pinjaman dari bahasa Indonesia yang digunakan secara meluas di
Malaysia. Puisi adalah satu bentuk karangan berangkap yang terikat dengan peraturan
sesuatu jenis puisi itu. Bahasa puisi adalah terhad dan padat tetapi makna yang cuba
disampaikan adalah mendalam. Puisi mengungkapkan sesuatu yang abstrak kepada yang
nyata. Puisi Melayu tradisional juga boleh dibahagikan kepada dua pecahan iaitu:
HBML4203 KESUSASTERAAN MELAYUAZMI BIN ARAZAD 651101016431003
i. Naratif
ii. Bukan naratif
Puisi Melayu tradisional yang berbentuk naratif terdiri daripada genre Syair sahaja.
Manakala yang bukan naratif ialah :
i. Pantun
ii. Gurindam
iii. Endoi
iv. Rejang
v. Dikir/Zikir
vi. Rubai
vii. Nazam
viii. Masnawi
ix. Ghazal
x. Berzanji
xi. Qit'ah
xii. Seloka
xiii. Teromba
xiv. Talibun
xv. Peribahasa berangkap
xvi. Mantera
3.0 SEJARAH DAN PERKEMBANGAN KESUSASTERAAN MELAYU
MODEN
Kesusasteraan dalam pendekatan moden ditakrifkan sebagai hasil karya individu yang
mengumpul segala bentuk pengalaman, perasaan dan pemikiran, yang secara intelektual
menggabungkan estetik, imaginasi dan ilusi pengarang sebagai teks diri dan ideologi,
budaya sejarah dan moraliti zaman sebagai teks sosial yang secara modifikasi meresap
HBML4203 KESUSASTERAAN MELAYUAZMI BIN ARAZAD 651101016431003
masuk ke dalam karya sastera. Teks sastera dikatakan merentasi pelbagai cabang isian
ilmu, termasuk sains sosial, ekonomi, matematik, politik, agama dan sebagainya.
sosial yang secara modifikasi meresap masuk ke dalam karya
4.0 BENTUK-BENTUK KESUSASTERAAN MELAYU
4.1 KESUSASTERAAN LISAN.
Kesusasteraan yang disampaikan melalui peraturan dari satu generasi ke satu generasi
yang lain. Dikenali juga sebagai sastera rakyat. contoh sastera lisan berbentuk cerita:
i. cerita asal-usul ( Dongeng harimau jadian, dongeng gerhana )
ii. cerita binatang ( Cerita Sang Kancil, Pelanduk )
iii. cerita jenaka ( Pak Pandir, Pak kaduk dan Lebai malang )
iv. cerita lagenda ( Mahsuri, Hang Tuah )
v. cerita penglipurlara ( Malim Deman, Malim Dewa, Anggun Cik Tunggal )
4.1.1 PERIBAHASA
Ayat atau kelompok yang mempunyai susunan yang tetap dan mempunyai pengertian
yang tertentu (Kamus Dewan). juga dikenali sebagai bidalan atau pepatah. contoh :
‘biar mati anak jangan mati adat’.
4.1.2 PANTUN
sejenis puisi lama yang biasanya terdiri daripada empat baris dalam tiap-tiap rangkap
(dua baris pertama merupakan pembayang maksud dan yang selainnya mengandungi
maksudnya (Kamus Dewan).
HBML4203 KESUSASTERAAN MELAYUAZMI BIN ARAZAD 651101016431003
4.1.3 MANTERA
Kata atau ayat apabila diucapkan dapat menimbulkan kuasa ghaib (untuk menyembuhkan
penyakit dan lain-lain), jampi. (Kamus Dewan)
4.1.4 TEROMBA
Sejarah yang diceritakan dalam bentuk perbilangan, tombo, riwayat (Kamus Dewan).
Merupakan susunan kata-kata adat.
4.1.5 GURINDAM
Sejenis bentuk puisi terdiri daripada dua baris, berisi dengan pelbagai pengajaran.
(Kamus Dewan). Dalam baris kedua termuat jawapan atau ketegasan bagi baris pertama
tadi.. Rima akhir tiap-tiap baris gurindam adalam sama. Jenis-jenis gurindam :-
i. Gurindam serangkap dua baris
ii. Gurindam serangkap empat baris
iii. Gurindam bebas
4.1.6 SELOKA
Kamus Dewan : seloka ialah sejenis puisi yang mengandungi ajaran (sindiran, jenaka,
dll). Perkataan ‘seloka’ berasal daripada bahasa Sanskrit iaitu ‘shloka’.Bentuk puisi lama
yang ditulis secara berangkap-berangkap. Rima akhir adalah tidak tetap. Ia digubah sama
ada mengikut bentuk pantun, syair ataupun perumpamaan. Seloka tidak mempunyai
pembayang.
HBML4203 KESUSASTERAAN MELAYUAZMI BIN ARAZAD 651101016431003
Contoh seloka tiada pembayang:
Sudah bertudung terendak Bentan,
Dengan siapa saya sesalkan,
Sudah untung permintaan badan,
Pagar siapa saya sesarkan.
4.1.7 TEKA-TEKI
Menurut Kamus Dewan teka-teki ialah soalan yang dikemukakan secara samar-samar
atau rumit yang jawapannya harus diduga, soalan untuk menduga akal.
Contoh teka-teki:
Kalau tuan muda teruna,
Pakai seluar dengan gayanya,
Kalau tuan bijak laksana,
Biji di luar apa buahnya ?
4.2 KESUSASTERAAN TULISAN
Kesusasteraan tulisan ialah kesusateraan yang disampaikan secara bertulis. Pada
awalnya, tulisan jawi digunakan untuk menulis kesusasteraan. Sebelum adanya alat
pencetak, banyak karya sastera bertulis dengan tangan sahaja. Contohnya Hikayat Hang
Tuah dan Sejarah Melayu. Setelah masyarakat didatangi peradaban barat, alat cetak dan
tulisan rumi di perkenalkan. Contoh karya-karya sastera adalah seperti Hikayat Sang
Kancil. Sastera tulisan berbentuk cerita terbahagi kepada 3 iaitu novel, cerpen dan drama.
HBML4203 KESUSASTERAAN MELAYUAZMI BIN ARAZAD 651101016431003
4.2.1 NOVEL
Menurut Kamus Dewan, novel didefinisikan sebagai cerita dalam bentuk prosa, biasanya
panjang dan kompleks yang berkaitan dengan pengalaman dan kelakuan sosial. Menurut
Hashim Awang novel adalah prosa cerita yang panjang dan menceritakan kisah hidup
manusia pada sesuatu tempat dan dalam suatu masa tertentu untuk melahirkan satu
persoalan kehidupan yang menarik. Contoh novel yang terkenal ialah Novel Siti
Nurbaya. Menurut Hashim Awang Novel terbahagi kepada :
Novel Perwatakan
Novel Psikologi
Novel Peristiwa
4.2.2 CERPEN
Cerita pendek (Kamus Dewan). Cerpen ialah bentuk cereka pendek, yang membawakan
satu persoalan bagi menghasilkan satu kesan tertentu yang indah. (Hashim Awang)
Contoh : Cerpen Ngayau ciptaan Ali Majod.
4.2.3 DRAMA
Sejenis cereka yang berbentuk lakonan : ia selalunya dipentaskan. Perkataan ‘drama’
berasal daripada bahasa Yunani yang bermaksud ‘gerak’
4.3 SASTERA BERTULIS BERBENTUK BUKAN CERITA
4.3.1 ESEI
Menurut Kamus Dewan esei bermaksud karangan prosa (yang biasanya lebih pendek
daripada tesis atau disertasi) tentang sesuatu tajuk.
HBML4203 KESUSASTERAAN MELAYUAZMI BIN ARAZAD 651101016431003
Menurut Encyclopedia Britannica bermaksud satu karangan yang berpatutan panjangnya.
4.3.2 SAJAK
Menurut Hashim Awang sajak adalah puisi baru yang bebas daripada peraturan-peraturan
dalam pembentukan rangkap, baris, kata-kata dan rima. Sajak bersifat demikian untuk
dapat mengucapkan fikiran penyair dalam cara yang lebih indah, segar dan bebas.
4.3.3 KRITIKAN SASTERA
Usaha mempertimbangkan dan menilai karya sastera secara jujur dan sistematik.
Merupakan cabang ilmu yang mempunyai fungsi-fungsi sendiri. Pertimbangan dan
penilaian terhadap karya–karya sastera akan diperkuat dengan alasan–alasan yang
munasabah.
5.0 ALIRAN-ALIRAN DALAM PENULISAN SASTERA
Pada kesimpulannya, kesusasteraan merupakan sebahagian daripada budaya manusia. Ia
adalah ekspresi diri manusia dan juga manifestasi estetik manusia terhadap bahasa yang
dipertuturkan oleh mereka sendiri.
HBML4203 KESUSASTERAAN MELAYUAZMI BIN ARAZAD 651101016431003
Rujukan
1. Ann Raimes. 1983. Techniques in Teaching Writing. New York: Oxford University Press
2. Nathesan. S. 2010. 'Penulisan Karangan Bergambar' dlm Pelita Bahasa (akan terbit)
3. Institut Bahasa. 1992. Asas Kemahiran Berbahasa KBSR. (Siri Panduan Guru Kurikulum Baru Sekolah Rendah; Jilid 30. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka
4. 2. Kamarudin Husin & Siti Hajar Abdul Aziz. (1997). Pengajian Melayu 2:
Ketrampilan Bahasa. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman.
5. Dr Adenan Ayob, (2009).HDML3203/HBML3203. Tatabahasa dalam
Pengajaran Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Open University Malaysia.
6. Md Rasul Haron(2007). Teks & Rujukan Lengkap PMR Bahasa Melayu.Selangor
Darul Ekhsan. Arah Pendidikan Sdn Bhd
7. Raminah Sabran & Rahim Syam(1985). Kaedah Pengajaran Bahasa Malaysia.
Kuala Lumpur:Fajar Bakti
HBML4203 KESUSASTERAAN MELAYUAZMI BIN ARAZAD 651101016431003
ISI KANDUNGAN MUKA SURAT
1.0 Pendahuluan 1
2.0 Pendekatan pengajaran penulisan wacana oleh Raimes 1
2.1 Pendekatan Terkawal 2
2.2 Pendekatan Bebas 3
3.0 Pendekatan Pengajaran : Penulisan karangan Bergambar Secara Berpandu.
3.1 Kaedah Bergambar 5
4.0 Aktiviti Menulis Karangan Bergambar
4.1 Langkah-langkah Pengajaran dan Pembelajaran 6
Langkah 1 6
Langkah 2 7
Langkah 3 8
Langkah 4 8
Langkah 5 9
5.0 Rumusan 9
6.0 Rujukan 11
HBML4203 KESUSASTERAAN MELAYUAZMI BIN ARAZAD 651101016431003