HLM3 ASIA PASIFIK
BUKU PANDUAN
CABARAN INOVASI
BELIA
dihasilkan oleh
MAMPUKAH GENERASI ANDA
MEMIMPIN INOVASI SOSIAL
DI RANTAU ASIA PASIFIK?
Sekiranya anda berusia 24 tahun ke bawah
dan tinggal di Asia, sertailah kami dan
terokai potensi untuk anda memacu
perubahan sosial dan mengatasi cabaran
yang dihadapi oleh golongan muda dan
kanak-kanak di rantau ini.
1. Pengenalan Buku Panduan 2. Inovasi Sosial + Golongan Muda 3. Reka Bentuk Berpusatkan Manusia 4. Prinsip-prinsip Reka Bentuk UNICEF 5. Tema + Galakan 6. Seterusnya? 7. Terima kasih
©U
NIC
EF
Tim
or-
Les
te/2
016/
Kell
ey
Lyn
ch
PENGENALAN BUKU PANDUAN
Buku panduan ini bertujuan memperkasa
para perintis perubahan bagi memahami
dan menangani cabaran kritikal yang
dihadapi oleh golongan muda dan kanak-
kanak. Ia memerihalkan proses-proses
inovasi sosial, prinsip-prinsip khusus serta
aplikasinya dalam kehidupan sebenar.
Buku panduan ini berfungsi sebagai asas
bagi Cabaran Inovasi Belia HLM3 Asia
Pasifik dan 3 tema bersertanya:
perlindungan kesihatan sejagat,
perlindungan sosial untuk keluarga dan
keganasan terhadap kanak-kanak.
RINGKASAN
Seiring perkembangan pesat sosio-ekonomi, kehidupan kanak-kanak dan golongan
muda di rantau Asia Pasifik turut meningkat dengan pesat dalam beberapa dekad
ini. Namun, di sebalik peningkatan ini, banyak lagi cabaran yang perlu ditangani.
Fikirkan:
• Hampir 70% daripada kanak-kanak yang paling kekurangan zat tinggal di Asia1 • 220 juta belia berusia 15 hingga 24 tahun di Asia Pasifik - sejumlah besar adalah
perempuan - tidak belajar mahupun bekerja.
• Hampir 300 juta belia bekerja di peringkat bawahan atau tiada masa depan
dan kurang digunakan 2 • Kadar perkahwinan kanak-kanak yang tinggi di rantau Asia Pasifik terutama di
Asia Selatan, di mana 30% daripada kesemua perempuan yang berusia 15-19
tahun telah berkahwin berbanding dengan kadar purata 22% di dunia3
Penglibatan pelbagai orang diperlukan bagi menangani isu-isu sosial dengan
berkesan daripada akar umbi sehinggalah ke peringkat dasar. Dengan lebih
daripada 750 juta belia di Asia Pasifik - 60% daripada jumlah belia di seluruh dunia
- golongan muda berpotensi untuk memainkan peranan utama dalam menangani
cabaran-cabaran ini.
Melalui pengalaman hidup anda sebagai orang muda, anda sudah tentu mahir
tentang bagaimana isu-isu ini memberi kesan kepada anda dan rakan-rakan. Anda
boleh memberi wawasan, pandangan dan idea kreatif yang berharga tentang cara
menangani cabaran yang dihadapi oleh masyarakat anda. Kami yakin anda dan
rakan-rakan layak memacu perubahan sosial dalam masyarakat anda malah
merentasi kawasan yang lebih luas.
Golongan muda sudah mula mendahului dalam inovasi sosial, menangani
permasalahan seperti mendapatkan air yang bersih sehinggalah pengangguran di
kalangan gelandangan. Universiti-universiti di rantau ini juga menawarkan ijazah
dalam inovasi sosial, dan para pemerintah menjadikan keusahawanan sosial satu
keutamaan.
Di Thailand contohnya, kini terdapat kira-kira 116,000 perusahaan sosial yang
membawa perubahan-perubahan positif dan mampan di negara tersebut.4 Di
Malaysia, kerajaan telah memperuntukkan USD4.9 juta untuk perusahaan
sosial.5
Buku panduan ini direka bentuk untuk mengiringi Cabaran Inovasi Belia HLM3,
yang bergerak bersama Mesyuarat Peringkat Tinggi bagi Kerjasama Mengenai
Hak Kanak-kanak (HLM). Buku Panduan Cabaran ini bertujuan untuk memberi
inspirasi dan memperkenalkan kepada anda - penyelesai masalah dan perintis
perubahan yang muda dan beraspirasi untuk menjadikan inovasi sosial sebagai
alat untuk perubahan.
Buku Panduan ini menekankan beberapa cabaran yang paling mendesak bagi kanak-kanak di rantau Asia Pasifik, memperkenalkan konsep reka bentuk berpaksikan insan yang boleh digunakan untuk menangani cabaran-cabaran sosial yang kompleks berserta kejayaan inovator muda yang mencipta perubahan dalam masyarakat mereka.
Bidang tumpuan Buku Panduan ini khusus kepada cabaran tersebut dan
konteks Asia Pasifik. Bidang tumpuannya adalah perlindungan kesihatan
sejagat, keganasan terhadap kanak-kanak serta perlindungan sosial untuk
keluarga. Di dalam cabaran-cabaran ini terdapat pelbagai peluang bagi
berbagai pelakon untuk terlibat dalam menghasilkan perubahan.
Kami berharap, dokumen ini dan proses Cabaran dapat membuka pintu untuk
anda lebih memahami bagaimana isu-isu ini memberi kesan kepada kanak-kanak
dan merealisasikan kemampuan anda sebagai agen perubahan.
©U
NIC
EF
Tim
or-
Le
ste
/201
6/
Ke
lley
Lyn
ch
PENGENALAN
HLM
Pada November, Malaysia akan menganjurkan Mesyuarat Peringkat Tinggi
Mengenai Hak Kanak-kanak yang Ketiga (HLM3). Mengumpulkan para pemimpin
negara, menteri-menteri dan penggubal dasar kanan dari seluruh rantau Asia
Pasifik, mesyuarat ini akan menerokai kaedah-kaedah bagi negara peserta
memacu perkembangan dalam tiga bidang bertema: perlindungan kesihatan
sejagat, perlindungan sosial untuk keluarga dan keganasan terhadap kanak-kanak.
Peserta akhir Cabaran Inovasi Belia HLM3 Asia Pasifik akan berpeluang untuk
membentangkan idea mereka kepada 160 hadirin HLM3, termasuk sebuah panel
hakim elit daripada kalangan ketua-ketua sektor swasta, pegawai kerajaan dan
penggubal dasar. Seorang pemenang daripada cabaran bertema akan dipilih untuk menerima
sokongan pementoran dan inkubasi selama empat bulan.
Buku Panduan ini menggalakkan anda meneroka dan menangani
persoalan seperti:
• Bagaimana kita dapat menjadikan makanan berkhasiat lebih mudah didapati di sekolah kerajaan?
• Bagaimanakah kita dapat melindungi kanak-kanak daripada penderaan seksual
dan eksploitasi di ruang digital dan dalam talian dengan lebih baik? • Bagaimana kita dapat membantu ibu agar menghentikan hukuman fizikal dan
mengamalkan pendekatan tanpa kekerasan dalam mendisiplinkan anak-anak
mereka? • Bagaimana kita boleh membantu rakyat memantau kerajaan dalam
perbelanjaan kesihatan awam agar ia dapat mendorong tindakan yang responsif
daripada kerajaan? • Bagaimana kita hendak mendidik para ibu dengan lebih baik mengenai
kepentingan nutrisi kanak-kanak di peringkat awal, terutamanya penyusuan
susu ibu yang memakan masa?
UNICEFMalaysia/2014/Pirozzi
INOVASI SOSIAL +
GOLONGAN MUDA
Kajian Kes : SoaPen Cirit birit, yang meragut nyawa 1.5 juta kanak-kanak setiap tahun merupakan antara penyebab utama kematian di kalangan kanak-kanak bawah 5 tahun.
Direka bentuk oleh empat siswazah baharu dari pelbagai negara, SoaPen
merupakan alat kebersihan dan pengajaran yang menggalakkan tabiat mencuci
tangan di kalangan kanak-kanak berusia tiga hingga 6 tahun. Guru dan ibu bapa
boleh menggunakan SoaPen-sebatang krayon-sabun - untuk melukis bahagian
utama pada tangan kanak-kanak yang perlu dibersihkan. Seterusnya, kanak-kanak
akan membasuh kesan yang dilukis dan mendapat ganjaran visual daripada tangan
yang bersih. Pasukan SoaPen juga membangunkan sebuah aplikasi pendamping
mudah alih yang menampilkan kaedah inovatif dalam menerapkan amalan
kebersihan diri ke dalam kurikulum pembelajaran sedia ada.
Untuk maklumat lanjut, layari: http://www.soapen.com/#why
APA ITU INOVASI SOSIAL?
Bagi menangani cabaran-cabaran sosial yang kompleks dan berbilang dimensi seperti perubahan iklim atau mendapatkan penjagaan kesihatan yang berpatutan, kita perlu menggunakan bentuk pemikiran dan penyelesaian masalah yang baharu. Inovasi sosial boleh dijelaskan sebagai satu kaedah penyelesaian masalah bagi isu-isu sosial, cuba membina pendekatan yang lebih berkesan, mampan dan berpusatkan manusia.
Sememangnya ada inovasi yang berskala besar - sehingga ke peringkat kebangsaan
mahupun global. Namun, inovasi sosial tidak semestinya perlu berskala besar. Jika anda
menemui satu kaedah baharu yang berkesan untuk mengitar semula sampah atau cara
mengelakkan kecurian di kejiranan anda - ia juga dikira sebagai inovasi.
Pasukan Soapen sebagai pemenang Wearables For Good Challenge berkumpul di San Francisco
untuk bertemu dengan rakan kongsi dan penasihat Program Inkubasi di studio frog
ANDA BOLEH MENJADI INOVATOR SOSIAL
Belum pernah terjadi dalam sejarah di mana golongan muda sebegitu mudah untuk
berperanan dalam inovasi. Pembangunan teknologi, sains dan budaya lebih
memudahkan anak muda untuk mewujudkan intervensi yang nyata dalam masalah
sosial. Golongan muda boleh membina aplikasi, melancarkan perniagaan sosial,
mengumpul dana untuk NGO dan mereka bentuk teknologi keselamatan untuk orang
miskin. Kini, golongan muda mempunyai sumber yang paling meluas untuk
membayangkan dan mewujudkan perubahan yang mereka inginkan.
Fikirkan isu-isu yang memberi kesan dan mendorong anda. Apakah perubahan yang
anda ingini? Dengan jumlah golongan muda yang terbesar di dunia, pemuda dan
pemudi di Asia Pasifik mempunyai peluang yang besar untuk mempamerkan
kepimpinan dalam menangani cabaran-cabaran sosial golongan muda yang paling
mendesak di dunia.
Kajian Kes : Kita Bersaudara Seandainya anda mempunyai adik berusia 13 hingga 15 tahun yang sedang
belajar di sebuah sekolah di Indonesia, terdapat 50% kemungkinan bahawa
dia dibuli. Pada 2014, lima orang pelajar universiti mengambil keputusan
untuk berhadapan dan bersuara menentang ketidakadilan ini. Pemenang
dalam Cabaran UNICEF untuk Reka Bentuk Global, Kita Bersaudara adalah masyarakat belia yang menangani masalah buli di
Indonesia. Penyelesaian mereka adalah pencegahan dan penyembuhan
dengan menghubungkan pelajar berisiko dengan rangkaian sokongan dalam
talian dan/atau individu. Mereka juga mempunyai program latihan untuk
mendidik pelajar, ibu bapa dan guru tentang berbagai bentuk buli dan
langkah-langkah bagi menghadapi situasi sedemikian.
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Kita Bersaudara, layari
:https://www.facebook.com/We-are-Siblings-1547522812153105/
©UNICEF Bangladesh/2016/ Kelley Lynch
APAKAH CIRI-CIRI YANG BOLEH ANDA
MILIKI SEBAGAI INOVATOR SOSIAL?
Inovator muda mencabar pandangan tradisi yang menganggap golongan muda tidak
berpengalaman dan tidak bersedia. Sebaliknya mereka membuktikan bahawa golongan
muda adalah rakyat bertanggungjawab yang mencetus perubahan dalam komuniti dan
masyarakat yang lebih besar. Penglibatan dalam inovasi memberikan anda peluang untuk membangunkan ciri-ciri
yang bernilai dan kemahiran hidup seperti:
Kegigihan
Anda akan menghadapi banyak halangan dan cabaran ketika
memulakan projek baharu. Namun, dengan sikap yang positif dan
keinginan untuk sentiasa bermula semula jika berhadapan dengan
halangan-halangan ini, akan membawa kejayaan kepada inovator
muda ini.
Analisis
Bagi menangani suatu masalah dengan berkesan, inovator sosial perlu
benar-benar memahami masalah tersebut. Sebagaimana pentingnya
kaitan emosi dan kegigihan, penyelesaian masalah juga memerlukan
kajian kualitatif dan kuantitatif serta refleksi dan pemikiran kritikal.
Kreativiti
Menjana idea yang baharu dan menarik merupakan komponen teras
dalam inovasi. Ini bermakna berinteraksi dengan dunia melalui
pemerhatian baharu dan minda terbuka, membina idea-idea dan
menolak sempadan konvensional.
UN
ICE
FN
YH
Q2
006
-146
9/P
iro
zzi
Tujuan Berdedikasi demi sesuatu yang sungguh bererti sering memberi
semangat kepada inovator sosial yang muda.
Empati Mengaitkan diri kita kepada pengguna akhir dan masyarakat akan
memberikan wawasan tentang pengalaman, pandangan dan
keperluan mereka. Pemahaman ini membantu kita untuk
menghadapinya dengan betul.
REKA BENTUK
BERPUSATKAN MANUSIA
Salah satu cara penyelesaian masalah yang digunakan oleh inovator sosial adalah
pendekatan reka bentuk berpusatkan manusia (HCD6), yang membantu inovator sosial untuk
memahami cabaran sosial sehinggalah membangunkan reka bentuk akhir untuk
menanganinya. Kita sering menganggap suatu masalah itu ada penyelesaiannya apabila
melihatnya daripada jauh. Namun tanpa memahami konteks - kehidupan dan pengalaman
orang berkenaan - kita sering tersalah tafsir dan menghasilkan reka bentuk yang tidak
berkesan. HCD menangani hal ini dengan mengekalkan empati untuk pengguna akhir anda
(orang yang menjadi tujuan rekaan ini dihasilkan).
Sebagai orang muda, mungkin anda tidak mempunyai banyak pengalaman bekerja di sektor
sosial mahupun kepakaran yang tinggi tentang isu tertentu - tetapi, HCD menyokong "minda
orang baharu". Penelitian sering merangsang pandangan baharu terhadap sesuatu isu,
meluaskan tanggapan bagi sebarang potensi dan menolak struktur tradisi. HCD
menawarkan rangka kerja bagi orang baharu dan pakar bekerjasama, menghasilkan cara
yang baharu dan kreatif dalam menyelesaikan masalah lama.
Penerangan
Persoalan Utama
yang Perlu
Dijawab Kaedah, Peralatan
atau Ranga Kerja
untuk Digunakan
Hasil
Inspirasi
Melalui kajian yang empatetik dan
mendalam, fasa ini cuba memahami
keperluan dan pengalaman pengguna akhir
anda
Apa yang pengguna fikir, rasa, buat dan
perlukan? Mengapa?
• Temuduga • Pemerhatian • Penyertaan masyarakat • Diari peribadi • Karangan bergambar
Berdasarkan wawasan kajian, satu cabaran
reka bentuk akhir iaitu satu soalan tentang
orang yang menjadi tujuan rekaan and apakah
cabaran yang mereka hadapi
Gagasan
Anda dan pasukan anda menyumbang dan
menghasilkan idea serta potensi-potensi
yang kreatif bagi menangani cabaran
pengguna anda
Apakah cara yang baik untuk menangani
cabaran pengguna anda?
• Sesi percambahan minda • Pecut (proses untuk menghasilkan reka
bentuk, prototaip dan menguji idea
selama 5 hari) • Perjalanan pengguna (peta yang
menggambarkan cabaran yang dialami oleh
pengguna akhir)
Perkhidmatan yang berpotensi/idea-idea bagi produk
Pelaksanaan
Idea terbaik daripada peringkat terdahulu diuji dan diuji
semula dengan model kasar - iaitu prototaip. Sebarang
masalah yang dihadapi oleh pengguna akhir ketika
menggunakan prototaip ini diperhalusi
Bagaimana kita dapat memperbaiki dan
memperhalusi idea ini dalam konteks pengguna
tersebut?
• Model (persembahan 3D bagi idea anda) • Replika olokan (peralatan digital versi kertas) • Main peranan • Diagram (memetakan struktur, perjalanan atau
pengalaman produk atau perkhidmatan baharu
tersebut)
Prototaip yang terperinci (model yang murah, kasar dan
pantas bagi menguji dan menetapkan reka bentuk
anda)
PRINSIP-PRINSIP REKA BENTUK UNICEF
Prinsip-prinsip reka bentuk membimbing kita dalam mereka bentuk untuk pengguna
akhir - dalam hal ini, kanak-kanak, keluarga mereka dan golongan muda lain seperti
anda. Dalam Buku Panduan ini kami merujuk kepada "Prinsip-prinsip Teknologi dan
Inovasi Pembangunan" UNICEF. Prinsip-prinsip ini tidak tetap. Sebaliknya ia boleh
dianggap sebagai amalan terbaik yang dapat membantu rekaan bagi projek atau
program pembangunan sosial yang berpusatkan pengguna.
MEREKA BENTUK BERSAMA PENGGUNA
FAHAMI EKOSISTEM
SEDIA ADA
MEREKA BENTUK UNTUK SKALA BESAR
BINA UNTUK KELESTARIAN
SENTIASA BERPANDUKAN DATA
GUNAKAN PIAWAIAN TERBUKA, DATA TERBUKA, SUMBER TERBUKA DAN INOVASI TERBUKA
GUNA SEMULA DAN PERBAIKI
USAH MEMBAHAYAKAN SENTIASA BERMUAFAKAT
MEREKA BENTUK BERSAMA PENGGUNA BINA UNTUK KELESTARIAN
GUNA SEMULA DAN PERBAIKI
• Hasilkan penyelesaian mengikut konteks berdasarkan
keperluan pengguna. • Libatkan semua kumpulan pengguna dalam
perancangan, pembangunan, pelaksanaan dan
penilaian. • Bangunkan projek yang bertambah dan berulang. • Mereka bentuk penyelesaian yang berpandukan; serta
memperbaiki aliran kerja sedia ada dan merancang untuk
penyesuaian organisasi.
• Pastikan penyelesaian itu peka dan berguna bagi
penduduk yang paling terpinggir: wanita, kanak-kanak,
OKU dan mereka yang terjejas kerana konflik dan
bencana.
FAHAMI EKOSISTEM SEDIA ADA • Sertai rangkaian dan komuniti-komuniti pengamal yang
sama pemikiran. • Selaraskan dengan dasar-dasar teknologi, perundangan
dan peraturan sedia ada.
MEREKA BENTUK UNTUK SKALA BESAR
• Guna, ubah suai dan tingkatkan peralatan, platform dan
rangka kerja sedia ada jika boleh. • Bangunkan secara modular, utamakan pendekatan yang
boleh saling beroperasi berbanding reka bentuk yang
monolitik.
Rancang demi kelestarian daripada awal, termasuklah perancangan
untuk kestabilan kewangan jangka panjang, iaitu menilai jumlah kos
pemilikan. • Manfaatkan dan melabur dalam pembangun dan masyarakat
setempat secara tersedia dan bantu memangkin perkembangan
mereka. • Bekerjasama dengan kerajaan tempatan untuk menjamin
persepaduan dalam strategi nasional dan kenal pasti penyokong
kerajaan peringkat tinggi.
SENTIASA BERPANDUKAN DATA • Mereka bentuk projek yang boleh disukat pada perkembangan
yang diskret dengan tumpuan kepada hasil, bukannya keluaran.
• Nilaikan penyelesaian inovatif dan perkara yang mempunyai
jurang dalam data dan bukti. • Gunakan maklumat masa nyata untuk memantau
dan maklumkan keputusan pengurusan di semua
peringkat. • Jika boleh, manfaatkan data sebagai produk sampingan
daripada transaksi dan tindakan pengguna untuk penilaian.
GUNAKAN PIAWAIAN TERBUKA,
DATA TERBUKA, SUMBER
TERBUKA DAN INOVASI
TERBUKA • Guna dan kembangkan piawaian terbuka sedia ada. • Gunakan kefungsian serta data terbuka dan dedahkan ia dalam
API (Antara Muka Atur Cara Aplikasi) terdokumentasi yang boleh
digunakan oleh komuniti yang lebih besar. • Melabur dalam perisian sebagai barangan awam. • Bina perisian sumber terbuka secara tersedia dengan kod yang
boleh didapati dalam repositori awam dan disokong oleh komuniti pembangun.
Mereka bentuk untuk skala daripada awal, nilai dan kurangkan
kebergantungan yang mungkin menghadkan keupayaan untuk
skala.
• Ambil pendekatan "sistem-sistem" bagi reka bentuk,
dengan mengambil kira implikasi reka bentuk menjangkaui
projek terdekat.
• Jadikan ia boleh ditiru dan diubah suai dalam negara dan
konteks yang lain. • Pamerkan kesan sebelum menskalakan penyelesaian. • Analisa semua pilihan teknologi melalui lensa berskala
kebangsaan dan rantauan. • Pertimbangkan perkongsian dan mulakan perundingan
daripada awal.
USAH MEMBAHAYAKAN
• Nilai dan kurangkan risiko terhadap keselamatan pengguna
dan data mereka. • Pertimbangkan konteks dan perlunya kerahsiaan maklumat
peribadi yang boleh dikenal pasti ketika mereka bentuk
penyelesaian dan kurangkan mengikut keadaan. • Pastikan kesaksamaan dan keadilan dalam cipta-sama,
dan lindungi kepentingan pengguna akhir.
SENTIASA BERMUAFAKAT
• Libatkan pelbagai kepakaran merentasi bidang dan
industri di semua peringkat. • Bekerja merentasi silo sektor untuk mewujudkan
pendekatan yang selaras dan lebih holistik. • Dokumenkan kerja, hasil, proses dan amalan terbaik
serta kongsikan ia secara meluas. • Terbitkan bahan di bawah lesen Creative Commons
secara tersedia, dengan rasional yang kukuh jika pendekatan pelesenan lain diambil.
• Jika boleh, manfaatkan data sebagai produk sampingan daripada transaksi dan tindakan pengguna untuk penilaian.
Dapatkan juga garis panduan di
http://www.unicefstories.org/principles/
©UNICEF Vietnam/2016/ Kelley Lynch
TEMA
PERLINDUNGAN KESIHATAN SEJAGAT
Apakah ia?
Kebanyakan sistem kesihatan gagal bertindak balas dengan keperluan dan kehendak kanak-kanak dan
keluarga yang termiskin dan terpinggir. Kos kesihatan secara langsung mahupun tidak langsung yang
tinggi menyisihkan golongan miskin daripada mendapat perkhidmatan yang boleh menyelamat dan
memperbaiki kehidupan mereka, atau menyebabkan mereka menjadi lebih miskin. Contohnya, bayangkan
seorang anak yang dilahirkan dalam masyarakat yang sangat terpencil dan sukar untuk dikunjungi, di
mana keluarga tidak mampu menanggung kos untuk membawanya ke hospital. Jika anak tersebut
menghidapi penyakit yang serius, keluarganya mungkin tidak mampu memberinya rawatan dan anak itu
berhadapan dengan risiko kematian, atau keluarganya mungkin berhadapan dengan masalah kewangan
jika cuba mendapatkan rawatan.
Visi perlindungan kesihatan sejagat (UHC) adalah semua orang mampu mendapatkan khidmat kesihatan
yang diperlukan tanpa bergantung kepada kemampuan untuk membayar. UHC mengambil kira kadar
kemudahan dan kemampuan semua komponen dalam sistem kesihatan: kemudahan kesihatan atau
rangkaian komunikasi, teknologi kesihatan, sistem maklumat, mekanisme jaminan kualiti, tadbir urus dan
perundangan.
Siapa yang terlibat?
UHC melibatkan seluruh segmen penduduk, terutamanya dalam meringankan beban kewangan golongan
miskin. Di kebanyakan negara rantau Asia Pasifik, bayaran menggunakan duit sendiri (kos untuk
penjagaan kesihatan yang tidak dibayar balik oleh insuran) adalah lazim dan memberi tekanan kewangan
yang ketara terhadap keluarga miskin. Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia, perbelanjaan kesihatan
persendirian yang dibayar sendiri berjumlah 40% di Barat Asia Pasifik dan melebihi 60% di Asia
Tenggara.7 Bayaran menggunakan wang sendiri adalah tinggi terutamanya di Bangladesh, Kemboja, Cina,
India dan Vietnam.8 Sesebuah keluarga di Kemboja membelanjakan 5.6% daripada keseluruhan
belanjawan bulanan untuk kesihatan, antara yang tertinggi di rantau ini, menyebabkan 4% keluarga berada
di bawah paras kemiskinan9
Bagaimanakah kesan UHC kepada kanak-kanak? Menurut Selamatkan Kanak-kanak, perlindungan kesihatan yang lebih adil dapat menyelamatkan
nyawa lebih 1.8 juta di dunia. 10Sesungguhnya, keadaan kesihatan dan kelangsungan hidup kanak-
kanak di Asia Pasifik menuntut perlindungan kesihatan yang lebih adil. Kanak-kanak yang dilahirkan
di kalangan 20% keluarga termiskin lebih terdedah kepada kematian akibat penyakit yang boleh
dicegah berbanding kanak-kanak di kalangan 20% keluarga terkaya. Ketaksamaan ini bertambah
teruk dengan adanya ketaksamaan jantina, di mana wanita dan kanak-kanak perempuan
didiskriminasi dalam mendapatkan perkhidmatan asas kesihatan. Pada 2010, 7.6 juta kanak-kanak
di seluruh dunia mati sebelum berusia 5 tahun, dan satu per tiga daripadanya (2.6 juta) berlaku di
rantau Asia Pasifik.11 Enam negara merupakan penyumbang sebahagian daripada kematian kanak-
kanak di bawah lima tahun di seluruh dunia dan tiga daripadanya terletak di rantau Asia Pasifik
iaitu: Cina, India and Pakistan.12
Apakah kesannya daripada segi ekonomi? Apabila rakyat sesebuah negara berpenyakit dan tidak sihat, mereka turut membebankan keluarga,
sistem kesihatan dan masyarakat sekeliling daripada segi ekonomi. Pekerja yang sakit tidak
produktif, menyebabkan keluarga kekal dalam kemiskinan. Keluarga terpaksa mengutamakan kos
perubatan berbanding pendidikan mahupun aktiviti-aktiviti yang menjana pendapatan. Kesannya,
keupayaan keluarga untuk menjana pendapatan merudum lalu menjejaskan ekonomi negara.13
Malahan, kos perubatan dan kesihatan merupakan antara penyebab utama kemiskinan di seluruh
dunia. Dianggarkan bahawa 100 juta keluarga terjebak dalam kemiskinan setiap tahun disebabkan
oleh kos perubatan dan kesihatan.14
Namun, pelaburan kerajaan mampu memberi pulangan yang positif. Menurut kajian Universiti
Victoria di Melbourne ke atas enam buah negara Asia, setiap dolar yang dibelanjakan untuk
intervensi yang utama bagi kesihatan reproduktif, maternal, bayi baru lahir dan anak, mampu
menjana faedah kira-kira USD20 .15
KEGANASAN
TERHADAP KANAK-
KANAK
Siapa yang terlibat? Keganasan terhadap kanak-kanak adalah masalah yang meluas di seluruh Asia Pasifik - anggaran terkini menunjukkan bahawa 64% daripada semua kanak-kanak berusia 2 hingga 17 tahun
menyaksikan atau mengalami keganasan fizikal, emosi, seksual, dan buli.16
Statistik berikut memberi gambaran mengenai kadar dan skala keganasan terhadap kanak-
kanak di rantau ini:
• Kadar penderaan seks kira-kira 11-22% bagi budak perempuan dan 3-16% bagi budak
lelaki.17 • Kanak-kanak yang menyaksikan keganasan di kalangan ibu bapa atau pengasuh ketika
zaman kanak-kanak mereka kira-kira 12-32%.18
• Buruh kanak-kanak, termasuk buruh paksaan dan pemerdagangan seks, melibatkan hampir 1
daripada 10 kanak-kanak di rantau ini.19 Keganasan mungkin digunakan untuk
memerangkap kanak-kanak untuk bekerja, atau menghukum dan mengawal mereka di tempat kerja.
Apakah ia?
Kanak-kanak mungkin mengalami keganasan di tangan orang yang berbeza dalam pelbagai
konteks: daripada pengasuh di rumah, guru di sekolah, majikan di tempat kerja, rakan dalam
masyarakat serta melalui insitusi perundangan. Seorang ayah yang mementingkan disiplin
dalam mendidik mungkin memukul anaknya dengan rotan setiap kali anaknya gagal di
sekolah, contohnya. Atau, seorang anak yang bekerja di restoran untuk membantu
keluarganya yang susah, lalu menerima caci-maki majikannya setiap hari.
Keganasan terhadap kanak-kanak ditakrifkan oleh Artikel 19 dalam Konvensyen Mengenai Hak Kanak-kanak (CRC), sebagai "segala bentuk keganasan fizikal atau mental, kecederaan atau penderaan, pengabaian atau kecuaian, penganiayaan atau eksploitasi, termasuk penderaan seksual, ketika dalam jagaan ibu bapa, penjaga yang sah atau sesiapa sahaja yang menjaga kanak-kanak tersebut." Terdapat berbagai bentuk keganasan. Contohnya, dalam bentuk emosi (penderaan lisan dan pengabaian psikologi), fizikal (hukuman dera dan pukulan), atau seksual (sentuhan yang tidak sepatutnya dan pencabulan).
Bagaimana keganasan memberi kesan terhadap kanak-kanak? Kebanyakan daripada kesan negatif berkaitan kesihatan dan kesejahteraan berpunca daripada
keganasan yang dialami oleh kanak-kanak. Keganasan emosi dan fizikal terhadap kanak-kanak
sering menyebabkan kerisauan dan kemurungan, mencederakan diri sendiri, fikir dan cuba
membunuh diri, masalah alkohol dan penyalahgunaan dadah serta cubaan merokok di usia muda.
Malahan, satu per tiga sehingga separuh daripada perokok di awal usia di Asia Pasifik dikatakan
pernah mengalami penderaan fizikal ketika kecil.20 Kesan daripada keganasan terhadap kesihatan
fizikal termasuklah penyakit jangkitan kelamin, kecederaan fizikal atau kecacatan, kualiti kesihatan
yang rendah dan risiko kesihatan lain. Mangsa keganasan juga mudah terdedah kepada keganasan
lain secara berterusan, atau berubah menjadi pelaku pula. Di sekolah dan tempat kerja, kesan ini
boleh mengakibatkan hilangnya motivasi, prestasi yang rendah, ketidakhadiran mahupun keciciran.
Kesan Ekonomi
Di peringkat rantau, keganasan terhadap kanak-kanak memberikan kesan ekonomi yang
mengejutkan. Kanak-kanak yang mengalami penderaan akan merujuk kepada perkhidmatan
kesihatan, sosial dan kehakiman yang disediakan oleh negara, lalu mengakibatkan perbelanjaan
kerajaan yang meningkat dalam bidang-bidang ini. Tambahan pula, prestasi atau produktiviti
kanak-kanak selaku pekerja mungkin menurun akibat keganasan yang menjejaskan mental dan
fizikal mereka.21
Menurut kajian terhadap keganasan di Asia Timur dan Pasifik pada 2014, kos keganasan
terhadap kanak-kanak berjumlah USD194 billion - hampir melebihi 2% daripada KDNK rantau
ini. Ini termasuklah kos keganasan emosi (USD48.5 bilion), keganasan fizikal (USD20.7 bilion)
keganasan seksual (USD42.9 bilion), pengabaian (USD17.1 bilion), menyaksikan keganasan
domestik (USD21.1 bilion) dan kematian disebabkan penganiayaan (USD0.3 bilion).22
Pencegahan keganasan terhadap kanak-kanak adalah langkah utama dalam memperbaiki
kesihatan dan kesejahteraan mereka yang tinggal di rantau ini.
Peluang untuk perubahan
Keganasan adalah satu masalah yang meluas, dengan kesan dan risiko yang merosakkan. Namun,
bentuk keganasan yang berbeza mempunyai peluang pencegahan dan perlindungan yang sama.
Perhubungan dan persekitaran yang tidak selamat, stabil dan membinalah yang menjadi punca
kepada segala bentuk keganasan. Keadaan yang selamat, stabil dan membina ini perlu bagi
memastikan kanak-kanak membesar dalam konteks yang bebas keganasan.
PERLINDUNGAN
SOSIAL
Contoh-contoh program perlindungan sosial adalah:
• Program pemindahan tunai yang memberikan tambahan pendapatan kepada keluarga. Ini
dapat membantu keluarga untuk melabur secara terus untuk kesejahteraan dan
pembangunan anak-anak, atau melabur dalam usaha niaga mereka sendiri. • Perubahan polisi dan perundangan yang menangani diskriminasi dan layanan yang tidak
adil terhadap wanita dan kanak-kanak bagi memastikan mereka mendapat peluang
perkhidmatan yang sama. • Pengecualian yuran bagi wanita hamil untuk mendapatkan khidmat penjagaan ibu,
memberi akses yang lebih terhadap perlindungan kesihatan wanita hamil dan
mengurangkan kadar kematian maternal.
Apakah ia? Selalunya, memang sukar bagi golongan miskin untuk bebas daripada kemiskinan kerana mereka disisih
daripada mendapatkan perkhidmatan dan pelbagai peluang. Contohnya: seorang petani miskin di Laos
mungkin tidak layak mendapat khidmat perbankan formal - maka dia tidak dapat melabur untuk
memperluaskan pemilikan tanah atau ternakan, lalu perlu bersusah-payah menyara anak-anaknya.
Manakala di Bangladesh, mungkin ada anak yang menghadapi masalah kesihatan yang serius - namun,
kerana tidak mampu mendapatkan rawatan, sakitnya berterusan dan tidak dapat ke sekolah.
Perlindungan sosial merupakan satu set polisi dan tindakan awam yang komprehensif yang
menghapuskan halangan untuk mendapatkan perkhidmatan, menyebabkan pengagihan manfaat yang
lebih adil, dan ingin membantu mereka yang paling lemah dan terpinggir.23 Negara-negara yang
mempunyai polisi perlindungan yang kukuh boleh menghapuskan halangan dan meningkatkan peluang
kepada rakyat yang selama ini tersisih daripada peluang perkhidmatan seperti kesihatan, pendidikan dan
nutrisi.
Bagaimana ia memberi kesan kepada kanak-kanak? Kanak-kanak berhadapan dengan risiko dan kerentanan yang tertinggi dalam isu ketaksamaan
dan penyisihan sosial kerana mereka bergantung kepada penjaga mereka. Mereka tiada banyak
pilihan untuk mengubah keadaan mereka, dan menjadi mangsa ketaksamaan. Ketaksamaan
sangat menjejaskan kanak-kanak sehingga mempengaruhi kesihatan, pendidikan dan
pemakanan mereka.
Siapa yang terlibat? Program perlindungan sosial memberi manfaat kepada golongan yang disisih masyarakat dan
menghadapi halangan untuk mendapatkan perkhidmatan asas, faedah dan peluang-peluang.
Mereka termasuklan, contohnya, masyarakat yang tinggal di kawasan pedalaman dan sukar
dikunjungi, keluarga yang terlibat dengan HIV dan kemiskinan serta kaum yang telah sekian
lama didiskriminasi.
Kesan Ekonomi Polisi perlindungan sosial membawa manfaat yang besar untuk ekonomi yang lebih luas dengan
membolehkan penerima meningkatkan penglibatan mereka dalam pasaran kerja, membuat
pelaburan dan menambah pendapatan dan perbelanjaan keluarga - lalu merangsang permintaan
dalam pasaran tempatan dan mengurangkan kemiskinan. Fikirkan kesan-kesan berikut:
• Penerima Bolsa Familia di Brazil didapati mempunyai kadar penyertaan dalam pasaran kerja
yang lebih tinggi berbanding yang bukan peserta, terutamanya kaum wanita. • Di Afrika Selatan, seorang kanak-kanak yang menerima Geran Sokongan Kanak-kanak ketika tempoh
perkembangan kritikal menerima pertambahan gaji bulanan sebanyak 5-7 peratus. • Di Mexico, kanak-kanak yang menyertai program pemindahan tunai bersyarat Oportunidades
menerima pendapatan 8 peratus lebih tinggi kerana mendapat pendidikan yang lebih lama di
sekolah kesan daripada program tersebut. • Sebuah program pemindahan tunai kecemasan di Malawi menunjukkan bahawa bagi setiap dolar
yang dibelanjakan, memberi pulangan melebihi 2 dolar disebabkan peningkatan pengeluaran dan
penambahan nilai produk.24
Disebabkan kesannya yang positif terhadap kanak-kanak dan keluarga daripada segi nutrisi,
pendidikan, perlindungan dan banyak lagi, perlindungan sosial membawa manfaat kepada sesebuah
keluarga dan negara secara keseluruhannya.
Komponen-komponen polisi sosial25
• Pemindahan sosial: Pemindahan langsung yang boleh dijangka untuk individu atau keluarga, dalam
bentuk barangan dan tunai, bagi melindungi mereka daripada kesan kejutan dan membantu
pengumpulan aset manusia, kewangan dan produktif. Contoh: pemindahan tunai, pemindahan
barangan, kerja awam. • Program-program yang menjamin peluang mendapatkan perkhidmatan: Program-program yang
mengurangkan halangan ekonomi dan sosial terhadap keluarga ketika ingin mendapatkan
perkhidmatan sosial. Contoh: Pemansuhan yuran pengguna, insuran kesihatan, pendaftaran kelahiran. • Sokongan sosial dan khidmat jagaan: Sekumpulan perkhidmatan yang membantu mengenal pasti dan
mengurangkan kerentanan dan penyisihan, terutama di peringkat kanak-kanak dan keluarga, bagi
meningkatkan keupayaan manusia dalam menghadapi kejutan dan tekanan dan menghubungkan
mereka kepada program dan perkhidmatan sedia ada. Contoh: perkhidmatan sokongan keluarga,
penjagaan di rumah. • Pembaharuan polisi dan perundangan: Perubahan polisi dan perundangan bagi menghapuskan
ketaksamaan dalam mendapatkan perkhidmatan atau peluang-peluang ekonomi/mata pencarian lalu
membantu menangani isu diskriminasi. Contoh: cuti bersalin dan cuti isteri bersalin, hak mewarisi, skim
jaminan pekerjaan.
CABARAN
©UNICEF Solomon Island/2016/ Giacomo Pirozzi
PERLINDUNGAN KESIHATAN SEJAGAT
Tanggungjawab Sosial/Peluang Mendapat Khidmat Kesihatan yang Berpatutan
Disebabkan ketiadaan sumber kewangan sendiri, wanita dan kanak-kanak seringkali gagal
mendapatkan khidmat kesihatan. Tanpa akaun simpanan mahupun aset, kos penjagaan
kesihatan yang rendah sekalipun boleh membenamkan keluarga miskin menjadi semakin
miskin.
Wanita dan kanak-kanak terutamanya, memerlukan khidmat kesihatan pencegahan dan
penyembuhan yang meluas di sepanjang hidup mereka - daripada khidmat kehamilan selamat
sehinggalah imunisasi, rawatan penyakit berjangkit (cth: malaria dan HIV) dan penyakit tidak
berjangkit (cth: kencing manis, sakit mental dan kanser). Jika rakyat perlu membayar
perkhidmatan ini secara terus daripada saku mereka, maka ahli masyarakat yang termiskin
tiada peluang mendapatkan khidmat keselamatan yang mereka perlukan.
PERSOALAN TENTANG CABARAN: • Bagaimanakah golongan muda dapat berperanan dalam menggalak dan mempengaruhi
kerajaan untuk mewujudkan dan membiayai sistem kesihatan sehingga wanita dan
kanak-kanak yang paling terpinggir dan serba kekurangan sekalipun menerima
perlindungan kesihatan yang diperlukan? • Bagaimana kita boleh membantu rakyat memantau kerajaan dalam perbelanjaan
kesihatan awam agar ia dapat mendorong tindakan yang responsif daripada kerajaan? • Bagaimana kita dapat membantu keluarga untuk memberi maklum balas dan pendapat
tentang kualiti khidmat kesihatan yang mereka terima?
Keganasan Terhadap Kanak-kanak
PERSOALAN TENTANG CABARAN:
• Bagaimanakah kita dapat meyakinkan guru dan pelajar untuk menghalang jika mereka menyaksikan
perbuatan buli di bilik darjah atau kawasan sekolah? • Bagaimana sekolah dan golongan muda boleh mencegah kegiatan buli di media sosial? • Bagaimana kita dapat mengubah persepsi di kalangan pelajar supaya kegiatan buli dilihat
bersifat pemusnah dan bukannya hebat?
Buli
Kegiatan buli menggugat peluang pembelajaran dan pembangunan positif kanak-kanak di seluruh rantau Asia Pasifik.
Di kebanyakan negara, kanak-kanak menghabiskan sebahagian besar masa mereka di sekolah. Namun
begitu, bagi kebanyakan pelajar, sekolah mempunyai kaitan dengan keganasan. Kajian oleh Pertubuhan
Kesihatan Sedunia baru-baru ini mendapati bahawa, lazimnya, 1 daripada 3 budak lelaki dan perempuan
di rantau ini dibuli dalam satu atau lebih hari pada bulan lalu. Kebanyakan daripada mereka akan dibuli berulang kali di sepanjang tempoh persekolahan mereka.26
Walaupun biasanya tersembunyi, kesan buli adalah meluas. Buli memusnahkan zaman kanak-kanak. Ia
menyebabkan kebimbangan dan kemurungan, serta melemahkan motivasi pembelajaran dan
pencapaian. Menyebabkan kehadiran dan penyertaan yang sedikit di kelas, buli menghalang
pembelajaran dan peluang di masa hadapan.
Biasanya, buli menjadi kelakuan yang diikuti atau 'norma sosial': kanak-kanak membuli rakan kerana
mereka melihat orang lain melakukannya dan berhasrat menjadi sebahagian daripada kumpulan
tersebut. Melihat kepada kemusnahan berkekalan disebabkan buli, tindak balas yang diambil terhadap
buli ketika ianya berlaku adalah tidak memadai - pencegahan segera juga sangat diperlukan.
Disiplin ganas
Disiplin ganas - dalam bentuk hukuman dera atau penderaan lisan - memberi kesan negatif terhadap
perkembangan dan kesejahteraan kanak-kanak yang boleh berterusan sehingga dewasa.
Berdasarkan data global UNICEF, 3 daripada 4 kanak-kanak di seluruh rantau Asia Pasifik berhadapan
dengan disiplin ganas di rumah dan bilik darjah.27 Cara ini bukan sahaja tidak berkesan untuk
memperbaiki tingkah laku, malah dikaitkan dengan masalah akademik dan kecelaruan mental di kalangan
kanak-kanak dan meningkatkan keganasan dan jenayah oleh orang dewasa. Walaupun kebanyakan
orang dewasa di rantau ini tidak menganggap hukuman fizikal perlu dalam menghukum, kebanyakan ibu
bapa masih meneruskan amalan itu hingga ke hari ini.
PERSOALAN TENTANG CABARAN:
• Bagaimana kita dapat membantu ibu agar menghentikan hukuman fizikal dan mengamalkan
pendekatan tanpa kekerasan dalam mendisiplinkan anak-anak mereka? • Bagaimana kita boleh mengubah persepsi di kalangan ibu bapa supaya hukuman fizikal dilihat
sebagai sesuatu yang tidak diterima masyarakat? • Bagaimana kita dapat memperbaharui dan mengeratkan hubungan yang positif di antara ibu bapa
dan anak remaja mereka?
Keganasan Seksual Keganasan seksual adalah suatu pengalaman zaman kanak-kanak yang lazim di seluruh
rantau Asia Pasifik dan mungkin meninggalkan kesan psikologi, emosi dan fizikal yang
berpanjangan ke atas mereka yang telah melaluinya.
Disebalik kelazimannya, keganasan seksual dipenuhi dengan rahsia. Sangat sedikit
daripadanya yang dilaporkan atau didedahkan. Banyak berlaku di kalangan budak lelaki dan
perempuan, perbuatan ganas ini sering kali dilakukan oleh orang yang rapat dengan mereka:
ahli keluarga, jiran, rakan dan/atau kekasih.
Mengenal pasti, menolak dan/atau melaporkan gerak laku seksual - terutamanya dalam
persekitaran di mana kaum lelaki menganggap seks adalah hak mereka, sebagai lambang
kuasa atau kejantanan - boleh jadi terlalu sukar. Perbincangan mengenai seks merupakan
pantang larang dalam kebanyakan masyarakat dan mangsa keganasan seksual selalunya
terlalu malu untuk bersuara, terutamanya budak lelaki.
PERSOALAN TENTANG CABARAN: • Bagaimana cara untuk memperkasakan budak lelaki dan perempuan agar cukup yakin
untuk berkata tidak terhadap gerak laku seksual? • Bagaimana kita dapat membantu ibu bapa mendidik anak mereka tentang perbezaan
sentuhan yang boleh diterima dan sebaliknya? • Bagaimana kita dapat menyokong orang dewasa untuk saling membantu ketika melihat tingkah
laku yang tidak sepatutnya?
PERLINDUNGAN
SOSIAL
Melabur dalam Modal Kognitif
Sepanjang dua dekad lalu, pertumbuhan ekonomi telah banyak mengurangkan kemiskinan di kebanyakan
negara Asia dan Pasifik. Namun, peningkatan kekayaan turut menyebabkan ketaksamaan dan
kekurangan terutama bagi kanak-kanak. Pelaburan demi kanak-kanak, terutama ketika di awal usia
mereka sangat penting - terbukti dapat menguatkan keupayaan kognitif, kesihatan dan perkembangan dan
seterusnya mengningkatkan produktiviti negara. Namun, pelaburan dalam perkembangan dan
pembelajaran awal kanak-kanak di seluruh Asia Pasifik kekal rendah.
PERSOALAN TENTANG CABARAN:
• Bagaimana kita dapat membantu kanak-kanak menyertai pusat pra-sekolah dalam masyarakat
mereka? • Bagaimana kita dapat membantu keluarga untuk berhubung dengan rangkaian dan
perkhidmatan sokongan dalam masyarakat mereka? • Bagaimana kita boleh menggalakkan ibu bapa baharu mengenal pasti dan mengamalkan aktiviti dan
tindakan keibubapaan yang positif?
Nutrisi
Kanak-kanak yang tidak mendapat nutrisi, perlindungan kesihatan dan pendidikan yang baik tiada
peluang untuk berkongsi dalam kehidupan sosial dan ekonomi masyarakat dan negara di masa
hadapan.
Seribu hari pertama dalam hidup kanak-kanak mewakili tempoh kritikal bagi intervensi pemakanan dan
tingkah laku kerana kanak-kanak melalui perkembangan fizikal dan mental yang pantas dalam tempoh ini.
Tanpa khasiat yang diperlukan, kanak-kanak lebih terdedah kepada jangkitan atau terdedah kepada
kencing manis dan lain-lain penyakit tidak berjangkit yang berkaitan dengan obesiti. Mereka lebih kerap
sakit dan mengambil masa yang lama untuk sembuh sehingga meningkatkan kos penjagaan kesihatan
yang tidak mampu ditanggung oleh keluarga. Di sekolah, malnutrisi-sama ada dalam bentuk kurang nutrisi atau obesiti - menghadkan keupayaan dan
peluang pembelajaran kanak-kanak dengan mengurangkan kehadiran dan menyukarkan penumpuan
dalam kelas. Kesan ini berterusan sehingga dewasa, lalu mengurangkan produktiviti kerja dan keupayaan
'kuasa perolehan'.
Persoalan Tentang Cabaran:
• Bagaimana kita hendak mendidik para ibu dengan lebih baik mengenai kepentingan nutrisi kanak-
kanak di peringkat awal, terutamanya penyusuan susu ibu yang memakan masa? • Bagaimana kita dapat menjadikan makanan berkhasiat lebih mudah didapati di sekolah kerajaan? • Bagaimana kita dapat membantu kanak-kanak menggalakkan tabiat pemakanan yang lebih sihat di
rumah?
Peningkatan Usia Penduduk Ketika penduduk Asia Pasifik meningkat tua, beban penjagaan akan ditanggung oleh generasi muda lalu
menyebabkan penurunan produktiviti dan peningkatan kemiskinan ke atas kumpulan yang sememangnya
sudah terpinggir dan kekurangan.
Dalam keluarga yang tidak mampu mendapatkan perkhidmatan sokongan, ibu bapa mungkin terpaksa
berhenti bekerja untuk menjaga saudara yang sudah tua atau sering memberhentikan anak mereka dari
sekolah untuk sebab yang sama. Untuk jangka panjang, penurunan pendapatan, pendidikan dan
peluang pekerjaan keluarga akan mengakibatkan penurunan produktiviti negara dan genangan ekonomi.
Persoalan Tentang Cabaran:
• Bagaimanakah keluarga dapat dibantu untuk mendapatkan khidmat tersedia dalam membantu
menjaga orang tua mereka? • Bagaimanakah penjagaan kesihatan warga emas dapat dibiaya dan disediakan supaya pekerjaan
dan persekolahan tidak terjejas? • Bagaimanakah teknologi dapat menyumbang dalam memperbaiki kualiti hidup ahli keluarga yang tua?
KE MANAKAH ARAH TUJU KITA Inovasi sosial mampu menawarkan pendekatan baharu bagi menangani cabaran-cabaran sosial yang kompleks dengan berkesan. Perintis perubahan dan inovator sosial dapat memahami masalah dan punca di sebaliknya dengan lebih baik, membina empati terhadap mereka yang menghadapi cabaran, memikirkan cara untuk 1 menangani cabaran ini dan membina prototaip bagi idea-idea menjadi produk dan perkhidmatan.
Kami harap perbincangan di dalam Buku Panduan ini mengenai
masalah yang dihadapi oleh kanak-kanak akan memberi inspirasi
untuk anda menyertai Cabaran Inovasi Belia HLM3. Sebagai orang
muda, anda dipelawa agar menyahut cabaran untuk memperbaiki
masyarakat anda - bukan sahaja untuk diri anda malahan untuk
generasi anak-anak masa hadapan.
Langkah seterusnya: • Lawati laman sesawang Cabaran HLM3
Challenge di www.hlm3challenge.com • Semak penyertaan negara anda dalam Cabaran ini • Jika ada, daftar untuk menyertai Cabaran melalui laman
sesawang tersebut sebelum 4 September 2016
Jika negara anda tidak menjadi peserta, tidak mengapa. Masih ada
beberapa cara untuk anda terlibat dalam inovasi:
• Cari NGO tempatan atau makmal inovasi berdekatan anda, dan
hubungi mereka untuk ketahui cara bagi anda membantu,
menjadi sukarela atau bekerjasama. • Sertai masyarakat inovator global yang dalam menangani
cabaran-cabaran sosial yang kritikal:
http://www.causetech.net/ • Mohon kepada Dana Inovasi Global untuk mengubah idea anda
menjadi impak: http://www.globalinnovation.fund/ • Ikuti usaha kami di Twitter: @UNICEFinnovate
RUJUKAN
1UNICEF http://data.unicef.org/nutrition/malnutrition.html 2UNDP http://www.asia-pacific.undp.org/content/rbap/en/home/blog/2016/4/22/How-do-you-unlock-the-immense-potential-of-youth-.html 3UNFPA https://www.unfpa.org/sites/default/files/pub-pdf/MarryingTooYoung.pdf 4Menyerlahkan Belia di Asia Menyerlahkan Belia di Asia -McKinsey 5Themalaymailonline http://www.themalaymailonline.com/malaysia/article/putrajaya-budgets-rm20m-for-magic-so-cial-entreprises 6IDEO IDEO, sebuah firma inovasi dan reka bentuk global, diberi gelaran reka bentuk berpusatkan manusia https:// www.ideo.org/approach
15WHO http://www.who.int/pmnch/knowledge/publications/summaries/knowledge_summaries_24_eco-nomic_case/en/ 16SOCIALSERVICEFORCE http://www.socialserviceworkforce.org/system/files/resource/files/Global%20Prevalence%20 of%20Past-year%20Violence%20Against%20Children.pdf 17UNICEF http://www.unicef.org/eapro/Violence_against_Children_East_Asia_and_Pacific.pdf 18UNICEF http://www.unicef.org/eapro/Violence_against_Children_East_Asia_and_Pacific.pdf 19UNICEF http://www.unicef.org/eapro/Violence_against_Children_East_Asia_and_Pacific.pdf 20UNICEF http://www.unicef.org/eapro/Violence_against_Children_East_Asia_and_Pacific.pdf
7ADB 21ODI
http://blogs.adb.org/blog/universal-health-coverage-too-important-asia-postpone https://www.odi.org/sites/odi.org.uk/files/odi-assets/publications-opinion-files/9178.pdf
8Rockefellerfoundation 22NCBI
https://www.rockefellerfoundation.org/app/uploads/uhc-close-the-gap-report.pdf http://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/25757367
9Rockefellerfoundation 23UNICEF
https://www.rockefellerfoundation.org/app/uploads/uhc-close-the-gap-report.pdf http://www.unicef.org/socialprotection/framework/files/UNICEF_SPSFramework_Chapter_1.pdf
10Selamatkankanak-kanak 24UNICEF
http://www.savethechildren.org.uk/sites/default/files/images/Universal_health_coverage.pdf http://www.unicef.org/socialpolicy/files/UNICEF_Social_Protection_Strategic_Framework_full_
11OECD doc_std.pdf
25UNICEF
http://www.oecd-ilibrary.org/docserver/download/8112131ec006.pdf?expires=1469855629&id
=id&accname=guest&checksum=CE04D007ACFC4E9303FD52407604E134 http://www.unicef.org/esaro/5483_social_protection.html
12UNICEF 26WHO
http://www.unicef.org/sapc08/docs/SAPC_Full_Report.pdf http://www.who.int/chp/gshs/en/
13WHO 27UNICEF
http://www.who.int/chp/chronic_disease_report/full_report.pdf http://data.unicef.org/
`14UNICEF
http://www.unicef.org/sapc08/docs/SAPC_Full_Report.pdf
Terima kasih
UNICEFMalaysia/2014/Pirozzi
Buku Panduan ini merupakan hasil kajian, wawasan dan penelitian ramai orang. Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada pakar-pakar, anggota masyarakat dan rakan-rakan berikut atas sumbangan dan wawasan mereka.
sebuah hasil