Download - Hsp Mped f4n5
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia
2002
MENSERVIS PERALATAN ELEKTRIK DOMESTIK
KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH MENENGAH
HURAIAN SUKATAN PELAJARAN
TINGKATAN EMPAT DAN LIMA
RUKUN NEGARA
BAHAWASANYA negara kita Malaysia mendukung cita-cita hendak mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakatnya; memelihara satu cara hidup demokratik; mencipta masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama; menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai-bagai corak; membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden;
MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip berikut :-
KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
KELUHURAN PERLEMBAGAAN
KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
KESOPANAN DAN KESUSILAAN
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani, berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian
Pendahuluan 1
Matlamat 1
Objektif 2
Organisasi Kandungan 2
Pendekatan Dan Penekanan 3
Pemetaan Kandungan 5
Format Huraian 6
Huraian Tingkatan Empat 7
Huraian Tingkatan Lima 16
KATA PENGANTAR
Para 1 (kosong)
Huraian Sukatan Pelajaran disediakan untuk membantu guru merancang aktiviti dan bahan pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dengan tahap kematangan murid selaras dengan kehendak Sukatan Pelajaran Pembinaan Domestik untuk sekolah menengah atas. Buku ini juga menyediakan penerangan bagi membantu guru menguruskan pelaksanaan kurikulum Pembinaan Domestik dalam bengkel. Guru diharap dapat merancang dan melaksanakan strategi yang berkesan sesuai dengan kebolehan dan minat murid serta persekitaran sekolah supaya pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih bermakna.
Para 3 (kosong)
( Dr. SHARIFAH MAIMUNAH BINTI SYED ZIN ) PengarahPusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia
Menservis Peralatan Elektrik Domestik adalah satu daripada mata pelajaran elektif vokasional di sekolah menengah akademik. Ia merupakan satu mata pelajaran amali yang berteraskan teknologi untuk tingkatan empat dan tingkatan lima. Mata pelajaran ini adalah lanjutan dan peluasan kepada mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu di sekolah menengah rendah.
Penggubalan mata pelajaran ini yang berdasarkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dirancang untuk mencapai matlamat ke arah mempertingkatkan produktiviti negara dengan membekalkan tenaga mahir yang berpengetahuan dalam bidang elektrik elektronik.
Penawaran mata pelajaran ini merupakan sebahagian usaha Kementerian Pendidikan untuk memperluaskan pendidikan teknikal dan vokasional di sekolah akademik. Persediaan awal ini adalah untuk memenuhi keperluan permintaan tenaga pekerja mahir dan separa mahir dalam pelbagai bidang industri yang semakin meningkat seperti pembinaan bangunan, automotif, elektrik elektronik, perabot, komputer dan multimedia, penghasilan makanan, perkhidmatan hospitaliti, perikanan dan haiwan, pelandskapan, tekstil dan pakaian, hiasan dalaman, dan perkhidmatan penjagaan.
Dalam kurikulum Menservis Peralatan Elektrik Domestik, murid didedahkan dengan perkembangan teknologi semasa, keperluan tenaga mahir, prospek
kerjaya, keselamatan, peraturan, undang-undang, etika dan budaya kerja. Mereka dilatih menggunakan peralatan ujian, mengendalikan litar asas elektrik seperti bekalan kuasa, bahagian kawalan dan beban litar. Seterusnya kemahiran asas murid ini dipertingkatkan kepada tahap menservis pelbagai peralatan elektrik domestik yang meliputi mengendali, mengesan dan mengganti komponen yang rosak. Jenis peralatan elektrik domestik yang diserviskan termasuk kipas, mesin pengisar, seterika, cerek, pembakar roti, pembersih vakum, pam air, ketuhar, mesin basuh dan peti sejuk.
Penerapan nilai murni, sikap positif dan budaya kerja yang baik turut disepadukan dalam mata pelajaran ini.
Matlamat mata pelajaran Menservis Peralatan Elektrik Domestik adalah untuk melahirkan murid yang berkemahiran membaik pulih dan menyenggara peralatan elektrik domestik dengan mengamalkan budaya kerja yang baik dan selamat, serta boleh menjalankan perniagaan sendiri atau berupaya menjadi penyumbang tenaga kerja mahir dalam bidang perkakasan elektrik.
ApakahMata
PelajaranMenservisPeralatan
ElektrikDomestik?
MatlamatMata
PelajaranMenservisPeralatan
ElektrikDomestik
PENDAHULUAN
MATLAMAT
Kurikulum Menservis Peralatan Elektrik Domestik adalah untuk membolehkan murid :
1.1. Menyenggara peralatan elektrik domestik 2. Mencari dan mengesan kerosakan peralatan
elektrik domestik 3. Melakukan kerja pengujian peralatan elektrik
domestik4. Mengganti komponen dan membaik pulih
peralatan elektrik domestik 5. Mengenal pasti litar bekalan kuasa dan sistem
kawalan peralatan elektrik domestik 6. Menggunakan alatan tangan dan peralatan ujian
dengan cara yang betul dan berkesan serta menyenggara peralatan bengkel
7. Mengamalkan langkah keselamatan dan pertolongan cemas jika perlu semasa menservis peralatan elektrik domestik
8. Mengamalkan budaya kerja yang baik seperti bekerjasama, ingin mencuba, bertanggungjawab dan berkomunikasi dengan berkesan
9. Menyediakan rancangan perniagaan yang mudah dan meminati bidang keusahawanan serta sedar tentang keperluan tenaga mahir dalam bidang menservis peralatan elektrik domestik.
Mata pelajaran ini terbahagi kepada tiga bidang pembelajaran yang diolah mengikut rangka konsep seperti berikut:
RangkaKonsep
OBJEKTIFORGANISASI KANDUNGAN
ObjektifMata
PelajaranMenservisPeralatan
ElektrikDomestik
K E M A H IR A N A S A S
M E N S E R V IS P E R A L A T A N
E L E K T R IK D O M E S T IK
K E M A H IR A N A S A S
L A N J U T A N M E N S E R V IS P E R A L A T A N
E L E K T R IK D O M E S T IK
U s a h a w a nP e k e r ja m a h ir
m e n s e rv is P E D
R A N G K A K O N S E P
Diskripsi tiga bidang pembelajaran bagi Menservis Peralatan Elektrik Domestik adalah seperti berikut:
1. Kemahiran Asas Menservis Peralatan Elektirk Domestik
Bidang pembelajaran ini merangkumi unit pembelajaran mengenai mengendalikan peralatan ujian, komponen peralatan elektrik dan sistem litar yang terdiri daripada bekalan, kawalan dan beban kuasa. Murid juga didedahkan dengan perkembangan teknologi semasa dan keperluan tenaga mahir dalam bidang Menservis Peralatan Elektrik Domestik. Selain daripada itu murid didedahkan kepada peluang kerjaya, prosedur dan undang-undang dalam dunia pekerjaan serta dipupuk dengan pembentukan etika dan budaya kerja yang cemerlang. Di akhir bidang pembelajaran ini, murid menguasai kemahiran dalam mengenal pasti kerosakan dan memahami fungsi komponen peralatan elektrik domestik.
2. Kemahiran Asas Lanjutan Menservis Peralatan Elektrik Domestik
Bidang pembelajaran ini adalah lanjutan daripada bidang pembelajaran pertama dan murid mengaplikasikan kemahiran di bidang kendalian litar, mengesan kerosakan dan menservis peralatan elektrik domestik seperti loceng pintu, mesin pengisar, kipas, pembakar roti, seterika, cerek elektrik, pembersih vakum, pam air, ketuhar, mesin basuh dan peti sejuk. Murid juga dapat menguasai kemahiran mengurus inventori dan penstoran. Di akhir bidang pembelajaran ini murid akan berkeupayaan membaik pulih
kerosakan dan menyenggara peralatan elektrik domestik.
3. Keusahawanan
Murid didedahkan kepada teknik komunikasi yang berkesan, cara melayan pelanggan dan kemahiran membuat keputusan. Di samping itu, murid dibimbing membuat perancangan perniagaan yang mudah dan mengenal pasti organisasi yang membantu usahawan. Murid juga didedahkan dengan peluang kerjaya yang terdapat di industri berasaskan elektrik dan elektronik.
Menservis Peralatan Elektrik Domestik adalah mata pelajaran yang memberi tumpuan terhadap menguasai kemahiran melalui pembelajaran yang dikendalikan secara amali. Teori asas elektrik yang berkenaan diaplikasikan semasa murid menguasai kemahiran asas membaiki peralatan elektrik domestik. Dalam mengendalikan kelas, penggabung jalinan perlu diadakan di antara bidang pembelajaran Keusahawanan dan bidang pembelajaran mengenai kemahiran menservis bagi membolehkan murid berdikari dan memajukan diri semasa menceburi industri berasaskan elektrik dan elektronik .
KemahiranmelaluiLatihan
Amali
PENDEKATAN DAN PENEKANAN
Kemahiran yang diperolehi oleh murid perlulah seiring dengan apa yang dikehendaki di dalam industri berasaskan elektrik dan elektronik serta relevan dengan bidang pekerjaan yang sebenar. Pengajaran dan pembelajaran akan lebih menarik apabila murid dapat mengaitkan apa yang dipelajari dengan bidang kerjaya masa depan.
Nilai murni dan sikap positif serta budaya kerja yang baik harus merentasi aktiviti yang dikendalikan. Tumpuan diberi ke arah murid yang berusaha mencapai kecemerlangan, bersungguh menghasilkan produk yang berkualiti dan ingin memberikan perkhidmatan pelanggan yang baik. Keutamaan juga diberi mengenai kebijaksanaan menggunakan sumber dalam pengendalian dan urusan kerja serta pemeliharaan alam sekitar. Murid harus berfikiran terbuka, menepati masa semasa menyiapkan kerja, berkeyakinan dalam membuat keputusan, bekerjasama, bertanggungjawab dan sentiasa mengutamakan keselamatan diri dan persekitaran. Guru harus memastikan murid dapat menunjukkan dan mengamalkan nilai tersebut semasa menjalankan kerja amali.
Bagi memastikan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dalam kerja amali, saiz bagi satu kelas mata pelajaran Menservis Peralatan Elektrik Domestikmestilah tidak melebihi dua puluh lima orang murid.
Peraturan dan langkah keselamatan hendaklah sentiasa diutamakan dan dipatuhi semasa berada di bengkel pembinaan maupun semasa menjalankan kerja amali di kawasan luar. Sebarang penggunaan alatan perlu diselia oleh guru untuk mengelakkan kemalangan. Organisasi bengkel dan pengurusan kerja hendaklah dijalankan secara berjadual oleh murid bagi menambahkan pengalaman, semangat bekerjasama dan bertanggungjawab serta mempertingkatkan lagi tahap disiplin murid dan sifat kepimpinan mereka.
Murid digalakkan menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) bagi mendapatkan maklumat perkembangan terkini di bidang industri berasaskan elektrik dan elektronik seperti pengeluaran peralatan elektrik yang baru, reka bentuk komponen yang digunakan serta sumber bagi mendapatkan bahan komponen terkini di pasaran. Kemahiran ICT murid diperkembangkan seperti melayari internet dan berkomunikasi secara elektronik.
Guru perlu membuat tunjuk cara pada bahagian yang sesuai sebelum murid menjalankan kerja amali.
Modul Pembelajaran Tingkatan 4 dan Tingkatan 5 disediakan untuk membantu murid menguasai tahap kemahiran dalam setiap unit pembelajaran. Pendekatan dalam modul ini lebih kepada kemahiran praktis di samping maklumat rujukan sebagai pengetahuan teori. Setiap modul mengandungi panduan kerja, maklumat rujukan dan penilaian.
Nilai Murni
TunjukCara
ModulPembelajaran
Teknologi Maklumat
danKomunikasi
Saiz Kelas
Keselamatan dan
PengendalianBengkel
Kemahiranyang
Relevan
Susunan kandungan dalam sukatan pelajaran Menservis Peralatan Elektrik Domestik untuk tingkatan 4 dan tingkatan 5 adalah seperti dalam Jadual Pemetaan Kandungan Sukatan Pelajaran. Peruntukan masa yang dinyatakan merupakan cadangan untuk membantu guru dalam penyediaan rancangan pengajaran.
Masa pengajaran mata pelajaran Menservis Peralatan Elektrik Domestik ialah dua belas waktu seminggu yang mana setiap waktu ialah empat puluh minit.
Jadual Pemetaan Kandungan Sukatan Pelajaran Menservis Peralatan Elektrik Domestik
BIDANG / UNIT / TAJUK PEMBELAJARAN TINGKATAN 4 (minggu)
TINGKATAN 5 (minggu)
1. Kemahiran Asas Menservis Peralatan Elektrik Domestik ( 35 ) 1.1 Pengenalan 2
a. Perkembangan teknologi semasa
b. Prospek kerjaya c. Kepentingan amalan
keselamatand. Peraturan dan undang-undang
kerja e. Etika dan budaya kerja
1.2 Peralatan ujian 2
BIDANG / UNIT / TAJUK PEMBELAJARAN TINGKATAN 4 (minggu)
TINGKATAN 5 (minggu)
a. Pena ujian
b. Meter pelbagai
c. Penguji tebatan 1.3 Komponen asas elektrik 5
a. Fungsi
b. Penggunaan
c. Pengujian komponen
1.4 Litar bekalan kuasa 6
a. Arus ulang alik (AC)
b. Arus terus (DC)
1.5 Sistem kawalan 8
a. Manual
b. Automatik 1.6 Beban 12
a. Pemanas
b. Motor
c. Transduser
d. Injap solenoid
e. Mentol atau lampu 2. Kemahiran Asas Lanjutan Menservis
Peralatan Elektrik Domestik ( 33 )
2.1 Asas kendalian peralatan elektrik domestik 15
a. Pengendalian peralatan
b. Binaan
c. Manual 2.2 Mengesan kerosakan dan baik
pulih 15
a. Simptom kerosakan
b. Langkah mengesan kerosakan c. Menganalisis dapatan
kerosakan d. Prosedur baik pulih
PemetaanKandunganTingkatan 4
danTingkatan 5
BilanganWaktu
Seminggu
PEMETAAN KANDUNGAN
BIDANG / UNIT / TAJUK PEMBELAJARAN TINGKATAN 4 (minggu)
TINGKATAN 5 (minggu)
2.3 Penyenggaraan peralatan elektrik 3
a. Cara perolehan
b. Sistem penstoran
c. Penyenggaraan 3. Keusahawanan ( 2 )
3.1 Kemahiran berkomunikasi
3.2 Kemahiran membuat keputusan
3.3 Rancangan perniagaan
3.4 Agensi yang membantu usahawan
3.5 Pemasaran
JUMLAH 35 minggu 35 minggu
Huraian kurikulum ini diperincikan dalam tiga lajuriaitu Bidang / Unit / Tajuk Pembelajaran; Hasil Pembelajaran; dan Cadangan Aktiviti Pembelajaran.
Dalam lajur pertama bidang pembelajaran, unit pembelajaran dan tajuk berkenaan dinyatakan.Dalam lajur ini juga cadangan peruntukkan masa pembelajaran dinyatakan bagi membantu guru.
Dalam lajur dua iaitu Hasil Pembelajaran, keluasan dan kedalaman skop setiap unit pembelajaran dihuraikan dalam bentuk objektif perlakuan yang boleh diukur.
Lajur ketiga iaitu Cadangan Aktiviti Pembelajaran bertujuan membantu guru merancang dan membekalkan pengalaman pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dan bermakna kepada murid. Guru boleh mengubahsuai cadangan ini dan mereka bentuk aktiviti tambahan yang bersesuaian dengan kebolehan murid dan keadaan sekeliling mereka.
Huraian untuk tingkatan empat dan tingkatan lima diperincikan seperti berikut:
Tiga lajur
Bidang, Unitdan Tajuk
Pembelajaran
HasilPembelajaran
CadanganAktiviti
Pembelajaran
FORMAT HURAIAN
MENSERVIS PERALATAN ELEKTRIK DOMESTIK
HURAIAN SUKATAN PELAJARAN
TINGKATAN EMPAT
BIDANG / UNIT PEMBELAJARAN HASIL PEMBELAJARAN CADANGANAKTIVITI PEMBELAJARAN
1. Kemahiran Asas Menservis Peralatan Elektrik Domestik ( Cadangan peruntukan masa ialah 35 minggu)
1.1 Pengenalan ( Cadangan peruntukan masa ialah 2 minggu)a. Perkembangan teknologi semasa Menerangkan beberapa contoh
perkembangan teknologi semasa Lawatan industri, tayangan video, melayari internet untuk mendapatkan maklumat produk terkini seperti cerek elektrik tanpa wayar dan teknologi yang digunakan serta prospek kerjaya.
b. Prospek kerjaya Mengenal pasti peluang dalam kerjaya membaik pulih peralatan elektrik domestik
Menyedari tentang wujudnya keperluan tenaga mahir dalam kerja baik pulih.
Merujuk daftar kerjaya dalam ‘Piawaian Pengelasan Pekerjaan Malaysia’, terbitan Jabatan Tenaga Rakyat, Kementerian Sumber Manusia Malaysia, 1998.
c. Kepentingan amalan keselamatan Memberi pertolongan cemas bila diperlukanMenggunakan peralatan memadam kebakaran mengikut keperluan
Tunjuk cara penggunaan alatan keselamatan 1. Murid mengkaji
dan membincangkan peraturan bengkel, akta-akta dan undang-undang
2. Murid mengkaji dan membincangkan standard kualiti minimum sebagai seorang pekerja.
BIDANG / UNIT PEMBELAJARAN HASIL PEMBELAJARAN CADANGANAKTIVITI PEMBELAJARAN
d. Peraturan dan undang-undang kerja Menyatakan akta dan undang- undang
yang berkaitan dengan pekerja Perbincangan mengenai akta dan undang-undang yang berkaitan dengan pekerja.Contoh Akta Pekerjaan 1955, Akta Kumpulan Simpanan Pekerja 1991 dan Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969.
e. Etika dan budaya kerja Menepati masa dan sentiasa berusaha memastikan tempat kerja sentiasa bersih dan teratur
Berbincang sebab-sebab perlunya mengamalkan etika kerja.
Mematuhi jadual tugasan dan menyiapkan kerja dalam tempoh yang ditetapkan.
Sentiasa memakai pakaian kerja, alat perlindungan keselamatan dan menjalankan kerja membersih seperti yang dijadualkan.
Guru memberikan helaian tugasan dan menetapkan masa untuk murid menyiapkan tugasan yang diberi.
Menyiapkan kerja yang berkualiti dalam masa yang ditetapkan
Murid sentiasa diingatkan agar mematuhi tahap kualiti hasil kerja (individu dan kumpulan) yang telah ditetapkan.
BIDANG / UNIT PEMBELAJARAN HASIL PEMBELAJARAN CADANGANAKTIVITI PEMBELAJARAN
1.2 Peralatan ujian ( Cadangan peruntukan masa ialah 2 minggu)
a. Pena ujian
b. Meter pelbagai i. Julat dan skala
ii. Pengukuran
iii. Langkah keselamatan
c. Penguji tebatan i. Julat dan skala
ii. Pengujian
iii. Langkah keselamatan
Menggunakan pena ujian untuk menentukan talian hidup dan neutral Mengamalkan langkah keselamatan menggunakan pena ujian
Memilih fungsi meter yang dikehendaki Memilih julat meter yang sesuai
Menyambung meter dengan kekutuban yang betul Membaca nilai pengukuran pada skala
Mengamalkan langkah keselamatan semasa menggunakan meter pelbagai
Menentukan julat dan skala yang sesuai
Melakukan pengujian dengan kaedah yang betul
Mengamalkan langkah keselamatan semasa menggunakan penguji tebatan
Menguji talian AU 240V.
Tunjuk cara menggunakan meter pelbagai untuk mengukur voltan DC, AC, arus dan rintangan.
Merekodkan hasil penggukuran.
Tunjuk cara menggunakan meter tebatan.
Latihan pengujian.
BIDANG / UNIT PEMBELAJARAN HASIL PEMBELAJARAN CADANGANAKTIVITI PEMBELAJARAN
1.3 Komponen asas elektrik ( Cadangan peruntukan masa ialah 5 minggu)
a. Fungsi
b. Penggunaan
c. Pengujian komponen
Menerangkan fungsi komponen asas elektrikMengenal pasti penggunaan komponen asas elektrik
Mengenal pasti kekutupan pemuat, diod dan transistor Membezakan komponen baik atau rosak dengan menggunakan meter pelbagai
Mengukur nilai komponen dengan menggunakan meter pelbagai
Menyatakan nilai perintang berdasarkan kod warna
Fungsi dan penggunaan komponen asas elektrik seperti perintang, pemuat, fius, diod, gegelung, alat pengubah dan transistor.
Menguji kerosakan komponen pada peralatan elektrik.
Menggabungkan beberapa perintang untuk mendapatkan nilai rintangan yang dikehendaki.
Murid membaca kod warna perintang.
BIDANG / UNIT PEMBELAJARAN HASIL PEMBELAJARAN CADANGANAKTIVITI PEMBELAJARAN
1.4 Litar bekalan kuasa ( Cadangan peruntukan masa ialah 6 minggu)
a. Arus ulang alik (AC)
b. Arus terus (DC)
Menentukan litar bekalan kuasa AC Membuat penyambungan bekalan kuasa dengan betulMenentukan punca tamatan Melakukan ujian kekutuban Melakukan ujian keterusan Melakukan ujian kefungsian
Mengamalkan langkah keselamatan diri dan peralatan
Mengenal pasti sumber bekalan kuasa arus terus (DC) Menentukan litar bekalan kuasa DC Membezakan antara bekalan kuasa AC dan DC Membuat penyambungan bekalan kuasa dengan betul Menentukan punca tamatan Melakukan ujian kekutuban, keterusan dan kefungsian Mengamalkan langkah keselamatan diri dan peralatan
Menyambung extension cord.
Menguji litar penyambung extension cordberfungsi atau tidak. Mengambil tindakan yang sewajarnya apabila berlaku kemalangan. AMARANBekalan kuasa AC boleh mengakibatkan kecederaan seperti melecur, terbakar dan renjatan.
Menyambung sel kering dan sel basah dalam litar siri dan selari. Membina litar bekalan kuasa DC teratur(Regulated Power Supply) 0 - 30V .
BIDANG / UNIT PEMBELAJARAN HASIL PEMBELAJARAN CADANGANAKTIVITI PEMBELAJARAN
1.5 Sistem kawalan ( Cadangan peruntukan masa ialah 8 minggu)
a. Manual i. Jenis suis
ii. Simbol
iii. Pengujian
iv. Penggunaan dalam litar
Menentukan jenis binaan suis kawalan manual (togol, tekan, sentuh, gelansar, pisau)Menentukan jenis suis berasaskan fungsi nya
Melukis simbol suis kawalan manual yang biasa digunakan
Menentukan tamatan suis, lazim tutup (NC), lazim buka (NO) dan sepunya (C) Menguji keterusan suis menggunakan meter pelbagai
Menggunakan suis yang betul dalam penyelesaian masalah yang berkaitan
Melukis simbol skematik jenis-jenis suis.
Menguji kefungsian suis.
Menyambung suis dalam litar secara kekal dan sementara.
Contoh aktiviti penyelesaian masalah ialah murid mengumpulkan maklumat dan data melalui pemerhatian, lawatan, pembacaan, penerokaan internet, penyelidikan dengan bimbingan guru mengenai sistem kawalan manual.
BIDANG / UNIT PEMBELAJARAN HASIL PEMBELAJARAN CADANGANAKTIVITI PEMBELAJARAN
b. Automatik i. Jenis sensor
ii. Simbol
iii. Pengujian dan penggunaan
Mengenal pasti jenis sensor
Melukiskan simbol sensor
Menggunakan sensor untuk mengawal litar
Sensor yang elok digunakan ialah sensor haba, cahaya, masa, ultrasonik, gerakan dan imbangan.Memasang litar dengan menggunakan sensor:
- Sensor haba iaitu termostat dawai atau logam (untuk mengesan panas) dan rerambut (untuk mengesan sejuk).
- Sensor cahaya iaitu sel foto, perintang peka cahaya (LDR), transistor foto dan diod foto.
- Pemasa iaitu pemasa mekanikal dan pemasa elektrik.
1.6 Beban ( Cadangan peruntukan masa ialah 12 minggu)
a. Pemanas i. Jenis
ii. Penyambungan
iii. Pengujian
Memilih jenis elemen pemanas yang sesuai dengan kegunaan
Membuat penyambungan litar elemen pemanas
Menguji kefungsian elemen pemanas dalam litar kawalan haba
Perbincangan binaan elemen pemanas dan kendalian.
Memasang dan menyambung elemen pemanas dalam litar kawalan haba.
Menguji elemen pemanas dengan menggunakan meter pelbagai.
BIDANG / UNIT PEMBELAJARAN HASIL PEMBELAJARAN CADANGANAKTIVITI PEMBELAJARAN
b. Motor i. Jenis
ii. Pengujian
iii. Penyambungan
Membezakan pelbagai jenis motor elektrikMemilih motor yang sesuai dengan
kegunaan
Menguji kefungsian motor
Menyambung motor dalam litar kawalan laju, masa dan arah
Perbincangan binaan dan kendalian motor elektrik.
Membuat projek menggunakan motorelektrik yang mengandungi litar kawalanlaju, masa dan arah.
c. Transduser i. Jenis
ii. Pengujian
iii. Penyambungan
Membezakan pelbagai jenis transduser Memilih transduser yang sesuai dengan kegunaan
Menguji kefungsian transduser
Menyambung transduser dalam litar kawalan masa, sentuh dan cahaya
Penbincangan binaan dan kendalian tranduser.
Membuat projek menggunakan buzer, pembesar suara dalam salah satu litar kawalan masa, sentuh atau cahaya termasuk litar pegang (hold circuit ).
BIDANG / UNIT PEMBELAJARAN HASIL PEMBELAJARAN CADANGANAKTIVITI PEMBELAJARAN
d. Injap solenoid i. Jenis
ii. Pengujian
iii. Penyambungan
e. Mentol atau lampu i. Jenis
ii. Pengujian
iii. Penyambungan
Memilih injap solenoid yang sesuai dengan kegunaan
Menguji kefungsian injap solenoid
Menyambung injap solenoid dalam litar kawalan masa dan had
Memilih mentol yang sesuai dengan kegunaan
Menguji kefungsian lampu
Menyambung mentol dalam litar kawalan manual dan automatik
Perbincangan binaan dan kendalian injap solenoid.
Membuat projek menggunakan injap solenoid.
Contoh Projek: Litar kawalan siraman pokok.
Perbincangan binaan dan kegunaan mentol.
Membuat penyambungan litar menggunakan mentol dengan kawalan manual dan automatik.
MENSERVIS PERALATAN ELEKTRIK DOMESTIK
HURAIAN SUKATAN PELAJARAN
TINGKATAN LIMA
BIDANG / UNIT PEMBELAJARAN HASIL PEMBELAJARAN CADANGANAKTIVITI PEMBELAJARAN
2. Kemahiran Asas Lanjutan Menservis Peralatan Elektrik Domestik (Cadangan peruntukan masa ialah 33 minggu)
2.1 Asas kendalian peralatan elektrik domestik( Cadangan peruntukan masa ialah 15 minggu)
a. Pengendalian peralatan
b. Binaan i. Rajah blok
ii. Lukisan bergambar
iii. Litar skematik
c. Manual
Mengendalikan peralatan berpandukan manual pengguna
Mengenal pasti komponen dan kendalian peralatanMelakar gambarajah blok bahagian dalam peralatanMelukis lukisan bergambar sambungan komponenMelukis gambarajah skematik
Menggunakan manual pengguna dan manual servis dengan berkesan
Murid merekod hasil kendalian peralatan. Sumber yang diperlukan ialah set peralatan tangan dan ujian, manual servis bagi peralatan elektrik domestik seperti periuk nasi, seterika, mesin pengisar, ketuhar elektrik, ketuhar gelombang mikro, pembakar roti, cerek elektrik, kipas meja, kipas siling, penyedut hampagas, mesin basuh semi automatik dan automatik, pam air, pengering rambut, peti sejuk, pemanas air mandi, loceng pintu dan pengadun makanan.
BIDANG / UNIT PEMBELAJARAN HASIL PEMBELAJARAN CADANGANAKTIVITI PEMBELAJARAN
2.2 Mengesan kerosakan dan baik pulih ( Cadangan peruntukan masa ialah 15 minggu)
a. Simptom kerosakan
b. Langkah mengesan kerosakan
c. Menganalisis dapatan kerosakan
d. Prosedur baik pulih
Mengenali dan menyatakan tanda kerosakan
Meramalkan bahagian yang rosak
Mengesan kerosakan melalui pemerhatian fizikal Mengesan kerosakan dengan menggunakan peralatan ujian
Menentukan jenis kerosakan
Menulis laporan kerosakan Menanggalkan komponen yang rosak Menentukan spesifikasi komponen yang rosakMengganti komponen yang rosak Menguji kefungsian peralatan selepas dibaik pulih Mengamalkan langkah keselamatan semasa menjalankan kerja baik pulih
Tunjuk cara mengesan kerosakan pada peralatan elektrik yang rosak.
Murid melakukan kerja mengesan kerosakan dan baik pulih mengikut prosedur.
Komponen ganti mestilah mempunyai spesifikasi yang sama dengan komponen asal (Rujuk Servis Manual).
BIDANG / UNIT PEMBELAJARAN HASIL PEMBELAJARAN CADANGANAKTIVITI PEMBELAJARAN
2.3 Penyenggaraan peralatan elektrik ( Cadangan peruntukan masa ialah 3 minggu)
a. Cara perolehan
b. Sistem penstoran
c. Penyenggaraan
Melengkapkan borang pesanan Menerima dan mengesahkan penerimaan bahan dan peralatan Merekod perolehan bahan dan peralatan mengikut kategori dalam buku stok
Menyimpan dan mengawal bahan dan alatan
Merekodkan tarikh dan aktiviti penyenggaraanMengamalkan penyenggaraan cegah pada peralatan Menjalankan rutin penyenggaraan
Latihan membuat pesanan untuk perolehan bahan dan peralatan.
Sistem penstoran termasuk inventori (rekod penyimpanan alat), bahan habis guna, kunci dan alatan tangan.
Melakukan kerja penyenggaraan cegah berpandukan manual penyenggaraan.
BIDANG / UNIT PEMBELAJARAN HASIL PEMBELAJARAN CADANGANAKTIVITI PEMBELAJARAN
3. Keusahawanan (Cadangan peruntukan masa ialah 2 minggu )
3.1 Kemahiran berkomunikasi Menyatakan maksud komunikasi Komunikasi ialah perhubungan yang berlaku antara dua pihak dalam menyampaikan maklumat mengenai sesuatu perkara.
Mengamalkan komunikasi yang jelas, tepat dan bertatasusila semasa berurusan dengan pelanggan
Contoh aktiviti seperti simulasi, main peranan dan tayangan video mengenai cara berkomunikasi yang berkesan dalam konteks perniagaan menservis peralatan elektrik domestik.
Simulasi cara berkomunikasi yang berkesan dalam perbincangan dengan pelanggan mengenai cita rasa pelanggan dari segi harga yang dipersetujui, kualiti, ketahanan dan tempoh siap.
Menerangkan kepentingan menjalin perhubungan dengan orang lain
Perbincangan kepentingan membentuk jaringan hubungan ( networking ) dengan pembekal, pekerja dan pelanggan dalam skop perniagaan menservis peralatan elektrik domestik.
3.2 Kemahiran membuat keputusan Mempraktikkan langkah membuat keputusan dalam projek menservis peralatan elektrik domestik
Langkah membuat keputusan ialahmengenal pasti masalah, mencari alternatif, memilih penyelesaian yang baik, bertindak dan menilai semula.
BIDANG / UNIT PEMBELAJARAN HASIL PEMBELAJARAN CADANGANAKTIVITI PEMBELAJARAN
Sumbangsaran kesan daripada keputusan yang telah dibuat dan kepentingannya membuat keputusan yang sesuai.
Contoh masalah mengenai bekalan bahan, peralatan, kemampuan menyiapkan projek dan tawar menawar harga perkhidmatan. Aktiviti sumbangsaran, main peranan dan perbincangan.
3.3 Rancangan perniagaan Mengenal pasti tujuan menyediakan rancangan perniagaan
Menyediakan rancangan perniagaan mudah
Sumbangsaran tujuan menyediakan rancangan perniagaan.
Membuat rancangan perniagaan mudah berkaitan projek menservis peralatan elektrik domestik.
3.4 Agensi yang membantu usahawan Mengenal pasti agensi yang terlibat
dalam membantu usahawan Perbincangan jenis perkhidmatan dan agensi yang terlibat seperti bimbingan dan latihan oleh MARA dan MEDEC, pelesenan oleh Majlis Kerajaan Tempatan, infrastruktur oleh UDA dan Majlis Kerajaan Tempatan serta kewangan oleh institusi kewangan berlesen.
3.5 Pemasaran Mengenal pasti cara mempromosikan
perkhidmatan menservis peralatan elektrik domestik
Perbincangan cara mempromosi perkhidmatan menservis peralatan elektrik domestik melalui pengiklanan dan kontrak baik pulih peralatan.