HUBUNGAN ANTARA SIKAP DAN MINAT DENGAN PENCAPAIAN MATA
PELAJARAN KIMIA PELAJAR FAKULTI PENDIDIKAN,
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
WAN MUHD AZHA BIN WAN MUDA
Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat
penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Kimia)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
APRIL, 2006
iii
DEDIKASI
Khas buat bonda dan ayahanda yang dikasihi...
Wan Aznah binti Wan Ali,
Wan Muda bin Wan Salleh,
Pengorbanan dan doa kalian sumber kejayaanku dalam mengharungi kehidupan.
Semoga Allah memberkati kalian.
Buat kakanda tersayang...
Wan Muzamry,
Wan Muhairyzal,
Terima kasih di atas segala pertolongan kalian.
Tidak akan ku lupakan segala pengorbanan yang diberikan.
Buat adinda tersayang...
Wan Faridatul Hafizah,
Jadikanlah kejayaanku ini sebagai satu hadiah untuk memajukan
diri di masa hadapan.
Semoga kejayaan menantimu dan pastikan kamu memilikinya.
Buat sahabat seperjuangan yang diingati...
Nizam, Termelezam, Apih, Jawe, Arei, Khairi dan mereka yang lain,
Terima kasih di atas segala sokongan dan bantuan yang diberikan.
Semoga kalian terus cemerlang mengharungi layar kehidupan di dunia dan
dirahmati kehidupan di akhirat kelak.
Terima kasih di atas segala-galanya...
iv
PENGHARGAAN
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
Alhamdulillah, bersyukur saya ke hadrat Ilahi kerana dengan izin dan limpah kurnia-
Nya laporan penyelidikan ini dapat disempurnakan.
Sesungguhnya setinggi penghargaan dan ucapan terima kasih yang tulus ikhlas
ditujukan khas kepada En. Jamaludin Ramli selaku pensyarah pembimbing, di atas
segala teguran, ajaran ,bimbingan, bantuan dan nasihat dengan rasa penuh
tanggungjawab dan semangat pendidikan yang tinggi di sepanjang menyempurnakan
penyelidikan ini sehingga ia mampu menjadi kenyataan.
Jutaan terima kasih juga ditujukan kepada pihak Fakulti Pendidikan, Universiti
Teknologi Malaysia kerana membenarkan penyelidikan ini dijalankan di Fakulti
Pendidikan, UTM.
Rakaman jutaan terima kasih ini tidak lupa ditujukan kepada pensyarah-
pensyarah dan pelajar-pelajar di Fakulti Pendidikan, UTM serta sesiapa sahaja yang
terlibat secara langsung mahupun tak langsung dalam menyiapkan penyelidikan ini.
Segala bantuan dan kerjasama yang kalian hulurkan, semoga Allah (SWT) sahaja yang
dapat membalasnya. Semua ini diabadikan dalam ingatan.
v
ABSTRAK
Kajian ini adalah untuk mengenal pasti sikap dan minat pelajar tahun tiga di
Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia dan hubungannya dengan pencapaian
mata pelajaran kimia antara pelajar lelaki dan perempuan. Data diperoleh dengan
menggunakan soal selidik yang diedarkan kepada 56 orang pelajar di Fakulti
Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia. Data-data yang diperoleh dianalisis dengan
menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 13.0 untuk
mendapatkan min dan peratusan bagi setiap persoalan. Ujian-t untuk responden
dianalisis pada tahap α = 0.05 dan didapati bahawa tidak terdapat perbezaan yang
signifikan antara lelaki dan perempuan mengenai sikap dan minat terhadap mata
pelajaran kimia. Tidak terdapat hubungan yang signifikan (r = -0.136, p > 0.05) antara
sikap dan pencapaian mata pelajaran kimia dan tiada hubungan yang signifikan (r = -
0.053, p > 0.05) antara minat dengan pencapaian mata pelajaran kimia. Data yang
diperolehi menunjukkan responden mempunyai sikap yang positif dan minat yang tinggi
terhadap mata pelajaran kimia.
vi
ABSTRACT
The study is to identify the attitude and interest among third year students in
Faculty of Education, Universiti Teknologi Malaysia towards chemistry subject. It is
also carried out to determine if there is any significant difference in attitude and interest
between male and female students. Samples were taken from 56 students of Faculty of
Education, Universiti Teknologi Malaysia, who were given questionnaires regarding the
study. Data collected was analyzed using the Statistical Package for Social Science
(SPSS) version 13.0. The t-test showed that there is no significant difference in attitude
and interest towards chemistry subject between the two genders. Their attitude does not
have any significant (r = -0.136, p > 0.05) towards the achievement in chemistry subject
and their interest does not have any significant (r = -0.053, p > 0.05) towards the
achievement in chemistry subject. Thus, this study showed that the students selected in
this study are both interested and have positive attitudes towards chemistry subject.
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA HALAMAN
HALAMAN JUDUL i
PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xi
SENARAI RAJAH xiii
SENARAI SINGKATAN xiv
SENARAI LAMPIRAN xv
1 PENGENALAN 1
1.1 Pendahuluan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 2
1.3 Pernyataan Masalah 4
1.4 Objektif Kajian 4
1.5 Persoalan Kajian 5
1.6 Hipotesis Nol 6
1.7 Kepentingan Kajian 5
1.8 Skop dan Batasan Kajian 7
viii
1.9 Definisi Istilah 8
1.9.1 Sikap 8
1.9.2 Minat 9
1.9.3 Pencapaian 9
1.9.4 Kimia 10
1.9.5 Pelajar 10
1.10 Penutup 10
2 TINJAUAN LITERATUR 11
2.1 Pendahuluan 11
2.2 Kajian-Kajian Lepas 11
2.3 Pendekatan Teori 13
2.3.1 Sikap Teori Fishbein dan Ajzen 13
2.4 Kerangka Teori Kajian 15
2.4.1 Konsep Penilaian Afektif 16
2.4.2 Model Penilaian Sikap dan Minat 16
2.5 Faktor Sikap 17
2.6 Faktor Minat 19
2.7 Penutup 22
3 METODOLOGI KAJIAN 23
3.1 Pendahuluan 23
3.2 Reka Bentuk Kajian 24
3.3 Tempat Kajian 24
3.4 Populasi dan Sampel Kajian 24
3.5 Instrumen Kajian 25
3.5.1 Bahagian A 25
3.5.2 Bahagian B 26
3.6 Kajian Rintis 27
3.7 Kaedah Analisis Data 28
3.8 Penutup 29
ix
4 ANALISIS DATA 30
4.1 Pendahuluan 30
4.2 Analisis Ciri Demografi Responden 31
4.2.1 Latar Belakang Responden 31
4.2.2 Jantina Responden 31
4.2.3 Bangsa Responden 32
4.2.4 Keputusan Mata Pelajaran Kimia 32
Organik 1 Responden
4.3 Analisis Sikap dan Minat Responden Terhadap 33
Mata Pelajaran Kimia
4.3.1 Analisis Kekerapan dan Peratusan Bagi 33
Sikap Terhadap Mata Pelajaran Kimia
4.3.2 Min dan Sisihan Piawai Keseluruhan 39
Bagi Sikap Belajar Kimia
4.3.3 Analisis Kekerapan dan Peratusan Bagi 39
Minat Terhadap Mata Pelajaran Kimia
4.3.4 Min dan Sisihan Piawai Keseluruhan Bagi 45
Minat Belajar Kimia
4.3.5 Perbezaan Sikap Terhadap Mata Pelajaran 45
Kimia Antara Pelajar Lelaki dan Perempuan
4.3.6 Perbezaan Minat Terhadap Mata Pelajaran 46
Kimia Antara Pelajar Lelaki dan Perempuan
4.3.7 Hubungan Sikap Dengan Pencapaian Mata 46
Pelajaran Kimia
4.3.8 Hubungan Minat Dengan Pencapaian Mata 47
Pelajaran Kimia
4.4 Penutup 47
5 PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN CADANGAN 48
5.1 Pendahuluan 48
5.2 Ringkasan Kajian 48
x
5.3 Perbincangan 50
5.3.1 Sikap dan Minat Pelajar Terhadap Mata 50
Pelajaran Kimia
5.3.2 Hubungan Sikap Dengan Pencapaian 51
Mata Pelajaran Kimia
5.3.3 Hubungan Minat Dengan Pencapaian 52
Mata Pelajaran Kimia
5.4 Rumusan dan Kesimpulan 53
5.5 Cadangan Tindakan 54
5.6 Cadangan Kajian Lanjutan 55
5.7 Penutup 56
RUJUKAN 57
LAMPIRAN 60
xi
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK HALAMAN
1.1 Bilangan responden yang terlibat 7
3.1 Jadual skala Likert 26
3.2 Pembahagian soalan item sikap dan minat 27
3.3 Senarai kebolehpercayaan item sikap dan minat 28
3.4 Klasifikasi kekuatan perhubungan korelasi 29
4.1 Taburan kursus pengajian responden 31
4.2 Taburan jantina responden 31
4.3 Taburan bangsa responden 32
4.4 Taburan keputusan mata pelajaran Kimia Organik 1 33
responden
4.5 Taburan kekerapan dan peratusan bagi sikap terhadap 37
mata pelajaran kimia
4.6 Taburan min dan sisihan piawai keseluruhan bagi 39
sikap pelajar
4.7 Taburan kekerapan dan peratusan bagi minat terhadap 43
mata pelajaran kimia
4.8 Taburan min dan sisihan piawai keseluruhan bagi 45
minat pelajar
4.9 Analisis ujian-t bagi sikap pelajar lelaki dan perempuan 45
terhadap mata pelajaran kimia
xii
4.10 Analisis ujian-t bagi minat pelajar lelaki dan perempuan 46
terhadap mata pelajaran kimia
4.11 Analisis korelasi Pearson antara sikap dengan pencapaian 46
kimia
4.12 Analisis korelasi Pearson antara minat dengan pencapaian 47
kimia
xiii
SENARAI RAJAH
NO. RAJAH TAJUK HALAMAN
2.1 Model pembentukan sikap Fishbein dan Ajzen 15
xiv
SENARAI SINGKATAN
SPC - Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Kimia)
SPK - Sarjana Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan (Kimia)
UTM - Universiti Teknologi Malaysia
xv
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK HALAMAN
A Set soal selidik 60
B Jadual Morgan 66
C Senarai kebolehpercayaan Alpha bagi item sikap dan minat 68
BAB 1
PENGENALAN
1.1 Pendahuluan
Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan untuk memperkembangkan
potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang
seimbang dan harmoni dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan
kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2000).
Usaha ini adalah untuk melahirkan warga negara Malaysia yang berilmu pengetahuan,
berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan untuk mencapai
kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian supaya dapat
melahirkan insan yang seimbang, harmonis dan bermoral tinggi (Kementerian
Pendidikan Malaysia, 2000).
Bagi melahirkan insan yang memberikan tenaga ikhtisas yang cemerlang serta
mampu memberi sumbangan terhadap negara, sains dan teknologi memainkan peranan
yang amat penting. Selain itu, sains dan teknologi juga amat perlu bagi melahirkan insan
yang mantap sama ada dari segi mental, fizikal, intelektual serta rohani dalam menuju
era globalisasi yang begitu canggih pada masa kini.
2
Sains adalah suatu asas pembelajaran secara sistematik melalui pembuktian
dengan eksperimen. Sains dipecahkan kepada beberapa bahagian seperti fizik, kimia,
biologi dan sebagainya. Kimia adalah sesuatu yang istimewa dan mengagumkan di mana
dapat menenang dan menyenangkan pemikiran. Kimia juga mempunyai aspek
keindahan (aesthetic) dan dramatik dan kebanyakan pelajar seronok melakukan kerja-
kerja amali yang dramatik (Abu Hassan, 2003).
Pelajaran kimia melibatkan penyelesaian masalah secara memperolehi atau
mengumpul bukti, menilai kebolehpercayaannya, kemudian menggunakan hasil-hasilnya
untuk membuat pertimbangan sebelum sesuatu keputusan atau tindakan diambil. Kaedah
pengumpulan bukti semasa menyelesaikan masalah dalam kimia adalah tersusun,
dengan menggunakan pendekatan saintifik (Abu Hassan, 2003). Justeru, ilmu kimia
perlu dikuasai pelajar supaya mereka dapat menangani perubahan yang berlaku dalam
kehidupan yang semakin berteraskan kepada sains dan teknologi, seterusnya memberi
sumbangan kepada perkembangan sains dan teknologi demi meningkatkan kehidupan
manusia sejagat.
1.2 Latar Belakang Masalah
Mengikut Jersild (1978), waktu remaja merupakan masa yang sangat
mengelirukan kerana remaja pada masa itu berasa sukar untuk menentukan peranan yang
sesuai yang boleh dimainkan oleh mereka. Ini adalah kerana pada waktu itu, mereka
sedang mengalami proses transisi iaitu persimpangan dari alam kanak-kanak ke alam
remaja. Perubahan berlaku bukan sahaja dari segi fizikal, mental dan psikologikal tetapi
juga dari segi personaliti seperti emosi, moral dan keagamaan.
Mengikut Harlock (1973), terdapat pula para remaja apabila umurnya semakin
meningkat, maka semakin kurang mereka melahirkan emosi, sebaliknya lebih banyak
menyimpan atau memendam perasaan. Jadi, pada peringkat ini para remaja akan
3
terbentuk sikap dibentuk oleh objek, arah dan keamatan. Objek merupakan aspek
kognitif dan intelektual bagi pengalaman. Arah dibentuk oleh perasaan seperti suka dan
benci terhadap objek dilakukan dan pengalaman intelektual.
Kefahaman pelajar tentang konsep sains berdasarkan kepada penyusunan
konstruktivisme yang menyatakan bahawa pelajar memilih dan menyusun maklumat
serta membina makna daripada maklumat yang diterima (Kelly, 1955). Menurut
Comenius (1970), pada peringkat awal atau muda seseorang itu lebih senang dibentuk
berbanding peringkat yang lebih berumur. Jika penjelasan guru tidak selari dengan
pemahaman pelajar, kesannya pelajar akan menghadapi masalah miskonsepsi atau salah
tanggapan terhadap konsep tersebut (Aziz dan Hasnah, 1990).
Berlakunya masalah miskonsepsi ini akan terus membawa kepada faktor minat
yang berkurangan terhadap pembelajaran sains. Ini kerana pelajar itu akan cepat bosan
dan menjejaskan pelajaran mereka. Jika kefahaman yang salah ini diabaikan dan tidak
diperbaiki, kefahaman serta kepercayaan pelajar terhadap maklumat yang diterima akan
terus kekal dalam pemikiran pelajar (Rutherord dan Ahlgern, 1982). Pemikiran yang
salah ini akan terus kekal dalam minda pelajar menyebabkan mereka kurang berminat
untuk mempelajari perkara yang benar. Ekoran itu juga akan memberi kesan kepada
sikap pelajar. Pelajar yang tidak berminat dengan sains akan menunjukkan sikap yang
negatif terhadap mata pelajaran sains.
Pelajar yang mempunyai sikap negatif dan minat yang rendah terhadap sesuatu
mata pelajaran biasanya akan menunjukkan prestasi yang kurang memberangsangkan
dalam mata pelajaran tersebut. Memandangkan pencapaian akademik yang rendah akan
membawa kesan negatif kepada pembangunan negara, maka adalah penting untuk
diadakan kajian bagi mengenal pasti adakah faktor sikap dan minat mempengaruhi
pencapaian akademik pelajar-pelajar. Tindakan ini adalah penting bagi membolehkan
pihak yang berkenaan membuat perancangan dan strategi yang tepat berdasarkan
dapatan-dapatan kajian yang dijalankan.
4
1.3 Pernyataan Masalah
Pada kebiasaannya, masalah pembelajaran seseorang pelajar hanya dapat diukur
menerusi pencapaian akademiknya di dalam sesuatu peperiksaan. Sehubungan dengan
itu, diketahui bahawa setiap individu mempunyai keupayaan dan permasalahan yang
tersendiri. Perkara ini disebabkan kerana wujudnya perbandingan yang berbeza bagi
setiap individu dari segi kebolehan menaakul, berfikiran logik, kebolehan berbahasa,
mengira dan berimaginasi.
Revinathan a/l V.Raman Nair (1995), dalam kajiannya menyatakan bahawa
terdapat penyelidik yang berminat terhadap pemikiran pelajar-pelajar tentang sesuatu
kurikulum atau sekolah. Kajian-kajian sedemikian digalakkan berikutan pengiktirafan
unsur-unsur pengaruh pelajar-pelajar terhadap pembelajaran sesuatu kurikulum
(Berliner, 1976).
Berdasarkan pengalaman pengkaji sendiri berkenaan dengan sikap dan minat
terhadap mata pelajaran kimia yang diajar di peringkat universiti, maka pengkaji ingin
mengkaji adakah faktor sikap dan minat terhadap mata pelajaran kimia mempengaruhi
pencapaian pelajar dalam mata pelajaran tersebut. Selain itu, pengkaji juga ingin
mengkaji sama ada terdapat perbezaan sikap dan minat antara pelajar lelaki dan pelajar
perempuan terhadap mata pelajaran kimia.
1.4 Objektif Kajian
Kajian ini adalah bertujuan untuk melihat sikap dan minat pelajar-pelajar 3SPC
dan 3SPK terhadap mata pelajaran kimia. Kajian ini juga bertujuan melihat
kemungkinan wujud perhubungan antara faktor-faktor ini dengan prestasi kimia mereka
serta kemungkinan wujud perbezaan sikap dan minat antara pelajar lelaki dengan pelajar
perempuan terhadap mata pelajaran kimia.
5
Berdasarkan pernyataan masalah di atas, secara spesifik objektif kajian ini adalah
untuk:
i. Mengenal pasti sikap dan minat pelajar-pelajar 3SPC dan 3SPK dalam
mata pelajaran kimia.
ii. Mengenal pasti perbezaan sikap dan minat terhadap mata pelajaran kimia
antara pelajar lelaki dan pelajar perempuan.
iii. Mengenal pasti adakah terdapat hubungan antara aspek sikap pelajar-
pelajar 3SPC dan 3SPK dengan pencapaian mata pelajaran kimia mereka.
iv. Mengenal pasti adakah terdapat hubungan antara aspek minat pelajar-
pelajar 3SPC dan 3SPK dengan pencapaian mata pelajaran kimia mereka.
1.5 Persoalan Kajian
Kajian ini dijalankan untuk menjawab beberapa persoalan seperti berikut:
i. Adakah pelajar-pelajar 3SPC dan 3SPK mempunyai sikap positif dan
minat yang tinggi terhadap mata pelajaran kimia.
ii. Adakah terdapat perbezaan sikap dan minat antara pelajar lelaki dan
pelajar perempuan terhadap mata pelajaran kimia.
iii. Adakah terdapat hubungan di antara sikap dengan pencapaian mata
pelajaran kimia pelajar-pelajar 3SPC dan 3SPK.
iv. Adakah terdapat hubungan di antara minat dengan pencapaian mata
pelajaran kimia pelajar-pelajar 3SPC dan 3SPK.