HUBUNGAN BURNOUT DENGAN KEPUASAN KERJA DALAM KALANGAN
GURU-GURU KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU (KHB) SEKOLAH
MENENGAH DI DAERAH BATU PAHAT
ROHAIDAH BINTI ISHAK
Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi
sebahagian daripada syarat penganugerahan
Ijazah Sarjana Pendidikan Teknik dan Vokasional
Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional
Universiti Tun Hussien Onn Malaysia
JULAI 2015
v
ABSTRACT
Being a teacher is not just about educating, but teachers could also be burdened with
unsustainable workloads that could possibly cause stress. On-going negative stress
could lead to burnout, a state of being which contributes to emotional exhaustion,
depersonalisation, as well as reduced personal accomplishment. This study is an
attempt to identify the levels of burnout and teachers’ job satisfaction, to determine
the relationship between burnout and teachers’ level of satisfaction, as well as to
examine whether there are significant differences between job satisfaction and levels
of burnout. This study was conducted to 136 secondary school Living Skills teachers
in Batu Pahat, using questionnaires as the instrument for data collection method. The
data collected was then further analysed using Statistical Package for the Social
Science (SPSS) version 21. The findings of the study showed that the teachers
experienced low level of burnout in the sub-scales of emotional exhaustion and
depersonalisation, while high level of burnout in the sub-scale of personal
accomplishment. The teachers’ job satisfaction in general is considered of average
level. The findings also demonstrated weak inverse relationship between burnout and
job satisfaction, as the burnout level increases, the job satisfaction decreases or vice
versa. The findings of the job satisfaction difference and levels of burnout on
different dimensions showed that the sub-dimensions of the work itself and current
pay did have significant different on the sub-scale of emotional exhaustion and
depersonalisation. On the other hand, the sub dimensions of the opportunities of
promotion, supervision, as well as colleagues did not show any significant
difference. The findings of the overall job satisfaction difference also showed
significant differences in all the three burnout scales.
vi
ABSTRAK
Tugas guru tidak terbatas kepada mendidik, tetapi juga dibebani dengan tugas-tugas
sampingan yang boleh mendatangkan stres. Stres negatif yang berlarutan akan
mendatangkan burnout di mana guru-guru akan mengalami ketandusan emosi,
depersonalisasi dan penurunan pencapaian peribadi. Kajian ini dijalankan bagi
mengenal pasti tahap burnout dan tahap kepuasan kerja guru, mengenal pasti
hubungan di antara burnout dengan kepuasan kerja, serta mengenal pasti adakah
terdapat perbezaan di antara tahap kepuasan kerja dengan tahap burnout. Kajian ini
dilaksanakan ke atas 136 orang guru-guru Kemahiran Hidup sekolah menengah di
daerah Batu Pahat dengan menggunakan instrumen borang soal-selidik. Data kajian
ini dianalisis dengan menggunakan perisian Statistikal Package for the Sosial
Science (SPSS) versi 21. Dapatan kajian menunjukkan guru-guru mengalami tahap
burnout yang rendah di sub-skala ketandusan emosi dan depersonalisasi, serta tahap
tinggi di sub-skala pencapaian peribadi. Manakala bagi kepuasan kerja guru-guru
pula secara keseluruhannya berada pada tahap yang sederhana. Dapatan kajian juga
menunjukkan burnout dan kepuasan kerja mempunyai hubungan songsang yang
lemah di mana apabila tahap burnout meningkat, tahap kepuasan kerja menurun dan
sebaliknya. Dapatan kajian perbezaan tahap kepuasan kerja dengan tahap burnout
mengikut dimensi menunjukkan sub-dimensi pekerjaan itu sendiri dan gaji sekarang
mempunyai perbezaan yang signifikan pada sub-skala ketandusan emosi dan
depersonalisasi. Manakala bagi sub-dimensi peluang kenaikan pangkat, penyelia dan
penyeliaan, dan rakan sekerja tidak mempunyai perbezaan yang signifikan. Hasil
dapatan perbezaan kepuasan kerja keseluruhan pula menunjukkan terdapat perbezaan
yang signifikan di ketiga-tiga skala burnout.
vii
KANDUNGAN
TAJUK i
PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xi
SENARAI RAJAH
xiii
SENARAI SINGKATAN
xiv
SENARAI LAMPIRAN xv
BAB 1 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latarbelakang masalah 3
1.3 Pernyataan masalah 5
1.4 Objektif kajian 6
1.5 Persoalan kajian 6
1.6 Tujuan kajian 7
1.7 Hipotesis kajian 7
1.8 Skop konsep 8
1.9 Batasan kajian 8
1.10 Kerangka konsep 9
1.11 Kepentingan kajian 10
1.12 Definisi 11
viii
1.12.1 Burnout 11
1.12.2 Kepuasan kerja 12
1.12.3 Guru 12
1.13 Rumusan 12
BAB 2 SOROTAN KAJIAN
2.1 Pengenalan 14
2.2 Stres guru 14
2.2.1 Jenis-jenis stress 15
2.3 Teori burnout 17
2.3.1 Teori Conservation of Resources (COR) 17
2.4 Tahap burnout 18
2.5 Burnout guru 19
2.6 Simptom burnout 21
2.6.1 Fizikal 21
2.6.2 Intelektual 21
2.6.3 Sosial 22
2.6.4 Emosi 22
2.6.5 Spiritual 22
2.7 Kepuasan kerja 23
2.8 Teori kepuasan kerja 24
2.8.1 Teori Dua Faktor Herzberg 24
2.8.2 Teori Pengharapan 26
2.9 Faktor-faktor kepuasan kerja 28
2.9.1 Kepuasan kerja dan kerja
itu sendiri 28
2.9.2 Kepuasan kerja dan gaji 29
2.9.3 Kepuasan kerja dan peluang
kenaikan pangkat 29
2.9.4 Kepuasan kerja dan penyelia
dan penyeliaan 30
2.9.5 Kepuasan kerja dan rakan sekerja 31
2.10 Profesion guru 31
2.10.1 Guru Kemahiran Hidup 31
2.10.2 Peranan guru 32
ix
2.11 Kajian lepas dalam negara 35
2.12 Kajian lepas luar negara 36
2.13 Rumusan 37
BAB 3 METODOLOGI
3.1 Pengenalan 38
3.2 Rekabentuk kajian 38
3.3 Kerangka operasi kajian 39
3.4 Populasi dan sampel kajian 41
3.5 Instrumen kajian 43
3.5.1 Rekabentuk soal selidik 43
3.5.2 Kesahan dan kebolehpercayaan 47
3.6 Kajian rintis 49
3.7 Kaedah analisis data 50
3.7.1 Analisis deskriptif 50
3.7.2 Analisis inferensi 51
3.7.2.1 Analisis korelasi Spearman
Rho 51
3.7.2.1 Ujian Kruskal-Wallis H 52
3.8 Rumusan 52
BAB 4 ANALISIS DATA
4.1 Pengenalan 53
4.2 Demografi responden 54
4.3 Analisis tahap burnout guru
(Persoalan kajian 1) 59
4.4 Analisis tahap kepuasan kerja guru
(Persoalan kajian 2) 60
4.5 Hubungan burnout dengan kepuasan
kerja guru (Persoalan kajian 3) 63
4.6 Perbezaan tahap kepuasan kerja dengan
tahap burnout (Persoalan kajian 4) 66
4.7 Rumusan 73
BAB 5 PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan 75
5.2 Hasil perbincangan 75
x
5.2.1 Tahap burnout guru-guru Kemahiran
Hidup sekolah menengah di Batu Pahat 76
5.2.2 Tahap kepuasan kerja guru-guru
Kemahiran Hidup sekolah menengah
di Batu Pahat 78
5.2.3 Hubungan burnout dengan kepuasan kerja
guru-guru Kemahiran Hidup sekolah
menengah di Batu Pahat 81
5.2.4 Perbezaan tahap burnout dengan
Kepuasan Kerja guru-guru Kemahiran
Hidup di Batu Pahat 82
5.3 Kesimpulan 84
5.4 Cadangan kajian 85
5.4.1 Pihak guru-guru 85
5.4.2 Pihak pentadbiran sekolah 85
5.4.3 Pihak Kementerian Pendidikan Malaysia 86
5.5 Kajian lanjutan 86
5.6 Penutup 87
RUJUKAN 89
LAMPIRAN 96
VITA 132
xi
SENARAI JADUAL
3.1 Jadual penentuan sampel oleh Krejcie
dan Morgan 41
3.2 Bilangan guru KHB di Daerah Batu Pahat, Johor 42
3.3 Pembahagian item bagi Maslach Burnout Inventory 44
3.4 Skor tahap burnout 45
3.5 Pembahagian item instrument Job Descriptive
Index (JDI) 45
3.6 Pecahan item positif dan negatif JDI 46
3.7 Skor pemarkahan JDI 46
3.8 Julat mengukur tahap kepulasan 5 sub-dimensi 47
3.9 Julat mengukur tahap kepuasan keseluruhan 47
3.10 Skor Alpha Cronbach dan tahap kepuasan 48
3.11 Nilai kebolehpercayaan instrumen kajian rintis 49
3.12 Kaedah analisis data bagi setiap persoalan kajian 50
3.13 Nilai kekuatan korelasi Spearman Rho 51
4.1 Tahap burnout dalam kalangan guru-guru Kemahiran
Hidup sekolah menengah di daerah Batu Pahat. 60
4.2 Tahap kepuasan kerja mengikut sub-dimensi dalam
kalangan guru-guru Kemahiran Hidup sekolah
menengah di daerah Batu Pahat 61
4.3 Tahap kepuasan kerja secara keseluruhan 63
4.4 Hasil analisis Korelasi Spearman Rho 64
4.5 Hasil ujian Kruskal –Wallis H perbezaan
kepuasan kerja pada sub-dimensi pekerjaan itu
sendiri dengan tahap burnout 67
4.6 Hasil ujian Kruskal –Wallis H perbezaan
xii
kepuasan kerja pada sub-dimensi gaji sekarang
dengan tahap burnout 68
4.7 Hasil ujian Kruskal –Wallis perbezaan
kepuasan kerja pada sub-dimensi peluang
kenikan pangkat dengan tahap burnout 69
4.8 Hasil ujian Kruskal –Wallis H perbezaan
kepuasan kerja pada sub-dimensi penyelia
dan penyeliaan dengan tahap burnout 70
4.9 Hasil ujian Kruskal –Wallis H perbezaan
kepuasan kerja pada sub-dimensi rakan sekerja
dengan tahap burnout 71
4.10 Hasil ujian Kruskal –Wallis H perbezaan
kepuasan keseluruhan dengan tahap burnout 72
xiii
SENARAI RAJAH
1.1 Kerangka kajian hubungan burnout dengan
kepuasan kerja 10
2.1 Teori Pengharapan oleh Vroom 27
3.1 Kerangka operasi kajian 39
3.2 Skala instrument Maslach Burnout Inventory 44
4.1 Peratusan jantina responden 54
4.2 Peratusan umur responden 55
4.3 Peratusan tahap pendidikan responden 56
4.4 Peratusan pengalaman mengajar responden 57
4.5 Peratusan bilangan waktu kelas responden 58
4.6 Peratusan beban tugas responden 59
xiv
SENARAI SINGKATAN
JDI - Job Descriptive Index
MBI - Maslach Burnout Inventory
xv
SENARAI LAMPIRAN
A Carta gant pelaksanaan Projek Sarjana 2 96
B Borang soal selidik 97
C Pengesahan borang soal selidik 105
D Surat-surat kebenaran 113
E Hasil temu bual awalan 119
F Analisis kebolehpercayaan 122
G Analisis deskriptif 123
H Analisis inferensi 127
1
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Profesion perguruan merupakan satu profesion yang amat penting dalam masyarakat.
Profesion ini merupakan satu bentuk perkhidmatan sosial yang sangat mencabar. Ini
kerana guru dianggap pemberi kesan yang besar terhadap perkembangan kognitif
(mental), afektif (sikap), kebolehan serta kemahiran fizikal dan sosial para pelajarnya
(Jolen, 2001). Sesuai dengan peredaran zaman, tugas dan tanggungjawab seorang
guru juga semakin bertambah. Sekiranya tugas guru dahulu hanya terhad kepada
mengajar, mendidik dan membimbing sahaja, kini selain tugas hakiki tersebut guru-
guru juga terlibat dengan pelbagai tugasan sampingan serta terlibat dengan tugas-
tugas pengkeranian yang lain.
Perubahan-perubahan dasar dalam pendidikan juga menjadi satu lagi cabaran
kepada guru-guru. Perubahan ini menjadikan bebanan tugas guru semakin bertambah
bagi memenuhi keperluan dasar-dasar tersebut. Melalui transformasi sistem
pendidikan yang sedang dilaksanakan sekarang, kerajaan komited dalam
melengkapkan setiap pelajar di Malaysia dengan segala kemahiran baru yang
diperlukan untuk merebut peluang dan menangani cabaran abad ke-21. Menurut
Menteri Pelajaran Malaysia, YAB Tan Sri Dato Hj. Muhyiddin Yasin dalam
ucapannya di dalam Laporan Awal Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-
2025, beliau menyatakan bahawa sistem pendidikan kita perlu berupaya melahirkan
generasi muda yang berpengetahuan, mampu berfikir secara kritis dan kreatif,
mempunyai kemahiran kepimpinan yang mantap dan berupaya berkomunikasi
2
dengan berkesan di peringkat global. Bagi menyahut seruan kerajaan, guru-guru
perlu memberikan komitmen yang tinggi bagi memastikan matlamat negara tercapai.
Hal ini mampu memberikan tekanan kepada guru-guru.
Tekanan yang berpanjangan sekiranya tidak diatasi secara positif boleh
mendatangkan burnout terhadap guru-guru. Burnout merupakan satu terma yang
sering digunakan untuk menunjukkan situasi perkerjaan bertekanan tinggi. Burnout
merupakan fenomena yang berlaku dalam setiap pekerjaan tidak kira sama ada
pekerjaan tersebut tergolong sebagai pekerjaan bertekanan tinggi atau tidak. Burnout
terjadi hasil daripada gabungan efek faktor-faktor berkaitan kerja yang mencipta
tekanan kerja yang tidak berkesudahan di mana ia seterusnya membawa kepada
keadaan psikologi yang lemah dalam individu (Reddy, 2007).
Burnout sering dikaitkan dengan kepuasan dalam berkerja. Menurut Rothman
(2008), kepuasan kerja telah dikonseptualkan dan dioperasikan dalam konstruk
global dan multidimensi. Pada tahap global, kepuasan kerja dianggap sebagai terma
yang menunjukkan kepuasan pekerja terhadap pekerjaannya. Manakala bagi konstruk
multidimensi, kepuasan kerja melibatkan kepuasan berkaitan gaji, penyeliaan, polisi
syarikat dan situasi kerja di mana ia melibatkan komponen ekstrinsik dan intrinsik.
Kepuasan intrinsik merujuk kepada perasaan individu terhadap pekerjaan rutinnya
manakala kepuasan ektrinsik berkaitan dengan aspek yang wujud dalam situasi kerja
yang diluar tugasan. Sehubungan dengan itu, dapat disimpulkan bahawa kepuasan
kerja merupakan kombinasi antara psikologikal, fisiologikal dan persekitaran yang
menyebabkan seseorang berasa puas hati. Oleh itu, bagi mengelak daripada
berlakunya burnout, kepuasan kerja individu perlulah dipenuhi. Dalam dunia
pendidikan, kepuasan kerja adalah sangat penting. Hal ini kerana kualiti pendidikan
bergantung kepada kualiti dan kecekapan guru di mana bagi meningkatkan
pendidikan, tiada apa yang boleh dicapai sekiranya guru yang mengajar tidak mampu
memberikan komitmen serta menunjukkan kemampuan yang sepatutnya (Tukiran,
2014).
3
1.2 Latarbelakang masalah
Penggubalan dasar Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KSSR) dan Kurikulum
Bersepadu sekolah Menengah (KSSM) telah memasukkan matapelajaran Kemahiran
Hidup sebagai salah satu matapelajaran wajib untuk diajar. Tujuan matapelajaran
Kemahiran Hidup ini diajar adalah bagi membolehkan murid memperolehi
kemahiran asas dan pengetahuan berasaskan teknologi dan keusahawanan supaya
mereka dapat menjalankan kerja-buat-sendiri, mereka cipta dan cenderung
berurusniaga serta mengamalkan sikap dan budaya kerja yang baik (Zakaria,Ismail &
Abdullah,2007). Selain itu, matapelajaran Kemahiran Hidup memerlukan guru yang
mempunyai pengetahuan dan kemahiran untuk menyampaikan isi pelajaran kerana ia
melibatkan teori dan kerja amali.
Hasil temu bual awalan yang dijalankan ke atas Ketua Panitia Kemahiran
Hidup di sebuah sekolah menengah di Batu Pahat mendapati beliau berpendapat
bahawa dengan hanya peruntukkan sebanyak tiga masa seminggu, guru-guru
Kemahiran Hidup perlu bijak membahagikan masa bagi memastikan objektif dan
silibus dapat dihabiskan dalam masa yang ditetapkan. Selain itu, keadaan silbus yang
melibatkan kerja amali dengan ketiadaan pembantu bengkel menyebabkan guru-guru
terpaksa memperuntukkan masa bagi menyediakan serta mengemas bahan setiap kali
sebelum dan selepas amali dijalankan. (rujuk Lampiran E). Menurut Hamdan dan
Aziz (2010), kebanyakkan pelajar memerlukan lebih masa untuk menyiapkan kerja
amali dan guru pula memerlukan lebih masa untuk menyediakan alatan dan bahan
untuk kerja amali di mana guru-guru terpaksa menggunakan waktu lapang dan waktu
rehat mereka untuk menyediakan bahan amali pelajar. Bebanan tugas-tugas
sampingan serta perubahan yang wujud dalam sistem pendidikan juga sedikit
sebanyak mengganggu fokus dan memberikan tekanan kepada guru-guru. Keadaan
ini boleh menyebabkan guru-guru Kemahiran Hidup mengalami tekanan emosi yang
mungkin bukan sahaja diklasifikasikan sebagai stres tetapi lebih teruk lagi sekiranya
ia diklasifikasikn sebagai burnout.
Bebanan tugas serta tekanan yang berlaku diburukkan lagi apabila terdapat
pelbagai tanggapan dan dakwaan berhubung dengan kerjaya guru oleh sesetengah
ahli masyarakat. Terdapat segelintir masyarakat yang mempunyai tanggapan bahawa
kerja, beban dan tugas guru pada hari ini tidak mewujudkan kerjaya guru yang
4
menarik. Menurut Ali (2011), sekolah dilihat sebagai sebuah organisasi yang
dihujani dengan pelbagai bebanan tugas dan ada kalanya tugas ini bukan satu yang
terancang tetapi muncul dari situasi yang tidak diduga. Jika dibiarkan berterusan,
pasti suasana pengajaran dan pembelajaran akan menghadapi kegagalan dan
matlamat tidak tercapai. Kajian yang dijalankan oleh Jabatan Kesihatan Masyarakat
Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) berkaitan pekerjaan
paling stres di Malaysia menunjukkan pekerjaan sebagai guru berada di tempat ke
empat iaitu sebanyak 45.8% selepas kerjaya polis (53.7%), pengawal penjara
(48.8%) dan bomba (47.3%) serta diikuti dengan kerjaya jururawat (42.3%), dan
doktor (40.7%) (Berita Harian Online, 27 September 2011).
Tekanan yang semakin bertambah menyebabkan profesion perguruan
terdedah kepada risiko yang tinggi untuk mengalami tekanan mental kerana beban
kerja sebagai guru yang semakin kompleks. Sebagaimana yang dilaporkan oleh
Pakar Perunding Kanan Psikiatri, Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), setiap
tahun dianggarkan 22,000 pesakit mendapatkan rawatan di klinik dan wad psikiatri
hospital berkenaan. Kira-kira 10 peratus daripada mereka terdiri daripada golongan
guru (Kosmo!, 22 March 2009). Keadaan ini dikukuhkan lagi melalui kenyataan
Kementerian Pelajaran Malaysia bahawa seramai 530 orang guru iaitu mewakili
0.128 peratus daripada jumlah guru di seluruh negara menghadapi gangguan mental
di mana sebanyak 23.53% adalah disebabkan oleh stres organisasi (Utusan Melayu,
13 Disember 2012).
Kajian oleh Monash Universiti menunjukkan bahawa lebih dari seorang
daripada empat orang guru baru mengalami ketandusan emosi yang hampir
membawa kepada burnout. Selain itu, dapatan kajian ke atas 617 orang guru sekolah
rendah dan menengah pada tahun 2002 di Victoria dan New State Wales, Australia
menunjukkan sebanyak 27% daripada guru-guru tersebut sedang menuju ke arah
burnout atau sedang mengalami burnout (Marshall, 2013).
Menurut Sharif (2009), situasi persekitaran di sekolah boleh mewujudkan
burnout di kalangan guru. Kebanyakkan guru yang mengalami burnout menunjukkan
tingkah-laku hilang sabar terhadap pelajar yang dirasakan mendatangkan masalah
seperti lembap atau pelajar-pelajar yang melakukan kesalahan. Guru yang
mengalami burnout mempunyai sikap tidak mengharapkan para pelajar menunjukkan
kesungguhan belajar, kurang bersimpati kepada pelajar serta kurang mengambil tahu
hal mereka. Selain itu, tingkah-laku yang wujud disebabkan oleh burnout
5
termasuklah kecendrungan ahli dalam sesebuah organisasi menyalahkan ahli yang
lain atas masalah sendiri, peningkatan ketidakhadiran, peningkatan terlibatnya
dengan konflik diri dan konfrontasi diri, menghadapi masalah kesihatan, bersara
awal dan peningkatan pengasingan diri daripada ahli lain dalam organisasi (lihat
Anbar & Eker, 2008; Reddy, 2007; Sipon, 2007).
Tingkah-laku yang wujud disebabkan oleh burnout ini dapat diperhatikan
dalam pelbagai bidang pekerjaan dan tidak terhad kepada bidang pendidikan sahaja.
Individu yang terlibat dengan burnout akan berusaha untuk menjauhkan diri daripada
situasi yang dianggap punca kepada permasalahan tersebut tanpa meninggalkan
pekerjaan. Ini menyebabkan individu terbabit tidak mampu menunjukkan kualiti dan
hasil yang terbaik ke atas kerja tersebut (Maslach, 2001).
Komitmen serta dedikasi seseorang pekerja untuk mencapai matlamat yang
ditetapkan merupakan penentu kepada tahap prestasi yang akan ditunjukkan oleh
seseorang pekerja. Walaubagaimanapun, terdapat beberapa halangan dalam
mencapai matlamat yang disasarkan iaitu faktor diri sendiri, faktor berkaitan kerja
dan faktor organisasi. Tekanan kerja merupakan satu contoh halangan yang paling
signifikan menyekat usaha individu untuk mencapai matlamat kerjayanya (Wahab,
Nordin, Ghani & Rajab, 2010).
Menurut Anbar dan Eker (2008), kepuasan kerja dan burnout menunjukkan
kesinambungan tingkah-laku yang kuat di mana apabila kepuasan kerja meningkat,
burnout menunjukkan jumlah skor yang rendah. Sehubungan itu kepuasan kerja amat
dititikberatkan dalam mana-mana organisasi. Kepuasan kerja guru adalah penting
kerana ia akan mempengaruhi minat, motivasi dan komitmen mereka terhadap tugas.
(Hamid, 2012). Oleh sebab kepuasan kerja sering dikaitkan dengan burnout, maka
pengkaji merasakan bahawa adalah penting untuk melihat hubungan burnout dengan
kepuasan kerja.
1.3 Pernyataan Masalah
Profesion guru pada hari ni merupakan satu profesion yang mencabar kerana guru
bukan sahaja perlu menjalankan tugas hakiki sebagai pendidik malahan dibebani
dengan tugas-tugas sampingan yang lain. Tekanan yang dihadapi menyebabkan
6
guru-guru mula merasakan tanggungjawab untuk mendidik menjadi sesuatu yang
membebankan, tidak menyeronokkan dan tidak memberikan kepuasan dalam
berkerja. Hal ini menyebabkan berlakunya tingkah-laku yang menunjukkan
simptom-simptom gejala burnout seperti peningkatan ketidakhadiran, bersara awal
kerana merasakan tidak mampu berdepan dengan situasi profesion perguruan hari ini,
menghadapi masalah kesihatan akibat gangguan emosi yang tidak stabil,
kecendrungan menyalahkan ahli yang lain atas masalah sendiri, terlibatnya dengan
konflik diri dan peningkatan pengasingan diri daripada ahli lain dalam organisasi.
Selain berhadapan dengan konflik diri, guru yang mengalami burnout juga akan
memberi kesan negatif kepada pelajar dengan tidak menghiraukan pelajar serta
mempunyai pandangan yang sinis terhadap pelajar. Oleh sebab itu, pengkaji
merasakan perlu dilaksanakan kajian melibatkan hubungan burnout dengan kepuasan
kerja ini kerana sekiranya kepuasan dalam bekerja dapat dipenuhi, tekanan dalam
pekerjaan akan dapat di kurangkan.
1.4 Objektif kajian
Objektif kajian ini adalah untuk :
i. Mengenalpasti tahap burnout dari persepsi guru-guru Kemahiran Hidup
sekolah menengah di daerah Batu Pahat.
ii. Mengenalpasti tahap kepuasan kerja dari persepsi guru-guru Kemahiran Hidup
sekolah menengah di daerah Batu Pahat.
iii. Mengukur hubungan antara burnout dengan kepuasan kerja guru-guru
Kemahiran Hidup sekolah menengah di daerah Batu Pahat.
iv. Mengenalpasti perbezaan tahap kepuasan kerja dengan tahap burnout dalam
kalangan guru-guru Kemahiran Hidup sekolah menengah di daerah Batu Pahat.
1.5 Persoalan kajian
Terdapat empat persoalan kajian yang menjadi panduan bagi kajian ini.
7
i. Apakah tahap burnout dari persepsi guru-guru Kemahiran Hidup sekolah
menengah di daerah Batu Pahat?
ii. Apakah tahap kepuasan kerja dari persepsi guru-guru Kemahiran Hidup
sekolah menengah di daerah Batu Pahat?
iii. Adakah terdapat hubungan di antara burnout dengan kepuasan kerja guru-guru
Kemahiran Hidup sekolah menengah di daerah Batu Pahat?
v. Adakah terdapat perbezaan tahap kepuasan kerja dengan tahap burnout dalam
kalangan guru-guru Kemahiran Hidup sekolah menengah di daerah Batu
Pahat?
1.6 Tujuan Kajian
Terdapat empat tujuan kajian ini dijalankan iaitu:
i. Untuk meninjau sejauh mana tahap burnout dari persepsi guru-guru
Kemahiran Hidup sekolah menengah di daerah Batu Pahat.
ii. Untuk meninjau sejauh mana tahap kepuasan kerja dari persepsi guru-guru
Kemahiran Hidup sekolah menengah di daerah Batu Pahat.
iii. Untuk meninjau hubungan antara burnout dengan tahap kepuasan kerja guru-
guru Kemahiran Hidup sekolah menengah di daerah Batu Pahat.
iv. Untuk meninjau sama ada terdapat perbezaan tahap kepuasan kerja dengan
tahap burnout dalam kalangan guru-guru Kemahiran Hidup sekolah
menengah di daerah Batu Pahat.
1.7 Hipotesis Kajian
Terdapat enam hipotesis bagi kajian ini iaitu:
Hipotesis 1 : Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara burnout pada sub-skala
ketandusan emosi dengan tahap kepuasan guru.
8
Hipotesis 2 : Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara burnout pada sub-skala
depersonalisasi dengan tahap kepuasan guru.
Hipotesis 3 : Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara burnout pada sub-skala
pencapaian peribadi dengan tahap kepuasan guru.
Hipotesis 4 : Tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara tahap kepuasan kerja
dengan tahap burnout pada sub-skala ketandusan emosi.
Hipotesis 5 : Tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara tahap kepuasan kerja
dengan tahap burnout pada sub-skala depersonalisasi.
Hipotesis 6 : Tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara tahap kepuasan kerja
dengan tahap burnout pada sub-skala pencapaian peribadi.
1.8 Skop kajian
Kajian ini dijalankan untuk meninjau hubungan di antara burnout terhadap kepuasan
kerja di kalangan guru-guru Kemahiran Hidup sekolah menengah di daerah Batu
Pahat. Burnout guru yang dinilai terdiri daripada sub-skala Ketandusan Emosi,
Depersonalisasi dan Pencapaian Peribadi manakala bagi kepuasan kerja, sebanyak
lima sub-dimensi yang terlibat iaitu kerja itu sendiri, pangkat, gaji, penyelia dan
penyeliaan, dan rakan sekerja. Selain itu, kajian ini juga akan melihat tahap burnout
dan tahap kepuasan kerja dari persepsi guru-guru Kemahiran Hidup dan seterusnya
mengenalpasti adakah terdapat perbezaan kepuasan kerja terhadap burnout.
1.9 Batasan kajian
Melalui kajian ini, ianya hanya tertumpu kepada pengurusan kendiri guru-guru
Kemahiran Hidup dalam menjalankan tanggungjawab dan peranan sebagai pendidik.
9
Kajian ini dijalankan ke atas guru-guru Kemahiran Hidup sekolah menengah di
daerah Batu Pahat, Johor. Sampel yang terlibat ialah seramai 136 orang yang di
ambil daripada populasi kajian iaitu seramai 220 orang.
Kajian ini juga hanya menumpukan kepada gejala burnout dan kepuasan
kerja guru-guru Kemahiran Hidup sekolah menengah. Bagi membantu kajian ini,
borang soal selidik digunakan. Segala data yang dikumpul bergantung kepada
maklumat yang diberikan oleh responden dan ia juga bergantung kepada kejujuran
pihak responden dalam memberikan jawapan.
1.10 Kerangka konsep
Komponen utama kerangka konsep ini ialah guru-guru Kemahiran Hidup sekolah
menengah di daerah Batu Pahat. Komponen kedua terdiri daripada dua elemen iaitu
burnout dan kepuasan kerja di mana setiap satu daripada elemen ini dipecahkan lagi
kepada sub-sub lain. Burnout mempunyai tiga sub-skala iaitu ketandusan emosi,
depersonalisasi dan pencapaian peribadi. Manakala bagi sub-dimensi kepuasan kerja,
ia di bahagikan kepada lima iaitu kerja itu sendiri, pangkat, gaji, penyeliaan dan
rakan sekerja. Dalam kajian ini, pengkaji meletakkan burnout sebagai pembolehubah
bersandar manakala kepuasan kerja sebagai pembolehubah bebas. Setiap elemen
akan dikaji bagi mendapatkan output atau komponen yang ketiga iaitu tahap burnout
dan juga tahap kepuasan kerja guru-guru Kemahiran Hidup sekolah menengah dan
seterusnya mendapatkan hubungan di antara burnout dengan kepuasan kerja
sebagaimana yang ditunjukkan dalam Rajah 1.1 di sebelah.
10
Rajah 1.1 Kerangka kajian hubungan burnout dengan kepuasan kerja
1.11 Kepentingan Kajian
Hasil dapatan daripada kajian ini diharap dapat memberikan manfaat kepada
beberapa pihak bagi memahami gejala burnout serta kepuasan kerja. Pihak-pihak
tersebut ialah:
INPUT PROSES OUTPUT
HU
BU
NG
AN
Kepuasan Kerja
Kerja itu sendiri
(work itself)
Gaji sekarang
Peluang kenaikan
pangkat
Penyelia dan
penyeliaanan
Rakan sekerja
Burnout
Ketandusan
emosi
Depersonalisasi
Pencapaian
peribadi
Guru-guru
Kemahiran
Hidup sekolah
menegah di
Batu Pahat
Tahap
Burnout
Guru-Guru
Kemahiran
Hidup
Tahap
Kepuasan
Kerja
Guru-Guru
Kemahiran
Hidup
11
(i) Guru
Hasil kajian ini diharap dapat memberi kefahaman dan pengetahuan kepada
guru-guru bagi membuat tindakan dalam membendung atau mengurangkan
gejala burnout dan ketidakpuasan kerja dari terus berlaku dengan melakukan
tindakan susulan yang sepatutnya. Hal ini kerana terdapat segelintir guru-
guru yang tidak menyedari mereka mengalami simptom-simptom burnout
yang memberi kesan kepada kehidupan peribadi dan sosial mereka.
(ii) Pentadbiran sekolah
Kajian ini juga boleh digunakan oleh pihak sekolah dalam merancang aktiviti
atau program yang melibatkan guru-guru. Sebagai contoh, memasukkan
kursus berkaitan pengurusan tekanan dalam program Latihan Dalam
Perkhidmatan (LDP)
(iii)Kementerian Pendidikan Malaysia
Hasil kajian ini dapat memberikan sumbangan secara pengetahuan dan
teoritikal dalam bidang pengurusan pekerja. Diharap pihak Kementerian
Pendidikan Malaysia dapat merancang dan mengambil tindakan sewajarnya
bagi mengatasi masalah ini daripada menular dan seterusnya memberi kesan
kepada penggerak sistem pendidikan negara.
1.12 Definisi
Di dalam kajian ini terdapat beberapa istilah perkataan yang perlu diterangkan. Ini
bertujuan untuk memberi penerangan dengan lebih jelas tentang istilah-istilah yang
digunakan oleh pengkaji.
1.12.1 Burnout
Menurut Wahab, Nordin, Ghani dan Rajab (2010), Burnout boleh didefinisikan
sebagai satu situasi di mana seseorang individu tidak dapat merasakan kepuasan
12
kerja dalam melaksanakan pekerjaan mereka. Dalam kajian ini, burnout merujuk
ketandusan emosi, depersonalisasi dan penurunan pencapaian diri yang dialami guru-
guru Kemahiran Hidup dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai pendidik.
1.12.2 Kepuasan kerja
Menurut Reddy (2007), kepuasan kerja ialah kepuasan yang diperolehi selepas usaha
dalam melaksanakan keperluan sesuatu proses dapat dipenuhi dengan baik.
Kepuasan kerja dilihat daripada penyesuaian antara keperluan terhadap pekerjan dan
persekitaran. Dalam kajian ini, kepuasan kerja merujuk kepada kerja itu sendiri, gaji
sekarang, peluang kenaikan pangkat, penyelia dan penyeliaan, dan rakan sekerja.
1.12.3 Guru
Menurut Sawari dan Mustaffa (2014), guru merujuk kepada penyampai ilmu,
perantara maklumat atau duta pengetahuan di dalam proses pendidikan yang menjadi
akar kepada keberhasilan pendidikan. Dalam kajian ini, guru merujuk kepada guru-
guru Kemahiran Hidup yang dipertanggung-jawabkan untuk menyampaikan ilmu,
mendidik dan membimbing pelajar.
1.13 Rumusan
Profesion perguruan semakin mencabar hari demi hari. Atas kesedaran masyarakat
berhubung pentingnya pendidikan, maka jumlah pelajar juga semakin bertambah.
Selain mendidik, guru-guru juga turut dipertanggungjawabkan dengan pelbagai tugas
tambah. Guru terpaksa berhadapan dengan pelbagai tekanan dari pihak atasan
termasuklah pihak pentadbiran sekolah, ibu bapa dan penjaga pelajar, masyarakat
dan dari pihak kementerian dalam memastikan peningkatan prestasi pelajar dari segi
13
akademik, kokurikulum dan juga sahsiah. Oleh itu amat perlu dijalankan kajian
berkaitan burnout dalam meninjau sejauh mana tahap kepuasn kerja dan burnout
dikalangan guru-guru Kemahiran Hidup dan seterusnya membantu pihak berkaitan
megenalpasti tahap kepuasan kerja warga pendidik.
14
BAB 2
SOROTAN KAJIAN
2.1 Pengenalan
Dalam bab ini, dikemukakan beberapa dapatan kajian lepas tentang kepuasan kerja
dan burnout. Dapatan-dapatan kajian tersebut diambil kerana ianya sesuai dan selaras
dengan objektif dan hipotesis kajian yang dijalankan serta mempunyai perkaitan
yang releven dengan perbincangan seterusnya.
2.2 Stres guru
Fenomena stres dalam profesion perguruan menjadi semakin biasa di mana
sebahagian besar disebabkan peningkatan beban tugas dan peningkatan tekanan
ekonomi ke atas individu. Pemasalah berkaitan stres di kalangan guru adalah
disebabkan kegagalan sekolah untuk memenuhi keperluan sosial dan keperluan kerja
guru-guru (Kaur, 2011).
Sistem pendidikan sekarang telah berkembang dengan pesat selaras dengan
kehendak Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah. Perubahan kepada kurikulum
baru itu menuntut setiap guru bukan sahaja berkemahiran untuk menyampaikan ilmu
kepada pelajar sebaliknya dapat melatih perkembangan diri pelajar secara seimbang
15
dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sahsiah (Yahya, Ramli & Ismail, 2011).
Matapelajaran Kemahiran Hidup yang diperkenalkan merupakan matapelajaran yang
berunsurkan kemahiran teknologi dan keusahawanan. Terdapat empat pilihan elektif
iaitu kemahiran teknikal, ekonomi rumah tangga, sains pertanian, dan perdagangan
dan keusahawanan. Menurut Fauziah, Pihie dan Mahyuddin (2002), pengkhususan
guru Kemahiran Hidup yang berbeza dan kemudian diminta mengajar empat bidang
yang berlainan secara serentak mungkin menyumbang kepada stres kerja mereka.
Selain itu, perubahan dasar dan kurikulum juga menyebabkan stress guru. Menurut
Gold dan Roth (1993),salah satu punca stres bagi guru adalah perubahan dalam dasar
pendidikan yang membebankan mereka.
Tekanan yang diberikan kepada guru berkecenderungan menyebabkan guru
berada dalam keadaan murung, mengalami tekanan jiwa, kekecewaan dan
kebimbangan. Guru yang gagal mengawal diri akibat stres akan memberi kesan
kepada perhubungan guru dengan pelajar dan juga mutu pengajaran dan
pembelajaran. Perkara ini seterusnya boleh menjejaskan kualiti pendidikan dan juga
profesion perguruan yang seterusnya akan membantutkan usaha mewujudkan sebuah
masyarakat yang mampu membawa Malaysia ke tahap kecemerlangan dan
kegemilangan mutu pendidikannya. (Sipon, 2007).
Kajian oleh Tsai, Fung dan Chow (2006), menunjukkan punca stres yang
biasa dihadapi dikalangan guru ialah melibatkan kekangan masa dan bebanan kerja.
Hal ini memberikan kesan rasa keletihan dan gejala berkaitan emosi. Menurut
Manjula (2007), terdapat banyak punca berlaku stres. Ia berkemungkinan
dipengaruhi oleh faktor luaran seperti faktor persekitaran kerja atau faktor keluarga.
Ia juga disebabkan tingkah laku yang tidak bertanggungjawab dan perasaan atau
sikap negatif diri.
2.2.1 Jenis-jenis stres
Stres adalah satu keadaan dimana seseorang menghadapi tekanan secara berterusan
yang boleh menyebabkan seseorang betul-betul patah jiwa, keadaan jiwa tertekan,
tension, ketegangan perasaan, susah hati, runsing dan bimbang (Yahya, 2007).
Menurut Kaur (2011), stres adalah satu perasaan yang dicipta apabila kita bertindak
16
balas terhadap peristiwa tertentu. Ia merupakan cara tubuh badan bersedia untuk
berhadapan dengan keadaan yang sukar dengan fokus, kekuatan, stamina, dan
kewaspadaan tinggi.
Menurut Harry, Natalie dan Mark (2008), stres seringkali dianggap sebagai
situasi yang negatif dan memberikan impak yang buruk kepada manusia.
Walaubagaimanapun, stres terbahagi kepada dua iaitu eustress dan distress.
i) Eutress
Stress yang positif. Seseorang memerlukan 'eustres' dalam kehidupannya
untuk rnendorong dirinya melakukan sesuatu dan untuk meningkatkan
prestasinya.
ii) Distress
Stress yang negatif. Merupakan rangsangan yang menyebabkan seseorang
merasa sakit, putus harapan atau kecewa.
Tekanan yang positif atau 'eustress' merupakan suatu yang baik kerana ianya
dikaitkan dengan perasaan positif dan tubuh badan yang sihat. Manakala tekanan negatif
iaitu 'distress' merupakan yang kurang baik yang dikaitkan dengan perasaan negatif dan
keadaan tubuh badan yang terganggu. Menurut Brock dan Grady (2002), keadaan
stress yang tidak berhenti dan berpanjangan akan menyebabkan seseorang
mengalami distress. Distress berlaku disebabkan oleh keadaan yang sedang
berlangsung atau keadaan yang berterusan yang telah sedia ada. Perasaan tidak selesa
akan tetap ada dan ia tidak hilang walaupun seseorang itu berada dalam keadaan
rehat. Perasaan negatif yang wujud termasuklah tidak mampu mengawal diri,
kesedihan melampau, perasaan takut yang berterusan, risau dan ragu-ragu. Individu
yang menderita stress berpanjangan merupakan mereka yang tergolong dalam
individu yang mengalami burnout.
17
2.3 Teori burnout
Terdapat beberapa teori yang digunakan untuk menjangkakan burnout. Teori
Conservation of Resources (COR) merupakan salah satu teori yang boleh digunakan
untuk menjangkakan burnout.
2.3.1 Teori Conservation of Resources (COR)
Menurut Krohne (2002), teori Conservation of Resources ini telah diperkenalkan
oleh Hobfoll pada awal 1990-an di dalam usahanya untuk membuat satu perkaitan di
antara burnout dengan kesihatan mental dan fizikal. Semenjak daripada itu, teori ini
telah menjadi di antara teori utama yang digunapakai dalam membincangkan perihal
burnout.
Secara lumrahnya, apabila seseorang individu itu mengalamai kehilangan sumber
tenaga, mereka akan bertindak dengan cuba menggunakan tenaga yang tersimpan.
Tenaga tersimpan yang digunakan akan memberikan impak negatif kepada individu
iaitu memberikan tekanan yang teruk kepada pekerja. Berdasarkan teori COR, stress
terjadi disebabkan oleh tiga keadaan iaitu:
i. apabila sumber atau keadaan mental seseorang itu mendapat petanda bahawa
kemungkinan akan berlaku perkara negatif. Ini merujuk kepada penggunaan
tenaga yang berlebihan
ii. apabila sumber hilang
iii. apabila individu tersebut tidak mampu untuk menggantikan sumber tersebut
dengan sumber yang baru. Ini akan menyebabkan tekanan yang teruk berlaku
dan seterusnya mengakibatkan burnout.
Menurut Wahab, Nordin, Ghani dan Rajab (2010), individu akan lebih
cenderung untuk melindungi diri mereka sendiri daripada kehilangan sumber tenaga.
Ini menyebabkan mereka menjadi lebih berhati-hati untuk menghadapi situasi yang
memerlukan penggunaan tenaga tersebut. Sebagai contoh, seorang guru cenderung
18
untuk menghadapi burnout sekiranya tindakannya mendisiplinkan pelajar menerima
maklum balas yang negatif daripada orang atasan.
Menurut Gorgievski dan Hobfoll (2008) teori COR, tahap awal bagi burnout
dapat dijelaskan sebagai proses penyerongan tenaga seorang individu untuk
menghadapi tekanan kerja serta perkara-pekara lain yang memerlukan penggunaan
tenaga tersebut. Namun demikian, fitrah manusia yang berusaha untuk menangani
tekanan tersebut akhirnya memberi kesan negatif kepada dirinya sendiri. Kesannya,
individu tersebut akan berasa kecewa terhadap dirinya dan menjejaskan emosinya
yang akhirnya mewujudkan gejala kemurungan. Tambahan pula, individu yang
mengalami burnout akan mula berkelakuan defensif atau begitu melindungi diri dan
bersifat sinis terhadap persekitaran di sekelilingnya.
2.4 Tahap burnout
Pakar psikatrik, Herbert Freudenberger telah mencipta istilah burnout pada tahun
1974 yang menggambarkan burnout sebagai perasaan kegagalan dan kelesuan akibat
tuntutan yang terlalu membebankan ke atas tenaga, sumber-sumber atau ketabahan
seseorang. Istilah ini mula digunakan secara meluas oleh Maslach di mana beliau
mendefinisikan burnout sebagai satu sindrom psikologikal yang melibatkan
ketandusan emosi, depersonalisasi dan penurunan pencapaian peribadi yang terjadi di
kalangan individu yang bekerja bersama orang lain dalam sesuatu kapasiti (lihat
Anbar & Eker, 2008; Brock & Grady, 2000) Menurut Maslach (2001), burnout
terbahagi kepada tiga sub-skala iaitu ketandusan emosi, depersonalisasi, dan
penurunan pencapaian peribadi dan setiap sub-skala mewakili aspek-aspek yang
berbeza.
a) Ketandusan emosi
Keadaan dimana terjadi apabila kemahuan emosi terhadap pekerjaan melebihi
sumber emosi individu. Pada tahap ini, seseorang akan merasa pekerjaan tersebut
19
terlalu berat dari segi psikologi dan emosi. Guru yang mengalami ketandusan emosi
merasakan bahawa mereka tidak ada apa-apa untuk diberikan atau disumbangkan
kepada orang lain
b) Depersonalisasi
Merupakan keadaan di mana berlakunya gangguan psikologikal peribadi dan
kehidupan professional. Seseorang yang mengalami depersonalisasi akan berubah
sikap kepada seseorang yang kasar, bersikap tertutup dan acuh tak acuh terhadap
persekitarannya. Sebagai contoh, guru yang mengalami depersonalisasi akan
menjarakkan diri daripada pelajar-pelajarnya, mempunyai pandangan peribadi dan
professional yang negatif, serta mewujudkan sikap sinis.
c) Penurunan pencapaian peribadi
Merujuk kepada penilaian kendiri yang negatif terhadap pencapaian peribadi di mana
rasa keberkesanan hilang dan harga diri yang terancam. Guru yang mengalami
penurunan pencapaian kendiri merasakan mereka tidak lagi efektif dalam
melaksanakan tanggungjawab kepada pelajar, rakan-rakan, mahupun keluarga.
2.5 Burnout guru
Menurut Anbar dan Ekar (2008), banyak profession yang terdedah untuk
mengalami burnout. Melalui kajian yang dilakukan menunjukkan kerjaya guru
merupakan diantara pekerjaan yang banyak terdedah dengan burnout. Hal ini kerana
guru perlu berhubung dengan jumlah pelajar yang besar, staf dan rakan sekerja yang
pelbagai ragam.
Menurut McCarthy,Kissen, Yiedly, Wood dan Lambert (2006), risiko guru
untuk terdedah kepada perkembangan burnout pada sub-skala depersonalisasi adalah
20
terbuka luas kerana rutin harian yang tipikal di mana guru-guru terpaksa berhadapan
dengan situasi ‘pengasingan profesional’. Kebanyakan masa seorang guru dihabiskan
dengan pelajar. Ini boleh meningkatakan tahap stress harian mereka. Walaupun tidak
terlibat dengan interaksi secara fizikal dengan pelajar, ada kalanya guru-guru
terpaksa juga berkerja di sekolah bagi menyelesaikan kerja-kerja lain yang
menyebabkan guru-guru tidak mempunyai waktu untuk berhubung dengan rakan-
rakan.
Menurut Kyriacou dan Suttcliffe (1978),kerja yang terlalu banyak bukanlah
punca berlakunya burnout. Burnout berlaku apabila hati dan jasad tidak berada pada
tempat yang sama ketika melaksanakan pekerjaan. Semangat terhadap pekerjaan
tersebut telah mati dan tidak wujud kegembiraan dalam melaksanakan pekerjaan
tersebut dan seterusnya menyebabkan rasa keletihan melampau kepada emosi,
psikologi dan juga fizikal di mana burnout guru digambarkan sebagai stres hasil
daripada persepsi guru yang disebabkan beberapa faktor seperti:
i) Tekanan kehendak yang melampau daripada kemampuan guru
ii) Tidak mampu atau sukar untuk memenuhi kehendak tersebut
iii) Gagal melaksanakan tugasan yang menyebabkan mental dan emosi
rasa terancam
Menurut Schaufeli, Leiter dan Maslach (2008), sub-skala ketandusan emosi
merupakan sub-skala yang menjadi kualiti utama yang paling menonjol dalam
burnout. Walaubagaimanapun, kajian yang telah dilaksanakan menunjukkan bahawa
ketandusan emosi mempunyai hubungan yang kuat dengan sub-skala depersonalisasi
(Kizitepe, 2006).
Menurut Wahab, Nordin, Ghani et.al (2010), individu yang mengalami tahap
depersonalisasi yang rendah tidak mempunyai masalah dalam menentukan aspek
rasional di dalam kehidupan seharian dan juga dikenal pasti mempunyai kebolehan
untuk menilai sesuatu perkara yang berlaku sama ada ia baik atau buruk. Guru-guru
yang memandang rendah rakan sekerja yang dianggap lebih teruk mempunyai
kepuasan diri yang kurang terhadap pekerjaan, lebih terdedah kepada ketandusan
emosi dan mempunyai pengalaman depersonalisasi yang lebih di dalam kerjaya
mereka (Kitchel, Smith, Henry et.al, 2012).
Menurut Skaalvik dan Skaalvik (2009), kajian menunjukkan bahawa tiga sub-
skala burnout tidak boleh dicampurkan menjadi satu pengukuran. Sub-skala
21
pencapaian peribadi mempunyai korelasi yang lemah dengan sub-skala ketandusan
emosi dan depersonalisasi di mana sub-skala ketandusan emosi dan depersonalisasi
ini dilihat menjadi elemen utama burnout.
2.6 Simptom Burnout
Menurut Brock dan Grady (2002), individu yang menderita burnout kebiasaannya
menunjukkan simptom pada lima bahagian iaitu fizikal, intelektual, sosial, emosi dan
spiritual. Simptom tersebut tidak dianggap mempunyai ciri-ciri tersendiri tetapi
mempunyai ciri pelbagai yang kabur.
2.6.1 Fizikal
Keletihan yang melampau merupakan perkara yang biasa berlaku kepada guru-guru
yang menderita burnout. Rehat waktu tidur bukan lagi sesuatu yang boleh
menyegarkan dan menghilangkan keletihan. Corak waktu tidur juga akan mengalami
perubahan apabila guru kerap terjaga pada waktu malam disebabkan kerisauan
berkaitan dengan kerja. Simptom-simptom fizikal dapat dilihat apabila individu itu
mula menghidapi pelbagai penyakit seperti sakit kepala, sakit perut dan mengalami
tekanan darah tinggi, mengalami masalah berat badan, dan juga terlibat dengan
kemalangan-kemalangan kecil disebabakan kehilangan fiokus.
2.6.2 Intelektual
Individu dibawah tekanan yang melampau mengalami kesukaran dalam membuat
keputusan. Mereka akan selalu menagguhkan keputusan atau tidak mampu
memberikan kata putus untuk sesuatu tindakan disebabkan tidak sanggup menerima
akibat daripada keputusan yang dibuat. Individu yang mengalami burnout juga
22
berkemungkinan merasa tidak keruan apabila menerima sesuatu maklumat, gagal
mengorganisasi fikiran, dan sukar untuk focus dalam melaksanakan tugasan.
2.6.3 Sosial
Menjauhkan diri dari orang lain merupakan karakteristik individu yang mengalami
burnout. Individu yang mengalami burnout ini merasakan bergaul dengan orang lain
bukanlah satu keperluan.
2.6.4 Emosi
Pada peringkat awal, individu yang mengalami burnout akan menafikan kewujudan
burnout dalam diri. Apabila individu tersebut mula menyedari simptom-simptom
burnout yang dialami, mereka akan mula meletakkan kesalahan kepada orang lain
disebabkan perasaan bimbang dan rasa tidak selamat sentiasa ada. Walaupun terdapat
faktor-faktor luaran yang menjadi penyebab burnout, tetapi individu tersebut
seharusnya bertanggungjawab membuat perubahan bagi menangani isu tersebut.
2.6.5 Spiritual
Burnout memusnahkan perhubungan dan juga kepuasan dalam bekerja. Tahap
keyakinan diri semakin pudar di mana rohani dan nila-nilai peribadi menjadi semakin
goyah.
Maslach (2001) pula menyenaraikan sebanyak enam simptom yang terhasil
apabila seseorang itu mengalami burnout iaitu:
i) Kualiti perkhidmatan yang teruk.
23
ii) Bersara awal
iii) Ketidakhadiran
iv) Moral dan kepuasan yang rendah
v) Personal dysfunction
vi) Keyakinan diri yang rendah
2.7 Kepuasan kerja
Setiap individu inginkan kepuasan dalam pekerjaan dan mengelakkan diri daripada
mengalami burnout. Justeru itu, mereka akan merasa seronok dalam suasana harmoni
semasa bekerja. Kenyataan ini disokong oleh kenytaan Locke (1976) yang
mengatakan bahawa seseorang pekerja akan mencapai kepuasan bekerja sekiranya
ciri kerja dan persekitaran kerja seimbang dengan nilai dan peribadi jangkaannya.
Di antara sikap yang penting dalam sesebuah organisasi ialah sikap yang
ditunjukkan terhadap kepuasan kerja. Kepuasan kerja merupakan sikap yang biasa
terhadap sesuatu pekerjaan biasanya melibatkan perbezaan ganjaran yang diterima
setiap pekerja berbanding jumlah ganjaran yang mereka percaya sepatutnya diterima.
Individu yang mempunyai tahap kepuasan yang tinggi mempunyai sikap yang positif
terhadap kerja manakala individu yang tidak mempunyai kepuasan kerja akan
mampunyai sikap yang negatif terhadap kerjanya. Menurut Anbar dan Ekar (2008),
memahami kepuasan kerja merupakan sesuatu yang kritikal bagi memastikan
kejayaan sesebuah organisasi. Ini menyebabkan sesetengah organisasi mengambil
berat berkaitan kepuasan pekerja-pekerjanya kerana kepuasan kerja berkait rapat
dengan motivasi pekerja, moral pekerja, kekecewaan, prestasi kerja, ketidakhadiran
dan juga berhenti kerja. Individu yang berpuas hati dengan kerjanya
menyumbangkan pulangan yang positif kepada organisasi seperti persaraan awal
yang rendah, ketidakhadiran yang rendah dan tahap komitmen yang tinggi kepada
organisasi.
24
2.8 Teori kepuasan kerja
Menurut Othman (2007), kepuasan kerja merupakan kepuasan yang dirasai oleh
seseorang individu terhadap pekerjaan yang dilakukannya. Ia mempunyai kaitan
dengan sikap dan penilaian individu terhadap pekerjaannya. Terdapat perbezaan
dalam tingkat kepuasan yang dirasai oleh setiap individu bergantung kepada sistem
nilai yang dipunyai serta faktor-faktor lain yang mempengaruhi tahap kepuasan
dalam kerjayanya. Kepuasan kerja berkait rapat dengan teori motivasi di mana
seseorang itu memerlukan dorongan motivasi bagi memastikan sesuatu tugasan dapat
dilaksanakan dengan baik dan seterusnya mencapai kepuasan dalam bekerja.
Dalam kajian ini pengkaji memilih dua jenis teori kepuasan kerja sebagai
panduan iaitu Teori Dua Faktor Herzberg (Motivation- Hygiene Herzberg) dan Teori
Pengharapan (Expectancy Theory). Kedua-dua teori ini dipilih kerana ianya
dianggap popular dan paling sesuai digunakan dalam kajian yang berkaitan kepuasan
kerja (Idris, 2013).
2.8.1 Teori Dua Faktor Herzberg
Teori dua faktor Herzberg juga dikenali sebagai teori motivasi Herzberg atau teori
hygiene-motivator. Teori ini diperkenalkan oleh seorang ahli psikologi dari Amerika
Syarikat iaitu Frederick Irving Herzberg. Teori dua faktor oleh Herzberg ini lebih
mudah digunakan berbanding dengan teori keperluan Maslow. Beliau menyatakan
bahawa ada faktor-faktor tertentu di tempat kerja yang menyebabkan wujudnya
kepuasan kerja. Manakala pada bahagian lain pula, terdapat faktor lain yang
menyumbang kepada ketidakpuasan dalam bekerja. Dengan kata lain, kepuasan dan
ketidakpuasan kerja saling berhubung antara satu sama lain (Roen, 2012).
Herzberg menyatakan terdapat dua jenis faktor yang meninggalkan kesan ke
atas motivasi para pekerja iaitu faktor kesihatan (hygiene factors) dan faktor
penyebab kepuasan (motivator factors). Faktor hygiene ialah istilah yang
dipinjamkan daripada bidang perubatan yang membawa maksud ‘mencegah
89
RUJUKAN
Ali, M. F, Salleh, N. & Junaidi, J (2007). Mengkaji Hubungan Di Antara
Pembelajaran Koperatif (Kemahiran Generik) Dengan Kemahiran
Menggunakan E-Pembelajaran Di Kalangan Pelajar Yang Mengambil Subjek
Telekomunikasi Dan Rangkaian Di Fakulti Pendidikan, Utm, Skudai, Johor.
Dicapai pada April 14, 2015 daripada http://eprints.utm.my/6005/1/132-
Mohdfadzli.pdf
Ali, R. M. D. R. (2011). Faktor-faktor yang Mendorong Tekanan Kerja (Stress) di
Kalangan Guru-guru Sekolah Menengah di Daerah Pasir Puteh. Open
University Malaysia: Tesis Sarjana.
Anbar, A. & Eker, M. (2008). An Examination of Relationship between Burnou and
Job Satisfaction among Turkish Accounting and Finance Academicians.
Europian Jurnal of Economic and Political Studies. 2008. Ejeps-1(1): 39 – 57.
Bentley, P. J., Coates, H., Dobson, I. R., Geodegebuure, L. & Meek, V. L (2013b).
Introduction: Satisfaction Around the World. dlm. Bentley, P. J., Coates, H.,
Dobson, I. R., Geodegebuure, L. & Meek, V. L (Ed). Job Satisfaction around
the Academic World. London: Spinger. ms. 1 – 12.
Bentley, P. J., Coates, H., Dobson, I. R., Geodegebuure, L. & Meek, V. L. (2013a).
Academic Job Satisfaction from an International Comparative Perspective:
Factors Associated with Satisfaction Across 12 Coutries. dlm. Bentley, P. J.,
Coates, H., Dobson, I. R., Geodegebuure, L. & Meek, V. L (Ed). Job
Satisfaction around the Academic World. London: Spinger. ms. 239 – 262.
Bentley, P. J., Coates, H., Dobson, I. R., Geodegebuure, L. & Meek, V. L (2013c).
Factors Associated with Job Satisfaction Amongst Australian University
Academics and Future Workforce Implications. dlm. Bentley, P. J., Coates, H.,
Dobson, I. R., Geodegebuure, L. & Meek, V. L (Ed). Job Satisfaction around
the Academic World. London: Spinger. ms. 29 - 54.
90
Berita Harian Online. (2011, September 27), Pekerjaan Paling Stress di Malaysia.
Diambil daripada
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Polislebihstresberbandingguru/Art
icle
Brock, B. L. & Grady, M. L. (2000). Rekindling The Flame: Principals Combating
Teacher Burnout. California: Corwin Press, Inc.
Brock, B. L. & Grady, M. L. (2002). Avoiding Burnout; A Principle’s Guide to
Keeping the Fire Alive. California: Corwin Press, Inc.
Chua, Y. P. (2006). Kaedah Penyelidikan. Malaysia: Mc Graw Hill.
Chua, Y. P. (2013), Asas Statistik Penyelidikan, Analisis Data Skala Likert.
Malaysia: Mc Graw Hill.
Fauziah. N, Pihie. Z.A. L. & Mahyudin.R (2002), Stres di Kalangan Guru Wanita
yang Mengajar Mata Pelajaran Kemahiran Hidup. Jurnal Soc. Sci. & Hum.
9(2): 95· 101 (2002) , ISSN,0128-7702.
Gliem, J.A. dan Gliem, R.R (2003), Calculating, Interpreting, and Reporting
Cronbach’s Alpha Reliability Coefficient for Likert-Type Scales. dicapai pada
Disember 1, 2014 dari
http://pioneer.netserv.chula.ac.th/~ppongsa/2013605/Cronbach.pdf
Gorgievski, M. J. & Hobfoll, S. E. (2008). Work Can Burn Us Out or Fire Us Up:
Conservation of Resources in Burnout and Engagement. dlm. Jonathan, R. B.
(Ed). Handbook of Stress and Burnout in Health Care. Nova Science
Publisher, Inc.
Hamdan, A. R. & Aziz, K. A. W. (2010). Kesesuaian Isi Kandungan, Masa,
Kemudahan Dan Alatan Dan Kaedah Tunjuk Cara (Demonstrasi) Dalam Mata
Pelajaran Kemahiran Teknikal Peringkat Menengah Rendah Dari Perspektif
Guru-Guru Kemahiran Hidup Di Sekolah Menengah Kebangsaan Di Daerah
Pasir Mas Kelantan. dicapai pada Jun 26, 2015 dari
http://eprints.utm.my/11437/1/Kesesuaian_Isi_Kandungan.pdf
Hamid, N. A. (2012). Hubungan Burnout dengan Kepuasan Kerja: Tinjauan di
Kalangan Guru Bahasa Inggeris di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.
Universiti Teknologi Malaysia: Tesis Sarjana.
Hamid, S. K. A. (2013). Hubungan Kepuasan Kerja dan Burnout dalam Kalangan
Guru Bimbingan dan Kaunseling Sekolah Rendah di Daerah Melaka Tengah.
Universiti Teknologi Malaysia: Tesis Sarjana.
91
Harry. M, Natalie .R & Mark .D (2008, Jun 30).Types of Stressors (Eustress vs.
Distress). Dihantar ke
http://www.mentalhelp.net/poc/view_doc.php?type=doc&id=15644&cn=117
Idris, A. R. & Salleh, N. A. (2010). Pendekatan Pengajaran Yang Digunakan Oleh
Guru Sekolah Menengah Di Daerah Johor Bahru Dalam Pengajaran Dan
Pembelajaran Matematik . dicapai pada Disember 1, 2014. dari
http://eprints.utm.my/11474/1/Pendekatan_Pengajaran_Yang_Digunakan_Oleh
_Guru_Sekolah_Menengah_Di_Daerah_Johor_Bahru_Dalam_Pengajaran_Dan
_Pembelajaran_Matematik.pdf
Idris, A. R. & Salleh, N. A. (2010). Pendekatan Pengajaran Yang Digunakan Oleh
Guru Sekolah Menengah Di Daerah Johor Bahru Dalam Pengajaran Dan
Pembelajaran Matematik . dicapai pada Disember 1, 2014. dari
http://eprints.utm.my/11474/1/Pendekatan_Pengajaran_Yang_Digunakan_Ol
eh_Guru_Sekolah_Menengah_Di_Daerah_Johor_Bahru_Dalam_Pengajaran_
Dan_Pembelajaran_Matematik.pdf
Idris, N. (2013a). Pensampelan. dlm. Idris, N (Ed). Penyelidikan dan Pendidikan.
Shah Alam: Mc Graw Hill. ms. 113 – 138.
Idris, N. (2013b). Kesahan dan Kebolehpercayaan Penyelidikan. dlm. Idris, N (Ed).
Penyelidikan dan Pendidikan. Shah Alam: Mc Graw Hill. ms. 167 – 182.
Idris, Z. (2013). Hubungan Burnout dengan Kepuasan Kerja di Kalangan Guru-guru
Sekolah Rendah: Kajian Kes di Keratong, Pahang. Universiti Teknologi
Malaysia: Tesis Sarjana.
Ishak, M. F., Sabilan, S., Lip,S. M.dan & Jaafar, M. A. A. (2013). Kepuasan Kerja
Guru Agama Sekolah Redah Agama (SRA) Jabatan Agama Islam Selangor.
Dicapai pada Oktober 30, 2014 dari http://lms.kuis.edu.my/jurnal/wp-
content/uploads/2013/12/JPPPI_v1_7.pdf
JDI (2009). Diambil pada Mac 2, 2015 daripada https://www.bgsu.edu/arts-and-
sciences/psychology/services/jdi.html
Jolen, S (2001), Tekanan (Stress) dan Burnout di Kalangan Pensyarah
Politeknik.Universiti Tun Hussein Onn Malaysia: Tesis Sarjana
Kaprawi, N. (2013). Kajian Tinjauan. dlm. Idris, N (Ed). Penyelidikan dan
Pendidikan. Shah Alam: Mc Graw Hill. ms. 201 – 221.
Kaur.S (2011), Comparative Study of Occupational Stress among Teachers of
Private and Govt. Schools in Relation to their Age, Gender and Teaching
92
Experience. International Journal of Educational Planning &
Administration,Volume 1, Number 2 (2011), mukasurat 151-160/ ISSN 2249-
309.
Kinicki, A. J, Ryan, F. M. M., Schriesheim, C. A. & Carson, K. P. (2002). Assessing
the Construct Validity of the Job Descriptive Index: A Review and Meta-
Analysis, Journal of Applied Psychology, Vol. 87, No. 1, 14–32.
Kitchel, T., Smith, A. R., Henry, A. L., Robinsin, J. S., Lawver, R. G., Park, T. D. &
Schell, A. (2012), Teacher Job Satisfaction and Burnout Viewed through
Social Comparisons, Journal of Agricultural Education Vol. 53, No. 1, 31-44
Kiziltepe, Z., (2006), sources of Teacher Demotivation. dlm. Lambert, R. &
McCarthy, C. (Ed). Understanding Teacher Stress in An Age of Accountability.
USA: Information Age Publishing,Inc.
Kosmo. (2012, September 20), Elak Tekanan Kerja Melampau. diambil daripada
http://akhbar-kosmo.blogspot.com/2012/09/kosmo-online-varia_20.html
Krohne, H. W. (2002), Stress and Coping Theories. dicapai pada Mei 25, 2013 dari
http://userpage.fu-berlin.de/schuez/folien/Krohne_Stress.pdf
Kumar, T. ( 30 may 2009) Peranan dan Tanggungjawab Guru Sebagai Profession.
Dihantar ke http://amallku.blogspot.com/
Kyriacou, C. & Sutcliffe,J. (1978). dlm. Mathews, S. A. (2005). The Occupation
Stress of Teachers. British Journal Of Education Psychology.48: 158-187.
Latham, G. P. (2007). Work Motivation; History, Theory, Research, and Practice.
USA: SAGE Publications.
Lim, C.S. & Chee, K. M.(2013) Kesahan dan Kebolehpercayaan Penyelidikan. dlm.
Idris, N (Ed). Penyelidikan dan Pendidikan. Shah Alam: Mc Graw Hill. ms.
167 – 182.
Locke, E. A. (1976). “What is Job Satisfaction?” Organizational Behaviour and
Human Performance.
Mackay, A. (2007). Motivation, Ability and Confidence Building in People, USA:
Elsevier.
Maitland, I. (1995). Motivating People. London: CIPD House.
Manap, S.S. A. (2014), Pengajaran Guru Opsyen dan Bukan Opsyen Kemahiran
Hidup Bersepadu Sekolah Rendah di Daerah Batu Pahat. Universiti tun
Hussein Onn Malaysia: Tesis Sarjana Pendidikan.
93
Marshall, K (2013), Burnout Hits One in Four Teachers. Diambil daripada
http://www.theage.com.au/victoria/burnout-hits-one-in-four-teachers-
20131005-2v13y.html
Maslach, C. (2001). Preventing Burnout in Your Organization. California:
KANTOLA Productions.
McCarthy, C., Kissen, D., Yadley, L., Wood, T. & Lambert, R. G., (2006),
Relationship of Teachers’ Preventive Coping Resources to Burnout Symptoms.
dlm. Lambert, R. & McCarthy, C. (Ed). Understanding Teacher Stress in An
Age of Accountability. USA: Information Age Publishing,Inc.
Mohd, A. (2003a). Panduan Menggunakan Teori Motivasi di tempat Kerja. Bentong:
PTS Publication & Distributor Sdn. Bhd.
Mohd, A. (2003b). Bagaimana Hendak Mendorong Semangat Kerja. Bentong: PTS
Publication & Distributor Sdn. Bhd.
Mok, S. S. (2002). Ilmu Pendidikan untuk KPLI: Kursus Perguruan Lepas Ijazah.
Subang Jaya: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.
Nawawi, N. H. M. (2011). Pengajaran Dan Pembelajaran; Penelitian Semula
Konsep-konsep Asas Menurut Perspektif Gagasan Islamisasi Ilmu Moden.
Kongres Pengajaran dan Pembelajaran UKM. dicapai pada Disember 1, 2014.
dari
http://umkeprints.umk.edu.my/111/1/P%26P%20Penelitian%20semula%20m
enurut%20GIIM.pdf
Othman,S. (2007), Hubungan Burnout dengan Kepuasan Kerja di Kalangan Staf
Jabatan Agama Johor. Universiti Teknologi Malaysia: Tesis Sarjana.
Park,I. (2005), Teacher Commitment and Its Effects on Students Achievement in
American High schools, Educational Research and Evaluation, 11 (5), 461-
465
Reddy, G.L. (2007). Special Education Teachers: Occupational Stress, Professional
Burnout and Job Satisfaction. New Delhi: Discovery Publishing House.
Roen, F. (1 November 2012), Teori dua faktor. Diambil daripada
http://perilakuorganisasi.com/teori-dua-faktor.html
Rothman, S. (2008). Job Satisfaction Occupational Stress Burnout and Work
Engagement as Components of Work-related Wellbeing, SA Journal of
Industrial Psychology, 34 (3), 11 – 16.
94
Sa’ri, J. R. (2013). Burnout dan Kepuasan Kerja di Kalangan Guru Kaunseling
Daerah Alor Gajah, Melaka. Universiti Teknologi Malaysia: Tesis Sarjana
Sabtu, M. Z. (2013). Hubungan Kepuasan Kerja dan Burnout dalam Kalangan Guru
Bimbingan dan Kaunseling Sekolah Menengah di Negeri Melaka. Universiti
Teknologi Malaysia: Tesis Sarjana.
Salleh, S. (2001), Hubungan Antara Faktor Hygiene-Motivator Dengan Kepuasan
Kerja Pekerja Bukan Eksekutif Celcom (M) Sdn. Bhd. Kawasan Timur,
Kuching, Sarawak, Sarawak. Universiti Malaysia Sarawak: Tesis Sarjana.
Sawari, S.S.M. & Mustaffa, A. (2014). Guru Bersahsiah Mulia Meurut Pandangan
Ibnu Sahnun: Analisa Buku Adab Al-Mualimin. The Online Journal of Islamic
Education. Vol. 2 (2).
Schaufeli, W. B., Leiter, M. P. & Maslach, C. (2008). Burnout: 35 years of Research
and Practice. Career Development International. Vol. 14 (3): 204 – 202.
Sharif, M. R. M. (2009). Hubungan Burnout dengan Kepuasan Kerja di Kalangan
Guru-guru Sekolah Kebangsaan Angkatan Tentera, Johor Bahru. Universiti
Teknologi Malaysia: Tesis Sarjana
Sidal, A. (2002). Dorongan dalam Organisasi. Kuala Lumpur: Institut Tadbiran
Awam Negara (INTAN).
Sipon.S (2010), Stress Kerja Guru: Punca, Kesan Dan Strategi Daya Tindak.
Prosiding Seminar Profesion Perguruan. Diambil daripada
http://ddms.usim.edu.my/bitstream/handle/123456789/2742/Stres%20Kerja%
20Guru%20-
%20Punca,%20Kesan%20dan%20Strategi%20Daya%20Tindak.pdf
Skaalvik, E. M & Skaalvik, S. (2009). Does School Context Matter? Relations with
Teacher Burnout and Job Satisfaction. Teaching and Teacher Education. 25
(2009): 518 – 524.
Tsai.E, Fung.L, Chow.L (2006), Sources And Manifestations of Stress In Female
Kindergarten Teacher.International Education Journal, ISSN 1443-1475.
Tsigilis, N., Zachopoulou, E. & Grammatikopoulus, V. (2006). Job Satisfaction and
Burnout Among Greek Early Educators: A Comparison between Public and
Private Sector Employees. Educational Research and Review. Vol. 1 (8): 256
– 261.
95
Tukiran, N. (2014), Literasi Pentaksiran Dalam Kalangan Calon Guru Teknikal di
IPTA Zon Selatan. Universiti Teknologi Tun Hussein Onn Malaysia: Tesis
Sarjana
Utusan Melayu. (2012, Disember 12), 530 Guru Dikenalpasti Bardepan Masalah
Mental. Diambil daripada
http://ww1.utusan.com.my/utusan/Parlimen/20121213/pa_03/530-guru-
dikenal-pasti-berdepan-masalah-mental
Wahab, S. R. A., Nordin, N. A., Ghani, A.A.M & Rajab, A. (2010), Burnout Di
Kalangan Pekerja Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Johor. Journal of Human
Capital Development. Vol. 3 (2).
Yahaya, A., Nor, R. M., Ismail, S. & Abdul, A. H. (2010).Keberkesanan Pengajaran
Dan Pembelajaran Di Kalangan Guru Matapelajaran Teknikal. dicapai pada
Disember 1, 2014. dari http://eprints.utm.my/10557/1/3.pdf
Yahaya.A, Ramli.J & Ismail.M (2010), Factors That Contributed Stress Among
Secondary Secondary School Teachers in Four States in Malaysia. Asia Pacific
Journal of Educators and Education, Vol. 25, mukasurat 103–136.
Yahya. W.S.W. (2007), Stress Dalam Kehidupan. Diambil daripada
http://dspace.unimap.edu.my/dspace/bitstream/123456789/7496/1/Stress%20da
lam%20kehidupan.pdf
Yasin, R. M. & Alias, M (2013). Pengenalan Kepada Penyelidikan. dlm. Idris, N
(Ed). Penyelidikan dan Pendidikan. Shah Alam: Mc Graw Hill. ms. 1 – 17.
Zakaria, M. B., Ismail, H. & Abdullah, M. (2007). Pelaksanaan Matapelajaran
Kemahiran Hidup di Sekolah Rendah Daerah Besut, Terengganu. Seminar
Penyelidikan Pendidikan Institut Perguruan Batu Lintang Tahun 2007. Dicapai
pada September 16, 2014 dari
http://www.ipgkbl.edu.my/portal/penyelidikan/seminarpapers/2007/TeachingL
earning/mohdbakariIPSMfp.pdf