Download - HUBUNGAN ETNIK (WAJ3106)
HUBUNGAN ETNIK (WAJ3106)
PENSYARAH: CIK NOOR HASIAH SULAIMAN
TUTORIAL KE-13
HASIL KERJA:
NORLIZA BINTI
RAMLAN NUR ATIKAH BINTI
ABDUL RASHID
SOALAN TUTORIAL:PADA PANDANGAN ANDA
SEJAUHMANAKAH MASYARAKAT DAN KERAJAAN
MEMAINKAN PERANAN DALAM PEMUPUKAN HUBUNGAN ETNIK?
RUKUN TETANGGA
PROGRAM DI ISTITUT PENGAJIAN TINGGI
RUMAH TERBUKA
PENERIMAAN BUDAYA
Peranan Masyarakat
RUKUN TETANGGA
• Skim Rukun Tetangga diperkenalkan pada tahun 1975 bertujuan membolehkan rakyat sendiri mengawal dan menjaga keselamatn kawasan kediaman.
• Skim ini dijalankan berikutan penguatkuasaan Peraturan-Peraturan (Rukun Tetangga 1975)
• Sehingga Mei 2006 sebanyak 3228 Kawasan Rukun Tetangga telah ditubuhkan diseluruh negara.
• Pelbagai aktiviti telah dijalankan dengan bertujuan untuk membolehkan penduduk setempat berkenalan, bantu-membantu dalam menghadapi masalah bersama, berinteraksi dan merapatkan hubungan diperingkat akar umbi di antara pemimpin dengan rakyat dan dia antara rakyat dengan pelbagai keturunan, adat dan budaya.
• Kini pelbagai aktiviti rukun tetangga seperti ceramah, kempen kesihatan, lawatan ke rumah orang tua, kelas seni kraf tangan telah diadakan.
Rumah Terbuka• Dari sekecil-kecil rumah terbuka yang dirancang oleh sesebuah
keluarga hingga sebesar-besar rumah terbuka yang diaturkan oleh ketua jabatan.
• Kepentingan rumah terbuka merupakan galakan yang mewujudkan hubungan yang baik antara jiran-jiran terutama jiran yang berlainan etnik.
• Rumah terbuka berperanan dalam mengekalkan keharmonian hubungan etnik dengan cara sesuatu etnik menjaga sensitiviti etnik yang lain.
• Hal ini menunjukkan perasaan mengambil berat dan kefahaman tentang budaya sesuatu etnik.
• Amalan ini juga membuktikan integrasi sosial dalam masyarakat begitu tinggi walaupun berlainan agama, bangsa dan budaya.
Penerimaan Budaya
• Budaya berperanan dalam menjamin keharmonian hubungan etnik berlainan memahami dan cuba menyerap budaya etnik lain disebabkan kebudayaan setiap etnik berbeza-beza.
• Kawasan-kawasan petempatan juga tidak lagi hanya untuk sesuatu etnik, tetapi sesuatu petempatan itu boleh didiami oleh semua etnik.
PROGRAM DI INTITUSI PENGAJIAN TINGGI (IPT)
• Galakan daripada pihak pentadbiran terutama bahagian hal ehwal pelajar melalui persatuan-persatuan dan mengadakan aktiviti dan program yang menjurus kepada perpaduan kaum dalam kalangan mahasiswa. Cth : sambutan Hari Raya juga melibatkan semua siswa termasuk yang bukan Melayu.
• Kepimpinan juga tidak memilih sesuatu etnik. Hal ini demikian, semua etnik boleh menganggotai Jwatankuasa Perwakilan Pelajar dan semua etnik boleh memimpin sesebuah persatuan yang ditubuhkan institusi.
• Kandungan kursus menjurus kepada aspek-aspek pendidikan yang harmonis dalam sesebuah masyarakat pelbagai kaum. Nilai-nilai rohani dan budaya yang terdapat dalam subjek Kenegaraan, Tamadun Islam dan Aasia serta Hubungan Etnik perlu ditekankan supaya nilai-nilai ini akan meninggikan keperibadian yang dapat menyatupadukan generasi muda.
• Berpesatuan dan khidmat masyarakat juga dapat mendekatkan mahasiswa dengan etnik-etnik melalui tugasan-tugasan yang diberi seperti bergotong-royong dan melawat kampung-kampung.
• Kewujudan Kelab Perpaduan atau Kelab Rukun Negara dan galakan melalui pemberian sedikit inisiatif kepada mahasiswa yang menyertai kelab-kelab ini oleh pihak pentadbir.
KERAJAAN
GAGASAN 1 MALAYSIA
DASAR-DASAR KERAJAAN
PROGRAM LATIHAN KHIDMAT NEGARA
(PLKN)
PENUBUHAN JABATAN PERPADUAN NEGARA
GAGASAN 1
MALAYSIA
1 Malaysia merupakan konsep yang menjadi pegangan rakyat Malaysia
pada masa kini.
Konsep seperti ini mampu menyemarakkan lagi semangat
perpaduan dalam diri rakyat Malaysia.
1 Malaysia ini merujuk kepada konsep bahawasanya semua kaum
di Malaysia adalah satu bangsa Malaysia yang sama dan tiada
bezanya.
PENUBUHAN JABATAN PERPADUAN NEGARA
-ditubuhkan pada tahun 1969-tujuan: menangani isu-isu perkauman.
-terletak di bawah Kementerian Perpaduan Negara dan pembangunan Masyarakat.
-bertanggungjawab terhadap lima perkara:• Hubungan Kaum
• Program Perpaduan Negara• Penyelidikan Etno-Sosial
• Rukun Tetangga • Integrasi Negara
- Diperkenalkan pada tahun 1976.- Program pendidikan Prasekolah yang disediakan untuk
kanak-kanak yang berumur 5-6 tahun. - Dibuka di Taman-taman Perumahan, kawasan pinggir
bandar (kampung-kampung).
* Tujuan: mewujudkan peluang kepada ibu bapa kanak-kanak pelbagai keturunan untuk berinteraksi bagi meningkatkan persefahaman dan perpaduan dalam kalangan mereka.
PROGRAM TABIKA
PERPADUAN
-diperkenalkan pada tahun 1975-Satu langkah yang membolehkan rakyat mengawal sendiri serta menjaga keselamatan kawasan kediaman mereka.
- Memberi penekanan kepada konsep kejiranan dengan falsafah bahawa kesejahteraan kawasan sejiran akan menjamin kesejahteraan negara. - Peranan diperluaskan dengan pendekatan pembangunan komuniti bagi memastikan perpaduan dan keharmonian hubungan di dalam masyarakat terus kekal.
RUKUN TETANGGA
PROGRAM LATIHAN KHIDMAT NEGARA
-- bertujuan untuk melahirkan generasi yang berwawasan dan
berdisiplin.
- Usaha mewujudkan kestabilan dan kesejahteraan rakyat berterusan dan kekal
utuh.
- Untuk menyemarakkan lagi perasaan cinta akan negara berlandaskan pemupukan
semangat patriotisme serta jalinan integrasi nasional yang harmonis.
- Menyatupadukan generasi muda yang berbeza latar belakang dan keturunan , dengan hasrat dapat membentuk
sebuah masyarakat yang berdisiplin, yakin diri dan dilengkapi sikap luhur yang sentiasa bersedia menghadapi sebarang
cabaran dan dugaan.
DASAR-DASAR
KERAJAAN
DASAR KEBUDAYAAN KEBANGSAAN
DASAR EKONOMI
BARU
DASAR PENDIDIKAN
KEBANGSAAN
WAWASAN 2020 DASAR
WAWASAN NEGARA
DASAR PEMBANGUNAN
NASIONAL
RUKUN NEGARA
RUKUN NEGARA• Ideologi negara yang bertujuan untuk meningkatkan
semangat dan fahaman nasionalisme dan mengekalkan identiti rakyat.
Rukun Negara
Kepercayaan kepada
Tuhan
Kesetiaan kepada Raja dan Negara
Kesopanan dan
KesusilaanKedaulatan
Undang-undang
Keluhuran Perlembagaan
DASAR EKONOMI BARU
• Meliputi Rancangan Malaysia Pertama hingga kelima.• Teras: membasmi kemiskinan dan penyusunan semula masyarakat
dalam rangka “Pertumbuhan dan Pengagihan”• Penyusunan semula masyarakat. * Pemodenan kehidupan desa dengan meninggikan daya pengeluaran.
* Meningkatkan dan mengimbangkan pertumbuhan kegiatan bandar.* Menambahkan bahagian rakyat Malaysia dalam
milikan modal dan harta syarikat. * Pembentukan masyarakat perniagaan bumiputera. * Memajukan negeri dan kawasan yang mundur melalui agensi wilayah seperti KEJORA, KEDA, KESEDAR dan KETENGAH.
• Meliputi Rancangan Malaysia ke6-ke7• Teras pembasmian termiskin, kemiskinan relatif dan mewujudkan MPPB,
meningkatkan penglibatan swasta dalam penyusunan masyarakat dan pembangunan sumber manusia.
• Strategi untuk menjadikan Malaysia mencapai taraf negara maju dalam semua segi.• Menekankan perpaduan negara kerana masyarakat yang bersatu padu adalah
penting untuk memperkukuhkan kestabilan politik dan sosial dan mengekalkan pembangunan ekonomi.
• Mewujudkan satu corak pembangunan yang lebih seimbang yang merangkumi aspek:* mewujudkan keseimbangan optimum dalam ekonomi.* menghapuskan ketidaksamaan sosial dan ekonomi negara.* mewujudkan tenaga kerja yang produktif.* menjadikan sains dan teknologi sebagai aspek penting.* membangunkan sebuah masyarakat yang progresif – rakyat menikmati kesejahteraan hidup.
DASAR PEMBANGUNAN NASIONAL
DASAR WAWASAN NEGARA - meliputi Rancangan Malaysia ke8-ke9.-membangunkan masyarakat berasaskan pengetahuan- K-ekonomi.- Menjana pertumbuhan didorong oleh sumber dan kekuatan
tempatan.- Penerapan pengetahuan tinggi dalam sektor pertanian,
pembuatan dan perkhidmatan. - Membasmi kemiskinan terpencil dan meningkatkan kualiti hidup
30% terendah.*Meningkatkan penyertaan Bumiputera dalam sektor-sektor utama.
*Meningkatkan daya saing untuk menghadapi cabaran globalisasi.
*Mengekalkan pertumbuhan ekonomi tinggi.*Mewujudkan masyarakat saksama melalui pembasmian kemiskinan dan pengurangan ketidakseimbangan.
WAWASAN 2020• Menjelang tahun 2020:
Malaysia haruslah menjadi negara yang bersatu padu, mempunyai masyarakat yang
berkeyakinan, nilai moral dan etika yang kukuh, hidup secara demokratik, liberal dan bertolak ansur, penyayang, adil serta mempunyai penguasaan sepenuhnya terhadap ekonomi
yang berdaya saing.
DASAR PENDIDIKAN KEBANGSAAN
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN:“Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan
lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan
kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia,
bertanggungjawab dan berupaya mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.”
OBJEKTIF: *Dapat memenuhi keperluan negara dan menggalakkan
perkembangan kebudayaan, sosial, ekonomi dan politik. *Menyatupadukan kanak-kanak sekolah berbilang kaum dan
menyediakan tenaga kerja.*Melahirkan masyarakat yang bersatu padu, berdisiplin dan terlatih.
DASAR KEBUDAYAAN KEBANGSAANPRINSIP DASAR KEBUDAYAAN KEBANGSAAN• Berteraskan kepada kebudayaan rakyat asal rantau ini. (merangkumi
Malaysia, Indonesia, Kemboja, Thailand, Brunei, Singapura, Filipina serta kepulauan-kepulauan selatan pasifik.
• Unsur-unsur kebudayaan lain yang bersesuaian dan wajar diterima.• Islam menjadi unsur penting dalam pembentukan kebudayaan
kebangsaan. OBJEKTIF
*Mengukuhkan perpaduan bangsa dan negara.* Memupuk dan memelihara keperibadian kebangsaan.* Memperkaya dan mempertingkatkan kualiti kehidupan kemanusiaan dan kerohanian yang seimbang dengan pembangunan sosioekonomi.
SEKIAN TERIMA KASIH