i
AMALAN PENGGUNAAN KOMPUTER OLEH GURU DALAM PROSES
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SERTA PENGURUSAN MAKLUMAT DI
SEKOLAH MENENGAH DATO’ SERI AMAR DIRAJA, MUAR, JOHOR
MOHD. FADZRI BIN MOHD. SAFFEIA
Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat
penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan
(Sains)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
April 2006
iii
Dengan nama ALLAH TA’ALA yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihi.Segala
pujian atas limpah dan kurniaan ALLAH TA’ALA Tuhan seluruh alam.
Puji-pujian, selawat serta salam ke atas Junjungan Nabi Muhammad S.A.W.
Buah Abah dan Emak yang amat disayangi dan dihormati,
Mohd. Saffeia Bin Mohd. Tarmidi
dan
Ramisah Binti Haji Md. Bakhtiar
Buat akak dan adik-adik yang dikasihi,
Fariza (eiza)
Farhani (ani)
Filzahlina (ina)
Muhamad Fathuddin Adli (udin/ochh)
Buat rakan-rakan seperjuangan yang senantiasa memberikan dorongan serta galakan
dalam hidup ini.
Berkat doa, semangat yang diberikan serta pengorbanan kalian amat bermakna buat diri
ini dalam menempuh setiap cabaran kehidupan yang mendatang. Tiada kata yang dapat
diungkapkan untuk menggambarkan, segalanya hanya ALLAH TA’ALA yang
mengetahui apa yang tersurat dan tersirat.
Berbillion terima kasih atas segalanya............
iv
PENGHARGAAN
Dengan Nama Allah Ta’ala Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang…
Limpahan syukur saya panjatkan ke hadrat Ilahi di atas limpah dan kurnia-Nya
kerana akhirnya dapat jua saya menyiapkan Projek Sarjana Muda yang telah
diamanahkan oleh pihak Fakulti Pendidikan dan Universiti Teknologi Malaysia kepada
saya sebagai salah seorang penuntut di universiti ini.
Sekalung penghargaan khusus ditujukan kepada pensyarah pembimbing saya,
Encik Shahrin Bin Hashim kerana telah banyak memberikan tunjuk ajar serta dorongan
kepada saya dalam melaksanakan Projek Sarjana Muda ini dengan baik. Tidak dilupakan
ucapan ribuan terima kasih kepada pihak sekolah tempat kajian, Sekolah Menengah
Dato’ Seri Amar Diraja, Muar khasnya kepada Tuan Haji Ramli Bin Aziz dalam
membantu proses pengumpulan data serta maklumat kajian ini.
Yang sentiasa diingati buat keluarga tersayang yang senantiasa memberikan
perangsang serta dorongan kepada diri saya dalam menempuh setiap hari-hari yang
mencabar. Buat rakan-rakan seperjuangan, jasa serta dorongan kalian akan saya kenang
hingga ke akhir hayat.
Semoga Allah Ta’ala merahmati serta memberkati kehidupan kita semua di
dunia dan akhirat. Insya Allah.
v
ABSTRAK
Kajian ini dijalankan bagi mengenal pasti amalan penggunaan komputer dalam
proses pengajaran dan pembelajaran dan pengurusan maklumat serta mengenal pasti
kemudahan komputer yang di sediakan di Sekolah Menengah Dato’ Seri Amar Diraja,
Muar. Untuk kajian ini, responden seramai 73 orang yang terdiri daripada guru-guru
Sekolah Menengah Dato Seri Amar Diraja, Muar dilibatkan dalam penyelidikan ini. Soal
selidik digunakan sebagai instrumen untuk mengumpul data. Data-data ini kemudiannya
diproses menggunakan perisian “Statistical Packages for the Social Sciences” (SPSS).
Nilai kebolehpercayaan bagi instrumen kajian ini ialah alfa-0.858. Penganalisisan dibuat
secara kedah statistik deskriptif iaitu dalam bentuk kekerapan, peratusan serta min. Hasil
daripada kajian ini, menunjukkan tahap penggunaan komputer di kalangan guru adalah
tinggi dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) serta pengurusan maklumat.
Bagi pengenalpastian kemudahan komputer yang disediakan di tempat kajian pula ia
berada pada tahap sederhana. Berpandukan hasil kajian, penyelidik telah mengutarakan
beberapa cadangan bagi membantu pihak kementerian pelajaran dan sekolah khususnya
mempercepatkan perkembangan teknologi komputer kepada guru-guru sekolah.
vi
ABSTRACT
This research is carried out to identify the standard of computer usage among
secondary school teacher in Sekolah Menengah Dato’ Seri Amar Diraja, Muar. The
research is focused on the usage of computer in teaching and learning process and also
in information management. Researcher also identify about computer facilities in this
school. To encounter the problem 73 respondents from teachers of Sekolah Menengah
Dato’ Seri Amar Diraja, Muar were involved in this research. Questionnaires are used as
instrument to collect data. SPSS (Statistical Packages for the Social Sciences) versions
12 were used to analyze the data. The reliability for this research instrument is alpha-
0.858. A descriptive statistical analysis was carried out in the form of frequencies,
percentage and mean values. The result of this research shows a good standard of
computer usage among teachers in teaching and learning process and information
management. The identify about computer facilities in this school shows a average
standard. Based from the data, a few comments and suggestions were given in order to
help the ministry of education and especially to school management to boost up
computer technologies to all teachers in school.
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
Judul i
Pengakuan Penyelidik ii
Dedikasi iii
Penghargaan iv
Abstrak v
Abstrac vi
Kandungan vii
Senarai Jadual xi
Senarai Rajah xiii
Senarai Daftar Singkatan xiv
Senarai Lampiran xv
BAB I PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 3
1.3 Pernyataan Masalah 6
1.4 Objektif Kajian 6
1.5 Persoalan Kajian 7
1.6 Kepentingan Kajian 7
1.7 Skop Kajian 8
viii
1.8 Terminologi 9
1.8.1 Amalan 9
1.8.2 Penggunaan 10
1.8.3 Komputer 10
1.8.4 Pengajaran dan Pembelajaran 10
1.8.5 Pengurusan 11
1.8.6 Maklumat 12
BAB II SOROTAN PENULISAN
2.1 Pengenalan 13
2.2 Penggunaan Komputer Dalam 13
Bidang Pendidikan
2.3 Komputer Dalam Proses Pengajaran Dan 16
Pembelajaran (P&P)
2.4 Komputer Dalam Aspek Pengurusan 20
Maklumat di Sekolah
2.5 Kemudahan Komputer di Sekolah 21
2.6 Internet Dalam Pendidikan 26
2.7 Isu Terhadap Penggunaan Komputer 28
Oleh Guru
2.8 Latihan Dalam Penggunaan Komputer 30
2.9 Penutup 33
BAB III METODOLOGI
3.1 Reka Bentuk Kajian 34
3.2 Tempat Kajian 35
3.3 Persampelan 35
3.4 Instrumen Kajian 35
3.5 Prosedur Kajian 36
ix
3.6 Analisis Data 37
3.7 Panduan Menjawab Soalan 39
3.8 Jangka Masa Kajian 40
3.9 Kajian Rintis 41
3.10 Pengedaran Item Soal Selidik 42
3.11 Penutup 43
BAB IV ANALISIS DATA
4.1 Pengenalan 44
4.2 Latar Belakang Responden 45
4.2.1 Taburan Responden Mengikut 45
Jantina
4.2.2 Taburan Pengalaman Mengajar 47
Responden
4.2.3 Taburan Kelulusan Ikhtisas 47
Responden
4.2.4 Pemilikan Komputer Peribadi (PC) 48
Responden
4.2.5 Taburan Pengalaman Menggunakan 49
Komputer Oleh Responden
4.3 Rumusan Latar Belakang Responden 49
4.4 Bahagian B 50
4.4.1 Kepenggunaan Komputer Oleh Guru 51
Dalam Proses Pengajaran dan
Pembelajaran (P&P)
4.4.2 Kepenggunaan Komputer Oleh Guru 56
Dalam Aspek Pengurusan Maklumat
Di Sekolah
x
4.4.3 Kemudahan Komputer yang 60
Disediakan di Sekolah Bagi Proses
Pengajaran dan Pembelajaran (P&P)
Serta Pengurusan Maklumat
4.5 Rumusan Bahagian B 65
4.6 Penutup 68
BAB V RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN
5.1 Pendahuluan 69
5.2 Perbincangan 70
5.2.1 Penggunaan Komputer Oleh Guru 71
Dalam Proses (P&P)
5.2.2 Penggunaan Komputer Oleh Guru 74
Dalam Proses Pengurusan Maklumat
5.2.3 Kemudahan Komputer Untuk Proses 76
Pengajaran dan Pembelajaran (P&P)
Serta Pengurusan maklumat
5.3 Rumusan 78
5.4 Cadangan Atau Saranan Kajian Lanjutan 80
5.4.1 Penambahan Kemudahan Komputer 80
di Sekolah
5.4.2 Perkembangan Staf 82
5.4.3 Penganjuran Hari Komputer 83
5.4.4 Cadangan Kajian Lanjutan 83
5.5 Penutup 84
SENARAI RUJUKAN DAN LAMPIRAN
Rujukan 85
Lampiran
xi
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT
2.1 Kemahiran Literasi Abad Ke-21 14
2.2 Jenis Perisian Aplikasi Serta Contohnya 23
3.1 Pernyataan Respons Skala Likert 37
3.2 Pemeringkatan Skala Jawapan Likert 38
3.3 Tahap penilaian Berdasarkan Min 39
3.4 Jumlah Pengedaran dan Perolehan
Item Soal selidik 42
4.1 Frekuensi Jantina responden 46
4.2 Frekuensi dan Peratusan Pengalaman
Mengajar Responden 47
4.3 Frekuensi dan Peratusan Kelulusan
Ikhtisas Responden 48
4.4 Frekuensi dan Peratusan Pemilikan
Komputer Responden 48
4.5 Frekuensi dan Peratusan Pengalaman
Menggunakan Komputer 49
4.6 Skala Penilaian Likert 50
4.7 Taburan Kekerapan, Peratusan Serta
Min Kecenderungan Responden
xii
Menggunakan Komputer dalam P&P 51
4.8 Taburan Kekerapan, Peratusan Serta
Min Kecenderungan Responden
Menggunakan Komputer Dalam
Proses Pengurusan maklumat Pelajar 56
4.9 Taburan Kekerapan, Peratusan Serta
Min Kecenderungan Responden
Terhadap Kemudahan Komputer yang
Disediakan di Sekolah 60
4.10 Analisis Skor Min Subskala 66
4.11 Tahap Penggunaan Komputer Oleh Guru 66
Dalam Proses P&P
4.12 Tahap Penggunaan Komputer Oleh Guru 66
Dalam Proses Pengurusan Maklumat
4.13 Tahap Kemudahan Komputer yang Disediakan 67
Di Tempat Kajian
xiii
SENARAI RAJAH
NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT
4.1 Peratusan Jantina Responden 46
5.1 Jumlah Persetujuan Bagi
Penggunaan Komputer Dalam
Proses P&P 70
5.2 Jumlah Persetujuan Bagi
Penggunaan Perisian Aplikasi
Dalam Proses P&P 72
5.3 Jumlah Persetujuan Bagi
Penggunaan Perisian Aplikasi
Pengurusan Maklumat Di sekolah 74
5.4 Jumlah Persetujuan Bagi
Perkakasan Komputer yang
Terdapat Di sekolah 76
xiv
DAFTAR SINGKATAN
ICT - Teknologi Informasi Komputer
KPM - Kementerian Pelajaran Malaysia
P&P - Pengajaran dan Pembelajaran
SPSS - Statistical Packages for Social Science
xv
SENARAI LAMPIRAN
RAJAH TAJUK
Lampiran A Item Soal Selidik
Lampiran B Surat Kebenaran Kementerian
Pelajaran Malaysia
Lampiran C Surat Kebenaran Kementerian
Pelajaran Negeri Johor
Lampiran D Analisis Data Bagi Kajian Rintis (Nilai Alfa Cronbach)
Lampiran E Analisis Data Bagi Kajian Sebenar
BAB I
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Komputer membawa istilah sebagai satu mesin yang dapat mengendalikan data
yang banyak dengan kelajuan yang tinggi. Ia tidak mempunyai otak, perasaan tetapi
mempunyai satu tugas menyelesaikan masalah-masalah yang sudah diprogramkan untuk
diselesaikan. Komputer mempunyai 4 tugas utama seperti yang dinyatakan oleh Vicky
Sharp (1999) iaitu;
i) menerima input seperti fakta atau set arahan daripada pengguna
ii) menyimpan maklumat di dalam memorinya
iii) memproses data daripada maklumat yang diberikan
iv) mengeluarkan hasil maklumat daripada keputusan yang diproses
Menurut Alan Hofmeister (1984), teknologi komputer pada mulanya telah
dicipta oleh Howard Aiken pada 1937 di mana pada masa itu beliau telah
membangunkan Mark I iaitu komputer pertama di dunia, dan semenjak daripada itu
teknologi ini telah berkembang dengan begitu pantas dengan permulaan daripada mesin
XT ke AT dan seterusnya melalui generasi 286, 386, 486, 586, Pentium, Pentium I,
Pentium II, Pentium III dan kini Pentium IV, dan perubahan saiz yang ketara daripada
2
Mark I yang mempunyai ketinggian 8 kaki dan 51 kaki panjang kepada saiz sekecil
tapak tangan pada masa kini. Ternyata teknologi ini telah melalui banyak perubahan dari
generasi ke generasi dan nyata telah membawa manusia amnya kepada perubahan
terhadap kemajuan corak hidup mereka.
Era penggunaan komputer yang meluas dalam pelbagai bidang kerjaya seperti
perniagaan, perindustrian, muzik, seni sastera, perubatan, pentadbiran, perundangan,
sukan dan bidang pendidikan. Perkembangan penggunaan komputer seperti teknologi
internet misalnya dianggap suatu pencapaian yang luar biasa di mana kenyataan ini
disokong oleh S. Dublish (2000) di Kongres Pengurusan e-Dagang. Menurut beliau,
suasana ledakan dalam perkembangan Internet Komputer berjaya menarik minat hampir
100 juta pengguna hanya dalam masa empat tahun jika dibandingkan dengan televisyen
dan radio masing-masing yang mengambil masa 14 dan 40 tahun hanya untuk menarik
minat 50 juta pengguna.
Di negara kita, penubuhan pelbagai institusi kerajaan dan swasta yang
memberikan perkhidmatan ke arah menjayakan usaha mempertingkatkan penguasaan
kemahiran menggunakan komputer dapat dijadikan sebagai bukti bahawa penggunaan
komputer amatlah penting dan banyak memberikan manfaat kepada manusia. Dalam
bidang pendidikan pula khususnya di sekolah, ternyata teknologi komputer dapat
memberikan banyak faedah dan manfaat di mana ianya dapat dilaksanakan dalam 3
aspek utama iaitu sebagai alat penyediaan bahan bantu mengajar (BBM), sebagai media
pengajaran dan pembelajaran (P&P), dan juga memudahkan pengurusan maklumat di
kalangan guru-guru di sekolah. Ketiga-tiga aspek ini jika ditekankan bersama-sama
boleh menghasilkan suatu hasil yang cukup berkesan dalam merealisasikan suatu kaedah
pengajaran dan pembelajaran serta pengurusan maklumat yang bijak, cekap dan teratur.
3
1.2 Latar Belakang Masalah
Perlaksanaan penggunaan komputer dalam bidang pendidikan oleh kerajaan
merupakan langkah awal ke arah mewujudkan masyarakat berteknologi selaras dengan
hasrat wawasan 2020. Ini terbukti dengan penubuhan Majlis Teknologi Maklumat
Negara (MTMN) pada tahun 1994 yang bermatlamat untuk mempertingkatkan
penggunaan serta pembangunan IT sebagai teknologi strategi dalam pembangunan
negara di mana ianya merangkumi sektor pendidikan kerana kerajaan nyata mahu
menerapkan kebijaksanaan ini pada peringkat “akar umbi” lagi.
Menurut Mokhtar Yusof (2001), dalam perlaksanaan penggunaan komputer di
sekolah ini, kerajaan telah membelanjakan puluhan juta ringgit untuk membina segala
kemudahan seperti makmal komputer, rangkaian komputer serta segala perkakasan
komputer untuk melengkapkan pakej dalam faktor kepenggunaannya untuk
merealisasikan hasrat untuk mewujudkan sekolah bestari yang dianggap sebagai salah
satu daripada 4 “flagship” selain perlaksanaan E-Kerajaan, Tele-Perubatan dan Kad
Pintar dan perlaksanaan penggunaan komputer ini terangkum di dalam Rancangan
Jangka Panjang Ketiga (RRJP3) 2001-2010. Bukti-bukti yang diutarakan ini nyata
menunjukkan bahawa kerajaan daripada awal lagi amat serius dalam perlaksanaan
penggunaan komputer di dalam bidang pendidikan khususnya di sekolah.
Seperti kita sedia maklum, komputer banyak menyumbang manfaat yang amat
berguna kepada bidang pendidikan di negara kita seperti yang telah digariskan oleh
Tengku Azzman dalam Azlinda dan Hashimah (2002) yang mengatakan terdapat tiga
sebab mengapa komputer amat diperlukan dalam pendidikan. Beliau menyatakan sebab
pertama ialah kerana banyak maklumat yang boleh dicapai daripada komputer tidak
boleh dilakukan oleh manusia itu sendiri. Sebab kedua yang dinyatakan ialah komputer
berkemampuan untuk mengutip dan menyimpan maklumat berbanding kemampuan
manusia untuk melakukannya dan sebab ketiga yang merujuk maklumat dan
pengetahuan menjadi kunci untuk lebih berikhtiar dalam kehidupan manusia khususnya
bagi pelajar itu sendiri.
4
Dalam keghairahan kita melaksanakan dasar pendidikan ini, secara sedar atau
tidak kita berhadapan dengan pelbagai isu yang boleh dianggap akan mengancam dan
membantutkan kelancaran dan keberkesanan hasrat dan impian ini.
Isu kepenggunaan komputer oleh para guru merupakan salah satu aspek yang
perlu kita bincangkan. Ini jelas terbukti dengan satu kenyataan oleh Zoriani (1992) yang
mengutarakan tentang alasan yang diberikan oleh 85 peratus guru-guru di Amerika
Syarikat yang tidak tahu menggunakan komputer, mengatakan bahawa mereka akan
merosakkan komputer, ianya terlalu mahal, ianya sukar dipelajari, mereka tidak ada
masa dan mereka terlalu tua untuk menggunakannya. Daripada pernyataan ini jelas
menunjukkan sikap dan kemampuan guru-guru di negara maju mengenai penggunaan
komputer. Persoalan yang timbul kini, adakah guru-guru di sekolah tempat kajian
mempunyai persepsi yang sama terhadap penggunaan komputer? Dan bagaimana pula
dengan tahap penggunaannya dalam kedua-dua aspek ini?.
Menurut laporan daripada Marzita Abdullah (2003) pula, mengenai satu kajian di
Changkat Jering, Taiping, Perak oleh sekumpulan penyelidik dari Universiti Pendidikan
Sultan Idris (UPSI), contohnya telah mempertikaikan keberkesanan penggunaan
komputer sehinggakan mereka berpendapat para pelajar belum boleh dikatakan sebagai
celik komputer kerana mereka hanya pandai memadam, menyimpan dan menyalin fail
daripada cakera keras berbanding sukatan pelajaran Literasi yang sepatutnya mereka
kuasai di sekolah. Hasil kajian ini nyata telah membangkitkan pelbagai persoalan lagi
tentang di mana wujudnya kesilapan sama ada ianya adalah kesilapan sikap para guru
dalam aspek kepenggunaan atau pun kekangan daripada masalah kekurangan
kemudahan komputer di sekolah.
Isu keyakinan diri dan sikap terhadap penggunaan komputer dalam proses
pengajaran dan pembelajaran dan kurikulum ICT juga perlu diambil berat dalam soal
perlaksanaan program ini ke arah tahap optimum. Dalam satu kajian oleh Robiah Sidin
dan Nor Sakinah Mohamad (2002) telah menyelidiki akan kedua-dua isu ini. Bagi isu
keyakinan terhadap kurikulum ICT, hasil kajian ini mendapati daripada 7 pernyataan
5
yang diajukan, para guru menunjukkan tahap keyakinan pada tahap median 4 iaitu boleh
dikatakan tinggi berbanding median tertinggi iaitu 5. Tetapi dalam kajian yang ditujukan
kepada responden tentang perlaksanaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran
di sekolah, keputusan mendapati kebanyakan pernyataan yang merujuk kepada
penglibatan guru dalam penggunaan komputer dalam proses pengajaran dan
pembelajaran misalnya galakan oleh guru dalam penglibatan ICT dan teknik pengajaran
guru menggunakan komputer menunjukkan medium 3 yang boleh dianggap rendah
berbanding medium 5. Ternyata banyak lagi yang perlu diselidik tentang isu ini kerana
hasil kajian ini tampak tidak seiring keputusannya antara 2 pihak iaitu guru dan pelajar.
Melalui satu lagi kajian oleh Sakeri (1998) di daerah Bachok, Kelantan telah
mendapati pengetahuan komputer di kalangan guru agak tinggi iaitu 86.8% tetapi
malangnya hanya 67.9% menggunakannya untuk bermain permainan komputer. Dalam
kajian ini juga menyatakan bahawa 32% para guru menggunakannya untuk membuat
nota dan 25% telah menggunakannya bagi membuat soalan. Ini dapat menjelaskan
bahawa para guru di tempat kajian masih tidak mengoptimumkan penggunaan komputer
dalam aspek pendidikan berbanding aspek penggunaan sebaliknya. Menurut Shafie
dalam Ismail (2005) tentang suatu kajian yang telah dilakukan di sekolah-sekolah negeri
Kedah pada tahun 1990 mendapati guru-guru menggunakan komputer sebagai media
pengajaran hanyalah berjumlah 8.6% sahaja. Ini menunjukkan para guru masih lemah
dalam aspek kepenggunaan komputer khususnya dalam proses pengajaran dan
pembelajaran (P&P).
Mengikut satu kertas kerja oleh Abu Hassan, et al. (1992), daripada Jabatan
Pendidikan Sains dan Teknik, Fakulti Sains, Universiti Teknologi Malaysia mereka
menyatakan bahawa apek penggunaan komputer dalam pengurusan dan pentadbiran
pendidikan amat kurang ditekankan dan dibincangkan di dalam sebarang bengkel,
seminar atau kursus. Mereka menyatakan bahawa langkah pendedahan komputer kepada
kakitangan sekolah merupakan satu tapak bagi “menyediakan” para guru untuk
menghadapi langkah seterusnya iaitu penyerapan komputer ke dalam kurikulum sekolah
kerana ia memberi kesedaran dan keyakinan kepada golongan terlibat tentang
6
kepentingan dan kebolehan komputer khususnya dalam mengekalkan dan
mempertingkatkan lagi kecekapan dan kecemerlangan pengurusan dan pentadbiran
sekolah.
Menurut satu kajian oleh Goo (2002) tentang kelengkapan dan penggunaan
komputer di sekolah menengah di Daerah Johor Baru mendapati kelengkapan dan
penggunaan komputer oleh guru berada pada tahap sederhana. Hasil dapatan kajian
beliau juga mendapati tahap penggunaan komputer untuk tujuan pengurusan di sekolah
adalah tinggi berbanding tujuan proses pengajaran dan pembelajaran berbantukan
komputer.
Melalui kepentingan dan isu-isu komputer dalam pendidikan di dalam aspek
pengajaran dan pembelajaran serta pengurusan di sekolah seperti yang dinyatakan di atas
inilah yang mendorong pengkaji ingin melihat sejauh mana penggunaan oleh para guru
di sekolah tempat kajian terhadap dua aspek yang telah dibincangkan.
1.3 Pernyataan Masalah
Dalam kajian ini, penyelidik ingin meninjau berkenaan tahap amalan
penggunaan komputer di kalangan guru sekolah tempat kajian dalam proses pengajaran
dan pembelajaran dan aspek pengurusan maklumat di sekolah serta mengenal pasti tahap
penyediaan kemudahan komputer yang di sediakan terhadap kepenggunaannya dalam
kedua-dua aspek yang dibincangkan oleh penyelidik.
1.4 Objektif Kajian
Berdasarkan kenyataan di atas, kajian dilakukan untuk mengenal pasti;
i) tahap penggunaan komputer dalam proses pengajaran dan pembelajaran
(P&P) di kalangan guru-guru
7
ii) tahap penggunaan komputer dalam pengurusan maklumat di kalangan
guru-guru
iii) tahap kemudahan komputer yang disediakan di sekolah bagi proses P&P
serta pengurusan maklumat
1.5 Persoalan Kajian
Berdasarkan objektif yang dinyatakan di atas, penyelidik berharap agar kajian
yang dijalankan ini dapat menjawab beberapa persoalan seperti yang dinyatakan di
bawah:
i) Apakah tahap penggunaan komputer oleh guru dalam proses pengajaran
dan pembelajaran?
ii) Apakah tahap penggunaan komputer oleh guru dalam pengurusan
maklumat di sekolah?
iii) Apakah tahap kemudahan komputer yang disediakan di sekolah terhadap
penggunaan proses P&P serta pengurusan maklumat?
1.6 Kepentingan Kajian
Secara umumnya, kajian yang dilakukan ini dapat memberikan gambaran
sebenar berkenaan penggunaan komputer dalam aspek proses pengajaran dan
pembelajaran (P&P) dan aspek pengurusan maklumat serta pengenalpastian kemudahan
komputer yang terdapat di Sekolah Menengah Dato’ Seri Amar Diraja Muar.
Dengan ini diharapkan pihak sekolah tempat kajian akan mengadakan
perancangan, pendekatan atau kursus-kursus dalaman bagi mendedahkan perkembangan
semasa mengenai perkembangan komputer khususnya dalam aspek pengajaran dan
8
pembelajaran (P&P) serta pengurusan maklumat. Ini seterusnya akan dapat memberikan
pengetahuan semasa kepada warga sekolah khasnya kepada para guru dan seterusnya
mengelakkan berlakunya situasi ketinggalan di dalam ilmu komputer khususnya untuk
bidang pendidikan kepada warga pendidik.
Hasil kajian ini juga diharapkan akan membantu sedikit sebanyak pihak jabatan
pendidikan negeri dalam aspek perancangan, pengurusan dan perlaksanaan komputer
dalam pendidikan di negeri masing-masing. Apabila ketiga-tiga proses tersebut berjalan
secara lancar, maka ia akan menghasilkan suatu output yang berada pada tahap yang
cemerlang dalam pendidikan negara.
Di samping itu, kajian ini juga diharapkan menjadi suatu bentuk bantuan kepada
para pereka perisian aplikasi (software developers) yang menghasilkan perisian-perisian
untuk kegunaan di sekolah meliputi pengajaran dan pembelajaran (P&P) serta
pengurusan maklumat sekolah bagi lebih mengenal pasti tentang kehendak utama dalam
proses pembinaan dan reka bentuknya.
Selain itu, kajian ini akan memberikan sedikit sebanyak pengalaman serta
pengetahuan tentang penggunaan serta kepentingan komputer di sekolah seterusnya
menjadi salah satu elemen tambahan bagi persiapan penyelidik untuk mengajar di
sekolah.