i
E-PERUBATAN UNTUK DOKTOR DAN SENSEI
TAY MING WAI
Laporan projek ini dikemukakan
sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat
penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer
Fakulti Sains Komputer dan Sistem Maklumat
Universiti Teknologi Malaysia
APRIL 2008
iv
PENGHARGAAN
Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan setinggi-tinggi
penghargaan dan ribuan terima kasih kepada penyelia saya, Dr. Norafida Bte Ithnin.
Beliau telah banyak mengorbankan masa dan tenaga dalam memberikan bimbingan
dan tunjuk ajar kepada saya untuk membantu saya menyiapkan projek ini.
Tidak lupa juga ucapan terima kasih kepada semua rakan-rakan seperjuangan
yang telah banyak memberi sokongan moral dan sumbungan bagi menjayakan projek
ini.
Akhir sekali, ribuan terima kasih kepada keluarga saya yang telah banyak
memberi dorongan dan kasih sayang kepada saya.
v
ABSTRAK
Dewasa ini, kerajaan Malaysia menggalakkan doktor menggunakan cara
perubatan tradisional keatas pesakit mereka. Terdapat pandangan daripada doktor
bahawa sesetengah penyakit dapat diatasi dengan lebih cepat dan efektif jika
menggunakan cara perubatan tradisional ataupun gabungan kedua-dua cara
perubatan moden dan juga perubatan tradisional. Melalui kajian yang telah
dijalankan didapati doktor menghadapi masalah dalam penggunaan perubatan
tradisional. Doktor hanya akan menggunakan perubatan moden keatas pesakitnya
tetapi jika doktor ingin menggunakan cara perubatan tradisional, doktor tidak tahu
bagaimana caranya untuk menggunakan perubatan tradisional. Masalah yang
dihadapi oleh sensei pula ialah sensei tidak dapat mengingati semua jenis ubat
tradisional terutamanya fungsi herba tradisional. Oleh itu, E-Perubatan Untuk Doktor
Dan Sensei dibangunkan untuk membantu doktor dan sensei untuk mendapatkan
maklumat mengenai ubat tradisional dengan lebih efektif. Dengan kewujudan sistem
ini, doktor dan sensei akan dapat mencari maklumat mengenai ubat tradsional
dengan lebih mudah dan cepat. Sistem ini dibangunkan untuk doktor, sensei dan
juga pengurus sistem sahaja. Sistem ini dibangunkan mengikut langkah-langkah
berdasarkan metodologi Model Prototaip Evolusi. Sistem ini dibangunkan
menggunakan perisian Microsoft Visual Studio .NET. Microsoft SQL Server 2005
akan digunakan sebagai pangkalan data bagi sistem ini. Diharapkan sistem ini dapat
membenarkan doktor dan sensei berkongsi maklumat dengan lebih efektif.
vi
ABSTRACT
Nowadays, Malaysia’s government encourages doctor to apply traditional
medication to their patient. Certain doctors believe that a combination of both
modern and traditional medication will be better compared to only using either one
medication. Through research, we noticed that doctor faced a problem in applying
traditional medication. Doctors will give modern medication to their patient but
when doctors would like to use traditional medication, they do not know how to
apply it. Meanwhile problem faced by the sensei is, they do not remember all the
traditional herbs especially the function of the traditional herbs. Therefore, e-
Perubatan Untuk Doktor Dan Sensei is a system that can help doctors and sensei to
get more information regarding traditional medication such as the function of
traditional herbs. By using this system, doctors and sensei can get information
regarding traditional herbs more easily. This system was developed only for doctor,
sensei and system administrator. The selected methodology that used in system
development is Evolution Prototype Model. This system was develop using
Microsoft Visual Studio .NET and Microsoft Server 2005. It is hope that the system
developed will let doctor and sensei share information more effectively.
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
JUDUL i
PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI RAJAH xiii
SENARAI JADUAL xv
SENARAI SINGKATAN xvii
SENARAI ISTILAH xviii
SENARAI LAMPIRAN xix
BAB 1 PENGENALAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 2
viii
1.3 Matlamat 3
1.4 Penyataan Masalah 3
1.5 Objektif Projek 4
1.6 Skop Projek 4
1.7 Kepentingan Projek 5
1.8 Rumusan 5
BAB 2 KAJIAN LITERATUR
2.1 Pengenalan 6
2.2 Perubatan (Medication) 7
2.3 E-Perubatan (e-Medication) 7
2.4 Kajian Ke Atas Sistem Sedia Ada 8
2.4.1 Kajian kes 1 – e-Medical Pharmacy
Online System 8
2.4.2 Kajian kes 2 – Laman Web
Eu Yang Sang International 10
2.4.3 Kajian Kes 3 – Laman Web Hai-O e-Store 12
2.4.4 Kajian Kes 4 – Temujanji dengan
Tang Weng Seng Sensei 14
2.4.5 Kajian Kes 5 – Temujanji Dengan
Dr. Teoh Wei Choon 15
2.4.6 Perbandingan Sistem Yang Sedia Ada 16
2.5 Kajian Ke Atas Teknologi Yang Digunakan 18
2.5.1 Internet 19
2.5.2 World Wide Web (WWW) 19
2.5.3 ASP.NET 20
2.5.4 Microsoft SQL Server 2005 21
ix
2.5.5 Personal Digital Assistant (PDA) 22
2.6 Rumusan 23
BAB 3 METODOLOGI PROJEK
3.1 Pengenalan 24
3.2 Metodologi Prototaip Evolusi 25
3.3 Metodologi Pembangunan Sistem 26
3.3.1 Fasa Perancangan 27
3.3.2 Fasa Analisis 27
3.3.3 Fasa Rekabentuk 28
3.3.3.1 Unified Modeling Language 29
3.3.4 Fasa Pembangunan 29
3.3.5 Fasa Pengujian Dan Penilaian Prototaip 30
3.4 Justifikasi Pemilihan Metodologi Secara Prototaip 31
3.5 Analisis Keperluan Sistem 32
3.5.1 Spesifikasi Dan Justifikasi Perkakasan 32
3.5.2 Spesifikasi Dan Justifikasi Perisian 33
3.6 Rumusan 34
BAB 4 REKABENTUK
4.1 Pengenalan 35
4.2 Rekabentuk Senibina Sistem 36
4.3 Rekabentuk Umum 37
x
4.3.1 Rekabentuk Modul Sensei 37
4.3.2 Rekabentuk Modul Doktor 39
4.3.3 Rekabentuk Modul Pentadbir 40
4.3.4 Rekabentuk Modul Pengguna Biasa 41
4.4 Rekabentuk Kes Guna Sistem 42
4.5 Rekabentuk Rajah Jujukan Bagi Sensei 45
4.5.1 Rajah Jujukan Login Bagi Sensei 45
4.5.2 Rajah Jujukan Chinese Herbs Bagi Sensei 46
4.5.3 Rajah Jujukan Traditional Herbal Remedies
Bagi Sensei 47
4.5.4 Rajah Jujukan Forum Bagi Sensei 48
4.5.5 Rajah Jujukan Pengurusan Maklumat
Bagi Sensei 49
4.6 Rekabentuk Rajah Jujukan bagi Doktor 50
4.6.1 Rajah Jujukan Login Bagi Doktor 51
4.6.2 Rajah Jujukan Modern Remedies Bagi
Doktor 52
4.6.3 Rajah Jujukan Forum Bagi Doktor 53
4.6.4 Rajah Jujukan Pengurusan Maklumat
Bagi Doktor 53
4.7 Rekabentuk Rajah Jujukan bagi Pentadbir 54
4.7.1 Rajah Jujukan Login Bagi Pentadbir 55
4.7.2 Rajah Jujukan Pengurusan Maklumat
Bagi Pentadbir 56
4.7.3 Rajah Jujukan Forum Bagi Pentadbir 57
4.8 Rekabentuk Rajah Jujukan bagi Pengguna Biasa 57
4.8.1 Rajah Jujukan e-Perpustakaan
Bagi Pengguna Biasa 58
4.8.2 Rajah Jujukan Forum Bagi Pengguna Biasa 59
4.9 Antaramuka Pengguna 59
4.10 Rekabentuk Pangkalan Data 62
xi
4.11 Rumusan 64
BAB 5 IMPLEMENTASI DAN PENGUJIAN
5.1 Pengenalan 65
5.2 Implementasi Sistem 66
5.3 Persekitaran Pembangunan 68
5.4 Pemasangan Pangkalan Data 69
5.5 Pembangunan Antaramuka 69
5.6 Pengaturcaraan Modul 69
5.6.1 Fungsi Login 70
5.6.2 Fungsi Kemasukan Data 73
5.6.3 Fungsi Paparan Maklumat 74
5.6.4 Fungsi Kemaskini 76
5.6.5 Fungsi Hapus Data 78
5.7 Pengujian 80
5.7.1 Pengujian Kotak Hitam 95
5.8 Kesimpulan 96
BAB 6 PERBINCANGAN DAN KESIMPULAN
6.1 Pengenalan 97
6.2 Hasil Dan Pencapaian Sistem 98
6.3 Kelebihan Sistem 98
6.4 Kelemahan Dan Masalah Sistem 99
xii
6.5 Cadangan Pembaikan Dan Peningkatan 100
6.6 Kesimpulan 101
BIBLIOGRAFI 103
RUJUKAN 104
LAMPIRAN A 106
LAMPIRAN B 108
LAMPIRAN C 110
LAMPIRAN D 114
xiii
SENARAI RAJAH
NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT
3.1 Fasa-fasa Prototaip Evolusi 26
4.1 Rajah Senibina Sistem 36
4.2 Modul Umum 37
4.3 Modul Sensei 38
4.4 Modul Doktor 39
4.5 Modul Pentadbir 40
4.6 Modul Pengguna Biasa 41
4.7 Gambar Rajah Kes Guna Bagi Sensei 42
4.8 Gambar Rajah Kes Guna Bagi Doktor 43
4.9 Gambar Rajah Kes Guna Bagi Pentadbir 44
4.10 Gambar Rajah Kes Guna Bagi Pengguna Biasa 45
4.11 Rajah Jujukan Login Bagi Sensei 46
4.12 Rajah Jujukan Chinese Herbs Bagi Sensei 47
4.13 Rajah Jujukan Traditional Herbal Remedies
Bagi Sensei 48
4.14 Rajah Jujukan Forum Bagi Sensei 49
4.15 Rajah Jujukan Pengurusan Maklumat Bagi Sensei 50
4.16 Rajah Jujukan Login Bagi Doktor 51
4.17 Rajah Jujukan Modern Remedies Bagi Doktor 52
4.18 Rajah Jujukan Forum Bagi Doktor 53
4.19 Rajah Jujukan Pengurusan Maklumat Bagi Doktor 54
4.20 Rajah Jujukan Login Bagi Pentadbir 55
4.21 Rajah Jujukan Pengurusan Maklumat
Bagi Pentadbir 56
xiv
4.22 Rajah Jujukan Forum Bagi Pentadbir 57
4.23 Rajah Jujukan e-Perpustakaan Bagi
Pengguna Biasa 58
4.24 Rajah Jujukan Forum Bagi Pengguna Biasa 59
4.25 Antaramuka Utama Pada Laman Web 60
4.26 Paparan Login Pengguna Pada PDA 61
4.27 Rekabentuk Pangkalan Data 62
4.28 Rekabentuk Table Bagi Chinese Herbs 63
4.29 Rekabentuk Table Bagi Member 64
5.1 Implementasi Sistem
E-Perubatan Untuk Doktor Dan Sensei 68
5.2 Keratan Aturcara Bagi Fungsi Login 71
5.3 Antaramuka Login 72
5.4 Antaramuka Login Bagi PDA 72
5.5 Keratan Aturcara Bagi Fungsi Kemasukkan Data 73
5.6 Antaramuka Chinese Herbs 74
5.7 Keratan Aturcara Bagi Fungsi Paparan Data 75
5.8 Antaramuka Traditional Herbal Remedies 75
5.9 Antaramuka Traditional Herbal Remedies Bagi
PDA 76
5.10 Keratan Aturcara Bagi Fungsi Kemaskini 77
5.11 Antaramuka Kemaskini Maklumat Chinese Herbs 78
5.12 Keratan Aturcara Bagi Fungsi Hapus Data 79
5.13 Antaramuka Hapus Maklumat Chinese Herbs 80
xv
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT
2.1 Jadual Perbandingan Tiga Sistem Yang Dikaji 17
3.1 Jadual Spesifikasi Perkakasan 32
5.1 Jenis Perisian Yang Digunakan 68
5.2 Pengujian Modul Login 81
5.3 Pengujian Modul Chinese Herbs Bagi Sensei 82
5.4 Pengujian Modul Chinese Herbs Bagi doktor 83
5.5 Pengujian Modul Chinese Herbs Bagi
Pengguna Biasa 83
5.6 Pengujian Modul Chinese Herbs Bagi pentadbir 84
5.7 Pengujian Modul Traditional Herbal Remedies
Bagi Sensei 85
5.8 Pengujian Modul Traditional Herbal Remedies
Bagi Doktor 86
5.9 Pengujian Modul Traditional Herbal Remedies
Bagi Pengguna Biasa 86
5.10 Pengujian Modul Traditional Herbal Remedies
Bagi Pentadbir 87
5.11 Pengujian Modul Modern Remedies Bagi Sensei 88
5.12 Pengujian Modul Modern Remedies Bagi Doktor 89
5.13 Pengujian Modul Modern Remedies Bagi
Pengguna Biasa 90
5.14 Pengujian Modul Modern Remedies Bagi
xvi
Pentadbir 91
5.15 Pengujian Modul Forum Bagi Pentadbir 92
5.16 Pengujian Modul Forum Bagi Sensei 93
5.17 Pengujian Modul Forum Bagi Doktor 94
5.18 Pengujian Modul Forum Bagi Pengguna Biasa 95
xvii
SENARAI SINGKATAN
SINGKATAN NAMA PENUH
HTTP HyperText Transfer Protocol
PDA Personal Digital Assistant
ROM Read Only Memory
RAM Random Access Memory
SQL Server Query Language
UML Unified Modeling Language
Wi-Fi Wireless Fidelity
xviii
SENARAI ISTILAH
BAHASA MELAYU BAHASA INGGERIS
Antaramuka Interface
Kata laluan Password
Muat Naik Upload
Muat Turun Download
Nama Pengguna Username
Perkakasan Hardware
Pelayar Browser
Pelayan Server
Penyulitan Encryption
Penyahsulitan Decryption
Perisian Software
Rajah Jujukan Sequence Diagram
Rajah Kes Guna Use Case Diagram
Tanpa Wayar Wireless
xix
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT
A Carta Gantt Projek Sarjana Muda 1 106
B Carta Gantt Projek Sarjana Muda 2 108
C Gambar Rajah Sistem Sedia Ada 110
D Manual Pengguna 114
1
BAB 1
PENGENALAN
1.0 Pengenalan
Perubatan boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu perubatan moden dan juga
perubatan tradisional. Dalam bidang perubatan moden terdapat doktor, jururawat, ahli
farmasi dan sebagainya. Ubat-ubat yang digunakan dalam perubatan moden kebanyakan
adalah dalam bentuk pil dan cecair. Perubatan tradisional adalah berbeza dengan
perubatan moden. Dalam bidang perubatan tradisional, orang yang merawat pesakit
dinamakan sebagai sensei. Ubat-ubat yang digunakan dalam perubatan tradisional
kebanyakan menggunakan herba.
Terdapat pelbagai sistem berasaskan web yang berkaitan dengan bidang
perubatan. Contoh laman web yang berkaitan dengan perubatan moden mahupun dalam
perubatan tradisional. Contoh URL yang berkaitan dengan perubatan moden adalah
seperti http://www.ehealth-bg.org. Contoh URL yang berkaitan dengan perubatan
tradisonal pula adalah seperti http://www.euyansang.com.my.
2
Melalui laman web perubatan, doktor mahupun sensei atau pengguna biasa boleh
mendapat maklumat mengenai perubatan dengan lebih mudah. Laman web yang
menggabungkan kedua-dua perubatan moden dan tradisional dibangunkan dengan
tujuan meningkatkan mutu kualiti kedua-dua bidang perubatan.
1.2 Latar Belakang Masalah
Terdapat pandangan daripada doktor bahawa sesetengah penyakit dapat diatasi
dengan lebih cepat dan efektif jika menggunakan cara perubatan tradisional ataupun
gabungan kedua-dua cara perubatan moden dan juga perubatan tradisional. Contohnya
seperti Acupuncture dan juga herba tradisional Cina seperti red dates. Ini juga telah
dikaji secara sainstifik bahawa herba tradisional mempunyai fungsi perubatan yang
efektif pada penyakit tertentu.
Pada umumnya, doktor di hospital menggunakan cara perubatan moden pada
pesakitnya. Disebabkan kepakaran doktor adalah dalam bidang perubatan moden, jadi,
doktor tidak mempunyai maklumat yang mencukupi tentang perubatan tradisional
supaya dapat dicadangkan kepada pesakitnya. Sebagai contoh, jika seorang doktor ingin
mencadangkan pesakitnya makan ubat tradisional tetapi doktor tidak tahu apakah herba
yang sesuai digunakan pada pesakitnya.
Masalah yang dihadapi oleh sensei pula adalah sensei tidak dapat mengingatkan
semua jenis dan fungsi ubat tradisional. Ini adalah kerana terdapat terlalu banyak jenis
herba yang digunakan dalam perubatan tradisional. Biasanya sensei akan merujuk
kepada buku rujukan ubat tradisional jika ingin mengetahui fungsi ubat tradisional.
3
Dengan kewujudan sistem ini, ia bukan saja menyelesaikan masalah bagi doktor
dan juga sensei, ia juga dapat menawarkan satu platform bagi kedua-dua pihak untuk
menukar maklumat dan berinteraksi.
1.3 Matlamat
Matlamat pembangunan sistem ini adalah untuk menawarkan satu platform bagi
doktor dan sensei dari bidang perubatan yang berlainan untuk berkomunikasi, menukar
maklumat dan juga berinteraksi untuk meningkatkan mutu kualiti kedua-dua bidang
perubatan.
1.4 Penyataan Masalah
Dalam kajian yang dijalankan, beberapa masalah telah dikenalpasti. Justeru itu,
satu persoalan utama diutarakan. Persoalan ini ialah ”Bagaimanakah menghasilkan satu
sistem yang dapat menggabungkan perubatan moden dan perubatan tradisional bagi
menangani masalah perkongsian maklumat yang wujud antara doktor dan sensei dan
seterusnya meningkatkan mutu kualiti kedua-dua bidang perubatan? ”
4
1.5 Objektif Projek
Objektif bagi projek ini adalah seperti berikut:
i. Mengkaji dan menganalisis sistem perubatan yang sedia ada dan teknik
keselamatan yang digunakan dalam sistem perubatan moden dan juga sistem
perubatan tradisional.
ii. Merekabentuk dan membangunkan sistem perubatan altenatif yang
menggabungkan bidang perubatan moden dan juga perubatan tradisional.
iii. Mengimplementasi sistem perubatan alternatif dengan menggunakan teknik
keselamatan dan teknologi tanpa wayar (Wireless).
1.6 Skop Projek
Berikut merupakan skop bagi projek ini:
i. Kajian kes melibatkan doktor, sensei dalam bidang rawatan biasa dan juga sensei
yang pakar dengan penggunaan herba tradisional.
ii. Sistem ini dibangunkan dengan menggunkan bahasa .NET dan pangkalan data
dibangunkan dengan menggunakan Microsoft SQL Server 2005.
iii. Capaian maklumat terhadap sistem ini boleh dilakukan dengan menggunakan
teknologi PDA dan komputer peribadi sahaja.
5
1.7 Kepentingan Projek
Terdapat beberapa kepentingan dalam pembangunan projek ini iaitu melalui
pembangunan sistem ini ia dapat meningkatkan mutu kualiti kedua-dua bidang
perubatan. Selain daripada itu, ia juga memberi output yang berguna kepada pengguna
sistem seperti mengetahui maklumat-maklumat tentang ubat tradisional dan juga ubat
moden.
1.8 Rumusan
Secara keseluruhannya, sistem yang akan dibangunkan ini adalah untuk
kegunaan doktor dari perubatan moden dan juga sensei dari perubatan tradisional sahaja.
Sistem yang mengimplementasikan teknologi tanpa wayar ini dibangunkan setelah
mengenalpasti setiap masalah yang timbul berikutan daripada pemerhatian, keperluan
dan juga kajian yang dijalankan. Ini adalah bagi memastikan sistem yang dibangunkan
ini mempunyai objektif dan matlamat yang jelas. Sistem ini diharapkan dapat memberi
manfaat kepada pengguna dan dapat menangani masalah komunikasi antara doktor dan
sensei dari bidang perubatan yang berlainan.