Download - IB-MYP Mckk Completed
-
7/21/2019 IB-MYP Mckk Completed
1/34
1
TAHAP KESEDIAAN GURU DAN PENERIMAAN PELAJAR SERTA IBU BAPA
DALAM PENERAPAN PROGRAM INTERNATIONAL BACCALAUREATE
MIDDLE YEARS DI MAKTAB MELAYU KUALA KANGSAR.
Nor Azlin Mohd Tarmidzi, Mohd Ariffuddin Abdul Aziz, Jamaliah Salleh
Fakulti Pendidikan
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM),
Bangi, Selangor.
Abstrak: Kajian ini dijalankan bertujuan untuk menilai persepsi guru di Maktab Melayu
Kuala Kangsar terhadap tahap kesediaan mereka untuk menerapkan Program International
Baccalaureate Middle Years serta penerimaan ibu bapa terhadap pendekatan menggunakan
Program International Baccalaureate Middle Years. Tahap kesediaan dalam kajian berbentuk
deskriptif ini difokuskan kepada tiga aspek utama iaitu minat, keyakinan dan kemampuan
guru untuk mengajar menggunakan program tersebut dalam proses pengajaran dan
pembelajaran mereka. Kajian yang dijalankan berbentuk kuantitatif diskriptif iaitu
menggunakan soal selidik sebagai instrumen kajian. Seramai 3 orang guru telah dipilih secara
rawak. Hasil kajian mendapati bahawa kesediaan responden pada keseluruhannya berada ditahap yang kurang memuaskan. Majoriti responden mempunyai minat dan berkemampuan
untuk mengajar sambil menerapkan kurikulum International Baccalaureate Middle Years
Program. Walaubagaimanapun responden mempunyai tahap keyakinan yang sederhana.
Latihan atau kursus-kursus tertentu diperlukan bagi meningkatkan lagi tahap keyakinan dan
penguasan mereka. Bagi mengukur tahap penerimaan ibu bapa dan pelajar pula instrument
yang digunakan ialah temubual secara berkumpulan ( focus group).
Katakunci : kesediaan guru, International Baccalaureate Middle Years Program, penerimaan
ibu bapa dan pelajar.
-
7/21/2019 IB-MYP Mckk Completed
2/34
2
BAB 1
PENDAHULUAN
PENGENALAN
Pendidikan bertaraf dunia boleh ditakrifkan sebagai kemampuan dan pencapaian cemerlang
Malaysia dalam membangunkan sektor pendidikan. Ia mempunyai konotasi yang luas dan
merupakan satu komitmen dan usaha Kementerian Pelajaran bagi memperbaiki kualiti
pendidikan negara supaya ianya dapat ditingkatkan kepada satu tahap yang tinggi dan mampu
menyaingi negara maju yang lain.
MALAY COLLEGE KUALA KANGSAR
Kuala Kangsar terkenal dengan tempat wujudnya sebuah institusi pelajaran yang terkenal diNegara ini. Institusi pelajaran itu ialah Maktab Melayu Kuala Kangsar yang telah memainkan
peranan penting dalam melahirkan para cendiakawan Melayu untuk memegang teraju
pemerintahan Negara.
Detik-detik penubuhan Maktab Melayu Kuala Kangsar bermula pada tahun 1904 bila
mana R.J. Wilkinson, Pengarah Sekolah-sekolah di Negeri-negeri Melayu Bersekutu menulis
surat kepada Residen General dan mencadangkan penubuhan sebuah sekolah khas ( Special
Residential School) di dalam Negeri-negeri Melayu Bersekutu. Sekolah ini adalah bertujuan
-
7/21/2019 IB-MYP Mckk Completed
3/34
3
untuk memberi pelajaran moden yang lebih baik kepada anak-anak bangsawan dalam usaha
melatih mereka ini bagi diserapkan di bahagian-bahagian tertentu dalam pentadbiran kerajaan
Inggeris.
Wilkinson juga menyatakan dengan panjang lebar tentang betapa perlunya anak-anak
golongan bangsawan diberi pelajaran yang lebih baik supaya apabila mereka tamat pengajian
kelak, berkelayakan menjadi Jurukur, Juruteknik, Pegawai Hutan, Pentadbir dan lain-lain. Ini
kerana selama ini pelajaran yang diberikan kepada anak-anak Melayu hanya di peringkat
rendah sahaja.
Cadangan Wilkinson telah dibincangkan dalam Persidangan Residen 1904 dan hasil
persetujuan untuk menubuhkan sekolah ini deserahkan pada Pemangku Pesuruhjaya Tinggi
pada masa itu Sir William H. Treacher. Dengan itu, pada 2 Januari 1905 sebuah sekolah
telah dibuka yang dikenali sebagai Malay Residential School dengan Mr. William
Hargreaves, bekas Guru Besar Penang Free School menjadi Guru Besar pertama sekolah ini.
Sekolah ini dibina di atas tapak yang diberikan oleh almarhum Sultan Idris di Bandar DiRaja
Kuala Kangsar. Baginda adalah seorang raja yang amat mengambil berat tentang pelajaran
anak-anak Melayu dan merupakan orang yang kuat sekali menyokong cadangan penubuhan
sekolah ini dahulu.
Dalam tempoh percubaannya selama tiga tahun, sekolah baru ini telah menunjukkan
kejayaan dan kemajuan yang baik dan memuaskan. William Hargreaves yang memulakan
pembelajaran di sekolah ini dengan 2 orang guru yang lain telah menerima 59 orang pelajar
di awal pembukaannya. Pada tahun berikutnya bilangan pelajar bertambah kepada 79 orang
yang kebanyakkannya terdiri daripada anak-anak golongan bangsawan.
Walaupun keadaan bangunan sekolah yang kurang sempurna, tetapi semangat yang
ditunjukkan oleh pelajar-pelajar sekolah ini amat membanggakan sekali. Pelajar-pelajar ini
sebahagian daripadanya tinggal di asrama, rumah-rumah sewa dan kuarters keretapi.
Manakala anak-anak golongan bangsawan dan anak-anak raja tinggal tinggal di rumah sewa
yang lebih baik bersam-sama Guru Besar dan guru-guru yang lain. Pelajar-pelajar juga diberi
wang saku oleh kerajaan untuk perbelanjaan harian mereka.
Dibina di atas tanah kurnia Sultan Perak ke-28, Sultan Idris Murshidul Azam Shah I
seluas 16.2 hektar di Jalan Stesyen, Kuala Kangsar pada tahun 1905, sejarah MCKK banyak
dirakam oleh bangunan asal sekolah itu yang kini dikenali sebagai Big School.
-
7/21/2019 IB-MYP Mckk Completed
4/34
4
Bangunan yang bercirikan seni bina Greco-Roman itu dirasmikan pada tahun 1909.
Lokasinya strategik, berhampiran Stesen Keretapi Kuala Kangsar dan Bukit Chandan yang
menjadi lokasi pusat pemerintahan Kesultanan Melayu Perak.
Di hadapan Big School terdapat sebuah padang yang menjadi tumpuan pelajar
bermain tiga sukan teras kepada sekolah berprestasi tinggi itu iaitu ragbi, bola sepak dan
kriket.Dibahagian timur bangunan bersejarah itu pula terdapat sebatang pokok hutan hijau
digelar Big Tree dan usianya lebih tua daripada Big School.
Sebelum wujudnya bangunan-bangunan lain di MCKK, Big School berfungsi
sepenuhnya sebagai bangunan pentadbiran, kelas, dewan peperiksaan, asrama dan dewan
makan.Namun kini Big School berfungsi sebagai asrama bagi pelajar tingkatan empat dan
lima sekolah terbabit.
Pada tahun 1909, bangunan utama sekolah yang dinamakan Big School telah siap
dibina dengan berbagai kemudahan disediakan seperti berek guru, asrama pelajar, padang
permainan dan lain-lain kawasan seluas 30-40 ekar. Pembukaan rasmi bangunan sekolah
yang baru dilakukan oleh Sultan Idris pada 11 Disember 1909 dan pada hari ini juga nama
Malay Residential School ditukar kepada Malay College Kuala Kangsar (MCKK).
Maktab Melayu Kuala Kangsar kemudiannya telah berkembang pesat dan satu kelas
khas telah diperkenalkan iaitu Malay Probationer di mana pelajar-pelajar yang lulus kelas 7
dengan cemerlang dipilih untuk dilantik sebagai persediaan memasuki Malay
Administrative Service (M.A.S). Kursus ini memakan masa selama 3 tahun dan selepas itu
pelajar-pelajar percubaan M.A.S. itu akan dilantik sebagai pegawai M.A.S. itu akan dilantik
sebagai pegawai M.A.S. untuk beberapa lama sebelum diserap ke dalam Malayan Civil
Service (MCS).
Pada tahun 1926 Kuala Kangsar dilanda banjir yang teruk dan MCKK telah dinaiki
air. Walau bagaimanapun atas perhatian Sultan Iskandar, pelajar-pelajar telah dipindah ke
Bukit Chandan sehingga banjir surut. Semasa Perang Dunia Kedua pula,MCKK pernah
dijadikan sebagai Sekolah Jepun, Markas Gunsei Kambu ( Pentadbiran Awam Jepun) dan
juga pernah dijadikan Hospital Tentera.
Pada bulan Januari 1947, MCKK telah dibuka semula dengan pendaftaran seramai
205 orang pelajar-pelajarnya. Pada tahun ini juga merebaknya perkembangan semangatkebangsaan Melayu dan Dato Onn telah melawat MCKK memberi perangsang kepada para
-
7/21/2019 IB-MYP Mckk Completed
5/34
5
pelajar supaya belajar bersungguh-sungguh kerana dengan pelajaranlah anak-anak Melayu
akan dapat memerintah Negara bila mencapai kemerdekaan kelak. Malah parti UMNO juga
telah mengeluarkan biasiswa kepada setengah-setengah pelajar MCKK di samping biasiswa
negeri dan lain-lain.
Mulai tahun 1948 berlaku satu perubahan besar dalam MCKK di mana para
pelajarnya tidak lagi diambil dari Negeri-negeri Melayu Bersekutu sahaja tetapi terbuka pada
pelajar-pelajar negeri-negeri lain yang berkelayakan. Manakala para pelajarnya tidak lagi
terhad pada anak-anak golongan bangsawan sahaja tetapi terbuka pada semua golongan
sekiranya mereka berkelayakan. Menjelang tahun 1949 bila mana Universiti Malaya
ditubuhkan di Singapura sekolah-sekolah yang terkemuka mula mengadakan Post School
Certificate termasuk MCKK. Ramai diantara pelajar-pelajar lepasan MCKK telah Berjayamelanjutkan pelajaran ke Universiti tersebut.
Pada tahun 1953, sesuai dengan perkembangan MCKK maka bangunan sekolah
diperbesarkan lagi dengan mengadakan pelbagai kemudahan seperti asrama, dewan, makmal
dan kelengkapan pembelajaran yang lain. Menjelang kemerdekaan MCKK telah
menyumbangkan banyak jasa baktinya terutama menghasilkan ramai pemimpin pemimpin
berkaliber seperti Allahyarham Tun Hj. Abd. Razak, Allahyarham Raja Tun Uda,
Allahyarham Tan Sri Nik Ahmad Kamil dan lain-lain lagi.
Kini MCKK masih tegak berdiri sebagai salah sebuah institusi pelajaran yang tertua
dan terulung dalam melahirkan pemimpin-pemimpin Negara yang berwibawa. Kolej Melayu
sebagai sebuah institusi pendidikan di Malaysia berjaya dalam peranannya memajukan
bidang pelajaran khasnya untuk bumiputera. Dalam bidang sukan pula, Kolej Melayu turut
mengambil bahagian dalam hampir semua permainan, dan telah mencatatkan kemenangan-
kemenangan yang menggalakkan. Daripada permainan-permainan yang dianjurkan oleh
badan-badan tertentu di dalam Kolej ini, jelaslah bahawa perkembangan keseluruhan
seseorang individu sangat dititikberatkan.
Kolej Melayu bolehlah dikatakan telah berjaya dalam usahanya untuk mengeluarkan
pelajar-pelajar yang tinggi pencapaian bukan sahaja dalam bidang akademik malah juga
dalam bidang ko-kurikulum.
-
7/21/2019 IB-MYP Mckk Completed
6/34
6
PERLAKSANAAN INTERNATIONAL BACCALAUREATE MIDLE YEARS
PROGRAMME DI MCKK
MCKK telah mendapat pengiktirafan sebagai IB World School sejak Mei 2011 dimana
program Diploma IB telah mula ditawarkan di sana. International Baccaulareate Middle
Years Programme (MYP), yang menjangkau gred 6 hingga 10, ialah satu kerangka untuk
pengajaran yang memberi manfaat kepada semua pelajar. Rangka kerja MYP menangani
pelbagai gaya pembelajaran, melibatkan semua pelajar dalam proses pembelajaran mereka
sendiri yang unik, dan memberikan pelajar satu standard, asas diterima di peringkat
antarabangsa pengetahuan. MYP adalah satu program menyeluruh cabaran dan kehidupan
akademik kemahiran yang sesuai untuk kumpulan umur 12 hingga 16 tahun.
International Baccalaureate Middle Years Program telah mula di jalankan di MCKK
pada bulan Mac 2014 dan hanya di terapkan pada pelajar yang berada di tingkatan 1 dan 2
sahaja. Semua guru di MCKK telah diwajibkan menghadiri kursus secara berkala yang mana
mempunyai 8 modul lengkap dan setiap modul mengambil masa lapan jam.
Guru juga perlu menghantar tugasan yang diberikan kepada mereka setiap minggu
secara individu. Selain itu mereka juga wajib menduduki peperiksaan secara online. Soalan
yang diberikan adalah dlam bentuk objektif dan guru perlu lulus ujian tersebut.
Kementerian berasa amat bangga atas segala usaha yang ditunjukkan oleh pihak guru,
pemimpin sekolah dan pegawai Kementerian di seluruh Malaysia. Mereka telah berkorban
masa dan tenaga serta memberikan komitmen untuk menggerakkan inisiatif serta
melaksanakan pembaharuan dalam bilik darjah. Sumbangan mereka dan impak awal yang
jelas dilihat telah menguatkan iltizam dan keyakinan Kementerian bahawa transformasi
pendidikan bukanlah sesuatu perkara yang mustahil boleh berlaku. Antara transformasi yang
penting dan perlu dibincangkan ialah mempromosikan Program International Baccalaureate
Middle Years yang mempromosikan kemahiran berfikir aras tinggi bagi menghasilkan pelajar
yang mampu berfikir kritis, kraetif dan innovative melalui program yang dijalankan ke
sepuluh buah sekolah terpilih di Malaysia.
PERNYATAAN MASALAH
Guru memainkan peranan penting sebagai medium penyebaran ilmu. Oleh itu guru perlubersedia untuk bersama-sama melaksanakan penerapan kurikulum International
-
7/21/2019 IB-MYP Mckk Completed
7/34
7
Baccalaureate bagi memastikan kejayaan pelajar serta penglibatan penuh mereka di dalam
kelas. Masalah guru ialah mereka tidak mengusai lagi apakah sebenarnya kurikulum
International Bccalaureate dalam pengajaran mereka. Guru seharusnya mempunyai
kemahiran yang tinggi dan mencukupi serta keyakinan diri sepenuhnya untuk melaksanakan
program yang baru berjalan selama 4 bulan ini.
Pendedahan tentang mata pelajaran yang hendak diajar dengan menggunakan
kurikulum International Baccalaureate Middle Years Program juga masih belum mencukupi
bagi sebahagian guru. Bagi menjadikan pengajaran itu lebih berkesan, guru perlu merancang
dan memilih isi pelajaran yang relevan terdiri daripada maklumat, fakta, konsep, teori dan
pengetahuan yang perlu dikuasai oleh para pelajar. Peranan dan tugas guru amat bergantung
pada ilmu pengetahuan dan profesionalisme mereka.
Jika berlaku salah tafsir atau kesalahan dalam teknik atau cara penyampaian dan
pengajaran dikuatiri akan menyebabkan tahap kefahaman pelajar terjejas serta menimbulkan
masalah dari segi keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Tidak dinafikan kursus
memainkan peranan yang penting dalam proses pemahaman serta meningkatkan tahap
profesionalisme guru, tetapi persoalannya sejauhmanakah kursus tersebut dapat menyediakan
mereka dengan pengetahuan dan kemahiran tersebut.
Justeru itu, kajian ini dijalankan bertujuan untuk meninjau kesediaan guru-guru untuk
mengajar menggunakan pendekatan kurikulum International Baccalaureate Middle Years
Program. Kajian ini memberi perhatian kepada tahap pengetahuan kandungan mata pelajaran
dan penguasaan bahasa guru. Kajian turut memberi fokus kepada keberkesanan kursus-kursus
yang mereka hadiri bagi meningkatkan kemahiran mereka.
OBJEKTIF KAJIAN
1. Mengkaji tahap kesediaan guru dari segi pengetahuan tentang Program International
Baccalaureate Middle Years.
2. Mengenalpasti tahap pemahaman guru dalam menghadiri kursus mengenai Program
International Baccaulareate Middle Years yang dihadiri.
3.
Mengenalpasti tahap kesediaan guru dalam menerapkan Program International
Baccaulareate dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
-
7/21/2019 IB-MYP Mckk Completed
8/34
8
4. Mengkaji tahap penerimaan ibu bapa dan pelajar dalam perlaksanaan Program
International Baccaulareate Middle Years.
KEPENTINGAN KAJIAN
Kesediaan merupakan satu faktor yang penting bagi seseorang guru dalam menyampaikan
pengajarannya. Bahkan kesediaan guru mengajar dan keupayaannya dalam menyampaikan
ilmu pengetahuan sering dikaitkan dengan kejayaan atau kegagalan seseorang pelajar. Oleh
itu, kajian ini penting dijalankan untuk mengkaji tahap kesediaan guru dalam menerapkan
Program International Baccalaureate Middle Years di sekolah.
Kajian ini diharapkan dapat memberi manfaat kepada pihak tertentu khususnya yang
terlibat secara langsung ataupun secara tidak langsung dengan Program International
Baccalaureate Middle Years bagi memastikan perlaksanaannya memberikan kesan yang baik.
Kajian ini juga diharapkan dapat membantu guru-guru untuk menilai kesediaan diri
mereka sebelum sesuatu pengajaran dilaksanakan. Selain itu, guru-guru juga diharap dapat
menilai dan mengenal pasti kekuatan dan kelemahan mereka. Aspek-aspek kekuatan dan
kelemahan ini diharap dapat membantu guru merancang dan melaksanakan pengajaran danpembelajaran dengan lebih baik. Guru-guru diharap dapat menyediakan bahan-bahan
pengajaran dan pembelajaran, objektif dan isi pelajaran yang sesuai dengan tahap penguasaan
murid-murid.
BATASAN KAJIAN
Kajian ini merupakan kajian kes satu tempat dan pelbagai kes (Yin, 1989). Kajian ini
melibatkan 3 orang responden iaitu guru-guru, 4 orang pelajar dan 3 orang ibu dan bapa dari
Malay Collage Kuala Kangsar.
-
7/21/2019 IB-MYP Mckk Completed
9/34
9
BAB 2
TINJAUAN LITERATUR
Pengenalan
Kehidupan pada abad ke 21 menuntut banyak perubahan terhadap para pelajar dalam meniti
peralihan kehidupan sebagai remaja. Pada peringkat ini, para pelajar berada pada zaman
peringkat remaja dimana ia merupakan tempoh masa dalam pembentukan peribadi, sosial,
fizikal serta perkembangan intelek. Program International Baccalaureate (IB) Middle Years
Programme (MYP) direka bagi membantu para pelajar dalam membentuk semangat kekitaan
dalam memupuk sikap terhadap pembelajaran yang positif.
International Baccalaureate (IB) Middle Years Programme
Program International Baccalaureate (IB) Middle Years Programme direka bagi para pelajar
berumur 11 hingga 16 tahun. Program ini menyediakan para pelajar untuk menempuh
cabaran dalam dunia akademik serta memupuk mereka dalam memahami hubungan antara
pembelajaran dan kehidupan di dunia yang sebenar untuk menjadi pemikir yang kritikal dan
reflektif. Program ini juga memupuk para pelajar dalam membentuk pemikiran bertarafantara bangsa dengan asas budaya dan bahasa tersendiri. Selain itu, program ini
-
7/21/2019 IB-MYP Mckk Completed
10/34
10
menggalakkan sikap yang positif dalam pembelajaran dengan mencabar pelajar dalam
menyelesaikan masalah, meningkatkan kretiviti dan kepintaran serta meggalakkan para
pelajar mengambil bahagian dalam aktiviti bermasyarakat. Program ini juga menyediakan
para pelajar dalam membuat perkaitan antara dunia pembelajaran dan dunia kehidupan
sebenar mereka. Selain itu, program ini menyokong dalam membentuk kemahiran
komunikasi, kemahiran menyiasat, pemahaman, bahasa dan membolehkan para pelajar
menrefleksi diri mereka sendiri. Tambahan pula, program ini membentuk pembangunan para
pelajar secara menyeluruh dari segi fizikal, intelek, emosi dan etika. Program ini juga
menekankan pembangunan kendiri dan ia adalah fleksibel dalam menampung permintaan
kurikulum kebangsaan dan tempatan.
Kurikulum International Baccalaureate (IB) Middle Years Programme
Kurikulum bagi program ini terdiri daripada lapan kumpulan subjek yang bersepadu melalui
lima bidang yang bergabung agar pembelajaran boleh berlaku di dalam dan luar mata
pelajaran. Pelajar dikehendaki mempelajari bahasa ibunda mereka, bahasa kedua,
kemanusiaan, sains, matematik, seni, pendidikan jasmani dan teknologi. Pada tahun akhir
daripada program, pelajar juga terlibat dalam projek peribadi, yang membolehkan mereka
untuk menunjukkan persefahaman dan kemahiran yang telah dibangunkan sepanjang
program tersebut. Pelajar dan ibu bapa akan membangunkan pemahaman daripada profil
pelajar IB. Sepuluh kualiti aspirasi profil pelajar memberi inspirasi dan motivasi kerja guru-
guru, pelajar dan sekolah, menyediakan penyata matlamat dan nilai-nilai IB dan definisi apa
kita maksudkan dengan "antarabangsa-fikiran". Pelajar IB berusaha menjadi yang gemar
bertanya, pemikir, pakar perhubungan, pengambil risiko, berpengetahuan, berprinsip,
berfikiran terbuka, penyayang, seimbang dan reflektif.
-
7/21/2019 IB-MYP Mckk Completed
11/34
11
Rajag 2.1 Elemen Dalam Kurikulum IB-MYP
(Sumber: International Baccalaureate Organization 2012)
Guru akan mengorganisasikan kurikulum ini melalui lima bidang interaksi.
Pendekatan pembelajaran adalah berkaitan dengan membangunkan disiplin intelek, sikap,
strategi dan kemahiran yang akan menyebabkan pemikiran kritikal, jelas dan bebas dan
keupayaan penyelesaian masalah dan membuat keputusan. Selain itu, aktiviti khidmat
terhadap masyarakat bermula sejak di dalam kelas dan melangkauinya, yang memerlukan
pelajar untuk mengambil bahagian dalam komuniti di tempat mereka tinggal. Penekanan
adalah terhadap membangunkan kesedaran masyarakat dan kebimbangan, rasa
tanggungjawab, dan kemahiran dan sikap yang diperlukan untuk membuat sumbangan yang
berkesan kepada masyarakat. Tambahan pula, melalui aktiviti Homo faber membolehkan
para pelajar memberi tumpuan terhadap perubahan, proses serta kemenjadian kretiviti
manusia. Aktiviti ini berfokus terhadap kesan masyarakat di minda pelajar. Para pelajar
belajar untuk menghargai keupayaan manusia untuk mempengaruhi, mengubah serta
meningkatkan kualiti hidup. Selain itu, aktiviti ini menggalakkan pelajar meneroka hubungan
sains, estetika, teknologi dan etika. Pendekatan meghargai alam sekitar turut diketengahkan
-
7/21/2019 IB-MYP Mckk Completed
12/34
12
di dalam kurikulum ini. Para pelajar akan mempunyai kesedaran terhadap alam sekitar serta
mengetahui bahawa mereka saling bergantung terhadap alam sekitar. Para pelajar akan
mempunyai rasa tanggungjawab yang positif dalam mengekalkan alam sekitar pada masa
hadapan. Pendidikan kesihatan dan sosial juga meyediakan para pelajar dalam pembentukan
kehidupan yang sihat dari segi mental dan fizikal serta menyedari akan potensi dalam
membuat pilihan berdasarkan maklumat. Ia membangunkan perasaan bertangungjawab dalam
kalangan pelajar persekitaran fizikal dan sosial.
Terdapat pelbagai kemahiran yang dibangunkan terhadap para pelajar melalui
kurikulum ini. Kemahiran yang dibangankan adalah penggunaan peralatan mudah, membuat
penilaian dan pengukuran secara langsung serta melukis rajah saintifik.
Penilaian di dalam International Baccalaureate (IB) Middle Years Programme
Penilaian kriteria pelajar di dalam program IB-MYP diukur melalui penilai kriteria-kriteria
tertentu yang telah ditetapkan dalam sesuatu mata pelajaran. Para guru boleh mengubahsuai
kriteria ini berdasarkan umur pelajar yang mengikuti program IB-MYP. Terdapat dua jenis
penilaian yang dijalankan iaitu penilaian dalaman dan luaran. Penilaian dalaman dikendalikan
oleh guru manakala penilain luaran dijalankan oleh penilai IB bagi memastikan keseragaman
standard penilaian IB seluruh dunia.
Jaminan kualiti dan pembangunan profesional dalam International Baccalaureate (IB)
Middle Years Programme
Sekolah-sekolah yang ingin menawarkan program IB-MYP perlulah mendapatkan
pengesahan daripada pihak IB. Kelayakan untuk mendapatkan pengesahan bagi program IB-
MYP adalah sama bagi semua sekolah, namun prosesnya adalah sedikit berbeza bagi
sebahagian kawasan. Pengesahan ini bertujuan agar sekolah bersedia untuk menjalankan
program IB-MYP dengan jayanya. Program IB-MYP adalah program yang mencabar dan
menuntut motivasi yang terbaik dalam kalangan guru dan pelajar. Pihak sekolah boleh
mengakses pakej yang lebih luas dalam membangunkan nilai professional dalam kalangan
guru dan pentadbir sekolah secara berterusan. Pasukan organisasi IB akan melawat sekolah
dari semasa ke semasa bagi menyokong, mengkaji serta menjamin standard yang diguna
pakai oleh semua sekolah yang menjalankan IB-MYP diseluruh dunia. Guru IB sentiasa
dicabar maka perlu bermuhasabah dan memperbaiki amalan mereka. Semua guru di sekolah
IB di seluruh dunia mempunyai akses ke pusat kurikulum dalam talian, yang menyediakan
-
7/21/2019 IB-MYP Mckk Completed
13/34
13
dokumentasi program, contoh pelajar bekerja, dan juga bertindak sebagai hab dalam talian
antarabangsa masyarakat. Guru-guru boleh berbincang dengan guru-guru lain dari sekolah IB
di seluruh dunia, memberi dan menerima nasihat, dan pos sumber contoh mereka sendiri
untuk guru-guru lain untuk berkongsi.
Kajian-kajian lepas tentang program International Baccalaureate (IB) Middle Years
Programme
Satu kajian perbandingan terhadap penglibatan dan prestasi pelajar bagi lima buah sekolah
yang menjalankan program IB-MYP dan lima buah sekolah yang tidak menjalankan IB-MYP
di Amerika syarikat telah dijalankan. Sampel kajian yang dipilih terdiri daripada latar
belakang sosioekonomi yang berbeza. Penanda aras yang digunakan bagi mengukur
penglibatan dan pencapaian berdasarkan penilaian negeri yang telah ditetapkan di negeri
tersebut. Hasil dapatan menunjukkan keputusan pencapaian para pelajar yang menggunakan
kurikulum IB-MYP menunjukkan peratus yang lebih tinggi dalam pencapaian kemahiran
matematik dan sains. Menurut wade 2011, pencapaian dalam kemahiran sains dan matematik
bagi pelajar IB-MYP adalah lebih tinggi berbanding dengan sekolah yang tidak menjalankan
kurikulum IB-MYP.
Kajian yang dilakukan terhadap salah satu daerah di Amerika syarikat ini juga
menunjukkan pelajar yang mendaftar terdahulu bagi program IB-MYP mempunyai kesan
positif apabila mampu berfikir secara global. Kajian juga menunjukkan bekas pelajar
kurikulum IB-MYP mempunyai tahap pemikiran yang lebih global berbanding pelajar yang
tidak mengikuti kurikulum IB-MYP (Wade dan Wolanin 2013).
Tinjauan yang dilakukan terhadap pencapaian pelajar terhadap penilaian sekolah
antarabangsa (ISA) yang dijalankan oleh Majlis Penyelidikan Pendidikan Australia (ACER)
menunjukkan pencapaian pelajar kurikulum IB-PYP dan pelajar kurikulum IB-MYP dalam
matematik, pembacaan dan penulisan neratif serta penulisan penjelasan adalah lebih baik
berbanding pelajar yang tidak mengikuti kurikulum IB-PYP dan IB-MYP. Data menunjukkan
seramai 50714 pelajar antarabangsa dimana 68% daripada jumlah ini merupakan pelajar IB
menunjukkan pencapaian yang lebih baik dalam aspek empat penilaian yang dinyatakan tadi
berbanding pelajar yang bukan IB. Hasil dapatan juga menunjukkan pelajar IB-MYP mampu
mendapat skor yang lebih baik pada grad 9 dan 10 dalam matematik dan pembacaan.
-
7/21/2019 IB-MYP Mckk Completed
14/34
14
Menurut Tan dan Bibby (2012) pelajar IB ini mempunyai skor purata yang signifikan lebih
tinggi berbanding skor purata pada program penilaian pelajar antarabangsa (PISA).
Kajian yang dilakukan oleh Yayasan Kebangsaan Kajian Pendidikan (NFER)
terhadap perbandingan kurikulum IB-MYP, Sijil Pendidikan Menengah Umum (GCSE) dan
Sijil Pendidikan Menengah Umum Antarabangsa (IGCSE) di United Kingdom menunjukkan
kandungan kurikulum mempunyai persamaan yang besar. Walaubagaimanapun, kurikulum
IB-MYP menawarkan kurikulum yang lebih fleksibel dan pelbagai disiplin. Tambahan pula,
kajian menunjukkan pelajar IB-MYP mempunyai kadar yang tinggi terhadap pencapaian
bukan akademik seperti pemikiran sivik, pemikiran secara global dan pemikiran lebih
antarabangsa (Sizmur dan Cunningham 2013).
Kajian yang dilakukan di Amerika Syarikat terhadap pengaruh pencapaian pelajar IB-
MYP terhadap pedagogi guru, menunjukkan guru percaya bahawa kurikulum IB-MYP
memberi faedah kepada pelajar dari segi merangsang kemahiran berfikir aras tinggi dan
mendidik secara menyeluruh. Guru juga mencadangkan bahawa kurikulum IB-MYP
meningkatkan tahap pedagogi guru dengan mendorong kolarboratif dalam pengajaran bagi
guru-guru melalui bahan yang diuji (Kobylinski-Fehrman 2013).
Satu kajian kuasi eksperimen telah dijalankan di Amerika Syarikat dalam
membandingkan pencapaian sains pelajar IB-PYP serta pelajar IB-MYP (n= 50) terhadap
pelajar yang bukan mengikuti program IB (n= 50). Dalam kajian ini, berdasarkan kepada
Program Penilaian Pelajar Colorado (CSAP), menunjukkan terdapat perbezaan terhadap
pelajar IB dan pelajar bukan IB dari segi statistik. Menurut Healer 2013, pencapaian pelajar
IB menunjukkan lebih tinggi berbanding pelajar bukan IB dalam tiga tahap pelajar yang telah
dinilai.
Kajian pemerhatian sistematik telah dijalankan terhadap 85 buah kelas yang terdiri
dalam kalangan pelajar IB-PYP dan IB-MYP di sekolah yang terletak di Amerika Syarikat.
Kajian ini adalah untuk menyiasat latihan secara instructional dan sikap pelajar IB. Dapatan
kajian menunjukkan pelajar IB-PYP dan IB-MYP mempunyai tahap penglibatan secara
instructional, penglibatan pelajar yang aktif serta sikap yang positif. Tambahan pula, pelajar
IB memperuntukan 87% masanya terhadap tugasan berbanding pelajar yang mengikuti
-
7/21/2019 IB-MYP Mckk Completed
15/34
15
pembelajaran secara umum di mana hanya memperuntukan 73% masanya terhadap tugasan
(Alford, Rollins, Stillisano and Waxman 2013).
Tinjauan yang dilakukan bagi pengaruh dalam kelajuan program akademik terhadap
tekanan pelajar dan corak psikologi pelajar telah dilakukan di Amerika Syarikat. Kajian
luaran ini melibatkan 134 pelajar IB gred 9 menunjukkan walaupun tahap tekanan pelajar IB
ini berada pada tahap yang tinggi berbanding pencapaian mereka, tahap emosi pelajar IB ini
adalah sama secara statistik jika dibandingkan dengan pelajar yang bukan IB. Malah dalam
beberapa kes menunjukkan tahap emosi pelajar IB menunjukkan tahap yang lebih baik
berbanding pelajar yang bukan IB (Suldo and Shaunessy-Dedrick 2013).
-
7/21/2019 IB-MYP Mckk Completed
16/34
16
BAB 3
METODOLOGI KAJIAN
Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif deskriptif bagi mendapatkan maklumat
mengenai tahap kesediaan guru, ibubapa dan pelajar terhadap integrasi IB-MYP di dalam
pembelajaran pelajar di peringkat sekolah menengah. Sehubungan itu, kombinasi dua alat
pengumpulan data digunakan iaitu soal selidik bagi guru dan temubual kumpulan fokus bagi
ibubapa dan pelajar. Noriani 2010 menjelaskan bahawa soal selidik sesuai digunakan sebagai
instrument kajian apabila terdapat kekangan daripada segi masa dan kos di dalam proses
melaksanakan kajian. Kekurangan instrumen ini berbanding temu bual adalah berasaskan
kepada temu bual memberi peluang kepada penyelidik untuk mengemukakan persoalan lanjut
jika terdapat respon yang mengelirukan berbanding soal selidik hanya berasaskan skala
pengukuran yang digunakan. Strategi yang digunakan di atas bertujuan untuk mengukuhkan
kebolehpercayaan hasil kajian sebagaimana yang dijelaskan oleh Lambert & Loiselle 2008
sebagai suatu strategi pragmatik yang saling melengkapi. Ini diperolehi apabila data yang
diperolehi melalui kajian soal selidik diperkayakan dan perkukuhkan oleh temubual
kumpulan fokus.
-
7/21/2019 IB-MYP Mckk Completed
17/34
17
Tempat Kajian
Kajian ini dijalankan di Malay College Kuala Kangsar Perak yang merupakan salah satu
daripda 10 buah sekolah yang terlibat di dalam pelaksanaan projek pilot bagi penerapan
pendekatan pengajaran dan pembelajaran berasaskan kurikulum IB. Pemilihan tempat kajian
ini akan memberikan maklumat mengenai persediaan dan pelaksanaan IB-MYP di sebuah
sekolah berprestasi tinggi dan melibatkan pelajar lelaki sahaja. Selain daripada itu, pihak
kepimpinan sekolah telah mempunyai pendedahan mengenai pelaksanaan kurikulum IB
melalui program IB Diploma yang dijalakan di peringkat pra-universiti di sini.
Populasi Kajian
Populasi kajian yang dipilih adalah menurut saranan Noraini (2010), iaitu perlulah berupaya
untuk menghasilkan data daripada setiap pemboleh ubah yang dikaji. Guru, pelajar dan
ibubapa yang dipilih di dalam kajian ini adalah populasi yang terlibat secara langsung dan
tidak langsung di dalam IB-MYP ini. Secara keseluruhan, jumlah populasi yang dapat
dijadikan sampel kajian adalah terhad memandangkan kesuntukan masa di dalam merancang
kajian ini.
SAMPEL Kajian
Pemilihan sampel yang mencukupi dan dapat memberikan data yang berpotensi untuk
mewakili populasi yang dikaji menjadi matlamat dalam setiap kajian (Noraini 2010, Azizi et
al. 2010). Ini bermaksud bilangan sampel yang dipilih adalah mencukupi bagi membuat
generalisasi capaian terhadap dapatan kajian. Dengan itu, penyelidik boleh meramalkan
parameter populasi yang dikaji. Walau bagaimanapun, memandangkan kajian ini adalah
berskala yang sangat kecil dan mempunyai lingkungan masa pelaksanaan kajian yang terhad,
penetapan saiz sampel seperti yang disarankan oleh Ary, Jacobs & Razavieh 2002 tidak dapat
dilaksanakan. Pertimbangan di atas termasuklah aspek penetapan saiz minimum sampel.
Pemilihan sampel adalah secara teknik persampelan bertujuan. Sehubungan itu, hanya sampel
kajian seperti berikut berjaya diperolehi:
i. 3 orang gurubagi kajian menggunakan soal selidik
ii.
4 orang pelajarbagi temubual kumpulan fokus
iii. 3 orang ibu bapabagi temubual kumpulan fokus
-
7/21/2019 IB-MYP Mckk Completed
18/34
18
1. Peserta Kajian
Kajian ini melibatkan 3 orang guru yang terlibat secara sukarela untuk dijadikan sebagai
peserta kajian.Kesemua peserta kajian ini akan dirujuk sebagai G1, G2 dan G3. Bagi pelajar
pula P1, P2, P3 dan P4 sementara ibu bapa I1, I2 dan I3.Pemilihan ini dibuat berdasarkan
kepada beberapa kriteria kerana pengkaji menggunakan teknik persampelan bertujuan
(purposive sampling) (Gerring, 2007 & Yin, 2003 & 2009). Kriteria-kriteria pemilihan
peserta kajian bagi kajian ini ialah:
a) Penglibatan dalam kajian ini adalah secara sukarela dan tidak melibatkan sebarang
paksaan
b) Peserta kajian merupakan individu guru yang mengajar tingkatan 2 dan 3
c) Peserta kajian memiliki pengalaman mengajar lebih dari 5 tahun
d) Kesediaan peserta kajian untuk berkongsi pengalaman peribadi mereka bersama
pengkaji.
KAEDAH KAJIAN
Reka Bentuk Kajian
Kajian ini merupakan kajian kes yang menggunakan kaedah kuantitatif dan kualitatif. Kaedah
kuantitatif digunakan bagi mendapatkan data tentang kesediaan guru dan pelaksanaan
pengajaran dan pembelajaran Program International Baccalaureate Middle Years serta
penerimaan pelajar dan ibu bapa. Data tersebut diperoleh secara triangulasi iaitu
menggunakan soal selidik, temu bual dan pemerhatian.
Data kuantitatif diproses untuk mendapatkan frekuensi dan peratusan sementara data
kualitatif diproses untuk menyokong data kuantitatif. Data kualitatif diperoleh melalui temu
bual dan pemerhatian. Pengkaji menyediakan nota lapangan semasa pemerhatian khususnya
perkara-perkara yang melibatkan aktiviti murid. Data daripada nota lapangan, temu bual dan
pemerhatian ini digunakan sebagai data sokongan kepada data kuantitatif yang dikemukakan
dalam laporan kajian ini.
-
7/21/2019 IB-MYP Mckk Completed
19/34
19
INSTRUMENT KAJIAN
Soal selidik dipilih sebagai instrument kajian kerana ia mudah ditadbir setelah dibina dengan
baik. Selain itu data yang diperolehi melaluinya senang diproses untuk di analisis. Soal
selidik juga selalu digunakan untuk mengukur konsep yang berkaitan dengan sikap, persepsi
dan pandangan yang boleh dirangkumkan sebagai nilai afektif seperti yang dinyatakan oleh
Mohd Najib (1999) penyelidikan mengeni persepsi guru-guru PKPG terhadap tahap
kesediaan mereka termasuk dalam kategori pengukuran afektif, di mana ia berasaskan satu
set ciri yang mewakili pendapat responden seperti yang ditentukan dalam konteks kajian.
Soal selidik yang digunakan adalah soalan yang telah diubah suai daripada kajian Persepsi
bakal guru lepasan UTM terhadap kesediaan mereka mengajar mata pelajaran Sains dam
Matematik dalam bahasa Inggeris oleh Sabariah Bt Sarigan (2004) mengikut keperluanpenyelidik. Dalam kajian ini, sikap responden yang ingin diketahui dengan membuat
tanggapan bahawa pemikiran dan perasaan seseorang mempengaruhi tingkah lakunya. Soal
selidik ini terbahagi kepada tiga bahagian iaitu , Bahagian A, Bahagian B dan Bahagian C
seperti berikut :
Bahagian A:
Maklumat diri Bahagian A adalah soal selidik yang berkaitan dengan maklumat diriresponden. Ia dibentuk sendiri oleh penyelidik dan bertujuan untuk mendapatkan latar
belakang responden. Maklumat yang dimuatkan untuk mendapatkan data peribadi subjek
adalah, seperti bidang pengkhususan, jentina, etnik, gred peperiksaan bahasa Inggeris dan
pengalaman mengajar. Pilihan jawapan untuk soalan-soalan dalam bahagian ini direka bentuk
menggunakan soalan nominal dimana responden hanya perlu mengisi ruang kosong dan
menandakan () pada petak kosong yang disediakan.
Bahagian B:
Pengatahuan dan tentang Program International Baccalaureate Middle Years Bahagian B ini
mengandungi empat soalan berkenaan pengatahuan tentang Program International
Baccalaureate Middle Years responden. Responden dikehendaki menyatakan peringkat
persetujuan terhadap soalan- soalan yang dikemukakan dengan menandakan () pada petak
jawapan yang disediakan. Pengukuran dan penilaian dibuat dengan menggunakan skala lima
mata bagi memudahkan responden membuat pilihan yang tepat terhadap setiap persoalan
-
7/21/2019 IB-MYP Mckk Completed
20/34
20
yang dikemukakan. Klasifikasi skala lima mata tersebut dalam bahagian ini adalah seperti
berikut :
Jadual 2 Skala Lima Mata Untuk Soalan Bahagian B.
1 2 3 4 5
SKOR Sangat
Lemah
(SL)
Lemah
(L)
Sederhana
(S)
Baik
(B)
Sangat Baik
(SB)
Bahagian C:
Pemahaman guru dalam menghadiri kursus Program International Baccaulareate Middle
Years. Bahagian ini mengandungi soalan mengkaji tahap pemahaman guru selepas mereka
menghadiri kursus yang diberikan sebanyak 8 modul. Sebanyak tiga soalan dikemukakan
dimana responden hanya perlu menanandakan () pada petak jawapan yang disediakan.
Pengukuran dan penilaian item-item dalam bahagian ini juga dibuat dengan menggunakan
skala lima mata seperti yang ditunjukkan dalam jadual 3.
Jadual 3 : Skala Lima Mata Untuk Soalan Bahagian C
1 2 3 4 5
SKOR Sangat
Lemah
(SL)
Lemah
(L)
Sederhana
(S)
Baik
(B)
Sangat Baik
(SB)
Bahagian D:
Kesediaan untuk mengajar dan menerapkan Program International Baccalaureate Middle
Years. Bahagian D pula mengemukakan soalan-soalan yang berkaitan dengan nilai-nilai
afektif yang mempengaruhi kesediaan responden untuk mengajar menggunakan Program
-
7/21/2019 IB-MYP Mckk Completed
21/34
21
International Baccalaureate Middle Years. Sebanyak tiga soalan dikemukakan dimana
responden hanyaperlu menanandakan () pada petak jawapan yang disediakan. Pengukuran
dan penilaian item-item dalam bahagian ini juga dibuat dengan menggunakan skala lima mata
seperti yang ditunjukkan dalam jadual 4.
Jadual 4 : Skala Lima Mata Untuk Soalan Bahagian D
1 2 3 4 5
SKOR Sangat Tidak
Setuju
(STS)
Tidak Setuju
(TS)
Tidak Pasti
(S)
Setuju
(SU)
Sangat
Setuju
(SS)
Temu Bual Kumpulan Fokus
Temu bual kumpulan fokus adalah rekabentuk kajian yang berstruktur bagi mendapatkan data
kualitatif yang kaya dan dapat memberikan deskripsi mengenai pengalaman dan kepercayaan
peserta mengenai fenomena yang dikaji (Berg, 2009; Redmond & Curtin, 2009). Manakala
Krueger & Casey 2004 menghujahkan bahawa proses interaksi menerusi soalan dan komen
yang dikemukakan oleh peserta terhadap satu sama lain membolehkan penemuan data-data
yang mendalam. Perkongsian mengenai persamaan dan perbezaan di dalam sesi temu bual
kumpulan fokus memperkayakan lagi data yang diperolehi. Selain daripada itu, konteks
pelaksanaan metodologi ini mempengaruhi pengumpulan data yang disasarkan dengan
kemungkinan terdapatnya data-data yang tidak dapat dikemukakan kerana kekangan hiaraki
seperti yang dijelaskan oleh Morgan 1998.
Kejayaan sesi temu bual kumpulan fokus adalah dipengaruhi oleh pemilihan konteks,
bilangan ahli kumpulan fokus, latarbelakang ahli, kemahiran moderator dan keberkesanan
pematuhan peraturan temu bual (Redmond & Curtis, 2009). Lantaran itu, bilangan peserta
temu bual kumpulan fokus dicadangkan di antara 5 sehingga 12 peserta (Morgan 1998).
Namun bilangan peserta yang dicadangkan di atas bukanlah tanpa kontroversi. Menurut
Morrison-Beedy et al. 2001, bilangan peserta yang kecil mudah diuruskan tetapi moderator
perlu kemahiran untuk mewujudkan interaksi di kalangan peserta dikekalkan. Sebaliknya,
bilangan peserta yang besar mempunyai kemungkinan tinggi untuk sukar dikawal olehperantara temu bual.
-
7/21/2019 IB-MYP Mckk Completed
22/34
22
Bilangan sesi temu bual kumpulan fokus yang dapat memberikan data yang kaya
disarankan oleh Morgan 1998 adalah ditentukan oleh saturasi data. Ini bererti tiada lagi data
yang baru diperolehi dari kumpulan temu bual fokus. Sebagai contoh, Morgan 1998
menyatakan bahawa selepas lima sesi temu bual kumpulan fokus, tahap saturasi atau
ketepuan data telah diperolehi iaitu tiada lagi maklumat baru diperolehi daripada peserta temu
bual. Oleh itu, satu sesi temu bual kumpulan fokus sangat jelas tidak memungkinkan saturasi
dicapai tetapi Morgan 1998 menyatakan bahawa dua sesi temu bual kumpulan fokus adalah
mencukupi jika terdapat halangan daripada segi kesuntukan masa dan masalah pembiayaan
kewangan. Walau bagaimanapun, di dalam kajian ini hanya satu sesi temu bual kumpulan
fokus dapat dijalankan disebabkan oleh halangan kesuntukan masa. Homogenity dan
heterogeneitydi dalam demografi peserta adalah penting bagi menggalakkan proses interaksi
di dalam temu bual kumpulan fokus. Proses ini diperkuatkan oleh moderater yang mahir di
dalam memahami dinamik kumpulan, mendengar dengan tekun, membuat refleksi yang tidak
menghukum dan bersedia untuk mendapat satu sesi temu bual yang berhasil. Sesi temu bual
perlu dijalankan di dalam suasana yang kondusif (senyap, bilik bertutup dan selesa) selama
90 sehingga 120 minit (Morgan, 1998; Krueger and Casey, 2009).
Panduan Temu Bual Kumpulan Fokus
Soalan bagi temu bual kumpulan fokus dibangunkan berasaskan kepada objektif kajian ini
dijalankan. Bagi prinsip untuk membentuk panduan soalan, Krueger & Casey 2009
mencadangkan soalan-soalan yang dibangunkan adalah berbentuk soalan terbuka, terhad
kepada kurang daripada 12 soalan. Terdapat 5 soalan yang dibangunkan bagi mendapatkan
maklumat daripada ibubapa dan pelajar. Manakala turutan soalan daripada soalan mudah
kepada soalan kompleks dan soalan yang kurang sensitif kepada soalan yang lebih sensitif.
Keperluan di atas ditegaskan oleh Krueger & Casey sebagai amat penting bagi
memaksimakan pengelibatan peserta di dalam perbincangan.
Prosidur Temu Bual Kumpulan Fokus
Temu bual kumpulan fokus telah dijalankan di MCKK di dalam bilik yang kondusif dan
selesa kepada peserta-peserta. Ini diperolehi dengan menyusunatur kedudukan peserta dan
moderator dalam bentuk bulatan dengan tujuan untuk membolehkan interaksi secara terbuka
dapat dijalankan. Seorang daripada pengkaji telah menjadi moderator manakala pengkaji
-
7/21/2019 IB-MYP Mckk Completed
23/34
23
yang lain membuat pemerhatian terhadap reaksi bukan verbal peserta. Sesi temu bual
dirakam menggunakan perakam suara. Seorang lagi penyelidik bertindak mencatat maklumat
yang penting sebagai langkah berjaga-jaga jika perakam suara menjadi tidak berfungsi
(Krueger & Casey, 2009; Berg, 2009).
Seramai 4 orang pelajar dan 3 orang ibubapa telah ditemu bual di dalam satu sesi.
Moderator memulakan sesi dengan menerangkan tujuan temu bual, penyertaan peserta adalah
secara sukarela dan peserta adalah bebas untuk meninggalkan sesi jika tidak lagi ingin
meneruskan penyertaan di dalam perbincnagan. Peserta juga diberitahu bahawa sesi temu
bual akan dirakam dan memerlukan peserta menutup telefon untuk mendapatkan rakaman
yang jelas. Peserta juga dimaklumkan bahawa rakaman akan dimusnahkan apabila kajian
telah selesai dijalankan. Selepas itu, ringkasan maklumat bertulis mengenai tujuan kajian
diserahkan kepada peserta sebelum peserta yang bersetuju untuk menyertai sesi kajian
menandatangani borang keizinan bermaklumat. Peserta seterusnya diingatkan untuk
membenarkan supaya hanya seorang peserta dibenarkan untuk memberikan pendapat pada
satu masa bagi mendapatkan rakaman yang jelas (Kruegar & Casey, 2009).
Sesi temu bual kumpulan fokus telah menghasilkan sesi perbincangan yang interaktif
mengenai pandangan dan pendapat pelajar serta ibubapa mengenai IB-MYP. Moderator telah
menggunakan panduan soalan yang disediakan dan peserta telah memberikan kepercayaan
kepada moderator apabila memberikan pandangan terhadap soalan yang dikemukakan. Sesi
temu bual telah berjalan dengan lancar selama 60 minit. Sebelum sesi berakhir, proses
debriefing telah dilakukan oleh moderator (Kruegar & Casey, 2009).
Pertimbangan etika
Sesi temu bual telah dilaksanakan mengikut etika kajian university dengan memegang nilai-
nilai kerahsiaan dan menghormati hak peserta untuk menarik diri pada bila-bila masa
sepanjang sesi temu bual dilakukan. Persetujuan daripada pihak pentadbir MCKK bagi
kebenaran untuk menjalankan sesi temu bual. Kajian ini menggunakan instrument soal selidik
dan temu bual kumpulan fokus bagi mendapatkan data mengenai kesediaan guru, pelajar dan
ibubapa di dalam pengintegrasian kurikulum IB melalui IB-MYP. Hasil kajian yang
diperolehi akan dianalisa di dalam bab seterusnya di bawah.
-
7/21/2019 IB-MYP Mckk Completed
24/34
24
BAB 4
DAPATAN KAJIAN
Dalam kajian ini penyelidik beranggapan bahawa guru yang memilih 1 dan 2 tidak
bersetuju bahawa mereka bersedia untuk menerapkan Program International Baccalaureate
Middle Years. Guru yang memilih 3 dianggap mempunyai kemampuan pada aras sederhana
manakala guru yang memilih 4 dan 5 dianggap bersetuju bahawa mereka sememangnya
berkemampuan dan bersedia untuk mengajar dan untuk menerapkan Program International
Baccalaureate Middle Years .
-
7/21/2019 IB-MYP Mckk Completed
25/34
25
Jadual 4 : Taburan Peratusan Responden (Guru) mengikut Persepsi Terhadap Kemampuan
Mengajar dan Menerapkan Program International Baccalaureate Middle Years
BIL PERSOALAN KAJIAN
TS TP S
BIL % BIL % BIL %
1 Saya memahami apakah Program
International Baccalaureate Middle
Years
1 33.33 2 66.67
2 Saya faham dan mengambil bahagian
semasa kursus dijalankan?
2 66.67 1 33.33
3 Saya bersedia menerapkan Program
International Baccalaurete Middle
Years didalam PDP saya?
2 66.67 1 33.33
Purata Keseluruhan 55.56 44.44
Merujuk Jadual 4 daripada purata keseluruhan bilangan guru yang beranggapan bahawa
mereka berkemampuan dimana 44.4% guru menyatakan mereka mampu mengajar dan
menerapkan Program International Baccalauretae Middle Years. Manakala 55.56%
berpendapat bahawa tahap kemampuan mereka untuk melaksanakan Program International
Baccalauretae Middle Years adalah sederhana.
Dapatan Temubual Bersama Guru
Adakah guru memahami secara menyeluruh apakah itu program International
Baccalaureate Middle Years ?
G1 (i) Faham maksud dan kelebuhannya tetapi memerlukan lebih tunjuk ajar cara
mengimplimentasi kaedah pengajaran di dalam kelas kerana kurikulum masih lagi
sama . Cuma pendekatan yang berbeza.
G2 : (i) Faham kerana major saya ialah Bahasa Inggeris tetapi tidak semua cara sesuai
diguna pakai kerana kekangan masa.
G3 : (i) Faham dan program ini bagus tetapi perlaksaan sepenuhnya mengambil masa
-
7/21/2019 IB-MYP Mckk Completed
26/34
26
sebelum mendapatkan hasil yang diingini.
Adakah kursus yang diberi mengenai Program International Baccalaureate Middle
Years membantu guru ?
G1 : (i) Kursus banyak memberi tekanan kerana Bahasa yang digunakan ialah Bahasa
Inggeris
(ii) Tempoh masa yang agak lama menyebabkan guru hilang tumpuan
(iii)Kerja kursus yang membebankan.
G2 : (i) Agak sukar berkomunikasi dengan fasilitator yang berbahasa Inggeris
(ii) Hampir semua kaedah pengajaran sudah dipelajari tetapi nama sahaja yang diubah
G3 : (i) Tekanan kerana menghadiri kursus yang lama dan berkala.
(ii) Peperiksaan dan kerja kursus yang menambah beban guru terutamanya apabila
perlu menghabiskan kerja-kerja hakiki yang sangat banyak.
Adakah guru bersedia untuk mengguna pakai Program Intern ational Baccalaureate
Middle Years ini?
G1 : Ya tetapi masih memerlukan tunjuk ajar
G2 : Tidak secara menyeluruh
G3 : Memerlukan latihan yang berterusan untuk memastikan hasil yang baik. Mungkin
perlu bimbingan.
Apakah masalah yang dihadapi guru semasa menerapkan Program International
Baccalaureate ini?
G1 : Tidak semua topik sesuai menggunakan cara ini. Ada sesetengah topic yang
memerlukan
kaedah chalk and talk. Guru masih lagi perlu mengajar dan memastikan pelajar faham
sebelum menggunakan kaedah yang disarankan.
-
7/21/2019 IB-MYP Mckk Completed
27/34
27
G2 : Susah untuk diterapkan kepada guru-guru lama. Mengapa tidak diambil sekolah khas
dan guna guru yang baru supaya mengajar menggunakan kaedah ini. Tertekan dengan
kerja dan sillabus yang banyak ditambah pula dengan kaedah baru yang memerlukan
masa yang banyak di dalam kelas.Kita masih lagi berorientasikan peperiksaan dan
perlu menghabiskan sillabus. Pencapaian sekolah masih lagi dinilai melaui markah
akademik. Oleh itu masa memainkan peranan.
G3 : Murid perlu diberi bsnyak kemudahan untuk melakukan penyelidikan untuk mencari
isi-isi atau fakta penting memandangkan kelas adalah berorientasikan pelajar.
Penambahbaikan dari segi kemudahan perlu diberi penekanan.
Dapatan Temubual Bersama Pelajar
Adakah pelajar berasa seronok belajar menggunakan Program ini?
P1 : Seronok. Banyak perbincangan boleh dilakukan. Bertukar idea dengan rakan
P2 : Seronok tetapi banyak kajian perlu dijalankan dahulu sebelum kelas bermula.
P3 : Seronok, Cuma takut dan gementar apabila perlu berckap dihadapan rakan sekelas.
P4 : Seronok kerana pendapat pelajar sentiasa didengar oleh guru dan banyak
penambahbaikan dapat dilkukan.
Apakah kelebihan program ini pada pelajar?
Semua responden bersetuju bahawa tahap keyakinan meningkat dan lebih memahami carauntuk belajar dengan lebih berkesan.
Apakah cabaran yang pelajar hadapi di dalam kelas?
P1 : Mencari isi dan menyampaikannya didalam kelas.
P2 : memberi penerangan dan menghasilkan projek memakan masa yang lama kerana
perlu membaca untuk peperiksaan.
P3 : Tekanan untuk belajar untuk peperiksaan dan menghasilkan pembentangan dan
-
7/21/2019 IB-MYP Mckk Completed
28/34
28
kertas kerja.
P4 : kaedah baru dan perlu masa untuk menyesuaikan diri. Masih rasa kekok untuk
bercakap dn melontarkan idea kerana perlu memberikan justifikasi ke atas setiap idea
yang diberi.
Dapatan Temubual Bersama Ibu Bapa
Adakah ibu bapa faham apakah Program International Baccalaureate Middle Years?
Semua responden bersetuju hanya faham melalui bacaan di internet tetapi tidak memahami
secara mendalam cara penerapan program ini didalam kelas
Adakah ibu bapa bersetuju program ini digunakan oleh pihak sekolah?
Semua responden bersetuju jika ia membawa kebaikan maka elok diteruskan. Tetapi
penerangan yang mendalam perlu diberikan kepada ibu bapa supaya faham dan dapat
membantu anak-anak.
Mereka juga berharap agar program ini diteruskan dan bukan hanya dijalankan separuh jalan
kerana bimbang akanmengganggu pembelajaran anak mereka. Tetapi mereka bersetuju untuk
meletakkan tanggungjawab ini pada pihak sekolah dan yakin ia adalah untuk kebaikan anak-
anak mereka.
Dapatan Pemerhatian terhadap Tingkah Laku Pelajar :
Responden mempunyai keyakinan yang tinggi dalam menyampaikan pendapat mereka dan
lebih fasih bercakap.
-
7/21/2019 IB-MYP Mckk Completed
29/34
29
BAB 5
PERBINCANGAN DAN KESIMPULAN
Perbincangan
Kebanyakan guru-guru yang masih belum bersedia sepenuhnya dalam melaksanakan
program kurikulum IB-MYP di sekolah mereka. Menurut mereka lagi, program ini baru
sahaja dilaksanakan pada bulan Mac iaitu tiga bulan yang lalu semasa temu ramah ini
dijalankan. Guru-guru berasa terbeban apabila berlakunya pertembungan kurikulum tempatan
dan kurikulum IB-MYP yang perlu dijalankan semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran
secara serentak. Masalah juga timbul apabila ada sebahagian topik di dalam sukatan mata
pelajaran yang telah ditetapkan oleh bahagian pembangunan kurikulum (BPK) di Kementrian
Pelajaran Malaysia (KPM) tidak sesuai jika diajar dengan melaksanakan kurikulum IB-MYP.
Tambahan pula, jika dilihat pada hari ini, beban tugas guru merupakan masalah besar kerana
semakin hari, semakin meningkatnya tugas-tugas yang perlu dilaksanakan oleh guru. Guru-
guru yang mengajar menggunakan kurikulum IB-MYP juga perlu mengajar pelajar tingkatan
tiga dimana sistem peperiksaan yang baru, baru sahaja dilaksankan. Bagi meningkatkan
kompetensi guru-guru dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran menggunakan
kurikulum IB-MYP, guru-guru ini telah diarahkan untuk menghadiri bengkel dalammelaksanakan kurikulum IB-MYP sebanyak lapan sesi. Setiap sesi memperuntukan tiga buah
-
7/21/2019 IB-MYP Mckk Completed
30/34
30
tugasan yang perlu diselesaikan oleh guru-guru. Masalah timbul apabila ada dalam kalangan
guru tidak kompeten dalam bahasa Inggeris kerana semua tugasan perlu disiapkan dalam
bahasa Inggeris.
Para pelajar pula berasa seronok apabila pengajarann dan pembelajaran mereka
dilaksankan menggunakan kurikulum IB-MYP. Ini kerana kurikulum IB-MYP mampu
mencetuskan pembelajaran yang aktif dalam kalangan pelajar apabila pengajaran dan
pembelajaran lebih berpusatkan murid. Aktiviti pembentangan yang dikendalikan oleh para
pelajar mampu meningkatkan tahap keyakinan para pelajar sekaligus melatih para pelajar
dalam kemahiran berkomunikasi di khalayak ramai. Pembangunan model-model yang
dihasilkan oleh para pelajar melalui kurikulum IB-MYP mampu menjana kretiviti para
pelajar serta meningkatkan semangat kerjasama dalam kalangan mereka. Selain itu, penulisan
projek-projek yang perlu dihasilkan oleh para pelajar mampu meningkatkan tahap kognitif
para pelajar dalam mengulas sesuatu perkara yang dibincangkan. Aktiviti khidmat
masyarakat yang perlu dikendalikan oleh para pelajar juga mampu melatih para pelajar dalam
menguruskan sesuatu projek sekaligus mengasah bakat kepimpinan dalam kalangan mereka.
Aktiviti ini juga mampu memberikan impak yang positif kepada masyarakat serta
meningkatkan kemahiran bersosial dalam kalangan pelajar. Kurikulum IB-MYP
menyediakan pendidikan yang holistik kepada para pelajar.
Kebanyakan ibu bapa percaya bahawa kurikulum IB-MYP merupakan kurikulum
yang berkesan dalam melahirkan pelajar yang berkualiti yang menekankan pendidikan yang
holistik bagi membentuk para pelajar yang boleh berfikir di kehidupan yang sebenar. Ibu
bapa telah mengetahui akan kepentingan pendidikan dan berasa bahawa kurikulum IB-MYP
merupakan kurikulum yang layak dilaksanakan di dalam sistem pendidikan anak mereka. Ini
kerana pada zaman moden yang serba canggih ini menuntut modal insan yang mampu
bersaing diperingkat antarabangsa secara global. Kurikulum IB-MYP merupakan kurikulum
yang paling tepat dilaksanakan pada masa kini bagi melahirkan para pelajar yang mampu
mencorak dunia pada masa hadapan. Namun begitu, ibu bapa berharap agar program
melaksankan kurikulum IB-MYP di Maktab Melayu Kuala Kangsar (MCKK) diteruskan
sehingga benar-benar melahirkan para pelajar yang diingini seperti yang telah termaktub di
dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025. Ibu bapa berharap tiada lagi
rombakan yang dilakukan terhadap kurikulum IB-MYP seperti yang telah terjadi kepada
sistem penilaian para pelajar iaitu Penilaian Berasaskan Sekolah (PBS). Rombakan-rombakan
-
7/21/2019 IB-MYP Mckk Completed
31/34
31
yang telah dilakukan terhadap sistem Penilaian Berasaskan Sekolah (PBS) telah
menyebabkan kekeliruan dalam kalangan ibu bapa.
Cadangan
Kurikulum IB-MYP perlu terus dilaksanakan bagi menghasilkan modal insan yang berkualiti.
Namun begitu, perlaksanaannya perlu disesuaikan dengan kurikulum pendidikan di Malaysia.
Guru juga perlu diberikan tempoh yang mencukupi untuk bersedia dalam melaksanakan
pengajaran dan pembelajaran mereka di dalam kelas mengikut spesifikasi yang ditetapkan
oleh kurikulum IB-MYP. Selain itu, bahagian pembangunan kurikulum (BPK) perlu
membuat rombakan di dalam sukatan mata pelajaran yang topiknya tidak dapat disesuaikan
dengan kurikulum IB-MYP. Perlaksanaan kurikulum IB-MYP juga perlu disesuaikan dengan
intipati falsafah pendidikan kebangsaan (FPK) agar matlamat dalam menghasilkan produk
pelajar yang dikehendaki tidak terpesong dengan kehendak pasaran negara. Beban tugas guru
juga perlu diteliti dan dinilai dengan lebih terperinci. Jika guru dibebani dengan tugas-tugas
sampingan yang membebankan, proses pengajaran dan pembelajaran yang dikendalikan oleh
guru tersebut akan terjejas kerana kekurangan persediaan yang rapi bagi aktiviti tersebut.
Guru-guru tidak mampu memberi tumpuan sepenuhnya dalam menjayakan kurikulum IB-
MYP di sekolah mereka disebabkan kekangan masa dan beban tugas yang bertambah.
Latihan dan bengkel perlu diberikan kepada guru-guru secara berterusan bagi meningkatkan
kompetensi guru-guru dalam melaksanakan kurikulum IB-MYP dalam mata pelajaran yang
diajar oleh mereka. Persediaan dalam melaksanakan kurikulum IB-MYP perlu dirancang
dengan teliti agar tidak berlaku sebarang rombakan semasa perlaksanaannya yang mampu
menyebabkan kekeliruan kepada para pelajar dan ibu bapa.
Kesimpulan
Kurikulum IB-MYP merupakan kurikulum bagi pelajar sekolah menengah yang
mempunyai ciri-ciri pendidikan yang holistik. Kurikulum ini bukan sahaja menekankan
pencapaian akademik semata-mata tetapi juga membentuk pemikiran para pelajar agar
mampu berfikir seperti di dunia sebenar. Selain itu, kurikulum ini lebih fleksibel dan
pembelajarannya lebih berpusatkan pelajar. Kurikulum IB mampu membangunkan pemikiran
secara kritikal dan kurikulum ini mempunyai kedudukan yang tinggi (Taylor dan Porath,
2006). Perlaksanaan kurikulum IB-MYP di Maktab Melayu Kuala Kangsar (MCKK)
-
7/21/2019 IB-MYP Mckk Completed
32/34
32
merupakan langkah bijak Kementrian Pelajaran Malaysia (KPM) dalam melahirkan para
pelajar yang berkualiti dan mampu bersaing di peringkat antarabangsa. Namun begitu,
perlaksanaanya perlu mempunyai persediaan yang rapi agar ia berjalan lancer dan licin.
Guru-guru perlu diberi pendedahan yang secukupnya agar mereka bersedia untuk
menjayakan kurikulum IB-MYP di sekolah mereka. Rombakan terhadap sukatan mata
pelajaran tertentu perlu dilakukan agar dapat disesuaikan dengan kurikulum IB-MYP supaya
mampu menghasilkan ciri-ciri pelajar yang diinginkan. Maklumat program perlaksanaan
kurikulm IB-MYP perlu disampaikan kepada ibu bapa pelajar dengan lebih terperinci agar
tahap penerimaan ibu bapa terhadap kurikulum IB-MYP menjadi lebih baik.
-
7/21/2019 IB-MYP Mckk Completed
33/34
33
Rujukan
Alford, B., Rollins, K., Stillisano, J., & & Waxman, H. (2013). Observing classroominstruction in schools implementing the International Baccalaureate programme.
Current Issues in Education, 16(2)
Ary, D., Jacobs, L. C., & Razavieh, A. 2002. Introduction to Research In Education. Edisi
Ke-6. United Kingdom: Wadsworth.
Berg, B. L. (2009). Qualitative research methods for the social sciences. (7th ed.). Boston:
Pearson Education Incorporation.
Gerring, J. 2007. Case Study Research Principles and Practices. Cambridge: Cambridge
University Press.
Healer, M. I. 2013. A quasi-experimental quantitative study of the effect of IB on scienceperformance. (Order No. 3573948, University of Phoenix). ProQuest Dissertations
and Theses, 102. Retrieved from
http://search.proquest.com/docview/1442456284?account id=50153. (1442456284).
International Baccalaureate Organization. 2012. The IB Middle Years Programme: Education
for a better world. http://www.ibo.org
Kobylinski-Fehrman, M. J. 2013. The International Baccalaureate Middle Years Programmeand its effect on students in poverty. Georgia State University.
http://digitalarchive.gsu.edu/eps_diss/104/.
Krueger, R. A., & Casey, M. A. 2009. Focus groups: A practical guide for applied research.
(4th ed.). California: SAGE Publication.
Lambert, S., & Loiselle, C. G. 2008. Combining individual interviews and focus groups to
enhance data richness. Journal of Advanced Nursing, 62(2), 228-237.
Morgan, D. L. 1998. Planning focus group: Focus group kit 2. California: SAGE Publication.
Morrison-Beedy, D., Cote-Arsenault, D., & Feinstein, N. F. 2001. Maximizing results with
focus groups: Moderator and analysis issue. Applied Nursing Research, 14(1), 48-
53.
Noraini Idris. 2010. Penyelidikan Dalam Pendidikan. Kuala Lumpur: McGraw Hill.
Rabiee, F. 2004. Focus-group interview and data analysis. Proceedings of Nutrition Society,
63, 655-660.
http://digitalarchive.gsu.edu/eps_diss/104/http://digitalarchive.gsu.edu/eps_diss/104/ -
7/21/2019 IB-MYP Mckk Completed
34/34
34
Redmond, R., & Curtin, E. 2009. Focus groups: Principles and process. Nurse Researcher,
16(3), 57-69
Seth Bin Sulaiman & Umi Mardhiah Binti Abu Bakar 2007. Kesediaan Guru Sains Untuk
Mengajar Dalam Bahasa Inggeris. Satu Tinjauan Ke Atas Pelajar Tahun AkhirFakulti Pendidikan , Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia.
Sizmur, J and Cunningham, R. 2012. International Baccalaureate Middle Years Programme
(MYP) in the UK. Slough, Berkshire, UK. NFER.
Suldo, S. M. and Shaunessy-Dedrick, E. Changes in stress and Psychological adjustmentduring the transition to high school among Freshmen in an accelerated curriculum.Journal of advanced academics, 24(3), Pp 195218.
Tan, L and Bibby, Y. 2012. Performance Comparison between IB School Students and Non-
IB School Students on the International Schools Assessment (ISA) and on theSocial and Emotional Wellbeing Questionnaire. Melbourne: Australian Council for
Educational Research.
Taylor, M and Porath, M. 2006. Reflections on the International Baccalaureate Program:Graduates Perspectives. The Journal of Secondary Gifted Education. Vol 27, issue3. Pp 2130.
Wade, J and Wolanin, N. 2013. Continuation Study of Student Performance and Engagementin the Middle Years Programme. Bethesda, MD, USA. International Baccalaureate
Organization.
Wade, Julie. 2011. Student Performance and Student Engagement in the International
Baccalaureate Middle Years Programme. Bethesda, MD: International Baccalaureate
Organization.
Yin, R.K. 2003. Case Study Research Design and Methods : Third Edition. Thousand Oaks,
California: SAGE Publications, Inc.
Yin, R.K. 2009. Case Study Research Design and Methods : Fourth Edition. Thousand Oaks,
California: SAGE Publications, Inc.