UNIT PERHUBUNGAN DAN LATIHAN INDUSTRI POLITEKNIK SULTAN AZLAN SHAH
INDUSTRIAL TRAINING FINAL
REPORT AT401
ii
KAEDAH PENULISAN INDUSTRIAL TRAINING FINAL
REPORT (AT401)
Penerbit
Politeknik Sultan Azlan Shah
Behrang Stesen, Behrang
Perak Darul Ridzuan
POLITEKNIK SULTAN AZLAN SHAH
KAEDAH PENULISAN INDUSTRIAL TRAINING FINAL REPORT (AT401)
Naskah ini disedia dan diwujudkan adalah sebagai panduan kepada para pelajar di dalam
penyediaan penulisan laporan akhir latihan industri yang lebih baik. Format yang ditetapkan
tidak boleh dipinda sebarangan oleh pelajar. Semua pelajar perlu merancang bentuk
penulisan pada permulaan dan semasa menjalani latihan industri dijalankan supaya
maklumat yang masih segar di dalam minda dapat direkodkan.
Penggunaan gaya penulisan yang baik beserta semua fakta yang berkenaan pengalaman
kerja yang berkaitan dan munasabah dengan bidang pelajar akan menggambarkan tahap
keberkesanan sesebuah latihan industri pelajar. Di dalam naskah ini dilengkapi dan
disertakan contoh kandungan yang lengkap dalam penulisan laporan akhir latihan industri ini
iaitu muka depan, penghargaan, abstrak, abstract, senarai jadual, senarai rajah, senarai
singkatan perkataan, dan satu contoh penulisan ringkasan aktiviti latihan industri, laporan
teknikal, laporan teknikal pelajar perdagangan, dapatan, cadangan dan kesimpulan.
Penetapan tentuletak sesuatu format yang mengandungi contoh rajah dan jadual di dalam
naskah ini juga dapat mengelakkan berlaku kekeliruan oleh para pelajar. Penilaian ke atas
Markah Latihan Industri sebahagian besarnya berdasarkan Laporan Akhir Latihan Industri
serta kemajuan dan pencapaian yang ditunjukkan oleh pelajar. Panduan ini perlu diikuti oleh
pelajar semasa menulis laporan akhir latihan industri bagi mendapatkan keseragaman
dalam penulisan laporan akhir latihan industri ini. Laporan akhir latihan industry yang perlu
dihasilkan oleh pelajar mestilah bercirikan akademik dan saintifik.
Hasilnya naskah ini, didapati kekeliruan dan kekurangan kefahaman pelajar di dalam
penyediaan laporan akhir latihan industri dapat diminimakan. Unit perhubungan dan latihan
industry PSAS mensasarkan agar pengetahuan yang diperolehi oleh pelajar berada pada
tahap yang diharapkan.
Penulis dan Penyunting
Abdul Aziz bin Ahmad (Upli)
Nathrah Binti Nawawi (Upli)
Norshahadah Binti Abd Rahman (Jmsk)
POLITEKNIK SULTAN AZLAN SHAH
Diterbitkan oleh :
Politeknik Sultan Azlan Shah
Behrang Stesen, Behrang
35950 Perak.
Tel :05-4544431
Faks:05-4544993
Email : http://www.psas.edu.my
Hak cipta terpelihara.
Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel, illustarsi dan isi
kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan dengan cara apa jua samaada
secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin
bertulis daripada Politeknik Sultan Azlan Shah.
Perpustakaan Negara Malaysia Cataloguing-in–Publication
Data
Abdul Aziz Ahmad
Industrial training final report AT401: kaedah penulisan / Abdul Aziz Ahmad dan
Nathrah binti Nawawi dan Norshahadah binti Abd Rahman
ISBN 978-967-12793-2-8
1. Training manual |xHandbooks,manual, etc I. Nathrah binti Nawawi
II. Norshahadah binti Abd Rahman III. Malaysia, Politeknik Sultan Azlan Shah
370
POLITEKNIK SULTAN AZLAN SHAH
ISI KANDUNGAN
1.0 PENGENALAN ......................................................................................................................... 1
2.0 PENYERAHAN DOKUMEN TAMAT LATIHAN INDUSTRI ............................................... 1
3.0 GARIS PANDUAN PENULISAN INDUSTRIAL TRAINING FINAL REPORT ................. 2
3.1 AM .......................................................................................................................................... 2
3.2 PEMBETULAN ..................................................................................................................... 3
3.3 DAKWAT ............................................................................................................................... 4
4.0 PENGGUNAAN BAHASA ....................................................................................................... 4
4.1 PENGGUNAAN BAHASA ................................................................................................... 4
4.2 AYAT DAN EJAAN ............................................................................................................... 4
4.3 PENGGUNAAN HURUF BESAR ...................................................................................... 5
5.0 PERNOMBORAN DAN TANDA PENULISAN ..................................................................... 5
5.1 SISTEM PERNOMBORAN ................................................................................................. 5
5.2 TANDA KHAS ....................................................................................................................... 6
5.3 TAJUK DAN TAJUK KECIL ................................................................................................ 7
5.4 RUANGAN SELEPAS TANDA KOMA DAN NOKTAH ................................................... 7
6.0 JIDAR (MARGIN) DAN JARAK (PERENGGAN) ................................................................. 8
6.1 SELA / JARAK LANGKAU .................................................................................................. 8
7.0 KANDUNGAN INDUSTRIAL TRAINING FINAL REPORT ................................................ 9
7.1 BAHAN HADAPAN .............................................................................................................. 9
7.2 BAHAN LAPORAN ............................................................................................................. 10
7.3 BAHAN BELAKANG .......................................................................................................... 11
8.0 GAMBARAJAH / JADUAL DAN LAMPIRAN ..................................................................... 11
9.0 RUJUKAN ................................................................................................................................ 13
10.0 GARIS PANDUAN PENJILIDAN INDUSTRIAL TRAINING FINAL REPORT .............. 14
11.0 PENUTUP ............................................................................................................................... 14
12.0 RUJUKAN / BIBLIOGRAFI ................................................................................................... 15
LAMPIRAN .......................................................................................................................................... 16
LAMPIRAN 1 : ................................................................................................................................... 17
LAMPIRAN 2 : MAKLUMAT PADA KULIT LAPORAN ................................................................ 18
LAMPIRAN 3 : CONTOH BUKU INDUSTRIAL TRAINING FINAL REPORT ........................... 18
LAMPIRAN A : HALAMAN JUDUL .................................................................................................. 20
LAMPIRAN B : PENGESAHAN PELAJAR .................................................................................... 21
POLITEKNIK SULTAN AZLAN SHAH
LAMPIRAN C : SALINAN SURAT PENGESAHAN TAMAT LATIHAN INDUSTRI (SURAT
DARI ORGANISASI LATIHAN) ........................................................................................................ 22
LAMPIRAN D : ABSTRAK ................................................................................................................ 24
LAMPIRAN E : DEDIKASI ................................................................................................................ 26
LAMPIRAN F : PENGHARGAAN .................................................................................................... 27
LAMPIRAN G : SENARAI KANDUNGAN ...................................................................................... 28
LAMPIRAN H : SENARAI JADUAL ................................................................................................ 31
LAMPIRAN I : SENARAI RAJAH ..................................................................................................... 32
LAMPIRAN J : SENARAI LAMPIRAN ............................................................................................. 33
LAMPIRAN K : RINGKASAN AKTIVITI LATIHAN INDUSTRI .................................................... 34
LAMPIRAN L : LAPORAN TEKNIKAL ............................................................................................ 35
LAMPIRAN M : DAPATAN DAN CADANGAN .............................................................................. 36
LAMPIRAN N : KESIMPULAN ......................................................................................................... 38
LAMPIRAN O : MY INTERNSHIP REFLECTIONS (MiR) ........................................................... 38
APPENDIX .......................................................................................................................................... 39
POLITEKNIK SULTAN AZLAN SHAH
1
1.0 PENGENALAN
Penulisan Industrial Training Final Report adalah salah satu elemen penilaian yang
menyumbang markah sebanyak 20% dari keseluruhan penilaian latihan industri. Pelajar
dikehendaki menyediakan laporan ini berdasarkan panduan kandungan yang diberikan.
Laporan ini boleh disediakan dalam bentuk bercetak seperti berjilid kulit keras, buku (ring
binding, perfect binding) atau dalam bentuk CD interaktif.
Tujuan panduan Penulisan Industrial Training Final Report ini adalah untuk membantu
pelajar – pelajar menyediakan laporan mengikut format yang betul dan mengurangkan
kesilapan berhubung kandungan laporan. Dengan wujudnya panduan Penulisan Industrial
Training Final Report diharapkan pelajar–pelajar akan dapat menghasilkan Industrial
Training Final Report yang berkualiti dan kreatif.
2.0 PENYERAHAN DOKUMEN TAMAT LATIHAN INDUSTRI
Pelajar yang telah tamat menjalani program Latihan Industri wajib mendaftar tamat di
politeknik untuk mengikuti pengajian semester seterusnya dengan mengemukakan
beberapa dokumen berkaitan iaitu:
2.1.1 Laporan Latihan Industri yang siap dijilid. (Kulit kerasnya perlu diperolehi di koperasi
PSAS sebelum menjalani latihan industri).
2.1.2 Buku Jurnal Refleksi yang diisi dan dicatit oleh pelajar semasa menjalani latihan
industri.
2.1.3 Surat Pengesahan Tamat Latihan Industri. (Dikeluarkan oleh organisasi latihan atau
di dalam buku Refleksi Jurnal (RJ).
2.1.4 Borang Penarafan Bintang (Di isi dan di cetak http://www.bintang.lipoly.my).
2.1.5 Borang Soal Selidik Kajian Keberkesanan Latihan Industri kepada pelajar Diploma
Kejuruteraan Awam (DKA) Lisa (Hanya untuk pelajar DKA Lisa sahaja).
2.1.6 Menyediakan Slide pembentangan Latihan Industri (Sila rujuk Lampiran 1).
2.1.7 Dokumen yang perlu di fax ke Unit Latihan Industri PSAS
a. Appendix 1 – Perlu diisi dengan lengkap.
b. Appendix 2 – Perlu diisi dengan lengkap.
2.1.8 Menyediakan sampul surat berisi:
POLITEKNIK SULTAN AZLAN SHAH
2
a. Appendix 4 – Hanya perlu dicetak sahaja.
b. Appendix 5 – Hanya perlu dicetak sahaja.
2.1.9 My Internship Reflection (MIR) perlu dicetak di Portal PSAS ruangan Unit
Perhubungan dan Latihan Industri :
a. Refleksi a (Perlu diisi pada Minggu 1 dengan lengkap)
b. Refleksi b (Perlu diisi pada Minggu ke-20 dengan lengkap)
c. Setelah lengkap, perlu dijilid sekali bersama Industrial Training Final Report
3.0 GARIS PANDUAN PENULISAN INDUSTRIAL TRAINING FINAL REPORT
3.1 AM
3.1.1 Pelajar dikehendaki menaip menggunakan komputer atau mesin taip
elektronik supaya tulisan akan menjadi lebih kemas dan seragam
dengan menggunakan kertas putih bersaiz A4 dan berat minimum
kertas ialah 80 gram.
3.1.2 Ketebalan laporan yang dibenarkan diantara 50 hingga 80 muka surat
sahaja dengan kertas bersaiz A4 tidak termasuk lampiran.
3.1.3 Tujuan menyediakan laporan adalah untuk melaporkan tentang apa
yang telah pelajar lakukan sepanjang tempoh latihan industri
berlangsung.
3.1.4 Pelajar haruslah melaporkan tugasan/kerja yang diberikan semasa
menjalani latihan industri bukan menceritakan semula apa yang telah
ada dalam buku atau yang telah diketahui umum.
3.1.5 Pelajar tidak digalakkan membina ayat yang panjang lebar kerana ia
boleh mengelirukan dan menyebabkan komposisi tatabahasa yang
salah.
3.1.6 Pelajar haruslah menggunakan ayat dan pernyataan yang formal
serta membawa satu maksud yang jelas dan nyata.
3.1.7 Setiap perkataan/terminologi baru/khusus perlu didefinasikan
selengkapnya dalam senarai istilah. Selain daripada itu, jika terdapat
singkatan perkataan digunakan, ia haruslah di letakkan dalam senarai
singkatan.
POLITEKNIK SULTAN AZLAN SHAH
3
3.1.8 Pelajar perlu memastikan kesinambungan antara ayat, perenggan dan
laporan keseluruhan.
3.1.9 Pelajar mesti membuat penentuan kepentingan setiap bahan yang
dimasukkan. Justeru itu, bahan yang penting mestilah didahulukan
dan diberi keutamaan dalam menghasilkan penulisan. Bahan-bahan
yang penting hendaklah diletakkan dalam bahan laporan dan bahan
sokongan diletakkan dalam lampiran.
3.1.10 Kesilapan yang selalu dilakukan oleh pelajar iaitu:
a. Apabila menggunakan imbuhan di dan ke. Terdapat dua keadaan
penggunaannya iaitu :-
i. untuk tempat mesti ada ruang/jarak(space). Contoh: di
mana, di atas, di antara, di sebelah, di samping, di
kalangan, ke mana, ke atas, ke kampus.
ii. untuk perbuatan tiada ruang/jarak(space). Contoh:
dikehendaki, dibangunkan, dilakukan, diberi.
b. Antara satu perkataan dengan perkataan yang seterusnya perlu
diselang dengan satu ruang/jarak(space). Contoh: Mesin ini
hendalah disimpan.
c. Pelajar dikehendaki menyemak semula penulisan yang dibina
supaya tidak berlaku kesilapan typing-error dan spelling-error.
d. Pelajar harus mengelak membina ayat dengan menggunakan kata
nama “saya” atau “kami” di dalam penulisan. Begitu juga dengan
perkataan “apa” di dalam ayat biasa. Ia hanya sesuai digunakan di
dalam ayat persoalan.
3.2 PEMBETULAN
Sebarang kesalahan hendaklah dipadamkan dengan bersih (tidak boleh
menggunakan cecair pemadam). Menaip bertindih di atas huruf yang salah
(overwriting) adalah tidak dibenarkan.
POLITEKNIK SULTAN AZLAN SHAH
4
3.3 DAKWAT
Tulisan laporan hanya menggunakan dakwat HITAM sahaja.
4.0 PENGGUNAAN BAHASA
4.1 PENGGUNAAN BAHASA
4.1.1 Pelajar dibenarkan menulis laporan dalam Bahasa Inggeris atau
Bahasa Melayu.
4.1.2 Laporan yang ditulis dengan menggunakan Bahasa Melayu
hendaklah menggunakan sistem ejaan seperti yang terdapat di dalam
daftar Ejaan Rumi Bahasa Melayu edisi terkini keluaran Dewan
Bahasa dan Pustaka dan menggunakan penggunaan tatabahasa
yang betul.
4.1.3 Jika terdapat penggunaan istilah dalam Bahasa Inggeris hendaklah
ditandakan dengan `…………………’ atau diletakkan dalam kurungan
(……….......…….…) atau di Italic bagi membantu pemahaman istilah
Bahasa Melayu.
4.2 AYAT DAN EJAAN
Pelajar hendaklah menggunakan ayat yang mudah difahami, tepat, padat dan ayat
pasif serta tidak menggunakan point-form.
Contoh ayat aktif :
Kami perlu menumpukan perhatian terhadap penerangan yang diberikan oleh
penyelia.
Contoh ayat pasif:
POLITEKNIK SULTAN AZLAN SHAH
5
Perhatian perlu kami tumpukan terhadap penerangan yang diberikan oleh penyelia.
Contoh Point-form
Syarikat Sinar NH Gemilang
Ditubuhkan pada 5 Jun 2001
Pengarahnya ialah En. Hadzir bin Mat Isa
Terletak di Slim River, Perak
4.3 PENGGUNAAN HURUF BESAR
Penggunaan huruf besar adalah penting dalam penulisan. Ia banyak digunakan di
setiap permulaan ayat, nama tempat dan nama khas. Kebiasaannya nama-nama
khas akan dimulai dengan huruf besar dan diikuti dengan huruf kecil tetapi ia boleh
juga menggunakan huruf besar sepenuhnya. Nama-nama khas seperti nama alat
atau nama pengarang buku. Contoh BANK NEGARA, HADZIR MAT ISA, Pelita
Hidup.
5.0 PERNOMBORAN DAN TANDA PENULISAN
5.1 SISTEM PERNOMBORAN
5.1.1 Ia adalah penting bagi pelajar menyesuaikan penggunaan sistem
nombor ini kerana ia dapat memberi impak yang besar terhadap
penulisan dan kekemasan Laporan. Terdapat 2 (dua) jenis sistem
penomboran iaitu:
a. Nombor Roman ( i,ii,iii,iv,v,…....) – Muka surat Bahan Hadapan
dan Belakang
b. Nombor Biasa (1,2,3,4,5,….....) – Muka Surat Bahan Laporan
POLITEKNIK SULTAN AZLAN SHAH
6
5.1.2 Setiap helaian kertas mesti mempunyai nombor muka surat. Justeru
itu, pelajar hendaklah meletakkan nombor muka surat bagi setiap
helaian Bahan Hadapan, Bahan Laporan dan Bahan Belakang. Setiap
helaian bagi kategori bahan mempunyai beberapa syarat yang mesti
dipatuhi oleh pelajar iaitu:
a. Bahagian bahan hadapan hendaklah menggunakan sistem
nombor roman kecil, diletakkan di atas muka surat sebelah
kanan kertas.
b. Bahagian bahan laporan dan bahan belakang hendaklah
menggunakan sistem nombor, diletakkan di atas muka surat
sebelah kanan kertas tetapi bagi halaman pertama setiap
permulaan Bahagian atau Bab, tidak perlu ditulis nombor muka
suratnya tetapi diambil kira bagi menomborkan muka surat
berikutnya.
5.2 TANDA KHAS
Tanda ini hendaklah digunakan apabila satu satu perkataan melebihi had sempadan
kertas. Tanda khas ``-`` hendaklah diletakkan selepas suku kata terakhir di hujung
sempadan kertas dan suku kata perkataan sambungannya hendaklah mempunyai
sebutan.
Contoh perkataan: ….tempatan
a. Penggunaan Tanda Khas (-) yang betul
……….tempat -
tan
b. Penggunaan Tanda Khas (-) yang tidak betul
POLITEKNIK SULTAN AZLAN SHAH
7
……….tempat –
An
5.3 TAJUK DAN TAJUK KECIL
Setiap penulisan akan terdapat tajuk dan tajuk kecil. Setiap jenis tajuk ini sebaiknya
menggunakan huruf besar dan digariskan di bawahnya atau di hitamkan (Bold).
Contoh:
PENGENALAN
GAMBAR ORGANISASI
5.4 RUANGAN SELEPAS TANDA KOMA DAN NOKTAH
Terdapat cara dalam penulisan ayat iaitu:
a. Selepas tanda koma
Sebelum perkataan yang seterusnya ditulis hendaklah ditinggalkan satu
ruangan kosong (satu space bar).
Contoh:
Pelajar hendaklah menggunakan ayat yang mudah difahami, tepat ….. .
b. Selepas tanda noktah
Sebelum perkataan yang seterusnya ditulis hendaklah ditinggalkan dua
ruangan kosong (dua space bar).
POLITEKNIK SULTAN AZLAN SHAH
8
Contoh:
Pelajar hendaklah menggunakan ayat yang mudah difahami, tepat ….. .(dua
space bar ) Ia adalah untuk ... .
6.0 JIDAR (MARGIN) DAN JARAK (PERENGGAN)
6.1 SELA / JARAK LANGKAU
6.1.1 Penulisan nombor Bab adalah 4 sela (4x1½ spacing) dari margin atas
muka surat.
6.1.2 Sela (jarak langkau) antara nombor Bab dan Tajuk Bab adalah / sela
(1½spacing).
6.1.3 Sela (jarak langkau) antara Tajuk Bab dan Sub Tajuk adalah 3 sela (3
x 1½ spacing).
6.1.4 Sela (jarak langkau) antara sub-tajuk dengan baris terakhir teks
sebelumnya 2 sela (2 x 1½ spacing).
6.1.5 Sela (jarak langkau) antara sub-tajuk dengan baris pertama teks
selepasnya ialah 1 sela.
6.1.6 Sela (jarak langkau) antara baris adalah 1 sela (1½ spacing).
6.1.7 Di setiap permulaan perenggan baru hendaklah dilangkah
(ditinggalkan) dua sela (2 x 1½ spacing).
6.1.8 Laporan hendaklah ditaip dengan menggunakan font Arial, 12 pt.
6.1.9 Jarak baris teks hendaklah menggunakan langkauan 1.5 spacing.
6.1.10 Margin mukasurat adalah seperti berikut:
a. Atas, Bawah dan Kanan : 25mm
b. Kiri : 40mm
POLITEKNIK SULTAN AZLAN SHAH
9
7.0 KANDUNGAN INDUSTRIAL TRAINING FINAL REPORT
Kandungan laporan mempunyai 3 (tiga) bahagian iaitu Bahan Hadapan, Bahan Laporan dan
Bahan Belakang.
7.1 BAHAN HADAPAN
7.1.1 Halaman Judul (rujuk lampiran A)
7.1.2 Pengesahan Pelajar (rujuk lampiran B)
7.1.3 Surat Pengesahan Tamat Latihan (rujuk lampiran C)
7.1.4 Abstrak (rujuk lampiran D)
Abstrak hendaklah ditulis dalam kedua-dua bahasa iaitu Bahasa Melayu dan
Bahasa Inggeris. Purata panjang abstrak antara 100-300 patah perkataan.
Terdapat beberapa perkara yang perlu di beri perhatian iaitu :-
a. Maklumat yang perlu ditulis ialah:
i. Menyatakan masalah yang dihadapi dalam membuat tugasan
yang diberikan.
ii. Objektif dan tujuan tugasan tersebut diberikan
iii. Perkaedahan atau cara yang digunakan bagi tugasan yang
diberikan.
iv. Ruang lingkup tugasan yang diberikan.
v. Hasil tugasan yang dijangkakan dan kesimpulan.
vi. Sumbangan terhadap bidang ilmu
b. Maklumat yang tidak boleh ditulis ialah:
i. Tambahan, pembetulan atau sebarang maklumat yang tidak
terdapat dalam laporan.
ii. Rujukan dari luar seperti tesis, jurnal atau sebarang jenis
penulisan
7.1.5 Dedikasi (pilihan - rujuk lampiran E)
7.1.6 Penghargaan (pilihan - rujuk lampiran F)
7.1.7 Senarai Kandungan (rujuk lampiran G)
Bahagian ini mengandungi senarai isi kandungan beserta muka surat.
POLITEKNIK SULTAN AZLAN SHAH
10
7.1.8 Senarai Jadual (rujuk lampiran H)
Jika terdapat jadual yang digunakan dalam penulisan, pelajar mesti
menggunakan senarai ini. Setiap jadual dalam laporan mesti mempunyai
tajuk jadual dan ditulis dibahagian atas jadual.
7.1.9 Senarai Rajah (rujuk lampiran I)
Jika terdapat rajah yang digunakan dalam penulisan, pelajar mesti
menggunakan senarai ini. Setiap rajah dalam laporan mesti mempunyai tajuk
rajah dan ditulis dibahagian bawah rajah.
7.1.10 Senarai Lampiran (rujuk lampiran J)
Senarai ini perlu ditulis bagi setiap lampiran yang terdapat di akhir laporan.
7.2 BAHAN LAPORAN
7.2.1 Bab 1 : Pengenalan
Pendahuluan berkaitan dengan Latihan Industri
Objektif Latihan Industri
Objektif Laporan ditulis
Kepentingan Latihan Industri
7.2.2 Bab 2 : Latar Belakang Organisasi latihan
Mengandungi maklumat organisasi seperti carta, sejarah penubuhan, misi,
visi dan apa sahaja yang dibenarkan oleh organisasi untuk dilaporkan
berkaitan organisasinya.
7.2.3 Bab 3 : Ringkasan Aktiviti Latihan Industri (rujuk lampiran K)
Aktiviti latihan industri yang dilakukan pada setiap hari dan dibuat kesimpulan
sama ada mengikut mingguan, bulanan atau bidang tugas. Penggunaan ayat
yang ringkas dan tepat.
7.2.4 Bab 4 : Laporan Teknikal (rujuk lampiran L)
Ia berkaitan dengan tugas-tugas atau kerja yang telah diberi atau
dilaksanakan sepanjang tempoh latihan. Sekiranya terdapat banyak tugasan
yang hendak dilapor, ianya perlu dipecahkan kepada tajuk kecil yang
berkaitan. Setiap tajuk kecil yang telah dipecahkan mestilah diterangkan
dengan terperinci serta diberi bukti untuk menyokong kenyataan yang ditulis
seperti rajah, jadual serta gambar.
7.2.5 Bab 5 : Dapatan dan Cadangan (rujuk Lampiran M)
POLITEKNIK SULTAN AZLAN SHAH
11
Idea-idea dan pandangan yang positif untuk penambahbaikkan terhadap
latihan yang telah dilaksanakan kepada organisasi latihan dan politeknik.
7.2.6 Bab 6 : Kesimpulan (rujuk Lampiran N)
Bab ini merumuskan secara keseluruhan latihan industri yang telah
dilaksanakan, hasil dan pencapaian latihan industri yang telah perolehi serta
perancangan dan harapan/cadangan pembaikan ke atas tugasan yang
diberikan. Kelemahan, kelebihan dan cadangan pembaikan perlu dinyatakan
dengan ringkas dan tepat. Pelajar juga perlu menyatakan ciri-ciri kreatif atau
inovatif yang telah ditunjukkan di dalam hasil kerja. Ia hendaklah ditulis dalam
1 muka surat penuh berkaitan rumusan terhadap latihan yang telah
dilaksanakan.
7.3 BAHAN BELAKANG
7.3.1 Rujukan
Sumber kesemua maklumat diperolehi
7.3.2 Lampiran – Maklumat tambahan
8.0 GAMBARAJAH / JADUAL DAN LAMPIRAN
8.1 Jika terdapat Gambarajah/jadual/graf dalam laporan, ia hendaklah
dinomborkan mengikut tajuk kecil dan penerangan ringkas.
Contoh :
Rajah 4.7.1
Bilangan Rajah
Bilangan Tajuk Kecil
Bilangan Bab
8.2 Sekiranya gambarajah/gambar tidak dapat diletakkan dalam muka surat yang
sama iaitu muka surat yang menerangkan gambar tersebut maka panduan
rujukan hendaklah diberikan terhadapnya. Semua penerangan atau
POLITEKNIK SULTAN AZLAN SHAH
12
keterangan pada mana-mana rajah atau ilustrasi hendaklah ditaip atau
menggunakan `letter press’ atau `stecil template’. Sebagai contoh :-
Lihat Rajah 1.3.6.7 di muka surat 30
8.3 Jika terdapat lampiran dalam penulisan, ia perlu diletakkan di bahagian
belakang laporan. Kandungannya hendaklah ditaip dan tidak boleh ditulis
dengan tangan. Terdapat 2 (dua) jenis lampiran iaitu lampiran bertajuk atau
lampiran bernombor/abjad. Contoh lampiran:
Lampiran A
Muka surat lampiran adalah L1 hingga L10
Lampiran 1
Muka surat lampiran adalah L1 hingga L10
Lampiran Gambar Organisasi
Muka surat lampiran adalah adalah L5
8.4 Jenis-jenis yang perlu dijadikan sebagai lampiran ialah jenis penerangan
yang terlalu panjang atau banyak iaitu:
a. Data
b. Jadual
c. Peta
d. Gambar
POLITEKNIK SULTAN AZLAN SHAH
13
9.0 RUJUKAN
9.1 Senarai rujukan yang dibuat hendaklah dilampirkan di bahagian belakang
laporan selepas bahagian komen dan cadangan dengan menyatakan sumber
rujukan sama ada dalam format American Psychological Association (APA).
9.2 Bagi mendapatkan panduan dalam format penulisan bahan rujukan, pelajar
boleh melayari web di bawah:
http://www.apastyle.org
9.3 Kaedah menulis rujukan iaitu:
9.3.1 Buku
Format:
Pengarang/Editor (Tahun). Tajuk(italic). Tempat Percetakan:Nama
Pencetak.
Contoh:
Perrin, R. (2004). Pocket Guide to APA Style. Boston: Hughton Miffin
Company.
Cara menulis dalam teks:
“Oleh itu, kajian menunjukkan salah satu faktor yang menyebabkan
guru pendiddikan khas meninggalkan bidang tersebut ialah kerana
kurang pengiktirafan (Brown, 2005)”
9.3.2 Laman Web
Format:
Pengarang (Tahun). Tajuk (italic). Retrieved (Tarikh), from (alamat
web)
POLITEKNIK SULTAN AZLAN SHAH
14
Contoh:
American Psychological Association. (2003). APA style: Electronic
references. Retrieved October 7, 2004, from
http://www.apastyle.org/elecref.html.
Cara menulis dalam teks:
…………….(American Psychological Association, 2003)
10.0 GARIS PANDUAN PENJILIDAN INDUSTRIAL TRAINING FINAL REPORT
Laporan hendaklah dijilid sebelum membuat pendaftaran tamat latihan industri di PSAS.
Beberapa panduan yang perlu diberi perhatian sebelum proses penjilidan adalah seperti
berikut :-
10.1 Warna Kulit: Hitam (Perlu dibeli di Koperasi PSAS)
10.2 Maklumat pada kulit Laporan(Rujuk Lampiran 2)
11.0 PENUTUP
Latihan industri memberi pendedahan awal kepada pelajar mengaplikasikan ilmu yang
dipelajari dalam situasi pekerjaan sebenar disamping mampu membentuk keyakinan diri
pelajar dalam menempuh pelbagai cabaran kelak. Justeru itu, adalah dengan ini diharapkan
pelajar menggunakan peluang yang ada untuk meningkatkan potensi diri agar kelak mampu
menjadi pekerja yang berkemahiran dan produktif yang menepati kriteria pasaran pekerjaan
yang diperlukan negara.
POLITEKNIK SULTAN AZLAN SHAH
15
12.0 RUJUKAN / BIBLIOGRAFI
LT Zahiran Hamzah, Abdul Aziz Ahmad, Nor Hazian Osman, Siti Rafidah Abdul Saref &
Nathrah Nawawi (2011). Garis Panduan Latihan Industri PSAS. Perak : Politeknik
Sultan Azlan Shah.
Panduan menulis laporan latihan industri. Dicapai pada June 14, 2014.
http://harris2012.tripod.com/latihan_industri/panduan_menulis_laporan.htm
Panduan penulisan abstrak tesis dan terjemahannya. Dicapai June 14, 2014.
http://www.ukm.my/jurutera/pdf/abstrak.pdf
Panduan Penulisan Tesis Projek Ilmiah Tahun Akhir Bacelor Sains Komputer. Dicapai June
14, 2014.
http://www.google.com.my/url?sa=t&rct=j&q=&esrc=s&source=web&cd=1&cad=rja&
uact=8&ved=0CBsQFjAA&url=http%3A%2F%2Fcsnotes.upm.edu.my%2Fkelasmaya
%2Fprojek.nsf%2Fde8cc2082fc4d31b4825730e002bd111%2Fdcc6339b996eef7548
257811002cb2bb%2F%24FILE%2FPANDUAN%2520PENULISAN%2520TESIS%25
20PROJEK%2520ILMIAH%2520TAHUN%2520AKHIR.docx&ei=R96aU86gMIzg8AX
I14K4Bw&usg=AFQjCNGKxmWmLgZoFOsmH_Gxbdu0Ys9pRQ.
Zalmiyah. PSM – Projek Sarjana Muda. Dicapai June 14, 2014.
http://www.se.cs.utm.my/zalmiyah/images/psm/format-psmii.pdf
POLITEKNIK SULTAN AZLAN SHAH
16
LAMPIRAN
POLITEKNIK SULTAN AZLAN SHAH
17
LAMPIRAN 1 :
CADANGAN ISI KANDUNGAN SLAID PEMBENTANGAN LATIHAN INDUSTRI
Slaid 1 : Pengenalan Diri
Pengenalan diri pembentang
Slaid 2 &3 : Latar Belakang Organisasi
Meliputi pengenalan terhadap organisasi, carta organisasi, sejarah penubuhan, misi, visi,
hala tuju organisasi serta aktiviti organisasi.
Slaid 4 & 5 : Ringkasan Aktiviti Latihan Industri
Berdasarkan latihan dan tugas yang dilaksanakan samada mengikut minggu, bulan atau
bidang tugas.
Slaid 6 & 11: Laporan Teknikal
Menjurus kepada tugas-tugas atau kerja yang telah dipertanggungjawabkan atau
dilaksanakan semasa latihan. Pelajar hendaklah menerangkan secara teperinci sekurang-
kurangnya 2 (dua) projek.
Slaid 12 : Kesimpulan
Rumusan kepada keseluruhan laporan.
Slaid 13 & 14 : Komen dan Cadangan
Komen yang dibuat hendaklah berkaitan dengan latihan di mana pelajar digalakkan
membuat cadangan positif dan membina bagi tujuan proses penambahbaikkan pada masa
akan datang.
Slaid 15 : Bibliografi
Bahan rujukan yang digunakan.
POLITEKNIK SULTAN AZLAN SHAH
18
LAMPIRAN 2 : MAKLUMAT PADA KULIT LAPORAN
NAMA : HADZIR BIN MAT ISA
NO. PEND. : 15DAD12F2031
PROGRAM : DIPLOMA KEJURUTERAAN MEKANIKAL
(AUTOMOTIF)
JABATAN : KEJURUTERAAN MEKANIKAL
TEMPOH LI : 23 JUN 2013 HINGGA 07 NOVEMBER 2014
Kulit Laporan ini mesti dibeli di koperasi
PSAS sebelum latihan industri bermula.
Maklumat ini ditaip di atas sekeping kertas A4 dan
ditampal di belakang Kulit Laporan dibahagian
tetingkap Kulit Laporan.
JenisTulisan : ARIAL
Saiz Tulisan : 14 – (Bold)
Kertas : Saiz A4 – Warna Putih
Tulisan : Warna Hitam
Paragraph : 1.5 spacing
POLITEKNIK SULTAN AZLAN SHAH
19
LAMPIRAN 3 : CONTOH BUKU INDUSTRIAL TRAINING FINAL REPORT
POLITEKNIK SULTAN AZLAN SHAH
20
LAMPIRAN A : HALAMAN JUDUL
LAPORAN AKHIR LATIHAN INDUSTRI
OLEH
HADZIR BIN MAT ISA
15DAD12F2031
DI
SINAR NH GEMILANG WORKSHOP
LOT 892, KLANT HALT 1
35800 SLIM RIVER
PERAK
Laporan Akhir Latihan Industri Ini Dikemukakan KepadaPensyarah Penilai di Jabatan Kejuruteraan Mekanikal Bagi Memenuhi Sebahagian Dari Syarat
Penilaian Latihan Industri dan Penganugerahan Diploma KejuruteraanMekanikal
POLITEKNIK SULTAN AZLAN SHAH
JUN 2014
Line spacing (paragraph) : 1.5 spacing
Jenis Tulisan : ARIAL
Saiz Tulisan : 12 – (Bold)
Langkau 3
Langkau 2
Langkau 2
Langkau 2
Langkau 3
Langkau 3
Langkau 3
POLITEKNIK SULTAN AZLAN SHAH
21
LAMPIRAN B : PENGESAHAN PELAJAR
PENGESAHAN PELAJAR
“Saya akui laporan latihan industri ini adalah hasil kerja saya sendiri
kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan
sumbernya”
Tandatangan :
NamaPelajar : HADZIR BIN MAT ISA
No. Pendaftaran : 15DAD12F2031
Program : DIPLOMA KEJURUTERAAN MEKANIKAL (AUTOMOTIF)
Tarikh : 07 November 2014
DisahkanOleh:
Tandatangan : ...................................................
Nama Penyelia : Puan Nur Nasrin Hadfina Binti Muhammad Najmi
Cop Organisasi :
Tarikh : 07 November 2014
Line spacing (paragraph) : 1.5 spacing
Jenis Tulisan : ARIAL
Saiz Tulisan : 12 – (Bold)
Langkau 4
Langkau 3
Langkau 3
Langkau 1
Langkau 2
Langkau 2
POLITEKNIK SULTAN AZLAN SHAH
22
LAMPIRAN C : SALINAN SURAT PENGESAHAN TAMAT LATIHAN INDUSTRI (SURAT
DARI ORGANISASI LATIHAN)
Surat ini boleh diperolehi dengan 2 cara :
1. Buku Laporan Harian Latihan Industri
2. Surat yang dikeluarkan oleh Organisasi Latihan
POLITEKNIK SULTAN AZLAN SHAH
23
LAMPIRAN C : SALINAN SURAT PENGESAHAN TAMAT LATIHAN INDUSTRI (SURAT
DARI BUKU REFLEKSI JURNAL)
POLITEKNIK SULTAN AZLAN SHAH
24
LAMPIRAN D : ABSTRAK
ABSTRAK
Kajian ini dilaksanakan bertujuan untuk mengkaji penggunaan serat sabut kelapa
sebagai penebat haba siling kediaman. Dalam dua dekad kebelakangan ini, gentian
semulajadi telah menerima perhatiansebagai pengganti kepada penguat gentian
sintetik seperti gentian kaca di dalampolimer, jut dansebagainya. Kelebihan gentian
semulajadi ialah ianya dapat mengurangkan kos kerana mudah untuk didapati,
ketumpatan yang rendah, kekuatan yang bolehditerimapakai, penebat haba yang
baik, punca yang boleh di perbaharui dan boleh untuk dikitar semula tanpa
menjejaskan alam sekitar. Hasil daripada data yang yang telah diperolehi didapati
bahawa serat sabut kelapa sesuai dijadikan sebagai penebat siling kediaman
kerana mempunyai nilai penurunan suhu yang agak baik iaitu 23, nilai ketumpatan
0.6103, nilai kadar penyerapan bunyi 0.6243 iaitu dengan frekunsi bunyi melebihi
4000Hz dan kadar penyerapan air yang agak rendah iaitu 37%. Keadaan ini
menunjukkan bahawa proses rawatan dan penggunaan fire retardant paint dalam
kajian ini memainkan peranan yang amat penting kerana kedua-dua faktorini boleh
mempengaruhi keputusan data ujikaji yang diperolehi. Justeru siling berpenebat
serat sabut kelapa ini mampu bersaing dengan penebat-penebat siling kediaman
yang lain.
Line spacing (paragraph) : 1.5 spacing
Jenis Tulisan : ARIAL
Saiz Tulisan : 12
PERLU DITULIS DALAM DUA BAHASA IAITU BAHASA
MELAYU DAN BAHASA INGGERIS
Langkau 2
POLITEKNIK SULTAN AZLAN SHAH
25
ABSTRACT
This research is carried out to design a coconut fiber reinforced with fire-retardant
paint as insulated ceiling for residential. In the past two decades, natural fibers have
received attention as a substitute for synthetic fiber amplifiers, such as glass fibers
in the polymer, jute, etc. Advantages of natural fibers is that it can reduce costs as it
is widely available, low density, the strength that can be adopted, a good heat
insulator, and can be renewed for recycling without affecting the environment. From
the resulting output data, it appears that coconut fiber is suitable for residential
ceiling insulation because the value of temperature drop is as high as 23, the
density value is 0.6103, the rate of sound absorption is 0.6243 at frequency sounds
above 4000 Hz and the rate of water absorption is quite low at 37%. This indicated
that the treatment and use of fire retardant paint in this study plays an important role
as both these factors can influence the outcome of experimental data obtained.
Hence the coconut fiber ceiling insulation is able to compete with other home
insulation ceiling.
Langkau 2
POLITEKNIK SULTAN AZLAN SHAH
26
LAMPIRAN E : DEDIKASI
DEDIKASI
Teristimewa buat yang tersayang, Bonda Hadijah Binti Hussein dan Ayahanda
Nawawi Bin Ibrahim yang sentiasa member dorongan, adik-beradik yang
sentiasa menjadi perangsang, pensyarah dan kawan-kawan yang sentiasa
mendoakan kejayaanku. Terima kasih yang tidak terhingga atas doa dan
pergorbanan yang diberikan selama ini.
Line spacing (paragraph) : 1.5 spacing
Jenis Tulisan : ARIAL
Saiz Tulisan : 12
Pernyataan dedikasi hendaklah ringkas, iaitu tidak lebih dari
satu perenggan dan tidak mengandungi sebarang nombor, carta
atau gambar.
Langkau 4
Langkau 4
POLITEKNIK SULTAN AZLAN SHAH
27
LAMPIRAN F : PENGHARGAAN
Line spacing (paragraph) : 1.5 spacing
Jenis Tulisan : ARIAL
Saiz Tulisan : 12
Halaman ini hendaklah ditulis dalam satu muka surat sahaja. Penghargaan dirakam kepada orang
perseorangan atau syarikat/pertubuhan yang telah memberi sebarang bantuan semasa pelajar
menjalani latihan industri dan penyediaan laporan industri.
PENGHARGAAN
Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera,
Bersyukur kehadrat Ilahi kerana dengan izin kurnianya dapat juga saya menyempurnakan
penulisan laporan latihan industri ini. Sepanjang latihan industri ini, saya telah memperoleh
pelbagai pengalaman samaada pahit mahupun manis yang amat berharga dan bermakna
dalam hidup saya sebagai seorang pelajar. Pengalaman yang saya perolehi sepanjang
menjalani latihan industri in imungkin hanya akan datang sekali sahaja dalam hidup saya.
Oleh yang demikian, saya juga telah memperolehi pelbagai maklumat dan pengetahuan
dengan lebih terperinci berkaitan dengan teknologi yang digunakan dalam menyelesaikan
pelbagai masalah automotif. Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih
kepada semua pihak yang terlibat sepanjang menjayakan tugasan ini. Terutamanya kepada
penyelia saya iaitu, En. Firdaus Bin Yusof kerana beliau telah banyak memberikan tunjuk
ajar kepada saya sepanjang tempoh latihan industri ini. Tunjuk ajar beliau amat membantu
saya dalam usaha menyempurnakan tugasan yang telah diamanahkan ini.
Justeru itu, saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada seluruh ahli keluarga
saya yang telah banyak memberi sokongan moral dan bantuan kewangan dalam tempoh
latihan ini berjalan. Selain itu, saya turut berterima kasih kepada rakan-rakan seperjuangan
saya kerana telah banyak menghulurkan bantuan dan kerjasama serta dorongan dalam
menjayakan latihan ini.
Saya juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang telah terlibat
dalam menyempurnakan latihan dan penulisan ini samaada secara langsung atau tidak
langsung. Segala bantuan yang telah dihulurkan amatlah saya hargai kerana tanpa bantuan
dan sokongan anda semua, latihan dan penulisan ini tidak dapat dilaksanakan dengan
sempurna.
Sekian, terima kasih.
Langkau 2
POLITEKNIK SULTAN AZLAN SHAH
28
LAMPIRAN G : SENARAI KANDUNGAN
SENARAI KANDUNGAN
KANDUNGAN MUKA SURAT
Halaman Judul i
Pengesahan pelajar ii
Surat Pengesahan Tamat Latihan Industri iii
Abstrak iv
Abstract v
Dedikasi vi
Penghargaan vii
Senarai Kandungan viii
Senarai Jadual ix
Senarai Rajah x
Senarai Lampiran xi
BAB 1 PENGENALAN LATIHAN INDUSTRI
1.1 Pendahuluan 1
1.2 Objektif Latihan Industri 2
1.3 Objektif Laporan Latihan Industri 2
1.4 Kepentingan Latihan Industri 3
BAB 2 LATAR BELAKANG ORGANISASI LATIHAN
2.1 Pengenalan Organisasi 5
2.2 Latar Belakang Penubuhan Organisasi 8
Line spacing (paragraph) : 1.5 spacing
Jenis Tulisan : ARIAL
Saiz Tulisan : 12 – (Bold)
Setiap sub topik di dalam setiap bab bergantung pada kreativiti pelajar.
Langkau 2
POLITEKNIK SULTAN AZLAN SHAH
29
2.3 Aktiviti Organisasi 10
2.4 Halatuju Organisasi 12
2.5 Carta Organisasi 15
BAB 3 RINGKASAN AKTIVITI LATIHAN INDUSTRI
3.1 Pengenalan 15
3.2 Ringkasan Aktiviti Latihan Industri 16
BAB 4 LAPORAN TEKNIKAL
4.1 SAP 20
4.1.1 Pengenalan 20
4.1.2 Wang TunaiKaunter 22
4.1.3 Proses Kerja yang Dilakukan 26
4.2 Western 30
4.2.1 Pengenalan 30
4.2.2 Ciri – ciri Western 32
4.2.3 Spesifikasi 37
4.3 PengurusanTunai 45
4.3.1 Pengenalan 45
4.3.2 Buku Wang TunaiHarian 50
4.3.3 Spesifikasi 60
Langkau 2
Co
nto
h u
ntu
k p
ela
jar
Per
da
ga
ng
an
Bila
ng
an
Isi T
ekn
ika
l bo
leh
dit
am
ba
h b
erg
an
tun
g t
ug
asa
n y
an
g
tela
h d
ilaks
an
aka
n
POLITEKNIK SULTAN AZLAN SHAH
30
BAB 5 KESIMPULAN 70
BAB 6 DAPATAN DAN CADANGAN
6.1 Terhadap Organisasi Latihan 75
6.2 Terhadap Politeknik 78
RUJUKAN
LAMPIRAN
Langkau 2
POLITEKNIK SULTAN AZLAN SHAH
31
LAMPIRAN H : SENARAI JADUAL
SENARAI JADUAL
JADUAL TAJUK MUKASURAT
1.1 Enjin Tidak Berfungsi 5
4.6 Minyak Pelincir 10
Langkau 2
POLITEKNIK SULTAN AZLAN SHAH
32
LAMPIRAN I : SENARAI RAJAH
SENARAI RAJAH
RAJAH TAJUK MUKASURAT
2.1 Logo Sinar NH Gemilang Workshop 3
3.6 Enjin 12
Langkau 2
POLITEKNIK SULTAN AZLAN SHAH
33
LAMPIRAN J : SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK MUKASURAT
Lampiran A Bateri L1
Lampiran 1 Skru L4
Langkau 2
POLITEKNIK SULTAN AZLAN SHAH
34
LAMPIRAN K : RINGKASAN AKTIVITI LATIHAN INDUSTRI
RINGKASAN AKTIVITI LATIHAN INDUSTRI
MINGGU TARIKH AKTIVITI
1 23/06/14 Melapor diri di organisasi latihan.
Mencuci komponen enjin yang sudah diselenggara.
Membantu menservis lori.
Mengimpal rim loridan rim forklift yang pecah.
2 30/06/14 Mengendalikan mesin larik.
Mengganti pad brek pada bahagian rim lori.
Membantu menggantikan bearing yang pecah.
Membantu menggantikan bus yang rosak pada lori.
Langkau 2
Line spacing (paragraph) : 1.15 spacing
JenisTulisan : ARIAL
SaizTulisan : 12
Pelajar boleh menggunakan contoh di bawah atau refleksi mingguan (dikumpulkan)
POLITEKNIK SULTAN AZLAN SHAH
35
LAMPIRAN L : LAPORAN TEKNIKAL
BAB 4
LAPORAN TEKNIKAL
4.1 SAP
4.1.1 PENGENALAN
Satu perisian syarikat Jerman yang membolehkan perniagaan untuk
mengesan interaksi pelanggan dan perniagaan. SAP amat terkenal
dengan Perancangan Sumber Perusahaan dan program pengurusan
data
4.1.2 WANG TUNAI KAUNTER
Wang tunai terdiri daripada baki lejar wang tunai dalam bank, wang tunai
dalam perjalanan dan wang tunai dalam tangan. Ia adalah sebahagian
aset kumpulan wang disatukan.
4.2 WESTERN
4.2.1 PENGENALAN
Western Union mempunyai lebih daripada 140 tahun pengalaman dalam
perniagaan pemindahan wang. Ia dapat membantu orang ramai untuk
berhubung di serata dunia.
Perkhidmatannya bolehdidapati diseluruh dunia.Terdapat lebih 100
lokasi dibenarkan beroperasi dalam masa 7 hari.
Langkau 3
Langkau 2
Langkau 2
POLITEKNIK SULTAN AZLAN SHAH
36
LAMPIRAN M : DAPATAN DAN CADANGAN
BAB 5
DAPATAN DAN CADANGAN
5.1 Dapatan
Memberikan pendedahan yang luas dengan menyertakan skop latihan industri
setiap jurusan secara terperinci semasa menghantar borang permohonan
Latihan Industri untuk perhatian pihak syarikat samada swasta mahupun
kerajaan. Ini membolehkan pihak terbabit memahami serta mengetahui bahawa
pelajar tersebut sesuai atau tidak menjalani latihan di tempat mereka.
Ada sesetengah syarikat mengambil pelajar untuk menjalani latihan industri
yang tidak sesuai dengan jurusan yang diambil. Sekiranya tempat itu tidak
sesuai, mereka boleh menukar tempat yang lain dengan mengikut syarat yang
ditentukan. Hal ini kerana, terdapat beberapa kes yang melibatkan
ketidaksesuaian tempat menjalani latihan.
Saya juga mencadangkan agar pihak Politeknik menitikberatkan lawatan dari
pihak penyelaras ke tempat–tempat pelajar menjalani latihan industri seperti
yang telahdijanjikan di dalam buku dan taklimat yang diberi. Jika perlu tetapkan
masa, tarikh, dan waktu untuk membuat lawatan ke tempat latihan pelajar. Ini
kerana kerana bukan sahaja pelajar yang tertunggu-tunggu tetapi penyelaras
serta kakitangan di syarikat tersebut juga ternanti-nanti kunjungan pihak
pensyarah Politeknik.
Saya juga member cadangan supaya pihak politeknik dapat memberi
kelonggaran dan masa yang agak panjang untuk pelajar menyediakan dan
meneliti Laporan Latihan Industri. Kerjasama yang dihulurkan oleh pensyarah-
pensyarah juga di perlukan dalam menghasilkan laporan yang baik dan
berkualiti.
Langkau 3
Langkau 2
Langkau 2
POLITEKNIK SULTAN AZLAN SHAH
37
5.2 Cadangan Kepada Politeknik
Pihak organisasi perlulah merancang dan mengkaji tempat yang sesuai dengan
tahap pelatih sebelum menempatkan mereka di mana-mana jabatan. Pihak
organisasi perlulah memperkenalkan organisasi dan aktiviti yang dijalankan
kepada orang awam ini kerana masih ramai orang di luar kawasan ini tidak tahu
mengenai aktiviti yang dilakukan oleh organisasi.
Hendaklah menjalankan promosi di semua institusi pengajian tinggi untuk
memperkenalkan organisasi dan membuka peluang lebih ramai kepada pelatih
untuk menjalani latihan industri di organisasi ini.
Menyediakan perancangan tugas yang lebih teratur untuk pelajar yang akan
menjalani latihan industri di organisasi ini.
Menunjukan kesungguhan dan kerjasama yang baik kepada pelajar dengan
jelas supaya pelajar dapat menyelesaikan tugasan yang diberikan dengan
cemerlang.
5.3 Cadangan Kepada Pihak Organisasi Latihan
Pihak organisasi perlulah merancang dan mengkaji tempat yang sesuai dengan
tahap pelatih sebelum menempatkan mereka di mana-mana jabatan. Pihak
organisasi perlulah memperkenalkan organisasi danaktiviti yang dijalankan
kepada orang awam ini kerana masih ramai orang di luar kawasan ini tidak tahu
mengenai aktiviti yang dilakukan oleh organisasi.
Hendaklah menjalankan promosi di semua institusi pengajian tinggi untuk
memperkenalkan organisasi dan membuka peluang lebih ramai kepada pelatih
untuk menjalani latihan industri di organisasi ini.
Menyediakan perancangan tugas yang lebih teratur untuk pelajar yang akan
menjalani latihan industri di organisasi ini.
Langkau 2
POLITEKNIK SULTAN AZLAN SHAH
38
LAMPIRAN N : KESIMPULAN
BAB 6
KESIMPULAN
Latihan industri yang dijalankan di Syarikat Sinar NH Gemilang telah berjaya
mencapai matlamat dan objektif bagi program Diploma KejuruteraanMekanikal.
Ia sangat banyak memberikan pendedahan dan pengalaman dalam
mengendalikan sesuatu permasalahan.
Memberikan pendedahan yang luas dengan menyertakan skop latihan industri
setiap jurusan secara terperinci semasa menghantar borang permohonan
latihan industri untuk perhatian pihak syarikat samada swasta mahupun
kerajaan. Ini membolehkan pihak terbabit memahami serta mengetahui bahawa
pelajar tersebut sesuai atau tidak menjalani latihan di tempat mereka.
Ada sesetengahsyarikat mengambil pelajar untuk menjalani latihan industri yang
tidak sesuai dengan jurusan yang diambil. Sekiranya tempat itu tidak sesuai,
mereka boleh menukar tempat yang lain dengan mengikut syarat yang
ditentukan. Hal ini kerana terdapat beberapa kes yang melibatkan
ketidaksesuaian tempat menjalani latihan.
Saya juga mencadangkan agar pihak Politeknik menitikberatkan lawatan dari
pihak penyelaras ke tempat–tempat pelajar menjalani latihan industry seperti
yang telah dijanjikan di dalam buku dan taklimat yang diberi. Jika perlu tetapkan
masa, tarikh, dan waktu untuk membuat lawatan ke tempat latihan pelajar. Ini
kerana bukan sahaja pelajar yang tertunggu-tunggu tetapi penyelaras serta
kakitangan di syarikat tersebut juga ternanti-nanti kunjungan pihak pensyarah
Politeknik.
Saya mencadangkan supaya pihak politeknik dapat member kelonggaran dan
masa yang agak panjang untuk pelajar menyediakan dan meneliti Laporan
LatihanIndustri.
Langkau 3
Langkau 2
Langkau 2
REFLEKSI A: REFLEKSI KENDIRI OLEH PELAJAR Bahagian ini perlu dilengkapkan oleh pelajar sepanjang menjalani LI di organisasi. Pelajar seharusnya
jujur dalam membuat penilaian kendiri bagi menguji tahap keupayaan pelajar sebelum menjalani LI.
1. ANALISIS SWOT (dilengkapkan pada minggu pertama pelajar menjalani LI)
Kekuatan (Strength) (Faktor dalaman pelajar yang membantu kepada pencapaian hasil pembelajaran)
Kelemahan (Weakness) (Faktor dalaman pelajar yang memberikan kekangan kepada pencapaian hasil pembelajaran)
Peluang (Opportunity) (Faktor luaran pelajar yang membantu dan memberikan kesan positif kepada pencapaian hasil pembelajaran)
Ancaman (Threats) (Perkara yang menghadkan dan memberikan kesan negatif kepada pencapaian hasil pembelajaran)
2. MATLAMAT LI (dilengkapkan pada minggu pertama pelajar menjalani LI)
(Apa harapan pelajar sepanjang perlaksanaan LI yang ingin dicapai)
Nama Pelajar
No. Pend. Pelajar
PendaftaranarPelajar
LAMPIRAN O : MY INTERNSHIP REFLECTIONS (MiR)
3. REFLEKSI KENDIRI (dilengkapkan pada minggu pertama dan ke-20 pelajar menjalani LI) Petunjuk: 1 = Tinggi, 2 = Sederhana, 3 = Rendah, 4 = Tidak pasti, 5 = Tidak berkaitan (Tandakan / pada ruangan yang berkenaan)
Item
Pra-refleksi
(Diisi minggu pertama LI)
Post-refleksi
(Diisi minggu ke-20 LI)
1 2 3 4 5 1 2 3 4 5
Kamahiran soft skills
Kemahiran menggunakan perisian komputer
(disesuaikan mengikut bidang)
Kemahiran menggunakan peralatan (tools)
Kreativiti
Komunikasi dengan peringkat atasan
Komunikasi dengan rakan sekerja
Kemahiran menganalisis arahan
Kemahiran mendengar
Pengurusan masa
Kemahiran menulis laporan
Kemahiran membentangkan laporan/hasil
4. REFLEKSI PELAJAR SETELAH TAMAT LI (dilengkapkan pada minggu ke-20 menjalani LI) (Sila gunakan kertas tambahan sekiranya ruangan yang diberikan tidak mencukupi)
REFLEKSI B: REFLEKSI OLEH PENYELIA INDUSTRI Pra dan post refleksi ini perlu dilengkapkan oleh Penyelia Industri pada minggu ke-10 dan ke-20.
Maklumbalas Penyelia Industri diharap dapat membantu perkembangan potensi pelajar.
Petunjuk: 1 = Baik, 2 = Sederhana, 3 = Rendah (Tandakan / pada ruangan yang berkenaan)
Item
Pra-refleksi
(Diisi minggu-10 LI)
Post-refleksi
(Diisi minggu-20 LI)
1 2 3 1 2 3
Kesediaan menerima arahan
Kesediaan menerima teguran/kritikan
Sensitif dengan keperluan majikan/rakan sekerja
Kesediaan bekerja dibawah pengawasan yang minimum
Keupayaan bekerja dengan rakan sekerja
Kehadiran
Ketepatan masa
Kemahiran pelajar (hands-on)
Kualiti/hasil kerja
Business oriented (disesuaikan mengikut keperluan organisasi latihan)
Penulisan Jurnal Refleksi
Bahagian di bawah ini perlu dilengkapkan pada minggu ke-20 LI pelajar
Adakah pihak syarikat bersedia mengambil pelajar ini bekerja ?
Jika YA (kerana …) atau Jika TIDAK (kerana …)
……………………….…………………………… ……………………………
Tandatangan Penyelia dan Cop Tarikh
Nama Pelajar
No. Pend. Pelajar
PendaftaranarPelajar
YA
TIDAK
Nota: Keputusan ini tidak bermaksud pelajar ditawarkan pekerjaan oleh firma.
Keputusan ini lebih dilihat sebagai pandangan yang diberikan oleh Penyelia
Industri pelajar dalam melihat potensi pelajar untuk bekerja di firma berkenaan.