-
xii
ISI KANDUNGAN
BAB PERKARA HALAMAN
JUDUL i
PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
ISI KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xi
SENARAI RAJAH xii
SENARAI SINGKATAN xiii
SENARAI LAMPIRAN xiv
BAB I PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 8
1.3 Pernyataan Masalah 12
-
xiii
1.4 Persoalan Kajian 13
1.5 Objektif Kajian 14
1.6 Kepentingan Kajian 15
1.7 Skop 16
1.8 Definisi Istilah 17
BAB II SOROTAN KAJIAN
2.1 Pengenalan 19
2.2 Campuran Pemasaran 20
2.2.1 Aspek Produk 22
2.2.2 Aspek Harga 23
2.2.3 Aspek Lokasi 25
2.2.4 Aspek Promosi 26
2.3 Kajian Terdahulu 28
2.3.1 Kajian Dalam Negara 28
2.3.2 Kajian Luar Negara 31
BAB III METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan 33
3.2 Rekabentuk Kajian 34
3.3 Prosedur Kajian 34
-
xiv
3.4 Persampelan 36
3.5 Instrumen Kajian 36
3.6 Kaedah Penganalisaan Data 37
3.7 Kebolehpercayaan Dan Kesahan Item 38
3.8 Batasan Kajian 39
BAB IV ANALISIS DATA
4.1 Pendahuluan 40
4.2 Analisis Bahagian A 41
4.2.1 Jantina 42
4.2.2 Bangsa 42
4.2.3 Umur 43
4.2.4 Jumlah Tempoh Yang Terlibat Dalam Perusahaan
Kraftangan Anyaman 44
4.2.5 Kawasan Perusahaan 44
4.2.6 Cara Pengendalian Perusahaan 45
4.2.7 Cara Penglibatan Dalam Perusahaan 46
4.2.8 Jenis-jenis Anyaman Yang Dijual 46
4.2.9 Taraf Pendidikan 47
4.2.10 Anggaran Pendapatan Sebulan 48
4.3 Analisis Bahagian B 48
4.3.1 Soalan Kajian 1 48
4.3.2 Soalan Kajian 2 51
4.3.3 Soalan Kajian 3 52
4.3.4 Soalan Kajian 4 53
4.4 Analisis Keseluruhan 55
-
xv
4.5 Analisis Cross Tabulation 57
BAB V RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan 59
5.2 Rumusan Kajian 59
5.3 Perbincangan 63
5.4 Cadangan Daripada Pengkaji 67
5.4.1 Aspek Harga 69
5.4.2 Aspek Produk 70
5.4.3 Aspek Lokasi 72
5.4.4 Aspek Promosi 72
5.5 Cadangan Kepada Pengkaji Akan Datang (Kajian Lanjutan) 74
5.6 Penutup 75
BIBLIOGRAFI 77
LAMPIRAN A - L 85-103
-
xi
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK HALAMAN
3.1 Pecahan item-item 37
4.1 Jantina 42
4.2 Bangsa 42
4.3 Umur 43
4.4 Jumlah tempoh yang terlibat dalam perusahaan
kraftangan anyaman 44
4.5 Kawasan perusahaan 44
4.6 Cara pengendalian perusahaan 45
4.7 Cara penglibatan dalam perusahaan 46
4.8 Jenis-jenis anyaman yang dijual 46
4.9 Taraf pendidikan 47
4.10 Anggaran pendapatan sebulan 48
4.11 Item-item aspek produk 49
4.12 Item-item aspek harga 51
4.13 Item-item aspek lokasi 52
4.14 Item-item aspek promosi 54
4.15 Analisis Keseluruhan 55
4.16 Analisis Cross Tabulation 57
-
xii
SENARAI RAJAH
NO. RAJAH TAJUK HALAMAN
2.1 4P dalam Campuran Pemasaran 20
3.1 Prosedur Kajian 35
5.1 Usaha-usaha yang dilakukan oleh pengusaha
kraftangan anyaman berdasarkan Campuran
Pemasaran (4P) mengikut hasil kajian 63
5.2 Usaha-usaha yang disaran kepada pengusaha
kraftangan anyaman berdasarkan Campuran
Pemasaran (4P) 68
-
xiii
SENARAI SINGKATAN
4P - Campuran Pemasaran
PKKM - Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia
KPNLB - Kementerian Pembangunan Negara dan Luar Bandar
BIK - Bahagian Industri Kampung
KEMAS - Jabatan Kemajuan Masyarakat
MARA - Majlis Amanah Rakyat
SDSI - Satu Daerah Satu Industri
OVOP - Program One Village One Products
OTOP - One Tambon One Product
-
xiv
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK HALAMAN
A Soalan Selidik 85
B Surat Pengesahan Soalan Selidik 89
C Surat Pengesahan Pelajar Fakulti Pendidikan 90
D Analisis Soalan Selidik Bahagian A 91
E Analisis Soalan Selidik Bahagian B 92
F Analisis Keseluruhan 93
G Analisis Cross Tabulation- Lelaki 94
H Analisis Cross Tabulation- Perempuan 96
I Peta Negeri Melaka 98
J Laman Web Kraftangan Malaysia Cawangan 99
Negeri Melaka
K Portal e-Niaga: Direktori Perniagaan Di Negeri 100
Melaka
L Laman Web Rasmi Negeri Melaka 102
-
1
BAB I
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Kraftangan merupakan salah satu keluaran penting yang dihasilkan oleh rakyat
Malaysia selain daripada ia dapat mencerminkan kemahiran yang dimiliki oleh rakyat
dalam berbagai-bagai seni. Menurut Sulaiman Othman (1990), kraftangan memaparkan
kekayaan kesenian bangsa. Bagi sesebuah negara seperti Malaysia yang sedang pesat
membangun, industri kraftangan merupakan salah satu daripada jalinan warna yang
menambahkan lagi kekayaan, kecantikan dan keindahan negara Malaysia.
Sebenarnya aktiviti-aktiviti kraftangan hanya bermula untuk tujuan mengisi masa
lapang. Tetapi, bagi mereka yang mempunyai masa lebih, aktiviti ini boleh dijadikan
satu cara atau alternatif usaha untuk menambahkan sumber pendapatan. Biasanya
kraftangan yang telah dihasilkan dengan menggunakan kemahiran yang diwarisi turun
temurun. Bentuk dan barang kraftangan masih dikekalkan. Aktiviti ini telah melangkah
maju mengubah corak ke arah menerokai pengeluaran secara komersial.
-
2
Di Malaysia perusahaan kraftangan anyaman mempunyai potensi untuk maju dan
bersaing di antarabangsa kerana Malaysia sendiri mempunyai banyak sumber bahan
semula jadi yang tidak ternilai seperti rotan, mengkuang, buluh dan bahan-bahan lain
yang menjadi input atau bekalan utama dalam indusri kraftangan ini.
Menurut Jamalludin Sulaiman (1990), pada tahun 1982 Kementerian
Pembagunan Negara dan Luar Bandar (KPNLB) telah tubuhkan satu bahagian khas iaitu
Bahagian Industri Kampung (BIK). Di antara matlamat BIK ialah untuk
mempelbagaikan kegiatan ekonomi dan meningkatkan sumber pendapatan serta taraf
hidup penduduk desa, sama ada yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam
industri kraftangan.
Sebelum itu Kementerian Pembangunan Negara dan Luar Bandar (KPNLB) telah
menubuhkan Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia (PKKM) pada 1 Oktober 1979
di bawah Akta 222, Akta Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia. PKKM adalah
sebuah badan berkanun di bawah Kementerian Pembangunan Negara dan Luar Bandar.
Dasar PKKM ialah menggalakkan hasil keluaran dan mutu kraftangan yang
melambangkan seboleh-bolehnya rupa bentuk dan daya cipta yang berteraskan unsur-
unsur kebudayaan Malaysia.
Dengan mewujudkan PKKM ini sebagai organisasi yang bertanggungjawab
untuk memantau ke arah memajukan kraftangan anyaman adalah diyakini kerana dengan
usaha dan kerjasama daripada semua pihak secara langsung atau tidak langsung,
kejayaan akan tercapai dalam usaha meningkatkan perusahaan kraftangan ke taraf
industri yang lebih kukuh.
Selain itu, agensi-agensi kerajaan yang lain seperti Jabatan Kemajuan
Masyarakat (KEMAS) dan Majlis Amanah Rakyat (MARA) turut memainkan peranan
yang penting untuk meningkatkan lagi industri ini seperti memberikan khidmat nasihat,
bimbingan serta cara memudahkan untuk memasarkan hasil kraftangan. Semua usaha ini
adalah semata-mata untuk menggalakkan perkembangan industri kraftangan.
-
3
Promosi bagi barangan kraftangan anyaman juga telah dijalankan dengan
meluas. Pihak PKKM dan MAS sentiasa membantu pengeluar kraftangan tempatan
dalam berbagai-bagai program promosi di seluruh dunia (Ahmad Sarkawi, 1990).
Bermulanya industri pelancongan dengan pelancaran tahun Melawat Malaysia 1990,
Tahun Alam Semula Jadi 1991, Tahun Melawat ASEAN 1992, Tahun Melawat
Malaysia 2007 sehinggalah Sambutan Kraf Kebangsaan 2008 serta promosi-promosi di
luar negeri juga semakin giat dijalankan. Di samping itu, negara mengharapkan industri
kraftangan dapat memperbaiki peratusan jumlah perbelanjaan yang dibelanjakan oleh
pelancong untuk membeli-belah.
Selain daripada usaha-usaha yang diberikan oleh PKKM, pengusaha kraftangan
anyaman sendiri juga perlu berganding bahu berusaha terlibat dalam meningkatkan
jualan kraftangan anyaman mereka. Pengusaha anyaman boleh mengamalkan strategi
campuran pemasaran sebagai usaha untuk meningkatkan jualan kraftangan anyaman
mereka.
Campuran pemasaran merupakan satu alat yang sangat penting kepada sesebuah
syarikat dalam menentukan kejayaan matlamat syarikat itu ditubuhkan. Menurut Kotler
dan Amstrong (1996) terdapat empat aspek di dalam campuran pemasaran. Aspek-aspek
tersebut ialah produk, harga, lokasi dan promosi atau lebih dikenali sebagai 4P (Product,
Price, Place and Promotion). Campuran pemasaran yang diuruskan dengan cekap
membolehkan produk yang dihasilkan dapat dipasarkan dengan cepat dan permintaan
terhadap produk tersebut akan terus meningkat selaras dengan kecekapan pengurusan
campuran pemasaran tersebut (Luck, et al., 1994).
Campuran pemasaran adalah mengambil kira reka bentuk produk yang menarik
untuk menarik pengguna mendapatkan produk tersebut. Harga merupakan sejumlah
wang yang perlu dibayar oleh pelanggan untuk mendapatkan produk, tempat ialah
kawasan di mana aktiviti syarikat terdapat kemudahan untuk sasaran pengguna dan
promosi untuk memperkenalkan produknya serta memberitahu pengguna akan kelebihan
yang terdapat pada produk yang telah dihasilkan.
-
4
Dalam strategi campuran pemasaran, produk merupakan salah satu aspek yang
dititikberatkan, pengusaha anyaman boleh melengkap diri dengan menyertai bengkel,
kursus, majalah-majalah dan sebagainya bagi memastikan kraftangan anyaman sentiasa
diolah dan diubahsuai mengikut cita rasa pasaran. Rekaan terbaru sentiasa dikeluarkan
mengikut cita rasa pasaran tertentu dengan menggunakan kemahiran dan ilmu yang
diperolehi semasa penyertaan dalam bengkel dan kursus.
Merujuk Utusan Malaysia (2005), Perdana Menteri mahu produk yang dihasilkan
oleh pengusaha kraftangan anyaman mempunyai penjenamaan yang baik dan mampu
dikenali selain mendapat sambutan di pasaran global dan bukan sekadar pasaran dalam
negara. Kerajaan menggalakkan pengusaha menghasilkan produk berkualiti dengan
harga yang berpatutan. Perdana Menteri juga menggalakkan syarikat pengusaha
mendapatkan sijil-sijil pengiktirafan mutu seperti sijil ISO bagi menambah nilai produk
yang dikeluarkan. Di samping itu, kerajaan akan terus memberi galakan dan perhatian
tinggi kepada perusahaan ini kerana sektor tersebut mampu memberi sumbangan besar
kepada pembangunan ekonomi negara.
Menurut Berita Harian (2004), Isteri Perdana Menteri, Allahyarham Datin Seri
Endon Mahmood pernah berkata, kajian pasaran eksport kraf meningkat daripada
RM165 juta sepanjang tahun 2002, kepada RM250 juta pada tahun 2003, dengan
perkembangan menggalakkan sehingga Februari 2004 apabila jualan mencapai RM40.9
juta. Tambahan pula, akhbar Berita Harian (2007) juga melaporkan seramai 65000 orang
pengunjung melawat Ekspo Kraf Kebangsaan dengan nilai jualan produk sebanyak RM5
juta pada tahun 2006.
Negeri Melaka terbahagi kepada tiga daerah iaitu Melaka Tengah, Alor Gajah
dan Jasin mempunyai keluasan lebih kurang 658 kilometer persegi. Pada asasnya
Melaka mula sebagai sebuah perkampungan nelayan. Oleh sebab kedudukannya yang
strategik, kuasa-kuasa barat menakluki dan menjajah negeri ini demi kepentingan
ekonomi masing-masing. Penjajahan kuasa-kuasa barat telah meninggalkan kesan
sejarah yang unik sehinggalah negeri Melaka sekarang menjadi satu tempat yang
terkenal dengan sejarah-sejarahnya, bukan sahaja di Malaysia tetapi juga di rantau ini.
-
5
Di Melaka juga terdapat cawangan PKKM iaitu Kraftangan Malaysia Cawangan Negeri
Melaka. Kraftangan Malaysia Cawangan Negeri Melaka mula beroperasi pada tahun
2003.
Negeri Melaka sedang mengalami perkembangan pesat industri kraftangan
anyaman kerana usaha dan galakan kerajaan untuk memajukan industri kraftangan
anyaman. Perkembangan industri kraftangan ini diharapkan dapat mendapat sambutan
daripada orang tempatan dan menarik perhatian daripada lebih ramai pelancong. Semua
usaha ini ialah untuk menjadikan Melaka sebuah negeri pelancongan yang utama di
Malaysia (Jamalludin, 1990).
Dengan bertambahnya bilangan pelancong yang mengunjungi Melaka, penjualan
hasil kraftangan juga seiring meningkat. Terdapat tempahan dari luar negeri walaupun
dalam kuantiti yang lebih kecil. Ini adalah petanda baik terhadap industri kraftangan
anyaman.
Merujuk Utusan Malaysia (2002), Pelaksanaan projek Taman Sejarah dan
Kebudayaan Melaka, Marina dan Menara Taming Sari sudah pasti mencipta era dan
sejarah baru kepada negeri Melaka, khususnya dalam meningkatkan industri
pelancongan negeri Melaka Bandaraya Bersejarah. Pusat ini bukan sahaja akan
memaparkan warisan negeri Melaka tetapi akan membuka peluang kepada pengunjung
untuk mengamati kebudayaan, seni dan kraf zaman silam, sekaligus meningkatkan
jualan kraftangan anyaman.
Selain itu, menurut Berita Harian (2004), Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri
Mohd Ali Rustam berkata pelaksanaan pembinaan stesen bas dan teksi termoden yang
dikenali sebagai Melaka Sentral di Peringgit berharga RM53 juta dianggap satu lagi
mercu Bandaraya Melaka Bersejarah sebagai kemudahan kepada penghuninya. Selain
terminal bas, turut dibina hotel bajet, pusat kompleks perdagangan, pasar besar baru
serta bangunan bazar untuk kemudahan peniaga dan pengusaha kraftangan menjalankan
-
6
perniagaan kerana tempat tersebut merupakan tumpuan orang ramai. Di sini dapat kita
lihat betapa prihatin kerajaan negeri Melaka terhadap industri kraftangan.
Tinjauan di Melaka Sentral mendapati, promosi kraftangan anyaman yang
dijalankan mendapat sambutan orang ramai, sekaligus membuktikan Malaysia
sebenarnya kaya dengan pelbagai khazanah kraf yang unik dan setanding hasil
kraftangan negara lain khususnya Indonesia serta Thailand yang dikenali sebagai
pengeluar kraftangan bermutu.
Walau bagaimana pun, Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi akan
melaksanakan skim francais bagi memasarkan produk kraftangan di dalam dan luar
negara. Menterinya, Datuk Mohamed Khaled Nordin berkata, pelaksanaan skim itu
untuk barangan tersebut akan dapat memperkembangkan lagi pasaran kraftangan
anyaman negara yang sememangnya unik dan tidak terdapat di negara lain. (Utusan
Malaysia, 2004).
Merujuk kepada Utusan Malaysia (2006), Melaka kini berada di landasan yang
betul menuju negeri maju menjelang 2010 apabila menduduki tangga ketiga dalam
kedudukan negeri termaju di seluruh negara selepas Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
dan Pulau Pinang. Sebagai lokasi tumpuan pelancong, di sini ada beratus-ratus gerai dan
premis yang menjual pelbagai jenis cenderamata termasuk kraftangan anyaman (Berita
Harian, 2004).
Menurut Utusan Malaysia (2004), selain kesan peninggalan sejarah, Melaka juga
terkenal sebagai destinasi membeli belah. Dari segala jenis barangan keperluan harian
sehinggalah barangan perhiasan diri. Produk-produk kraftangan anyaman yang bermutu
tinggi juga boleh didapati dengan harga yang sungguh berpatutan. Bagi penggemar
barangan kraftangan anyaman dan antik, Jonker Walk adalah syurga barangan antik di
samping pusat membeli belah yang menawarkan pelbagai barangan di bawah satu
bumbung seperti Mahkota Parade, Jaya Jusco, pasar raya Tesco, Kompleks Melaka Raya
dan banyak lagi.
-
7
Merujuk kepada Berita Harian (2007), inisiatif kerajaan Melaka menjadikan
projek kraf Satu Daerah Satu Industri (SDSI) sebelum ini dilihat sangat bertepatan
dalam usaha memacu pembangunan produk kraf Malaysia di samping mewujudkan
sumber ekonomi berasaskan penerokaan bahan mentah di sesebuah kampung. Menurut
Rashidah (2007), program SDSI diadaptasi daripada kejayaan negara Jepun dengan
Program One Village One Products (OVOP) dan negara Thailand dengan One Tambon
One Product (OTOP). Dalam usaha memperhebatkan lagi penggunaan kraf di kalangan
generasi zaman ini, Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan (KeKKWA)
melalui agensinya Kraftangan Malaysia serta kerajaan negeri telah menganjurkan
Promosi Kraf Malaysia sempena Sambutan Kemerdekaan ke-50 Tahun 2007 bertempat
di Dataran Pahlawan, Melaka Megamall.
Kesedaran terhadap industri kraftangan anyaman pada masa kini kian meningkat.
Beberapa pengusaha telah muncul dengan melibatkan diri dalam industri ini.
Pengeluaran produk mula menjadi lebih teratur dan berterusan. Mutu barangan
kraftangan anyaman kian meningkat. Selain itu, bentuk dan warna juga dikawal. Corak
anyaman didapati lebih menarik yakni dengan menggunakan warna yang lembut.
Bentuk-bentuk baru dihasilkan dan bentuk lama diubahsuai, keunikan kraftangan
anyaman Melaka mendapat pasaran bukan sahaja di kalangan orang tempatan bahkan
juga di kalangan pelancong.
Perlaksanaan strategi campuran pemasaran merupakan salah satu cara yang
digunakan oleh sesebuah perusahaan untuk bersaing dengan pesaingnya. Perlaksanaan
strategi campuran pemasaran juga bertujuan memastikan kejayaan matlamat perusahaan
tersebut. Industri anyaman semakin berkembang dan semakin mendapat tempat di
kalangan usahawan baru, jadi pengusaha kraftangan yang sedia ada perlu menggunakan
strategi campuran pemasaran sebagai usaha untuk meningkatkan jualan kraftangan
anyaman mereka.
-
8
1.2 Latar Belakang Masalah
Secara umumnya pada masa kini adalah didapati bahawa industri kraftangan
anyaman telah diketepikan. Ini adalah disebabkan keutamaan yang diberikan kepada
industri pembuatan yang dianggap dapat membuahkan hasil yang banyak sehinggakan
industri kraftangan semakin berkurangan dan hampir dilupakan.
Sebenarnya industri kraftangan anyaman masih mempunyai peluang yang cerah
untuk bersaing dengan industri pembuatan. Tapi ianya bergantung kepada kebolehan dan
kemampuan pengusaha kraftangan anyaman untuk mempertingkatkan atau
mengubahsuaikan corak atau mutu pengeluaran supaya tarafnya dapat diperbaiki
setanding dengan industri pembuatan. Ini bermakna pengusaha anyaman perlu membuat
pembaharuan dari segi produk, harga, lokasi dan promosi iaitu strategi campuran
pemasaran. Tanpa adanya campuran pemasaran, sesebuah syarikat tidak mampu untuk
memasarkan barang yang dihasilkan dan tidak dapat memberikan faedah kepada
pengguna (Luck, et al, 1994). Ini juga bermakna tiada usaha yang dilakukan oleh
pengusaha kraftangan anyaman untuk meningkatkan jualan kraftangan anyaman mereka.
Campuran pemasaran yang diuruskan dengan baik menyebabkan sesebuah
perusahaan akan dapat menyaingi pesaing-pesaingnya dan ketiadaan campuran
pemasaran yang terurus akan menyebabkan sesebuah perusahaan tidak dapat
berkembang dengan pesat dan tidak mendapat tempat di hati pengguna.
Campuran pemasaran adalah sangat penting dalam usaha meningkatkan jualan
produk. Ketiadaan campuran pemasaran boleh menyebabkan permintaan terhadap
produk yang dihasilkan tidak wujud. Ini kerana jika faktor yang terdiri daripada empat
elemen yang utama iaitu produk, harga, lokasi dan promosi tidak diambilkira, pengusaha
anyaman tidak dapat memberi maklumat kepada pengguna akan kewujudan produknya.
-
9
Pengusaha harus sentiasa berwaspada tidak semua sumber bahan semula jadi
yang wujud di negara kita ini mempunyai potensi untuk tujuan kraftangan anyaman
kerana sumber semula jadi mungkin tidak bersesuai daripada aspek ketahanan dan
keselamatan dan lain-lain faktor yang berkaitan, jadi penyelidikan perlu dilaksanakan
terhadap sumber bahan semula yang dipilih.
Walaupun barangan kraftangan anyaman menarik dan bermutu tinggi ia tidak
dapat dikeluarkan untuk pasaran dalam kuantiti yang banyak. Ini adalah kerana
pengeluaranya terhad hanya dijual kepada orang luar yang melancong. Boleh dianggap
di sini bahawa industri kraftangan anyaman di Melaka adalah sedikit ketinggalan jika
dibandingkan dengan industri kraftangan anyaman yang bercorak komersil di Filipina,
Negeri Thai dan Indonesia.
Selain itu, masalah-masalah yang menggugat dan membantut usaha-usaha yang
dilakukan oleh pengusaha kraftangan anyaman di Melaka ialah pegusaha kraftangan
anyaman sendiri mempunyai daya usaha yang kurang gigih untuk meningkatkan jualan
kraftangan anyaman kerana tidak mempunyai modal yang mencukupi dan hanya ingin
memenuhi masa lapang mereka, jadi semangat ingin maju turut berkurang.
Sekarang terdapat banyak persaingan terhadap barangan kraftangan anyaman.
Barang plastik telah mengambil alih tempat kraftangan anyaman yang asli. Contohnya
tudung saji, tikar, kerusi diperbuat daripada plastik dan diimport lebih mudah untuk
mendapatkannya dan membeli. (Jabatan Analisis Faedah Perbadanan Pembangunan
Ekonomi Sarawak, 1990). Oleh demikian pengusaha kraftangan anyaman hendaklah
menghasilkan barangan kraftangan yang unik dan bermutu tinggi agar pengguna
memilih kraftangan anyaman daripada barangan plastik.
Pengeluaran kraftangan juga tidak stabil. Biasanya ia dikeluarkan dalam kuantiti
yang sedikit dan kualiti yang kurang seragam. Ini disebabkan pengusaha kraftangan
anyaman membuat anyaman mengguna tangan sendiri tanpa menggunakan teknologi
jadi tidak mustahil barangan kraftangan yang dihasilkan adalah sedikit dan mengambil
-
10
masa yang agak lama. Ini bermakna bahawa industri ini belum lagi bersedia untuk
mencapai pasaran eksport (Jabatan Analisis Faedah Perbadanan Pembangunan Ekonomi
Sarawak, 1990).
Pelancong datang ke Malaysia mempunyai banyak sebab seperti bercuti,
melawat rakan dan saudara mara, urusan perniagaan, persidangan dan lain-lain. Ketibaan
pelancong asing dan tempatan semakin bertambah dengan peningkatan industri
pelancongan di Melaka. Salah satu cara pelancong memperingati lawatan mereka ke
Melaka ialah mereka cuba mendapatkan barangan cenderamata. Cenderamata berbentuk
kraftangan biasanya dibeli untuk sahabat handai di negara mereka. Walau bagaimana
pun keadaan ini dipengaruhi oleh sejauh mana barang kraftangan ini dapat menarik
pelancong untuk memilikinya (Ahmad Sarkawi, 1990).
Kebanyakan pengusaha kraftangan anyaman di Melaka tidak mempunyai
pendidikan yang tinggi, pengusaha kraftangan selalunya menghadapi masalah untuk
menjual hasil kraftangan mereka kerana mereka tidak didedahkan cara pemasaran yang
banyak dan menguntungkan. Hasil kraftangan anyaman tidak memberi pendapatan yang
lumayan, oleh itu pengusaha menganggap industri kraftangan anyaman tidak
mempunyai potensi yang cerah.
Selain itu, kebanyakan pengusaha yang mengendalikan perusahaan kraftangan
anyaman adalah terdiri golongan yang boleh dikatakan tiada mempunyai kelulusan
khusus terutama dalam bidang sains dan teknologi (Chamhuri Siwar et al:1988). Ramai
di antara pengusaha kraftangan memperolehi kemahiran dan pengetahuan dari golongan
yang terdahulu secara informal (seperti memerhati dan cuba meniru apa yang dilakukan
oleh ibu bapa atau nenek masing-masing). Proses pembelajaran secara informal ini
hanya membolehkan pengusaha kraftangan anyaman itu meniru tanpa mengetahui secara
mendalam apa tujuan proses dan teknik yang digunakan. Seterusnya dengan berbekalkan
pengetahuan tersebut, mereka pun memulakan perusahaan tanpa berusaha untuk terus
mempertingkatkan lagi pengetahuan teknologi dari semasa ke semasa (Ahmad Tajuddin,
1990).
-
11
Pengetahuan-pengetahuan yang berkaitan dengan teknologi boleh diperolehi
melalui media cetakan seperti jurnal, majalah serta media elektronik pula seperti
televisyen dan radio, penyertaan dalam seminar, bengkel dan kursus. Malangnya
pengusaha kraftangan anyaman belum sedar akan kepentingannya dan tidak menghargai
faedah yang telah disediakan sebagai usaha untuk meningkatkan jualan kraftangan
anyaman.
Jika dilihat kepada industri kraftangan anyaman di Melaka yang telah dikuasai
sejak berpuluh tahun yang lampau adalah boleh dikatakan bahawa tiada perubahan atau
pembaharuan ketara yang berlaku sehingga kini. Produk-produk industri kraftangan
negara kita masih kekal dengan rekabentuk lama yang “stereotype” (Ahmad Tajuddin,
1990). Begitu juga dengan kaedah atau proses pengeluaran produk-produk tersebut. Cara
lama yang dipusakai turun temurun masih dipraktikkan tanpa sebarang usaha yang
dibuat untuk mempertingkatkan kecekapannya. Oleh sebab itu, perusahaan kraftangan
anyaman ini makin menurun. Di samping itu, Ahmad Tajuddin (1990) menyatakan jika
dibandingkan dengan Negara-negara ASEAN yang lain seperti Thailand, Indonesia dan
Filipina perusahaan kraftangan mereka berkembang dan mengeluarkan rekabentuk
produk yang baru dan mampu bersaing dan menandingi barangan kraftangan dari negara
kita.
Kebanyakan pengusaha kraftangan anyaman menganggap pembungkusan
barangan kraftangan tidak begitu penting. Ini terjadi mungkin disebabkan proses
pembungkusan adalah merupakan proses yang paling akhir di dalam pengeluaran
produk. Oleh itu, kita sering melihat kebanyakan barangan kraftangan anyaman di
pasaran mempunyai kemasiap atau pembungkusan yang tidak begitu menarik.
Sejak kebelakangan ini, ramai pengusaha kraftangan telah menyedari tentang
kepentingan kualiti produk tetapi masih ramai yang beranggapan bahawa mengamalkan
kawalan kualiti akan meningkatkan kos pengeluaran dan seterusnya tidak mendapat
pulangan yang tinggi. Sebenarnya pandangan ini sudah tidak sesuai lagi apabila
usahawan di negara-negara maju membuktikan sebaliknya (Ahmad Tajuddin, 1990).
-
12
Tambahan pula, pengusaha anyaman memilih tempat yang tidak strategik iaitu
mendirikan gerai-gerai di tepi jalan yang kurang tumpuan orang ramai, manakala ada
sesetengah pengusaha mendapat tempat jualan kraftangan di tempat tersorok daripada
laluan orang ramai. Harga kraftangan juga tidak memberi kepuasan terhadap pengguna
yang ingin membeli. Jadi pengusaha telah mengabaikan strategi campuran pemasaran
dalam usaha meningkatkan jualan kraftangan anyaman.
Pada masa kini, minat generasi muda untuk mempelajari kemahiran ini
bertambah merosot. Ini disebabkan menganyam memerlukan masa yang lama, perlu
ketekunan serta kesabaran dan ia tidak mempunyai pasaran yang tetap. Contohnya
penganyam tikar menghasilkan tikar pandan ini merangkumi semua proses daripada
mengambil bahan mentah iaitu daun pandan liar hinggalah memproses, mewarna dan
menganyam tikar. Proses ini mengambil masa di antara dua hingga tiga minggu. Ini
menyebabkan ramai muda-mudi yang tidak meminati untuk berkecimpung dan
meneruskan bidang ini. Kebanyakan mereka lebih suka berhijrah ke bandar untuk
bekerja. Di sini nyata sekiranya kemahiran kraftangan anyaman ini tidak diwarisi kepada
generasi muda kita, maka dengan perlahan-lahan akan pupus.
1.3 Pernyataan Masalah
Pengurusan campuran pemasaran yang cekap adalah sangat penting bagi
memastikan produk yang dikeluarkan oleh pengusaha kraftangan anyaman bersaing
dengan pengusaha kraftangan anyaman yang baru. Dengan hal yang demikian,
kraftangan anyaman yang dihasilkan akan dapat dipasarkan dengan meluas dan dapat
meningkatkan hasil jualan mereka.
-
13
Walaupun telah banyak program, usaha dan kemudahan yang disediakan oleh
PKKM kepada pengusaha kraftangan anyaman bagi meningkatkan jualan kraftangan
anyaman di Melaka, namun demikian masih ramai pengusaha kraftangan anyaman
masih berada tahap yang sama di mana dari awal sehingga sekarang tiada pembaharuan
atau pengubahsuaian yang dilakukan untuk meningkatkan jualan kraftangan anyaman di
Melaka.
Oleh itu, satu kajian dijalankan bagi mengenalpasti usaha-usaha yang dilakukan
oleh pengusaha kraftangan anyaman di Melaka untuk meningkatkan jualan berdasarkan
strategi campuran pemasaran.
1.4 Persoalan Kajian
Bagi mencapai objektif kajian yang dijalankan, pengkaji merangka lima
persoalan kajian dalam menjawab objektif kajian yang telah ditetapkan. Persoalan kajian
berkaitan dengan usaha-usaha yang dilakukan oleh pengusaha kraftangan anyaman di
Melaka untuk meningkatkan jualan berdasarkan strategi campuran pemasaran adalah
seperti berikut:
i. Apakah usaha-usaha yang dilakukan oleh pengusaha kraftangan anyaman dalam
aspek produk?
ii. Apakah usaha-usaha yang dilakukan oleh pengusaha kraftangan anyaman dalam
aspek harga?
iii. Apakah usaha-usaha yang dilakukan oleh pengusaha kraftangan anyaman dalam
aspek lokasi?
iv. Apakah usaha-usaha yang dilakukan oleh pengusaha kraftangan anyaman dalam
aspek promosi?
-
14
v. Apakah usaha-usaha yang dilakukan oleh pengusaha kraftangan anyaman di
Melaka untuk meningkatkan jualan berdasarkan strategi campuran pemasaran
mengikut jantina?
1.5 Objektif Kajian
Tujuan kajian ini dilakukan untuk mengenalpasti usaha-usaha yang dilakukan
oleh pengusaha kraftangan anyaman di Melaka untuk meningkatkan jualan berdasarkan
strategi campuran pemasaran. Kajian ini mempunyai lima objektif utama yang telah
dikenalpasti iaitu:
i. Mengenalpasti usaha-usaha yang dilakukan oleh pengusaha kraftangan anyaman
dalam aspek produk.
ii. Mengenalpasti usaha-usaha yang dilakukan oleh pengusaha kraftangan anyaman
dalam aspek harga.
iii. Mengenalpasti usaha-usaha yang dilakukan oleh pengusaha kraftangan anyaman
dalam aspek lokasi.
iv. Mengenalpasti usaha-usaha yang dilakukan oleh pengusaha kraftangan anyaman
dalam aspek promosi.
v. Mengenalpasti usaha-usaha yang dilakukan oleh pengusaha kraftangan anyaman
di Melaka untuk meningkatkan jualan berdasarkan strategi campuran pemasaran
mengikut jantina.