KUMPULAN INOVATIF & KREATIF 2012
Putrajaya Triple S Page 1
ISI KANDUNGAN
Bil Tajuk Muka surat
1.0 Pengenalan 2
2.0 Pengenalan Kumpulan 3
3.0 Pemilihan Projek 5
4.0 Objektif Projek 6
5.0 Penjelasan Projek 6
6.0 Penggunaan Kaedah Dan Aplikasi 9
6.1 Pemilihan Projek 10
6.2 Analisa Punca 10
6.3 Pengumpulan Data 10
6.4 Analisis Data 10
6.5 Alternatif Penyelesaian 12
7.0 Tindakan Pembetulan/Penambahbaikan Dan 12
Pelaksanaan Yang Kreatif Dan Inovatif
8.0 Pencapaian Hasil Projek 13
9.0 Tindakan Penyeragaman 14
10.0 Senarai Lampiran 15
KUMPULAN INOVATIF & KREATIF 2012
Putrajaya Triple S Page 2
1.0 PENGENALAN
Wilayah Persekutuan Putrajaya merupakan Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
yang mempunyai keluasan keseluruhan 4,931 ha. Jumlah penduduk di Wilayah Persekutuan
Putrajaya adalah dianggarkan seramai 72,400 orang. Wilayah Persekutuan Putrajaya
mempunyai 2 Lembangan Sungai Utama iaitu Lembangan Sungai Langat dan Lembangan
Sungai Klang. Sungai Chuau dan Sungai Limau Manis merupakan Sub Lembangan Sungai
Langat manakala Sungai Anak Gajah merupakan Sub Lembangan Sungai Klang. Keluasan
Sub Lembangan Sungai Klang ini adalah 741 ha manakala keluasan Sub Lembangan Sungai
Langat adalah 4,190 ha. Terdapat hanya satu Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) sahaja di
Wilayah Persekutuan Putrajaya iaitu Perbadanan Putrajaya (PPj).
Jabatan Pengairan dan Saliran Wilayah Persekutuan Putrajaya (JPS WPP) telah
ditubuhkan pada 1 Jan 2007. Pejabat ini beroperasi di Pusat Komersial Presint 9, WP
Putrajaya. JPS WPP berperanan membaiki taraf kehidupan penduduk di WP Putrajaya
dengan mengurangkan kesan negatif akibat banjir melalui pelaksanaan program tebatan
banjir dan pembaikan serta peningkatan sistem saliran dan sungai - sungai tanpa mengganggu
persekitaran semulajadi dan keindahan kawasan sekitar di WP Putrajaya.
KUMPULAN INOVATIF & KREATIF 2012
Putrajaya Triple S Page 3
2.0 PENGENALAN KUMPULAN
Kumpulan Inovatif Dan Kreatif JPS WPP telah ditubuhkan pada 1 Jan 2011. Hasil
dari beberapa siri perbincangan, ahli – ahli kumpulan telah bersetuju kumpulan ini diberi
nama„La Racine‟. La Racine berasal dari bahasa Perancis yang bermaksud akar. Mengikut
Kamus Dewan Bahasa Dan Pustaka Edisi Keempat, perkataan akar bermaksud sejenis
tumbuhan yang tumbuh ke dalam tanah.
Daripada perspektif kumpulan ini pula akar membawa maksud jalinan yang
mengukuhkan sebatang pokok. Dengan adanya jalinan dan jaluran akar yang banyak di
bawah tanah maka pokok akan bertambah kukuh. Prinsip ini telah diadaptasi ke dalam
kumpulan ini yang mana jaluran dan jaringan hubungan baik di antara ahli kumpulan dan
pihak pengurusan akan dapat mengukuhkan semangat kerja berkumpulan di antara semua
ahli kumpulan KIK JPS WPP.
KUMPULAN INOVATIF & KREATIF 2012
Putrajaya Triple S Page 4
Ringkasan Kumpulan KIK JPS WP Putrajaya adalah seperti berikut:
1) Nama Kumpulan : La Racine
2) Logo Kumpulan
3) Objektif Kumpulan : Satu Idea Beribu Manfaat
4) Falsafah Kumpulan : Kerjasama Membina Kecemerlangan
5) Etika Kumpulan : Disiplin, Komited, Inovatif
6) Ahli Kumpulan : En. Ahmad Solihin Bin Budarto - Penasihat
En. Mohd Adnan Bin Ahmad Fauzi – Fasilitator
Pn. Azah Azura Binti Mohd Yusof – Setiausaha
En. Abdul Halim Bin Zahari – Ketua Kumpulan
Pn. Hairul Hanida Binti Abd. Hamid – Ahli
En. Mohd Faizul Hafiz Bin Rosli – Ahli
Pn. Wan Ainul Syazila Binti Zulkafli – Ahli
En. Nur‟Rasyidin Bin Mohamad Amin - Ahli
KUMPULAN INOVATIF & KREATIF 2012
Putrajaya Triple S Page 5
3.0 PEMILIHAN PROJEK
Hasil daripada percambahan idea ahli kumpulan, terdapat 10 masalah yang telah
dikenalpasti. Dengan menggunakan alat kawalan kualiti force ranking, tiga masalah utama
telah disenarai pendek iaitu:
1) Tiada Laluan (Pintu) Kecemasan
2) Masalah Pemeriksaan Sistem Saliran Secara Berkala
3) Pengurusan Fail Pejabat
Daripada masalah tersebut, kumpulan ini telah bersetuju untuk memilih
menyelesaikan masalah tiada laluan (pintu) kecemasan dan secara tidak langsung projek ini
juga dapat menyelesaikan masalah pemeriksaan sistem saliran secara berkala.
Kumpulan La Racine bersetuju untuk menamakan produk KIK ini sebagai Putrajaya
Triple S (3S) yang bermaksud Simple Safety Step. 3S merupakan sejenis tangga pelbagai
guna yang bersifat mudah alih. Ia terdiri dari tiga komponen utama iaitu tangga besi, pelantar
dan tangga tali. 3S mudah dikendalikan, disimpan, dibawa ke mana-mana dan tidak
memerlukan ruang yang luas untuk penyimpanan. Selain itu, ia juga memenuhi ciri-ciri
keselamatan dan boleh digunakan oleh semua kakitangan JPS Wilayah Persekutuan Putrajaya
semasa berlaku kecemasan dan dalam menjalankan tugas pemeriksaan sistem saliran secara
berkala.
KUMPULAN INOVATIF & KREATIF 2012
Putrajaya Triple S Page 6
4.0 OBJEKTIF PROJEK
Melalui pemilihan projek ini, kumpulan La Racine berhasrat untuk mencapai objektif
berikut bagi memastikan ianya berjaya dan memberi impak yang optimum. Antara objektif
yang telah disasarkan adalah seperti berikut:-
1) Langkah keselamatan awal dapat diambil sebelum berlaku sebarang
kemungkinan kecemasan.
2) Keselamatan pegawai dan kakitangan lebih terjamin.
3) Selain dari itu, 3S juga dapat digunakan semasa pemeriksaan berkala sistem
saliran seperti menuruni tebing sungai dan turun ke dasar saliran.
5.0 PENJELASAN PROJEK
Produk 3S yang telah dicipta oleh kumpulan La Racine terdiri dari 3 komponen
utama. Komponen-komponen ini boleh ditanggalkan dan dipasang mengikut situasi
penggunaan. 3 komponen tersebut ialah Tangga Besi, Pelantar dan Tangga Tali (Gambar
1.1 hingga 1.6).
Bahan yang telah digunakan untuk menghasilkan produk 3S merupakan bahan yang
mudah didapati dan bahan yang boleh dikitar semula iaitu besi dan tali. Pemilihan material
ini terdiri dari besi yang ringan dan tahan karat. Manakala tali yang digunakan adalah dari
jenis yang berkualiti tinggi, kukuh dan boleh dikitar semula.
KUMPULAN INOVATIF & KREATIF 2012
Putrajaya Triple S Page 7
Bagi tujuan kecemasan, pelantar akan dipasang pada dinding balkoni pejabat. Tangga
besi pula akan dipasang di bahagian dalam balkoni bertujuan untuk memudahkan pengguna
menaiki pelantar. Di bahagian hujung tangga tali terdapat penyangkut yang akan dipasang
pada pemegang pelantar bagi membolehkan pengguna menuruni tangga tali tersebut dengan
selamat (Gambar 2.1 hingga 2.2).
Bagi tujuan penggunaan lain di sekitar kawasan WP Putrajaya, hanya tangga tali dan
bracket (mempunyai penyangkut) sahaja yang digunakan. Tangga tali akan disangkutkan
pada bracket di atas longkang konkrit atau kerb jalan bagi membolehkan pengguna menuruni
tangga tali ke dasar longkang atau menuruni tebing untuk kerja-kerja yang berkaitan
(Gambar 3.1 hingga 3.9).
Produk 3S ini telah menjalani beberapa ujian di tapak sebelum dicadangkan
penggunaan kepada semua kakitangan JPS WP Putrajaya. Ujian pertama telah dijalankan
pada 10 Mei 2012 bertempat di pejabat JPS WP Putrajaya bagi tujuan penggunaan semasa
kecemasan. Semua kakitangan telah hadir dan mengambil bahagian pada sesi ujian ini. Pada
dasarnya semua kakitangan berpuashati dengan hasil produk 3S dan yakin untuk
menggunakannya sekiranya berlaku kecemasan. Ujian kedua telah dilakukan pada 17 Mei
2012, yang mana melibatkan pelanggan yang berurusan dengan pejabat ini seperti kontraktor
dan pekerja pembersihan pejabat. Mereka juga berpuas hati dengan produk 3S dan yakin
untuk menggunakan produk ini. Ujian ketiga telah dilakukan pada 24 Mei 2012 di Presint 7
dan Presint 11 WP Putrajaya. Ujian ini hanya melibatkan penggunaan tangga tali untuk
pemeriksaan berkala sistem saliran di Presint 7 dan Presint 11 WP Putrajaya. Ia bertujuan
untuk memudahkan pengguna menuruni tebing dan turun ke dasar saliran sekiranya perlu.
KUMPULAN INOVATIF & KREATIF 2012
Putrajaya Triple S Page 8
Pengguna berpuas hati dan yakin untuk menggunakan produk ini untuk kerja-kerja
pemeriksaan.
Pada awalnya, kumpulan ini menjangkakan tempoh untuk menyiapkan Produk 3S
mengambil masa selama 1 bulan, tetapi ia dapat disiapkan dalam masa 2 minggu sahaja. Ini
menunjukkan Produk 3S hanya memerlukan masa yang singkat sahaja untuk disiapkan. Di
peringkat permulaan, kumpulan ini menjangkakan kos yang terlibat adalah sekitar
RM4,000.00. Hasil dari perubahan material besi sepenuhnya kepada penggunaan tangga tali
yang mana kos keseluruhan penghasilan produk 3S hanya melibatkan peruntukan sebanyak
RM2,800 sahaja. Butiran kos yang terlibat adalah seperti jadual berikut:-
Bil. Komponen Kos (RM)
1. Tangga Besi 1,000.00
2. Pelantar 900.00
3. Tangga Tali 500.00
4. Upah 400.00
Jumlah 2,800.00
KUMPULAN INOVATIF & KREATIF 2012
Putrajaya Triple S Page 9
6.0 PENGGUNAAN KAEDAH DAN APLIKASI
Beberapa teknik kawalan kualiti telah diaplikasikan ke dalam projek KIK JPS WPP.
Ini adalah selaras dengan kehendak dan garis panduan yang telah ditetapkan dalam sesebuah
projek KIK yang perlu diwujudkan. Kumpulan La Racine telah menggunakan 2 teknik iaitu
Penjanaan Idea Kreatif secara Brainstorming dan Definisi projek menggunakan kaedah
5W+1H. Hasil dari perbincangan kumpulan ini, semua idea yang telah dijana dari semua ahli
adalah seperti dalam Jadual 1. Di samping itu, bagi menerangkan projek dengan lebih jelas
dan terperinci termasuklah istilah-istilah yang digunakan telah dikemukakan seperti di
Jadual 2.
Sementara itu, aplikasi alat kawalan kualiti berikut telah diwujudkan bagi memastikan
projek KIK ini dilaksanakan dengan sempurna.
Pemilihan Projek Kaedah Force Ranking (Rujuk Jadual 3)
Analisa Punca Kaedah Rajah Ishikawa (Rujuk Gambarajah
1.1 – 1.3, Jadual 4(a)-4(e)& 5)
Pengumpulan Data Kertas Lembaran Semak(Rujuk Jadual 6.1-6.2)
Analisis Data Analisis Pareto (Gambarajah 2)
Alternatif Penyelesaian Strategi Lautan Biru (Gambarajah 3)
KUMPULAN INOVATIF & KREATIF 2012
Putrajaya Triple S Page 10
6.1 Pemilihan Projek
Beberapa siri perbincangan telah diadakan untuk menyenarai pendek masalah-
masalah yang sering dihadapi di pejabat. Mengikut kaedah Force Ranking, masalah-masalah
tersebut telah disusun mengikut kategori sangat penting, penting dan kurang penting. Setiap
ketegori mempunyai wajaran dan kaedah pengiraan seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 3.
6.2 Analisa Punca
Kaedah analisis punca masalah dikenalpasti menggunakan Kaedah Rajah Ishikawa
atau Kaedah Analisis Tulang Ikan (Gambarajah 1.1 hingga 1.3). Kaedah ini telah
diperkenalkan oleh Prof. Kaoru Ishikawa. Punca-punca utama telah dibahagikan kepada 5
kategori iaitu:-
i) Manusia
ii) Peralatan
iii) Persekitaran
iv) Bahan
v) Kaedah
Beberapa siri perbincangan telah diadakan untuk mengenalpasti punca masalah tiada
laluan kecemasan di pejabat ini. Punca masalah dibahagikan kepada lima faktor utama
seperti di Gambarajah 1.1. Faktor-faktor ini dan verifikasi masalah dihuraikan dengan lebih
terperinci seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 4(a) -4(e).
KUMPULAN INOVATIF & KREATIF 2012
Putrajaya Triple S Page 11
Dari punca-punca yang telah disenaraikan di atas, berikut merupakan punca-punca
utama yang telah diterima untuk diselesaikan di peringkat seterusnya seperti yang
ditunjukkan di dalam Jadual 5.
6.3 Pengumpulan Data
Kumpulan La Racine telah memilih Kertas Lembaran Semak sebagai Alat Kawalan
Kualiti untuk pengumpulan data. Kaedah ini bertujuan untuk merekod data bagi
mengenalpasti kekerapan sesuatu perkara, kejadian atau masalah yang sering berlaku. Antara
teknik pengumpulan data yang digunapakai ialah soal selidik dan pemerhatian. Hasil dari
keputusan kertas lembaran semak, adalah seperti di Jadual 6.1 dan 6.2.
6.4 Analisis Data
Untuk menganalisis data yang telah diperolehi, kumpulan La Racine telah memilih
Kaedah Analisis Pareto. Kaedah ini juga dikenali sebagai peraturan “80/20”. Prinsip ini
digunakan untuk membezakan antara faktor utama berbanding faktor kurang penting yang
menyumbang kepada masalah berlaku. Untuk menjayakan projek ini, fokus harus diberi
kepada faktor utama yang akan menyumbang kepada kejayaan menyelesaikan masalah
(Gambarajah 2).
KUMPULAN INOVATIF & KREATIF 2012
Putrajaya Triple S Page 12
6.5 Alternatif Penyelesaian
Kumpulan La Racine telah memutuskan untuk menggunakan kaedah Strategi Lautan
Biru bagi Alternatif Penyelesaian. Dalam kaedah ini, terdapat 4 elemen utama yang perlu
diaplikasi dalam menyelesaikan masalah iaitu Menghapuskan, Meningkatkan,
Mengurangkan dan Menciptakan. Hasil dari penggunaan kaedah Strategi Lautan Biru ini
adalah seperti di Gambarajah 3.
7.0 TINDAKAN PEMBETULAN / PENAMBAHBAIKAN DAN
PELAKSANAAN YANG KREATIF DAN INOVATIF
Pada peringkat permulaan, produk ini dicadang menggunakan bahan besi sepenuhnya.
Walaubagaimanapun, semasa peringkat pembinaan, terdapat beberapa kekangan telah
dikenalpasti yang memungkinkan produk ini tidak dapat berfungsi secara efisien dan boleh
menggagalkan objektif projek. Berikut adalah masalah-masalah yang dikenalpasti akan
berlaku sekiranya menggunakan bahan besi sepenuhnya:-
1) Produk 3S didapati sangat berat dan akan menyukarkan penggunaanya.
2) Dari pemerhatian yang dijalankan, didapati tangga besi sukar untukdigelungsurkan ke
bawah.
3) Melibatkan kos yang tinggi.
4) Memerlukan ruang penyimpanan yang besar.
5) Tempoh pembinaan yang lama.
KUMPULAN INOVATIF & KREATIF 2012
Putrajaya Triple S Page 13
Daripada beberapa siri perbincangan, kumpulan ini telah membuat keputusan untuk
menukar material tangga dari besi sepenuhnya kepada tangga tali. Hasil penambahbaikan
yang diperolehi dari penukaran material tersebut, adalah seperti berikut:-
1) Produk 3S yang dihasilkan lebih ringan.
2) Lebih mudah untuk dikendalikan.
3) Menjimatkan kos keseluruhan projek.
4) Mudah disimpan kerana tangga tali dapat digulung dan hanya memerlukan ruang
penyimpanan yang minima.
5) Dapat mempelbagaikan penggunaan tangga tali kerana ianya mudah dibawa ke mana-
mana, contohya untuk kerja-kerja pemeriksaan sistem saliran secara berkala.
8.0 PENCAPAIAN HASIL PROJEK
Pada awalnya, objektif utama projek ini dijalankan adalah bertujuan untuk
menyelesaikan masalah tiada laluan kecemasan kerana pejabat JPS WP Putrajaya berada di
aras satu, bangunan rumah kedai yang tidak mempunyai laluan kecemasan. Walaubagaimana
pun, setelah dibina, didapati produk ini boleh digunapakai untuk tugasan harian yang lain
seperti menuruni tebing dan turun ke dasar saliran bagi kerja-kerja penyelenggaraan. Produk
3S telah mencapai objektif yang telah disasarkan disamping penggunaannya boleh
dipelbagaikan. Hasil dari maklumbalas yang diperolehi daripada semua kakitangan dan
pelanggan yang berurusan dengan pejabat ini, didapati semua berpuashati dan yakin untuk
menggunakan produk 3S. Selain itu, produk 3S mudah disimpan dan tidak memerlukan
ruang yang besar untuk penyimpanan serta mudah dibawa kemana-mana (Gambar 4.1
hingga 4.5).
KUMPULAN INOVATIF & KREATIF 2012
Putrajaya Triple S Page 14
9.0 TINDAKAN PENYERAGAMAN
Produk 3S ini telah digunapakai dengan sepenuhnya di JPSWP Putrajaya. Pada masa
yang sama, pemilik premis juga telah merakamkan penghargaan ke atas JPS WP Putrajaya
kerana telah menghasilkan produk 3S sebagai satu alternatif untuk menyelesaikan masalah
tiada laluan kecemasan dan mencadangkan ianya dapat digunakan oleh pengguna bangunan
yang lain. Selain itu, pihak pengurusan JPS WP Putrajaya juga telah bersetuju untuk
menggunakan produk ini semasa kerja-kerja pemeriksaan berkala sistem saliran dibawah
seliaan JPS WP Putrajaya. Berikut dilampirkan surat penghargaan daripada pemilik premis
dan arahan penggunaan produk 3S daripada pihak pengurusan JPS WP Putrajaya (Lampiran
1 dan 2).
KUMPULAN INOVATIF & KREATIF 2012
Putrajaya Triple S Page 15
10.0 SENARAI LAMPIRAN
Gambar 1: Komponen Utama dan Kaedah Pemasangan Produk 3S
Gambar 1.1: Komponen Utama Produk 3S
Gambar 1.2: Pelantar Dipasang Pada Dinding Balkoni
Tangga Besi Tangga Tali
Pelantar
Bracket (Untuk
kegunaan di tapak)
KUMPULAN INOVATIF & KREATIF 2012
Putrajaya Triple S Page 16
Gambar 1.3: Tangga Besi Dipasang Pada Pelantar
Gambar 1.4: Tangga Tali Dipasang Pada Penyangkut
KUMPULAN INOVATIF & KREATIF 2012
Putrajaya Triple S Page 17
Gambar 1.5: Produk 3S Siap Untuk Digunakan
Gambar 1.6: Produk 3S Siap Untuk Digunakan
KUMPULAN INOVATIF & KREATIF 2012
Putrajaya Triple S Page 18
Gambar 2: Penggunaan Produk 3S Sebagai Alternatif Laluan Kecemasan
Gambar 2.1: Cara Menggunakan Produk 3S Sekiranya Berlaku Kecemasan
Gambar 2.2: Cara Menggunakan Produk 3S Sekiranya Berlaku Kecemasan
KUMPULAN INOVATIF & KREATIF 2012
Putrajaya Triple S Page 19
Gambar 3: Kaedah Pemasangan Dan Kegunaan Lain Komponen
Produk 3S (Tangga Tali)
Gambar 3.1: Kaedah Pemasangan Tangga Tali Mengikut Kesesuaian Tapak
Gambar 3.2: Kaedah Pemasangan Tangga Tali Mengikut Kesesuaian Tapak
KUMPULAN INOVATIF & KREATIF 2012
Putrajaya Triple S Page 20
Gambar 3.3: Kaedah Pemasangan Tangga Tali Mengikut Kesesuaian Tapak
Gambar 3.4: Penggunaan Tangga Tali Sesuai Untuk Pelbagai Jenis Permukaan Tebing.
KUMPULAN INOVATIF & KREATIF 2012
Putrajaya Triple S Page 21
Gambar 3.5: Penggunaan Tangga Tali Sesuai Untuk Pelbagai Jenis Permukaan Tebing.
Gambar 3.6: Produk 3S Digunakan Untuk Turun Ke Dasar Saliran.
KUMPULAN INOVATIF & KREATIF 2012
Putrajaya Triple S Page 22
Gambar 3.7: Produk 3S Digunakan Untuk Turun Ke Dasar Saliran.
Gambar 3.8: Tangga Tali Sesuai Digunakan Dalam Pelbagai Cara.
KUMPULAN INOVATIF & KREATIF 2012
Putrajaya Triple S Page 23
Gambar 3.9: Tangga Tali Sesuai Digunakan Dalam Pelbagai Cara.
KUMPULAN INOVATIF & KREATIF 2012
Putrajaya Triple S Page 24
Gambar 4: Kaedah Penyimpanan Tangga Tali
Gambar 4.1: Tangga Tali Digulung Seragam
Gambar 4.2: Tangga Tali Digulung Sehingga Ke Bahagian Pencangkuk.
KUMPULAN INOVATIF & KREATIF 2012
Putrajaya Triple S Page 25
Gambar 4.3: Pencangkuk Disematkan Ke Anak Tangga Yang Bersesuaian.
Gambar 4.4: Tangga Tali Yang Ringkas Memudahkanianya Dibawa Ke Mana-Mana
KUMPULAN INOVATIF & KREATIF 2012
Putrajaya Triple S Page 26
Gambar 4.5: Tidak Memerlukan Ruang Penyimpanan Yang Besar.
KUMPULAN INOVATIF & KREATIF 2012
Putrajaya Triple S Page 27
Jadual 1: Kaedah Penjanaan Idea Secara Brainstorming
KUMPULAN INOVATIF & KREATIF 2012
Putrajaya Triple S Page 28
Jadual 2: Penerangan Projek Secara Terperinci
KUMPULAN INOVATIF & KREATIF 2012
Putrajaya Triple S Page 29
Jadual 3 : Menyenarai Pendek Masalah Secara Kaedah Force Ranking
KUMPULAN INOVATIF & KREATIF 2012
Putrajaya Triple S Page 30
Gambarajah 1.1: Menyenarai Punca-Punca Masalah Menggunakan Rajah Ishikawa
Jadual 4: (a) Verifikasi Faktor Manusia
KUMPULAN INOVATIF & KREATIF 2012
Putrajaya Triple S Page 31
Jadual 4: (b) Verifikasi Faktor Peralatan
Jadual 4: (c) Verifikasi Faktor Kaedah
KUMPULAN INOVATIF & KREATIF 2012
Putrajaya Triple S Page 32
Jadual 4: (d) Verifikasi Faktor Bahan
Jadual 4: (e) Verifikasi Faktor Persekitaran
KUMPULAN INOVATIF & KREATIF 2012
Putrajaya Triple S Page 33
Gambarajah 1.2: Menyenarai Punca-Punca Masalah Yang Telah Dikenalpasti Menggunakan
Rajah Ishikawa
Gambarajah 1.3: Menyenarai Punca-Punca Masalah Menggunakan Rajah Ishikawa
KUMPULAN INOVATIF & KREATIF 2012
Putrajaya Triple S Page 34
Jadual 5: Punca-Punca Yang Diterima Hasil Dari Rajah Ishikawa
KUMPULAN INOVATIF & KREATIF 2012
Putrajaya Triple S Page 35
Jadual 6.1: Data-Data Kekerapan Punca-Punca Menyumbang Kepada Masalah
Jadual 6.2: Peratusan Kekerapan Menyumbang Kepada Masalah
KUMPULAN INOVATIF & KREATIF 2012
Putrajaya Triple S Page 37
Gambarajah 3: Alternatif Penyelesaian Dengan Menggunakan Kaedah BOS
KUMPULAN INOVATIF & KREATIF 2012
Putrajaya Triple S Page 38
Lampiran 1: Surat permohonandan kebenaran pelaksanaan penggunaan tangga 3S di
JPS WP Putrajaya