1
ISU DAN CABARAN DALAM PEMULIHARAAN BANGUNAN MUZIUM
ADAT ISTIADAT DIRAJA KELANTAN (ISTANA JAHAR)
NUR NADHIRAH BINTI MOHD SHABRI
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
2
UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA PENGESAHAN STATUS LAPORAN PROJEK
SARJANA MUDA
KAJIAN TENTANG ISU DAN CABARAN DALAM PEMULIHARAAN BANGUNAN MUZIUM
ADAT ISTIADAT DIRAJA KELANTAN (ISTANA JAHAR)
SESI PENGAJIAN: 2017/ 2018
Saya NUR NADHIRAH BINTI MOHD SHABRI mengaku membenarkan Laporan Projek Sarjana
Muda ini disimpan di Perpustakaan dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:
1. Laporan Projek Sarjana Muda adalah hak milik Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.
2. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja.
3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi
pengajian tinggi.
4. ** Sila tandakan (√)
SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah
keselamatan atau kepentingan Malaysia
seperti yang termaktub di dalam AKTA
RAHSIA RASMI 1972)
TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang
telah ditentukan oleh organisasi/badan di
mana penyelidikan dijalankan)
TIDAK TERHAD
Disahkan Oleh
................................................................. ………………..............................
(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)
NAMA PENULIS: NAMA PENYELIA:
NUR NADHIRAH BINTI MOHD SHABRI DR. INDERA SYAHRUL BIN
MAT RADZUAN
ALAMAT TETAP:
LOT 1273, KAMPUNG TEPI SUNGAI TENDONG,
17030, PASIR MAS KELANTAN
Tarikh: Tarikh:
CATATAN:
** Jika Laporan Projek Sarjana Muda ini SULIT atau TERHAD, Sila Lampirkan surat daripada pihak
berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan
sebagai SULIT atau TERHAD.
i
ISU DAN CABARAN DALAM PEMULIHARAAN BANGUNAN MUZIUM
ADAT ISTIADAT DIRAJA KELANTAN (ISTANA JAHAR)
NUR NADHIRAH BINTI MOHD SHABRI
Laporan projek ini dikemukakan sebagai
memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan
Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Harta Tanah dengan Kepujian
Fakulti Pengurusan Teknologi dan Perniagaan
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
Januari, 2018
ii
Saya akui tesis ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang
tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya
Pelajar : ……………………………………………….
NUR NADHIRAH BINTI MOHD SHABRI
Tarikh : …………………………………………………
Penyelia : ……………………………………………….
DR. INDERA SYAHRUL BIN MAT RADZUAN
Tarikh : …………………………………………………
iii
DEDIKASI
Bismillahirrahmanirrahim…
Syukur kepada Allah S.W.T. yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
Di atas kurniaan dan Kesejahteraan yang dilimpahkan
Selawat dan Salam buat Junjungan besar Rasulullah S.A.W
Ditujukan khas buat insan-insan tersayang iaitu
Ibu Hasinah Binti Mat Ali dan ayah Mohd Shabri Bin Yaacob yang tercinta,
Adik Beradik tersayang,
Sahabat saya iaitu Nur Nabilah Binti Abdul Aris
dan rakan-rakan seperjuangan yang telah banyak memberi semangat
dalam mengharungi dunia Projek Sarjana Muda ini.
Sekalung penghargaan untuk Dr. Indera Syahrul Bin Mat Radzuan
Selaku penyelia yang ikhlas memberi tunjuk ajar dan idea yang bernas dalam
menyiapkan Projek Sarjana Muda ini dan tidak lupa kepada
Panel-panel iaitu Dr. Abdul Jalil Bin Omar dan
Prof. Madya Dr. Mohammad Tahir Sabit Bin Mohammad
yang banyak memberi idea yang senang untuk melicinkan perjalanan kajian
yang akan dilakukan.
“Semoga kebahagiaan dan kejayaan akan terus bersama kita dan
Sentiasa bersyukur ke atas kurniaanNya.”
Aminn Ya Rabbal Alamin..
iv
PENGHARGAAN
Alhamdulillah Ya Allah! Bersyukur kepadaMu diatas limpahan nikmat yang telah
Engkau berikan kepadaku serta salam dan selawat kepada Junjungan Nabi Muhammad
S.A.W. Pada hari ini, saya telah berjaya menyiapkan Laporan Projek Sarjana Muda
Pengurusan Harta Tanah dengan Kepujian.
Terima kasih yang tidak terhingga kepada Bonda tercinta, Hasinah Binti Mat Ali yang
tidak jemu-jemu memberi sokongan dan dorongan dari segi semangat dan juga
kewangan sepanjang tempoh menyiapkan tesis ini. Selain itu, saya ingin merakamkan
jutaan terima kasih kepada Dr. Indera Syahrul Bin Mat Radzuan, yang telah banyak
memberi bimbingan, tunjuk ajar, pendapat dan dorongan dan kritikan membina dalam
proses menyiapkan kajian ini.
Penghargaan ini juga ditujukan kepada Nur Nabilah selaku sahabat saya yang telah
banyak memberi idea, semangat dan telah banyak membantu saya sepanjang proses
menyiapkan projek ini.
Sekalung budi buat semua yang memberi sumbangan secara langsung dan tidak
langsung dalam usaha menyiapkan kajian ini. Segala sokongan dan tunjuk ajar dari
semua pihak amatlah dihargai, Semoga Allah S.W.T. akan membalas jasa baik anda
semua. Sekian Terima Kasih.
v
ABSTRAK
Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengenalpasti isu dan cabaran dalam
pemuliharaan bangunan muzium Adat Istiadat Diraja Kelantan (Istana Jahar). Objektif
kajian ini adalah untuk mengenalpasti langkah-langkah pemuliharaan yang dipraktikkan
dan mengkaji isu dan cabaran dalam penjagaan bangunan muzium tersebut. Bagi
mencapai objektif kajian, kaedah temubual bersama pihak berkepentingan telah
dijalankan bagi mendapatkan maklumat berkaitan kajian ini. Hasil kajian ini dianalisis
bagi mengetahui sejauh mana tahap keberkesanan langkah-langkah pemuliharaan ini.
Hasil kajian mendapati langkah-langkah pemuliharaan yang dijalankan ke atas bangunan
Istana Jahar dilakukan mengikut keperluan dan arahan daripada pihak muzium sendiri.
Langkah-langkah yang telah dijalankan ini telah mendatangkan kesan positif kepada
bangunan kerana kerosakan yang berlaku dibaiki dan diselenggara dengan cepat.
Peruntukkan khas juga disediakan oleh pihak muzium, Setiausaha Kerajaan Negeri
(SUK) dan Jabatan Warisan Negara (JWN). Selain itu, turut dikenal pasti jenis isu yang
timbul seperti isu banjir, isu kewangan dan isu struktur bangunan. Isu dan cabaran ini
telah diatasi dengan baik kerana pihak muzium telah mengenalpasti jenis isu tersebut
dan kaedah penyelesaiannya.
vi
ABSTRACT
This study was conducted to identify the issues and challenges in conserving the
Kelantan Royal Customs Museum (Istana Jahar). The objective of this study is to
identify the conservation measures undertaken and to study the issues and challenges in
preserving the museum’s building. To achieve the research objectives, an interview with
various stakeholders was conducted to obtain information on the study. The results were
analyzed to find out the extent of the effectiveness of these conservation measures. The
result found that the conservation measures that have been carried out at Istana Jahar
building were done according to the needs and instructions from the museum itself.
These measures have given a positive impact on the building where as the damages has
been repaired and maintained accordingly. Special allocation was also provided by the
museums, State Secretary (SUK) and Department of National Heritage (JWN). Thus,
there are also identified issues such as flood, financial and building structure issues.
These issues and challenges have been addressed well because the museums have
identified the types of issue and its solutions.
vii
ISI KANDUNGAN
TAJUK i
PENGAKUAN ii
DEDIKASI
PENGHARGAAN
iii
iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
ISI KANDUNGAN vii-x
SENARAI JADUAL xi
SENARAI RAJAH xii
SENARAI SINGKATAN xiii
SENARAI LAMPIRAN xiv
BAB 1 PENGENALAN
1.1 Pendahuluan 1
1.2 Latar Belakang Kajian 2
1.3 Pernyataan Masalah 4
1.4 Persoalan Kajian 6
1.5 Objektif Kajian
1.6 Skop Kajian
1.7 Struktur Bab
6
7
7
viii
1.8 Kepentingan Kajian
1.9 Kesimpulan
8
9
BAB 2 KAJIAN LITERATUR
2.1 Pendahuluan 10
2.2 Definisi dan Konsep 11
2.2.1 Definisi Pemuliharaan 11
2.2.2 Definisi Warisan
13
2.2.3 Definisi Muzium 16
2.3 Sejarah Pemuliharaan
2.4 Prinsip dan Proses Pemuliharaan
18
18
2.4.1 Prinsip Pemuliharaan 18
2.4.2 Proses Pemuliharaan 19
2.5 Perancangan Kerja Pemuliharaan
2.6 Prinsip Asas Pemuliharaan Bangunan Bersejarah
2.7 Etika Kerja Pemuliharaan Bangunan Bersejarah
2.8 Pendekatan Kerja Pemuliharaan Bangunan Bersejarah
2.9 Kepentingan Pemuliharaan Bangunan Bersejarah
21
22
23
25
26
2.10 Kesimpulan
27
ix
BAB 3 METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pendahuluan 28
3.2 Carta Kajian Metodologi 29
3.3 Peringkat Penyelidikan
3.3.1 Peringkat I: Mengenal Pasti Isu dan
Permasalahan Serta Pemilihan Tajuk
3.3.2 Peringkat II: Kajian Literatur
3.3.3 Peringkat III: Pengumpulan Data dan
Maklumat
3.3.4 Peringkat IV: Analisis Kajian
3.3.5 Peringkat V: Kesimpulan dan Cadangan
30
30
31
31
32
32
3.4 Penyelidikan Kualitatif
3.5 Kaedah Kajian
3.5.1 Data Primer
3.5.2 Data Sekunder
3.6 Instrumen Kajian
3.6.1 Kaedah Temu Bual
3.6.2 Kaedah Pemerhatian
3.7 Kesimpulan
32
33
33
33
33
34
34
34
BAB 4 ANALISIS KAJIAN
x
4.1 Pendahuluan 35
4.2 Pengumpulan Data
4.2.1 Senarai Responden
35
36
4.3 Langkah-Langkah Pemuliharaan yang Dipraktikkan
di Bangunan Muzium
37
4.4 Maklumat Responden
4.5 Kawasan Kajian
4.6 Isu dan Cabaran Berkaitan Penjagaan Bangunan
Muzium
4.7 Pendapat dan Cadangan
4.8 Kesimpulan
44
44
46
55
57
BAB 5 KESIMPULAN
5.1 Pendahuluan 58
5.2 Penemuan Utama Kajian 59
5.3 Limitasi Kajian
5.4 Cadangan Kajian Lanjutan
5.5 Potensi Kajian
5.6 Kesimpulan
62
62
63
64
RUJUKAN 66
LAMPIRAN 69
VITA
xi
SENARAI JADUAL
4.1 Senarai Responden (Profesional) 36
4.2 Nilai Peruntukan Kewangan untuk Penyelenggaraan 54
(Pemulihan) Bangunan (2015)
xii
SENARAI RAJAH
1.1 Bangunan Muzium Adat Istiadat Diraja Kelantan (Istana Jahar) 7
3.1 Carta Aliran Metodologi 29
4.1 Peta Lokasi Muzium Adat Istiadat Diraja Kelantan (Istana Jahar) 37
4.2 Plak yang Membuktikan Bangunan Istana Jahar di Wartakan: 39
Akta Warisan Kebangsaan 2005 (Akta 645)
4.3 Bukti Keretakkan Tiang pada Bangunan Muzium Istana Jahar 40
4.4 Kerosakkan Bahagian Bumbung Bangunan Muzium 48
xiii
SENARAI SINGKATAN
ICOM - Majlis Muzium Antarabangsa
JKR - Jabatan Kerja Raya
JMM - Jabatan Muzium Malaysia
JMN - Jabatan Muzium Negeri
JWN - Jabatan Warisan Negara
MPPP - Majlis Perbandaran Pulau Pinang
PMNK - Perbadanan Muzium Negeri Kelantan
SUK - Setiausaha Kerajaan Negeri
UNESCO - United Nations Education, Scientific and Cultural Organization
xiv
SENARAI LAMPIRAN
A Borang Temu Bual 69
B Kertas Seminar 75
1
BAB 1
PENGENALAN
1.1 Pendahuluan
Mutakhir ini, semakin banyak bangunan baru dan moden dibangunkan bagi
memenuhi keperluan semasa terutamanya di kawasan yang berpotensi dan
strategik seperti kawasan pusat bandar dan sekitarnya. Ancaman pembangunan
moden antara punca banyak bangunan lama dipinggarkan, terancam dan
mungkin akan dirobohkan. Pihak berkuasa tempatan perlu memainkan peranan
dalam melindungi bangunan-bangunan lama dan mengawal pembangunan baru
di sekitarnya. Hal ini adalah bertujuan untuk memastikan bangunan lama ini
dapat terus dikekalkan dan kewujudannya adalah untuk dimanfaatkan dan
memberi kesan yang positif pada masyarakat disekitarnya.
Dalam kajian ini, fokus utamanya adalah untuk mengetahui sama ada
ancaman pembangunan di kawasan kajian akan menimbulkan masalah dan isu
yang mengganggu kewujudan bangunan bersejarah di kawasan tersebut.
Kawasan kajian ini meliputi kawasan bangunan Muzium Adat Istiadat Diraja
Kelantan (Istana Jahar) dan Balai Senjata yang terletak di dalam kawasan bandar
Kota Bharu, Kelantan. Bangunan bersejarah ini sebenarnya telah diwartakan
sebagai bangunan bersejarah Negeri Kelantan pada 2005 di bawah Akta 645 dan
merupakan bangunan yang menjadi hak milik Perbadanan Muzium Negeri
Kelantan, PMNK (Perbadanan Muzium Negeri Kelantan, 2016).
Sejarah ringkas Muzium Adat ini bermula dengan tahun penubuhannya,
yang mana ditubuhkan pada tahun 1992 bertempat di Istana Jahar yang
merupakan istana tempat bersemayan Al-Marhum Sultan Ismail Ibni Sultan
Muhammad ke IV dari tahun 1920 sehingga 1944. Namun begitu, mengikut
peredaran masa, fungsi bangunan telah berubah yang mana di sini dipamerkan
Adat Istiadat Diraja seperti pertunangan, perkahwinan, melenggang perut, adat
pijak tanah dan lain-lain yang berkaitan. Manakala pada bahagian belakang
bangunan istana ini terletak Balai Senjata yang mempamerkan alat-alat senjata
lama Negeri Kelantan seperti keris, lembing, badik, kelewang dan lain-lain
senjata. Dari segi reka bentuk bangunan ini pula melambangkan senireka
bangunan dan hiasan istana kesultanan Kelantan.
Walaupun dikelilingi banyak bangunan baru dan ditengah-tengah laluan
lalu lintas utama bagi kawasan Kota Bharu, bangunan muzium ini masih kekal di
kawasan asalnya. Namun begitu, risiko untuk bangunan tersebut diancam oleh
arus pemodenan tetap wujud dan impak pembinaan bangunan moden di
sekitarnya masih wujud. Sehubungan itu, langkah pemuliharaan bangunan
muzium perlu dititkberatkan supaya bangunan bersejarah ini akan terus kekal
untuk tatapan generasi akan datang.
1.2 Latar Belakang Kajian
Fokus utama kajian ini adalah di Bangunan Muzium Adat Istiadat Diraja
Kelantan (Istana Jahar). Kedudukan muzium ini adalah terletak di atas tanah Lot
No. 430, dalam seksyen 7 Bandar Kota Bharu dan keluasan sebenar kawasan
muzium adalah 1, 822 meter persegi. Kawasan muzium ini terletak di kawasan
pusat bandar dan berada di tengah-tengah kewujudan zon budaya. Secara tidak
langsung ini menjadikan muzium tersebut adalah satu mercu tanda dan daya
tarikan pelancong untuk berkunjung ke negeri Kelantan Darul Naim (Haji Mohd
Akib, Yaacob, Jusoh, & Ibrahim, 2000).
Bagi menggambarkan kawasan sekitar bangunan ini, terdapatnya
bangunan-bangunan lama dan bersejarah lain yang mana pada sebelah kirinya
terdapat Istana Balai Besar. Istana Balai Besar ini telah dibina pada 1840 dan
menjadi pusat pemerintahan dan pentadbiran Kerajaan Negeri Kelantan pada
waktu tersebut. Sebelah kanannya pula, ada terdapat sebuah masjid yang
dipanggil Masjid Muhammadi.
Dari aspek struktur bangunan pula, rekabentuk Istana Jahar ini adalah
gabungan antara dua pengaruh iaitu timur dan barat. Pengaruh barat jelas dilihat
pada bentuk atapnya di bahagian hadapan (anjung) bangunan. Tiang-tiangnya
berbentuk silinder. Bangunan Istana Jahar berbentuk segi empat panjang dan
dibina dua tingkat. Setiap tingkat mempunyai keluasan yang sama dan
dihubungkan oleh dua buah tangga berpusing yang terletak di sudut bahagian
belakang Istana Jahar. Terdapat tiga ruang utama di bangunan ini dan dipanggil
sebagai Ruang Surung, Ruang Serambi dan Ruang Tengah.
Struktur dalaman bagi Bangunan Istana Jahar ini terbahagi kepada tiga
ruang utama yang mana bagi runag yang pertama adalah dipanggil sebagai Ruang
Surung. Ruang ini terletak di bahagian hadapan berhampiran pintu masuk,
memanjang ke bahagian kiri dan kanan kira-kira 57 meter dan melebar ke
belakang kira-kira 7 meter. Ruang ini pada asalnya digunakan oleh sultan untuk
menyambut tetamu dan pelawat yang berkunjung ke istana.
Ruang keduanya pula adalah Ruang Serambi yang terletak di bahagian
hadaan dan kiri Ruang Surung, dengan keluasannya adalah 5.17 meter panjang
dan 7 meter lebar. Ruang ini pada asalnya digunakan sebagai tempat tinggal
pengawal-pengawal tetap istana. Namun kini, digunakan untuk mempamerkan
alat-alat adat istiadat Diraja semasa bertunang dan bersanding.
Ruang ketiga pula dipanggil Ruang Tengah atau nama lainnya dipanggil
Balai Tarik. Ruang ini mempunyai keluasan 57 x 25.47 meter. Ruang ini
berfungsi sebagai tempat mengadakan acara-acara rasmi seperti majlis
perkahwinan, kesyukuran, tempat persembahan kesenian seperti tarian dan
hiburan. Ruang ini dipisahkan dengan Ruang Surung menggunakan dinding kayu
yang mempunyai 3 pintu kecil dari motif ‘janda berhias’.
Bagi bahagian elemen ukiran dan pengaruh kesenian yang ada pada
bangunan kajian adalah sebagai penambah seri kecantikkan dan tarikan pada
bangunan. Ukiran dan pengaruh kesenian ini mempunyai maksud yang tersendiri
dan kebiasannya membawa makna kepada kehidupan dan falsafah di sebalik
kewujudannya. Tiga unsur utama dalam menentukan ukiran dan pengaruh
kesenian adalah fungsi, bentuk dan motif.
Dari segi unsur fungsi adalah untuk menjadikan bangunan kelihatan lebih
cantik dan menarik. Bagi unsur bentuk pula adalah penghasilan mengikut keadaan
sekeliling dengan mengambil kira nilai-nilai keagamaan sebagai konsepnya.
Manakala unsur motif pula diilhamkan daripada alam semulajadi iaitu flora dan
fauna, dan akan disusun dan dibentuk bagi menampakkan keharmonian antara
satu sama lain. Kesemua unsur tadi digabungkan dan diterapkan ke dalam seni
ukiran pada bangunan kajian bagi menampakkan keunikkan dan keindahan
senibina bangunan itu.
1.3 Penyataan Masalah
Penjagaan sesuatu bangunan lama adalah sesuatu yang rumit. Pelbagai langkah
dan cabaran yang perlu dihadapi dalam memastikan bangunan lama ini kekal
sama ada dari segi bentuk bangunan mahupun persekitaran dalamannya. Antara
contoh cabarannya adalah ancaman kemusnahan akibat binaan bangunan makin
usang dan juga ancaman pembandaran, yang mana pada masa sekarang banyak
binaan moden yang dibina dan keperluan penggunaan ruang tanah yang makin
meningkat (Sinar Harian, 2014). Hal ini seterusnya akan meningkatkan risiko
bangunan lama musnah ataupun dimusnahkan untuk memenuhi keperluan semasa.
Dalam memastikan bangunan bersejarah kekal wujud. Pelbagai langkah
diambil oleh pihak yang bertanggungjawab, seperti yang dilakukan oleh Jabatan
Warisan Negara, (JWN). Perlaksanaan rancangan seperti ini adalah bertujuan bagi
memastikan bangunan bersejarah ini kekal dan memuliharanya supaya tidak
hilang mengikut peredaran zaman
Menurut Pihak Pesuruhjaya Jabatan Warisan Negara (JWN), Datin Paduka
Zuraida Majid mengatakan bahawa projek yang dilaksanakan ini adalah untuk
menjaga bangunan bersejarah supaya monumen warisan ini kekal untuk tatapan
generasi akan datang. Sekiranya tidak dijaga maka ianya akan luput ditelan zaman
dan nilai kebaikan yang ada dalam sesebuah bangunan tidak mungkin dapat
diketahui oleh masyarakat sekarang (Utusan, 2009).
Kejadian banjir besar yang pernah berlaku di Kelantan pada tahun 2014
seperti yang dilaporkan dalam keratan akhbar Berita Harian (2015) juga antara
punca berlakunya kerosakkan pada struktur bangunan kajian. Banjir besar yang
berlaku ini bukan sahaja melibatkan kawasan kajian bahkan kawasan lain juga.
Kejadian banjir ini telah menyebabkan bangunan kajian juga turut terjejas dan
kerosakan adalah akibat penenggelaman oleh air banjir.
Berdasarkan petikan akhbar Sinar Harian (2016), ancaman kemusnahan
terhadap bangunan warisan akan terjadi sekiranya pihak berkuasa tempatan tidak
mempedulikan tentang bangunan sejarah yang lain kecuali menumpukan
perhatian kepada pemuliharaan bangunan bersejarah di kawasan Tapak Warisan
Dunia sahaja. Akhbar ini melaporkan bahawa Majlis Perbandaran Pulau Pinang
(MPPP) ingin memusnahkan dua bangunan bersejarah iaitu Northam Lodge di
Jalan Sultan Ahmad Shah dan 656 Jalan Evergreen itu dalam perancangan diroboh
dengan tujuan untuk menjalankan pembangunan.
Sehubungan itu, kajian ini adalah bertujuan untuk lebih memahami apakah
langkah-langkah pemuliharaan yang dipraktikan di bangunan muzium
berdasarkan langkah-langkah yang sedia ada dalam memulihara bangunan
bersejarah yang lain dan mengkaji isu dan jenis cabaran yang dihadapi dalam
menjaga bangunan muzium.
1.4 Persoalan Kajian
Kajian ini telah menggariskan beberapa persoalan kajian sebagaimana berikut;
1) Bagaimanakah langkah-langkah pemuliharaan yang dipraktikan di bangunan
muzium?
2) Apakah isu dan cabaran dalam penjagaan bangunan muzium?
1.5 Objektif Kajian
Selaras dengan persoalan kajian, berikut adalah objektif kajian ini dijalankan;
1. Mengenalpasti langkah-langkah pemuliharaan yang dipraktikan di bangunan
muzium.
2. Mengkaji isu dan cabaran dalam penjagaan bangunan muzium.
1.6 Skop Kajian
Tujuan utama kajian ini dijalankan adalah untuk mengetahui bagaimana langkah-
langkah pemuliharaan dipraktikan di bangunan muzium. Hal ini adalah bertujuan
untuk mengetahui sama ada langkah-langkah pemuliharaan yang dijalankan di
bangunan tersebut adalah sesuai untuk bangunan tersebut terus kekal dan apakah
langkah tersebut bersesuaian dengan keadaan dan keperluan sekarang.
Selain itu, kajian ini juga dijalankan adalah untuk mengetahui apakah jenis
isu dan cabaran yang wujud dalam menjaga bangunan muzium tersebut. Sebarang
isu dan cabaran yang timbul perlu ditanggani bagi memastikan bangunan dapat
terus dikekalkan. Bahkan, isu dan cabaran yang timbul perlu dipastikan cara yang
jelas dan mengapa wujud keadaan sedemikian supaya usaha dalam mengekalkan
bangunan tersebut adalah sesuai dengan keadaan persekitarannya.
Kawasan muzium ini terletak di kawasan pusat bandar dan berada di
tengah-tengah kewujudan zon budaya. Kedudukan muzium ini adalah terletak di
atas tanah Lot No. 430, dalam seksyen 7 Bandar Kota Bharu dan keluasan sebenar
kawasan muzium adalah 1, 822 meter persegi. Kedudukan bangunan ini yang
strategik merupakan faktor penting mengapa banyak cabaran mungkin timbul
dalam usaha pemuliharaannya dijalankan. Bahkan secara tidak lansung ini
menjadikan muzium tersebut adalah satu mercu tanda dan daya tarikan pelancong
untuk berkunjung ke negeri Kelantan Darul Naim dan menjadi aset penting
kepada negeri Kelantan khususnya.
Rajah 1.1: Bangunan Muzium Adat Istiadat Diraja Kelantan (Istana Jahar) di Kota Bharu,
Kelantan.
1.7 Struktur Bab
Kajian dijalankan melalui lima fasa penting. Fasa ini bermula pengenalan, kajian
literatur, kajian metodologi, analisis data dan kesimpulan. Permulaan kajian ini
dijalankan adalah melalui bab yang pertama iaitu mengetahui isu dan pemilihan
tajuk yang sesuai.
Bab kedua bermula dengan kajian literatur yang memerlukan pelbagai
maklumat dan sumber sama ada dari artikel akhbar, buku, jurnal dan lain-lain lagi
sumber yang bersesuaian dengan kehendak kajian ini. Hal ini adalah untuk
memastikan persoalan kajian, objektif dan skop kajian ini dijalankan dapat fakta
dan sumber yang jelas dan sahih. Kajian literatur juga adalah rujukan awal bagi
menjalankan kajian ini.
Bagi bab ketiga pula adalah kearah kajian metodologi. Kajian metodologi
ini merupakan penentu bagaimana maklumat akan dapat diperolehi. Peringkat
pengumpulan data dan maklumat ini adalah merangkumi sama ada data primer
atau sekunder yang diperlukan. Pengumpulan data dijalankan mengikut
kesesuaian bagaimana bentuk data yang memang diperlukan.
Bab yang seterusnya adalah bab yang keempat yang melibatkan analisis
data. Data akan dikumpulkan dan dianalisis bagi memastikan data yang diperolehi
memenuhi keperluan objektif kajian ini dijalankan. Analisis data yang dapat
adalah bertujuan untuk mendapatkan satu keputusan yang berkaitan dengan kajian
yang dijalankan.
Terakhir sekali adalah bab lima yang memerlukan kesimpulan ke atas
sesuatu kajian setelah rumusan ke atas analisis data dibuat pada bab 4 dan bentuk
hasil kajian adalah dalam bentuk bertulis.
1.8 Kepentingan Kajian
Kepentingan kajian ini sudah semestinya adalah bertujuan untuk menjadi satu
bahan rujukan atau sokongan kepada penyelidik dan ahli akademik untuk
mengetahui lebih mendalam apakah isu dan cabaran dalam pemuliharaan
bangunan muzium yang lain.
Selain itu, kajian ini mungkin juga akan membantu pihak muzium untuk
terus menjalankan langkah-langkah penjagaan yang lebih baik dan mendatangkan
manfaat kepada penjagaan bangunan yang lain supaya dapat terus digunakan dan
tahan lama.
1.9 Kesimpulan
Kesimpulannya, bab ini adalah untuk menerangkan secara ringkas tentang tujuan
kajian ini dijalankan. Kajian tentang isu dan cabaran dalam pemuliharaan
bangunan muzium ini dijelaskan melalui pernyataan masalah, objektif kajian,
skop kajian, dan kepentingan kajian ini dijalankan. Selepas itu, barulah kajian
literatur dijalankan pada bab yang seterusnya.