Download - isu2 akauntabiliti
8/6/2019 isu2 akauntabiliti
http://slidepdf.com/reader/full/isu2-akauntabiliti 1/13
8/6/2019 isu2 akauntabiliti
http://slidepdf.com/reader/full/isu2-akauntabiliti 2/13
Akauntabiliti guru terhadap
: 3.1 Pelajar
Seorang guru haruslah menjalankan tugasnya dengan penuh dedikasi di bilik darjahtermasuk mematuhi masa dalam jadual waktu serta melaksanakan pengajaran danpembelajaran mengikut kaedah dan teknik yang berkesan. Guru juga haruslahmengutamakan kemajuan, kebajikan dan keselamatan murid -murid berbanding hal-hal lain. Seorang guru yang bertanggungjawab haruslah bersikap adil terhadappelajar-pelajarnya tanpa mengira bangsa, agama, fak tor jasmani, emosi, mental,politik, sosial dan perkara-perkara lain. Guru hendaklah membimbing dan mengajar murid-murid di bilik darjah tanpa meminta sebarang bayaran atau hadiah daripadamereka, sebaliknya guru sekali-sekala perlu memberi hadiah kepada murid-muridnya untuk menggalakkan mereka berminat terhadap proses pembelajaran.Memberi contoh teladan yang baik dengan berpakaian kemas, berbudi bahasa danbersopan santun semasa bertugas harus juga di amalkan supaya murid
memperolehi model yang baik. Ini adalah kerana seorang guru merupakan orangyang di hormati oleh pelajarnya, oleh yang demikian perlulah guru menjagaprofesionalisme guru supaya mereka tidak di benci,di pandang serong dan tidak dihormati lagi oleh anak muridnya. 3.2 Diri
Seorang guru haruslah menjaga kebersihan dan kesihatan dirinya agar dapatmenjalankan tugas sebagai pendidik dengan sempurna. Emosi hendaklah di kawaloleh guru sendiri dan juga perlu menghindarkan diri dari sebarang ketegangan jiwayang boleh mengganggu tugasnya. Sebaga i seorang guru, guru hendaklah bijakmenguruskan kewangan dengan bijaksana dan mengimbangi pendapatan denganperbelanjaan. Ini adalah kerana jika guru gagal menguruskan kewangan maka guru
akan menghadapi masaalah luaran yang boleh menjejaskan tumpuannya te rhadapproses pengajaran di sekolah. Guru juga di galakkan melengkapkan diri denganpelbagai ilmu pengetahuan. dan peka terhadap peristiwa di sekeliling melalui mediamassa atau elektronik supaya mudah memberikan imput yang berguna terhadapprofesionnya. Guru juga boleh melibatkan diri dalam sesuatu hobi dan aktivitiberfaedah di masa lapang yang boleh menjadikan guru itu sihat dari segi mental danfizikal.
3.3 SekolahSekolah ialah tempat seseorang guru bertugas. Oleh itu , guru jugabertangungjawab terhadap tugas yang di amanahkan oleh pentadbiran sekolah.
Sebagai seorang ahli dalam sebuah sekolah ,guru mempunyai akauntabiliti terhadapperkembangan dan kemajuan sekolah. Dalam hal ini, selain tugas mengajar , guru juga hendaklah menjalankan tugas-tugas yang lain seperti sebagai guru displin,kaunselor, setiusaha peperiksaan,setiusaha PIBG, panitia mata pelajaran dan jawatan-jawatan lain yang di lantik oleh pihak pentadbiran sekolah.
3.4 Masyarakat dan Negara
8/6/2019 isu2 akauntabiliti
http://slidepdf.com/reader/full/isu2-akauntabiliti 3/13
8/6/2019 isu2 akauntabiliti
http://slidepdf.com/reader/full/isu2-akauntabiliti 4/13
negara. Ini akan menjatuhkan martabat profesion perguruan oleh kerana perbuatanyang tidak bertanggungjawab terhadap amanah yang di berikan.
Isu2 intergriti..
ISU RASUAH DI MALAYSIA
Definisi Rasuah
Rasuah merupakan suatu jenayah atau kesalahan undang-undang dimana seseorang mendapat
kebebasan, kontrak atau keistimewaan (favours) dari pihak berkuasa atau sesebuahsyarikat selepas
memberi wang, hadiah, keraian kepada pihak-pihak tersebut. Menurut Badan Pencegah
Rasuah Malaysia terdapat empat kesalahan rasuah yang utama:
y Meminta/Menerima Rasuah y Menawar/Memberi Rasuah y Membuat Tuntutan Palsu y Menyalahguna Jawatan/Kedudukan
Pemberian rasuah jika tidak dibendung akan mengakibatkan banyakmasalah sosial kerana undang-
undang tidak akan dipatuhi dengan sepenuhnya. Maka kegiatan jenayah dan ketidakadilan akan
berleluasa.
8/6/2019 isu2 akauntabiliti
http://slidepdf.com/reader/full/isu2-akauntabiliti 5/13
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Bukti Kesungguhan Pak Lah
RANG Undang-Undang Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2008 yang
diluluskan kelmarin, selepas dibentangkan di Parlimen melegakan semua pihak kerana kini
negara berada di landasan tepat untuk mencapai tahap integriti yang selari dengan
pembangunan negara menjelang 2020.
Selepas dibahaskan selama dua hari membabitkan Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang,
akhirnya ia diluluskan menerusi suara majoriti anggota Dewan yang bersidang dalam suasanaagak tegang. Ternyata hasrat Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, yang
mahu melihat perubahan dalam sistem penyampaian kerajaan ketika mula memegang jawatan
pada 2004, mula menampakkan hasil.
Ia bermula dengan penubuhan Institut Integriti Malaysia yang bertujuan mengembalikan
keyakinan rakyat terhadap keupayaan pentadbiran dan tadbir urus negara, diikuti SPRM,
Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman dan Program Perlindungan Saksi.
Semua ini adalah ilham Abdullah ketika mengambil alih jawatan untuk memperlihatkan
keterbukaan dalam pentadbiran kerajaan, malah ia menjadi sebahagian manifesto Barisan
Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum 2004. Seperti dijangkakan, perubahan berlaku
secara berperingkat-peringkat dalam usaha kerajaan merealisasikan Wawasan 2020, untuk
menjadikan negara dalam kelompok negara maju. SPRM yang bakal menggantikan Badan
Pencegah Rasuah (BPR) mulai Januari depan, mempunyai struktur pentadbiran dan bidang
pelaksanaan yang menyeluruh serta mampu memberi impak besar dalam usaha membasmi
rasuah dan penyelewengan.
Sebagai rakyat, kita cukup gembira dengan pembentukan suruhanjaya ini, selepas melihat
gejala rasuah dan penyelewengan yang merebak dalam masyarakat sehingga menjejaskan
imej kerajaan dan membantutkan pembangunan negara. Kita yakin SPRM yang mengambil
pendekatan dilaksanakan Pentadbiran Hong Kong dalam mencegah rasuah selama 30 tahun,
akan beroleh kejayaan berikutan gejala rasuah di negara ini masih pada tahap terkawal.
Dengan lebih 5,000 kakitangan SPRM yang diberikan latihan dalam aspek pembanterasan
dan pencegahan rasuah, hasrat kerajaan untuk menghapuskan gejala itu sudah pasti mampu
dicapai, terutama dengan sokongan seluruh rakyat.
8/6/2019 isu2 akauntabiliti
http://slidepdf.com/reader/full/isu2-akauntabiliti 6/13
8/6/2019 isu2 akauntabiliti
http://slidepdf.com/reader/full/isu2-akauntabiliti 7/13
Najib juga meminta pegawai dan kakitangan awam menggunakan kemampuan daya fikir
untuk memberi idea yang lebih baik, inovatif dan kreatif bagi menghasilkan keputusan dan
menyelesaikan sesuatu masalah.
Beliau berkata, kakitangan awam juga perlu mementingkan keputusan atau hasil projek
pembangunan yang berkesan bagi memenuhi objektif setiap kementerian dan kerajaan.
Katanya, mereka juga perlu sentiasa memastikan setiap peruntukan yang disediakan kerajaan
untuk projek pembangunan dapat memberi nilai sewajarnya.
Selain itu, Najib berkata, tahun ini dan tahun akan datang amat mencabar bagi
Perbendaharaan untuk menangani kesan krisis ekonomi.
Mahkamah Khas Rasuah Permulaan Sebuah Era Baru
Oleh Abdul Rahman Sulaiman
CADANGAN kerajaan mewujudkan mahkamah khas untuk mendengar dan membicarakan
kes rasuah seperti yang diumumkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri
Aziz kelmarin, memberi petanda yang cukup meyakinkan mengenai kesungguhan pihak
berkuasa dalam memerangi jenayah yang boleh menghancurkan negara itu.
Menurut Nazri, yang membuat pengumuman itu ketika menggulung perbahasan Rang
Undang-Undang Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang kemudian
diluluskan di Dewan Rakyat, penubuhan mahkamah berkenaan bukan saja dapat mengatasi
masalah kes tertunggak, tetapi juga membuktikan kesungguhan kerajaan menerima cadangan
orang ramai, termasuk daripada pembangkang.
Ketika membahaskan Rang Undang-Undang SPRM sebelum itu beberapa anggota Dewan
Rakyat mencadangkan agar mahkamah seumpama itu ditubuhkan bagi mengurangkan beban
mahkamah biasa yang memang sudah dibebani dengan timbunan kes jenayah lain dan sivil.
8/6/2019 isu2 akauntabiliti
http://slidepdf.com/reader/full/isu2-akauntabiliti 8/13
Dengan adanya mahkamah yang tugasnya semata-mata untuk mengendalikan kes berkaitan
rasuah, salah guna kuasa dan seumpamanya, maka sudah pasti kes demikian dapat
diselesaikan dengan lebih pantas dan licin tanpa terpaksa menunggu senarai giliran yang
panjang.
Ia diharapkan dapat memberi kepuasan kepada orang ramai yang sentiasa sinis terhadap
usaha kerajaan dalam memerangi rasuah selama ini. Memang tidak dinafikan bahawa
persepsi umum, termasuk di kalangan orang luar, mengenai rasuah di negara ini sejak
beberapa tahun kebelakangan kurang baik, walaupun kegiatan tidak bermoral itu tidak
seburuk di sesetengah negara membangun lain.
Berdasarkan kepada persepsi negatif ini, maka penubuhan Mahkamah Khas Rasuah seiring
dengan kelulusan yang diberikan Parlimen terhadap penubuhan SPRM nanti, serta
pembentukan Suruhanjaya Perlantikan Kehakiman (SPK) dan Rang Undang-Undang
Perlindungan Saksi 2008 yang sedang dan akan dibahaskan, tidak syak lagi akan membukaera atau lembaran baru dalam usaha pembanterasan rasuah di negara ini.
Perlu diingat bahawa usaha memerangi rasuah berbentuk dua dimensi, iaitu pencegahan dan
pendakwaan. Dalam hubungan ini, penubuhan mahkamah khas, SPRM, SPK dan Akta
Perlindungan Saksi ditambah dengan usaha yang sedang dijalankan institusi sedia ada seperti
Institut Integriti Nasional, diharapkan mampu berfungsi sebagai infrastruktur yang akan
menakutkan individu atau golongan yang mempunyai kecenderungan rasuah.
Jika ini boleh dijelmakan sebagai kenyataan, maka sebahagian daripada peperangan terhadap
rasuah sudah berjaya. Pendakwaan hanya akan berperanan sebagai pelengkap kepada usahaitu.
Bagaimanapun, ini tidak bermakna bahawa pendakwaan dan hukuman tidak penting. Adalah
sesuatu yang lumrah bahawa manusia itu terdiri daripada dua jenis ± yang baik dan jahat.
Individu yang secara tabiatnya jahat akan terus memiliki kecenderungan untuk membuat
kejahatan, termasuk melakukan rasuah, walau sehebat dan seberat mana peraturan yang
ditetapkan atau hukuman yang dikenakan.
Oleh itu, langkah selanjutnya tentulah keperluan untuk menzahirkan dalam bentuk tindakan
hasrat yang tersemat di sebalik penubuhan pelbagai entiti dan undang-undang yang sudah dan
akan diluluskan Parlimen nanti.
Satu-satunya perkembangan yang orang ramai mahu lihat nanti tentulah lebih banyak kes
berkaitan rasuah, khususnya yang besar-besar, disiasat dan dihadapkan ke muka pengadilan.
8/6/2019 isu2 akauntabiliti
http://slidepdf.com/reader/full/isu2-akauntabiliti 9/13
Ini akan secara langsung meningkatkan keyakinan orang ramai, termasuk pelabur dari dalam
dan luar negara, sekali gus memperbaiki imej Malaysia pada mata dunia. Semua ini akan
memberi sumbangan positif terhadap usaha menarik pelaburan tempatan dan asing untuk
menambah kemakmuran negara dan rakyat.
Masalah kesukaran memperoleh bukti, keengganan saksi tampil ke hadapan, kekurangan
kakitangan dan pegawai dan sebagainya yang selama ini sering menghindar usaha Badan
Pencegah Rasuah sepatutnya tidak akan wujud lagi dengan adanya SPRM dan Akta
Perlindungan Saksi.
Di lihat dari perspektif ini, adalah jelas bahawa tindakan perundangan yang digerakkan
sepanjang minggu ini untuk merintis jalan bagi penubuhan SPRM dan SPK serta pengenalan
undang-undang baru untuk melindungi saksi dan mengawal tingkah laku hakim adalah lebih
daripada usaha menunaikan janji yang pernah dibuat Barisan Nasional pada Pilihan Raya
Umum 2004.
Ia juga lebih daripada usaha peribadi Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi,
seperti yang cuba diuar-uar sesetengah pihak, untuk meninggalkan legasi pemerintahannya
sebelum melepaskan jawatan Mac tahun depan.
Sesungguhnya, usaha itu adalah permulaan sebuah era baru dalam sejarah negara memerangi
rasuah, salah guna kuasa dan pelbagai bentuk penyelewengan. Semoga satu hari nanti, negara
ini dikenali dan diiktiraf sebagai negara paling bersih di dunia.
Datuk Rahman Sulaiman ialah bekas Ketua Pengarang Bernama
Oleh Abdul Rahman Sulaiman
Sumber : Mingguan Malaysia
Pandangan Islam Mengenai Rasuah
Budaya rasuah ini sebenarnya telah dahulu disedari oleh Islam dan cara yang terbaik bagi
mengatasi dan mengawal budaya ini telah disediakan. Langkah pertama yang tegas telah
diutarakan oleh Islam iaitu terhadap mengharamkan secara berkesan tanpa bertolak ansur
dengan rasuah, seperti sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh at-Tirmizi yang
8/6/2019 isu2 akauntabiliti
http://slidepdf.com/reader/full/isu2-akauntabiliti 10/13
bermaksud :
³Penerima dan pemberi rasuah akan ditempat dalam api neraka´.
Perbuatan ini juga dikutuk dengan kerasnya oleh Allah SWT sebagaimana dinyatakan dalam
hadis lain yang diriwayatkan oleh Ahmad yang bermaksud :
³Allah SWT melaknat orang yang memberi rasuah dan penerima rasuah serta orang yang
memberikan jalan terhadap kedua-duanya´.
Berdasarkan dalil-dalil diatas jelas membuktikan Islam melarang perbuatan keji ini. Kutukan
itu bukan sahaja terbatas kepada penerima malah pemberi dan sesiapa juga yang bersubahat
melicinkan kegiatan rasuah ini.
Punca Berlakunya Rasuah
Antara punca berlakunya rasuah ialah :
a) Kelemahan peribadi seperti kurang iman dan takwa.
Seseorang itu tahu bahawa rasuah dilarang oleh agama dan undang-undang, tetapi dilakukan
juga dengan seribu satu alasan peribadi. Hal ini termasuk dalam teori ³Technique of
Neutralization´ oleh Grisham Sykes dan David Matza. Mereka mengatakan, ³ Lakukan
rasuah secara rahsia asalkan tiada siapa yang tahu´. Sikap mahu hidup mewah, riak,
menunjuk-nunjuk, tamak, ingin cepat kaya dan sebagainya adalah pendorong berlakunya
rasuah bagi mereka yang lemah keperibadiannya.
b) Kelemahan kepimpinan dan pengurusan organisasi.
Kepimpinan yang lemah menyebabkan kurangnya penyeliaan, tiada pemantauan, lembap
menjalankan tugas dan terbuka kepada penyelewengan khususnya rasuah.
c) Sosial dan budaya.
Masyarakat majmuk di Malaysia mengamalkan tradisi memberi hadiah dalam bentuk wang
dan benda, sempena menyambut hari-hari kebesaran hari perayaan, majlis hari jadi, hari
perkahwinan dan sebagainya. Hari yang baik ini memberi kesempatan kepada perasuah dan
penerima rasuah melakukan rasuah sama ada diminta, disogok atau diumpan tanpa disedari.
d) Modenisasi.
Pembangunan sosial ekonomi yang tidak diseimbangkan dengan pembangunan kerohanian
akan memudahkan terjadinya rasuah. Projek pembangunan bercambah seperti cendawan
8/6/2019 isu2 akauntabiliti
http://slidepdf.com/reader/full/isu2-akauntabiliti 11/13
tumbuh. Pengaliran wang juga akan meningkat. Golongan yang terlibat juga mengambil
kesempatan untuk mengaut untung sebanyak-banyaknya.
Perlumbaan moden memperlihatkan para kontraktor berlumba-lumba mendapatkan tender.
Mereka juga akan berusaha untuk memenangi hati pegawai pengurusan atau pembuat
keputusan. Rasuah diberikan sebagai jalan pintas untuk mendapatkan tender,
mempercepatkan bayaran, melepaskan hukuman atau tindakan jika gagal atau lambat
menyiapkan projek dan sebagainya.
e) Politik.
Sesetengah ahli politik menggunakan kesempatan untuk berbakti kepada masyarakat dengan
menerima dan memberi rasuah untuk mendapatkan kuasa, memenangi pemilihan jawatan
politik, mengumpul kekayaan, menagih populariti dan sebagainya.
Kesan-Kesan Rasuah
Perbincangan mengenai rasuah adalah penting kerana kegiatan rasuah akanmelumpuhkan
fungsi perjalanan sesuatu organisasi. Dengan adanya kegiatan rasuah, tiada sesiapa akan
dapat mengagak tindakan seseorang atau hasil daripada sesuatu rancangan untuk masa depan.
Kemajuan sesebuah negara bergantung kepada cerdik pandai dan profesional yang ada.
Kegiatan rasuah akan hanya menghakis kepercayaan orang awam terhadap cerdik pandai
negara kita.
Selain itu pemerintahan menjadi lemah kerana setiap kali rasuah berlaku, maka pemerintah
kehilangan hasil atau tergelincir daripada tindakan-tindakan yang sepatutnya. Umpamanya
jika cuai terhadap sesuatu yang telah ditentukan, maka pemberian rasuah telah menggantikan
wang cukai yang sepatutnya dikutip dan manfaatnya hanya dinikmati oleh segelintir pemberi
rasuah.
Kesan yang paling besar daripada gejala rasuah ini ialah akan menyebabkan pentadbiran
sesebuah negara menjadi kucar-kacir. Akibatnya , ia menimbulkan masalah lain seperti
kemerosotan ekonomi, pengabaian kepentingan masyarakat dan sebagainya. Budaya rasuah
juga boleh menghancurkan pentadbiran dan pemerintahan sesebuah negara. seperti yang
berlaku di Filipina yang mencatatkan sejarah kejatuhan kerajaan presiden Marcos dari
tampuk kepimpinan disebabkan amalan rasuah yang tidak terbendung.
Langkah-Langkah Mencegah Rasuah
Antara Langkah Mencegah Rasuah Adalah Seperti Berikut :
8/6/2019 isu2 akauntabiliti
http://slidepdf.com/reader/full/isu2-akauntabiliti 12/13
� Memantapkan Iman Dan Mengukuhkan Jatidiri
Keimanan dan keperibadian yang tinggi adalah benteng yang paling ampuh untuk
membenteras gejala rasuah. Apabila setiap individu bencikan rasuah sama ada rakyat biasa,
pemimpin,peniaga, atau jentera kerajaan maka amalan rasuah dapat diatasi. Kekuatan Iman
dan jati diri dapat menangkis habuan rasuah sekali pun tiada sesiapa tang tahu dan peluang
terbuka luas di hadapan mata.
� Memasukkan Bahaya Rasuah Dalam Sistem Pendidikan
Benci kepada rasuah akan dapat dihayati dalam diri sekiranya diajar dan dididik sejak zaman
persekolahan lagi. Generasi yang dididik benci rasuah akan membesar menjadi individu yang
lebih bertanggungjawab, amanah, ikhlas. Sistem pendidikan hanya membentuk generasi akan
datang yang bebas daripada rasuah.
� Meningkatkan Penguatkuasaan Undang-Undang dan HukumanSiasatan dan penguatkuasaan undang-undang perlu dipergiatkan lagi agar masyarakat sedar
betapa bahaya dan serius masalah rasuah jika tidak dibenteras dan dibendung untuk
keselamatan negara. Selain itu para pengamal rasuah akan berfikir banyak kali sebelum cuba
melakukan rasuah lantaran hukuman berat yang bakal diterima.
� Memudahkan Urusan Menggunakan ICT
Prosedur diproses yang panjang, sukar dan lambat perlu diperkemaskan dan dipermudahkan
dengan menggunakan kelebihan ICT. Penggunaan borang, proses temu duga dan
seumpamanya perlu diringkaskan supaya tidak membebankan orang ramai khususnya para
peniaga, kontraktor dan pelabur. Proses yang mudah dan telus dapat menghindari bahaya
rasuah kerana tidak perlu disogok semata-mata untuk mempercepatkan proses.
Sumber :http://www.islam.gov.my
8/6/2019 isu2 akauntabiliti
http://slidepdf.com/reader/full/isu2-akauntabiliti 13/13