iv
PENGHARGAAN
Bismillahirrahmanirrahim.
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya dan
izin-Nya dapat pembangun menyiapkan projek sarjana muda sebagai syarat untuk
penganugerahan Ijazah Sarjana Muda. Setinggi-tinggi penghargaan ikhlas tidak
terhingga kepada Dr Dayang Hjh Tiawa Awang Hj Hamid, selaku penyelia Projek
Sarjana Muda di atas segala bimbingan dan tunjuk ajar sepanjang tempoh menyiapkan
projek ini.
Penghargaan juga ditujukan kepada pihak-pihak yang membantu bagi
menyiapkan projek ini terutama kepada pensyarah Jabatan Multimedia Pendidikan,
UTM yang terlibat dalam memberi pandangan dan nasihat. Tidak lupa kepada rakan-
rakan seperjuangan serta mereka yang terlibat secara langsung atau tidak langsung
dalam usaha menjayakan projek ini. Ribuan terima kasih kepada kalian semua.
v
ABSTRAK
Tujuan projek ini dilaksanakan sebenarnya adalah untuk mereka bentuk dan
membangunkan laman web berasaskan pembelajaran kolaboratif dalam talian serta
menyelesaikan beberapa masalah dalam pembelajaran kolaboratif antara pelajar-pelajar
dan memudahkan urusan pensyarah dalam menilai tugasan yang dibuat oleh pelajar.
Model reka bentuk instruksi bersistem yang digunakan dalam projek ini ialah model
Hanffin dan Peck yang mengandungi tiga fasa utama iaitu fasa analisis keperluan, fasa
reka bentuk dan fasa pembangunan dan pelaksanaan. Penggunaan perisian Joomla dan
pelantar XAMPP dan dibantu perisian Adobe Photoshop menjadikan laman web ini
lebih menarik. Selain itu, pembangunan laman web ini banyak mendedahkan
pembangun kepada teknologi berkaitan laman web dan menambahkan pengetahuan
dalam membina laman web berbentuk pendidikan yang baik dan berkualiti. Semoga
laman web ini dapat membantu dan memberi manfaat kepada para pelajar dan
pensyarah.
vi
ABSTRACT
The aim of the project actually is to design and develop web-based collaborative
learning and solving some problems in collaborative learning between students and
lecturer to facilitate the work done by assessing student. The systematic instructional
design model used in this web site project is Hanaffin and Peck which consists of three
main phases of requirements analysis phase, design phase and development phase and
implementation. The used of Jommla, XAMPP platform and Adobe Photoshop software
make the web site more interesting. Besides that, the development of this web site
expose developer to the relevant technology website and increase knowledge in building
a good and quality educational website. Hopefully this website will help and benefit to
students and lecturers.
vii
SENARAI KANDUNGAN
BAB TAJUK MUKA SURAT
PENGESAHAN STATUS
PENGESAHAN PENYELIA
HALAMAN JUDUL i
PENGAKUAN PELAJAR ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
SENARAI KANDUNGAN vii
SENARAI RAJAH xii
SENARAI LAMPIRAN xiii
1 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 4
1.3 Penyataan Masalah 6
1.4 Objektif Kajian 7
1.5 Persoalan Kajian 7
1.6 Skop Kajian 8
1.7 Kepentingan Kajian 8
1.7.1 Pelajar 8
viii
1.7.2 Pensyarah 9
1.7.3 Kementerian Pelajaran Malaysia 10
1.8 Definisi dan istilah 10
1.8.1 Web Sosial 10
1.8.2 Kolaboratif 10
1.8.3 Pengajaran dan Pembelajaran Dalam Talian 11
1.9 Penutup 11
2 SOROTAN KAJIAN
2.1 Pengenalan 12
2.2 Pembelajaran Dalam Talian 13
2.2.1 Kepentingan dan kelebihan Pembelajaran Dalam Talian 15
2.3 Pembelajaran Kolaborasi Dalam Talian 18
2.3.1 Kelebihan Pembelajaran Kolaborasi Dalam Talian 20
2.4 Strategi Dalam Pembelajaran Kolaborasi Dalam Talian 21
2.4.1 Pembelajaran Berpandukan Pelajar 22
2.4.2 Pembelajaran Berpandukan Masalah 24
2.5 Aplikasi Pembelajaran Dalam Talian di Peringkat IPT 26
2.6 Penutup 27
ix
3 REKA BENTUK LAMAN WEB
3.0 Pendahuluan 28
3.1 Model Pembangunan Laman Web 29
3.2 Pelaksanaan Model Hanaffin & Peck 30
3.2.1 Fasa Analisis Keperluan 30
3.2.1.1 Analisis masalah 31
3.2.1.2 Analisis pengguna 32
3.2.1.3 Analisis kandungan 33
3.2.1.4 Analisis pembangunan 33
3.2.2 Fasa Reka bentuk 34
3.2.2.1 Reka bentuk informasi 34
3.2.2.2 Reka bentuk navigasi 37
3.2.2.3 Reka bentuk persembahan 39
3.2.3 Fasa Pembangunan dan pelaksanaan 41
3.2.4 Penilaian dan Penyemakan 41
3.3 Spesifikasi Keperluan 42
3.4 Penutup 42
4 PEMBANGUNAN LAMAN WEB
4.1 Pengenalan 43
4.2 Struktur Asas Laman Web 44
4.3 Paparan Home 45
4.4 Menu Profil 49
x
4.5 Menu Web Master 50
4.6 Menu Penilaian 51
4.8 Menu Video 53
4.9 Penutup 54
5 PERBINCANGAN, CADANGAN DAN KESIMPULAN
5.1 Pengenalan 55
5.2 Perbincangan Laman Web 56
5.3 Masalah Yang Dihadapi 57
5.4 Kelebihan Laman Web 58
5.5 Kelemahan Laman Web 59
5.6 Cadangan 59
5.7 Kesimpulan 60
5.8 Penutup 60
RUJUKAN 62
xi
SENARAI RAJAH
NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT
3.1 Model reka bentuk Hannafin dan Peck 30
3.2 Struktur komposit laman web 36
3.3 Carta alir projek pembelajaran secara kolaboratif dalam talian 38
4.1 Paparan penuh halaman utama laman web “Collabor8” 48
4.2 Paparan bagi menu web master 50
4.3 Paparan halaman depan penilaian pensyarah 52
4.4 Paparan halaman depan penilaian sebaya untuk pelajar 53
4.5 Paparan halaman bagi menu video 54
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Selaras usaha kerajaan melahirkan generasi pemimpin yang dinamik,
berkebolehan dan mempunyai nilai modal insan yang tinggi, pengajaran dan
pembelajaran secara tradisional, iaitu hanya berpusatkan guru tidak lagi relevan.
Merujuk kepada perkara tersebut, sistem pendidikan telah disusun semula bagi
menjadikan pengajaran dan pembelajaran adalah lebih berasaskan pelajar. Melalui
sistem baru ini, pelajar akan mencari maklumat dan ilmu pengetahuan mereka sendiri,
namun tetap menggunakan khidmat bantuan guru yang bertindak sebagai fasilitator.
Dalam menjadikan pembelajaran lebih baik dan menarik, seiring dengan slogan,
“komunikasi di hujung jari” dan “dunia tanpa sempadan”, para guru telah mula
mengaplikasikan sistem pembelajaran dalam talian, seperti e-learning bagi membantu
proses pengajaran dan pembelajaran. E- learning adalah merupakan salah satu cara
mengaplikasikan pembelajaran dalam talian secara berkesan. Namun, penggunaan
teknologi di kalangan pelajar sekolah adalah masih di tahap awal, di mana pelajar
2
sekolah kurang didedahkan dengan situasi tersebut. Sebaliknya, bagi pusat pengajian
tinggi awam dan swasta, mereka perlu mula berlumba- lumba mengaplikasikan sistem
pembelajaran ini demi menghasilkan graduan yang berteknologi dan serba boleh.
Dari sudut positif, pembelajaran secara dalam talian memberikan pelbagai
kebaikan dan kemudahan kepada pelajar. Antaranya, penggunaan teknologi multimedia
dalam bidang pendidikan membolehkan informasi dalam jumlah yang besar dapat
disalurkan kepada pelajar (Jamalludin dan Zaidatun, 2003). Selain itu, penggunaan
teknologi juga tidak menetapkan masa dan tempat untuk digunakan, di mana
penggunaannya adalah fleksibel mengikut kesesuaian pelajar itu sendiri (Albion, 1998).
Dengan ini, pelajar bebas memilih waktu dan tempat untuk menjalani proses
pembelajaran mereka bagi mendapatkan hasil pembelajaran yang optimum.
Menurut Longman (2003) pendidikan membawa maksud mendapatkan ilmu,
atau kemahiran melalui pengalaman, pembelajaran atau proses pengajaran. Melalui
maksud ini, pendidikan itu boleh berlaku melalui beberapa cara yang tidak hanya
tertakluk kepada konsep berada di dalam kelas sahaja. Proses pengajaran dan
pembelajaran juga boleh berlaku di luar kelas atau melalui aktiviti- aktiviti yang
dilakukan oleh guru. Antara satu kaedah menjalani proses pendidikan adalah melalui
kaedah pembelajaran secara kolaboratif. Kaedah ini memungkinkan pelajar
mendapatkan ilmu melalui perkongsian idea di dalam satu kumpulan kecil atau besar. Ini
kerana rationaliti pembelajaran secara kolaboratif ini adalah mengenepikan elemen
individualiti daripada proses pembelajaran dan menekankan kepada pembelajaran secara
berkumpulan (Chee and Angela, 2003, muka surat 200).
Selain itu, pembelajaran secara kolaborasi turut menekankan kepada
perhubungan antara ahli kumpulan. Kolaborasi menggalakkan hubungan sosial secara
semulajadi terbentuk. Golub (1988) menyatakan bahawa pembelajaran secara kolaborasi
merupakan jalan utama bagi membenarkan pelajar bercakap bagi menyumbangkan idea
mereka. Ini kerana menurut Golub (1988) pelajar perlu bercakap iaitu berbincang antara
3
ahli kumpulan kerana pembelajaran itu berlaku melalui perbincangan. Perkara ini turut
disokong oleh Gouveia, L.e Reis, L. (2008) yang menyatakan:
“Group members have interdependent relations with other groups and whose roles in
the group are functions of expectations (internal and external).”
Berbalik kepada penggunaan teknologi di dalam pendidikan. Pelbagai kajian
dilakukan bagi mengkaji keberkesanan pembelajaran dalam talian ini. Lebih- lebih lagi
apabila pembelajaran dalam talian ini disusuli dengan kaedah kolaborasi. Gouveia, L. e
Reis, L. (2008) menyatakan,
“E-learning may provide a better and innovative way to "learning at an accelerated
rhythm" and to "transforming information into knowledge"
E- learning merupakan satu contoh pembelajaran secara dalam talian. Merujuk
kepada penyataan di atas, pembelajaran dalam talian dilihat memberi banyak impak
positif di dalam sistem pembelajaran. Melalui persidangan komputer juga, pelajar dapat
berinteraksi sesama mereka dan juga guru atau fasilitator pada bila-bila masa dan tempat
asalkan terdapat kemudahan komputer dengan capaian internet (Lai Kim Leong, 2007).
Selain itu juga, Wahyu &Yahya (2006) menghuraikan kebaikan lain dalam
mengaplikasikan pembelajaran dalam talian. Antaranya pelajar berpeluang untuk belajar
berulang kali sehingga pemahaman mereka tercapai. Mereka juga tidak lagi perlu
merasa malu untuk bertanya kepada fasilitator mereka. Melalui pembelajaran dalam
talian juga, pelajar dapat mengadakan perbincangan kumpulan yang lebih terancang dan
teratur. Ini adalah susulan kepada aktiviti pelajar yang tidak terikat kepada perjumpaan
sesama mereka yang mempunyai kekanagan waktu khususnya. Melihat kepada perkara
ini, Laurillard, (1993); Moore, (1993); dan Ramsden, (1992) bersetuju bahawa
pembelajaran kolaboratif dan dalam talian dapat memberikan bantuan positif kepada
pelajar- pelajar. Ini dinyatakan di dalam Exploring Collaborative Online Learning oleh
(Curtis dan Lawson, 2001).
4
1.2 Latar Belakang Masalah
Pembelajaran secara kolaboratif sebenarnya bukanlah idea baru. Sesungguhnya
ia mungkin kelihatan di mana masyarakat telah lama belajar secara berkumpulan dengan
secara tidak rasmi pada beribu-ribu tahun yang lalu (Roberts, 2004). Malangnya,
walaupun pelbagai kelebihan pembelajaran secara kolaboratif ini dicanang,
penggunaannya masih lagi di peringkat awal (Roberts, 2004). Terdapat 67 kebaikan
yang berbeza yang boleh didapati hasil daripada pembelajaran kolaborasi. Antaranya
adalah dari segi akademik, sosial dan psikologi (Panitz, (1997)). Secara umumnya,
pembelajaran secara kolaborasi bersemuka memerlukan sekumpulan pelajar mencari
atau memilih tempat dan waktu untuk bersama berbincang. Di dalam buku artikel kajian
oleh Bennett (2004) yang merujuk kepada kajian Kimball, (2001), pembelajaran
kolaboratif mengehadkan kepada pelajar sepenuh masa sahaja. Ini adalah ekoran
daripada masalah logistik dalam mencari masa dan ruang untuk pelajar-pelajar bekerja
bersama. Walaubagaimanapun kemunculan teknologi komunikasi berasaskan internet
telah mentransformasikan pembelajaran pada peringkat tinggi terutamanya kepada
pelajar dan guru (Collis, 1996).
Pengajaran dan pembelajaran secara kolaboratif tanpa mengira keadaan geografi
dan sempadan telah menjadi satu isu penting dalam kaedah pembelajaran terutamanya
dalam sistem pendidikan peringkat tinggi di negara kita. Umum tahu bahawa , bilangan
institusi pendidikan tinggi sama ada institusi pendidikan tinggi awam (IPTA) ataupun
institusi pendidikan tinggi swasta (IPTS) di negara kita adalah terhad. Memang ianya
tidak dapat menanggung bilangan pelajar yang semakin meningkat dan memberi
peluang yang sama kepada setiap pelajar yang mempunyai kelayakan untuk melanjutkan
pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Ini telah mewujudkan persaingan yang hebat
untuk memasuki institusi pengajian tinggi.
Selain itu, perubahan demografi pelajar seperti kursus pendidikan jarak jauh dan
kursus pendidikan separuh masa (part-time) menjadi satu aspek yang perlu diberi
perhatian dalam pelaksanaan pembelajaran kolaboratif secara talian kerana ia
5
menyumbang kepada peningkatan permintaan dari segi penyampaian isi pelajaran yang
lebih fleksibel, memberi keupayaan kepada pelajar supaya lebih komitmen dalam
pembelajaran serta menerima pelajaran tertier yang lebih sempurna (Curtis dan Lawson,
1999). Selain itu, pembelajaran secara kolaboratif dalam talian juga memberi banyak
manfaat kepada pelajar sepenuh masa (full-time) dari segi sifat pembelajaran yang
fleksibel. Kewujudan capaian ke talian juga menggalakkan pembelajaran kolaboratif di
dalam dan juga di luar bilik darjah.
Pembelajaran ini memerlukan perhatian, bukan sahaja dari pihak pelajar, tetapi
juga tenaga pengajar. Contohnya, bagi tujuan penilaian kerja pelajar, pensyarah yang
ingin menilai hasil kerja kolaboratif pelajarnya perlulah memainkan peranan tertentu dan
sebaliknya. Slavin (1990) telah menyatakan tulang belakang bagi pembelajaran
kolaboratif ialah kesediaan pelajar untuk melibatkan diri secara aktif dan konstruktif.
Persekitaran pembelajaran kolaboratif merupakan satu proses yang bukan sahaja
membantu penglibatan aktif tetapi juga akan membantu pelajar meningkatkan keyakinan
diri kerana ia berpotensi membentuk pembelajaran berdikari (independent learning)
(Bennet dan Dunne, 1992). Selain itu, pengajar mempunyai peranan sebagai orang
tengah dalam menentukan kualiti interaksi dan pembelajaran di kalangan pelajar dalam
pembelajaran kolaboratif (Hiltz, 1994; Beaudin, 1999).
Dengan wujudnya pembelajaran secara kolaboratif di dalam talian, pelbagai
kebaikan yang ada pada pembelajaran kolaborasi itu sendiri dipertingkatkan. Antara
kebaikan yang boleh didapati adalah peluang untuk mewujudkan komuniti pembelajaran
dalam talian yang kaya dengan pembelajaran kolaboratif dan membantu proses
pembelajaran orang dewasa yang membolehkan mereka berkongsi pengalaman kerja di
serata dunia (Bonk & Kim, 1998).
Diketahui dalam pembelajaran dan pengajaran secara talian, semua pengguna
dapat memberi idea bersama-sama tanpa mengira demografi dan sikap seseorang itu
hingga tercapai matlamat yang dikehendaki dalam kolaborasi tersebut. Sebagai contoh,
sejak kekurangan peserta dan pelajar yang pemalu cenderung untuk menyertai
6
pembelajaran dalam talian daripada tradisional persekitaran (Bank & King, 1998;
Chong, 1998; Cooney, 1998). Seperti John Stephenson (2001) yang baru-baru ini
menunjukkan pembelajaran dalam talian mempunyai potensi dalam memberi pelajar
kuasa dan kawalan terhadap pembelajaran mereka.
1.3 Penyataan masalah
Merujuk kepada institut pendidikan sains negara, pembelajaran kolaboratif
adalah merupakan satu pendekatan di dalam pembelajaran dan pengajaran yang
melibatkan sesuatu kumpulan pelajar di mana kumpulan pelajar ini perlu bergabung
tenaga dan idea untuk menyelesaikan masalah yang diberikan bagi mendapatkan sesuatu
hasil. Pembelajaran kolaboratif boleh membantu pelajar mendapatkan idea yang lebih
baik di samping penggunaan kaedah penyelesaian masalah yang berbeza- beza.
Greater outputs simply because of the number of people involved, each with differing
experience, knowledge, points of view and values, a larger number and variety of ideas
for solving a problem can be produced. (Hadler.G, 2005)
Keadaan ini banyak membantu pelajar dalam meningkatkan prestasi pelajar. Ini
disokong oleh Jonassen (1996) yang dinyatakan oleh Tang Jun Chin (2006) di dalam
Pengaplikasian Pembelajaran Kolaboratif dalam sistem e-pembelajaran bagi mata
pelajaran bahasa gubahan iaitu pembelajaran secara kolaboratif dapat membantu pelajar
membina pengetahuan yang lebih bermakna jika dibandingkan dengan pembelajaran
secara individu. Namun, di sebalik itu, terdapat beberapa masalah yang dihadapi oleh
pelajar semasa mengasplikasikan pembelajarn secara kolaborasi ini. Cathy Middlecamp
(1997), di dalam laman webnya, Teaching stories, mengumpul beberapa komen pelajar
berkenaan pengaplikasian pembelajaran secara kolaboratif. Antaranya adalah:
7
a. Terdapat pelajar yang cuba memonopoli kumpulan.
b. Pelajar tidak terlibat di dalam perbincangan dan menunggu hasil dari pelajar lain
c. Pelajar kurang cemerlang malu untuk mengutarakan idea
d. Tidak menggunakan masa sebaik mungkin, berbincang perkara yang tidak perlu
Antara masalah lain yang dihadapi oleh pelajar dalam melaksanakan
pembelajaran secara kolaborasi adalah masalah kekangan masa. Ini turut disokong oleh
Kimball (2001) di mana, di dalam penyataannya, Kimball menghuraikan bahawa
kekangan masa menyebabkan pembelajaran secara kolaborasi hanya dapat diaplikasikan
di kalangan pelajar yang mengambil pengajian sepenuh masa sahaja.
1.4 Objektif kajian
Membangunkan dan mereka bentuk web sosial bagi pembelajaran kolaboratif
dalam talian mesra pengguna.
1.5 Persoalan kajian
1. Adakah pembangunan web sosial mampu membantu pelajar menghadapi
masalah dalam pembelajaran kolaboratif?