Download - Jalur Gemilang 2
Pelajar UTP menjayakan Program Kembara Jalur Gemilang
JALUR GEMILANG
Jalur Gemilang adalah bendera
Malaysia. Terdapat empat warna
pada Jalur Gemilang iaitu merah ,
putih, biru dan kuning. Setiap warna
dan lambang pada Jalur Gemilang
memberikan maksud yang
tersendiri.
Jalur Gemilang mengandungi
empat belas jalur melintang yang
berwarna merah dan putih .
Warna biru yang terdapat di
bahagian atas sebelah kiri
bermaksud perpaduan.
Terdapat juga lambang bulan
dan bintang yang berwarna
kuning di dalam petak yang
berwarna biru itu.
Kita hendaklah menghormati
Jalur Gemilang kerana
bendera itu lambang negara
kita.
Semasa Jalur Gemilang
dinaikkan, kita hendaklah berdiri
tegak dan merapatkan kedua-
dua belah kaki. Kita mesti
merapatkan kedua-dua belah
tangan ke sisi sambil
memandang bendera.
Kita tidak boleh menggerak -
gerakkan badan atau tangan
kita. Jalur Gemilang hendaklah
dinaikkan perlahan-lahan
semasa menyanyikan lagu
‘Negaraku’.