Judul; Persepsi Pelajar Program Khas Pensiswazahan Guru Bagi Kursus SPH dalam Mengimplementasikan Penyenggaraan Bengkel Kemahiran Hidup
Bersepadu Komponen Kemahiran Teknikal Di Sekolah Menengah.
PENGESAHAN PENYELIA
PERSEPSI PELAJAR PROGRAM KHAS PENSISWAZAHAN GURU BAGI KURSUS SPH DALAM MENGIMPLEMENTASIKAN
PENYENGGARAAN BENGKEL KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU KOMPONEN ( KEMAHIRAN TEKNIKAL )
DI SEKOLAH MENENGAH.
ABD HALIM BIN HJ HUSSIN
Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat
penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan ( Kemahiran Hidup )
Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia
2004
ii
iii
DEDIKASI “ Khas buat ibu, ayah, isteri, anak-anak serta keluarga yang tersayang........ “Buat rakan-rakan seperjuangan.........
Doaku moga kita semua dilimpahi rahmat illahi dan sentiasa mendapat keredhaan-
Nya
Amin Ya Rabalalamin…………..
iv
PENGHARGAAN
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
Bersyukur ke hadrat Allah S. W. T berkat limpah dan Kurnia Nya dan kepada
Nya jualah saya memohon taufik dan hidayah dalam menempuh liku-liku kehidupan.
Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S. A. W.
Salam penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Penyelia Projek
En. Md Yusup Bin Kayat di atas segala tunjuk ajar, bimbingan, teguran dan nasihat
yang berterusan sehingga laporan projek ini berjaya disiapkan.
Tidak lupa juga, kalungan terima kasih dihulurkan buat para pensyarah, tutor
dan tenaga pengajar di Jabatan Pendidikan Teknik dan Vokasional di atas segala
ilmu dan kemahiran yang dicurahkan selama saya menuntut di sini.
Ucapan terima kasih kepada buat isteri, anak dan keluarga tersayang. Segala
pengorbanan dan juga sokongan yang diberikan tidak akan dapat dilupakan. Akhir
sekali kepada rakan-rakan sekuliah di atas segala dorongan yang diberikan dan
kepada semua insan yang mendoakan kejayaan dan kebahagiaan saya.
Sekian Wassalam
ABD HALIM BIN HJ HUSSIN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
v
ABSTRAK
Kajian ini berbentuk deskriptif dengan membuat tinjauan bagi mengetahui
persepsi pelajar Program Khas Pensiswazahan Guru Kemahiran Hidup (SPH) dalam
mengimplementasikan pengurusan penyenggaraan bengkel Kemahiran Teknikal di
sekolah menengah. Objektif kajian ini untuk mengenal pasti persepsi pelajar
berdasarkan kepada 4 aspek iaitu, aspek pengetahuan, kemahiran, beban tugas dan
aspek amalan keselamatan. Sampel kajian adalah seramai 73 orang pelajar tahun 3
dan 4 Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup) di
Universiti Teknologi Malaysia, Skudai sesi 2003/2004. Soal selidik telah digunakan
sebagai instrumen kajian dan diedarkan kepada responden untuk mendapatkan data.
Data di kumpul dan dianalisis menggunakan SPSS versi 11.0 ( Statistical Package
For Social Science ). Analisis dinyatakan dalam bentuk frekuensi dan peratus.
Hasil kajian menunjukkan bahawa tahap pengurusan penyenggaraan bengkel
kemahiran Teknikal secara keseluruhan adalah sederhana. Berdasarkan empat aspek
yang dikaji, aspek amalan keselamatan berada pada tahap yang tinggi. Bagi aspek
pengetahuan dan kemahiran guru KH masih berada pada tahap sederhana. Manakala
beban tugas guru KH berada pada tahap rendah. Berdasarkan dapatan kajian ini,
beberapa cadangan telah dikemukakan untuk memperbaiki tahap pengurusan
penyenggaraan bengkel Kemahiran Teknikal di sekolah menengah.
vi
ABSTRACT
This study is conducted in descriptive way to identify perception of student
Program Khas Pensiswazahan Guru Kemahiran Hidup (SPH) in implementing the
management maintenance workshop of Technical Skills in Secondary school. The
objective of this study is to identify the perception of students PKPG based on 4
aspects, that is aspect of knowledge, skills, work job and safety practice. The study
is based on 73 sample of student of Year 3 and Year 4 of First Degree of Technology
and Education (Living Skills) at Universiti Teknologi Malaysia, Skudai intake
2003/2004. Questionnaires are used as an instrument for this study and are
distributed to all respondens for obtaining the data. Data was analyzed using SPSS
Version 11.0 (Statistical Package For Social Science), to obtained a percentage and
frequency. The result of this study shows that overall level of management
maintainance of Technical Skills Workshop is average. Based on four aspects as
studied, the safety aspect is the highest level. The responden knowledge and skill are
medium, and their work job is the lowest level. Based on this study a few proposal
are forwarded to improve the level of managing Technical Skills Workshop in
Secondary school.
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
JUDUL i
PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xi
SENARAI SINGKATAN xiii
SENARAI LAMPIRAN xiv
BAHAGIAN SATU
BAB I PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 4
1.3 Penyataan Masalah 6
viii
1.4 Objektif Kajian 7
1.5 Persoalan Kajian 7
1.6 Rasional Kajian 8
1.7 Skop Kajian 8
1.8 Definisi Istilah Kajian 9
1.9 Penutup 14
BAHAGIAN DUA
BAB II SOROTAN KAJIAN
2.1 Pengenalan 15
2.2 Pengurusan 16
2.3 Bengkel Kemahiran Teknikal 18
2.4 Pengetahuan penyenggaraan di bengkel KT 20
2.5 Kemahiran penyenggaraan di bengkel KT 22
2.6 Beban tugas guru KHB 26
2.7 Amalan keselamatan 28
2.8 Penutup 32
ix
BAHAGIAN TIGA
BAB III METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan 33
3.2 Reka Bentuk Kajian 33
3.3 Populasi dan Sampel 34
3.4 Instrumen Kajian 35
3.5 Prosedur Kajian 37
3.6 Kajian Rintis 38
3.7 Kajian Sebenar 39
3.8 Analisis Data 39
3.9 Penutup 41
BAHAGIAN EMPAT
BAB IV ANALISIS DATA
4.1 Pengenalan 42
4.2 Analisis Latar Belakang Responden 42
4.3 Analisis Persoalan Kajian 48
4.3.1 Dapatan Persoalan Kajian Pertama 49
4.3.2 Dapatan Persoalan kajian Kedua 52
4.3.3 Dapatan Persoalan Kajian Ketiga 55
4.3.4 Dapatan Persoalan Kajian Keempat 58
4.3.5 Analisis Keseluruhan 61
x
BAHAGIAN LIMA
BAB V RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan 62
5.2 Rumusan 63
5.3 Perbincangan 65
5.3.1 Mengenal pasti aspek pengetahuan 65
5.3.2 Mengenal pasti aspek kemahiran 67
5.3.3 Mengenal pasti aspek beban tugas 69
5.3.4 Mengenal pasti aspek keselamatan 71
5.4 Cadangan 72
5.4.1 Guru 72
5.4.2 Pihak Sekolah 73
5.4.3 Pihak Jabatan Pendidikan Negeri 73
5.4.4 Pihak Kementerian Pendidikan 74
5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 74
5.6 Penutup 75
BIBLIOGRAFI 76 - 82
LAMPIRAN A - D 83 - 98
xi
SENARAI JADUAL
NO JADUAL TAJUK MUKA SURAT
2.1 Tanggungjawab Dan Beban Tugas Guru Secara Umum 27
2.2 Tanggungjawab Guru KH Di Dalam Bengkel
Dari Segi Ruang Kerja. 29
2.3 Tanggungjawab Guru KH Di Dalam Bengkel
Dari Segi Keselamatan Diri. 29
2.4 Tanggungjawab Guru KH Di Dalam Bengkel
Dari Segi Alatan Dan Bahan. 30
3.1 Bilangan Populasi Pelajar PKPG (SPH) 34
3.2 Taburan Item-item Soal selidik 36
3.3 Skala Pemeringkatan Likert 37
3.4 Analisis Purata Nilai Alpha
Berdasarkan Persoalan Kajian 38
3.5 Pemeringkatan Skala 5 (Lima) Mata
Kepada 3 (tiga) Mata 40
3.6 Tahap Penilaian Berdasarkan Peratus 41
4.1 Jadual Taburan Mengikut Jantina 43
4.2 Jadual Taburan Mengikut Bidang Pengkhususan 43
4.3 Jadual Taburan Mengikut Tugasan Lain Selain
Mengajar 44
4.4 Jadual Taburan Mengikut Kelulusan Tertinggi 45
xii
4.5 Jadual Taburan Kekerapan Menghadiri Kursus
Pengurusan dan Penyenggaraan Bengkel KHB 46
4.6 Jadual Taburan Mengikut Pengalaman Mengajar
Mata Pelajaran KH 46
4.7 Jadual Taburan Mengikut Jumlah Waktu
Pengurusan Bengkel KHB Seminggu 47
4.8 Jadual Taburan Mengikut Jumlah Waktu
Mengajar Seminggu 47
4.9 Aspek pengetahuan Guru KH 49
4.10 Aspek Tahap Kemahiran Guru KH 52
4.11 Aspek Beban Tugas Guru KH 55
4.12 Aspek Amalan Keselamatan 58
4.13 Analisis Keseluruhan 61
xiii
SENARAI SINGKATAN
ERT - Ekonomi Rumah Tangga
f - Frekuensi
HSP - Huraian Sukatan Pelajaran
JPNJ - Jabatan Pendidikan Negeri Johor
KBSM - Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah
KHB - Kemahiran Hidup Bersepadu
KPM - Kementerian Pendidikan Malaysia
KT - Kemahiran Teknikal
PK - Perdagangan dan Keusahawanan
PKBS - Penilaian Berasaskan Sekolah
PKPG - Program Khas Pensiswazahan Guru
PPK - Pusat Perkembangan Kurikulum
PSM - Projek Sarjana Muda
SPN - Sains Pertanian
SP - Seni Perusahaan
SPSS - ‘Statistical Package For The Social Science’
% - Peratus
UTM - Universiti Teknologi Malaysia
xiv
SENARAI LAMPIRAN
JADUAL PERKARA MUKA SURAT
Lampiran A Borang Soal Selidik 83 - 87
Lampiran B Data Kajian Rintis Program SPSS 88 - 89
Lampiran C Data Kajian Dengan Program SPSS 90 - 97
Lampiran D Jadual Penentu Saiz Sampel Kajian 98
BAB I
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Malaysia di bawah kepemimpinan bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir
Mohamad telah meletakkan matlamat negara untuk mencapai taraf sebagai sebuah
negara maju pada tahun 2020. Perkara ini telah diwar-warkan oleh beliau dalam
salah satu daripada kertas kerjanya yang bertajuk "Malaysia: Melangkah Ke Hadapan
(Wawasan 2020)" yang telah dibentangkan dalam Mesyuarat Pertama Majlis
Perniagaan Malaysia pada tahun 1991 yang lalu. Wawasan tersebut secara tidak
langsung telah meletakkan sasaran negara untuk menjadikan perindustrian sebagai
teras kepada pembangunan negara.(Mahathir, 1991)
Kepemimpinan baru oleh Perdana Menteri Malaysia hari ini, Datuk Seri
Abdullah Ahmad Badawi berkata:
“ekonomi berasaskan pengetahuan yang menjadi matlamat negara memerlukan pembangunan industri berasaskan ilmu seperti sains, bio-teknologi, teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) serta berlandaskan aktiviti penyelidikan dan pembangunan (R&D). “Sejajar trend ini, corak permintaan untuk tenaga manusia berubah ke arah pekerja berpendidikan tinggi yang mahir dalam bidang sains dan teknologi, serta mempunyai kemahiran teknikal, ” ( Berita Harian, 23 Dis 2003)
2
Berdasarkan petikan di atas, dapatlah kita lihat betapa pentingnya keperluan
sumber manusia di mana ia dengan sendirinya merupakan cabaran yang besar kepada
latihan teknik dan vokasional. Menurut pandangan Siti dan Nor Azizah (1995),
"Pendidikan vokasional semakin penting dalam era pembangunan ekonomi dan
sosial negara. Untuk mencapai hasrat tersebut, pembangunan sumber manusia
merupakan isu yang amat penting dan strategik. Pembangunan sumber manusia
adalah bertitik-tolak daripada sistem pendidikan sekolah dan persoalannya ialah
setakat mana sistem itu berjaya melengkapkan pelajar-pelajar dengan kebolehan
kognitif dan kemahiran tangan iaitu mengintegrasikan kemahiran mental dan
kemahiran tangan. Kedua-dua kemahiran ini adalah sebenarnya tunggak kekuatan
manusia sesebuah negara untuk menghadapi daya saing globalisasi. Tenaga kerja
untuk alaf akan datang perlu dididik dengan kaedah yang akan menghasilkan
‘Knowledge Worker’ pekerja berpengetahuan.
Untuk menjadi sebuah negara maju, kita mestilah menyediakan lebih ramai
tenaga kerja mahir dan separuh mahir. Oleh itu berbagai usaha sedang dilakukan
untuk mendidik masyarakat berilmu berteraskan perindustrian. Salah satu kaedahnya
ialah melalui sistem pendidikan negara. Pada tahun 1988, PPK memutuskan untuk
memperkenalkan mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu (KHB) menggantikan
mata pelajaran elektif. Oleh itu, mata pelajaran KH Program Peralihan
diperkenalkan di semua sekolah menengah pada tahun 1989 bermula dengan
Tingkatan 1 (satu). KH Program Peralihan ini pula digantikan dengan satu program
baru yang dikenali sebagai KH Bersepadu mulai tahun 1992.
Secara umumnya banyak perubahan dalam pendidikan di negara ini telah
diperkenalkan oleh pihak Kementerian Pendidikan melalui reformasi pendidikan di
mana bidang kurikulum menjadi teras. Perubahan ini bertujuan menjadikan proses
pendidikan semakin kemas dan jitu dalam melahirkan generasi yang bakal mewarisi
kepimpinan negara menjelang tahun 2020. Berbagai usaha sedang dilakukan untuk
mendidik masyarakat berilmu berteraskan perindustrian. Kurikulum pendidikan
telah diubahsuaikan supaya mampu menyediakan rakyat yang cenderung ke arah
3
kemahiran dan vokasional. Sistem pendidikan negara sentiasa berubah selaras
dengan perkembangan sains dan teknologi masa kini. Bidang pendidikan
memainkan peranan yang penting di dalam merealisasikan wawasan 2020 ke arah
pembentukan sebuah negara maju. Menyedari pentingnya peranan bidang
pendidikan, maka pihak Kementerian Pendidikan telah mengambil berbagai langkah
yang positif bagi memastikan ianya dapat berkembang sejajar dengan perkembangan
teknologi terkini. Bagi mencapai matlamat tersebut, (HSP) mata pelajaran KHB
disemak semula pada tahun 2002. Ia merupakan salah satu mata pelajaran teras
dalam KBSM.
Dalam (HSP) semakan terbaru (2002), Mata pelajaran KHB adalah satu mata
pelajaran teras berunsurkan teknologi di Tingkatan I hingga Tingkatan III. Mata
pelajaran ini digubal berlandaskan kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Ia
dirancang untuk meningkatkan lagi daya pengeluaran negara melalui penglibatan
masyarakat dan tenaga kerja secara produktif berlandaskan teknologi sejajar dengan
dasar dan keperluan negara. ( PPK, 2002 )
Mata pelajaran ini merupakan sebahagian usaha pendidikan ke arah
mempertingkatkan kemahiran teknologi dan keusahawanan. Selain daripada itu
mata pelajaran ini juga membekalkan kemahiran yang berguna dan berfungsi agar
murid boleh bertindak dan mengendalikan kehidupan harian secara produktif dalam
dunia teknologi dan industri yang kompleks dan sentiasa berubah. Murid dipupuk
sikap yang positif seperti menghargai kerja yang berkualiti tinggi, berinovasi dalam
pembinaan projek, penuh yakin dan berdikari dalam daya usaha. Aktiviti yang diberi
tumpuan adalah bercorak kerja-buat sendiri yang mudah berkaitan dengan
pemasangan, pembinaan, baik pulih dan penyenggaraan. Nilai murni, sikap yang
positif dan budaya kerja yang baik diterapkan semasa menjalankan aktiviti amali
agar kesepaduan dalam mata pelajaran ini dapat diwujudkan. ( PPK, 2002 )
4
1.2 Latar Belakang Masalah
Mata pelajaran KHB terbahagi kepada dua bahagian iaitu Teras dan Pilihan.
Bahagian Teras mengandungi satu bidang pembelajaran iaitu Reka Bentuk dan
Teknologi. Manakala Bahagian Pilihan mempunyai empat bidang pembelajaran
iaitu Kemahiran Teknikal (KT), Ekonomi Rumah Tangga (ERT), Sains Pertanian
(SPN) dan Perdagangan dan Keusahawanan (PK). Murid mengambil semua bidang
pembelajaran dalam Bahagian Teras dan pilih salah satu daripada empat bidang
pembelajaran dalam Bahagian Pilihan. ( PPK, 2002 )
Kemahiran Hidup merupakan mata pelajaran yang melibatkan kerja-kerja
amali atau pratikal (hands-on). Ia memerlukan bengkel bagi tujuan tersebut. Oleh
itu, pengurusan dan penyenggaraan bengkel yang sistematik sangat penting bagi
memantapkan proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.
( Unit Pendidikan Teknikal JPNJ, 1998 )
Bengkel Kemahiran Hidup terbahagi kepada 3 jenis bengkel iaitu bengkel
komponen Kemahiran Teknikal, Bengkel Pertanian dan Bengkel Ekonomi
Rumah Tangga. Di antara ketiga-tiga bengkel ini, tumpuan diberikan kepada
bengkel Kemahiran Teknikal kerana ia paling sukar dari segi pengurusan dan
penyenggaraannya. Faktor ini disebabkan terdapat pelbagai alat, bahan serta mesin
yang dibekalkan dalam bengkel oleh pihak kementerian pendidikan melibatkan
perbelanjaan yang tinggi. Bengkel Kemahiran Teknikal pula dipecahkan kepada
4 jenis bengkel iaitu bengkel Kerja Kayu dan Logam, bengkel Paip Asas, bengkel
Elektrik dan Elektronik dan bengkel Enjin. ( PPK, 2002 )
5
Mohd Ariffin (1999), dalam kajiannya mendapati tahap beban tugas guru,
menunjukkan guru-guru KH mempunyai tahap beban tugas yang membebankan
terutamanya dalam kerja-kerja yang melibatkan pengurusan dan penyenggaraan
bengkel KT. Masalah ini disebabkan guru dibebankan dengan tugasan lain
antaranya menjadi guru disiplin, guru persatuan, guru kelas, guru sukan dan
permainan serta melakukan tugas-tugas perkeranian yang lain. Selain daripada itu,
guru KH mempunyai waktu mengajar yang banyak dan juga terpaksa menjadi guru
ganti. Disebabkan guru KH mempunyai berbagai-bagai tugas lain selain dari
mengajar, ini telah menjejaskan mereka untuk mengurus dan menyenggarakan
bengkel KT.
Beban tugas terlalu banyak menyebabkan guru KH atau ketua Panitia tidak
dapat mengurus dan menyenggarakan bengkel KT dengan baik dan bersistematik.
Masalah ini telah diluahkan oleh guru KHB dalam ruangan rencana, guru KHB
menuntut “Bayaran Insentif Khidmat Kritikal” ( Berita Harian, 30 Mei 2002).
Masalah beban kerja guru telah mula mendapat perhatian oleh pihak Kementerian
Pendidikan di mana terdapat laporan mengatakan bahawa beban kerja guru adalah
berat berikutan terpaksa melaksanakan kerja-kerja lain selain daripada mengajar.
Hal ini boleh menyebabkan proses pengajaran dan pembelajaran terjejas.
(Berita Harian 5 Feb 2000 ).
Pada lazimnya tugas mengurus dan menyenggarakan bengkel KHB diserahkan
kepada guru-guru KH yang terdiri daripada guru-guru yang berbeza pengkhususan
iaitu Seni Perusahaan, Sains Pertanian, Ekonomi Rumah Tangga dan Kemahiran
Hidup. Sebelum mata pelajaran KHB diperkenalkan, guru-guru yang berbeza
pengkhususan mengajar mata pelajaran elektif mengikut opsyen masing-masing.
Anuar (1999) dalam kajiannya mendapati, kebanyakan guru KH sekarang
menghadapi masalah dalam mengurus dan menyenggarakan bengkel kecuali guru
pengkhususan Seni Perusahaan.
6
Bengkel KHB adalah tempat menjalankan aktiviti-aktiviti pengajaran dan
pembelajaran mata pelajaran KH. Program pengajaran dan pembelajaran adalah
bertujuan untuk mencapai satu matlamat bagi melahirkan produk yang positif.
Keberkesanan ini akan dapat dicapai jika perlaksanaan penyenggaraan bengkel
seperti penyusunan, penyenggaraan alatan dan bahan serta langkah-langkah untuk
mengelak berlakunya kemalangan di tempat kerja sentiasa dititik beratkan. Guru
berfungsi sebagai pembimbing di dalam bengkel haruslah menunjukkan perbuatan
yang selamat dan tidak bertentangan dengan peraturan keselamatan. Ahmad Jamil
(1993) dalam kajiannya mendapati sebahagian daripada guru tidak memberi
penekanan pentingnya langkah keselamatan. Dapatan daripada kajian beliau juga
menunjukkan sebahagian daripada kemalangan yang berlaku adalah disebabkan tidak
mematuhi langkah keselamatan. Oleh itu guru perlu bersikap positif kerana ia boleh
mempengaruhi sikap pelajar dalam pengajaran amali di bengkel.
1.3 Pernyataan Masalah
Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh guru-
guru KH di dalam melaksanakan pengurusan bengkel KT di sekolah-sekolah
menengah. Melalui laporan dan kajian yang lepas, didapati bahawa bengkel KT
adalah tidak terurus dengan sempurna dan teratur. Salah satu punca yang telah
dikenal pasti adalah beban tugas guru KH yang terlalu banyak. Ekoran daripada
itu tahap amalan pengurusan bengkel KT masih tidak mencapai tahap yang
memuaskan. Persoalannya sejauh manakah guru dapat mengimplementasikan
pengurusan dan penyenggaran bengkel KT? Dari masalah yang dinyatakan,
penyelidik ingin melakukan satu kajian tinjauan berdasarkan “Persepsi pelajar
Program Khas Pensiswazahan Guru bagi kursus SPH dalam mengimplementasikan
pengurusan bengkel Kemahiran Hidup - komponen (KT) di sekolah dari segi aspek
tahap pengetahuan , kemahiran, beban tugas guru dan amalan keselamatan.
7
1.4 Objektif Kajian
Objektif kajian ini ialah untuk :
1.4.1 Mengenal pasti aspek pengetahuan guru KH dalam melaksanakan
penyenggaraan bengkel KHB - KT.
1.4.2 Mengenal pasti aspek kemahiran guru KH dalam melaksanakan
penyenggaraan bengkel KHB - KT.
1.4.3 Mengenal pasti aspek beban tugas guru KH dalam melaksanakan
penyenggaraan bengkel KHB – KT
1.4.4 Mengenal pasti aspek amalan keselamatan yang diamalkan oleh guru
KH di bengkel KHB - KT.
1.5 Persoalan Kajian
Persoalan kajian yang menjadi asas kepada kajian ini ialah :
1.5.1 Adakah guru KH mempunyai pengetahuan untuk melaksanakan
penyenggaraan bengkel KHB - KT?
1.5.2 Adakah guru KH mempunyai kemahiran untuk melaksanakan
penyenggaraan bengkel KHB - KT?
1.5.3 Apakah beban tugas guru KH untuk melaksanakan penyenggaraan
bengkel KHB - KT?
1.5.4 Adakah guru KH mengamalkan amalan keselamatan semasa
mengendalikan kerja amali di bengkel KHB -KT?