Download - Kaedah Menghias Akuarium
KAEDAH MENGHIAS AKUARIUM
ALYSSA GOH HARN YIINGPISMP RBT SJKC SEM 4
Bahan-bahan yang diperlukan untuk
memasang sebuah akuarium
Lampu akuarium
Tangki akuarium
Kabinet atau kaki
akuarium
Bahan-bahan yang diperlukan untuk
memasang sebuah akuarium
Tunggul kayu, Batu, pasir sungai, pasir halus dan pelbagai
tumbuhan akuatik
LANGKAH-LANGKAH MENGHIAS AKUARIUM
Bubuh satu lapisan pasir sungai atau pasir untuk akuarium (substrat) dengan ketebalan lebih kurang 1
hingga 1½ inci. Pasir yang berwarna gelap adalah lebih sesuai kerana
ikan akan selesa dengan persekitaran yang gelap.
Tanam tumbuhan akuatik yang berdaun panjang (Vallisneria sp) dengan
membenamkan bahagian akarnya ke dalam substrat pada bahagian belakang
akuarium.
Hiaskan dengan beberapa ketul batu yang dikutip dari sungai atau dibeli dari kedai
akuarium pada bahagian tengah akuarium atau bahagian lain supaya menghasilkan
sususan yang menarik.
Letakkan beberapa ketul tunggul kayu yang telah dibersihkan. Tunggul kayu boleh dikutip dari kawasan tanah gambut atau dibeli terus
dari kedai akuarium. Tunggul kayu perlu direndam selama 2 hingga 3 minggu sebelum
digunakan.
Sebagai tambahan letakkan pula tunggul kayu yang mengandungi tumbuhan akuatik di atasnya. Tambahkan juga dengan hiasan
tumbuhan akuatik lain untuk menghasilkan satu hiasan yang menarik
LANGKAH-LANGKAH MENYEDIAKAN TUNGGUL
KAYU DENGAN TUMBUHAN AKUATIK
Tunggul kayu adalah satu media penanaman tumbuhan akuatik yang baik untuk tumbuhan akuatik. Sediakan tumggul kayu dan beberapa
tumbuhan akuatik. Jenis tumbuhan yang sesuai ialah seperti paku pakis yang dikenali sebagai Java fern.
Lekatkan tumbuhan itu pada tunggul kayu dan ikat menggunakan benang kapas yang berwarna hijau.
Tunggul yang telah siap dilekatkan tumbuhan akuatik boleh terus diletakkan di dalam akuarium. Tumbuhan ini akan berakar dan melekat terus pada
tunggul kayu selepas sebulan.
Selepas seminggu dan semua sistem dalam akuarium setabil barulah ikan-ikan yang telah dikenal pasti sesuai di masukkan di dalam akuarium
Danio makan di bahagian permukaan air
White cloud mountain - makan di bahagian tengah akuarium
Golden barb makan di bahagian tengah dan
bawah akuarium
Corydoras makan di bahagian bawah
akuarium
Akuarium yang telah lengkap dipasang sangat cantik dan sesuai diletakkan di pelbagai sudut sebagai hiasan dalaman di rumah kita.