825
KAEDAH PENGAJIAN AL-QURAN SECARA MAYA SEPANJANG TEMPOH
PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN COVID-19
Nurul Khadijah binti Mohamadi, Mohamad Redha bin Mohamadii, Mohamad Saifullah bin
Mohamadiii & Shahirah Sulaimaniv
i (Corresponding author). Guru Bahasa, Pusat Tamhidi, USIM. [email protected]
ii Pensyarah, Jabatan Tahfiz al-Quran & al-Qiraat, KUIS. [email protected] iii Pengurus Pusat, Sekolah Islam Hati Murni, [email protected]
iv Guru Bahasa, Pusat Tamhidi, USIM. [email protected]
Abstrak
Al-Quran merupakan sebuah kitab suci yang sentiasa dibaca oleh umat Islam. Manurut ajaran Islam,
al-Quran adalah kalam Allah yang bermukjizat diturunkan kepada Nabi Muhammad S.A.W dalam
Bahasa Arab, melalui perantaraan Malaikat Jibril secara berperingkat selama 23 tahun. Bagi pembaca
kitab suci ini, setiap huruf dalam al-Quran akan dikira sebagai ibadah, bermula dari surah al-Fatihah
hingga surah an-Nas. Al-Quran merupakan pegangan umat Islam yang kekal sepanjang zaman, dari
zaman Nabi Muhammad S.A.W hinggalah kini, zaman penuh dengan era teknologi. Perkembangan
dunia pendidikan seiring dengan kepelbagaian medium teknologi zaman kini, termasuklah pendidikan
dalam bidang al-Quran. Sebelum arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikeluarkan,
kebanyakan kelas-kelas pengajian al-Quran diadakan di surau, masjid, kelas, dewan kuliah, rumah
dan, sebagainya. Rentetan tersebar luasnya virus Covid-19 di Malaysia, arahan PKP telah
dikeluarkan oleh pihak kerajaan bagi membendung dan mengawal rantaian Covid-19 ini. Natijahnya,
seluruh sekolah, masjid, surau, institusi-institusi pengajian tinggi diarahkan tutup, semua rakyat
Malaysia diarahkan bekerja dari rumah dan kaedah pembelajaran secara bersemuka ditukarkan kepada
kaedah pembelajaran secara atas talian atau maya. Implikasi PKP kerana pandemik Covid-19 ini juga
memberi kesan kepada semua lapisan masyarakat, termasuklah guru-guru al-Quran yang
mempunyai kelas pengajian al-Quran secara bersemuka di surau, masjid, sekolah dan rumah, lebih-
lebih lagi inilah sumber utama pencarian kewangan keluarga mereka. Oleh hal yang demikian, kertas
kerja ini menggambarkan tentang pengalaman barisan guru-guru al-Quran yang tetap berusaha
melaksanakan kelas pengajian al-Quran sepanjang tempoh PKP dengan menggunakan medium
teknologi sebagai medan pembelajaran dan pengajaran.
Kata kunci : Al-Quran, Pengajian secara maya, Covid-19, PKP
PENDAHULUAN Agama Islam merupakan agama yang syumul, iaitu lengkap dalam segala aspek duniawi
dan ukhrawi. Allah S.W.T telah menurunkan kalam mukjizatNya, iaitu al-Quran sebagai
826
panduan utama manusia dan mengutuskan Nabi Muhammad S.A.W untuk diteladani
akhlaknya dalam menjalani kehidupan seharian. Hal ini dinyatakan dalam sebuah hadis
Riwayat Muslim :
)) كان خلقه القرآن (( Maksudnya : “Akhlak Nabi S.A.W adalah al-Quran”
Hal ini meliputi sifat-sifat mahmudah dan akhlak yang mulia seperti malu, mulia,
berani, menepati janji, ringan tulang, cerdas, ramah, sabar, memuliakan anak yatim, suka
tersenyum, jujur, pandai menjaga diri, pemaaf, suka bersedeqah dan berjiwa bersih.
Sesungguhnya Rasulullah S.A.W. telah menyatakan bahawa individu yang
berpegang utuh dengan al-Quran dan as-Sunnah pasti tidak akan tersesat sehingga hari
kiamat. Ini membuktikan betapa pentingnya al-Quran dalam membentuk dan
membimbing umat manusia ke jalan yang benar dan lurus. Sabda Nabi Muhammad
S.A.W :
اب الله ، وسنة ن بيه ت ركت فيكم أمرين لن )) كتم بما : كت (( -صلى الله عليه وسلم -تضلوا ما تسMaksudnya : “Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, tidak akan sesat selama-lamanya
kepada sesiapa yang berpegang teguh terhadap dua perkara ini, iaitu : al-Quran dan Sunnah
Nabi.”
Allah S.W.T juga telah berfirman bahawa kandungan ayat-ayat suci al-Quran akan
terjaga dan terpelihara dengan baik dan tidak akan dapat diubah oleh sesiapa pun hingga
hari akhirat. Hal ini bertepatan dengan firman Allah S.W.T dalam surah al-Hijr, ayat 9 :
هۥ لحف�ظون (( (( ٩إ�ناا نحن نزالنا ٱلذ �كر وإ�ناا لMaksudnya : “Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan Al-Quran dan Kamilah yang
memelihara dan menjaganya.”
Kisah sejarah sirah nabawiyyah juga merakamkan tiada seorang pun orang kafir
yang mampu dan Berjaya mengubah ayat al-Quran, walaupun pada ketika itu, bangsa
Arab sedang berada dalam zaman kegemilangan bahasa mereka. Hal ini bertepatan
dengan firman Allah S.W.T di dalam surah al-An’am, ayat 115 :
هو ٱلسام�يع ٱلعل�يم (( دقا وعد�� �ا مبد �ل ل�كل�مت�ه��ۦ و )) ١١٥وتمات كل�مت رب �ك ص�Maksudnya : “Dan telah sempurnalah Kalimah Tuhanmu (Al-Quran, meliputi hukum-hukum
dan janji-janjiNya) dengan benar dan adil; tiada sesiapa yang dapat mengubah sesuatupun dari
Kalimah-kalimahNya dan Dialah yang sentiasa Mendengar, lagi sentiasa Mengetahui.”
827
Oleh hal yang demikian, telah terbukti bahawa kitab suci al-Quran itu kekal
sepanjang zaman dan tidak akan berubah walau sedikit pun hinggalah akhir zaman.
Malahan, menjadi pegangan dan panduan yang kukuh terhadap seluruh umat manusi
bagi menjalani kehidupan seharian. Walaupun telah banyak zaman dilalui, al-Quran
masih kekal dari zaman Rasulullah S.A.W. hinggalah zaman era teknologi kini.
Hal ini membuktikan, walaupun perkembangan zaman era teknologi kini pesat
membangun, pengajian dan pendidikan al-Quran akan tetap diajari dan dipelajari
sebagai panduan dan rujukan yang tepat bagi seluruh umat manusia dalam menjalani
dan mendepani cabaran kehidupan seharian.
Sesibuk mana pun umat manusia pada zaman yang moden ini, ilmu al-Quran
wajib dipelajari, kerana ianya merupakan kalam Allah yang tiada bandingannya dengan
mana-mana kitab. Malahan, dengan membacanya dan mengingati Allah, hati pasti akan
menjadi tenang. Hal ini dinyatakan dalam firman Allah yang berbunyi :
ألا بذكر ٱلل تطمئن ٱلقلوب (( )) ٢٨ٱلذين ءامنوا وتطمئن ق لوبم بذكر ٱللMaksudnya : “(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan
"zikrullah". Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia.”
PANDEMIK KORONAVIRUS (COVID-19) Tanggal 30 Mac 2020, wabak ini telah diwartakan sebagai penyakit pandemik, dimana ia
telah merebak kepada lebih 200 buah negara dan mengakibatkan lebih 725 000 kes
pesakit di seluruh dunia. Di Malaysia, peningkatan kes setiap hari turut memberi kesan
dan implikasi yang sangat dahsyat bagi segenap lapisan masyarakat. Pandemik Covid-
19 telah banyak meninggalkan impak dan perubahan bagi seluruh rakyat, dalam
pelbagai aspek, khususnya terhadap aspek ekonomi dan pendidikan.
Sebagai contoh, penutupan institusi-institusi pengajian tinggi dan sekolah
disebabkan oleh pandemik COVID-19 ini telah meninggalkan kesan terhadap struktur
Pembelajaran dan Pengajaran (PdP) iaitu daripada kaedah PdP secara bersemuka atau
secara langsung di institusi dan sekolah, kepada PdP secara atas talian sepenuhnya.
Mesyuarat Khas Menteri-menteri mengenai Pelaksanaan Perintah Kawalan
Pergerakan (PKP), Majlis Keselamatan Negara (MKN) pada 16 Mei 2020 telah
meluluskan cadangan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) berkenaan pengendalian
aktiviti akademik di kampus Institusi Pengajian Tinggi (IPT) semasa dan pasca PKP. KPT
menerusi kenyataan media bertarikh 27 Mei 2020 memaklumkan bahawa semua aktiviti
PdP hendaklah dilaksanakan secara atas talian sehingga 31 Disember 2020. Semua
aktiviti PdP secara bersemuka adalah tidak dibenarkan kecuali beberapa kategori pelajar
yang berkeperluan untuk pulang ke kampus secara berperingkat bagi melaksanakan PdP
828
dengan mematuhi sepenuhnya Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan dan
mengutamakan langkah keselamatan serta penjarakan sosial.
Justeru itu, semua pihak haruslah mempersiap siagakan diri bagi menghadapi
norma baharu iaitu kaedah PdP secara atas talian secara menyeluruh semasa tempoh
PKP ini demi kelangsungan proses PdP pelajar. PENGAJIAN AL-QURAN SECARA ATAS TALIAN ATAU MAYA
Perkembangan pesat dalam dunia teknologi zaman kini ibarat cendawan yang tumbuh
selepas hujan. Fenomena ini menggambarkan bahawa perkembangan pesat dalam
teknologi maklumat dan komunikasi pada abad ini membuka lebih banyak ruang untuk
pengintegrasian pelbagai aplikasi dalam memperkasa sistem pembelajaran sama ada di
peringkat sekolah mahupun di peringkat pengajian tinggi.
Dalam era digital revolusi terkini, bidang pendidikan tidak ketinggalan dalam
mengalami transformasi ke arah digital. Pelaksanaan pembelajaran atas talian telah lama
dipraktikkan di negara-negara maju kerana ia dipercayai mampu memberikan pelbagai
manfaat dan kebaikan.
Terdapat pelbagai jenis platform pembelajaran digital yang berpotensi dan
mempunyai banyak ruang untuk dieksplorasi seperti Blackboard, Edmodo, Google
Classroom, Zoom, Google Meet, MsTeams dan ClassDojo. Melalui platform yang tersedia,
kaedah hibrid pengajaran dan pembelajaran boleh disediakan melalui kaedah sistem
pengurusan pembelajaran seperti Docebo, Udemy, Skillshare, WizIQ, Adobe Captivative
Prime, dan SAP Litmos.
Sebagai contoh, antara kaedah pembelajaran secara digital yang seringkali
digunakan masa kini adalah melalui aplikasi Whatsapp, Telegram, Zoom, Google Meet,
Youtube, Facebook, Instagram dan MsTeams. Kesemua kaedah pendidikan secara digital ini
telah digunakan sepenuhnya oleh barisan pendidik dalam melaksanakan sesi pengajian
bersama para pelajar sepanjang tempoh PKP.
Situasi ini juga diaplikasikan oleh barisan pendidik al-Quran. Para guru al-Quran
mengambil langkah inisiatif untuk mengadakan kelas pengajian al-Quran secara atas
talian atau maya sepanjang tempoh PKP.
Kelas Pengajian al-Quran di Media Sosial
“Walaupun kita semua sedang berada dalam musim PKP, sesi pengajian al-Quran tetap kita
laksanakan. Ketika inilah, pengaplikasian pelbagai medium teknologi digunakan dalam sesi
pengajian al-Quran.”
829
Kata Ustaz Mohamad Redha bin Mohamad, Pensyarah Jabatan Tahfiz al-Quran
dan al-Qiraat, Fakulti Pengajian Peradaban Islam, Kolej Universiti Islam Antarabangsa
Selangor (KUIS). Beliau tetap melaksanakan kelas pengajian al-Quran secara maya
kepada masyarakat luar secara percuma. Malahan, beliau menggunakan aplikasi Group
Whatsapp sebagai medium untuk saling berhubung dengan para pelajar beliau berkenaan
kelas al-Quran. Sesungguhnya, usaha ini sangat murni di sisi Allah.
Selain itu, Ustaz Mohamad Redha juga sentiasa berkongsi maklumat tentang ilmu
al-Quran di dalam Group Whatsapp beliau bersama dengan anak-anak muridnya.
Malahan, sejak tempoh PKP dilaksanakan, beliau dengan aktif telah mengambil inisiatif
untuk mewujudkan Channel Youtube beliau sendiri untuk berkongsi dengan masyarakat
luar tentang ilmu-ilmu al-Quran, di mana nama Channel Youtube beliau adalah Al-Quran
830
dan Al-Qiraat. Tambahan lagi, medan Facebook juga menjadi pilihan beliau sebagai
medan perkongsian ilmu-ilmu al-Quran untuk masyarakat.. Aplikasi GoogleMeet juga
menjadi medan perjumpaan secara atas talian antara Ustaz Mohamad Redha bersama
masyarakat dalam menjalan kelas mengaji al-Quran secara atas talian pada setiap hari
Sabtu, 8.30 – 9.30 pagi. Berikut dilampirkan bersama antara usaha Ustaz Mohamad
Redha bin Mohamad berkongsi ilmu pengajian al-Quran dengan menggunakan
metadologi pembelajaran secara atas talian atau maya sepanjang tempoh PKP.
831
Sebagai tambahan juga, sejak arahan PKP dilaksanakan di Malaysia, beberapa
orang guru al-Quran yang bekerja sendiri juga telah melaksanakan kelas-kelas pengajian
al-Quran secara atas talian. Sebagai contoh, Ustaz Mohamad Husaini Mahmur
merupakan bekas pelajar Fakulti Pengajian Bahasa Utama, Universiti Sains Islam
Malaysia (USIM), pemenang tempat ketiga Majlis Tilawah dan Menghafaz al-Quran
peringkat Kebangsaan Tahun 1441H/ 2020 M merupakan salah seorang tenaga pengajar
al-Quran yang bekerja secara sendiri. Selain sering dijemput menjadi qari jemputan di
beberapa majlis dan rancangan televisyen, Beliau kini aktif mengadakan kelas-kelas al-
Quran dan Tarannum secara atas talian sejak PKP. Beliau aktif dalam menggunakan
aplikasi Zoom dan Instagram sebagai medan teknolgi massa dalam menyampaikan kelas
pengajian al-Quran. Berikut dilampirkan bersama antara kelas-kelas pengajian al-Quran
secara atas talian yang beliau telah laksanakan sepanjang tempoh PKP.
832
Kelas Pengajian al-Quran menggunakan aplikasi atas talian
Kaedah pengajian al-Quran secara atas talian juga telah diadaptasikan di sekolah-
sekolah sepanjang tempoh PKP dilaksanakan. Sebagai contoh, kaedah pengajian al-
Quran secara atas talian ini telah diaplikasikan di salah sebuah sekolah swasta di Wangsa
Maju, iaitu Sekolah Islam Hatimurni. Mereka telah menggunakan metadologi
pembelajaran secara atas talian atau maya untuk mengajar al-Quran kepada para pelajar
sepanjang tempoh PKP. Kata Ustaz Mohamad Saifullah bin Mohamad, Pengurus Pusat,
Sekolah Islam Hatimurni, cawangan Wangsa Maju:
“Al-Quran merupakan pegangan utama kita dalam kehidupan seharian. Jadi, walaupun
semua institusi pengajian, sekolah, masjid dan surau ditutup sepanjang tempoh PKP, kelas
pengajian al-Quran tetap kita laksanakan dengan menggunakan pelbagai kemudahan teknologi
yang ada zaman sekarang ini.”
Barisan pendidik di Sekolah Islam Hatimurni telah mengaplikasikan pelbagai kaedah
teknologi dalam sesi pembelajaran dan pengajaran, termasuklah untuk kelas pengajian
al-Quran seperti aplikasi Zoom, Google Meet dan Facebook. Berikut dilampirkan antara
usaha kaedah pengajian al-Quran para pendidik bersama pelajar di Sekolah Islam
Hatimurni sepanjang tempoh PKP dilaksanakan
833
Kelas Pengajian al-Quran di Medium Televisyen
Selain daripada itu, sepanjang tempoh PKP juga, kita dapat lihat usaha pihak
media telivisyen menyediakan rancangan yang menarik bagi mengisi masa yang
terluang di rumah, kerana kebanyak rakyat Malaysia telah bekerja dari rumah sepanjang
tempoh PKP dilaksanakan.
“Ini adalah peluang terbaik untuk refleksi diri. jangan jadikan keterbatasan berpuasa pada saat
Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebagai alasan untuk tidak mengejar markah penuh ibadah
ini. kita diciptakan sebagai sebaik-baik kejadian. kita adalah umat Nabi Muhammad S.A.W, kita
harus menjadi juara.”
“Kita yakin, TV al-Hijrah akan menjadi stesen pilihan utama rakyat Malaysia sepanjang
Ramadan ini dek nadi penyiarannya yang mampu memberikan makanan jiwa buat penonton.
Lihat sahaja, sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan, TV al-Hijrah
menjadi pilihan utama penonton untuk kandungan Islam dengan syer saluran 2 kali ganda di
834
hadapan saluran-saluran islamik yang lain. malahan laman Facebook TV al-Hijrah dilayari oleh
10.6 juta pengguna pada bulan ini iaitu 7 kali ganda melebihi jumlah pengikut sedia ada.”
Berikut adalah kata-kata Ketua Pegawai Eksekutif TV al-Hijrah, Encik Namanzee
Harris. Beliau bersama dengan rakan sejawat TV al-Hijrah telah berusaha menyediakan
rancangan – rancangan berunsurkan makanan rohani kepada para penonton pada
Ramdhan yang lepas, lebih-lebih lagi ianya ketika dalam tempoh PKP. Antaranya, ialah
rancangan #QURANTIME, 30 minit bersama Ustaz Don dan Tilawah Interaktif di TV 1.
#QURANTIME adalah rancangan terbitan TV al-Hijrah dengan kerjasama Jabatan
Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), dan Warisan Ummah Ikhlas. #QURANTIME telah
menggunakan tagline MengQurankan Bangsa, Mengikhlaskan Ummah. Penonton seisi
keluarga berpeluang untuk bertadarus bersama-sama tetamu jemputan pelbagai
latarbelakang seperti para ilmuan agama, ahli akademik, huffaz dan ramai lagi.
Rancangan ini disiarkan pada setiap hari, selama satu jam dari 12.00 tengahari
hingga 1.00 petang, dan dihoskan oleh Tuan Fazrul Ismail, seorang pentadabbur al-
Quran yang tidak asing lagi di Malaysia. Beliau bersama semua tetamu jemputan akan
mengalunkan bacaan ayat-ayat suci al-Quran dari pusat penyiaran digital TV al-Hijrah.
Rancangan #QURANTIME dilihat mampu dijadikan platform terbaik untuk menyatukan
hati-hati penonton dalam membina tabiat baru dalam meningkatkan keimanan kepada
Allah S.W.T.
835
836
PENUTUP
Secara kesimpulannya, implikasi daripada wabak pandemik Covid-19 ini melahirkan
kita semua ke dunia norma yang baharu. Seluruh umat manusia sedunia perlu
membiasakan diri dalam menempuh keadaan norma baharu ini dalam segenap aspek.
Sebagai contoh, aspek pendidikan, ekonomi, muamalah dengan masyarakat luar dan
sebagainya.
Oleh itu, solusi dalam prospek pendidikan adalah, penukaran daripada kaedah
bersemuka kepada kaedah atas talian. Ini juga termasuk dalam pengajian al-Quran, di
mana para guru al-Quran telah menambahbaikkan kaedah PdP mengikut arus semasa
kini.
Oleh hal yang demikian, kita sebagai umat Islam perlu berpegang dengan hadis
Rasulullah S.A.W yang berbunyi :
اب الله ، وسنة ن بيه ت ركت فيكم أمرين لن تضلوا)) كتم بما : كت (( -صلى الله عليه وسلم -ما تسMaksudnya : “Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, tidak akan sesat selama-lamanya
kepada sesiapa yang berpegang teguh terhadap dua perkara ini, iaitu : al-Quran dan Sunnah
Nabi.”
Sesungguhnya Rasulullah S.A.W. telah menyatakan bahawa individu yang
berpegang utuh dengan al-Quran dan as-Sunnah pasti tidak akan tersesat sehingga hari
kiamat. Ini membuktikan betapa pentingnya al-Quran dalam memandu kehidupan
seharian kita.
Walaupun kita dalam tempoh PKP, amalan norma baharu perlu kita biasakan.
Ketika waktu inilah pengaplikasian medium teknologi perlu kita adaptasikan dalam
bidang pengajaran dan pembelajaran, termasuklah kelas-kelas pengajian al-Quran secara
atas talian sepanjang tempoh PKP ini.
Walaupun, kita sedang dan akan hidup bersama dengan media-media massa
teknologi yang hebat dan canggih, al-Quran jangan sesekali kita tinggalkan walaupun
sedang dalam tempoh PKP, kerana al-Quran juga akan menjadi syafaat kepada kita di
hari akhirat kelak, sebagaimana dalam hadis Rasulullah S.A.W berbunyi :
م اق رءوا القرآن فإنه يتى ي وم القيامة شفيعا لأصحابه اق رءوا الزهراوين الب قرة وسو ان أو رة آل عمران فإن ما غمامت ان ي وم القيامة كأن ا تتيان عن أصحابما اق رءوا سورة ما فرقان من طير صواف تحاج ما غياي تان أو كأن تستطيعها الب قرة فإن أخذها ب ركة وت ركها حسرة ولا كأن
البطلة
Maksudnya : “ Bacalah al-Quran. Sesungguhnya ia akan datang pada hari kiamat sebagai
pemberi syafaat kepada pembacanya. Bacalah al-Zahrawan iaitu al-Baqarah dan ali Imran kerana
keduanya nanti datang pada hari kiamat seakan-akan awan atau cahaya matahari ataupun seperti
837
burung yang berbulu yang terbang mengelilingi pembacanya. Bacalah surah al-Baqarah kerana
sesungguhnya membacanya ada berkat dan meninggalkannya adalah penyesalan. Tukang sihir
tidak akan mampu menandinginya.”
Semoga kajian ini dapat memberikan kefahaman yang utuh tentang betapa
pentingnya al-Quran dalam kehidupan seharian walaupun kita sedang dan bakal
mendiami bersama dengan zaman teknologi media massa. Semoga kita sebagai umat
Islam istiqamah menjadikan al-Quran itu peneman setia dalam kehidupan seharian.
RUJUKAN
Ashshiddiqi., Gani, & Jahya. Al-Quran dan Terjemahannya
Haji ‘Abdul Qadir Leong ( Al-Azhari). 2002. Tajwid al-Quran Rasm ‘Uthmani.
Muhd Mujahid. (2018). Ensikopledia Al-Quran. Must Read Sdn. Bhd.
Noradilah Binti Aziz & Lai Wei Sieng (2019) Impak Pendidikan Berasaskan Teknologi
Terhadap Peningkatan Prestasi Pelajar di UKM. Jurnal Personalia Pelajar 22(1): 69-75
Shahirah Sulaiman, Ahmad Safwan Raihan & Nurul Khadijah Mohamad. 2019. The
Integration of Naqli and Aqli Knowlegde in Mobile Learning (m-learning)
Interaction, Whatapps. Contemporary Issues: Islam and Science; e-Proceedings of:
International Seminar on Islam and Science 2019, p. 605-612.
http://covid-19.moh.gov.my/, n.d.
https://muftiwp.gov.my/artikel/irsyad-al-hadith/4442-irsyad-al-hadith-siri-ke-497-al-
quran-datang-dalam-bentuk-lelaki-pada-hari-kiamat-adakah-al-quran-itu-
makhluk, n.d.
https://www.astroawani.com/berita-malaysia/covid19-pembelajaran-atas-talian-suatu-
keperluan-ke-arah-menuju-malaysia-maju-237496, n.d.)
https://www.usim.edu.my/ms/berita/husaini-mahmur-wakili-malaysia-ke-
pertandingan-tilawah-al-quran-antarabangsa-di-tehran-iran/, n.d.
https://sinarplus.sinarharian.com.my/lifestyle/qurantime-di-tv-alhijrah/
Mohamad Redha bin Mohamad. Pensyarah Jabatan Tahfiz al-Quran & al-Qiraat, Fakulti
Pengajian Peradaban Islam, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS).
5 Oktober 2020.
Mohamad Saifullah bin Mohamad. Pengurus Pusat Sekolah Islam Hati Murni Wangsa
Maju. 6 Oktober 2020.