KAJIAN MENGENAI TAHAP PEMAHAMAN PELAJAR-PELAJAR
TINGKATAN SATU DAN TINGKATAN EMPAT ALIRAN SAINS TERHADAP
LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN DI MAKMAL SAINS DI SEKOLAH-
SEKOLAH MENENGAH DI DAERAH SUNGAI PETANI, KEDAH
THIVYA A/P VENUGOPAL
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
KAJIAN MENGENAI TAHAP PEMAHAMAN PELAJAR-PELAJAR
TINGKATAN SATU DAN TINGKATAN EMPAT ALIRAN SAINS TERHADAP
LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN DI MAKMAL SAINS DI SEKOLAH-
SEKOLAH MENENGAH DI DAERAH SUNGAI PETANI, KEDAH
THIVYA A/P VENUGOPAL
Tesis ini dikemukakan sebagai memenuhi
sebahagian daripada syarat-syarat penganugerahan
Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan
(Kimia)
Fakulti Pendidikan
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
25 MAC, 2009
‘Saya akui adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap
satunya telah saya jelaskan sumbernya.”
Tandatangan :...................................................
Nama penulis: THIVYA A/P VENUGOPAL
Tarikh : 25 MAC 2009
“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pandangan saya karya ini adalah
memadai dari skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains
Serta Pendidikan (Kimia).”
Tandatangan :...................................................
Nama penyelia: PROF. MADYA AZIZ BIN NORDIN
Tarikh : 25 MAC 2009
DEDIKASI
Khas buat ayah dan ibu tersayang , Venugopal a/l Gengiah dan Vasanthi a/p Krishnan.
Restu dan doa kalian telah menjadi pemangkin terhadap semangat juang anakmu di sini supaya terus
mencapai kejayaan di sini. Walaupun jauh di mata, kalian telah menjadi tulang belakang terhadap
setiap kejayaan anakmu di sini. Semoga kalian akan diberkati Tuhan selalu. Kasih sayang dan
dorongan kalian tetap ku kenang.
Buat adikku, Ramnath Naidu , teruskanlah perjuanganmu untuk mendapat kejayaan.
Janganlah mempersiakan hasrat dan cita-citamu. Ayah dan ibu menanti untukmu menghasil satu
lagi tesis. Semoga Tuhan akan sentiasa bersamamu.
Buat pensyarah pembimbing, PM Aziz Nordin, anda merupakan pensyarah yang paling baik
dan berdedikasi terhadap segala kerja yang dilakukan. Terima kasih terhadap segala tunjuk ajar yang
telah diberikan. Jasamu akan ku kenang sehingga ke akhir.
Doa dan dorongan yang kalian taburkan, ku ucapkan berbanyak banyak terima kasih.
Segala jasa kalian tetapku kenang. Semoga setiap amal yang kita lakukan akan mendapat
keberkatan daripada Tuhan.
Sekian.
v
PENGHARGAAN
Syukur kepada Tuhan kerana dengan berkat dan limpah kurniaNYA, projek
sarjana muda ini telah dapat disiapkan dalam masa yang telah ditetapkan.
Di sini, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada Prof
Madya Aziz bin Nordin selaku penyelia saya sepanjang menjalankan projek sarjana
muda ini kerana banyak memberikan sokongan dan bantuan, tunjuk ajar, pendapat,
meluangkan masa serta kesabaran sepanjang saya menyiapkan projek sarjana muda ini.
Bantuan beliau sangat saya hargai.
Seterusnya, ucapan terima kasih kepada ayah dan ibu tersayang di atas segala
dorongan, nasihat dan bantuan mereka sepanjang saya menyiapkan projek ini. Restu dan
doa mereka sangat saya hargai.
Tidak lupa juga kepada rakan-rakan seperjuangan yang telah memberikan
bantuan dari segi kemudahan dan pendapat sehingga projek sarjana muda ini dapat
disiapkan dengan sempurna.
Segala jasa dan pengorbanan yang anda taburkan akan dirahmati oleh Tuhan.
vi
ABSTRAK
Kajian ini bertujuan meninjau tahap pemahaman pelajar-pelajar tingkatan satu dan
tingkatan empat aliran sains terhadap langkah-langkah keselamatan di makmal sains di
sekolah menengah di sekolah-sekolah di Daerah Sungai Petani, Kedah. Perkara yang
dikaji adalah berhubung dengan pemahaman langkah-langkah keselamatan dalam empat
aspek iaitu pengendalian alat dan radas dalam makmal sains, pertolongan cemas,
perlindungan mata, muka dan badan dan teknik, aktiviti dan tindak balas kimia. Seramai
157 orang pelajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Ria Jaya, Sekolah
Menengah Kebangsaan Merbok dan Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Ismail telah
dijadikan sampel kajian. Instrumen kajian yang digunakan adalah borang soal selidik.
Borang soal selidik ini mengandungi tiga bahagian penting A , B dan C. Bahagian A
mengandungi maklumat asas responden seperti jantina, nama sekolah dan tahun
pengajian. Bahagian B pula mengandungi 30 soalan mengenai kefahaman pelajar dalam
keselamatan makmal sains dalam bentuk aneka pilihan. Bahagian C pula adalah sama
seperti bahagian B. Ia mengandungi 10 soalan tetapi berbentuk soalan terbuka di mana
responden dikehendaki memberikan jawapan atau pendapat mereka sendiri. Data yang
dikumpul dianalisis menggunakan perisian komputer iaitu ‘Statistical Packages For
Social Sciences 10.0 For Windows (SPSS 10.0 for Windows) untuk mendapatkan nilai
peratusan dan min. Daripada purata min yang didapati, kajian mendapati para pelajar
sememangnya memahami langkah-langkah keselamatan di makmal sains. Di samping
itu, beberapa cadangan juga telah disediakan bagi kepentingan bersama. Secara
keseluruhannya, para pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Ria Jaya, Sekolah
Menengah Kebangsaan Merbok dan Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Ismail
memandang serius terhadap aspek keselamatan ketika berada di dalam makmal.
vii
ABSTRACT
This study is carried out to observe students’ understanding regarding all the
safety measures in school science laboratories among the secondary school students in
the district of Sungai Petani, Kedah. The focal point that is being highlighted in this
research paper is the safety practices in the aspect of keeping and using apparatus and
chemicals in correct ways, emergency procedures, clothings and protections in the
laboratory and chemical reactions and activity. The samples of this research are 157
secondary school students from Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Ria Jaya,
Sekolah Menengah Kebangsaan Merbok and Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku
Ismail. The instrument used to measure the objective is questionnaires that consist of
three parts. The first part, namely A consists of questions about the respondents’
personal background while the second part B consists of research questions with
multiple answer choices. The third part, C, is the same as part B but it has open ended
questions. All data was processed using Stastical Packages For Social Science (SPSS)
version 10.0. Based on the research that had been conducted, the average mean indicates
that the students do know the rationality behind each safety measurement steps. In
addition, there are a few suggestions that have been prepared to have a better
understanding behind the rationality of every safety measures. As a conclusion, the
students of Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Ria Jaya, Sekolah Menengah
Kebangsaan Merbok and Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Ismail are serious
towards the safety aspects inside the laboratory.
viii
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA
SURAT
JUDUL i
PENGAKUAN ii
DEDIKASI iv
PENGHARGAAN v
ABSTRAK vi
ABSTRACT vii
KANDUNGAN viii
SENARAI JADUAL xiii
BAHAGIAN SATU
PENDAHULUAN
BAB I PENDAHULUAN 1
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 4
1.3 Pernyataan Masalah 5
1.4 Objektif Kajian 6
ix
1.5 Persoalan Kajian 7
1.6 Rasional dan Kepentingan Kajian 8
1.7 Batasan Kajian 8
1.8 Skop Kajian 9
1.9 Definisi Istilah 9
1.9.1 Amali 9
1.9.2 Alat Radas 9
1.9.3 Bahan Kimia 9
1.9.4 Pemahaman 9
1.9.5 Keselamatan 10
1.9.6 Pengendalian 10
1.9.7 Makmal 10
1.9.8 Pelajar 10
1.9.9 Sekolah 10
BAHAGIAN DUA
SOROTAN KAJIAN
BAB II SOROTAN KAJIAN 11
2.1 Pengenalan 11
2.2 Keselamatan makmal 11
2.3 Teknik, Pengendalian Alat, Radas dan Bahan 13
x
Kimia Dalam Makmal Sains
2.4 Perlindungan Mata, Muka dan Badan 14
2.5 Pertolongan Cemas 15
BAHAGIAN TIGA
METODOLOGI KAJIAN
BAB III METODOLOGI KAJIAN 16
3.1 Pengenalan 16
3.2 Rekabentuk Kajian 16
3.3 Populasi dan Sampel Kajian 17
3.4 Instrumen kajian 18
3.5 Kajian Rintis 19
3.6 Tatacara Kajian 20
3.7 Analisis Data 22
3.8 Penutup 23
BAHAGIAN EMPAT
ANALISIS DATA DAN KEPUTUSAN
BAB IV ANALISIS DATA DAN KEPUTUSAN 24
4.1 Pengenalan 24
4.2 Analisis Bahagian A 24
xi
4.2.1 Taburan Sekolah Responden 25
4.2.2 Taburan Tingkatan Responden 24
4.2.3 Taburan Jantina Responden 25
4.2.4 Taburan Keturunan Responden 25
4.2.5 Taburan Pandangan Responden 26
4.3 Analisis Bahagian B dan C 26
4.3.1 Aspek Satu 27
4.3.2 Aspek Dua 29
4.3.3 Aspek Tiga 32
4.3.4 Aspek Empat 34
4.3.5 Analisis Tahap Pemahaman Pelajar Terhadap
Keselamatan Dalam Makmal Sains Berdasarkan
Tingkatan
36
BAHAGIAN LIMA
PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN
BAB V PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN 52
5.1 Pengenalan 52
5.2 Perbincangan 52
5.3 Rumusan Kajian 65
5.4 Cadangan-cadangan 66
xii
5.4 Cadangan kajian lanjutan 67
5.5 Penutup 68
BAHAGIAN ENAM
SENARAI DOKUMEN RUJUKAN
SENARAI DOKUMEN RUJUKAN 69
BAHAGIAN TUJUH
LAMPIRAN
LAMPIRAN 72
xiii
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT
Jadual 4.1 Taburan responden berdasarkan sekolah 24
Jadual 4.2 Taburan tingkatan responden yang dikaji 24
Jadual 4.3 Taburan jantina responden yang dikaji 25
Jadual 4.4 Taburan keturunan responden yang dikaji 25
Jadual 4.5 Taburan pandangan responden terhadap
aspek keselamatan makmal sains
26
Jadual 4.6 Aspek pengendalian alat dan radas dalam makmal sains
27
Jadual 4.7 Aspek pertolongan cemas dalam makmal
sains.
29
Jadual 4.8 Aspek perlindungan mata, muka dan badan dalam makmal sains
32
Jadual 4.9 Aspek teknik, aktiviti dan tindak balas kimia
dalam makmal sains.
34
Jadual 4.10 Analisis keseluruhan tahap pemahaman pelajar terhadap keselamatan makmal sains di kalangan pelajar tingkatan satu
36
Jadual 4.11 Analisis keseluruhan tahap pemahaman
pelajar terhadap keselamatan makmal sains
di kalangan pelajar tingkatan empat.
45
xiv
Jadual 4.12 Jadual perbandingan min bagi setiap aspek
di antara pelajar tingkatan satu dan tingkatan
empat.
63
BAB I
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Menurut Staer, Goodrum dan Hackling (1998), penggunaan makmal merupakan
aspek yang paling penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran di peringkat
sekolah menengah. Mereka juga mengatakan bahawa oleh kerana penumpuan cara
pengajaran dan pembelajaran menuju ke arah berpusatkan pelajar, adalah penting untuk
kita melihat kembali cara penggunaan makmal yang telah ditekankan dalam kurikulum
sains. Daripada pernyataan di atas, kita dapat lihat bahawa makmal memainkan peranan
yang penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran kesemua mata pelajaran yang
berkaitan dengan sains.
Makmal merupakan suatu tempat di mana jika perhatian penuh tidak diberikan,
pelbagai jenis kemalangan boleh berlaku. Keselamatan haruslah diutamakan oleh semua
pihak yang bekerja di makmal. Jika di sekolah, pelajar-pelajar dan guru perlulah
mengutamakan aspek keselamatam di makmal apabila pengajaran dan pembelajaran
dikendalikan di makmal.
Menurut Kamus Dewan, keselamatan bermaksud satu keadaan yang terhasil
daripada perubahan tingkahlaku manusia dan atau persekitaran fizikal untuk
mengurangkan kemungkinan bahaya yang selanjutnya mengurangkan kemalangan.
Keselamatan merupakan aspek yang sangat penting bagi menjamin kehidupan yang
selesa dan sejahtera.
2
Salah satu objektif penting yang ditetapkan oleh Universiti Monash dalam
bukunya, Procedures for the Health and Safety of Students Undertaking Studies in
Laboratories, Studios, Workshops or Clinical Activities (2005), dalam mengekalkan
keselamatan di makmal adalah menyedarkan para pelajar dan staf terhadap
tanggungjawab mereka semasa berada di makmal. Ini adalah penting supaya setiap
pihak mampu untuk memahami tanggungjawab mereka dan cepat bertindak apabila
berlaku keadaan kecemasan. Tingkahlaku setiap pengguna makmal haruslah mampu
untuk mengurangkan kemungkinan bahaya dan selanjutnya mengurangkan kemalangan.
Aspek keselamatan perlulah diberi penekanan kerana suatu makmal yang selamat
untuk digunapakai mampu menjana suasana pengajaran dan pembelajaran yang
kondusif. Situasi ini dapat dimanfaatkan supaya pengajaran dan pembelajaran dapat
dilaksanakan secara optimum. Keselamatan yang akan diliputi dalam kajian ini adalah
merangkumi keselamatan di makmal sains sekolah di kalangan pelajar-pelajar sekolah
menengah.
Menurut Universiti Monash dalam bukunya, Procedures for the Health and
Safety of Students Undertaking Studies in Laboratories, Studios, Workshops or Clinical
Activities (2005), empat golongan yang bertanggungjawab untuk mengekalkan
keselamatan makmal. Ianya terdiri daripada ketua jabatan, staf makmal, tenaga pengajar
dan pelajar-pelajar itu sendiri. Pengenalan aspek keselamatan makmal di Universiti
Monash meliputi tiga prosedur iaitu kuliah pengenalan semasa pelajar-pelajar
memulakan sesi pembelajaran pada setiap semester, pemberitahuan sebelum setiap kelas
makmal dan akhir sekali nota berkaitan aspek keselamatan dimasukkan ke dalam manual
makmal yang digunakan oleh pelajar.
Hankinson dan Ragsdale dalam Laboratory Safety Programmes at Francis
Marion University (2000), mengatakan bahawa aspek keselamatan makmal merujuk
kepada menyediakan dan merangka suatu sistem sebelum memulakan suatu sesi
makmal. Oleh yang demikian, kita boleh katakan bahawa perancangan yang berkesan
mampu mengelakkan terjadinya kejadian yang tidak diingini.
3
Di Amerika Syarikat, terdapat undang-undang dan akta mengenai keselamatan
seperti OSHA (Occupational Safety and Health Act of 1970) yang bertujuan untuk
menjamin keselamatan dan kesihatan di tempat kerja. Menurut manual makmal
University Cornell, OSHA mewajibkan kesemua individu yang terlibat dengan makmal
untuk menjalani latihan intensif yang berkaitan dengan pendedahan kepada bahan kimia.
Latihan ini berkaitan dengan bahan toksik, dokumen yang berkaitan dengan
pengendalian makmal, kemalangan yang sering berlaku di makmal dan cara-cara
mengendalikan kecemasan.
Tidak dapat dinafikan sekiranya dikatakan bahawa langkah-langkah keselamatan
di makmal sekolah menjadi tanggungjawab besar guru yang mengajar. Guru perlulah
sentiasa mengawasi para pelajar. Selain itu, guru juga perlulah menekankan teori kepada
pelajar supaya pelajar memahaminya dan mampu untuk menggunapakai teori ini semasa
sesi makmal. Kebanyakan kemalangan berlaku kerana pelajar-pelajar tidak memahami
apa yang sedang mereka lakukan di makmal. Mereka hanyalah mengikut garis panduan
dalam buku manual makmal tanpa mengetahui apakah sebenarnya teori yang sedang
mereka aplikasikan. Ini perlulah diubah. Skop inilah yang akan ditekankan di dalam
kajian penyelidik ini.
Justeru, penekanan haruslah diberikan kepada aplikasi teori sains. Sebagai
contoh, kebanyakan pelajar tahu bahawa penggunaan asid pekat haruslah dilakukan di
dalam kebuk wasap. Jika ditanya, amat kurang pelajar yang mampu menyatakan kenapa
ianya dilakukan sedemikian. Apabila pemahaman telah diperoleh, aspek pengendalian
keselamatan makmal mampu dilakukan dengan mudah. Para pelajar akan memahami
setiap langkah yang dilakukan di makmal termasuklah langkah keselamatan.
4
1.2 Latar belakang Masalah
Pelajar merupakan golongan yang paling banyak menghabiskan masa di makmal.
Oleh yang demikian, para pelajar haruslah peka terhadap aspek keselamatan di makmal.
Mereka haruslah mematuhi peraturan yang ditetapkan dan harus sentiasa memberi
perhatian yang penuh ketika menjalankan eksperimen ataupun semasa memerhatikan
demonstrasi yang ditunjukkan oleh guru.
Selaras dengan hasrat KBSM, makmal merupakan tempat untuk memupuk
kemahiran saintifik dan kemahiran manipulatif pelajar. Makmal merupakan tempat di
mana kebanyakan pengajaran dan pembelajaran sains berlaku di sekolah. Tidak dapat
dinafikan bahawa makmal sains merupakan tempat yang berpotensi tinggi yang boleh
berlaku kemalangan. Kesalahan yang minor mampu untuk membawa kesan yang sangat
besar. Impak ini secara sedikit sebanyak akan mengikis keyakinan pelajar untuk
melakukan eksperimen. Selain itu, ia juga dapat membawa kerugian harta dan
kadangkala kerugian jiwa juga. Dengan mengambil langkah-langkah pencegahan,
kemalangan di makmal boleh dihindari.
Pelajar-pelajar haruslah sentiasa diingatkan terhadap langkah-langkah keselamatan
di makmal. Ini menjadi tanggungjawab guru untuk melaksanakannya. Guru perlulah
memastikan para pelajar peka dan paling penting, memahami apa yang sedang mereka
lakukan di makmal. Pemahaman pelajar terhadap apa yang mereka yang sedang lakukan
adalah amat penting untuk mengekalkan suasana yang kondusif di makmal.
Tidak dapat dinafikan juga bahawa terdapat golongan pelajar yang mengambil
sambil lewa aspek keselamatan di makmal. Mereka mengambil tidak peduli terhadap
apa yang mereka lakukan. Mereka sering kali datang lewat ke makmal, tidak mematuhi
arahan guru dan tidak mengamalkan garis panduan keselamatan. Ini juga akan menjadi
penyebab kemalangan di makmal. Adalah menjadi tanggungjawab guru untuk
menginsafkan golongan pelajar ini. Guru perlulah mengawasi golongan pelajar ini dan
5
menerangkan kesalahan mereka setiap kali pelajar-pelajar ini melanggar peraturan
makmal.
Menurut kajian yang dilakukan oleh Kipnis dan Hofstein (2005), penggunaan
makmal memberikan pelajar suatu suasana yang sesuai dan kondusif untuk sesi
pengajaran dan penbelajaran mata pelajaran kimia. Suasana yang kondusif ini ternyata
memberikan tanggapan yang positif terhadap subjek tersebut. Kita dapat lihat dari sini
bahawa suasana yang kondusif dalam erti kata lain, suasana yang selamat mampu untuk
mengubah tanggapan pelajar terhadap suatu mata pelajaran itu. Oleh itu, keselamatan
makmal memainkan peranan yang penting dalam setiap sesi pengajaran dan
pembelajaran.
Menjadi tanggungjawab setiap individu yang terlibat dengan segala proses yang
berlaku di makmal untuk memastikan aspek keselamatan di makmal berada di tahap
optimum. Ini termasuklah guru sains, pembantu makmal dan yang paling pentingnya
pelajar itu sendiri. Setiap golongan haruslah menjalankan tanggungjawab masing-
masing dengan baik. Selain itu kita harus sedar bahawa pertolongan cemas boleh
menyelamatkan anggota dan nyawa. Sehubungan dengan itu, setiap guru perlu
mempunyai pengetahuan terhadap keselamatan makmal agar kejadian yang tidak
diingini dapat dielakkan. Justeru, langkah semua pihak seperti guru, pembantu makmal
dan pelajar adalah penting kerana terdapat banyak bahan kimia yang berbahaya di
makmal kimia sekolah. Oleh itu, langkah-langkah keselamatan harus dititikberatkan
semasa menjalankan proses amali di makmal sekolah.
1.3 Pernyataan Masalah.
Kebanyakan kemalangan di makmal berpunca daripada pelajar. Halimaton dan
Zaiton(1994), telah menjelaskan bahawa tahap keselamatan di makmal dapat
dipertingkatkan menerusi pemupukkan kesedaran serta sikap berjaga-jaga melalui
pendidikan secara rasmi atau tidak rasmi. Kesedaran yang timbul ini sedikit sebanyak
6
akan menjadikan mereka sentiasa berhati-hati serta mengamalkan peraturan yang
sepatutnya diamalkan ketika berada di makmal.
Dalam kajian ini, penyelidik telah melihat secara terperinci terhadap aplikasi
pengetahuan sains pelajar-pelajar tingkatan satu dan tingkatan empat aliran sains dalam
mengendalikan keselamatan di makmal sains di sekolah menengah di sekolah- sekolah
di daerah Sungai Petani, Kedah.
Kajian menjurus kepada tahap pemahaman pelajar terhadap teori yang dipelajari
dan aplikasinya di makmal. Kebanyakan pelajar tidak mengetahui rasional sesuatu
langkah keselamatan di makmal. Sebagai contoh, mereka hanya tahu bahawa asid
perlulah dituang ke dalam air, bukan sebaliknya. Tetapi, apabila ditanya, pelajar tidak
mempunyai kefahaman mengapa ianya dilakukan sedemikian. Penyelidik telah mengkaji
aspek ini.
Dalam kajian ini, penyelidik akan menumpukan kepada aspek pemahaman teori
sains terhadap pengendalian keselamatan di makmal. Penyelidik telah menekankan
aspek amalan keselamatan semasa menjalankan aktiviti amali, amalan keselamatan
semasa mengendalikan bahan kimia serta langkah-langkah keselamatan apabila
berlakunya kecemasan. Kajian juga lebih tertumpu kepada faktor ‘kenapa sedemikian’.
1.4 Objektif Kajian
Kajian yang dijalankan adalah untuk mengkaji sejauh mana tahap aplikasi
pengetahuan sains pelajar-pelajar tingkatan satu dan tingkatan empat aliran sains dalam
mengendalikan keselamatan di makmal sains di sekolah menengah di sekolah-sekolah
di daerah Sungai Petani, Kedah. Kajian merangkumi beberapa aspek penting seperti ;
-amalan keselamatan semasa mengendalikan alat dan radas di makmal sains
-amalan keselamatan ketika menjalankan teknik, aktiviti dan tindakbalas kimia
7
-langkah-langkah keselamatan apabila berlakunya kecemasan
-amalan keselamatan dalam perlindungan mata, muka dan badan
Secara umumnya, kajian adalah untuk mendapatkan segala maklumat yang berkaitan
dengan aspek-aspek yang ditekankan di atas.
Berikut adalah objektif kajian ini;
i) mengenal pasti tahap pemahaman pelajar-pelajar tingkatan satu dan tingkatan empat
aliran sains terhadap langkah-langkah keselamatan di makmal sains di sekolah
menengah di sekolah- sekolah di daerah Sungai Petani, Kedah.
ii) membandingkan tahap pemahaman pelajar tingkatan satu dan tingkatan empat di
sekolah-sekolah di daerah Sungai Petani, Kedah terhadap langkah-langkah keselamatan
di makmal sains di sekolah.
1.5 Persoalan Kajian
Kajian dijalankan terhadap pelajar tingkatan satu dan tingkatan empat aliran
sains di sekolah-sekolah di daerah Sungai Petani, Kedah sesi 2009. Antara persoalan
yang dikemukakan adalah
i) Apakah tahap tahap pemahaman pelajar-pelajar tingkatan satu dan tingkatan
empat aliran sains terhadap langkah-langkah keselamatan di makmal sains di
sekolah menengah di sekolah- sekolah di daerah Sungai Petani, Kedah?
ii) Adakah aliran tingkatan (satu dan empat) mempengaruhi tahap pemahaman
pelajar-pelajar tingkatan satu dan tingkatan empat aliran sains terhadap
langkah-langkah keselamatan di makmal sains di sekolah menengah di
sekolah- sekolah di daerah Sungai Petani, Kedah?