Download - Kajian Terkini Mt Mas
1
1.0 PENDAHULUAN
1.1 Konteks Kajian
Saya Masni Binti Alem merupakan seorang guru yang mengajar di Sekolah
Kebangsaan Landeh Padawan.Saya mendapat latihan Perguruan Asas selama 2
tahun 6 bulan di Maktab Perguruan Sains Bintulu, Sarawak. Setelah menamatkan
Kursus Perguruan Ambilan Julai 1994/96 saya telah ditempatkan di SK Sungai
Penipah Mukah dengan Sijil Perguruan Sekolah Rendah Sains ,saya telah
diamanahkan untuk mengajar matapelajaran Sains Rendah dan matematik namun
begitu tempoh perkhidmatan saya di SK Sungai Penipah sangat singkat iaitu hanya
selama 6 bulan sahaja. Saya telah ditempatkan semula di SK Sungai Buloh Mukah .
Saya telah mengajar di SK Sungai Buloh selama 4 tahun 6 bulan sebelum berpindah
ke Kuching dan ditempatkan di SK Landeh. Selama berada di SK Sungai Buloh dan
SK Landeh saya telah diberikan tugas untuk mengajar matematik walaupun
matematik adalah mata pelajaran adalah elektif saya semasa di maktab
perguruan .Bermula detik itu saya telah mengajar matematik walaupun opsyen
sebenar saya ialah PSR SN .Kadang kala saya berasa terkilan kerana tidak
berpeluang mengajar mata pelajaran Sains tetapi saya yakin setiap sesuatu perkara
itu pasti ada hikmah di sebaliknya.Pada Jun 2011 saya telah diterima masuk ke IPG
Kampus Tun Abdul Razak setelah memohon Program Pensiswazahan Guru yang
ditawarkan Bahagian Pendidikan Guru,Kementerian Pendidikan Malaysia. Peluang
belajar di Kampus ini merupakan satu anugerah paling bermakna buat saya.
Saya mula berkhidmat di SK Landeh pada Disember 2001 setelah
memohon berpindah dari SK Sungai Buloh, Mukah. Semenjak mula mengajar di SK
Landeh ,saya telah diberi kepercayaan untuk mengajar mata pelajaran Matematik.
2
Kebetulan sekolah ini kekurangan guru Matematik. Saya pernah juga mengajar
Matematik dalam Bahasa Inggeris semasa perubahan dasar PPSMI pada 2003
hingga 2012. Pelbagai cabaran dan pahit maung sepanjang tempoh itu kerana saya
kurang mahir dalam berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris. Namun begitu,saya
tabahkan hati dengan menguatkan semangat untuk menjadi guru Matematik yang
serba boleh SK Landeh terletak di kawasan luar bandar sekitar 10 km dari Batu 10.
Sekolah ini mempunyai seramai 19 orang guru dan 4 orang staff bukan guru.
Enrolmen murid sekolah ini seramai 223 orang iaitu dari Prasekolah hingga ke
Tahun 6 yang terdiri daripada pelbagai bangsa seperti Melayu, Bidayuh, Iban dan
Cina. Pada tahun ini (2015) saya mengajar Matematik tahun 1 dan Tahun 4. Saya
telah memilih murid Tahun 4 seramai 35 orang untuk melaksanakan kajian tindakan
saya. Pencapaian murid Tahun 4 dalam Penilaian Semester pertama yang lalu adalah
sederhana baik iaitu 63 % .
1.2 Refleksi Pengalaman yang Lalu / Refleksi Sorotan Literatur
Menurut Noriati A Rashd et al 2009, pengajaran bolehlah dihuraikan sebagai suatu
cara untuk menyediakan murid dengan pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan
untuk berfungsi dengan baik.Di samping itu, pengajaran merupakan satu proses
untuk menyampaikan idea dan pengetahuan serta dapat membantu murid
meningkatkan potensi mereka secara optimum. Manakala pembelajaran
didefinisikan sebagai proses belajar seperti yang dinyatakan di dalam kamus Dewan
Edisi Keempat, 2007.Selain itu pembelajaran juga adalah proses interaksi murid
dengan pendidik dan sumber pembelajaran dalam satu-satu sesi.
Saya telah melaksanakan sesi pembelajaran dan pengajaran untuk mata pelajaran
3
Matematik tahun 4 pada 2 Mac 2015 yang melibatkan tajuk darab. Standard
pembelajaran yang diajar ialah mendarab sebarang nombor hingga empat digit
dengan satu digit dengan mengumpul semula. Saya melangkah masuk dengan yakin
untuk mengajar kemahiran baharu iaitu darab sebarang nombor hingga empat digit
dan satu digit dengan mengumpul semula . Kaedah pembelajaran saya pada hari
tersebut ialah aktiviti berkumpulan.
Seramai 30 orang daripada 35 orang murid dapat menguasai kemahiran mendarab
sebarang nombor hingga empat digit dengan satu digit dengan mengumpul semula.
Refleksi RPH 3 Mac 2015
Setelah meneliti lembaran kerja yang dihantar saya dapati murid ini tidak dapat
menjawab soalan yang dikemukakan kerana kebanyakan kesilapan dilakukan dalam
menentukan nilai tempat ataupun terdapat kecelaruan nilai tempat apabila terdapat
jawapan dengan mengumpul semula.
Berikut adalah contoh hasil kerja murid daripada beberapa orang murid kelas Tahun
4 pada tarikh 3 Mac 2015.
4
5
6
7
8
9
10
Saya merasa sedikit kecewa dan bersalah kerana berkemungkinan semasa sesi pdp
saya kurang memberikan penegasan kepada kaedah mengumpul semula .Selain itu
juga saya mula menyedari bahawa saya perlu mengambil kira tentang nasib
beberapa orang murid saya yang agak sederhana. Saya merasakan bahawa saya telah
mengabaikan aspek elemen penting iaitu tahap kecerdasan pelbagai aras.Menurut
Howard Gardner (1983),setiap individu mempunyai pelbagai aras kecerdasan.
Setelah menyedari perkara ini saya telah merasakan keperluan untuk saya
memberikan lebih perhatian kepada kumpulan murid ini.
2.0 FOKUS KAJIAN
2.1 Tinjauan awal dan analisis masalah
Menurut Bhashah Abu Bakar, 2003, ujian ialah satu tugasan atau satu siri tugasan
yang digunakan untk mendapatkan satu perhatian (maklumat) yang sistematik di
mana tugasan itu diandaikan representatif (wakilan) bagi trait pendidikan atau
atribut (Sax, 1989) yang dikehendaki. Bagi mengukuhkan lagi tentang masalah tidak
dapat mendarab nombor empat digit dan satu digit dengan mengumpul semula, saya
mula merancang dan membina Ujian Saringan bagi murid-murid tersebut yang
bertarikh 11 Ogos 2015 . Ujian Saringan ini dapat membantu saya mengetahui
permasalahan anak murid saya. Berikut adalah hasil kerja murid dalam ujian dan
jadual skor Ujian Saringan bagi murid Tahun 4.
11
Jadual 2 : Rekod Markah Ujian Saringan Tahun 4
Bil Nama Murid Markah(%) Gred
1. L1 70 B
2. P2 80 A
3. L3 70 B
4. P4 90 A
5. P5 70 B
6. L6 80 A
7. L7 70 B
8. L8 60 B
9. P9 80 A
10. L10 70 B
11. L11 70 B
12. Feeza 0 E
13. Gibsin 0 E
14. L14 100 A
15. L15 80 A
16. L16 100 A
17. L17 100 A
18. L18 100 A
12
19. P19 80 A
20. P20 100 A
21. Sasa 50 C
22. P22 100 A
23. Arol 0 E
24. Aidid 0 E
25. P25 100 A
Berdasarkan Jadual 2, saya mendapati seramai 13 orang mendapat gred A, 7 orang
mendapat gred B, 1 orang mendapat gred C, dan 4 orang gred E. Secara
keseluruhannya, seramai 21 orang dapat melepasi gred E iaitu 80% manakala 4
orang lagi gagal melepasi ujian saringan tersebut iaitu 20%.
Melihat kepada keputusan ujian saringan, dapatlah dilihat pelbagai masalah
yang dihadapi oleh murid-murid saya tetapi 5 orang murid saya yang tidak dapat
mendarab dua nombor empat digit dan satu digit dengan mengumpul semula masih
menunjukkan kesalahan yang sama. Bagi mengukuhkan lagi , saya pun merancang
satu ujian lagi iaitu Ujian Diagnostik.
Oleh itu pada 17 Ogos 2015, kelima-lima orang murid ini seterusnya saya uji lagi
menggunakan Ujian Diagnostik yang saya gubal khas untuk mengukuhkan lagi
kemusykilan saya terhadap masalah yang timbul daripada lembaran kerja dan ujian
saringan yang lepas. Sebanyak 10 soalan sahaja yang diuji dan bentuk soalan yang
diuji tidak jauh berbeza daripada ujian saringan. Ini adalah kerana bukannya sifir
darab itu sendiri yang menjadi masalah kepada mereka tetapi proses mengumpul
semula darab. Berdasarkan Ujian Diagnostik, saya dapati kelima-lima mereka tidak
menunjukkan banyak perubahan kepada prestasi mereka iaitu hanya dapat menjawab
1 daripada 10 soalan yang diuji. Jadual 3 menunjukkan pencapaian murid-murid
13
saya dalam Ujian Diagnostik tersebut.
Bil Nama Murid Markah(%) Gred
1. Feeza 0 E
2. Sasa 50 C
3. Arol 10 E
4. Gibsin 10 E
5. Aidid 0 E
Jadual 3 Rekod Ujian Diagnostik2.2 Isu Keprihatinan
Bahasa matematik yang khusus melibatkan penjelasan pola-pola, hubungan, hukum-
hukum dan rumus-rumus yang perlu diingati. Oleh yang demikian, bahasa
memainkan peranan yang penting dalam memindahkan maklumat yang diperolehi
oleh guru kepada pelajar (MacGregor & Moore 1991). Mengikut Bruner 1960 dalam
Mok Soon Sang 1993, untuk mempelajari konsep matematik dengan berkesan,
bahasa matematik harus diperkenalkan daripada mudah kepada kompleks, mengikut
peringkat perkembangan kognitif kanak-kanak. Menurut Hornby (1989) memetik
Bruner menyatakan bahawa pembelajaran melalui konsep, memahami struktur asas
konsep atau prinsip dan hubungannya dengan konsep lain. Pembelajaran konsep
darab adalah saling berkait dengan pembelajaran konsep bahagi kerana bahagi
merupakan songsangan bagi darab. Oleh yang demikian, jika mereka tidak dapat
menguasai konsep darab maka mereka tidak akan dapat menguasai konsep bahagi
dengan baik. Kemahiran mendarab dua nombor empat digit dan satu digit dengan
mengumpul semula perlu dikuasai oleh kelima-lima murid ini agar mereka tidak
menghadapi masalah kepada pendaraban nombor empat digit dan dua digit serta
kemahiran seterusnya. Murid-murid ini tentu akan ketinggalan sekiranya saya tidak
14
mengambil sebarang inisiatif untuk membantu mereka. Kesan yang lebih saya
bimbang kepada murid ini ialah mereka akan hilang keyakian diri untuk menjawab
soalan atau latihan tentang pendaraban. Menyedari tentang keperluan ini
menguatkan keinginan saya untuk membantu mereka supaya tidak menghadapi
masalah yang sama di peringkat kemahiran yang lebih tinggi. Penerangan tentang
konsep mengumpul semula perlu jelas dan mengambil kira tahap kecerdasan murid
untuk menerimanya. Liew dan Wan Muhamad Saridan (1991), menyatakan
pengajaran matematik di sekolah jarang mengambil kira perbezaan individu di
kalangan pelajar-pelajar. Ini mengakibatkan sesetengah pelajar khususnya pelajar
yang lemah menghadapi kesukaran semasa guru memberikan penerangan tentang
sesuatu konsep matematik. Sekiranya kaedah penyampaian guru tidak dapat diterima
oleh murid maka proses pembelajaran tidak akan berjaya. Seterusnya mereka akan
membuat pelbagai andaian negatif serta menganggap matematik mata pelajaran yang
susah. Sikap optimis terhadap matematik juga memainkan peranan yang penting
dalam mengekalkan fokus serta minat murid terhadap perkara yang disampaikan
oleh guru.
Masalah penumpuan yang kurang semasa sesi pembelajaran dalam kelas inilah
sedikit sebanyak yang menyumbang kepada permasalahan mereka sekarang.
Walaupun mereka boleh menguasai fakta asas darab tetapi apabila mendarab
melibatkan dua nombor empat digit dan satu digit dengan mengumpul semula,
mereka mula menghadapi masalah kerana sudah ketinggalan selain tidak faham
konsep. Memori merupakan salah satu konsep penting dalam pembelajaran.
Sekiranya sesuatu perkara tidak dapat diingat, pembelajaran tidak berlaku (Azizi
Yahya et. al, 2005). Dalam konteks ini, pada pendapat saya jika murid sering tidak
hadir ke sekolah atau tiada penumpuan semasa belajar maka ingatan mereka
15
terhadap pembelajaran yang
telah berlaku akan hilang serta lupa.
Berikut adalah ulasan tentang
kesilapan yang telah dilakukan oleh 5
orang responden terhadap
ujian matematik operasi
darab.
Kesilapan dalam Soalan 3 yang
dilakukan oleh Arol (bukan nama
sebenar).
Arol telah melakukan kesilapan mendarab nombor dengan salah kedudukan nilai
tempat hasil darab 3 dan 7.
16
Kesilapan dalam Soalan 5 yang dilakukan
oleh Feeza (bukan nama sebenar)
Feeza pula telah melakukan kesilapan
dengan meletakkan terus hasil darab .Walaupun begitu dia telah meletakkan hasil
kumpul semula di atas tapi lupa tambahkan.
Kesilapan dalam Soalan 10 yang
dilakukan oleh Gibsin (bukan nama
sebenar)
Gibsin pula tidak menghiraukan 2 yang telah dikumpul semula dan dia terus
mendarab 4 dan 2.
17
Kesilapan dalam Soalan 6 yang dilakukan oleh Aidid (bukan nama sebenar)
Aidid melakukan kesilapan dengan mendarab terus 1 dan 4 tanpa mengambil kira
tentang pengumpulan semula.
Kesilapan dalam Soalan 9 yang dilakukan oleh Sasa (bukan nama sebenar)
Sasa telah melakukan kesilapan dengan tidak menambah 2 dengan hasil darab 4 dan
4.
2.3 Fokus Kajian
Berdasarkan hasil analisis masalah murid, maka kajian ini berfokus kepada
membantu 5 orang murid Tahun 4 di SK Landeh untuk menguasai kemahiran
mendarab dua nombor hingga empat digit dan satu digit dengan mengumpul
semula.
18
3.0 OBJEKTIF KAJIAN
Objektif kajian ini dijalankan adalah untuk:
1. Meningkatkan kemahiran 3 orang murid Tahun 4 untuk mendarab
dua nombor tiga digit dan satu digit dengan mengumpul semula
menggunakan kaedah TU BU RU dengan bantuan petak nilai
tempat.
2. Meningkatkan penguasaan 5 orang murid Tahun 4 untuk mendarab
dua nombor hingga empat digit dan satu digit.
4.0 KUMPULAN SASARAN
Daripada refleksi RPH sehingga kepada Ujian Diagnostik menunjukkan bahawa
kelima-lima orang murid tersebut tidak dapat mendarab dua nombor empat digit
dan satu digit dengan mengumpul semula. Saya memilih kelima-lima mereka
sebagai subjek kajian saya kerana mereka masih lemah dalam menguasai kemahiran
tersebut. Tiga orang responden saya adalah lelaki iaitu Gibsin, Arol, dan Aidid serta
dua responden perempuan iaitu Feeza dan Sasa (semuanya bukan nama sebenar).
Kelima-lima subjek saya tinggal di kampung yang berdekatan dengan sekolah.
Kehadiran mereka ke sekolah dalam sebulan juga adalah memuaskan. Arol dan
Aidid adalah murid yang rajin datang ke sekolah namun begitu mereka tidak
mempunyai penumpuan serta penerimaan yang baik dalam proses pembelajaran.
Sasa seorang murid yang manja serta suka merajuk tetapi suka sesuatu aktiviti yang
berunsur ganjaran.Sementara Feeza pula seorang murid yang pendiam serta pemalu.
Dia disukai kawan-kawan sekelasnya kerana mudah tersenyum serta suka menolong.
19
Arol pula seorang murid yang serius serta jarang tersenyum.Dia tidak suka bergaul
namun agak nakal. Gibsin pula seorang murid yang suka bercakap sendirian
terutamanya apabila ia tidak memahami sesuatu kemahiran.
Aidid pula merupakan seorang murid yang aktif bersukan serta gemar aktiviti
lasak.Dia suka berjalan dalam kelas, kadang-kadang suka mengganggu kawan
sekelas. Kelima-lima responden saya ini berumur 10 tahun an tidak memegang apa-
apa jawatan di sekolah.
Masalah penumpuan yang kurang semasa sesi pembelajaran dalam kelas inilah
sedikit sebanyak yang menyumbang kepada permasalahan mereka sekarang.
Walaupun mereka boleh menguasai fakta asas darab tetapi apabila mendarab
melibatkan dua nombor empat digit dan satu digit dengan mengumpul semula,
mereka mula menghadapi masalah kerana sudah ketinggalan selain tidak faham
konsep. Memori merupakan salah satu konsep penting dalam pembelajaran.
Sekiranya sesuatu perkara tidak dapat diingat, pembelajaran tidak berlaku (Azizi
Yahya et. al, 2005). Dalam konteks ini, pada pendapat saya jika murid sering tidak
hadir ke sekolah atau tiada penumpuan semasa belajar maka ingatan mereka
terhadap pembelajaran yang telah berlaku akan hilang serta lupa.
RUJUKAN
Bhashah Abu Bakar, (2003). Asas Pengukuran Blik Darjah. Tanjung Malim, Perak:
Quantun Books
20
Bruner. Jerome.(1960). http://coretanummicikgu.blogspot.com/2012/12/krm3013-
asas-nombor-miskonsepsi-dan.html. dicapai secara talian pada 20 Ogos
2015
Hansen, A., Drews D., Dudgeon, J., Lawton, F., & Surtees, L., (2005). Children’s
Errors in Mathematics. Great Britain:Bell & Bain Ltd
Herlinda Abdul Rahim. (2008). Penerapan unsur sejarah matematik dalam
menentukan nilai pi dan kebarangkalian. Tesis Sarjana Muda. UTM
Skudai: Fakulti Pendidikan
.Kamus Dewan Edisi Keempat, (2005). Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka.
MacGregor & Moore.(1991).
http://coretanummicikgu.blogspot.com/2012/12/krm3013-asas-nombor-
miskonsepsi-dan.html. dicapai secara talian pada 20 Ogos 2015