Download - Kajian Tindakan Frogvle SKTM 2014/2015
UNIT ICT SKTM : Kajian Tindakan Penggunaan VLE Frogasia dalam PdP Page 1
KAJIAN TINDAKAN
TAJUK
PENGGUNAAN VLE FROGASIA DALAM
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DALAM
KALANGAN GURU-GURU SK TELUK MEDAN
OLEH
UNIT ICT SK TELUK MEDAN
JALAN TAIPING, 34300 BAGAN SERAI,
PERAK DARUL RIDZUAN
ABA 3014
UNIT ICT SKTM : Kajian Tindakan Penggunaan VLE Frogasia dalam PdP Page 2
PENGGUNAAN VLE FROGASIA DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DALAM
KALANGAN GURU-GURU SK TELUK MEDAN
ABSTRAK
Kajian ini dijalankan bertujuan untuk meninjau penggunaan VLE Frogasia dalam pengajaran dan
pembelajaran (PdP) dalam kalangan guru-guru SK Teluk Medan. Aspek telah dikaji bagi
menjawab persoalan kajian iaitu kelebihan menggunakan VLE Frogasia dalam PdP, kelemahan
penggunaan VLE Frogasia dalam PdP dan masalah-masalah yang dihadapi oleh guru-guru SK
Teluk Medan dalam menggunakan VLE Frogasia dalam PdP. Sampel kajian terdiri daripada 20
orang guru-guru SK Teluk Medan. Kajian ini menggunakan teknik soal selidik terhadap guru-
guru SK Teluk Medan. Analisis data dilakukan dengan menggunakan analisis kualitatif. Dapatan
kajian mendapati guru-guru SK Teluk Medan masih kurang meggunakan VLE Frogasia dalam
PdP. Ini adalah disebabkan oleh faktor-faktor luaran seperti kekangan masa, capaian internet
yang lemah dan ketidaksesuaian isi pengajaran yang telah tersedia. Beberapa usul telah
dikemukakan kepada pihak yang terlibat iaitu tenaga mahir, guru-guru SK Teluk Medan dan
pihak sekolah bagi memantapkan lagi penggunaan VLE Frogasia dalam PdP.
1. PENGENALAN
Kerajaan Malaysia melalui Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) menekankan bahawa
penyaluran maklumat yang lebih berkesan. Guru dan murid seharusnya menggunakan
peralatan terkini iaitu pengunaan teknologi maklumat. Bermula dari kaedah Pengajaran dan
Pembelajaran (PdP) yang menggunakan papan hitam dan kapur, bertukar kepada kaedah yang
lebih canggih iaitu penggunaan komputer, bahan elektronik, liquid crystal display (LCD), kamera
video digital dan lain-lain dalam bilik darjah.
VLE-FROG adalah satu projek Transformasi sistem pendidikan yang telah dilaksanakan
oleh Kementerian Pelajaran Malaysia di bawah Projek 1BestariNet mulai tahun 2011. Di dalam
projek ini, sekolah- sekolah dilengkapi dengan penyelesaian bersepadu mengenai urusan
pentadbiran sekolah, kaedah maya pengajaran dan pembelajaran dan maklumat-maklumat
terkini persekolahan murid-murid menerusi capaian Internet.
UNIT ICT SKTM : Kajian Tindakan Penggunaan VLE Frogasia dalam PdP Page 3
2. PERNYATAAN MASALAH
Para pendidik perlu memantapkan diri dengan ilmu pengetahuan berasaskan teknologi
maklumat dan komunikasi kerana penggunaan ICT dalam proses PdP di SK Teluk Medan sudah
lama digunakan, maka sudah pasti timbul pelbagai reaksi mengenai penggunaannya
Walaubagaimanapun SK Teluk Medan sudah dilengkapi dengan segala prasarana ICT seperti
kemudahan projektor, kemudahan akses internet yang baik serta makmal komputer dan
Makmal Mudah Alih Chromebook malah para pendidik juga turut dibekalkan dengan komputer
masing-masing. Pihak yang berkaitan perlu mengambil langkah-langkah yang difikirkan perlu
agar proses PdP berasaskan ICT dapat berjalan dengan lancar. Justeru itu fokus kajian adalah
kepada mengenalpasti sejauh mana guru-guru SK Teluk Medan mengaplikasikan penggunaan
VLE Frogasia di sekolah. Adakah penggunaan VLE Frogasia ini dapat membantu para pendidik
dalam proses PdP, sumber VLE Frogasia yang digunakan dan masalah-masalah yang dihadapi
oleh para guru-guru SK Teluk Medan dalam menggunakan VLE Frogasia dalam PdP.
3. OBJEKTIF KAJIAN
i. Mengenalpasti kelebihan penggunaan VLE Frogasia dalam proses pengajaran dan
pembelajaran.
ii. Mengenalpasti kelemahan penggunaan VLE Frogasia dalam proses pengajaran dan
pembelajaran .
iii. Mengenalpasti masalah yang dihadapi oleh guru-guru SK Teluk Medan dalam
menggunakan VLE Frogasia dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
iv. Mencadangkan beberapa langkah agar VLE Frogasia dapat digunakan secara
berkesan semasa proses PdP berlangsung.
4. KEPENTINGAN KAJIAN
i. Mendedahkan keperluan sebenar guru bagi menjayakan proses pengajaran dan
pembelajaran seterusnya meningkatkan pencapaian akademik disamping memperolehi
pembelajaran yang bermakna.
UNIT ICT SKTM : Kajian Tindakan Penggunaan VLE Frogasia dalam PdP Page 4
ii. Membolehkan pihak-pihak berkenaan membangunkan site VLE Frogasia yang
bersesuaian dengan suasana pengajaran dan pembelajaran.
iii. Membolehkan guru menilai dan membandingkan prestasi mereka melalui penggunaan
VLE Frogasia seterusnya memperbaiki lagi mutu perkhidmatan mereka.
iv. Mengenalpasti tahap penerimaan dan kesediaan guru dalam menggunakan VLE
Frogasia dalam proses pengajaran dan pembelajaran .
5. SKOP DAN BATASAN KAJIAN
Kajian ini bakal dilakukan terhadap para guru-guru SK Teluk Medan. 20 orang guru-guru SK
Teluk Medan akan dipilih sebagai responden untuk mengetahui penggunaan VLE Frogasia
dalam pengajaran dan pembelajaran dikalangan guru-guru pelatih.
Kajian ini juga terbatas kepada faktor-faktor dalaman seperti kesediaan responden untuk
memberi kerjasama dan kesediaan untuk ditemubual.
6. METODOLOGI
6.1 Reka Bentuk Kajian
Kajian ini merupakan kajian deskriptif berbentuk soal selidik, tinjauan dan juga pemerhatian.
Menurut Mohd Majid (1994), kaedah deskriptif adalah sesuai digunakan dalam penyelidikan
yang bermatlamat untuk menerangkan sesuatu masalah atau fenomena yang sedang berlaku.
Soalan soal selidik merupakan salah satu instrumen yang digunakan dalam kajian ini. Ianya
digunakan bagi mendapatkan data yang berbentuk kualitatif untuk membantu penyelidik
menyokong analisis penggunaan VLE Frogasia ketika proses pengajaran dan pembelajaran .
Pemerhatian diperlukan untuk mendapatkan maklumat tambahan. Menerusi proses
pemerhatian, penyelidik boleh menghubungkaitkan antara penemuan yang diperolehi dengan
proses soal selidik (Merriam, 2001). Dalam kajian ini, penyelidik akan melakukan pemerhatian
semasa guru-guru SK Teluk Medan sedang mengajar. Ini untuk melihat secara lansung dan
secara dekat teknik yang mereka gunakan untuk pengamalan penggunaan VLE Frogasia
semasa mengajar dalam bilik darjah. Namun pada fasa pertama kajian, pengkaji hanya
menggunakan kaedah soal selidik. Respoden yang dipilih perlu menjawab beberapa soalan
secara atas talian iaitu melalui perisian Google Doc.
UNIT ICT SKTM : Kajian Tindakan Penggunaan VLE Frogasia dalam PdP Page 5
6.2 Tempat Kajian
SK Teluk Medan, Jalan Taiping, 34300 Bagan Serai, Perak.
6.3 Sampel Kajian
Dalam kajian yang dilakukan ini, penyelidik telah memilih sampel daripada kalangan guru-guru
SK Teluk Medan.
Disebabkan penyelidik perlu menjalankan soal selidik dan pemerhatian secara individu dan
terperinci, jadi hanya 20 orang responden dipilih sebagai sampel kajian ini. Sampel kajian
adalah guru-guru SK Teluk Medan yang dipilih secara rawak.
.
6.4 Instrumen Kajian
Instrumen kajian adalah pemerhatian dan soalan soal selidik. Pemerhatian merupakan salah
satu teknik yang boleh digunakan untuk mengesan kecerdasan pelbagai responden secara
langsung. Manakala soal selidik pula sesuai digunakan untuk mendapatkan data dari
responden secara lansung dan terperinci (Mohd Najib, 1999). Soal selidik dan pemerhatian
adalah untuk mendapatkan maklumat lengkap daripada responden mengenai kelebihan dan
kelemahan serta masalah-masalah yang dihadapi dalam penggunaan VLE Frogasia dalam
pengajaran dan pembelajaran. Responden diberikan borang soal selidik yang perlu dijawab
secara atas talian iaitu melalui google doc yang telah dimuatnaik di portal SK Teluk Medan .
6.5 Soalan Kajian.
1. Pengetahuan tentang VLE Frogasia.
2. Kekerapan menggunakan VLE Frogasia bagi penyediaan dan proses PdP.
3. Adakah tahap minat belajar murid anda meningkat semasa penggunaan VLE Frogasia
dalam PdP.
4. Adakah proses pencapaian objektif pembelajaran lebih cepat jika menggunakan VLE
Frogasia.
5. Kekangan dalam menggunakan VLE Frogasia ketika proses pengajaran dan
pembelajaran anda.
UNIT ICT SKTM : Kajian Tindakan Penggunaan VLE Frogasia dalam PdP Page 6
7. Dapatan Kajian.
7.1 Tahap Pengetahuan Berkaitan VLE Frogasia dalam Kalangan Guru-guru SK Teluk
Medan.
Melalui data yang diperolehi, kesemua respoden daripada kalangan guru-guru SK Teluk
Medan telah menguasai kemahiran VLE Frogasia meskipun pelbagai aras. Hanya seorang
dalam kalangan responden mahir menggunakan Frog VLE, 4 tahu, 11 sederhana mahir
manakala 5 responden kurang mahir. Di bawah adalah jadual menunjukkan aras kemahiran
Frog VLE respoden daripada kalangan guru-guru SK Teluk Medan.
Mahir Tahu Sederhana Sedikit
1
4
11
5
7.2 Jumlah Kursus Frog VLE yang Dihadiri.
Mekakui data yang diperolehi, kesemua guru-guru telah diberi pendedahan berkaitan
Frog VLE meskipun di peringkat LADAP sekolah. Seramai 6 orang daripada responden guru
telah diberi pendedahan lebih daripada 3 kali. Ini menunjukkan bahawa pendedahan Frog VLE
telahpun diberikan oleh pihak pengurusan Frog VLE sekolah. Jadual menunjukkan jumlah
kursus guru berkaitan Frog VLE.
1 2 3 Lebih 3
1
4
11
5
7.3 Kekerapan Menggunakan VLE Frogasia dalam Pengajaran dan Pembelajaran.
Mengikut data yang diperolehi, terdapat 8 responden yang belum menggunakan Frog VLE
semasa PdP. Manakala 6 responden guru yang menggunakan sekali pada setiap 6 bulan, 2
responden menggunakan sekali setiap sebulan . Data ini menunjukkan penggunaan Frog VLE
dalam PdP masih rendah.
sekali setiap minggu sekali setiap bulan Sekali setiap 6 bulan lain-lain
1
2
6
11
UNIT ICT SKTM : Kajian Tindakan Penggunaan VLE Frogasia dalam PdP Page 7
7.4 Eksplorasi VLE Frogasia ( Dashboard ) dan Site Pembelajaran.
VLE Frogasia mula diperkenalkan di SK Teluk Medan mulai tahun 2012. Pada tahun
2013, guru-guru dan murid SK Teluk Medan mula dilatih oleh pihak Frogasia dan pengurusan
Frog VLE SK Teluk Medan secara berperingkat. Oleh yang demikian, 9 daripada responden
telah membina dashboard peribadi mereka manakala 11 daripada 20 responden belum
mengubah dashboard Frog VLE masing-masing. Bagi pembinaan site mata pelajaran pula, 13
orang guru telah membina site pembelajaran manakal 7 orang masih belum membina site. Di
bawah adalah jadual menunjukkan tahap eksplorasi VLE Frogasia respoden daripada kalangan
guru-guru SK Teluk Medan.
Membina Dashboard Membina Site Pembelajaran
Sudah
9
13
Belum
11
7
7.5 Pengetahuan Tentang Fungsi Butang ‘Quick Launch’ dan ‘FrogDrive’.
Mengikut data yang diperolehi, terdapat hanya 3 responden yang mengetahui fungsi
butang menu ‘ Quick Launch’, 15 peringkat sederhana manakala 2 responden masih belum
tahu. Bagi butang ‘FrogDrive’ pula 2 responden sahaja yang tahu, 10 sederhana manakala 8
orang responden yang masih belum tahu penggunaannya.
7.7 Kekangan Penggunaan Frog VLE Semasa Pengajaran dan Pembelajaran.
Kekangan merupakan penghalang bagi sesuatu aktiviti yang bakal dan telah
dilaksanakan. Melalui kajian ini, pengkaji menyenaraikan 3 kekangan utama untuk dipilih oleh
responden. Kekangan tersebut ialah kekangan masa, kurang pengetahuan dan capaian internet
lemah. Secara ringkasnya, 10 memilih kekangan masa menjadi penghalang perlaksanaan
penggunaan Frog VLE dalam PdP. Manakala 9 responden memilih kurang pengetahuan
berkaitan Frog VLE.
UNIT ICT SKTM : Kajian Tindakan Penggunaan VLE Frogasia dalam PdP Page 8
Kekangan Masa Kurang Pengetahuan Capaian Internet Lemah
10
9
1
8. Cadangan Penambahbaikan Penggunaan Frog VLE Semasa PdP SK Teluk Medan.
Daripada kajian yang dilaksanakan melalui soal selidik, terdapat beberapa aspek yang
perlu diambil perhatian bagi penambahbaikan Penggunaan Frog VLE Semasa PdP SK
Teluk Medan. Berikut disenaraikan perkara-perkara tersebut :
1. Pihak pengurusan ICT sekolah perlu memohon penyenggaraan peralatan ICT
yang telah uzur dan rosak agar budaya Penggunaan Frog VLE Semasa PdP SK
Teluk Medan dapat dikembangkan di SK Teluk Medan.
2. Latihan kemahiran Penggunaan Frog VLE Semasa PdP SK Teluk Medan juga
perlu dilaksanakan secara intensif agar guru-guru SK Teluk Medan mahir
menggunakan Penggunaan Frog VLE Semasa PdP. Pihak Frogasia perlu dijemput
untuk melatih guru-guru dan murid-murid menguasai Frog VLE agar ianya dapat
dijadikan platform pembelajaran maya yang praktikal.
3. LADAP guru juga perlu menumpukan peningkatan kemahiran penggunaan Frog
VLE dalam PdP.
4. Guru-guru perlu dibimbing untuk membina lebih banyak site pembelajaran.
5. Rangkaian internet perlu ditambah bagi memperluaskan kawasan boleh akses
internet sedia ada. Capaian internet yang perlahan mengganggu proses
pengajaran dan pembelajaran.
9. Kesimpulan.
Kajian penggunaan Frog VLE semasa pengajaran dan pembelajaran guru amat
bermakna kepada guru-guru dan pengurusan Frog VLE sekolah. Melaluinya, pihak pengurusan
Frog VLE sekolah dapat merancang serta melaksanakan beberapa aktiviti agar budaya
penggunaan Frog VLE semasa pengajaran dan pembelajaran terus berkembang di SK Teluk
Medan. Sesungguhnya Frog VLE merupakan satu platform pembelajaran maya disamping
memudahkan proses pengajaran guru dan pembelajaran murid.
UNIT ICT SKTM : Kajian Tindakan Penggunaan VLE Frogasia dalam PdP Page 9
Lampiran 1
Lampiran 1 : Soalan Kajian Dimuatnaik ke Portal SK Teluk Medan.
Lampiran 2