Download - Kanak Berkeperluan Khas Pra 3109
1.0 PENGENALAN
Saban tahun tranformasi sama ada dari segi kurikulum, kokurikulum dan
sahsiah sentiasa dilakukan demi memastikan pendidikan untuk semua murid
berkeperluan khas di negara ini seiring dengan kehendak dan matlamat Kementerian
Pendidikan Malaysia agar semua murid mendapat pendidikan yang sama.
Di Malaysia, sejarah pendidikan khas bermula dengan penubuhan Sekolah
Rendah St. Nicholas di Melaka oleh pihak Gereja Anglikan pada tahun 1926 untuk
kanak-kanak bermasalah penglihatan. Pada tahun 1962, latihan perguruan khas untuk
masalah penglihatan diwujudkan di Maktab Perguruan Ilmu Khas dan pada 1963 pula
untuk masalah pendengaran. Seterusnya untuk melicinkan pengurusan pendidikan
khas satu Unit Pendidikan Khas ditubuhkan di Bahagian sekolah, Kementerian
Pendidikan pada tahun 1964. Berikutan penstrukturan semula Kementerian
Pendidikan pada Oktober 1995, Unit Pendidikan Khas di Bahagian Sekolah telah
ditingkatkan menjadi sebuah Jabatan tersendiri, iaitu Jabatan Pendidikan Khas.
Laporan Jawatankuasa Kabinet yang mengkaji Perlaksanaan Dasar Pelajaran melalui
Perakuan 169 merupakan satu titik tolak yang membawa kepada satu penekanan dan
tumpuan yang lebih jelas kepada perkembangan Pendidikan Khas di Malaysia. Di
antara isi kandungan perakuan itu menyatakan bahawa:
"Dengan adanya kesedaran bahawa kerajaan seharusnya bertanggungjawab
terhadap pendidikan kanak-kanak cacat adalah diperakukan kerajaan hendaklah
mengambil alih sepenuhnya tanggungjawab pendidikan itu dari pihak-pihak persatuan
yang mengendalikannya pada masa ini. Di samping itu penyertaan oleh badan-badan
sukarela dalam memajukan pendidikan kanak-kanak cacat hendaklah terus
digalakkan."
2.0 KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS
1
Kanak-kanak berkeperluan khas adalah merujuk kepada kanak-kanak yang
memerlukan perhatian dan penjagaan yang berbeza berbanding dengan kanak-kanak
normal.
Chua & Koh (1992) mendefinisikan kanak-kanak berkeperluan khas atau
“kanak-kanak luar biasa” sebagai kanak-kanak yang mempunyai perbezaan yang
nyata dari segi kecerdasan, kejasmanian, kemasyarakatan ataupun dari segi rasa
hati.
Manakala Garciulo (2003) pula mentakrifkan kanak-kanak berkeperluan khas seperti
kenyataan berikut;
"Individuals who differ from societal or community standards of normalcy. These
differences may be due to significant physical, sensory, kognitif, or behavioral
characteristics. Many of these children may require educational programs customized
to their unique needs."
Menurut Jamila (2005), kanak-kanak khas berbeza dalam aspek ciri-ciri mental,
keupayaan sensori, keupayaan komunikasi, tingkah laku sosial dan ciri-ciri fizikal.
Oleh yang demikian kanak-kanak khas memerlukan modifikasi atau perubahan
dalam aktiviti-aktiviti sekolah ataupun perkhidmatan pendidikan khas bertujuan
mengembangkan potensi diri kanak-kanak khas ke tahap yang optimum dan tidak
terabai seperti kanak-kanak normal.
Secara umum, kecacatan atau masalah yang dialami oleh kanak-kanak
berkeperluan khas boleh dikategorikan seperti berikut:
1. masalah pendengaran
2. masalah penglihatan
3. masalah pembelajaran
4. masalah tingkahlaku
5. masalah pertuturan
6. spastik (cerebral palsy)
7. terencat akal
8. cacat anggota
2
Di antara kemungkinan beberapa ciri-ciri yang boleh dikenal pasti dari masalah
pembelajaran pada anak-anak yang belajar di prasekolah adalah:
1. Bertutur lebih lambat daripada kebanyakan anak-anak normal
2. Masalah sebutan
3. Lambat perkembangan kosa kata, seringkali tidak dapat mencari kata yang tepat
4. Kesukaran menggunakan kata berima
5. Kesukaran belajar nombor, abjad, hari dalam seminggu, warna dan bentuk
6. Sangat gelisah dan mudah terganggu
7. Masalah berinteraksi dengan rakan-rakan
8. Kesukaran mengikuti arahan atau rutin
9. Kemahiran motor halus yang lambat untuk berkembang
10. Masalah tulisan
11. Masalah pengamatan
2.1 JENIS-JENIS KEPERLUAN KHAS (KECACATAN )
Kanak-kanak berkeperluan khas mempunyai masalah tertentu seperti masalah
fizikal, masalah penglihatan, pendengaran, pertuturan, tingkah laku, masalah
pendengaran, terencat akal dan pintar cerdas.
2.1.1 MASALAH PENGLIHATAN
Mata ialah organ deria yang membolehkan manusia melihat dan menikmati
keindahan alam. Kebolehan untuk melihat pula merupakan suatu proses yang agak
kompleks yang terdiri daripada beberapa peringkat dalam 'Proses Penglihatan'.
Proses ini bermula dari rangsangan fizikal yang sampai ke mata hinggalah akhirnya
imej yang dilihat diterjemahkan oleh otak.
3
Definisi yang dikemukakan oleh The World Council for the Welfare of the Blind dalam
Hajah Hasnah (1988) tentang masalah penglihatan adalah seperti berikut:
Tidak dapat melihat langsung.
Kebolehan melihat tidak lebih daripada 6/60 atau 20/200 iaitu dengan Ujian
Snellen.
Penglihatan yang terhad iaitu kurang daripada 20 peratus.
Masalah penglihatan boleh memberi impak yang serius terhadap
perkembangan sosial dan mental kanak-kanak. Oleh itu, pengesanan masalah ini di
peringkat awal adalah amat penting bagi memastikan prognosis yang lebih baik.
Kanak-kanak yang dikategorikan sebagai mempunyai masalah penglihatan
ialah jika kerosakan penglihatan tersebut tidak dapat diperbetulkan dan mengganggu
pembelajaran (Program Pendidikan Khas Integrasi, 2010). Kanak-kanak yang
bermasalah penglihatan mempunyai penglihatan yang terbatas atau buta. Masalah
penglihatan terbatas bermaksud tahap penglihatan kanak-kanak berada di antara
20/70 dan 20/200 dengan penggunaan lensa. Penglihatan kanak-kanak ini terhad
kepada objek yang dekat sahaja.
Kanak-kanak yang buta juga kadang kala mempunyai masalah
pendengaran dan perkembangan psikomotor mereka agak terhad. Keupayaan motor
mereka sebenarnya tidak terjejas dari segi neurologi tapi dipengaruhi pergerakan
meraka yang terhad. Mereka tidak boleh meneroka persekitaran seperti kanak-kanak
normal yang lain. Ini juga boleh memberi kesan ke atas perkembangan personaliti.
Kanak-kanak ini mempunyai konsep kendiri yang lemah dan perhatian lebih yang
diberikan kepada mereka boleh menggalakkan pergantungan kepada guru dan rakan
untuk sentiasa membimbing mereka (Program Pendidikan Khas Integrasi, 2010).
Di samping itu, pengalaman mereka yang terhad dalam dunia visual memberi
kesan pada perkembangan bahasa. Misalnya, seorang kanak-kanak normal boleh
memberi pelbagai contoh untuk perkataan bulat dan menghuraikannya dengan jelas
jika dibandingkan dengan kanak-kanak yang mempunyai masalah penglihatan
4
(Program Pendidikan Khas Integrasi, 2010). Tanda-tanda berkaitan masalah
penglihatan ialah:
1. Tingkahlaku
i) Menggosok-gosok mata dengan keterlaluan.
ii) menutup atau melindungi sebelah mata , mengenyetkan kepala atau mendorong
kepala ke depan.
iii) mengalami kesulitan membaca atau membuat kerja-kerja lain yang memerlukan
penggunaan mata dengan rapi.
iv) mengedip-ngedip mata lebih kerap daripada biasanya atau mudah berasa jengkel
apabila membuat kerja yang memerlukan penglihatan rapi.
v) memegang buku rapat pada mata.
vi) tidak dapat melihat benda-benda yang jauh dengan jelas.
vii) mengecilkan mata (merapatkan kelopak mata) atau mengerutkan dahi.
2. Rupa
i) bermata juling. Biasanya antara sebab mata juling ini adalah disebabkan oleh rabun
dekat yang terlalu teruk ataupun oleh penyakit barah.
ii) kelopak mata merah. Tahap penglihatan anak adalah amat sensitif ketika tahun-
tahun awal tumbesaran anak terutamanya ketika berusia 4 dan 5 tahun.
iii) mata yang radang atau berair.
iv) Tembel yang timbul berulang kali.
3. Kompelin
i) mata gatal, merah atau berasa gatal-gatal.
5
ii) tidak dapat melihat dengan jelas.
iii) pening kepala (rasa pening), sakit kepala atau rasa loya (mual) berikutan daripada
kerja yang banyak memerlukan penglihatan rapi.
iv) penglihatan kabur atau berganda.
2.1.2 MASALAH PENDENGARAN
Kanak-kanak bermasalah pendengaran adalah sinonim dengan masalah-
masalah komunikasi, sosial serta akademik. Menurut Zaini Hashim (1992) dalam
Mojuntin Ebin (1997), kanak-kanak bermasalah pendengaran mengalami kelambatan
dalam perkembangan pertuturan dan bahasa. Akibat daripada tidak dapat mendengar
dan bertutur, mereka tidak boleh berfikir seperti kanak-kanak lain dan akhirnya
menyebabkan perkembangan akal mereka terbantut. Kanak-kanak bermasalah
pendengaran juga menghadapi masalah untuk berinteraksi dengan orang lain.
Menurut Hasnah (1988) dalam Mohd. Salleh (1999), caca pendengaran
dibahagikan kepada dua jenis iaitu:
i. Cacat Bahagian Penerimaan ( Conductive Deafness)
Kecacatan disebabkan telinga tersumbat, luka pada gegendang telinga atau tidak ada
lubang telinga.
ii. Cacat Bahagian Tanggapan ( Perceptive Deafness)
Kecacatan terjadi disebabkan oleh masalah saraf pendengaran pada bahagian
organ dalam telinga.
Mischook dan Cole (1986) menegaskan bahawa kebanyakan kanak-kanak
bermasalah pendengaran tidak pekak sepenuhnya, sebaliknya mereka masih
mempunyai sisa pendengaran. Walau bagaimanapun sisa pendengaran tersebut tidak
mampu untuk membolehkan mereka mendengar dan mengesan bunyi-bunyi
pertuturan melainkan bunyi-bunyi yang kuat sahaja.
6
Ling (1989) menekankan bahawa pendengaran memainkan peranan yang
sangat penting kepada kanak-kanak untuk mempelajari bahasa dan inilah halangan
yang paling besar dihadapi oleh kanak-kanak bermasalah pendengaran. Simtom-
simtom masalah pendengaran ialah:
Tidak bertindak balas terhadap bunyi
Tidak bertindak balas terhadap panggilan nama sendiri
Tidak memahami / silap memahami arahan
Kelihatan tidak memberikan tumpuan/ sentiasa mengelamun
Kelihatan nakal, tidak mempedulikan orang lain / sangat pasif, menyendiri
Lebih banyak menunggu dan melihat apa yang dilakukan oleh orang lain
dahulu sebelum melakukan sebarang tugas
Akan membaca bibir, melihat isyarat visual, ekspresi muka dan gerak tangan
daripada mendengar
Lewat bertutur
Lebih banyak menunjuk dengan jari dari bercakap
Menonjolkan sikap yang ganjil ketika berinteraksi dengan kawan-kawan
Menghidap demam kuning yang teruk sehingga memerlukan penukaran darah
selepas dilahirkan
Telinga sering berair atau bernanah
Dilahirkan sangat kecil (berat badan kurang 1.5kg)
Tidak menangis sebaik sahaja dilahirkan
Ibu mendapat jangkitan seperti rubella, siphlis, herpes, cytomegalo virus dll
jangkitan kuman semasa mengandung
Ibu terdedah kepada radiasi (X-ray ,MRI dll) semasa mengandung
Ibu mengambil ubat ototoksik semasa mengandung (anti-histamin, anti-diuretik
dll)
Ibu mengambil dadah atau menghisap rokok semasa mengandung
2.1.3 MASALAH EMOSI-HIPERAKTIF
7
Menurut Jamila (2005), hiperaktif adalah istilah yang digunakan untuk kanak-kanak
yang mempunyai tingkah laku yang terlampau aktif dan mengganggu tetapi
mempunyai tumpuan yang singkat. Sandra (2008) menjelaskan terdapat dua jenis
masalah kanak-kanak kurang tumpuan iaitu Attention Deficit Disorder (ADD) atau
masalah kurang tumpuan tanpa hiperaktif dan Attention Deficit Hiperactivity Disorder
(ADHD) atau masalah kurang tumuan dengan hiperaktif. Menurut Sandra lagi
masalah ADD atau ADHD adalah bersifat fisiologi dan biologi.
Bagi Sheila & Samsilah (2006), Attention Deficit Hiperactivity Disorder adalah
satu keadaan diaman kanak-kanak yang mengalaminya mempunyai masalah tingkah
laku yang terlampau aktif dan impulsif.
4.4 SINDROM DOWN
Kanak-kanak Sindrom Down merupakan kanak-kanak yang manja dan memerlukan
perhatian seperti suka dipeluk. Kadangkala mereka mempunyai masalah yang lain
iaitu hiperaktif dan masalah tumpuan singkat (Jamila, 2005).
Ciri-ciri fizikal kanak-kanak ini adalah mata condong ke bawah atau ke atas, belahan
kelopak mata pendek dan terdapat lapisan kulit di dalam mata, bentuk muka leper,
kepala lebih kecil daripada kebiasaan dan bahagian belakang .kepala rata, telinganya
kecil dan berkedudukan rendah, mulut kelihatan kecil dan bibir nipis, bentuk leher
lebih pendek, kaki dan tangan pendek, tapak kaki lebar dan jari kaki pendek,
mempunyai masalah jantung dan lain-lain lagi.
4.5 AUTISME
Menurut Sheila & Samsilah (2006) autism merujuk kepada kecacatan bersosial di
mana kanak-kanak yang mengalami autism tidak mempunyai kemahiran berhubung,
berkomunikasi dan bersosial dengan orang lain seperti murid normal. Emosi kanak-
kanak sangat sukar diramal dan berubah-ubah.
8
Emosi kanak-kanak sangat sukar diramal dan berubah-ubah. Di antaranya adalah
(Jamila 2005) :
i. Sering marah, ketawa dan menangis tanpa sebab mengamuk tanpa terkawal jika
tidak dituruti kemahuannya ataupun dilarang daripada melakukan sesuatu yang
diingininya.
ii. Merosakkan apa saja yang ada di sekitarnya jika emosinya terganggu.
iii. Menyerang sesiapa sahaja berhampirannya jika emosinya terganggu.
iv. Ada kalanya mencederakan diri sendiri dan
v. Tiada rasa simpati dan tidak memahami perasaan orang lain.
3.0 KONSEP PROGRAM PENDIDIKAN INKLUSIF
Perkataan inklusif berasal daripada bahasa Inggeris “inclusive”, yang membawa
maksud termasuk atau merangkumi semua. Ia juga boleh diertikan sebagai
“pendidikan umum”, iaitu setiap orang individu, sama ada normal, pintar-cerdas, atau
cacat adalah berhak di beri peluang pendidikan umum.
Program Pendidikan Inklusif dilaksanakan bertujuan untuk memberi peluang
dan ruang kepada murid berkeperluan khas berinteraksi dalam semua aspek sosial
dan akademik dengan rakan normal di aliran perdana. Mereka akan mendapat
bimbingan sama rata oleh guru mata pelajaran dengan dibantu oleh guru pendidikan
khas (guru pembimbing).
Program Pendidikan Inklusif untuk kanak-kanak berkeperluan khas ini
dimulakan pada tahun 1987 dibawah Kementerian Pendidikan. Ia digubal selaras
dengan Falsafah Pendidikan Negara. Program Pendidikan Inklusif ini menitik beratkan
suatu program inklusif bagi murid-murid dengan keperluan khas yang boleh
9
menghadiri di dalam kelas biasa dan belajar bersama-sama dengan murid-murid
biasa.
Program Pendidikan Inklusif dijalankan menggunakan dua pendekatan iaitu
Program Pendidikan Inklusif Sepenuh Masa dan Program Pendidikan Inklusif Separa
Masa.
3.1 Inklusif Penuh
Murid berkeperluan khas yang mengikuti pembelajaran sepenuhnya dalam kelas
aliran perdana dengan bantuan guru pendidikan khas (guru pembimbing).
3.2 Inklusif Separa
Murid berkeperluan khas mengikuti sebahagian pembelajaran dalam mata pelajaran
atau aktiviti tertentu dalam kelas aliran perdana dengan bantuan guru pendidikan khas
(guru pembimbing).
Garis panduan pelaksanaan Program Pendidikan Inklusif kepelbagaian
keupayaan individu selaras dengan Akta Pendidikan 1996, Peraturan-peraturan
Pendidikan (Pendidikan Khas) 1997 Bahagian II 3(2) yang menyatakan:
“Seseorang murid dengan keperluan khas adalah boleh dididik jika dia mampu untuk
mengurus diri sendiri tanpa bergantung kepada orang lain dan disahkan oleh panel
yang terdiri daripada pengamal perubatan, pegawai Kementerian Pendidikan dan
pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat, sebagai berupaya mengikuti program
Pendidikan Kebangsaan layak untuk menghadiri program pendidikan khas kecuali
murid-murid yang berikut;
a) murid yang cacat anggota tetapi mempunyai kebolehan mental untuk belajar
seperti murid biasa; dan
b) murid yang mempunyai pelbagai kecacatan atau yang sangat cacat
anggotanya atau yang terencat akal yang berat.”
10
Untuk memenuhi keperluan individu, program pengajaran dan pembelajaran
yang dibentuk adalah fleksibel selaras dengan Peraturan-Peraturan Pendidikan
(Pendidikan Khas) 1997, yang menyatakan
“guru-guru boleh mengubahsuai kaedah atau teknik pengajaran atau
pembelajaran, masa bagi aktiviti dan susunan aktiviti, mata pelajaran dan bahan
bantu mengajar bagi mencapai tujuan dan matlamat Pendidikan Khas”.
4.0 PELAKSANAAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KELAS INKLUSIF
Pendidik yang bakal berhadapan dengan kanak-kanak normal dan sebilangan
kanak-kanak berkeperluan khas perlu menguasai model-model teoritikal dan
pendekatan yang sesuai digunakan dalam proses pengajaran dan pelajaran.Sesi
pengajaran dan pembelajaran perlu mengambil kira ciri-ciri keistimewaan dan
keperluan mereka bagi memberi pembelajaran yang bermakna bagi kedua-dua
golongan ini. Seharusnya kita memahami beberapa konsep asas dalam pengajaran
kanak-kanak khas ini.
a. Strategi dan Pendekatan Pengajaran - merujuk kepada bagaimana kita seorang
guru menyediakan perancangan mengajar, memulakan dan mengakhiri pengajaran.
b. Kaedah Pengajaran - merujuk kepada perancangan pengajaran yang telah diterima
pakai oleh banyak pihak. Perancangan ini termasuklah kawalan guru terhadap urutan
perlakasanaan proses pengajaran yang akan dilaksanakan.
c. Strategi Pengajaran - merujuk kepada perancangan operasi pengajaran yang
khusus yang digunapakai oleh guru. Strategi pengajaran lebih berfokus kepada
perancangan-perancangan kecil untuk mencapai objektif pengajaran.
d. Tenik Pengajaran – merupakan sistem atau mekanisme penyampaian ilmu dan
kemahiran. Teknik pengjaran memerlukan prosedur-prosedur khusus pada skala yang
11
kecil. Set pengajaran dan pembelajaran yang direncanakan hendaklah mengandungi
strategi yang mempelbagaikan penggunaan teknik.
4.1 STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KANAK-KANAK ARUS
PERDANA DI KELAS INKLUSIF
Secara umumnya guru tidak menghadapi masalah yang kritikal untuk
menghadapi kanak-kanak normal di kelas prasekolah. Oleh itu sesi pengajaran dan
pembelajaran yang dikelolakan seharusnya mengikut landasan yang telah ditetapkan
oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia. Dalam pendidikan prasekolah,
pelbagai pendekatan yang bersesuaian dengan kebolehan, keupayaan dan minat
perlu dirancang supaya murid dapat dilibatkan secara aktif dalam pembelajaran dan
mereka mendapati bahawa pembelajaran itu adalah sesuatu yang bermakna,
berkesan dan menyeronokkan. Di antaranya ialah:
i. Pendekatan Belajar Melalui Bermain
ii. Pendekatan Bertema
iii. Pendekatan Bersepadu
iv. Penggunaan ICT Dalam Pembelajaran
Teknik-teknik pengajaran juga boleh dirancang mengikut tema yang akan
dipelajari oleh kanak-kanak normal ini. Antaranya ialah:
Tunjuk cara
Penerangan
Menggalak
Memuji
Maklum balas
Mendengar
Modelling
12
Penyoalan
Membaca
Mengingat semula
Menyanyi
Mencadang
Memberi tahu
Memberi arahan
Berasaskan tugasan (task-based activities)
Pemudahcaraan
Walau bagaimanapun guru juga perlu mengambil kira keperluan kanak-kanak
istimewa ini. Justeru itu aras skop pelajaran yang dirancang seharusnya juga
sekurang-kurangnya dapat melibatkan kanak-kanak bekerperluan khas di kalangan
mereka.
4.2 STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN UNTUK KANAK-KANAK
BEKEPERLUAN KHAS (MASALAH PENDENGARAN)
Dalam sesi pembelajaran, guru seharusnya memiliki strategi dan kaedah yang
khusus agar kanak-kanak istimewa ini dapat belajar secara lebih efektif dan efisien.
Justeru itu, strategi pengajaran dan pembelajaran yang digunakan di dalam kelas
inklusif ini juga boleh menggunakan strategi berikut:
3.1.1 Strategi pemusatan guru
Komunikasi dan interaksi di antara guru dan murid bekeperluan khas ini adalah
sehala. Guru perlu menguasai kemahiran bahasa isyarat untuk menghadapi kanak-
kanak bermasalah pendengaran. Guru akan menyampaikan maklumat melalui isyarat
yang boleh difahami oleh mereka. Ciri kepimpinan guru bersifat autokratik. Guru
banyak bertindak mengawal dan memberi arahan.
5.1.2 Strategi pemusatan murid
13
Komunikasi dan interaksi di antara guru dan murid adalah secara dua hala. Ciri
kepimpinan guru bersifat demokratik. Murid digalakkan memberi pendapat mereka.
Dalam hal ini murid diberi peluang mengaplikasikan isyarat-isyarat yang dipelajari
untuk menyampaikan idea ataupun menjawab soalan. Seharusnya aktiviti yang
dikelolakan bersesuaian dengan tahap kemampuan dan kebolehan kanak-kanak ini.
5.1.3 Strategi pemusatan bahan pelajaran
Strategi ini lebih mengutamakan kecekapan dan kemahiran dalam menggunakan
bahan pelajaran untuk mencapai objektif pengajaran. Guru atau murid perlu
bergantung sepenuhnya kepada penggunaan bahan pelajaran untuk mencapai
objektif pengajaran. Strategi ini lebih sesuai kerana kanak-kanak bermasalah
pendengaran ini dapat bertindak balas secara langsung dalam aktiviti yang dirancang.
Ini juga dapat merangsang deria sensori mereka yang lain secara optimum.
5.2 KAEDAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KANAK-KANAK BERMASALAH PENDENGARAN 5.2.1 Kaedah Demontrasi
Kaedah tunjuk cara adalah kaedah yang telah lama digunakan di sekolah dan ia
paling sesuai digunakan dalam sesi pengajaran kanak-kanak yang menghadapi
masalah pendengaran. Tunjuk cara ini lebih banyak melibatkan deria penglihatan.
Kaedah ini merupakan satu cara untuk membiasakan murid dengan prosedur yang
perlu diikuti oleh mereka semasa membuat aktiviti seperti berkebun, menggunakan
alatan dan sebagainya.
Sesuatu tunjuk cara tidak akan berjaya dan lengkap jika tidak diberi peluang
murid membuat sesuatu yang menunjukkan mereka telah menguasai maklumat,
proses atau prinsip tertentu. Kaedah ini boleh dilaksanakan oleh guru, menggunakan
model di kalangan kanak-kanak ataupun melalui alat audio visual bersesuaian.
Kanak-kanak bermasalah pendengaran juga perlu diberi peluang membuat
demontrasi.
14
5.2.2 Kaedah Simulasi
Simulasi merupakan satu gambaran abstrak sesuatu situasi sebenar yang
memerlukan pelajar berinteraksi sesama sendiri berdasarkan peranan masing-masing
untuk menyelesaikan sesuatu masalah atau isu. Ia merupakan satu situasi yang
diwujudkan untuk menyerupai keadaan sebenar dengan cara menggunakan masalah-
masalah yang benar-benar wujud atau menyediakan situasi-situasi yang benar-benar
wujud di dalam keadaan yang terkawal. Tujuan kaedah simulasi adalah untuk
meningkatkan kebolehan murid mengaplikasikan konsep-konsep tertentu dalam
penyelesaian masalah. Di samping itu kaedah ini mampu memberi motivasi kepada
golongan istimewa ini supaya lebih berdikari dan mempunyai keyakinan diri.
5.2.3 Kaedah Bercerita
Kaedah bercerita juga amat sesuai dipraktikkan kepada golongan bekeperluan khas.
Bercerita dapat mencernakan daya kreatif dan imaginasi kanak-kanak. Ia dapat
melatih pelajar dengan pelbagai kemahiran dan kecekapan bahasa terutamanya
kemahiran lisan (mendengar dan bertutur) serta menggalakkan pelajar berkomunikasi
dengan berkesan dari segi sebutan, nada, intonasi dan ekspresi/mimik muka.
Untuk kanak-kanak bermasalah pendengaran, cerita boleh disampaikan
menggunakan peralatan tayangan seperti slot video, persembahan powerpoint,
televisyen ataupun menggunakan bahan maujud seperti boneka.
5.2.4 Kaedah Direktif
Kaedah Direktif merupakan kaedah yang paling banyak digunakan dalam pengajaran
dan pembelajaran pendidikan khas. Tujuan memberi arahan adalah untuk memberi
panduan kepada murid sebelum mereka memulakan aktiviti. Kemahiran memahami
arahan penting bagi kanak-kanak termasuk kanak-kanak bermasalah pendengaran
ini. Guru perlulah mengambil masa yang lama untuk memberi arahan. Perkara
penting ialah murid perlu mempelajari bagaimana mematuhi arahan yang agak sukar
difahami. Oleh itu, arahan guru haruslah jelas dan tepat serta berulang-ulang sebelum
15
pembelajaran bermula. Arahan yang tidak tepat, kabur, sukar, singkat serta tidak
diulang-ulang akan menyebabkan murid melakukan kesalahan semasa
menyelesaikan tugasan.
6. MENANGANI KANAK-KANAK BERMASALAH PENDENGARAN
Bagi tujuan penulisan ini, fokus pelan tindakan akan ditumpukan untuk
menangani kanak-kanak bermasalah pendengaran.
Langkah awal perlulah diambil dalam mengatasi masalah pendengaran
terutama di kalangan kanak-kanak. Ia boleh mendatangkan kesan buruk terhadap
perkembangan bahasa dan pertuturan kanak-kanak tersebut. Ini seterusnya akan
merencat perkembangan sosial, komunikasi, psikologi dan vokasional individu
berkenaan. Masalah pendengaran perlu dikesan sejak kecil (umur < 3 bulan) agar
pemasangan alat bantu dengar yang bersesuaian serta program rawatan seterusnya
dapat dilakukan. Ini adalah bertujuan untuk mengurangkan kesan masalah
pendengaran yang dihadapi oleh kanak-kanak berkenaan:
Kanak-kanak yang dilahirkan tanpa pendengaran tidak dapat bertutur. Mereka patut
diajar cara cara:
- Mendengar
- Menyampaikan buah fikiran
- Menyatakan keperluan
- Melepaskan perasaan
Kanak-kanak yang dapat mendengar suara yang kuat selalunya mengalami
perkembangan pertuturan yang lambat. Mereka patut di ajar mendengar dan bercakap
dengan baik. Mereka boleh berkomunikasi dengan cara lain juga, iaitu bahasa isyarat
Terdapat juga kanak-kanak yang boleh mendengar tetapi tidak boleh bertutur
dengan baik. Kanak-kanak ini perlu dilatih supaya dapat menyalurkan buah fikiran,
keperluan dan perasaan. Mereka mudah meradang. Mereka sukar menumpukan
16
perhatian pada sesuatu perkara yang agak lama. Para pendidik hendaklah mencari
jalan untuk membuat kenyataan menyeronokkan supaya mereka berminat untuk
mendengar. Guru / ibubapa / penjaga boleh:
bercakap
guna tangan
mimik muka
gerak badan
menulis
latih mendengar bunyi-bunyi di persekitaran mereka
1. Sebelum bercakap, tarik perhatian kanak-kanak dahulu supaya mereka tahu yang
guru/ibubapa/penjaga sedang bercakap dengannya
2. Pastikan kanak-kanak melihat muka penutur semasa bercakap. Bercakap
perlahan, sebut dan tulis apa yang dikatakan
3. Duduk ditempat yang bercahaya supaya kanak-kanak dapat melihat wajah penutur
dengan jelas terutama bibir
Oleh itu perkara-perkara di bawah adalah tidak digalakkan untuk melakukannya:
Menutup mulut semasa bercakap
Berpaling muka sebelum habis bercakap
Bercakap semasa menulis di papan hitam/ hijau
Terdapat kanak-kanak yang bermasalah pendengaran mampu mendengar
sekiranya kita bercakap perlahan ke telinganya. Terdapat pula segolongan kanak-
kanak dapat mendengar dengan jelas apabila diletakkan tangan di belakang telinga
kanak-kanak. Selepas guru/ibubapa/ penjaga bercakap, kanak-kanak haruslah diberi
peluang berfikir dahulu kemudian guru/ibubapa/ penjaga menyambung bercakap.
17
6.1 Pengelolaan Bilik Darjah
Murid-murid bermasalah pendengaran diajar dengan menggunakan kaedah
dengar dan faham. Kaedah ini digunakan dengan cara memperdengar murid-murid
kepada video. Hal ini demikian kerana, kanak-kanak bermasalah pendengaran mudah
tertarik kepada nyanyian dan aktiviti bergambar.
Aktiviti dijalankan di dalam kelas yang mengandungi ‘LCD’ atau di bilik media.
Semasa aktiviti ini dijalankan, murid-murid hendaklah memakai alat bantu belajar
yang telah disediakan dan menekan ‘microphone’ jika dapat memahami serta
mendengar setiap latihan dan arahan yang diberikan.
Bagi para pendidik yang bertanggungjawab mengajar dan mengendalikan
kanak-kanak berpendidikan khas ini, berikut adalah beberapa teknik yang boleH
digunapakai untuk diaplikasikan kepada kanak-kanak tersebut:
Murid ditempatkan pada kedudukan ia boleh mendengar/melihat dengan baik
bagi mengelakkan dia tidak menyedari bahawa anda sedang
bercakap/berkomunikasi dengannya.
Murid duduk di mana ia boleh melihat wajah,bibir dan isyarat tangan guru
dengan jelas
Pastikan mereka boleh melihat wajah rakan di antara satu sama lain
Pastikan mereka berada dalam keadaan penuh perhatian sebelum memberi
arahan atau pengajaran
Guru hendaklah menghadap kelas semasa bercakap/berisyarat
Gunakan suara yang biasa tetapi terang/isyarat yang tepat
Gunakan ayat-ayat dan rangkai kata
Gunakan kod isyarat yang biasa digunakan dan difahami
Sentiasa menghadap cahaya semasa mengajar
Jangan halang mulut/tangan dengan sebarang objek semasa
bercakap/berkomunikasi atau membaca
Berdiri pada satu tempat sahaja semasa bercakap/berisyarat
Galakan murid-murid bertanya
18
Jika murid kurang faham tukarkan struktur ayat kepada yang lebih mudah
difahami
Gunakan alat pandang dengar atau BBM semaksimum mungkin semasa
mengajar
Perkataan baru yang digunakan dicatatkan pada satu sudut di papan hitam
Tuliskan maknanya
Tuliskan contoh ayat bagi perkataan berkenaan
Ringkasan isi pengajaran-buat edaran sebelum pengajaran
Isi penting dicatatkan pada satu sudut di papan hitam untuk rujukan
Galakan tumpuan sepenuhnya yang berterusan semasa mengajar
Alat ini merupakan alat bantu belajar bagi kanak-kanak bermasalah
pendengaran. Alat ini dikenali sebagai otometrics. Alat ini digunakan denagn
memasang di telinga. Kegunaannya sama dengan ‘earphone’ namun semasa
proses pembelajaran murid-murid diminta untuk memakai alat ini dan menekan
‘microphone’ yang terdapat di otometrics ini apabila mendengar dan
memahami arahan serta latihan yang diberi.
19
Alat ini digunakan khas untuk kanak-kanak bermasalah pendengaran. Alat ini
dipasang di telinga kanak-kanak bermasalah pendengaran semasa proses
komunikasi dengan individu lain serta semasa dalam proses pengajaran dan
pembelajaran berlaku. Alat ini dapat membantu murid-murid dengan jelas.
7.0 KESIMPULAN
Bagi kanak-kanak yang mengalami masalah pendengaran, langkah-
langkah perlu diambil untuk membantu meningkatkan kualiti penggunaan alat bantuan
kepada murid-murid bermasalah pendengaran. Kerosakan mudah sebenarnya boleh
diatasi oleh guru atau penjaga sekiranya mereka diberi pendedahan mengenai
penjagaan alat. Guru-guru dan penjaga juga boleh membimbing murid-murid
mengenai penjagaan alat bantuan pendengaran mereka dan seterusnya mereka
boleh mengesan sendiri jika alat yang dipakai tidak berfungsi.
Selain itu usaha perlu dilakukan untuk menambah bilangan murid yang
menggunakan alat bantuan pendengaran. Tanpa penggunaan alat bantuan
pendengaran dunia mereka sepi kerana hanya alat bantuan pendengaran
menghubungkan mereka dengan bunyi-bunyi di persekitaran. Di samping membantu
mereka menguasai pertuturan bunyi persekitaran, bunyi-bunyi persekitaran juga
membantu mereka mengesan bahaya seperti bunyi-bunyi dari kenderaan di jalan raya
dan amaran-amaran lain. Akhir sekali guru-guru yang terlibat dalam pendidikan murid-
murid bermasalah pendengaran perlu diberi pendedahan mengenai penggunaan alat
bantuan pendengaran di samping teknik pengajaran dan pembelajaran. Kursus-
20
kursus pendek boleh diberikan kepada guru-guru terlibat agar dengan perkembangan
ilmu pengetahuan terkini agar dapat meningkatkan perkhidmatan pendidikan kepada
murid-murid.
Kejayaan kepada pergantungan ke atas diri sendiri merupakan satu kejayaan
besar dalam diri individu ini. Individu ini dapat memperolehi pendapatan hidupnya
tanpa mengharapkan kepada belas kasihan orang lain. Semua pihak mestilah
mengambil berat dan berfikiran positif dalam pergaulan mereka dengan golongan
istimewa ini dan ini akan membentuk persekitaran sosial yang lebih baik. Oleh itu,
ingin ditegaskan bahawa masyarakat sekitar amat penting dalam mendorong
kejayaan individu ini selain daripada ibu bapa dan guru.
7.0 REFLEKSI
21
Kursus PRA 3109 Kanak-kanak Prasekolah Berkeperluan Khas melibatkan
aspek-aspek dalam pengajaran dan pembelajaran bagi kanak-kanak berkeperluan
khas.
Tugasan yang telah dipertanggungjawabkan kepada saya dalam kursus
PRA3109 ini ialah untuk mengenali kanak-kanak prasekolah berkeperluan khas dan
mengenalpasti masalah pengajaran dan pembelajaran yang biasa dihadapi oleh
golongan istimewa ini. Seterusnya saya dikehendaki mencadangkan strategi,
pendekatan, kaedah dan teknik yang sesuai dilaksanakan untuk menangani kanak-
kanak berkeperluan khas ini.
Saya berasa amat beruntung kerana berpeluang menerokai satu lagi dimensi
baharu dalam dunia pendidikan. Selama ini pengetahuan saya hanyalah berkisar
kepada pengajaran dan pembelajaran di kelas-kelas biasa dan berhadapan dengan
pelajar-pelajar normal. Pada kali ini saya dapat mendalami ilmu pengetahuan untuk
mengenali insan-insan istimewa di sekeliling kita. Kanak-kanak istimewa ini tidak
seharusnya diketepikan dalam bidang pendidikan. Mereka juga berhak menikmati
kehidupan seperti manusia normal yang lain.
Justeru itu kita yang dianugerahkan oleh Allah dengan kesempurnaan ini
seharusnya mempunyai kesedaran dan rasa tanggungjawab untuk berkongsi
kehidupan di dunia ini bersama mereka. Oleh itu kita seharusnya menerokai dunia
mereka. Kalau boleh biarlah kita turut sama merasai sendiri di manakah ruang
kelemahan dan kekurangan golongan berkeperluan khas ini.
Fokus kepada kanak-kanak berkeperluan khas ini, ilmu yang diserap di
sebalik kursus ini sekurang-kurangnya memberi pendedahan kepada saya bagaimana
untuk menangani masalah sekiranya berhadapan dengan kanak-kanak sebegini.
Sepanjang melaksanakan tugasan ini saya telah melalui beberapa proses. Di
antaranya ialah melalui perbincangan dan kuliah yang dilaksanakan semasa
perjumpaan tutorial bersama pensyarah Encik Wan Mohd Madehi bin Wan Ali. Skop
tajuk dalam kursus ini telah dikupas secara ilmiah dan terperinci membantu
22
pemahaman saya dalam mengenali kanak-kanak berkeperluan khas ini. Di samping
itu kami sekelas juga telah diberi pencerahan dengan begitu jelas berkenaan tugasan
yang bakal kami laksanakan.
Selain daripada sesi kuliah dan tutorial yang dijalankan, saya juga turut
membuat rujukan melalui buku-buku ilmiah di perpustakaan dan pusat sumber.
Walaupun sumber yang dikehendaki dalam kuantiti yang terhad, sekurang-kurangnya
ini dapat membantu saya mengumpul maklumat dan bukti sepanjang tugasan ini.
Di samping itu juga saya mendapatkan sumber rujukan daripada bahan-bahan
internet. Informasi dan data daripada bahan internet ini saya saring dan
tapis.Seterusnya bahan-bahan maklumat ini diolah untuk tranformasikan dalam
tugasan yang bakal disiapkan.
Sepanjang melaksanakan tugasan ini memang terdapat kekangan dan cabaran
yang terpaksa dihadapi. Antaranya ialah pembahagian masa yang terpaksa
digunakan di sebalik rutin seharian. Natijahnya saya terpaksa bersengkang mata
untuk membuat tugasan yang memerlukan tumpuan dan konsentrasi ini.
Walau bagaimanapun, saya bersyukur kerana berjaya juga menyiapkan
tugasan ini. Apa yang lebih penting lagi bidang ilmu ini membuka dimensi baharu
dalam diri saya kerana banyak memberi kesan dan kesedaran kepada diri saya.
Mudah-mudahan ilmu ini akan menambah rasa keinsafan dan membakar semangat
kepada kita semua untuk menyuburkan lagi dunia pendidikan di negara kita ini.
23
RUJUKAN
D. A. Hussin, R.Omar, Knight, V. Feizal,(2009). Penyebab masalah penglihatan di
kalangan kanak-kanak prasekolah di daerah Sitiawan, Perak, Malaysia. Volume 38
David H. Warren, (1977). Blindness And Early Childhood Development, American
Foundation For The Blind, New York,
Irving F. Lukoff, et al., (1972). Attitudes Toward Blind Persons, American Foundation
For The Blind, New York,
Crow, L.D. and Crow, M.A. (1983). Psikologi Pendidikan Untuk Perguruan.
(Terjemahan Habibah Bt. Elias) Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
Culatta, R.A. & Tompkins, JR., “ Fundamentals of Special Education ”, 1999.
Hallahan, D.P & Kauffman, J.M., “ Exceptional Leamers ” (1997)
Kirk, S.A. et al, “ Educating Exceptional Children ” (7th ed.), 1993 Marozas, D., & May,
D. (1998). Issues and practices in speacial education.
Ysseldyke, J., & Algozzine, C. (1982). Critical issues in special and Remedial
education. Boston: Houghton Mifflin.
Sumber Internet dari http://pbmum.tripod.com/sejarah/50.html
http://pmspk.moe.gov.my/
index.phpoption=com_content&view=article&id=79&Itemid=141&lang=bm&limitstart=7
http://pmspk.moe.gov.my/
index.php option=com_content&view=article&id=79&Itemid=141&lang=bm&limitstart=7
PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI
http://ppkisktamanbungaraya1.blogspot.com/2010/02/ciri-ciri-dan-perkembangan-
kanak-kanak.html
24