17
Kandungan
Halaman
Pengenalan Apakah itu insurans?Apakah itu takaful?
Kenapa membeli insurans atau menyertai skim takaful? Apakah jenis produk insurans/ takaful yang saya perlukan?
Apakah jenis produk insurans/ takaful yang ada?
Bagaimanakah untuk mengetahui sama ada sesebuah pengendali takaful mematuhiprinsip Syariah?
Prinsip-prinsip insurans/ takaful Di manakah saya boleh memperoleh pelan insurans/ takaful?
Membuat perbandingan harga
Senarai Semakan: Mendapatkan pelan insurans/ takaful
Apakah fakta penting? Membayar premium/ caruman
Apakah yang perlu saya lakukan sekiranya saya mempunyai pelan insurans/ takaful?
Soalan-soalan lazim
Glosari
1
3
4
7
8
10
11
12
13
14
16 20
1
Pengenalan
Buku panduan ini akan membantu anda memahami
insurans dan takaful. Ia mengandungi maklumat
tentang jenis produk insurans dan takaful yang
terdapat dalam pasaran serta prinsip-prinsip asas
insurans dan takaful.
Apakah itu insurans?
Anda membeli insurans untuk memindahkan risiko
kerugian kepada syarikat insurans dan dengan
itu mengurangkan beban kewangan ketika anda
mengalami kerugian. Sebagai contoh, sekiranya
kenderaan bermotor anda yang telah diinsuranskan
terlibat dalam kemalangan, syarikat insurans anda
akan membayar kos pembaikan tersebut. Anda
membeli insurans dengan membayar premium kepada
syarikat insurans anda.
Apakah itu takaful?
Takaful ialah satu skim insurans berlandaskan prinsip
Islam iaitu saling menjamin, apabila sekumpulan peserta
bersetuju untuk saling menjamin sesama mereka
terhadap kerugian tertentu. Sekiranya anda menyertai
skim takaful, anda bersetuju menderma sebahagian
daripada caruman ke dalam kumpulan wang takaful
bagi membantu mana-mana peserta kumpulan yang
mengalami mana-mana kerugian tertentu.
2
Bergantung pada terma dalam sijil takaful, seseorang
peserta juga boleh berkongsi lebihan kumpulan wang
takaful sekiranya beliau tidak pernah membuat tuntutan
sepanjang tempoh takaful. Sesiapa sahaja boleh
menyertai skim takaful tanpa mengira kepercayaan
agama seseorang itu.
Kenapa membeli insurans atau menyertai skimtakaful?
Tujuan memiliki insurans/ takaful adalah untuk
mengurangkan beban kewangan anda apabila berlakunya
kerugian atau kemalangan. Ini bertujuan agar aktiviti harian
anda dan keluarga tidak terganggu. Walau bagaimanapun,
pelan insurans/ takaful hanya melindungi anda bagi
kerugian yang dinyatakan dalam pelan. Oleh itu, sekiranya
anda ingin mendapatkan insurans/ takaful, anda perlu
memastikan pelan tersebut meliputi kerugian yang anda
perlu lindungi.
Apakah jenis produk insurans/ takaful yang saya perlukan?
Keperluan insurans/ takaful anda bergantung
pada keadaan, umur dan gaya hidup anda. Walau
bagaimanapun, terdapat beberapa jenis insurans/ takaful
yang diwajibkan oleh undang-undang; contohnya jika
anda memiliki kenderaan bermotor, undang-undang
mewajibkan anda memiliki perlindungan untuk
membayar ganti rugi atas liabiliti yang disebabkan oleh
anda kepada orang lain.
3
4
Apakah jenis produk insurans/ takaful yang ada?
Anda boleh membeli jenis insurans/ takaful yang
berbeza untuk melindungi harta benda, nyawa,
kesihatan dan persaraan anda. Terdapat pelbagai
jenis produk yang boleh memenuhi keperluan
anda. Jenis insurans/ takaful yang biasa didapati
ialah:
Insurans hayat/ takaful keluarga, yang
selalunya digunakan sebagai satu cara untuk
memberikan bantuan kewangan kepada
tanggungan anda sekiranya anda meninggal
dunia. Anda juga boleh menabung atau melabur
melalui insurans hayat/ takaful keluarga. Terdapat
juga sesetengah insurans hayat/ takaful keluarga
yang memberikan pampasan sekiranya anda
tidak mampu bekerja disebabkan penyakit atau
ketidakupayaan. Contoh produk insurans hayat/
takaful keluarga ialah insurans hayat seumur hidup/
endowmen, pelan keluarga biasa dan insurans/
takaful berkaitan pelaburan.
5
Jika anda ingin mendapatkan insurans/ takaful, pastikan pelan tersebut meliputi kerugian yang anda perlu lindungi
6
Insurans/ takaful motor, yang akan
memberikan pampasan bagi kerugian tertentu
disebabkan kerosakan pada kenderaan anda akibat
kemalangan. Ia turut memberikan pampasan
untuk kerugian pihak lain yang diakibatkan
oleh kenderaan bermotor anda dalam sesuatu
kemalangan.
Insurans/ takaful empunya/ isi rumah, yang
akan membayar pampasan bagi kerugian tertentu
apabila rumah atau harta peribadi anda musnah
akibat kejadian seperti kebakaran, banjir, paip pecah
dan sebagainya. Anda juga boleh dilindungi daripada
tuntutan pihak ketiga yang dibuat berikutan kejadian
tersebut.
Insurans/ takaful perubatan dan kesihatan, yang
membayar pampasan bagi pelbagai jenis perbelanjaan
hospital dan perubatan yang anda mungkin tanggung
sekiranya anda sakit atau mengalami kecederaan.
Pampasan ini termasuk bayaran bilik dan makanan di
hospital, perkhidmatan profesional serta keperluan dan
perkhidmatan perubatan.
Insurans/ takaful kemalangan diri, yang akan
membayar sejumlah wang sekiranya anda hilang upaya
disebabkan kemalangan atau meninggal dunia.
7
Bagaimanakah untuk mengetahui sama ada sesebuah pengendali takaful mematuhi prinsip Syariah?
Jawatankuasa Syariah telah ditubuhkan oleh semua
pengendali takaful bagi memastikan operasi takaful
mereka sejajar dengan prinsip Syariah. Bank Negara
Malaysia juga telah menubuhkan Majlis Penasihat
Syariah yang berfungsi sebagai pusat rujukan bagi
hal-hal berkaitan perbankan Islam dan takaful di
Malaysia.
8
Prinsip-prinsip insurans/ takaful
Produk insurans/ takaful anda tertakluk kepada
empat prinsip utama yang diamalkan secara umum
iaitu kepentingan boleh insurans/ kepentingan boleh
lindung, penuh percaya, indemniti dan sumbangan.
Untuk mendapat perlindungan insurans, anda mesti
mempunyai kepentingan boleh insurans terhadap
barang atau hayat yang diinsuranskan. Kepentingan
boleh insurans biasanya wujud melalui hubungan
pertalian dengan seseorang atau hak milik terhadap
sesuatu harta benda. Sebagai contoh, seseorang itu
akan mempunyai kepentingan boleh insurans atas
nyawa dirinya atau anaknya, rumah atau kenderaan
bermotornya.
Pada asas yang sama, untuk takaful, anda mesti
mempunyai kepentingan boleh lindung sebelum anda
boleh menyertai skim takaful. Sesebuah pelan insurans/
takaful tanpa kepentingan boleh insurans/ kepentingan
boleh lindung adalah seumpama kontrak perjudian di
mana tujuan memiliki insurans/ takaful adalah untuk
memperoleh keuntungan daripadanya.
9
Penuh percaya bermaksud anda mesti menyatakan
semua fakta penting apabila membeli polisi insurans
atau menyertai skim takaful. Ini bertujuan untuk
membolehkan syarikat insurans/ pengendali takaful
membuat keputusan sama ada untuk memberikan
perlindungan insurans/ takaful tersebut kepada anda
dan menentukan amaun premium/ sumbangan takaful
daripada anda.
Sekiranya anda tidak mematuhi keperluan ini, polisi
insurans/ sijil takaful anda boleh menjadi tidak sah, dan
syarikat insurans/ pengendali takaful berhak menolak
tuntutan pampasan oleh anda.
Prinsip indemniti dan sumbangan hanya terpakai untuk
insurans/ takaful bagi harta benda anda sahaja. Apabila
anda mengalami kerugian, prinsip indemniti hanya akan
membenarkan anda memperoleh amaun yang akan
mengembalikan keadaan anda sama seperti sebelum
berlakunya kerugian. Di bawah prinsip sumbangan,
semua syarikat insurans/ pengendali takaful yang
memberikan perlindungan kepada sesuatu harta yang
sama akan berkongsi membayar pampasan untuk
kerosakan terhadap harta tersebut. Dengan cara ini,
seseorang itu tidak boleh “memperoleh keuntungan”
dengan membeli lebih daripada satu polisi atau pelan
takaful untuk harta yang sama.
10
Di manakah saya boleh memperoleh pelan insurans/ takaful?
Anda boleh membeli polisi insurans/ menyertai pelan
takaful:
pengendali takaful;
broker berlesen; dan
pengurusan bankasurans dengan syarikat insurans
atau pengurusan banktakaful dengan pengendali
takaful.
Seseorang ejen insurans atau takaful bertindak bagi
pihak syarikat insurans atau pengendali takaful
dan menjual polisi insurans atau pelan takaful yang
ditawarkan oleh syarikat insurans atau pengendali
takaful itu sahaja. Seseorang broker insurans atau
takaful pula bertindak bagi pihak pelanggan dan
memberikan nasihat kepada pelanggannya tentang
pelan yang ia mungkin perlukan. Seseorang penasihat
kewangan ialah pihak berkecuali yang menawarkan
pelbagai perkhidmatan perancangan kewangan,
termasuk insurans/ takaful kepada pelanggannya.
11
Membuat perbandingan harga
Ada faedahnya jika anda membuat perbandingan harga
bagi sesuatu pelan yang memenuhi keperluan anda.
Anda boleh membandingkan premium, terma dan
butiran mengenai apa yang sebenarnya dilindungi dan
apa yang dikecualikan oleh pelan. Polisi yang berbeza
mungkin mempunyai terma dan syarat, kadar dan
klausa pengecualian yang berbeza. Dapatkan penjelasan
sekiranya terdapat keraguan mengenai mana-mana
terma supaya anda betul-betul jelas tentang polisi
insurans/ pelan takaful anda.
12
Senarai Semakan: Mendapatkan pelan insurans/ takaful
Berikut ialah senarai semakan yang boleh dijadikan
panduan semasa membeli pelan insurans/ takaful:
berdaftar/ broker berlesen atau secara terus dengan
syarikat insurans atau pengendali takaful.
sebut harga daripada beberapa syarikat insurans/
pengendali takaful dan/ atau ejen.
kekurangan dan pengecualiannya.
caruman untuk perlindungan tersebut.
daripada mempunyai perlindungan yang terlalu
banyak atau terlalu sedikit.
lengkap, maklumat yang diberikan adalah tepat dan
semua fakta penting didedahkan sepenuhnya.
mungkin.
13
Apakah fakta penting?
Fakta penting ialah mana-mana fakta berkaitan
anda atau objek yang ingin dilindungi yang perlu
diketahui oleh syarikat insurans/ pengendali takaful,
supaya ia dapat membuat keputusan sama ada
untuk memberikan perlindungan kepada anda atau
tidak, jumlah premium yang perlu dibayar dan terma
yang akan dikenakan. Syarikat insurans/ pengendali
takaful lazimnya akan memperolehi maklumat
ini daripada borang permohonan anda. Oleh itu,
sekiranya timbul sebarang keraguan tentang mana-
mana soalan dalam borang permohonan, anda harus
mendapatkan penjelasan dan bukannya meneka atau
membiarkan sahaja ruangan jawapan tersebut kosong.
Bagi insurans hayat/ takaful keluarga, fakta penting
lazimnya termasuk pekerjaan, status kewangan, sejarah
perubatan keluarga, tahap kesihatan dan gaya hidup.
Membayar premium/ caruman
Apabila anda membayar premium/ caruman melalui
ejen, pastikan cek anda dikeluarkan atas nama syarikat
insurans/ pengendali takaful anda. Jika tidak, usahakan
untuk membayar premium anda terus kepada syarikat
insurans/ pengendali takaful anda. Terdapat banyak cara
pembayaran premium/ caruman anda seperti melalui
perkhidmatan autodebit daripada akaun bank anda,
perbankan Internet, kad kredit dan perbankan telefon.
14
Anda harus mendapatkan resit bagi pembayaran
premium/ caruman anda. Selain itu, hubungi syarikat
insurans/ pengendali takaful anda sekiranya anda tidak
menerima polisi anda dalam tempoh satu bulan dari
tarikh pembelian.
Apakah yang perlu saya lakukan sekiranya saya mempunyai pelan insurans/ takaful?
Polisi insurans/ sijil takaful ialah dokumen yang sah di
sisi undang-undang. Oleh itu, anda perlu memberikan
perhatian kepada terma-terma polisi/ sijil supaya pelan
anda kekal sah. Anda haruslah:
menerimanya. Berbincanglah dengan syarikat
insurans/ pengendali takaful anda sekiranya terdapat
percanggahan dengan apa yang telah dipersetujui
sebelum ini.
pemegang polisi/ peserta pelan takaful.
pembayaran premium/ caruman anda supaya tidak
berlaku kekurangan dalam perlindungan anda.
penting kepada syarikat insurans/ pengendali takaful
anda.
15
syarikat insurans/ pengendali takaful supaya anda
dapat menerima notis pada setiap masa.
anda secepat mungkin apabila terdapat tuntutan
yang hendak dibuat.
daripada kerugian selanjutnya setelah aset tersebut
mengalami kerosakan seperti dalam kemalangan,
kerana kerugian tersebut tidak akan dilindungi oleh
insurans/ pelan takaful anda.
16
Soalan- soalan lazim
S: Apakah perbezaan antara insurans dengan takaful?
J: Kedua-dua insurans dan takaful memberikan
perlindungan terhadap risiko. Namun begitu,
takaful ialah skim insurans yang berlandaskan
prinsip Syariah iaitu seseorang yang menyertai
skim takaful akan memeterai kontrak (aqad)
untuk bersetuju membantu peserta lain dalam
skim apabila mereka mengalami kerugian atau
kemalangan yang ditetapkan.
17
S: Bagaimanakah saya dapat memastikan pihak yang saya berurusan ialah pihak yang diberikan kuasa untuk menjual produk insurans atau takaful?
J: Pastikan pihak tersebut dapat membuktikan yang
ia merupakan pihak yang berdaftar atau dilesenkan
untuk menjual produk insurans/ takaful. Sila ambil
perhatian bahawa:
hayat berdaftar dengan Persatuan Insurans
Nyawa Malaysia.
am berdaftar dengan Persatuan Insurans Am
Malaysia.
berdaftar dengan Pendaftar Pengantara Takaful.
dilesenkan oleh Bank Negara Malaysia di bawah
Akta Insurans 1996.
Bank Negara Malaysia di bawah Akta Takaful
1984.
18
S: Bagaimanakah saya mengetahui apa fakta penting?
J: Fakta penting ialah mana-mana maklumat yang
diperlukan oleh syarikat insurans/ pengendali
takaful untuk membuat keputusan sama ada
hendak menerima atau tidak permohonan anda
untuk membeli insurans atau takaful. Lazimnya,
borang permohonan yang digunakan oleh syarikat
insurans atau pengendali takaful telah direka
untuk mengumpulkan fakta yang diperlukan. Anda
harus menjawab semua soalan dalam borang
permohonan dengan betul dan tepat. Sekiranya
anda mempunyai sebarang kemusykilan, anda
harus merujuk kepada ejen insurans/ takaful atau
syarikat insurans/pengendali takaful anda.
19
S: Saya membayar premium insurans hayat/ caruman takaful keluarga secara tetap melalui ejen insurans saya. Walau bagaimanapun, apabila saya membuat tuntutan baru-baru ini, syarikat insurans/ pengendali takaful saya memaklumkan bahawa polisi saya telah luput kerana saya tidak membayar premium/ caruman yang dikenakan. Apakah yang harus saya lakukan?
J: Anda harus mengemukakan aduan rasmi kepada
syarikat insurans/ pengendali takaful anda supaya
penyiasatan dapat dibuat. Kemukakan semua
dokumen kes anda termasuk salinan resit dan
nama ejen yang terlibat kepada syarikat insurans/
pengendali takaful anda. Sekiranya anda mempunyai
dokumen yang berkaitan, syarikat insurans/
pengendali takaful akan bertanggungjawab
terhadap tuntutan anda. Namun, sekiranya anda
tidak mempunyai sebarang dokumen atau bukti lain,
syarikat insurans/ pengendali takaful anda mungkin
menolak permohonan tuntutan anda.
Bagi melindungi diri anda, sekiranya anda
mempunyai insurans/ pelan takaful, sentiasa pastikan
bayaran premium/ caruman dibuat atas nama
syarikat insurans/ pengendali takaful anda. Dapatkan
resit rasmi daripada syarikat insurans/ pengendali
takaful sebagai bukti pembayaran dan pastikan
semua surat termasuk kontrak polisi/ sijil takaful dan
resit difailkan dengan betul.
20
Glosari
Indemniti Meletakkan pemegang polisi dalam kedudukan kewangan
yang sama seperti sebelum berlakunya kerugian dengan
serta-merta melalui pembayaran, pembaikan atau
penggantian.
Kepentingan boleh insuransSatu prinsip asas insurans yang memerlukan seseorang yang
membeli insurans untuk mempunyai kepentingan boleh
insurans terhadap perkara yang hendak diinsuranskan atau
nyawa yang diinsuranskan, iaitu sekiranya kehilangan atau
kerosakan berlaku pada perkara atau kemalangan pada
nyawa yang diinsuranskan akan menyebabkan kerugian
dari segi kewangan kepada pemegang polisi. Dalam takaful,
keperluan ini dikatakan sebagai kepentingan boleh lindung.
Fakta pentingMana-mana maklumat yang relevan kepada keputusan
syarikat insurans/ pengendali takaful sama ada untuk
menerima risiko tertentu serta kadar dan terma yang akan
dikenakan.
Penuh percaya Satu keperluan untuk seseorang yang membeli produk
insurans atau takaful untuk menyatakan semua butiran
yang berkaitan di dalam borang permohonan yang
dikemukakan kepada syarikat insurans/ pengendali takaful
supaya permohonan tersebut dapat dipertimbangkan
dengan sewajarnya.
1