Download - karangan T4
-
8/12/2019 karangan T4
1/1
Berkelah di tepi pantai
Pada hari Rabu yang lalu, kami
sekeluarga telah berkelah di tepi pantai.
Sebelum bertolak, kami membawa bola,
tikar, makanan, baju, radio dan lain-lain.
Pada pukul 8.00 pagi, kami menaiki
kereta ke tepi pantai. Dalam perjalanan , kami berbual-bual dengan gembira.
Setiba di sana , saya dan
abang berenang di dalam laut. Adik lelaki saya
membina istana pasir . Bapa saya
memancing ikan. Emak pula mendengar radio
sambil membaca novel.
Selepas sejam, kami sekeluarga makan
makanan. Kemudian, kami berjalan-jalan di tepi
pantai. Kami juga mengambil gambar.Sebelum pulang, kami membersihkan
kawasan sekeliling . Kami sekeluarga
berasa letih tetapi gembira.
Pengalaman bercuti di dusun datuk
Pada cuti sekolah yang lalu, Ali telah
mengikut Jason ke dusun datuknya.
Mereka ke sana dengan menaiki kereta ayah
Jason.
Datuk Jason telah membawa mereka ke
dusunnya. Di dusun itu terdapat banyak pokok
buah-buahan seperti durian, rambutan,
manggis dan langsat.
Pada sebelah malam, mereka berdua
mengikut datuk bermalam di dusun. Pada
malam itu, mereka terdengar bunyi durian
gugur.
Pada keesokan hari, mereka mengutip
buah durian yang telah gugur. Selain itu,
mereka juga menolong datuk mengait
buah manggis.
Selepas itu, mereka berdua mengikut
datuk ke pekan untuk menjual buah durian dan
manggis. Tidak lama kemudian , buah
durian dan manggis telah habis dijual.
Selepas dua hari di sana, mereka pun
pulang ke rumah. Mereka tidak melupakan
pengalaman yang manis ini
.
Saya sepasang kasut
Saya merupakan sepasang kasut
sekolah. Saya dilahirkan di Kuching. Nama saya
Bata.
Saya dan kawan-kawan telah dihantar ke
pasar raya di Bintulu. Saya dipamerkan
di atas rak.
Pada suatu hari, seorang wanita telahmembeli saya. Kemudian, dia menghadiahkan
saya kepada anak lelakinya. Tuan saya bernama
Adam.
Setiap hari Adam memakai saya ke
sekolah. Kadang-kadang , saya dipakai
untuk berjoging.Tuan saya menjaga saya
dengan baik.
Pada hujung minggu, tuan saya akan
mencuci saya. Dia menggunakan sabun danberus untuk membersihkan badan saya. Oleh
itu, saya sentiasa kelihatan bersih.
Saya berasa gembira kerana mempunyai
tuan yang baik seperti Adam.
Orang yang paling saya sayangiSetiap orang mempunyai orang yang
paling disayangi. Orang yang paling sayasayangi ialah ibu saya.
Nama ibu saya Mary Wong. Ibu saya
kurus dan tinggi. Ibu saya seorang suri rumah
tangga.
Ibu saya seorang yang ringan tulang
. Setiap hari dia mengemas rumah agar
kelihatan bersih dan kemas. Dia juga sentiasa
menyediakan makanan seimbang
untuk kami sekeluarga.Ibu saya juga mengambil berat
tentang pelajaran saya. Dia selalu membimbing
saya membuat kerja sekolah. Dia juga
sentiasa menasihati saya agar belajar dengan
bersungguh-sungguh.
Pada hujung minggu, saya akan menolong
ibu untuk meringankan kerjanya. saya
akan membantu ibu menyapu lantai dan
menjemur pakaian. Selain itu, saya jugamenolong ibu menyiram pokok bunyanya.
Saya sangat sayang akan ibu saya. Saya
berharap dapat membalas jasa ibu
apabila saya dewasa kelak.