Karya ini adalah karya pelajar
1.0 PENGENALAN
“ Kami telah memperlihatkan kepada mereka tanda-tanda (kekuasaan)
Kami di segenap penjuru dan pada diri merek sendiri, sehingg jelaslah
bagi mereka bahawa al-Quran itu adalah benar dan apakah Tuhanmu
tidak cukup (bagi kamu) bahawa sesungguhnya Dia menyaksikan
segala sesuatu.”
(Fussilat:53)
Sejarah menunjukkan sungai dan persekitarannya sejak dahulu lagi amat
penting di dalam kehidupan manusia dari segi sosial dan ekonomi. Fungsi utama
sesebuah sungai adalah untuk mengalirkan air dari kawasan tadahannya dan ke
lautan. Sungai juga berperanan dalam kemudahan perhubungan yang
menyebabkan banyak penempatan masyarakat bertumpu di sepanjang tebing
sungai. Pada masa ini dapat dilihat di kawasan lembah yang pesat dengan
pembangunan infrastrukturnya, kawasan yang berhampiran sungai adalah kawasan
lapang yang "terakhir" yang masih dapat dinikmati oleh penduduk warga kota.
Sungai merupakan sumber air mentah utama iaitu 97 peratus. Pada tahun
2006 sahaja, sungai membekalkan sebanyak 7000 juta liter sehari dan dijangka
akan meningkat kepada lebih 16,000 juta liter sehari menjelang 2050. Isu yang
seringkali berbangkit berkaitan sumber air ialah pencemaran sungai. Dari segi
statistik, kurang separuh daripada 146 sungai di seluruh negara dikategorikan
sebagai bersih, manakala 15 lagi tercemar teruk dan sembilan dikategorikan sebagai
sungai mati.
Air pula merupakan ciptaan Allah S.W.T yang amat besar peranannya kepada
kita. Setiap hari kita memerlukan air. Kita tidak dapat hidup selesa jika tiada air
walaupun sehari. Malangnya, ramai orang yang tidak mencintai ciptaan Allah S.W.T
ini. Sumber air kini banyak yang tercemar. Sikap sesetengah orang yang membuang
Generated by Foxit PDF Creator © Foxit Softwarehttp://www.foxitsoftware.com For evaluation only.
samapah-sarap ke dalam sungai telah mencemarkan mutu air yang dianugerahkan
kepada kita.
Antara contoh, empat sungai di negara ini didapati paling tercemar sepanjang
2004 sehinggakan airnya tidak sesuai untuk tujuan minuman atau pengairan.
Laporan Kualiti Alam Sekitar Malaysia 2004 yang dikeluarkan Jabatan Alam Sekitar
baru-baru ini menyebut sungai-sungai itu ialah Sungai Menggaris di Sabah, Sungai
Jelutong di Pulau Pinang serta Sungai Buluh dan Sungai Tukang Batu di Johor.
2.0 DEFINISI DAN KONSEP PENCEMARAN AIR
Bumi terdiri daripada pelbagai komponen alam sekitar sama ada komponen
itu hidup dan tidak hidup. Setiap komponen alam sekitar ini bergerakbalas dan saling
berhubungan antara satu sama lain dalam suatu ruang yang dipanggil ekosistem.
Perhubungan yang harmoni diantara komponen dalam suatu ruang akan
mewujudkan suatu keadaan yang dipanggil ekosistem dinamik yang seimbang.
Apabila ekosistem yang seimbang ini terganggu akibat oleh sesuatu
perubahan dalam komponen alam sekitar akan menyebabkan ekosistem itu menjadi
tidak seimbang. Bila keadaan ini berlaku, ekosistem itu dikatakan mengalami
perubahan dari keadaan asal atau dalam istilah alam sekitar ianya dipanggil
pencemaran. Pencemaran itu sendiri bermaksud suatu perubahan yang tidak sesuai
yang berlaku disekitaran melalui perubahan salah satu atau komposisi-komposisi
kimia, biologikal dan fizikal. Kewujudan pencemaran inilah yang menimbulkan
masalah kepada komponen-komponen alam sekitar di dalam sesuatu ekosistem.
Didalam sesuatu ekosistem, pencemaran alam sekitar berpunca dari sumber-
sumber kejadian semulajadi atau akibat dari tindakan-tindakan oleh aktiviti manusia
dan ianya boleh wujud dalam pelbagai bentuk, keadaan dan intensiti. Pencemaran
air adalah sebarang perubahan kualiti alam sekeliling yang berpunca dari kegiatan
manusia yang boleh memudaratkan manusia dan alam. Pencemaran air dilihat
sebagai penambahan benda asing yang tidak diperlukan menyebabkan
kemerosotan kualiti air. Justeru, kebanyakan bekalan air minuman berpunca
daripada air hujan yang turun dikawasan tadahan air iaitu kawasan hutan primer
Generated by Foxit PDF Creator © Foxit Softwarehttp://www.foxitsoftware.com For evaluation only.
atau sekunder yang menadah air seterusnya dikumpulkan didalam tasik atau
empangan atau sungai.
Air dikatakan tercemar apabila perubahan-perubahan dalam komposisi
kimia, biologikal dan fizikal sehingga ianya tidak sesuai untuk digunakan seperti
untuk bekalan air minuman, habitat kepada hidupan akuatik, pengairan untuk
pertanian, pengangkutan, rekreasi dan sebagainya. Selain itu, sesuatu sumber air
juga dikatakan mengalami pencemaran apabila berlaku sesuatu perubahan secara
langsung dalam kandungan air. Perubahan air yang berpunca daripada kegiatan
manusia mengakibatkan ketidaksesuaian sesuatu sumber air untuk sesuatu tujuan
dalam seperti asalnya.
3.0 Parameter Kualiti Air dan Standard
Apakah yang dikatakan dengan kualiti air? Ianya bolehlah dikaitkan dengan
istilah fresh, dirty, dan potable. Ianya juga merupakan tindak balas komposisi air
(parameter air) kepada semua kemungkinan input dan proses sama ada bersifat
natural ataupun budaya (Krenkel, 1980). Kualiti air diukur berdasarkan sifat kimia,
fizikal dan biologi air menyebabkan air tersebut tidak sesuai digunakan dan ini
memberi kesan kepada kehidupan organisma.
Parameter air boleh di bahagikan kepada 4 iaitu:
1. Parameter Kimia – bahan organik dan inorganik.
2. Parameter Fizikal – warna, suhu, buih, SS, keruh.
3. Parameter Fisiologi – rasa dan bau (estetika).
4. Parameter Biologi – bakteria, protozoa, phytoplankton.
Oleh itu, kualiti air boleh setiap masa bergantung kepada keupayaannya
untuk bertindak balas ke atas input dan proses yang berlaku. Sekiranya badan
air tidak berupaya untuk mengekalkan keadaan seimbang (keseimbangan
dinamik) komposisi-komposisi air, maka kualiti air akan mengalami kemerosotan
kualiti. Kemerosotan kualiti inilah yang dikatakan sebagai pencemaran.
Kemerosotan kualiti air boleh dibahagikan kepada:
Generated by Foxit PDF Creator © Foxit Softwarehttp://www.foxitsoftware.com For evaluation only.
1. Pollution – merujuk kepada gangguan secara mendatangkan impak ke atas
air yang bagi kegunaan berfaedah walaupun tidak
membahayakan kesihatan.
2. Contamination – kerosakan air yang menyebabkan bahaya kepada kesihatan
rakyat.
3. Nuisance – merujuk kepada kekeruhan dan kekotoran yang disebabkan oleh
amalan tidak praktikal ke atas pelupusan kumbahan dan sisa
industri.
Dalam konteks negara kita Malaysia, air dikatakan tercemar apabila ia
mempunyai nilai kualiti paras lll seperti yang dicadangkan dalam Laporan ”Water
Criteria and Quality Standard For Malaysia (Vol. 1-V)” yang telah dihasilkan oleh
Consultant Group on Water Quality, Institute of Advanced Studies University of
Malaya Kuala Lumpur.
Pengurusan Kualiti Air
Petunjuk Kualiti Air/ Indeks Kualiti Air (IKA)
Supaya dapat memastikan bahawa sistem saliran yang dijadikan sebagai
sumber bekalan air dan aktiviti lain yang melibatkan manusia dan hidupan lain tidak
dicemari oleh sebarang bentuk pencemaran yang berbahaya. Yakni, sungai yang
dijadikan sumber bekalan air untuk pengguna haruslah mempunyai air yang bersih
dan tulen dengan pengawalan yang rapi terhadap sebarang bendasing.
Dalam konteks negara kita, bagi membolehkan tahap pencemaran sungai kita
dikelaskan, beberapa petunjuk kualiti air diperlukan untuk menilai sama ada sesuatu
air sungai yang dijadikan sumber bekalan air itu berkualiti ataupun tidak. Petunjuk-
petunjuk ini merupakan kawalan kepada tahap pencemaran yang wujud di dalam
badan air. Penunjuk kualiti air terdiri daripada Parameter Oksigen Biokimia (BOD),
Parameter Oksigen Kimia (COD), Oksigen Terlarut (DO), Nitrogen Ammonia (NH3-
N), dan Pepejal Terampai (SS) dan PH. Dalam konteks bekalan air minuman,
parameter biologi (analisis kandungan bakteria) dan kimia (logam berat berbahaya)
selalu ditekankan agar bekalan air yang dihasilkan bebas dari sebarang bentuk
pencemaran yang berbahaya.
Generated by Foxit PDF Creator © Foxit Softwarehttp://www.foxitsoftware.com For evaluation only.
Dengan menggunakan petunjuk-petunjuk tersebut, Malaysia telah
memperkenalkan satu indeks bagi mengkelaskan tahap pencemaran. Indeks Kualiti
Air (IKA) telah dihasilkan melalui bancian pendapat ahli ikhtisas. Seperti indeks-
indeks lain, IKA ialah gabungan nilai parameter kualiti air mengikut model tertentu.
Horton, 1965 dalam Kualiti dan Pencemaran Air di Malaysia oleh Anhar Suki telah
mencadangkan satu model di mana setiap parameter kualiti air yang dianggap
penting diberi pemberat mengikut kepentingannya. Nilai ini kemudian digabungkan
secara aritmetik bagi mendapatkan satu nilai dan pada masa kini juga terdapat
pelbagai model yang boleh digunakan. Di Malaysia, cara yang biasa digunakan
adalah melalui pendekatan matematik atau berdasarkan bancian pendapat ahli
ikhtisas.
Permintaan Oksigen Secara Biokimia (BOD) ialah satu pengukur jumlah
oksigen yang diperlukan oleh bakteria dan mikro organisma aerobik untuk
mengoksidakan bahan organik kepada bentuk bahan bukan organik yang stabil. Di
Malaysia, paras cadangan bagi kriteria BOD bagi air mentah untuk bekalan air
domestik ialah 1 mg/l dan paras cadangan interim standard BOD untuk air mentah di
sungai iaitu 3mg/l. Paras had kebolehgunaan air untuk tujuan minuman dan
memerlukan rawatan lanjut ialah 6 mg/l iaitu paras BOD kelas lll.
Permintaan Oksigen Secara Kimia (COD) pula adalah pengukur jumlah
oksigen yang diperlukan oleh agen pengoksida dalam proses pengoksidaan bahan
kepada karbon dioksida, air dan ammonia secara kimia. Biasanya kandungan COD
adalah lebih tinggi berbanding BOD. Sumber bahan organik dan bukan organik
dalam air biasanya berpunca daripada sisa industri seperti kilang pulpa dan kertas
serta kilang penapis/ memproses logam. Pada kebiasaannya kepekatan COD
sesuatu air permukaan yang tidak tercemar iaitu kurang daripada 20 mg/l. Di
Malaysia nilai kriteria cadangan COD untuk bekalan air domestik ialah 10 mg/l
manakala cadangan standard interim untuk air mentah ialah 25 mg/l. Paras had
kebolehgunaan untuk sumber air minuman yang memerlukan rawatan lanjut ialah 50
mg/l iaitu paras COD kelas lll.
Oksigen Terlarut (DO) pula adalah asas hidupan akuatik kerana ia penting
untuk proses pernafasan dan penguraian bahan organik. Terdapat 4 faktor yang
yang mempengaruhi proses konsentrasi DO dalam badan air iaitu proses
Generated by Foxit PDF Creator © Foxit Softwarehttp://www.foxitsoftware.com For evaluation only.
pengudaraan semula (interaksi atmosfera-air dan pergerakan air), fotosintesis,
respirasi, pengoksidaan bahan organik, suhu dan saliniti. Di Malaysia, cadangan
interim nilai standard DO air mentah untuk bekalan air domestik adalah lebih tinggi
daripada 5 mg/l. Manakala DO yang lebih besar daripada 8 mg/l adalah tidak
dicadangkan untuk bekalan air mentah. Paras had kebolehgunaan untuk sumber air
minuman yang memerlukan rawatan lanjut ialah 3 mg/l iaitu paras DO kelas lll.
Sedimen merupakan petunjuk pencemaran berasaskan pembukaan tanah,
perlombongan, larutan dan pencemaran. Ia biasa terdiri daripada lumpur, sisa halus
mineral, zarah pasir halus, klodak dan liat, partikel bahan organik, plankton, dan
organisma mikroskopik. Dalam kajian kualiti air ianya meliputi 2 parameter iaitu
Pepejal Terampai (SS) dan Pepejal Terlarut (TDS). Kebiasaannya, sungai yang baik
mempunyai SS sebanyak 25 mg/l. Di Malaysia, paras cadangan nilai standard
interim SS ialah 50 mg/l iaitu satu standard yang sesuai untuk berenang dan
berekreasi. Namun, paras had kebolehgunaan untuk sumber air minuman yang
memerlukan rawatan lanjut iaitu 150 mg/l iaitu paras SS Kelas lll.
Nitrogen Ammonia (NH³-N) juga digunakan sebagai penunjuk utama kepada
kehadiran kumbahan binatang dan manusia, buangan domestik, bandar dan industri
serta baja pertanian. Konsentrasi Nitrogen Ammonia yang tinggi akan
mempertingkatkan denyutan, kadar aktiviti respirasi dan keseimbangan hidupan
akuatik serta mempengaruhi kadar metabolisme. Pada kebiasaannya, air semulajadi
mempunyai kandungan ammonia kurang daripada 0.1 mg/l. Di Malaysia, paras
konsentrasi Nitrogen Ammonia untuk bekalan air domestik mestilah kurang daripada
0.1 mg/l. Nilai cadangan Nitrogen Ammonia untuk bekalan air mentah ialah 1 mg/l.
Paras had kebolehgunaan untuk sumber air minuman yang memerlukan rawatan
lanjut iaitu 0.9 mg/l iaitu paras Nitrogen Ammonia Kelas lll.
PH atau kepekatan Hidrogen merupakan sukatan bagi keasidan dan
kealkalian dan ia merupakan sukatan yang terpenting dalam menentukan kimia air
kerana kebanyakan proses yang terbabit dalam rawatan air bergantung kepada
parameter ini. Nilai pH biasanya diukur pada skala 0 - 14 yang mana nilai 7 ialah
neutral. Nilai yang kurang daripada 7 adalah bersifat keasidan manakala yang
melebihi 7 bersifat alkali. Organisma boleh hidup dengan baik pada paras pH antara
6.0 – 8.5 dan ianya sangat sensitif terhadap perubahan pH kerana perubahan ini
Generated by Foxit PDF Creator © Foxit Softwarehttp://www.foxitsoftware.com For evaluation only.
akan mempengaruhi proses pembiakan dan pembesaran ikan, jumlah dan spesies
hidupan air yang lain.
PARAMETER
Clean Slightly Polluted Very Polluted
Water Quality
Index (WQI)
81 – 100
60 – 80
0 – 59
Biochemical
Oxygen Demand
(BOD)
91 -100 80 - 90 0 - 79
Ammonical
Nitrogen
92 - 100 71 - 91 0 -70
Suspended Solids
(SS)
76 - 100 70 - 75 0 - 69
Jadual 1: Pengkelasan Tahap Kebersihan Sungai Berdasarkan IKA
Generated by Foxit PDF Creator © Foxit Softwarehttp://www.foxitsoftware.com For evaluation only.
SUNGAI PENJELASAN
KELAS l
Tujuan Konservasi, sesuai untuk:
I. Bekalan air minuman l – hampir
tiada rawatan diperlukan.
II. Perikanan l – spesies akuatik
yang sensitif sekali.
KELAS llA I. Sumber air bagi bekalan air
minuman ll – rawatan biasa
adalah perlu.
II. Perikanan l – spesies akuatik
yang sensitif.
KELAS llB Sumber air bagi kegunaan rekreasi di
mana ada sentuhan badan.
KELAS lll I. Sumber Air bagi bekalan air
minuman lll – rawatan lanjut
adalah perlu.
II. Perikanan lll – bagi spesies
akuatik yang tahan.
III. Sesuai bagi minuman haiwan
ternakan.
KELAS lV Sesuai untuk pengairan/ saliran.
KELAS V Sesuai untuk kegunaan selain daripada
kegunaan Kelas l – Kelas lV
Generated by Foxit PDF Creator © Foxit Softwarehttp://www.foxitsoftware.com For evaluation only.
Jadual 2: Pentafsiran IKA berdasarkan Kelas.
Pemantauan Kualiti Air
Jabatan Alam Sekitar telah menjalankan Program Pengawasan Kualiti Air di
seluruh negara sejak tahun 1978. program tersebut kini dilaksanakan oleh Alam
Sekitar Malaysia Sdn. Bhd. (ASMA) mulai tahun 1995 melalui program
penswastaan. Pada tahun 2003, terdapat stesen pengawasan yang melibatkan 120
buah lembangan sungai di Malaysia.
Dari aspek pengawasan kualiti air juga penting bagi memastikan kualitinya
sentiasa terpelihara. Program pengawasan ini perlu dijalankan dengan melakukan
persampelan air bagi melihat kandungan air tersebut sama ada secara fizikal, kimia
(mengesan darjah keracunan air) mahupun biologi (mengesan kehadiran bakteria
patogen dalam air). Dengan langkah pemantauan yang berterusan seperti yang
telah dilakukan seperti contoh di Sungai Linggi pasti akan dapat memberikan
maklumat terkini tentang kualitinya dan mengambil tindakan segera sekiranya
berlaku pencematan.
Apa yang harus ditekankan dalam aspek pengurusan ini ialah dengan
menggunakan teknik-teknik persampelan dan analisis yang mempunyai kepekaan
yang tinggi bagi mengesan semua bendasing dengan lebih berkesan. Ini adalah
kerana kebanyakan analisis yang dilakukan selama ini tidak memberikan keputusan
yang tetap.
Di Malaysia, sebanyak 120 lembangan sungai dibentuk untuk tujuan
pemantauan yang meliputi 462 sistem sungai. Daripada jumlah itu, sebanyak 902
stesyen pemantau IKA secara manual dan 10 lagi secara automatik. Program
pemantauan ini telah dimulakan oleh JAS sejak 1978 dengan bermatlamatkan untuk
membangunkan kualiti air sungai dan mengesan perubahan kualiti air disebabkan
oleh pembangunan. Manakala pada tahun 2004, bilangan stesen pengawasan kualiti
air bagi negeri Sabah adalah sebanyak 21 lembangan sungai utama ianya
termasuklah Lembangan Sungai Mengalong, Padas, Membakut, Papar, Moyog,
Generated by Foxit PDF Creator © Foxit Softwarehttp://www.foxitsoftware.com For evaluation only.
Tuaran, Kedamaian, Bingkongan, Bengkoka, Sugut, Labok, Kaya, Kinabatangan,
Segama, Silabukan, Tingkayu, Kalumpang, Tawau, Umas-Umas, Brantian, dan
Kalabakan.
Piawaian kualiti Air Minuman
Bekalan air minuman perlu dielakkan daripada sebarang bentuk pencemaran
sama ada disengajakan ataupun tidak. Justeru, satu piawaian kualiti untuk air
minuman mesti diadakan. Piawaian yang paling meluas digunakan sehingga kini
ialah WHO Guidelines for Drinking Water Quality (Twort. 1985). Ia mengandungi
garis panduan untuk pelbagai zarah di dalam air minuman dan juga maklumat
tentang kesesuaiannya pada keadaan-keadaan air yang berbeza.
Nilai kualiti bagi kualiti air minuman perlu dikaji dan dikemaskini pada sesuatu
selang masa bagi memastikan nilai tersebut selari dengan perkembangan semasa.
Pada masa yang sama nilai piawai tidak seharusnya diambil sebagai satu-satunya
piawaian atau ukuran bagi menentukan sama ada sesuatu air yang dibekalkan itu
berkualiti ataupun tidak. Apa yang terprnting adalah keutamaan dalam memilih jenis
air yang selamat apabila diberikan kepada dua jenis air yang tercemar.
Generated by Foxit PDF Creator © Foxit Softwarehttp://www.foxitsoftware.com For evaluation only.
Jadual 3: Tahap Kualiti Air Sungai Bandar di Malaysia
Bandar BOD DO COD SS pH NH³-
N
Indek
BOD
Indek
NH³-N
Indek
SS
IKA
Ipoh 2.5 4.8 71 24 7.3 0.001 87** 99* 74** 70**
Kota Bharu 6.9 7.6 30.5 43.3 5.1 1.1 73*** 60*** 80* 71**
Kuala
Terengganu
0 6 4 11 8 0.05 100* 96* 91* 92*
Kajang 1.1 2.6 84 325 7 0.4 96* 58.7*** 41.3*** 56***
Semenyih 0.7 6.4 55.6 189.4 7.1 0.2 97* 80** 50*** 77**
Banting 0.5 1.8 89.6 839 6.4 0.6 98* 60** 6*** 46***
Kuala Kangsar 3 7 12 68 8 0.047 86* 78*** 70** 82*
Kota Tinggi 0 6 27 8 7 0 100* 100* 93* 89*
Sumber: Laporan Tahunan 2002 Jabatan Alam Sekitar Negeri Kelantan
Nota: * Bersih
** Sederhana tercemar
*** Tercemar
Penerangan : SS adalah pepejal terampai
Generated by Foxit PDF Creator © Foxit Softwarehttp://www.foxitsoftware.com For evaluation only.
4.0 Punca Dan Sumber Pencemaran
a) Pencemaran Berpunca
Menurut (Zamey. 2006), pencemaran boleh dibahagikan kepada dua iaitu
pencemaran berpunca dan pencemaran tidak berpunca. Pencemaran berpunca
adalah dari punca yang diketahui seperti pembuangan sisa dari kilang, pembuangan
sisa dari loji kumbahan dan pembuangan sisa dari sektor penternakan.
Pembangunan Sektor Penternakan
Gambar 1: Kawasan Ternakan
Comment [N1]: Rujuk Artikel Krenkel dan Novotny untuk bahagian ini
Generated by Foxit PDF Creator © Foxit Softwarehttp://www.foxitsoftware.com For evaluation only.
Gambar 2 : Sisa Najis dan Bangkai Ternakan
Penyaliran najis haiwan seperti najis khinzir ke sungai atau pembuangan sisa-
sisa haiwan yang disembelih atau yang mati ke sungai, tasik dan paya. Air sungai
yang berbau busuk, kandungan bacteria E.Coli amat tinggi, kadar aliran air sungai
amat perlahan atau dikenali sebagai “Sungai Mati”. Misalnya Sungai Linggi, Sungai
Langat dan Sungai Batang Benar pada tahun 1990-an. Dianggarkan sebanyak 304.5
tan metrik BOD sehari dijana oleh penternakan Khinzir. Pada dekat 1990-an, di
Negeri Sembilan sahaja, jumlah ladang khinzir mencecah 700 buah dengan
ternakan melebihi 500,000 ekor. Kawasan penternakan khinzir kebanyakannya tidak
mempunyai sistem kumbahan yang baik dan alamlan penternakan yang
memandikan haiwan tersebut setiap hari juga menimbulkan masalah pencemaran
sungai apabila air dari lading khinzir mengalir ke sungai.Contoh terbaik ialah Sungai
Sepang, Selangor yang telah dikelaskan sebagai terjejas teruk akibat pembuangan
najis dan sisa ternakan dari hampir 100 ladang khinzir yang terletak di tebingnya.
Generated by Foxit PDF Creator © Foxit Softwarehttp://www.foxitsoftware.com For evaluation only.
Proses pembandaran.
Gambar 3: Kawasan Sungai Pinggir Bandar
Bandar Malaysia mengalami pertambahan penduduk dari aspek pertambahan
kawasan kediaman, perniagaan dan perindustrian, serta di sokong oleh
perkembangan sektor perkhidmatan dan kemajuan infrastruktur yang pesat dan. Hal
ini menyebabkan sisa kumbahan domestik dari kawasan kediaman dan perniagaan
di Bandar adalah penyubang besar kepada pencemaran sungai. JAS
menganggarkan jumlah kumbahan yang dilepaskan oleh kawasan kediaman bandar
mencapai 776.4 metrik tan BOD sehari. kewujudan kawasan setinggan yang
membuang sisa domestik seperti sampah sarap dan air kumbahan ke sungai.
Termasuk juga pembuangan sisa-sisa makanan oleh peniaga kecil dan lain-lain sisa
dari kawasan perumahan ke sungai dan paya. Pembuangan sisa domestik
khususnya sampah sarap dari kawasan-kawasan setinggan menjadi punca utama
misalnya, di Sungai Gombak dan Sungai Klang di Kuala Lumpur tercemar teruk.
Menurut Jamaluddin Md. Jahi.1996 penggunaan sistem pembentungan lama turut
menyumbang kepada masalah pencemaran air sungai di kawasan bandar dan desa.
Misalnya di kawasan bandar terdapat perkembangan bandar yang tidak selari
dengan perubahan kepada sistem pembentungan. Kebanyakan parit, longkang dan
pembentung yang membawa sisa isi rumah, perdagangan dan perindustrian dari
kawasan bandar dialirkan terus kedalam sungai tanpa di rawat. Keadaan ini
menyebabkan sesetengah sungai di bandar terlalu teruk tercemar. Pelepasan air
Generated by Foxit PDF Creator © Foxit Softwarehttp://www.foxitsoftware.com For evaluation only.
kumbahanan yang tidak diolah ke dalam pengairan daratan dan seterusnya kedalam
sungai yang melintasi kawasan-kawasan perbandaran dan pekan yang mempunyai
ramai penduduk adalah merupakan satu faktor utama yang menyebabkan
pencemaran di sungai-sungai berkenaan.
Pembangunan Perindustrian.
Gambar 4: Perindustrian Bandar
Aktiviti industri merupakan antara punca pencemaran sungai terutama di
kawasan-kawasan Bandar. Pelepasan Enfluen/ sisa kilang ke sungai, tasik, paya
dan segala sumber air. Sektor perkilangan dianggap sebagai penyumbang utama
kepada pencemaran sungai. Kilang-kilang yang banyak mencemarkan sungai ialah
kilang memperoses getah serta kelapa sawit. Kilang kelapa sawit, umpamanya
berupaya mengeluarkan 25,000 mg/ I BOD, 53, 360 mg/I COD dan 12,020 mg/1
pepejal terampai ( ESCAP 1982), manakala industri pakaian mengeluarkan sejumlah
875 mg/1 BOD dan sebanyak 3720 mg/1 COD ( Rakmi 1993). JAS 1998 melaporkan
terdapat 12 kategori industri di Malaysia yang berupaya mengeluarkan sebanyak
14,293.4 kh BOD sehari dengan jumlah tertinggi di sumbangkan oleh industri kelapa
sawit, iaitu sebanyak 6800 kg sehari. Industri-industri kecil yang menjadi faktor
penyumbang pencemaran seperti perusahaan membuat tembikar, bengkel-pengkel
dan seumpamanya yang berselerak dan terdapat di celah-celah kawasan kediaman
Generated by Foxit PDF Creator © Foxit Softwarehttp://www.foxitsoftware.com For evaluation only.
menggangu keselesaan penduduk-penduduk tempatan. Punca pencemaran
daripada sisa industri didapati menjadi semakin rumit dengan pengenalan bahan
kimia baru setiap hari untuk pproses pengeluaran (Katiman, Noraziah, 2000). Bahan
kimia baru tersebut masih tidak diketahui kesannya terhadap kesihatan manusia.
Pencemaran logam berat akibat proses perindustrian sangat serius. Pada tahun
1996, sebanyak 53 batang sungai tercemar dengan kandungan kadmium, 44 besi,
36 plumbum, 24 raksa,24 tembaga, 7 manganan, 4 kromium dan 4 zink. Sebagai
contoh Sungai Skudai, Johor dan Sungai Prai di Pulau Pinang. Kadar kemerosotan
diukur dengan indaktor kandungan BOD dalam air, disamping perubahan warna dan
bau pada air.
b). Pencemaran Tidak Berpunca
Pencemaran dari sumber yang tidak diketahui seperti, aktiviti pembangunan
tanah, air larian tercemar seperti tumpahan minyak, baja tumbuhan dan lain-lain.
Pembangunan Tanah
Gambar 5 : Pembangunan Tanah
Bagi memenuhi keperluan semasa manusia pembangunan tanah secara
besar-besaran samaada untuk pertanian, petempatan, pembandaran, perindustrian
dan lain-lain yang melibatkan aktiviti pembalakan dan penyahutanan. Di Malaysia,
beberapa kajian yang dijalankan menunjukkan bahawa kehilangan tanih akibat
Generated by Foxit PDF Creator © Foxit Softwarehttp://www.foxitsoftware.com For evaluation only.
hakisan sewaktu pembersihan tanah sekitar 38,500 tan metrik/km2 setahun, dan
jumlah ini berkurangan sebanyak 10,000 tan metrik/km2 selepas pembinaan selesai.
Di negara ini, sudah menjadi perkara biasa untuk membersihkan semua tumbuhan
di kawasan yang hendak dimajukan dan terdapat suatu selang masa yang panjang
sebelum pembinaan dimulakan. Keadaan ini menyebabkan berlakunya hakisan dan
seterusnya sungai mengalami pencemaran pepejal terampai ( Sulong, Kadarudin
dan Mohd 2005). Misalnya, Bandar Malaysia dalam dekad 1990-an banyak
mengalami perubahan morfologi dan fungsi dengan berkembangnya kawasan
perniagaa, perindustrian, kediaman dan pengangkutan. Perkembangan yang pesat
ini memerlukan kawasan tanah yang luas dan sempadan bandar diperbesarkan.
Keadaan ini berlaku di bandar sederhana besar seperti Kajang dan Kuala Kangsar.
Proses hakisan semasa hujan di kawasan terbuka atau di kawasan yang sedang di
bangunkan akan menyumbang kepada kepekatan kelodak yang tinggi di dalam
sungai dan Ini menyebabkan sumber air seperti sungai dan tasik tercemar apabila
partikel-partikel tanah yang terhakis dibawa oleh larian air permukaan ke sungai.
Kemerosotan kualiti air dikesan melalui kandungan pepejal terampai (SS) dan juga
kekeruhan/perubahan warna air. Contoh pencemaran air di Sungai Kelantan akibat
pembangunan tanah kawasan KESEDAR pada tahun 1970-an.
Pembangunan Pertanian
Gambar 6: Pertanian Moden
Generated by Foxit PDF Creator © Foxit Softwarehttp://www.foxitsoftware.com For evaluation only.
Untuk tujuan penambahan bahan makanan, sektor pertanian telah dimajukan
secara besar-besaran melalui penggunaan baja untuk mempercepatkan tumbesaran
dan meningkatkan hasil tanaman, begitu juga dengan penggunaan pelbagai jenis
racun makhluk perosak. Penggunaan baja lebih daripada yang sepatutnya atau
kawalan yang tidak baik akan mengakibatkan pencemaran terhadap sekitaran
terutamanya bagi sistem akuatik. Penilaian kualiti air bukan sahaja berdasarkan
kepada kegunaan air tetapi juga kepada kepekatan pelbagai juzuk dalam jasad air
berkenaan.
Antara unsur utama yang terdapat dalam baja yang digunakan untuk tujuan
pertanian ialah nitrat, dimana ia akan diambil oleh tumbuhan untuk membina protein
sel dan ia adalah antara sumber utama nutrien untuk pokok padi . Disamping itu
logam-logam berat juga boleh terhasil daripada aktiviti pertanian. Antaranya ialah
logam kadmium dan zink. Dimana sebagai contohnya zink yang bercampur dengan
kuprum atau ammonia memberikan kesan ketoksikan yang tinggi kepada organisma
(Zaini Ujang, 2007). Bahan pencemaran yang dibebaskan oleh aktiviti pertanian
boleh dibahagikan kepada beberapa kelas, antaranya ialah kandungan BOD yang
tinggi, nutrien, patogen, pepejal terampai, garam, logam toksik dan bahan kimia
organik toksik . Ini termasuklah logam-logam yang toksik seperti As, Cu dan Zn yang
berasal dari bahan tambahan makanan ternakan, Cd dan U dalam baja terutamanya
baja fosfotik dan As, Cu, Pb dan Zn dari racun makhluk perosak yang berasaskan
logam Penggunaan racun seperti DDT dan penggunaan baja kimia yang
menyebabkan sumber-sumber air seperti air sungai, paya dan tasik juga tercemar
akibat dibawa oleh air hujan. Jumlah hujan yang tinggi di Malaysia menyebabkan air
larian membawa sisa racun perosak dari kawasan pertanian dari suatu kawasan
sungai dikawasan pertanaian turut mengalir ke dalam sungai lain dan akan
menyebabkan sungai-sungai yang lain turut tercemar. Air larian yang memasuki
sungai daripada kawasan perladangan boleh mengandungi bahan organik, sisa baja
kimia. Kemerosotan kualiti sumber air ini dikesan melalui nilai pH. Contohnya yang
berlaku di kawasan perladangan getah dan kelapa sawit (Prof. Madya Dr. Mohd
Ismail Yaziz. 2001)
Generated by Foxit PDF Creator © Foxit Softwarehttp://www.foxitsoftware.com For evaluation only.
Perkembangan sektor pelancongan
Gambar 7: Pelancongan
Sektor pelancongan ternyata dapat menjana perkembangan ekonomi Negara
di samping dapat menyediakan peluang pekerjaan kepada masyarakat setempat.
Justeru itu, Keperluan untuk membentuk dan melaksanakan pelan pengurusan zon
pinggir pantai bersepadu disebabkan peningkatan konflik gunatanah, pengurangan
sumber alam serta isu kemerosotan kualiti air laut sekitarnya.Misalnya, Teluk
Lingayen dikenali sebagai kawasan perikanan dan pelancongan di wilayah utara
Filipina. Pada masa yang sama, teluk ini juga merupakan kawasan tadahan bagi
beberapa sungai utama di wilayah itu namun kini terdedah kepada masalah
pencemaran akibat pembuangan sisa kumbahan domestik, sisa logam daripada
akitiviti perlombongan dan masalah pemendapan sedimen kesan daripada aktiviti
pembalakan dan perlombongan (Jabil Mapjabil. 2007). Pelepasan sisa kumbahan
dari hotel, resort dan chalet ke laut menyebabkan pencemaran air laut. Kemerosotan
kualiti air laut ini di kesan melalui kandungan bakteria E. Coli. Jika melebihi paras
200 MPN/100ml maka air laut tersebut dikategorikan tercemar. Punca ini banyak
terdapat di kawasan pelancongan popular seperti di Port dickson Negeri Sembilan
dan Batu Feringgi di Pulau Pinang.
Generated by Foxit PDF Creator © Foxit Softwarehttp://www.foxitsoftware.com For evaluation only.
Pembangunan sumber tenaga
Gambar 8: Loji Rawatan Air
Di peringkat awal pembinaan empangan hidroelektrik biasanya mencemarkan
sungai dengan kelodak dan bahan ampaian. Begitu juga penggunaan air untuk
pembersihan dan penyejukan loji jana kuasa elektrik yang menggunakan petroleum
sebagai bahan bakar. Air buangan selepas loji dibersih dan disejukkan yang
disalirkan ke sungai menyebabkan sungai tercemar.
Perkembangan sektor perlombongan
Gambar 10: Lombong Emas Gambar 11: Lombong Arang Batu
Generated by Foxit PDF Creator © Foxit Softwarehttp://www.foxitsoftware.com For evaluation only.
Aktiviti pertlombongan juga merupakan punca pencemaran air sungai kerana
air dari kawasan perlombongan mengandungi kandungan zarah terampai dan bahan
logam yang ada kaitan dengan mineral yang dilombong yang membahayakan
kesihatan pengguna Sisa perlombongan bijih timah, emas dan tembaga
mencemarkan sungai dan tasik apabila ia dialirkan/ dibuang kedalam sungai seperti
kes perlombongan tembaga di Mamut Sabah. Pencemaran laut terjadi di kawasan
pelantar cari gali petroleum juga boleh berlaku semasa kerja-kerja penggerudian di
jalankan.
5.0 Kesan – akibat Kehadiran Pencemaran
Kajian terhadap pencemaran sungai mula dijalankan sejak tahun 1970-an dan
meliputi pelbagai aspek seperti pemendapan, pencemaran permukaan tanah, air
resapan, sisa industri dan logam berat. Laporan Kualiti Alam Sekeliling Malaysia,
1998 (Jabatan Alam Sekitar 1999) melaporkan bahawa dari 836 sampel air yang
dikumpul dari seluruh negara, 94.5% tidak menepati piawai yang telah ditetapkan
untuk minyak dan gris, 73.7% tidak mematuhi jumlah bagi bahan pepejal terampai,
dan 29.7% bagi E. Coli. Fakta yang paling menggemparkan adalah kurang daripada
17% dari 5,409 kilang yang diurus oleh Indah Water Konsortium (IWK) yang
mematuhi piawai buangan yang telah dihuraikan dalam Peraturan Kualiti Alam
Sekeliling (Kumbahan dan Effluent Industri) 1979 yang telah ditetapkan oleh JAS.
Dalam kes pembuangan sisa toksik, tarif tinggi yang dikenakan untuk merawat hasil
buangan industri telah mengakibatkan banyak kilang membuang hasil buangan
mereka secara haram
Akibat semua ini, kebanyakan sungai di merata di seluruh Negara telah
mengalami pencemaran dan peracunan yang serius. Antaranya ialah Sg Penchala
yang bermula sebagai sungai bersih dan jernih di Bukit Kiara tetapi merosot menjadi
seperti longkang busuk di Petaling Jaya. Sungai Juru, Sungai Benut, Sungai Pontian
Besar, Sungai Sepang, Sungai Klang dan Sungai Ibai/ Marang juga dikatakan
sebagai sungai terkotor di seluruh Negara dan berjuta ringgit telah dibelanjakan
untuk membersihkannya. Manakala sungai yang dikategorikan sebagai sedikit
tercemar ialah Sungai Dondang, Sungai Deralik, Sungai Buloh, Sungai Kempas,
Sungai Tukang Batu, Sungai Rambah dan sebagainya. Kualiti air sungai-sungai di
Malaysia juga telah merosot dengan mendadak.
Generated by Foxit PDF Creator © Foxit Softwarehttp://www.foxitsoftware.com For evaluation only.
Jadual 4: Tahap pencemaran sungai-sungai utama di Malaysia, 1987 -2002
Tahun Bilangan
Sungai yang
dimonitor
Bilangan
Sungai Bersih
Bilangan
Sungai
Sedikit
Tercemar
Bilangan
Sungai Sangat
Tercemar
1987 91 43 45 3
1988 91 48 40 3
1989 91 45 43 3
1990 90 48 35 7
1991 87 37 44 6
1992 87 25 55 7
1993 116 30 75 11
1994 116 38 64 14
1995 115 48 53 14
1996 116 42 61 13
1997 117 24 68 25
1998 117 33 68 13
2002 120 30 68 22
Sumber: Jabatan Alam Sekitar
Generated by Foxit PDF Creator © Foxit Softwarehttp://www.foxitsoftware.com For evaluation only.
Sumber bekalan air yang tercemar memberi implikasi yang besar kepada
penduduk kerana pencemaran sumber air tersebut melibatkan kos rawatan air yang
tinggi. Aduan terhadap pencemaran air di Malaysia semakin meningkat setiap tahun,
daripada 191 aduan pada 1992 kepada 382 aduan pada tahun 1997. Jenis aduan
lebih tertumpu kepada industri berasaskan pertanian, seperti kilang getah dan
kelapa sawit, tetapi mulai berubah kepada aduan terhadap industri pembuatan.
Lewat tahun 1990-an, aduan orang ramai terhadap pencemaran air lebih banyak
tertumpu kepada sisa kumbahan domestik. Keadaan ini memperlihatkan perubahan
pembangunan Malaysia daripada ekonomi pertanian kepada sektor perindustrian.
Sungai-sungai terutamanya yang terdapat di negara kita seringkali diabaikan
dan dianggap sebagai tapak pelupusan yang mudah dan murah. Kebanyakan
bandar di Malaysia mewarisi sistem pengaliran sisa air buangan bandar yang lama.
Sistem longkang dan parit di kawasan bandar berakhir di sungai yang berdekatan
dan keadaan ini akhirnya menyebabkan kualiti air sungai merosot dengan teruknya.
Pencemaran sungai lebih serius kebanyakannya berlaku di bandar-bandar
yang sudah matang, terutamanya bandar di wilayah Lembah Kelang dan Lembah
Langat kerana pembangunan bandar yang pesat telah menggalakkan lagi
pencemaran sungai berlaku. Pelepasan air kumbahan yang tidak diolah ke dalam
pengairan daratan dan seterusnya ke dalam sungai yang melintasi kawasan-
kawasan perbandaran dan pekan yang mempunyai ramai penduduk adalah
merupakan salah satu faktor berlakunya pencemaran sungai di kawasan berkenaan.
Sungai-sungai yang dicemari oleh effluen dari pelbagai punca akan
mengakibatkan kekurangan atau kematian ikan dan udang dan hidupan lain dan ia
bukan sahaja penting kepada ekosistem akuatik tetapi juga penting sebagai sumber
air minuman. Tahap pencemaran sungai yang tinggi akan menyebabkan sumber air
sukar dirawat dengan kaedah biasa. Kualiti air di kebanyakan sungai bandar
semakin sukar dipulihkan jika perancangan pembangunan telah mengabaikan
sungai sebagai satu sumber ekonomi atau yang mempunyai nilai estetik yang tinggi.
Generated by Foxit PDF Creator © Foxit Softwarehttp://www.foxitsoftware.com For evaluation only.
Sekiranya sumber-sumber air atau sungai tidak dijaga daripada agen
pencemar maka untuk jangka masa panjang ia akan menjejaskan penawaran air.
Sisa penternakan terutamanya najis merupakan antara punca utama pencemaran
air di Malaysia. Seperti dalam kes di daerah Seremban, Jabatan Perkhidmatan
Haiwan (1997) melaporkan bahawa pada tahun 1986 terdapat 67 buah ladang babi
di daerah Seremban dan ini sekaligus telah menjejaskan kualiti air sungai jika
kumbahan daripada ternakan tidak diurus dengan sebaiknya.
Air sungai yang tercemar oleh bendasing seperti kuman penyakit, logam,
bahan kimia merbahaya atau sisa radioaktif juga boleh menyebabkan pelbagai
kemudaratan kepada fisiologi tubuh badan manusia.
Generated by Foxit PDF Creator © Foxit Softwarehttp://www.foxitsoftware.com For evaluation only.
Jadual 5: Contoh jenis bahan pencemar di dalam air sungai dan kesannya
kepada kesihatan manusia.
Kategori pencemar Potensi meyebabkan penyakit
KIMIA
(a) Bukan Organik
Ø Aluminium (Al)
Ø Arsenik (As)
Ø Kadmium (Cd)
Ø Kromium (Cr)
(b) Organik/ Hidrokarbon
Ø Trichloroethene
Ø Benzene
Ø Aldrin & Dieldrin
Penyakit Alzheimer.
Barah kulit dan organ lain.
Penyakit buah pinggang.
Barah paru-paru.
Penyakit paru-paru dan hati.
Barah.
Penyakit hati dan sistem saraf.
MIKROBIOLOGI
(a) Bakteria
Ø Salmonella
Ø Vibrio Cholerae
(b) Virus
Ø Rotavirus
Ø Hepatitis A
(c) Protozoa
Ø Entamoeba
Ø Giardia
Demam kepialu dan cirit-birit.
Taun.
Cirit-birit.
Hepatitis.
Cirit-birit.
Cirit-birit.
Sumber: Era Hijau Keluaran 4. 2001
Generated by Foxit PDF Creator © Foxit Softwarehttp://www.foxitsoftware.com For evaluation only.
6.0 PENGURUSAN PENCEMARAN
Secara umumnya, pengurusan sumber sungai melibatkan pengurusan dua
komponen utama iaitu dari segi kualiti dan kuantiti. Pengurusan dari segi kuantiti
bertujuan supaya jumlah air yang mencukupi dapat dibekalkan kepada pengguna
bagi memenuhi pelbagai keperluan. Ia melibatkan usaha memaju, membersih dan
mengolah, mengagih dan memulihara kembali sumber sungai. Aktiviti pengurusan
sungai melibatkan pelbagai langkah antaranya menguatkuasakan undang-undang
mengawal pencemaran sungai, menjalankan usaha memelihara dan memulihara
kawasan sungai serta mengawal pembangunan di kawasan berhampiran dan sekitar
sungai. Dalam kata lain, pengurusan sungai menyediakan cara bagaimana
mengawal dan memandu hubungan manusia dengan komponen alam sekitar ini
agar kualiti sungai tersebut dan kepentingan organisma hidup khususnya manusia
sentiasa terpelihara. Objektif utama pengurusan sungai ialah untuk memelihara
sungai sedia ada untuk kegunaan semasa dan masa hadapan, meminimumkan
impak terhadap sungai kesan daripada pelbagai aktiviti pembangunan selain
meningkatkan kualiti sungai dan hidupan keseluruhannya. Agensi yang dianggap
bertanggung jawab dalam hal ehwal pengurusan sungai ialah Jabatan Pengairan
dan Saliran serta Jabatan Alam Sekitar. Pengurusan sungai menumpukan kepada
pelbagai aspek pemeliharaan dan pemuliharaan sungai yang melibatkan kaedah
perundangan dan kaedah bukan perundangan.
6.1 Kaedah Perundangan
Langkah yang paling berkesan dalam usaha memastikan sungai sentiasa
terpelihara ialah dengan menjalankan penguatkuasaan undang-undang dan
pengawasan yang berkesan dan konsisten terhadap setiap kegiatan ekonomi dan
harian di kawasan berhampiran sungai. Langkah perundangan iaitu melalui
penguatkuasaan undang-undang dan pemantauan yang teliti serta tindakan tegas
termasuk denda dan kompaun. Menarik balik lesen operasi dan penjara keatas
mana-mana pihak yang dikenalpasti mencemarkan sumber-sumber air samaada
dari pekilang, penternak, pemilik-pemilik kapal, orang perseorangan dan
sebagainya. Langkah ini dilaksanakan JAS di bawah Akta Kualiti Alam Sekitar 1974.
Generated by Foxit PDF Creator © Foxit Softwarehttp://www.foxitsoftware.com For evaluation only.
Akta Pemulihan Tanah mengandungi satu bahagian tersendiri ( Bahagian III)
mengenai kawalan kelodak dan hakisan. Sebahagian besar peruntukan mengenai
kawalan hakisan ditujukan kepada kawasan tanah bukit bagi mengawal kawasan
lain daripada kelodakan dan pemandapan bahan daripada tanah yang terhakis.
Seksyen 5, umpamanya menyatakan bahawa tanah bukit tidak boleh ditanam
dengan tanaman jangka pendek, termasuk sayur-sayuran melainkan sekiranya
diberi kebenaran. Begitu juga seksyen 6 (1) melarang pembukaan dan menanam
tanaman di tanah bukit melainkan sekiranya mendapat kebenaran.
Kawalan hakisan tanih juga terdapat dalam Akta Perhutanan Negara (
Malaysia 1984e). Jadual Pertama, Seksyen 2 (1), Perkara 15 (b) mengkehendaki
pemegang lesen membalak bertindak mengurangkan hakisan tanih. Sementera itu
Seksyen 83 (1), Akta Jalan , Parit dan Bangunan, 1974 ( Undang-undang Kecil
Bangunan Seragam) mengkehendaki ruang terbuka di dalam dan di sekeliling
bangunan yang sedang di bina dilindungi secara bersesuaian daripada hakisan
tanih. Tindakan ini sungguh penting memandangkan langkah pembangunan dan
pembinaan yang di jalankan di negara ini lumrahnya melibatkan pembersihan
keseluruhan kawasan yang hendak dimajukan akan terdedah kepada tindakan
hakisan bagi suatu jangka masa yang panjang sehingga projek tersebut selesai.
Akta Jalan, Parit dan Bangunan di bawah Seksyen 55 (3) menyatakan
bahawa tidak ada apa bentuk enfluen perdagangan pun yang boleh dibuang atau di
benarkan memasuki kawasan sungai, terusan, alur, kolam, tasik, laut ataupun mana-
mana parit atau pembentungan awam tanpa kelulusan bertulis pihak berkuasa
tempatan ataupun negeri. Seksyen 55 (2) pula melarang memasukkan terus
kedalam sungai dan badan –badan air lainnya, bahan buangan daripada tandas.
Terdapat beberapa peruntukan dalam Akta Kerajaan Tempatan mengenai
pencemaran air serta langkah-langkah bagi mencegah dan mengawalnya. Seksyen
69 menyatakan, menjadi suatu kesalahan bagi seseorang melakukan kacau gangu
atau membuang kotoran di dalam ataupun di atas mana-mana anak sungai, saluran,
terusan, longkang awam ataupun jalan air yang terdapat dalam kawasan kerajaan
tempatan. Juga menjadi suatu kesalahan untuk mencemarkan sungai sehingga
menggangu alirannya ataupun tidak mencemarkannya dengan bahan buangan
pepejal ataupu cecair daripada proses pembuatan (Seksyen 70). Di beberapa pihak
Generated by Foxit PDF Creator © Foxit Softwarehttp://www.foxitsoftware.com For evaluation only.
berkuasa tempatan terdapat beberapa peruntukan yang digubal mengikut Kerajaan
Tempatan.,1976 mengenai pencemaran air. Umpamanya undang-undnag kecil 9,
Undang-undang Kecil Pemugutan, Pembuangan dan Pelupusan Sampah Sarao.
Dalam Seksyen 73 a (ii) Akta Kerajaan Tempatan, 1976 pula terdapat
peruntukan yang menyatakan bahawa undang-undang kecil boleh digubal berkaitan
pencemaran air bagi melarang binatang di mandikan atau dibasuh di mana-mana
anak sungai. Suhubungan dengan ini Enakmen Mengawal Pemeliharaan Babi
mempunyai peruntukan yang lebih ketat. Menurut Seksyen 3 (1) kawasan bagi
pemeliharaan babi akan ditetapkan oleh Raja dalam Majlis dan tempat-tempat lain
dilarangg digunakan bagi tujuan tersebut. Seksyen 5 (2) © melarang tempat
pemeliharan babi didirikan di mana-mana tempat yang mungkin menyebabkan
pencemaran perigi, sungai, anak sungai, jalan air, perairan darat atau tali air yang
airnya digunakan atau mungkin digunakan oleh manusia, sementara Seksyen 5 (3)
pula melarang pembuangan najis babi ke tempat-tempat yang di nyatakan dalam
seksyen 5 (2) ©.
Akta Perikanan mengandungi peruntukan dalam Seksyen 26(1) bagi kawalan
pengunaan racun atau pencemar, dan bahan letupan bagi maksud menangkap ikan
di perairan darat atau pinggir pantai. Sementara itu bagi mereka yang telah diberikan
lesen bagi penyelidikan petroleum di bawah Akta Perlombongan Petroleum, 1972
dikehendaki menghalang kelepasan petroleum ke dalam mana-mana kawasan air
dalam atau berdekatan dengan kawasan penyelidikan.
Jelaslah bahawa beberapa perundangan berkaitan alam sekitar yang di
gubak selepas merdeka mempunyai beberapa peruntukan bagi mencegah
berlakunya pencemaran air samaada badan air darat mahupun air laut (maluddin
Md. Jahi.1996).
Generated by Foxit PDF Creator © Foxit Softwarehttp://www.foxitsoftware.com For evaluation only.
6.2 Kawalan Pembalakan
Gambar 12 : Pembalakan Terkawal
Mengawal selia aktiviti pembalakan dan penyahutanan terutamanya di
kawasan rizab sungai, kawasan tadahan, hutan simpan dan sebagainya bagi
menjamin sumber air sungai sentiasa bersih dan berterusan. Misalnya kawasan
10km dari tebing sungai merupakan kawasan rizab atau kawasan penampan yang
tidak boleh di usik untuk aktiviti pembalakan dan penyahutanan.
6.3 Kawalan Punca
Gambar 13: Loji Rawatan Air
Generated by Foxit PDF Creator © Foxit Softwarehttp://www.foxitsoftware.com For evaluation only.
Melalui pengawalan punca pencemaran sama ada dari kawasan perumahan dan industri lagi
sebelum air dibiarkan masuk ke dalam sungai merawat air yang telah telah tercemar khususnya
akibat sisa kilang dan air kumbahan. Disamping menyedia dan memperbanyakkan loji merawat air.
Hanya air yang sudah dirawat sahaja boleh dialirkan ke sungai semula. Loji perawatan boleh
ditempatkan terus di tebing-tebing sungai. Selain itu langkah pencegahan dengan menyediakan
sistem pemerangkap sampah yang berkesan untuk membersihkan sungai dari pencemaran sampah
sarap dan juga melancarkan kadar alirannya. Manakala, pada masa yang sama juga usaha-usaha
mempertingkatkan penyelidikan dan pembangunan (R&D) dan teknologi harus dijalankan dari masa
ke masa seperti teknologi kitar semula air atau mengubah teknologi perindustrian ke arah yang tidak
mencemarkan air bagi menjamin sumber-sumber air masa hadapan sentiasa bersih (Dr. Puziah
Abdul Latif. 2003).
6.4 Kempen dan Pendidikan Alam Sekitar
Gambar 14: Kempen Kitar Semula
Melaksanakan kempen dan pendidikan alam sekitar. pelaksanaan program
pendidikan dan penghayatan etika alam sekitar yang lebih meluas dan berkesan
bagi memupuk sikap dan perilaku masyarakat yang lebih mesra alam. Menyedarkan
masyarakat tentang pentingnya air bersih dan menjaga sumber air sebagai penerus
kehidupan. Kempen dilaksanakan melalui pelbagai pendekatan samaada melaui
media massa ataupun aktiviti turun padang, antara aktiviti yang pernah dijalankan
seperti Sungai Angkat,Pemerhatian Sungai Pendidikan & Ceramah, Expedisi Sungai
dan Pengindahan Sungai Juga dengan menganjurkan pelbagai aktiviti sosial seperti
gotong-royong pembersihan sungai.Di Malaysia, apa yang penting ialah mengubah
Generated by Foxit PDF Creator © Foxit Softwarehttp://www.foxitsoftware.com For evaluation only.
minda dan sikap masyarakat terlebih dahulu ke arah mencintai alam sekitar. Ini
kerana selagi minda masyarakat tidak berubah selagi itu masalah pencemaran
sungai tidak akan dapat diatasi dengan berkesan. Serta dengan melibatkan
masyarakat terhadap apa jua aktiviti berkaitan sungai. Usaha ini telah berjaya
memulihkan persekitaran sungai di Amerika Syarikat. Sebagai contoh, pada tahun
1982, masyarakat di Bronx Selatan di Bandar Raya New York telah memulakan
Projek pemulihan Sungai Bronx. Sejak sekian lama sungai tersebut menjadi medan
pembuangan besi buruk, tetapi masyarakat di situ secara suka rela telah
mengeluarkan dari sungai tersebut barangan seperti bangkai kereta lama, tilam,
mesin basuh dan peti sejuk; membersihkan lorong pesiar kaki yang telah lama
tertimbus oleh lumpur kerana banjir lampau; meletakkan batang kayu di sepanjang
tebing sungai bagi memperlahankan hakisan dan membersihkan rumput liar dan
memeriksa air dari segi BOD, suhu, halaju dan kualiti air. Kini Sungai Bronx mengalir
dengan penuh bertenaga dan menjadi tumpuan masyarakat setempat.
7.0 KESIMPULAN
Generated by Foxit PDF Creator © Foxit Softwarehttp://www.foxitsoftware.com For evaluation only.
“ Telah timbul berbagai-bagai kerosakan dan bala bencana di darat
dan dilaut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan sebab
apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia, (timbulnya yang
demikian) kerana Allah S.W.T hendak merasakan mereka sebahagian
daripada perbuatan-perbuatan buruk yang telah mereka lakukan,
supaya mereka kembali (insaf dan taubat)”
(Ar-Rum 11)
Pembangunan adalah bersifat berbagai-bagai bidang dan mencakupi
dimensi-dimensi kerohanian dan kebendaan dengan hubungan yang padan dalam
pelbagai dimensi termasuk alam sekitar. Bagi mencapai keseimbangan alam sekitar
dengan pembangunan, pembangunan tersebut mestilah menuju ke proses
pembangunan manusia yang menyeluruh, sekaligus pembangunan kepada
masyarakat.
Pembanterasan pencemaran sungai memerlukan tindakan berterusan jangka
pendek dan panjang, iaitu membabitkan aspek penyediaan infrastruktur,
perundangan dan pendidikan. Untuk menangani masalah pencemaran sungai ini,
pendekatan bersepadu serta penglibatan semua pihak dalam mengadakan program-
program pemuliharaan sungai dan alam sekitar adalah dialu-alukan dan diperlukan.
Adalah tanggungjawab masyarakat umumnya untuk memastikan kebersihan dan
kualiti air sungai-sungai di negeri ini adalah dalam keadaan bersih.
Pendekatan ini bukan sahaja dapat menyedarkan orang ramai tentang
kepentingan penjagaan dan perlindungan alam sekitar tetapi juga dapat
mengurangkan ataupun mengelakkan perbelanjaan kerajaan untuk pemulihan
kerosakan atau pencemaran ke atas alam sekitar kita. Untuk memastikan usaha-
usaha tersebut berkesan dalam jangka masa panjang, program kesedaran ini perlu
diadakan secara berterusan serta melibatkan masyarakat setempat. Selain daripada
itu, perkongsian bijak dengan pihak swasta serta pertubuhan bukan kerajaan
(NGOs) juga boleh membantu kita dalam menangani isu-isu alam sekitar. Ini kerana
banyak perkara yang sukar dilaksanakan oleh pihak kerajaan boleh dilaksanakan
dengan kerjasama pihak swasta dan NGOs memandangankan mereka ini
berkemampuan dari segi tenaga dan kewangan.
RUJUKAN
Generated by Foxit PDF Creator © Foxit Softwarehttp://www.foxitsoftware.com For evaluation only.
Anhar Suki. 1999. Kualiti dan Pencemaran Air di Malaysia. Jamaluddin Md Jahi et al (ed).
Alam Sekitar dan pengurusannya di Malaysia. Bangi: Working Group on Urban
Ecosystem Malaysian National Committee-UNESCO.
Dr. Puziah Abdul Latif. 2003. Sisa Industri Strategi Mengurangkannya ke Arah Teknologi
Bersih. Era Hijau, : Penerbit UPM. Ms 6 – 7.
Haliza Abdul Rahman.2007. Suatu Tinjauan Terhadap Isu Pencemaran Sungai di Malaysia.
http:// sessums. Word press. Com
Hamid Ismail, Tuan Poh Rokiah, Syed Hussain. 2003. Isu-isu Pengurusan Alam Sekitar.
Sintok: Penerbit UUM. Ms 44 – 55, 250 – 259.
Jamaluddin Md. Jahi.1996. Impak Pembangunan Terhadap Alam Sekitar. Bangi: UKM. Ms
133 – 209.
Jabil Mapjabil. 2007. Seminar Kebangsaan Geografi “Dunia Tanpa Sempadan”. http:// bill @
USM .my
Jawatankuasa Pengurusan Sungai Peringkat Negeri Sembilan. http:// www. ns.gov.my /
Jabatan/ jpns
Jabatan Alam Sekitar, Kementerian Sains Teknologi dan Alam Sekitar. 1989. Bil 2 Apr/ Mei/
Jun.
Laporan Kempen Kebersihan Sungai Tuaran. 1993. Jabatan Alam Sekitar Negeri Sabah.
Generated by Foxit PDF Creator © Foxit Softwarehttp://www.foxitsoftware.com For evaluation only.
Laporan Tahunan. 2004. Jabatan Alam Sekitar Negeri Sabah.
Laporan Tahunan dan Kualiti Alam Sekeliling. 2002. Jabatan Alam Sekitar Negeri Kelantan.
Laporan Tahunan. 2003. Jabatan Alam Sekitar Negeri Sabah.
Laporan Tahunan. 2003. Jabatan Alam Sekitar Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar.
Katiman Rostam, Noraziah Abdul Yaakub, Mohd Jahi Mokhtar Jaafar. 2000. Alam, Manusia
dan Pembangunan Di Malaysia. Bangi : Penerbit UKM. Ms 74 – 84.
Mohd Rozali Othman, Mohd Talib Hj. Latif, Abdullah Samat, Muhamad Sanusi Sulaiman.
2006. Kesan Aktiviti Penanaman Padi Terhadap Kualiti Air. http:// pkukmeb . UKM.
My/ mmjas/ V10 – 22/ 33.
Mohd Zuhdi Marsuki, Amar Saifudie Ghazali. 2002. Etika Alam Sekitar Dari Perspektif Islam,
Timur dan Barat. PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd.
Prof. Madya Dr. Mohd Ismail Yaziz. 2001. Teknik Memantau Pencemaran Air dan Udara.
Era Hijau, : Penerbit UPM. Ms 14 – 15.
Sulong Mohamad, Mohd Ekhwan Toriman, Kadaruddin Aiyub dan Mokhtar Jaafar, 2005.
Sungai dan Pembangunan Tebingan Sungai Bandar Malaysia. Bangi : Penerbit
UKM. Ms 152 – 161.
Generated by Foxit PDF Creator © Foxit Softwarehttp://www.foxitsoftware.com For evaluation only.
Zaini Ujang. 2007. Ammonia Jadi Beban Pencemaran Sungai. http:// www. Flakksa. Uitm.
My.
Zamey. 2006. Modul Pengurusan River Ranger. www. riverranger. net.
KOMEN
Kamu tidak merujuk bahan UTAma yang saya arahkan. Buku yang di karang oleh Krenkel
1. Krenkel, P.A. & Novoyny, V. 1980. Water Quality Management,New
York: Academic Press. 671 p*.
Generated by Foxit PDF Creator © Foxit Softwarehttp://www.foxitsoftware.com For evaluation only.