Download - Keberkesanan Penggunaan Resos
-
8/12/2019 Keberkesanan Penggunaan Resos
1/23
-
8/12/2019 Keberkesanan Penggunaan Resos
2/23
-
8/12/2019 Keberkesanan Penggunaan Resos
3/23
besar dan jelas. Faktor jarak antara pelajar dengan bahan resos yang digunakan juga perlu
diambil kira. Jika resos yang digunakan terlalu kecil mungkin bagi pelajar yang duduk di
bahagian depan kelas dapat melihat dengan jelas tetapi bagi pelajar yang duduk di bahagian
belakang sudah tentu fokus padangan mata mereka sudah berkurangan. Ini akan menyebabkan
mereka hilang tumpuan dan minat terhadap pengajaran guru di hadapan.
Selain itu, bahan resos yang digunakan harus disediakan dengan menggunakan
gambar atau imej yang berwarna- warni. Kajian berkaitan penggunaan warna di dalam
penyediaan bahan resos juga telah dijalankan oleh Barry ( 1976, dalam Suzita Mohd Resad,
2002, m.s. 21). Hasil daripada kajian yang beliau jalankan, penggunaan gambar atau imej yang
berwarna dapat meningkatkan pemahaman pelajar dan menyenangkan proses penyimpananmaklumat.
Resos merupakan aspek yang sangat penting dalam pengajaran dan
pembelajaran matematik. Ia akan membantu untuk meningkatkan kefahaman murid-murid dalam
matematik. Memilih dan menyediakan resos yang sesuai adalah sangat penting bagi mewujudkan
suasana yang kondusif bagi membantu proses pengajaran dan pembelajaran matematik. Seorang
guru yang baik perlu sedar tentang peranan resos dalam meningkatkan pemahaman konsep serta
pemikiran matematik murid-murid. Dengan penggunaan resos yang sesuai dan menarik, murid-
murid akan lebih berminat dan seronok untuk belajar matematik. Resos boleh didapati dalam
pelbagi bentuk seperti bahan bercetak, bahan manipulatif, dan juga pengajaran dan pembelajaran
menggunakan perisian komputer serta teknologi maklumat dan komunikasi.
Carta Grafik Bahan Bantu Mengajar
Picture
Bagaimana resos tersebut dapat membantu proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik
darjah?
-
8/12/2019 Keberkesanan Penggunaan Resos
4/23
Secara amnya, pelajar merasakan bahawa pengajaran guru lebih menarik jika guru itu
menggunakan Bahan Bantu Mengajar. Melalui penggunaan Bahan Bantu Mengajar, seseorang
guru itu lebih bersedia dan lebih kreatif untuk menyampaikan pelajarannya dengan baik (Kamal
et.al, 1987, m.s. 227). Dale (1963, m.s. 218 ), telah menyatakan tujuh nilai penting tentang
penggunaan Bahan Bantu Mengajar :
1. merangsang minat yang tinggi di kalangan pelajar dan minat satu faktor yang penting dalam
pembelajaran mereka.
2. Menyediakan satu dasar kukuh untuk perkembangan kefahaman dan corak pemikiran dan olehitu mengurangkan berbagai-bagai gerak balas lisan daripada pelajarnya.
3. Membekalkan satu dasar untuk perkembangan pembelajaran pelajar -pelajar dan oleh itu
menjadikan pembelajaran mereka lebih kekal.
4. Menyediakan pengalaman yang tidak dapat diperolehi dengan mudahnya melalui cara lain dan
menolong menjadikan pembelajaran pelajar-pelajar lebih mendalam dan pelbagai.
5. Menolong dalam kefahaman, oleh itu mempercepatkan perkembangan perbendaharaan kata.
6. Menawarkan pengalaman yang sebenar dan dengan demikian merangsangkan kegiatan
seorang pelajar.
7. mendorong pelajar untuk menyiasat dan dengan demikian menambahkan bacaan sukarela.
-
8/12/2019 Keberkesanan Penggunaan Resos
5/23
-
8/12/2019 Keberkesanan Penggunaan Resos
6/23
a. Media pengajaran dapat membantu meningkatkan keupayaan ingatan semasa menyampaikan
pelajaran.
b. Dapat membantu pengajar mengubah teknik dan kaedah pengajaran.
c. Dapat menjelaskan konsep pelajaran dengan berkesan.
d. Mempelbagaikan media pengajaran boleh menimbulkan minat yang berterusan kepada
pelajar.
e. Menjimatkan masa pengajar.
f. Media pengajaran mendorong daya kreativiti pengajar dengan pelajar.
Justeru, tidak syak lagi bahawa penggunaan resos dalam sesi Pengajaran dan
Pembelajaran (PdP) dapat memberikan banyak menafaat di samping dapat mengukuh dan
menghasilkan satu pembelajaran yang berkesan. Mari kita lihat pula kepada beberapa contoh
bahan bahan resos yang sering digunapakai di dalam kurikulum pendidikan Matematik sekolah
rendah. Secara umumnya terdapat banyak bahan resos seperti Blok Dienes, Dekak-dekak, Jalur
Nombor, Kit Pecahan, Domino Pecahan, Papan Perpuluhan, Carta Nilai Tempat, Petak Seratus,
Papan Geometri, Model Peratus, Grid Peratus, Bekas Air Bersenggat dan banyak lagi. Semuanya
mempunyai satu matlamat yang sama iaitu membantu meningkatkan pemahaman murid-murid
dan bagi meyokong lagi pengajaran para guru.
-
8/12/2019 Keberkesanan Penggunaan Resos
7/23
Di sini saya akan menerangkan beberapa bahan resos dari segi tujuan, cara pembinaan, dan juga
cara penggunaannya :
a) Blok Dienes
Tujuan :
Membantu murid memahami konsep nilai tempat serta menguasai kemahiran menambah dan
menolak
Konsep dan Kemahiran :
Konsep dan kemahiran yang perlu dikuasai oleh murid adalah seperti yang berikut:
a) Konsep
Nilai nombor kurang daripada 1000.
Nilai tempat, iaitu ratus, puluh, dan sa.
Operasi tambah dan tolak.
-
8/12/2019 Keberkesanan Penggunaan Resos
8/23
b) Kemahiran
Menentukan nilai nombor kurang daripada 1000.
Menentukan nilai tempat, iaitu ratus, puluh, dan sa.
Melakukan operasi tambah dan tolak dalam lingkungan 1000.
Kumpulan Sasaran :
Murid Tahap 1
Bahan-bahan diperlukan :
I. Bod jerami (straw board) licin (2-3mm tebal)
II. Pen penanda
Cara Pembinaan Bahan :
1. Dengan menggunakan bod jerami, lukis bentuk sa, puluh, dan ratus secara berkadaran.
-
8/12/2019 Keberkesanan Penggunaan Resos
9/23
Picture
2. Potong bod jerami mengikut bentuk yang dilukis.
3. Sediakan 40 keping bagi setiap bentuk.
Penggunaan Bahan :
Blok Dienes boleh digunakan untuk membantu murid memahami konsep dan menguasai
kemahiran yang berikut :
a) Menentukan nilai nombor dan nilai tempat
Picture
b) Melakukan operasi tambah tanpa mengumpul semula
Picture
c) Melakukan operasi tambah dengan mengumpul semula
Picture
d) Melakukan operasi tolak tanpa mengumpul semula
Picture
e) Melakukan operasi tolak dengan mengumpul semula
Picture
-
8/12/2019 Keberkesanan Penggunaan Resos
10/23
-
8/12/2019 Keberkesanan Penggunaan Resos
11/23
-
8/12/2019 Keberkesanan Penggunaan Resos
12/23
-
8/12/2019 Keberkesanan Penggunaan Resos
13/23
-
8/12/2019 Keberkesanan Penggunaan Resos
14/23
-
8/12/2019 Keberkesanan Penggunaan Resos
15/23
pengurusan bilik darjah seperti mengadakan bilik khas untuk Matematik dan sebagainya.
Manakala para guru pula perlu mempertingkatkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang
berpusatkan murid berasaskan kaedah kolaboratif, kooperatif dan fahaman konstruktivisme.
Selain itu, guru juga harus memupuk sikap ingin memcuba khususnya penggunaan kaedah serta
bahan-bahan bantu mengajar yang pelbagai dan dapat mengambil kira pelbagai kecerdasan
pelajar dan gaya pembelajaran yang berbeza.
Sesungguhnya bahan-bahan resos ini bukan sahaja berguna kepada kita sebagai
seorang guru tetapi impaknya juga besar kepada para pelajar.Sehubungan dengan itu saya kira
perbincangan mengenai isu sajauh manakah penggunaan resos ini dapat mengukuh dan
menghasilkan proses Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) yang berkesan sudah terjawab dan kinimenjadi tanggungjawab kita semua untuk terus mempertingkatkan kemahiran diri terutamanya di
dalam penggunaan bahan-bahan resos ini agar dapat terus meningkatkan kualiti pengajaran
seterusnya mencapai matlamat misi kementerian pendidikan Malaysia iaitu untuk
membangunkan satu sistem pendidikan yang bertaraf dunia (world class) bagi
memperkembangkan potensi individu secara sepenuhnya dan seterusnya memenuhi aspirasi
negara kita yang tercinta.
-
8/12/2019 Keberkesanan Penggunaan Resos
16/23
-
8/12/2019 Keberkesanan Penggunaan Resos
17/23
Dalam hal ini, saya akan terangkan sejauh manakah proses membuat kaitan dapat meningkatkan
keberkesanan pengajaran dan pembelajaran matematik dalam kalangan pelajar sekolah rendah
melalui 3 isi utama iaitu:
1. Matematik dalam persekitaran dan kehidupan harian.
2. Matematik merentasi kurikulum.
3. Hubung kait topik dengan topik lain dalam matematik.
1. Matematik Dalam Persekitaran Dan Kehidupan Harian
Hubung kait antara matematik dan kehidupan seharian pelajar adalah sangat jelas dan konkrit.
Sebagai contohnya ialah pelajar menggunakan mental arithmetics untuk memilih makanan apa
yang boleh dibeli dengan jumlah duit yang mereka ada dan mereka pelu menambah dan menolak
sebelum membeli. Ini ialah matematik dan pasti mereka sendiri tidak menyedarinya. Sekiranya
mereka sedar ini matematik, pasti semua pelajar beranggapan matematik itu mudah dan seronok.
Sebagai contohnya, dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang telah saya lakukan didalam
kelas 4 Ikhlas untuk mengajar topik tambah perpuluhan. Saya telah mereka satu aktiviti
kumpulan iaitu A Table of Treats atau Main Masak -masak seperti permainan yang selalu
mereka mainkan setiap hari namun sekarang saya kaitkan dengan matematik.
-
8/12/2019 Keberkesanan Penggunaan Resos
18/23
Pemerhatian yang dapat saya buat semasa proses pembelajaran ini ialah pelajar sangat seronok
dan mereka mudah faham bagaimana menyelesaikan masalah tambah perpuluhan. Ini kerana
selain memahami konsep, mereka dapat aplikasikan ilmu baru mereka dengan melakukan aktivitikonkrit. Idea saya ini telah di sokong teori perkembangan kognitif oleh Jean Piaget dalam buku
Mok Soon Sang(2009) yang menyatakan perkembangan kanak-kanak berumur antara 7 hingga
12 tahun ini berada pada tahap operasi konkrit. Pada tahap ini mereka memerlukan bahan
maujud untuk dimanipulasi bagi mendapat pengalaman belajar secara langsung.
Maka disinilah kita dapat melihat bahawa membuat kaitan pembelajaran matematik dengan
persekitaran pelajar dapat membantu kefahaman mereka dan meningkatkan keberkesanan
pengajaran dan pembelajaran matematik. Proses membuat kaitan matematik dengan kehidupan
harian pelajar dapat membantu membina pengalaman yang jelas dan penggunaan bahan konkrit
dalam pelaksanaannya memberikan mereka kebebasan untuk belajar sendiri dengan
memanipulasi bahan tersebut.
Secara jelasnya, saya dapat nyatakan bahawa pelajar akan mudah faham apa yang mereka telah
pelajari jika dilakukan aktiviti praktikal dan melibatkan persekitaran mereka kerana persekitaran
sangat mempengaruhi dan membantu dalam pembelajaran pelajar.
2. Matematik merentasi kurikulum
Proses membuat kaitan dalam matematik memang dapat meningkatkan keberkesanan pengajaran
dan pembelajaran dalam kalangan pelajar sekolah rendah. Matematik merentasi kurikulum ini
merupakan antara proses membuat kaitan dalam matematik dimana topik dalam subjek lain di
hubungkan dengan topik matematik.
-
8/12/2019 Keberkesanan Penggunaan Resos
19/23
-
8/12/2019 Keberkesanan Penggunaan Resos
20/23
saya yang melihat para pelajar cepat dan mudah faham sesuatu pelajaran, saya juga dapati pelajar
lebih seronok dimana mereka dapat mengkaitkan ilmu pengetahuan mereka sedia ada dalam
subjek lain dengan matematik. Apabila saya tanya kenapa mereka seronok, antara jawapan yang
saya perolehi ialah mereka menyatakan matematik ini rupanya mudah dan berkaitan dengan
subjek yang mereka gemari seperti pendidikan seni dan pendidikan jasmani.
Pada pendapat saya, kaedah tematik ialah satu strategi pengajaran berasaskan satu idea besar atau
tema yang disepakati oleh guru-guru yang mengajar sesebuah kelas itu.Contohnya, dalam
minggu tersebut, tema utama yang dipilih oleh guru-guru ialah berkaitan haiwan laut. Maka,
berasaskan tema haiwan laut inilah guru-guru perlu mencipta rancangan pengajaran yang
menarik dan masih tetap mengikuti tema tersebut.
Pengajaran bertema ini bermakna guru-guru akan membuat pengulangan demi pengulangan
berdasarkan tema yang dipilih tetapi masih tetap mengajar mengikut topik subjek masing-
masing. Contoh tema yang biasa digunakan ialah seperti kehidupan haiwan laut. Jadi setiap guru
yang masuk mengajar akan menggunakan contoh yang hampir sama kerana bertemakan haiwan
laut. Pengulangan ini membuatkan pelajar mudah memahami sesuatu pembelajaran.
Idea saya ini telah disokong oleh Pavlov dalam Ian Thompson(2003) dalam teori behaviorisme
beliau yang menyatakan pengulangan sesuatu tingkah laku dan pembelajaran membantu proses
pembelajaran dan ingatan pelajar. Pengajaran tematik ini dapat membawa faedah kepada guru
dan para pelajar dimana kurikulum berdasarkan pengajaran bertema adalah menarik dan
pelbagai.
3. Hubung Kait Antara Topik-topik Dalam Matematik
-
8/12/2019 Keberkesanan Penggunaan Resos
21/23
-
8/12/2019 Keberkesanan Penggunaan Resos
22/23
Pada pendapat saya, pembelajaran secara menghubungkait topik yang telah dipelajari dengan
topik baru merupakan satu perkara wajib supaya selain dari memudahkan pelajar untuk
memahami konsep baru, pelajar juga akan dapat melihat perhubungan dan kaitan antara ilmuyang mereka telah pelajari dengan apa yang bakal mereka pelajari hari itu. Ini bukan sahaja dapat
membuka jalan kefahaman kepada mereka, malah menjadikan p&p lebih professional dan
menarik perhatian pelajar.
Kesimpulan
Sebagai kesimpulannya, saya yakin bahawa proses membuat kaitan benar-benar dapat
meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran matematik dalam kalangan pelajar
sekolah rendah. Ini dapat dilakukan dengan menghubung kait matematik dengan subjek lain
melalui kaedah tematik, membuat aktiviti dan contoh-contoh berkaitan dengan kehidupan
seharian pelajar dan akhir sekali ialah menghubung kaitkan topik-topik dalam matematik itu
sendiri supaya para pelajar dapat melihat 1 kesinambungan terhadap apa yang mereka telah
pelajari dengan apa yang bakal mereka pelajari.
(1526 Patah Perkataan)
-
8/12/2019 Keberkesanan Penggunaan Resos
23/23
Sumber Rujukan
Gardner Howard(1993): Multiple Intelligences: The Theory in Practice. New York: Basic.
Ian Thompson(2003): Enhancing Primary Mathematics Teaching. Bell and Bain Ltd. Glasgow.
Mok Soon Sang(2009): Perkembangan Kanak-kanak. Selangor. Multimedia Sdn. Bhd.
Mohamad Daud Hamzah(1996): Perkembangan kanak-kanak dan pembelajaran. Kuala Lumpur :
Utusan Publications & Distributors
Noraini Idris(2001): Pedagogi Dalam Pendidikan Matematik. Utusan Publications & Distributors
Sdn Bhd.