FAKULTI EKONOMI DAN PENGURUSAN
SEMESTER 2, SESI 2014-2015
HHHC9101 SOSIAL DAN KEBERTANGGUNGJAWABAN
(SET 3)
PENSYARAH: PM DR. SHAHIDA SHAHIMI
LAPORAN TUGASAN
KEE EE VON
(A143300)
Sinopsis kursus:
Kursus ini adalah bertujuan untuk membangunkan kemahiran sosial dan kebertanggungjawaban
pelajar melalui pelbagai aktiviti dalam program yang berasaskan komuniti (community-based
programme). Aktiviti dalam program ini dipilih mengikut keperluan masyarakat setempat. Pelajar
dikehendaki mengikuti aktiviti yang boleh membawa perubahan dan memberi impak positif
kepada masyarakat. Melalui aktiviti ini, pelajar akan dapat mengasah bakat dan menggarap
kemahiran sosial dan kebertanggungjawaban dalam suasana pembelajaran yang luwes (flexible).
Di akhir kursus ini, pelajar dapat berinteraksi dengan semua lapisan masyarakat, peka terhadap
permasalahan masyarakat, mengambil inisiatif untuk melibatkan diri dan mampu berperanan
sebagai agen perubahan dalam masyarakat.
NAMA PROGRAM: SPECIAL EDUCATION, A WORK OF LOVE
JAWATAN: KETUA PENGARAH
Kee Ee Von (A143300)
LAPORAN KEMAHIRAN SOSIAL DAN KEBERTANGGUNGJAWABAN (HHHC9101)
Pengenalan Program
Program ‘Special Education, A Work of Love’ merupakan sebuah program anjuran Eksekutif
Akademik, Kolej Pendeta Zaba dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Melaka. Program ini
melibatkan aktiviti-aktiviti bersama dengan 56 orang anak pendidikan khas dari 11 sekolah-
sekolah sekitar Negeri Melaka. Pelbagai aktiviti terapi diadakan seperti terapi berenang, terapi
boling dan juga aktiviti-aktivi menarik seperti lawatan ke zoo, program penjagaan gigi, dan
ceramah penjagaan diri.
Objektif Program
Menimbulkan kesedaran masyarakat khususnya mahasiswa/i UKM supaya mempunyai
nilai toleransi, bertanggungjawab dan bertimbang rasa terhadap keperluan kehidupan
bermasyarakat
Memberi sumbangan kepada keluarga pelajar berkeperluan khas sebagai membela nasib
insan istimewa.
Memberi peluang kepada mahasiswa/i UKM untuk merancang, mengurus, mengelola
dan melaksanakan program yang berbentuk perkhidmatan kemasyarakatan.
Kee Ee Von (A143300)
Perjalanan Program
Program ‘Special Education, A Work of Love’ berlangsung pada 27-29 Mac 2015 di D’Village
Resort, Ayer Keroh, Melaka.
27 Mac 2015: Program ini bermula dengan sesi pendaftaran guru-guru pengiring dan para peserta
seawal 10 pagi. Sebelum aktiviti bermula, saya berkesempatan untuk memberikan pendedahan
awal kepada guru-guru dan para peserta objektif dan perjalanan program 3hair 2 malam ini. Para
peserta seterusnya melibatkan diri dalam aktiviti ‘ice-breaking’ yang bertujuan untuk merapatkan
hubungan antara para peserta dari sekolah-sekolah yang berlainan bersama dengan fasilitator dari
UKM. Aktiviti seperti ‘Kenali Saya’ dan ‘Jangan Malu’ telah diadakan.
Kee Ee Von (A143300)
Selesai solat jumaat, para peserta telah berkunjung ke Zoo Melaka yang memberi peluang kepada
mereka melihat binatang-binatang yang mereka inginkan. Walaupun penat berjalan,para peserta
berasa sangat gembira.
Kee Ee Von (A143300)
Aktiviti pada hari pertama berakhir dengan sesi ceramah bersama seorang guru Pendidikan Khas
yang mempunyai pengalaman lebih 20 tahun mengajar pelajar Pendidikan Khas,Pn Hajah Hasmah
yang memberi motivasi kepada para pelajar.
Kee Ee Von (A143300)
28 Mac 2015: Program hari kedua bermula seawal 5.45am dengan tazkirah subuh dan solat subuh
secara berjemaah. Seterusnya program diteruskan lagi dengan aktiviti senamrobik. Semua para
peserta sangat bersemangat dalam melakukan aktiviti walaupun telah penat pada hari sebelumnya.
Program diteruskan lagi dengan aktiviti terapi boling di Melaka International Bowling Centre.
Aktiviti terapi ini diadakan untuk meningkatkan tahap fokus para peserta terhadap sesuatu perkara
semasa melakukan aktiviti ini.
Kee Ee Von (A143300)
29 Mac 2015: Pagi hari terakhir program turut dimulakan dengan tazkirah dan solat subuh bersama
para peserta program dan fasilitator. Selepas senam pagi dan minum pagi,para peserta telah
melibatkan diri dalam program penjagaan gigi bersama wakil dari Jabatan Pergigian Melaka
Tengah. Para peserta telah diberi pendedahan berkenaan cara penjagaan gigi dan cara memberus
gigi dengan betul. Berus gigi dan ubat gigi yang digunakan oleh para peserta ditaja oleh Lion
Corporation Sdn Bhd.
Program diteruskan lagi dengan aktiviti terapi berenang yang dapat meransang pergerakan para
peserta. Mereka berasa sangat teruja dan gembira sepanjang aktiviti ini.
Kee Ee Von (A143300)
Program berakhir dengan jayanya dengan sesi Majlis Penutup yang dirasmikan oleh Ketua Unit
Pendidikan Khas Jabatan Pendidikan Negeri Melaka,Encik Aziz dan turut dihadiri oleh Pengetua
Kolej Pendeta Zaba,Prof Madya Ahmad Sunawari Long dan barisan pentadbiran Kolej Pendeta
Zaba.
Kee Ee Von (A143300)
Refleksi
1. Terangkan bagaimana program ini merupakan keperluan masyarakat setempat?
Pada pendapat saya, program ini merupakan keperluan masyarakat setempat dari segi
untuk mewujudkan kesedaran dan kebertanggungjawaban komuniti terhadap orang
disekeliling kita. Program bersama anak-anak pendidikan khas ini berobjektif untuk
mewujudkan kesedaran komuniti terutamanya mahasiswa/I UKM bahawa anak-anak khas
ini juga layak mendapat perhatian dan peluang yang sama rata seperti orang lain.
2. Bagaimanakah penglibatan anda dalam aktiviti ini boleh membawa perubahan dan
memberi impak positif kepada masyarakat setempat?
Penglibatan diri saya dalam program ini selaku Ketua Pengarah, saya merasakan bahawa
saya telah melaksanakan tanggungjawab saya sebagai mahasiswa yang prihatin. Ini adalah
kerana, sepanjang persediaan sebelum program ini, saya perlu memberikan info-info
berkenaan anak-anak pendidikan khas yang bakal terlibat dalam program “Special
Education, A Work of Love” kepada pihak-pihak luar seperti syarikat penaja dan orang
awam. Melalui langkah itu, masyarakat setempat turut merasakan tanggungjawab mereka
untuk menjayakan program yang murni ini. Mereka tidak lekang memberikan sumbangan
daripada pelbagai aspek seperti barangan, kewangan, bahan-bahan bacaan, dan barang-
barang keperluan pelajar.
3. Bagaimanakah anda dapat mengasah bakat dan menggarap kemahiran sosial dan
kebertanggungjawaban melalui aktiviti ini?
Pada pendapat saya, nilai tanggungjawab diterap dalam diri melalui tugas-tugas yang saya
laksanakan. Setiap tanggungjawab yang diberi digalas dengan sebaik mungkin kerana saya
selaku Ketua Pengarah telah diberi kepercayaan oleh pihak kolej untuk menganjurkan
progam ini. Oleh itu, setiap perkara dan tindakan telah saya laksanakan dengan penuh
amanah. Di samping itu, hasil kerja saya bersama ahli pasukan telah membuahkan hasil
dimana Program “Special Education ,A Work of Love” telah dinobatkan sebagai Program
Terbaik Kolej baru-baru ini.
4. Bagaimanakah anda dapat memperbaiki tahap komunikasi dan berinteraksi dengan semua
lapisan masyarakat melalui aktiviti ini?
Melalui program ini, saya perlu berhubung dengan pelbagai lapisan masyarakat seperti
pihak JPN Melaka, pihak Pentadbiran UKM, pihak sekolah, guru-guru, dan juga
mahasiswa/I UKM. Kemahiran komunikasi secara efektif adalah perlu supaya segala mesej
dan maklumat dapat disampaikan secara berkesan. Melalui program ini, saya juga telah
mempelajari cara-cara bagaimana untuk berhubung dengan pihak luar seperti pihak penaja.
Kee Ee Von (A143300)
5. Adakah anda sempat mengenali rakan sekumpulan yang lain dalam aktiviti ini?
Ya saya sempat untuk mengenali semua ahli pasukan kerja saya kerana kami berjumpa
setiap minggu untuk hampir 3 bulan. Persediaan diperlukan sebelum program untuk
merancang dan membuat segala persediaan seperti menyiapkan bahan-bahan yang
diperlukan semasa aktiviti, penyediaan surat kepada sekolah dan pihak penaja dan banyak
lagi.
6. Pada pandangan anda, apakah kepentingan kemahiran sosial?
Pada pandangan saya, kemahiran sosial adalah penting untuk membina rangkaian kerja.
Melalui program ini, saya mempelajari untuk bergaul dengan semua orang tanpa mengira
usia, latar belakang, bidang pengajian yang berlainan dan banyak lagi. Walaupun saya
sebagai Ketua Pengarah, namun saya tidak boleh bertindak tegas dalam semua perkara
supaya ahli pasukan kerja saya selesa untuk bekerja dengan saya. Namun, setiap urusan
perlu dilaksanakan secara profesional.
7. Pada pandangan anda, apakah kepentingan kemahiran komunikasi?
Pada pandangan saya, kemahiran komunikasi amat penting dalam kehidupan seharian tidak
kira kita berkomunikasi dengan sesiapa pun. Adab dan gelaran hormat amat penting
terutamanya ketika berhubung dengan orang-orang atasan seperti pensyarah, guru-guru,
pegawai pejabat kerajaan dan banyak lagi. Cara komunikasi amat penting supaya mesej
yang ingin disampaikan difahami oleh pihak lain. Bukan itu sahaja, komunikasi melalui
pelbagai medium seperti surat, telefon, e-mel atau ‘whatsapp’ memerlukan saya untuk
menggunakan bahasa dengan cara yang betul supaya mesej yang ingin disampaikan tidak
disalah tafsir oleh pihak penerima.
8. Pada pandangan anda, apakah kepentingan kemahiran kebertanggungjawaban?
Pada pandangan saya, kemahiran kebertanggungjawaban adalah penting kerana tanpa
sikap tanggungjawab yang tertanam dalam diri, sudah semestinya segala tugas yang
diberikan tidak dapat dilaksanakan dan disempurnakan. Di samping itu, sikap
tanggungjawab juga adalah penting pada saya untuk memastikan setiap tugas dilaksanakan
dalam masa yang telah dirancang supaya tidak mempengaruhi kerja-kerja saya yang
seterusnya mahupun kerja-kerja ahli pasukan kerja saya.
Kee Ee Von (A143300)
9. Bagaimanakah penglibatan anda dalam aktiviti ini mengubah persepsi, sikap dan
keprihatinan anda terhadap permasalahan masyarakat?
Saya telah sedar bahawa pentingnya untuk melayan semua orang secara sama rata tidak
kira samada mereka itu normal mahupun kurang upaya. Sebaliknya saya merasakan saya
perlu memberi perhatian yang lebih kepada mereka yang keupayaan khas supaya mereka
dapat merasakan bahawa masyarakat sekitar mereka tidak pernah menyisihkan atau
memandang rendah kepada mereka kerana saya percaya mereka yang kurang upaya ini
juga layak mendapat layanan dan peluang yang sama rata seperti orang lain yang normal.
10. Adakah anda berminat untuk melibatkan diri dalam aktiviti seumpama ini pada masa
hadapan?
Ya saya sangat berminat untuk melibatkan diri dalam aktiviti seumpama ini sekiranya
masih diberi peluang. Pihak Jabatan Pendidikan Negeri Melaka telah menawarkan kepada
saya untuk menganjurkan program bersama anak-anak pendidikan khas yang bersekolah
di negeri Melaka. Cadangan mereka adalah supaya saya membawa anak-anak pendidikan
khas ini keluar dari Melaka dan mungkin datang ke UKM. Saya akan menyusulkan kertas
kerja kepada pihak kolej untuk memberi peluang kepada saya atau Eksekutif Pelajar yang
lain untuk menganjurkan program bersama anak-anak khas ini pada sesi hadapan.
11. Adakah anda akan mengambil inisiatif sendiri untuk melibatkan diri dalam aktiviti
seumpama ini pada masa hadapan?
Ya saya masih akan melibatkan diri dalam aktiviti seperti ini. Selain program anjuran saya
sendiri, saya akan melibatkan diri dalam aktiviti anjuran fakulti atau anjuran pihak luar
bersama anak-anak pendidikan khas. Saya turut akan melibatkan diri sekiranya pihak-
pihak sekolah menganjurkan aktiviti seperti ini dan membuka peluang kepada mahasiswa
seperti saya untuk melibatkan diri.
12. Apakah pengalaman atau pengajaran yang paling bernilai yang anda peroleh daripada
aktiviti ini?
Pengalaman saya yang paling bernilai adalah semasa hari-hari program. Antaranya adalah
semasa lawatan ke Zoo Melaka bersama anak-anak pendidikan khas ini. Saya telah
menemani mereka berjalan kaki melawat seluruh zoo dan mereka cukup penat pada petang
tersebut. Walaubagaimanapun mereka tetap habis melawat ke seluruh zoo walaupun
banyak berhenti rehat. Semasa di sini saya cukup tersentuh dengan seorang pelajar yang
kerdil di mana dia masih bersemangat untuk menghabiskan perjalanan di zoo yang
mengambil masa lebih 1 jam atas sokongan saya dan rakan-rakan saya yang lain.
Sepanjang program ini membuat saya merasakan mereka sebenarnya tiada beza langsung
dengan kami yang normal ini. Hanya pemikiran sesetengah pihak yang membeza-bezakan
mereka. Walaupun hanya program selama 3hari 2malam, program ini akan memahat
Kee Ee Von (A143300)
memori terindah buat diri saya, lebih-lebih lagi setelah dinobatkan sebagai Program
Terbaik Kolej sesi 2014/2015.
Pengalaman sepanjang penganjuran program ini juga akan saya adaptasikan untuk
program-program lain ataupun semasa bekerja nanti. Sudah semestinya segala kekurangan
dan kelemahan diri saya akan saya perbaiki dan membuat penambahbaikan.
Program ini turut mendapat perhatian ramai pihak yang prihatin seperti McDonald
Malaysia yang menyumbang makan mlm dan minum petang para peserta, Lion
Corporation (M) Sdn Bhd yang menyumbang ubat gigi dan berus gigi kepada para peserta
untuk slot penjagaan gigi. Setinggi-tinggi penghargaan juga kepada semua pihak yang
menyumbang dari segi kewangan untuk menjayakan sebuah program yang murni seperti
ini.