Pemindahan kredit
Bagi pelajar yang pernah mengikuti kursus berkaitan dalam bidang
kejuruteraan di institusi yang diiktiraf, University of South Australia
boleh membenarkan pemindahan kredit untuk mengurangkan
bilangan kursus yang diperlukan untuk belajar di Adelaide. Para
pelajar dari institusi berikut telah berjaya memohon dan menerima
kredit untuk pengajian terdahulu:
• Inti College
• Taylor’s College
• Curtin University Sarawak
• Swinburne Sarawak
• Laila Taib College
• Institut Eksekutif
• South Australia Institute of Business & Technology (SAIBT)
Walaupun institusi anda tidak disenaraikan di sini, semua pelajar
adalah layak untuk memohon pemindahan kredit sebagai sebahagian
daripada proses permohonan untuk memasuki program ijazah. Butir-
butir terdapat pada borang permohonan.
Untuk menyemak jumlah kredit yang mungkin dibenarkan sila rujuk: http://www.unisa.edu.au/international/credit/default.asp
Sarjana Muda Kejuruteraan (Awam)(Pengurusan Awam dan Alam Sekitar)(Awam dan Pengurusan Projek)(Awam dan Struktur)(Awam dan Pengangkutan)(Awam dan Pengurusan Sumber Air)
Kod kursus: LBMICRICOS kod: 056091GKampus: Mawson Lakes, AdelaideTempoh: 4 tahun pengajian sepenuh masaPengambilan: Februari dan JulaiPrasyarat: matematik sekolah menengahPengetahuan diandaikan: fizik sekolah menengahYuran penggajian bagi tahun 2013: AU $ 26,250 bagi setiap tahun pengajian
Syarat Kemasukan
• Australian ATAR 75• IB 27 ( 6 terbaik )• Malaysia STPM 7 ( 3 terbaik )• Malaysia UEC 28• GCE A Levels 7 • Lain-lain kelayakan sekolah menengah• Sarjana Muda, diploma, diploma bersekutu atau sijil daripada
institusi yang diiktiraf• Menamatkan program asas universiti yang diiktiraf
Keperluan Bahasa Inggeris
Pemohon hendaklah memenuhi salah satu syarat-syarat kemasukan berikut :
• IELTS 6.0 dengan 6.0 membaca dan 6.0 menulis• TOEFL iBT 80 dengan nilai tidak kurang daripada 20• TOEFL PBT 550 dengan TWE 4.5• Cambridge CPE / CAE C• Centre for English Language at UniSA Academic English Level 4• Menamatkan pengajian menengah di Australia dalam masa dua
tahun yang lalu• Menamatkan sekurang-kurangnya satu tahun pengajian tinggi di
Australia dalam masa dua tahun yang lalu• Menamatkan satu tahun pengajian menengah atau pengajian
tinggi yang dijalankan dalam Bahasa Inggeris dalam masa dua tahun yang lalu di negara yang lazim menggunakan Bahasa Inggeris, seperti yang ditentukan oleh pihak university
Cara permohonan
Permohonan untuk program ini boleh dibuat melalui portal Kemasukan Online UniSA atau melalui ejen pendidikan: www.unisa.edu.au / international
Untuk maklumat lanjut tentang ijazah di University of South Australia:
Panggilan Antarabangsa ke Australia: +61 3 9627 4854
Panggilan dalam Australia: 1800 1818 58
Email: international.office @ unisa.edu.au
Laman web: www.unisa.edu.au /engineering
Walaupun segala usaha telah dilakukan untuk menyediakan maklumat yang lengkap dan tepat pada masa penerbitan, pihak universiti tidak memberi apa-apa jaminan terhadap ketepatan dan kesempurnaan isi kandungan. Pihak universiti juga berhak untuk menamatkan atau mengubah susunan, program, kursus (unit), keperluan penilaian dan syarat kemasukan tanpa memberi notis terlebih dahulu. 00121B Nombor Pembekal CRICOS Dicetak pada Mei 2012
To Technology Park
To Mawson Lakes Interchange
To Parafield Airport
5 min by car to airport
15 mins walk to interchange
UniSA MawsonLakes Campus
unisa.edu.au/visitMawsonLakes
Bus Stop
5 min by car to Technology Park
5-10 mins by car to interchange
Train (Adelaide-Gawler)
Kejuruteraan Awam
University of South Australia (UniSA) menawarkan enam pilihan
dalam bidang kejuruteraan awam untuk memenuhi minat dan
aspirasi profesional para pelajar yang berbeza:
Sarjana Muda Kejuruteraan (Awam)Sarjana Muda Kejuruteraan (Pengurusan Awam dan Alam Sekitar)Sarjana Muda Kejuruteraan (Awam dan Pengurusan Projek)Sarjana Muda Kejuruteraan (Awam dan Struktur)Sarjana Muda Kejuruteraan (Awam dan Pengangkutan)
Sarjana Muda Kejuruteraan (Awam dan Pengurusan Sumber Air)
Tinjauan Program
Jurutera awam berkhidmat untuk masyarakat dengan
membangunkan infrastruktur seperti jambatan, bangunan, lapangan
terbang, jalan raya, kereta api, bekalan air, sisa kumbahan dan
sistem rawatan dan penggunaan semula. Jurutera awam merupakan
mereka yang mampu menyelesaikan masalah secara kreatif dan
inovatif dengan mereka, membina, mengurus, mengekalkan atau
membaikpulih semua aspek infrastruktur ini. Ijazah sarjana muda
kejuruteraan awam UniSA memberi penekanan kepada aplikasi
teori dengan tumpuan khusus kepada projek dan tugasan kerja
supaya para graduan bersedia untuk kerjaya mereka bermula dari
hari pertama mereka di tempat kerja.
Apa yang diperlukan?
Jurutera awam moden faham dan cuba untuk mengurangkan
kemungkinan kesan pembangunan terhadap alam sekitar. Mereka
sering berunding dengan wakil-wakil masyarakat berkaitan dengan
hal-hal yang membimbangkan masyarakat dan sering bekerja di
dalam suasana kerja yang terdiri daripada individu yang mempunyai
latar belakang yang berbeza dan berlainan disiplin. Oleh yang
demikian mereka perlu mampu untuk berkomunikasi dengan baik
disamping mampu untuk menguruskan manusia dan sumber.
Sebagai pelajar yang mengikuti program ijazah ini, anda harus
mempunyai semangat ingin tahu yang tinggi di samping mampu
untuk berkomunikasi dengan baik secara lisan mahupun bertulis.
Anda juga harus meminati bidang sains, sosial, pentadbiran dan
pengurusan, serta suka bekerja di luar dan bersedia untuk berjalan
demi kerja.
Akreditasi profesional dan pengajian lanjut
Program ini diiktiraf oleh Engineers Australia. Selepas tamat
pengajian pelajar boleh mengikuti ijazah sarjana sepenuh masa
selama satu tahun dalam bidang kejuruteraan, pengurusan alam
sekitar, kejuruteraan pengangkutan, sumber air atau pengurusan
projek.
Mengapa belajar di UniSA?
>> UniSA telah melabur sebanyak $ 73 juta dalam menyediakan institusi pengajian dan pusat penyelidikan teknologi baru di kampus yang luas di Mawson Lakes.
>> Pelajar UniSA berpeluang mendapat pengalaman dunia sebenar. Semua pelajar menjalani latihan industri selama tiga bulan di tahun akhir yang memberi mereka pendedahan yang berharga kepada bakal majikan. Menjelang tahun akhir pengajian, lebih separuh daripada kursus adalah berasaskan projek termasuk projek utama yang berkaitan dengan penyelidikan dalam bidang industri dan projek dalaman yang menggambarkan amalan sebenar dalam industri ini.
>> UniSA merupakan satu-satunya universiti di Adelaide yang menawarkan peluang untuk menamatkan pengajian ini dalam tempoh tiga tahun berbanding empat tahun bagi pelajar-pelajar yang mendapat gred cemerlang dalam tahun pertama.
Apa yang akan saya pelajari?
Pada tahun pertama semua pelajar kejuruteraan akan mengikuti
lapan kursus teras kejuruteraan. Kursus-kursus ini menyediakan asas
amali kejuruteraan yang mendedahkan anda kepada pelbagai disiplin
kejuruteraan disamping bagaimana kejuruteraan diaplikasikan
di dalam industri ini. Anda akan menjalankan beberapa projek
kerjatangan kejuruteraan termasuk penyertaan dalam cabaran
“Engineers Without Borders”. Tahun kedua program bertujuan
untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran teknikal anda
secara meluas dalam bidang kejuruteraan awam. Pada tahun ketiga,
anda memberi tumpuan secara terperinci terhadap struktur air,
sisa kumbahan, kejuruteraan geoteknikal dan alam sekitar. Tahun
keempat memberi anda peluang untuk terus berkembang dalam
kajian kejuruteraan awam atau mencari kepakaran dalam sebarang
bidang kejuruteraan. Separuh dari tahun keempat dikhaskan untuk
kerja projek, yang mana merangkumi kedua-dua aspek reka bentuk
dan penyelidikan.
Bekerja di Australia
Bermula pada tahun 2013, pelajar yang telah menamatkan sekurang-
kurangnya dua tahun pengajian akademik di University of South
Australia dan mendapat Ijazah Sarjana Muda adalah layak untuk
memohon Post Study Work Visa atau Visa Bekerja Selepas Belajar yang membolehkan mereka bekerja sepenuh masa di
Australia untuk tempoh dua tahun *. Penekanan University of South
Australia terhadap latihan praktikal, projek industri dan penempatan
di industri dapat dijadikan sebagai batu loncatan yang sesuai bagi
para pelajar untuk bertemu dengan bakal majikan semasa pengajian
dan memanfaatkan segala peluang pekerjaan setelah tamat belajar.
Lebih-lebih lagi, di bawah penyusunan “Post Study Work Rights”
atau Hak Hak Bekerja Selepas Belajar pelajar antarabangsa boleh
mendapatkan akses kepada Program Intenship Kejuruteraan University of South Australia. Program ini menyediakan pelajar
kejuruteraan untuk dunia kerja menerusi kursus intensif selama 4
minggu dalam bidang kejuruteraan profesional diikuti oleh kursus
internship selama 15 minggu. Pelajar juga menghadiri acara
maklumat dan rangkaian industri, persidangan, lawatan tapak dan
mesyuarat profesional persatuan. Pada akhir program, pelajar akan
muncul dengan rangkaian kenalan dari kalangan majikan yang
tiada tandingan dan mempunyai peluang yang lebih baik untuk
mendapat pekerjaan yang sesuai setelah tamat belajar.
(* Pada masa ini sekurang-kurangnya dua tahun pekerjaan
ditawarkan, dan tertakluk kepada perubahan oleh Department of
Immigration and Citizenship atau Jabatan Imigresen dan Kerakyatan
pada bila-bila masa.)
Pelajar kejuruteraan awam dari Malaysia
Ronny Rong yang berasal dari Miri dan Daniel Lee yang berasal dari
Kota Kinabalu lulus dengan Kepujian dalam bidang kejuruteraan
awam dari University of South Australia (UniSA) pada tahun 2011.
Ronny dan Daniel adalah diantara 20% pelajar teratas dalam tahun
mereka dan telah dipilih untuk mengikuti penyelidikan khas yang
akan membawa manafaat besar bagi syarikat-syarikat dalam
industri air dan kuasa. Sebelum memasuki UniSA, kedua-dua
mereka mendapatkan asas pengajian yang kukuh dari Inti College
di Kuching dan Curtin University Sarawak di Miri.
Apakah manafaat yang diperolehi setelah belajar di UniSA?
Daniel: Penekanan UniSA kepada latihan projek praktikal memberi kami banyak peluang untuk menggunakan (mengaplikasikan)
teori yang telah dipelajari. Salah satu projek yang sangat bermakna bagi saya adalah bengkel pengurusan projek di mana kami
bekerja dalam kumpulan untuk merangka dan menjalankan satu projek kejuruteraan yang kompleks. Ia benar-benar memberikan
saya kefahaman tentang cara kerja sebenar di syarikat pembinaan agar saya betul-betul yakin apabila bekerja dalam industri ini. Satu
lagi kemuncaknya adalah kursus di mana kami pergi ke lokasi terpencil di padang pasir Australia untuk mereka bentuk dan membina
rumah bagi penduduk tempatan.
Apakah projek-projek tahun akhir anda?
Ronny: ljazah saya tertumpu kepada pengurusan alam sekitar, jadi saya membuat penyelidikan untuk membersihkan air menggunakan
beberapa alat termasuk penapis dan paip serta cara penggunaan yang paling berkesan. Memandangkan terdapat permintaan yang
tinggi untuk air minuman yang bersih, maka ia memberi kepuasan bagi saya melihat bagaimana pengetahuan dan kemahiran yang
saya perolehi semasa pengajian ijazah memberi manfaat sebenar kepada manusia diseluruh dunia.
Daniel: Projek tahun akhir saya mengkaji pelbagai jenis tekanan yang terdapat pada menara pencawang tenaga elektrik dengan
bertujuan untuk memperbaiki kos dan keberkesanannya. Ia memberi satu peluang besar untuk saya menggunakan semua ilmu yang
telah dipelajari sepanjang kursus ijazah bagi menghasilkan penyelesaian sebenar yang praktikal bagi rakan industri.
Apakah cabaran yang anda lalui semasa pengajian?
Ronny: Bagi saya yang paling sukar ialah untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran bahasa kerana saya dikelilingi oleh mereka
yang berbahasa Inggeris dan saya perlu berfikir dalam Bahasa Inggeris. University of South Australia menawarkan kaunseling dan
khidmat nasihat kepada pelajar-pelajar asing untuk membantu mereka dalam hal akademik dan meningkatkan keyakinan dalam
berbahasa Inggeris.
Daniel: Ini adalah perkhidmatan yang sangat penting bagi pelajar. Guru-guru pula sangat ramah dan bersedia untuk membantu, jadi
kami tidak perlu takut untuk meminta bantuan.
Apakah tanggapan anda tentang tinggal di Adelaide?
Daniel: Adelaide menawarkan pelbagai pilihan gaya hidup – terdapat banyak aktiviti yang boleh dilakukan di kawasan bandar, dan
anda juga boleh mencari ketenangan dan kedamaian jika anda mahu. Saya lebih suka hidup di kawasan bandar kerana terdapat
lebih banyak aktiviti sosial dan dapat bergaul dengan orang-orang dari seluruh dunia.
Ronny: Saya tinggal berdekatan dengan kampus, jadi ia sangat mudah untuk pergi ke perpustakaan dan kedai-kedai. Tambahan
pula terdapat banyak kemudahan rekreasi berhampiran seperti tenis, golf, bola keranjang dan bola tampar pantai. Kos sara hidup
di Adelaide dianggarkan 20% lebih rendah dari di Sydney atau Melbourne, dan ini menjadikannya satu tempat yang sesuai dan
berpatutan untuk didiami oleh para pelajar.
Apa rancangan anda untuk masa depan?
Daniel: Saya berminat untuk mendalami bidang penyelidikan, jadi saya berhajat untuk belajar setahun lagi dalam ijazah sarjana
bidang kejuruteraan awam.
Ronny: Saya bercadang untuk pulang ke Malaysia dan bekerja dalam industri di Borneo. Kejuruteraan awam merupakan satu
profesion yang baik kerana sentiasa terdapat permintaan yang tinggi untuk jurutera dan prospek gaji yang juga bagus.
Kerjaya dan industryIjazah ini melengkapkan anda dalam kerjaya sebagai seorang
jurutera awam profesional bagi syarikat jururunding reka bentuk,
agensi-agensi kerajaan, industri pembinaan atau bidang yang
berkaitan. Graduan kami telah diiktiraf oleh majikan sebagai bersedia
untuk bekerja dalam industri dan mencapai peluang pekerjaan
yang sangat baik dan gaji permulaan yang tinggi secara konsisten,
terutamanya dalam bidang pembinaan, pengurusan projek dan
perundingan reka bentuk. Pada tahun 2010, 96% graduan telah
memperolehi pekerjaan sepenuh masa dalam pelbagai organisasi
swasta dan kerajaan.
Snapshot kerjaya dalam bidang kejuruteraan awam
Prospek pekerjaan: BAIK
Ramalan pekerjaan bagi 2014-15: PERTUMBUHAN YANG SANGAT
KUKUH
Saiz penduduk: 37,800
Purata gaji mingguan: TINGGI (A$1500)
% Dalam kerja FT: TINGGI (93%)
Tahap kekosongan: SANGAT TINGGI
Industri pengguna utama (% bahagian)39.2% Profesional, Saintifik dan Perkhidmatan Teknikal
25.5% Pembinaan
14.5% Pentadbiran Awam dan Keselamatan
9.1% Perkhidmatan Elektrik, Gas, Air dan Sisa Kumbahan
Sumber: Jabatan Pendidikan, Pekerjaan dan Perhubungan Tempat Kerja
Destinasi Siswazah
Bekas graduan yang mengikuti program Kejuruteraan Awam dari
UniSA telah mendapat peluang pekerjaan dengan:
South Australia Water, United Water, Jabatan Pengangkutan, Tenaga
dan Infrastruktur, Baulderstone, Built Environs, Greenhill Engineers,
Aurecon, LEED Engineering, Maunsell, PB Consultants.
Sumber: Kajiselidik Arahtuju Siswazah UniSA
Daniel Lee dari Kota Kinabalu (kiri) dan Ronny Rong (kanan) dari Miri