Download - Kem Ibadah 2009
KEM IBADAH 2009
SMK SERI SAMUDERA, MANJUNG RAYA
1. TAJUK
Kem Ibadah 2009
2. PENDAHULUAN
Akhir-akhir ini para pelajar didapati kurang minat untuk melibatkan diri dalam perkara-perkara yang
berkaitan dengan unsur keagamaan. Para pelajar peringkat menengah merupakan aset yang
paling penting untuk memastikan Agama Islam yang dianuti diamalkan dan menjadi satu cara
hidup. Cara hidup yang tidak bermatlamat dan kebebasan bersosial telah hampir merosakkan para
pelajar ini. Oleh yang demikian, pihak sekolah telah bercadang untuk menganjurkan satu Kem
Ibadah untuk mendekatkan para pelajar dengan aktiviti-aktiviti keagamaan
3. OBJEKTIF
a. Menanamkan minat para pelajar kepada aktiviti-aktiviti yang berunsur keagamaan
b. Menggalak pelajar supaya menyayangi tempat ibadah
c. Memberi peringatan kepada para pelajar tentang pentingnya kehidupan beagama
d. Membentuk generasi yang cintakan agama
4. SASARAN
50 orang pelajar muslim yang terpilih terdiri daripada para pelajar Tingkatan 1, 2, 3 dan 4 Tahun
2009
5. TARIKH / HARI /TEMPAT
13, 14 dan 15 November 2009 (Jumaat, Sabtu dan Ahad)
SMK Seri Samudera, Manjung Raya
6. TENTATIF
Hari Pertama (13 November 2009 – Jumaat)
3.00 ptg Pendaftaran
Taklimat Program
Minum Petang
Solat Asar
5.00 ptg Riadah
6.00 ptg Makan Malam
Solat Maghrib
Kuliah Maghrib
Solat Isyak
Ceramah : Indahnya Hidup Beragama
Program Hafazan Surah Lazim
Minum Malam
11.30 mlm Tidur
Hari Kedua ( 14 November 2009 - Sabtu)
4.00 pg Qiamullail
Solat Subuh
Kuliah Subuh
7.00 pg Senam Pagi
Sarapan Pagi
8.30 pg Ceramah : Islam Membentuk Peribadi Mulia
12.30 t/ hari Makan Tengah Hari
Solat Zuhur
2.00 ptg Program Gotong Royong Keceriaan Surau 1
Solat Asar
Program Gotong Royong Keceriaan Surau 2
6.00 ptg Makan Malam
Solat Maghrib
Kuliah Maghrib
Solat Isyak
Ceramah : Nabi Muhammad s.a.w contoh terbaik
Minum Malam
Hari Ketiga ( 15 November 2009 – Ahad)
6.00 pagi Solat Subuh
Kuliah Subuh
7.00 pagi Senam Pagi
Sarapan Pagi
8.30 pagi Program Gotong Royong Keceriaan Surau 3
11.30 pagi Majlis Penutup dan Penyampaian Sijil
Makan Tengah Hari
Bersurai
7. ANGGARAN PERBELANJAAN
PENDAPATAN PERBELANJAAN
Peruntukan Wang
Suwa Pendidikan
Islam / Moral
4200.00 1. Sarapan Pagi 2 x 2.50 x 50 250.00
2. Makan Tengah Hari 3 x 6.00 x 50 900.00
3. Makan Malam 2 x 5.00 x 50 500.00
4. Minum Malam 2 x 2.00 x 50 200.00
5. Ceramah 3 x 100 300.00
6. Kuliah Maghrib / Subuh 4 x 50 200.00
7. Qiamullail 1 x 100 100.00
8. Sijil 2 x 50 100.00
9. Program Keceriaan 1250.00
10. Cenderahati Penutup 50.00
11. Fail Poket / Bhn Edaran 5 x 50 250.00
12. Runcit 100.00
JUMLAH 4200.00 JUMLAH 4200.00
8. PENUTUP
Adalah diharapkan program ini dapat dilaksanakan dengan jayanya dan segala objektif tercapai.
Disediakan Oleh: Disahkan Oleh : Diluluskan Oleh:
(INTAN MAIMUNAH RADZALI) (HJH NOOR AZIZAN ABD SAMAT) (HJH ROSIDAH ABD SHUKOR)
Setiausaha Ko Kurikulum Guru Kanan Ko Kurikulum Pengetua
SMK Seri Samudera SMK Seri Samudera SMK Seri Samudera