KEMAHIRAN BERKOMUNIKASI PELAJAR TAHUN AKHIR JABATAN
PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN KEJURUTERAAN, FAKULTI PENDIDIKAN,
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA SEBAGAI BAKAL GURU
AZILA BINTI ABDULLAH
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
i
KEMAHIRAN BERKOMUNIKASI PELAJAR TAHUN AKHIR JABATAN
PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN KEJURUTERAAN, FAKULTI PENDIDIKAN,
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA SEBAGAI BAKAL GURU
AZILA BINTI ABDULLAH
Tesis ini disampaikan sebagai memenuhi syarat Penganugerahan Ijazah Sarjana
Muda Teknologi serta Pendidikan
(Kejuruteraan Elektrik)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
NOVEMBER, 2007
ii
“Saya akui tesis ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang
tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”
Tandatangan :
Nama Penulis : Azila Binti Abdullah
Tarikh : 06 November 2007
iii
DEDIKASI
Untuk abah dan emak tersayang lagi dikasihi
Haji Abdullah dan Hajah Halimah
Dengan doa restumu aku di sini
Memenuhi hajat dan harapanmu
Yang menggunung tinggi
Agar anakmu menjadi insan berjaya
Kepada suamiku tercinta
Mohd Muazzuddin Shah
Yang telah memberi semangat kepadaku
Segala pengorbanan dan doronganmu
Tidak mampuku balas semuanya
Juga abang, kakak dan adik kandungku yang tersayang
Air dicincang takkan putus
Begitulah pertalian darah antara kita
Takkan terlerai
Selagi hayat di kandung badan
Juga pensyarah pembimbing yang dihormati
Tuan Haji Mohd Mohsin Bin Uzir
Yang banyak membimbing dan memberi ilmu
Di sepanjang penyediaan penyelidikan ini
Hanya mampu aku nyatakan
Ungkapan jutaan terima kasih serta syukran jazilan
iv
PENGHARGAAN
“Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang”
Alhamdulillah dengan rasa syukur ke hadrat Allah swt dan dengan limpah
kurniaNya maka saya telah menyiapkan projek ini bagi memenuhi syarat untuk
mendapatkan Ijazah Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan (Kejuruteraan Elektrik).
Dengan sempurnanya penyelidikan ini, saya dengan rasa rendah hati dan tulus
ikhlas merakamkan penghargaan yang tidak terhingga kepada penyelia projek saya, Tuan
Haji Mohd Mohsin Bin Uzir atas segala bimbingan, tunjuk ajar, teguran dan nasihat yang
diberikan sepanjang penyelidikan Projek Sarjana Muda ini. Ribuan dan jutaan terima
kasih diucapkan.
Kepada keluarga tercinta yang sentiasa memberikan dorongan dalam meniti
perjuangan menuntut ilmu ini, iringan doa agar keutuhan keluarga akan kekal ke akhir
hayat dipanjatkan pada Allah swt.
Penghargaan ini juga diberikan kepada rakan-rakan seperjuangan serta semua
pihak yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan
penyelidikan ini. Kepada Allah jua saya doakan agar diberikan pembalasan yang setimpal
dengan amal jariah yang kalian berikan kepada saya. Insyaallah ianya akan tetap
dikenang ke akhir hayat.
Wassalam
v
ABSTRAK
Kajian ini merupakan satu kajian deskriptif untuk meninjau kemahiran
berkomunikasi dalam pembelajaran di kalangan pelajar tahun akhir Jabatan Pendidikan
Teknikal dan Kejuruteraan, Fakulti Pendidikan UTM sebagai persediaan bakal guru.
Seramai 118 orang pelajar perdana tahun akhir dari Jabatan Pendidikan Teknikal dan
Kejuruteraan, Fakulti Pendidikan telah dipilih sebagai sampel kajian. Kajian dijalankan
dengan menggunakan satu set soal selidik yang diedarkan kepada pelajar. Data yang
diperolehi dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Packages for Social
Sciences (SPSS) 11.5 For Windows. Hasil analisis mendapati, majoriti responden
mengakui bahawa pada persepsi mereka, kemahiran komunikasi adalah penting bagi diri
mereka sebagai persediaan seorang guru. Manakala tahap penguasaan responden dalam
kemahiran bertutur dan kemahiran mendengar juga berada pada tahap tinggi. Kajian ini
juga mendapati tahap penguasaan responden dalam kemahiran berkomunikasi adalah
pada tahap yang sederhana, yang meliputi kemahiran bertanya dan kemahiran menulis.
Akhir sekali cadangan yang bernas telah dikemukakan untuk meningkatkan lagi tahap
penguasaan kemahiran berkomunikasi di kalangan pelajar.
vi
ABSTRACT
The research carried out is to conduct a survey among final year students of
Engineering and Technical Education Department, Faculty of Education in UTM on their
abilities in communication skill during their learning. As preparation for recruitment
purpose 118 final year Bachelor Degree undergraduates from Engineering and Technical
Education Department, Faculty of Education were selected to be involved in this research.
Distributing sets of questionnaires of students was carrying out the research. Data
collected were analysed using Statistical Packages for Social Sciences (SPSS) 11.5
software For Windows. The form of result of the study shows that perceptions of majority
of respondent admit that communication skills is very important to themselves as well as
better preparation to them of becoming a teacher. Levels of communication skills of
speaking and listening also are at higher level. The result also showed that their levels of
communication skills are at moderate level. This including skills of asking and writing.
Lastly, sufficient ideas and suggestions are given out in order to increase student’s
abilities mastering communication skill.
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
Borang Pengesahan Status Tesis
Pengesahan Penyelia
Tajuk i
Pengakuan ii
Dedikasi iii
Penghargaan iv
Abstrak v
Abstract vi
Kandungan vii
Senarai Rajah xii
Senarai Jadual xiii
Senarai Nama Singkatan xiv
BAB 1 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latarbelakang Masalah 3
1.2.1 Perbezaan latar belakang dan pengalaman 4
1.2.2 Perhatian yang terhad 4
1.2.3 Prasangka/Prejudis/Tanggapan Awal 5
1.2.4 Faktor situasi 5
1.2.5 Perasaan dan emosi 5
viii
BAB PERKARA MUKA SURAT
1.3 Penyataan Masalah 6
1.4 Objektif Kajian 8
1.5 Persoalan Kajian 8
1.6 Kepentingan Kajian 9
1.7 Batasan Kajian 10
1.8 Definisi Istilah 10
1.8.1 Kemahiran Berkomunikasi 10
1.8.2 Kemahiran Komunikasi Lisan 10
1.8.3 Kemahiran Bertutur 11
1.8.4 Kemahiran Mendengar 11
1.8.5 Kemahiran Menulis 11
1.8.6 Kemahiran Bertanya 12
1.8.7 Persepsi 12
1.8.8 Kerjaya sebagai guru 12
BAB 2 SOROTAN PENULISAN
2.1 Pengenalan 13
2.2 Unsur komunikasi 13
2.2.1 Sumber 14
2.2.2 Penerima 14
2.2.3 Mesej 14
2.2.4 Saluran 14
2.2.5 Maklum balas 15
2.2.6 Gangguan 15
2.2.7 Kesan 15
2.2.8 Persekitaran 15
2.3 Model Komunikasi 16
ix
BAB PERKARA MUKA SURAT
2.4 Kemahiran Bertutur 16
2.5 Kemahiran Menulis 17
2.5.1 Kemahiran Menulis Cepat 18
2.6 Kemahiran Mendengar 19
2.6.1 Aktiviti Mendengar 20
2.6.1.1 Menerima 20
2.6.1.2 Memahami 20
2.6.1.3 Mengingat 20
2.6.1.4 Menilai 20
2.6.1.5 Memberi respons 21
2.7 Kemahiran Bertanya 21
2.7.1 Jenis-Jenis Pertanyaan 22
2.7.1.1 Pertanyaan Terbuka 22
2.7.1.2 Pertanyaan Tertutup 23
2.8 Kemahiran Komunikasi Dalam Kerjaya Sebagai
Bakal Guru 24
2.9 Kajian-Kajian Lepas 25
BAB 3 METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan 26
3.2 Rekabentuk Kajian 26
3.3 Tempat Kajian 27
3.4 Populasi Kajian 27
3.5 Sampel Kajian 28
3.6 Instrumen Kajian 30
x
BAB PERKARA MUKA SURAT
3.7 Prosedur Kajian 33
3.8 Kajian Rintis 35
3.9 Analisis Data 36
3.10 Penutup 37
BAB 4 ANALISIS DATA
4.1 Pengenalan 38
4.2 Analisis Data Bahagian A (Maklumat Diri Responden) 39
4.2.1 Jantina 39
4.2.2 Umur 40
4.2.3 Bangsa 41
4.2.4 Kursus 42
4.3 Analisis Data Bahagian B ( Soalan Kajian) 42
4.3.1 Analisis Data Persoalan Kajian Pertama 43
4.3.2 Analisis Data Persoalan Kajian Kedua 47
4.3.3 Analisis Data Persoalan Kajian Ketiga 51
4.3.4 Analisis Data Persoalan Kajian Keempat 54
4.3.5 Analisis Data Persoalan Kajian Kelima 57
4.4 Ringkasan Dapatan Kajian 60
BAB 5 PENGENALAN, KESIMPULAN, RUMUSAN DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan 63
5.2 Kesimpulan 63
5.2.1 Rumusan Bagi Latar Belakang Responden 65
xi
BAB PERKARA MUKA SURAT
5.2.2 Rumusan Persoalan Kajian Pertama 65
5.2.3 Rumusan Persoalan Kajian Kedua 68
5.2.4 Rumusan Persoalan Kajian Ketiga 71
5.2.5 Rumusan Persoalan Kajian Keempat 74
5.2.6 Rumusan Persoalan Kajian Kelima 76
5.3 Kesimpulan 79
5.4 Cadangan 79
5.4.1 Cadangan Kepada Pelajar 79
5.4.2 Cadangan Kepada Pihak UTM 80
5.4.3 Cadangan Untuk Kajian Lanjutan 81
BIBLIOGRAFI 82
LAMPIRAN Lampiran A – E 85
xii
SENARAI RAJAH
RAJAH TAJUK MUKA SURAT
2.1 Rajah Model Komunikasi 16
3.4 Prosedur Kajian 33
xiii
SENARAI JADUAL
NO TAJUK MUKA SURAT
3.1 Populasi Kajian 29
3.2 Pengkelasan Skala Likert 31
3.3 Maklumat dan item instrumen kajian 32
3.5 Skala min 36
3.6 Penentuan tahap peratusan 37
4.1 Taburan Responden Mengikut Jantina 40
4.2 Taburan Responden Mengikut Umur 41
4.3 Taburan Responden Mengikut Bangsa 41
4.4 Taburan Responden Mengikut Kursus 42
4.5 Taburan Responden Mengikut Frekuensi, Peratusan dan Min
terhadap kemahiran bertutur semasa dalam pembelajaran. 43
4.6 Taburan Responden Mengikut Frekuensi, Peratusan dan Min
terhadap kemahiran mendengar semasa dalam pembelajaran. 47
4.7 Taburan Responden Mengikut Frekuensi, Peratusan dan Min
terhadap kemahiran menulis semasa dalam pembelajaran. 51
4.8 Taburan Responden Mengikut Frekuensi, Peratusan dan Min
terhadap kemahiran bertanya semasa dalam pembelajaran. 54
4.9 Taburan Responden Mengikut Frekuensi, Peratusan dan Min
bagi persepsi pelajar terhadap kemahiran komunikasi dalam
kerjaya sebagai bakal guru. 58
4.10 Purata Keseluruhan Bagi Setiap Persoalan Kajian 61
4.11 Min Bagi Setiap Persoalan Kajian Mengikut Keutamaan 61
xiv
SENARAI SINGKATAN
UTM : Universiti Teknologi Malaysia
FP : Fakulti Pendidikan
JPTK : Jabatan Pendidikan Teknikal dan Kejuruteraan
SPA : Ijazah Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan
(Kejuruteraan Awam)
SPE : Ijazah Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan
(Kejuruteraan Elektrik)
SPJ : Ijazah Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan
(Kejuruteraan Mekanikal)
SPH : Ijazah Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan
(Kemahiran Hidup)
PKPG : Program Khas Pensiswazahan Guru
SPSS : Statistic Package For Social Science ( version 11.5 For Windows)
IPT : Institut Pengajian Tinggi
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Kemahiran komunikasi merupakan satu elemen penting dalam era revolusi
komunikasi ini. Apabila seseorang bercakap dengan orang lain, mereka sering lupa
tentang diri mereka sendiri. Mereka mungkin tidak mempedulikan sama ada apa yang
mereka cakapkan itu difahami oleh orang lain. Sedangkan, komunikasi berlaku apabila
melibatkan interaksi dua hala supaya mesej yang ingin disampaikan dapat dikongsi dan
sama maknanya antara penyampai dan difahami oleh penerima. Mesej yang disampaikan
bukan hanya apa yang dicakapkan tetapi juga bagaimana untuk menyatakannya.
Komunikasi ditafsirkan sebagai proses pemahaman maksud yang disampaikan oleh
pengirim kepada penerima dengan tujuan kebaikan bersama. Ini adalah kerana sebarang
proses komunikasi yang tidak mewujudkan kefahaman adalah tidak bermakna. (Mohd
Baharudin dan Mohd Khairie, 2003). Dalam diri manusia telah wujud satu keperluan
untuk perhubungan sosial. Mereka akan menyetujui bahawa manusia tidak boleh hidup
bersendirian. Mereka memerlukan orang lain untuk berhubungan atau berkomunikasi
dengannya.
Seseorang dianggap berkomunikasi, jika apa yang dikomunikasikan itu
meninggalkan kesan. Manusia hidup saling bergantungan antara satu sama lain. Untuk
2
merealisasikan hidup sedemikian, menyebabkan mereka perlu berkomunikasi atau
mewujudkan hubungan antara satu sama lain. Terdapat pelbagai kemahiran komunikasi
yang boleh dikuasai oleh setiap individu yang meliputi komunikasi bertutur, komunikasi
mendengar, komunikasi menulis dan komunikasi bertanya. Dengan demikian, bagi
penguasaan dan pengembangan ilmu, terlebih dahulu mereka perlu menguasai pelbagai
kemahiran tersebut.
Komunikasi adalah suatu proses yang berterusan. Manusia boleh bekerjasama
antara satu sama lain untuk mencapai sesuatu matlamat melalui satu sistem komunikasi
yang baik. Menurut Halimah dan Norhayati (2003), manusia tidak boleh hidup
bersendirian seperti pernah dinyatakan “no man is an island”. Setiap orang memerlukan
orang lain untuk menyampaikan pendapat, berkongsi pengalaman, untuk berbual
bersama, berbincang bersama, bergurau bersama dan untuk “bergaduh dan bertengkar
bersama”. Pendek kata, manusia memerlukan manusia lain bagi segala urusan yang
dijalankan dalam dunia ini. Oleh itu, sebagai bakal guru kemahiran komunikasi
merupakan satu perkara utama kerana melalui komunikasi, ilmu dapat disampaikan
kepada anak murid dengan lebih tepat, jelas dan berkesan.
Komunikasi merupakan asas kepada setiap insan dalam penyertaan secara
berkesan dalam masyarakat. Setiap hari mereka akan memenuhi masa dengan kemahiran
berkomunikasi. Kesan komunikasi bergantung kepada kebijaksanaan penyampaian mesej
antara penyampai kepada penerima. Apa yang jelas, pertuturan dan penulisan yang baik
bergantung pada kemahiran yang boleh dipelajari oleh setiap insan. Kemahiran
berkomunikasi dapat ditingkatkan menerusi latihan demi latihan. Komunikasi adalah satu
proses pemindahan makna yang tersirat dari sumber kepada penerima untuk kebaikan
bersama. (Mohd Baharudin dan Mohd Khairie, 2003). Dalam keadaan ini, dapat dilihat
bahawa kemahiran komunikasi adalah aspek yang penting untuk diterapkan dalam
kerjaya perguruan.
3
1.2 Latarbelakang Masalah
Umumnya, diketahui bahawa kemahiran komunikasi adalah penting dalam dunia
perguruan dan hal ini biasanya diuji semasa temuduga, memberi syarahan, kuliah,
ceramah, ucapan dan bermesyuarat. Kemahiran komunikasi juga meliputi kemahiran
membaca, kemahiran mendengar, kemahiran menulis, kemahiran menyoal, kemahiran
memberi penerangan yang jelas dan lancar ketika berinteraksi.
Dalam konteks sekolah, apabila guru menyampaikan pengalaman dan
pengetahuannya kepada murid-muridnya, itu dinamakan berkomunikasi. Apabila mereka
berkomunikasi, mereka saling menyatakan pengalaman dan pengetahuan masing-masing.
Apabila seseorang itu ingin menjadi guru yang berkesan, popular, disukai ramai dan
disanjungi oleh anak-anak muridnya, salah satu kemahiran yang ada pada diri guru itu
ialah kemahiran berkomunikasi. Hal ini menimbulkan isu terutama kepada bakal pendidik
kerana kemahiran berkomunikasi merupakan elemen yang penting terutama dalam aspek
pengajaran dan pembelajaran apabila mereka bekerja kelak. Bakal guru memerlukan
pengetahuan dan kemahiran menggunakan teknik-teknik berkomunikasi yang penting
bagi membantu mereka menjadi guru-guru yang lebih profesional dan berkesan di dalam
profesion perguruan. (Abdullah dan Ainon, 2000).
Manusia tidak boleh berada dalam keadaan tidak berkomunikasi kerana setiap
gerak-geri dan posturnya memberi mesej tertentu kepada pihak lain bergantung pada
tanggapan dan interpretasi pihak-pihak tertentu. (Zulkifli, 2000). Pada masa kini,
kebanyakan orang menerima hakikat yang manusia tidak boleh hidup tanpa komunikasi.
Komunikasi adalah sesuatu yang asas seperti mana keperluan untuk makanan, tempat
tinggal dan pakaian. Begitu jugalah pentingnya komunikasi kepada manusia kerana
manusia tidak akan dapat makanan, pakaian mahupun tempat tinggal kalau mereka tidak
boleh berkomunikasi. (Prof. Madya Dr.Saodah, Dr. Narimah dan Prof. Dr. Mohd Yusof ,
2004).
4
Menurut Zulkifli (2000), sekiranya bahasa pertuturan berbeza antara budaya,
bahasa gerak geri juga berbeza antara budaya. Budaya juga boleh menjadi punca salah
faham semasa berkomunikasi. Oleh itu terdapat perbezaan antara budaya dalam memberi
makna kepada bahasa gerak-geri dan juga perkataan. Makna sesuatu perkataan itu diberi
mengikut penggunaannya. Umur, tahap pendidikan dan budaya akan mempengaruhi
bahasa yang digunakan oleh seseorang.
Terdapat banyak faktor yang akan mempengaruhi keberkesanan komunikasi.
Antaranya ialah tahap kecerdasan dan pengetahuan sedia ada penerima, saluran yang
digunakan, gangguan persekitaran seperti kebisingan dan budaya penerima serta
pengirim. Untuk membina komunikasi yang berkesan bukanlah mudah kerana adanya
faktor-faktor yang telah dinyatakan. Antara faktor yang akan mempengaruhi dan
selalunya menimbulkan masalah untuk berlakunya komunikasi yang berkesan adalah
seperti berikut :
1.2.1 Perbezaan latar belakang dan pengalaman
Perbezaan suku bangsa, bahasa, tahap pendidikan, pengetahuan dan kemahiran
boleh menjadi sebab terhalangnya komunikasi yang berkesan. Ini berlaku kerana mesej
yang disampaikan tidak difahami dan dihayati sebagaimana dikehendaki oleh penyampai
mesej.
1.2.2 Perhatian yang terhad
Ramai manusia akan menapis mesej yang disampaikan dan hanya memberi
perhatian kepada mesej yang disukai atau yang sesuai dengan pegangan, pendapat atau
citarasanya sahaja. Ini akan menyebabkan berlakunya salah faham dan tindakan yang
bercanggah dengan apa yang dikehendaki.
5
1.2.3 Prasangka/Prejudis/Tanggapan Awal
Prasangka atau tanggapan awal ini akan menyebabkan berlakunya halangan
mental dan akan mempengaruhi mesej yang diterima. Mesej yang diterima akan
ditafsirkan mengikut kehendak dan selera sendiri.
1.2.4 Faktor situasi
Faktor-faktor atau keadaan semasa akan membangkitkan atau memalapkan emosi.
Perasaan takut, marah, rasa tidak selamat dan kebisingan akan menyebabkan
penghantaran dan penerimaan mesej terganggu.
1.2.5 Perasaan dan emosi
Jika penerima dan penyampai mesej tidak peka kepada aspek-aspek emosi dan
perasaan, komunikasi yang dilakukan menjadi kurang berkesan. Terdapat banyak situasi
di mana perasaan dan makna di sebalik sesuatu perkataan itu lebih penting daripada mesej
itu sendiri. Penerima mesej akan menterjemahkan mesej yang disampaikan mengikut
perasaan dan emosinya.
Justeru itu, satu tinjauan perlu dikaji untuk mengetahui kemahiran berkomunikasi
dalam pembelajaran di kalangan pelajar tahun akhir Jabatan Pendidikan Teknikal dan
Kejuruteraan (JPTK) di Fakulti Pendidikan, UTM sebagai persediaan sebelum mereka
bergelar guru.
6
1.3 Penyataan Masalah
Kemahiran komunikasi amat diperlukan untuk menyampaikan segala maklumat
yang diperlukan sesama insan dengan tepat dan jitu. Kemahiran komunikasi ternyata
lebih berguna dan amat diperlukan terutama bagi bakal guru kerana mereka merupakan
penyampai yang berkomunikasi dan berinteraksi secara dua hala untuk menyampaikan
mesej dan ilmu kepada penerima iaitu anak-anak murid yang akan diajar kelak
Berkomunikasi secara bercakap, berkata atau tulisan merupakan sebahagian
daripada tugas dan tanggungjawab bakal guru setiap hari. Salah satu pendekatan
komunikasi yang sering digunakan terutamanya kepada bakal guru adalah pendekatan
kemahiran bertutur. Komunikasi bertutur merupakan pengucapan dan penggunaan bahasa
dalam bentuk percakapan dan penulisan yang disampaikan kepada individu lain dengan
tujuan perkongsian makna. Menurut Mohd Baharudin dan Mohd Khairie (2003), bertutur
boleh mengukuhkan sesuatu maklumat yang disampaikan apabila kita ingin menegaskan
tentang sesuatu perkara. Menerusinya maklumat dapat disalurkan secara terus atau
spontan. Kemahiran bertutur digunakan dalam pelbagai keadaan sama ada formal
mahupun tidak formal. Bertutur dalam kebanyakan keadaan merupakan komunikasi
secara bersemuka. Ini juga merupakan pendekatan yang sangat berkesan.
Kemahiran komunikasi penulisan yang berkesan merupakan satu lagi cara yang
boleh digunakan untuk menyampaikan sesuatu mesej. Komunikasi penulisan yang
berkesan memerlukan pengetahuan tatabahasa dan keupayaan menggunakan perkataan
dengan mahir. Penulisan yang baik menyerlahkan kebiasaan dan keupayaan bercakap.
Komunikasi secara tulisan adalah sesuatu yang lebih kekal, formal dan lebih berkesan..
Kebijaksanaan mereka berkomunikasi bergantung banyak pada pertuturan, penulisan dan
pembacaan. Lebih baik kemahiran ini maka lebih berkesanlah mereka berkomunikasi.
Apabila berkomunikasi, baik penutur mahupun pendengar, mereka sama-sama
mendengar. Fungsi utama mendengar adalah untuk belajar, untuk mempengaruhi orang,
7
menjalinkan hubungan, berseronok dan menolong orang lain. (Abdullah dan Ainon,
2000). Apabila mendengar, seseorang itu melakukan lima aktiviti iaitu menerima,
memahami, mengingat, menilai dan memberi respons. Menerima bermaksud mereka
menerima mesej yang diucapkan dan juga memahami mesej dalam bentuk bahasa badan.
Memahami pula adalah memahami apa yang dimaksudkan oleh orang itu, termasuk apa
yang difikirkannya. Untuk komunikasi secara efektif, seseorang itu perlu mengingat apa
yang mereka dengar. Dalam proses mendengar, secara tidak mereka sedari mereka
sebenarnya banyak melakukan penilaian. Respons merupakan maklumat yang mereka
berikan kepada seseorang itu semasa dan selepas mereka mendengar orang itu bercakap.
Respons yang diberikan mestilah bersikap mendukung iaitu respons yang menunjukkan
mereka mendengar apa yang dikatakan. Sebagai pendengar yang aktif, kenalpasti mesej
yang ingin disampaikan sama ada yang dapat didengar atau dapat dilihat. (Zulkifli, 2000).
Kemahiran bertanya mendorong seseorang itu mencapai tujuan komunikasi
dengan lebih mudah. Kemahiran ini juga memberi peluang kepada orang-orang yang
berkomunikasi berasa bebas untuk mengemukakan perasaan hati, keinginan, harapan,
keraguan, idea dan pendapat kepada orang yang lain.
Kerjaya bermaksud perjalanan atau kemajuan seseorang dalam sesuatu lapangan
kehidupan (Kamus Dewan, 1994). Bertepatan dengan maksud kerjaya tersebut, kerjaya
sebagai bakal guru ini memberi kehidupan yang bermakna dan berkualiti dalam
memajukan diri dan mempelbagaikan kemahiran yang diperolehi.
Oleh itu, kajian ini adalah untuk meninjau kemahiran berkomunikasi dalam
pembelajaran di kalangan pelajar tahun akhir Jabatan Pendidikan Teknikal dan
Kejuruteraan di Fakulti Pendidikan, UTM sebagai persediaan sebelum mereka bergelar
guru. Pengkaji ingin menjalankan kajian berdasarkan pembolehubah yang meliputi
kemahiran komunikasi bertutur, komunikasi mendengar, komunikasi menulis, dan
komunikasi bertanya di samping persepsi para pelajar terhadap kemahiran komunikasi
dalam kerjaya sebagai guru.
8
1.4 Objektif Kajian
1.4.1 Mengenalpasti kemahiran berkomunikasi di kalangan pelajar tahun akhir Jabatan
Pendidikan Teknikal dan Kejuruteraan (JPTK) di Fakulti Pendidikan, UTM yang
mereka aplikasikan semasa dalam pembelajaran meliputi aspek kemahiran
bertutur, kemahiran mendengar, kemahiran menulis dan kemahiran bertanya.
1.4.2 Mengetahui persepsi pelajar tahun akhir Jabatan Pendidikan Teknikal dan
Kejuruteraan (JPTK) di Fakulti Pendidikan, UTM mengenai kemahiran
berkomunikasi dalam kerjaya sebagai bakal guru.
1.5 Persoalan Kajian
1.5.1 Bagaimanakah tahap penguasaan pelajar tahun akhir JPTK di Fakulti Pendidikan,
UTM terhadap kemahiran bertutur semasa dalam pembelajaran?
1.5.2 Bagaimanakah tahap penguasaan pelajar tahun akhir JPTK di Fakulti Pendidikan,
UTM terhadap kemahiran mendengar semasa dalam pembelajaran?
1.5.3 Bagaimanakah tahap penguasaan pelajar tahun akhir JPTK di Fakulti Pendidikan,
UTM terhadap kemahiran menulis semasa dalam pembelajaran?
1.5.4 Bagaimanakah tahap penguasaan pelajar tahun akhir JPTK di Fakulti Pendidikan,
UTM terhadap kemahiran bertanya semasa dalam pembelajaran?
1.5.5 Apakah persepsi pelajar tahun akhir JPTK di Fakulti Pendidikan, UTM terhadap
kemahiran komunikasi dalam kerjaya sebagai bakal guru?