KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
MODUL PENDIDIKAN ISLAM
PIMKD2043
PENGAJIAN JAWI DAN SENI KHAT
Falsafah Pendidikan Kebangsaan
INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA ARAS 1-3, BLOK 2250 JALAN USAHAWAN 1 63000 CYBERJAYA Berkuat Kuasa Mulai November 2018
PROGRAM DIPLOMA PERGURUAN MALAYSIA (PDPM)
MOD KURSUS DALAM CUTI (KDC)
ii
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.
Falsafah Pendidikan Guru
Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia menjunjung aspirasi negara serta menyanjung warisan kebudayaan negara, menjamin perkembangan individu, dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif dan berdisiplin.
Hak Cipta
Hak cipta terpelihara. Kecuali untuk tujuan pendidikan yang tidak ada kepentingan komersial, tidak dibenarkan sesiapa mengeluarkan atau mengulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan kandungan buku ini dalam apa-apa juga bentuk dan dengan apa-apa cara pun, sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Rektor Institut Pendidikan Guru, Kementerian Pendidikan Malaysia.
Cetakan November 2018 Institut Pendidikan Guru Malaysia Kementerian Pendidikan Malaysia
MODUL INI DIEDARKAN UNTUK KEGUNAAN PELAJAR-PELAJAR YANG BERDAFTAR DENGAN INSTITUT PENDIDIKAN GURU, KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA BAGI MENGIKUTI PROGRAM DIPLOMA PERGURUAN MALAYSIA. MODUL INI HANYA DIGUNAKAN SEBAGAI BAHAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAGI PROGRAM-PROGRAM TERSEBUT.
iii
Falsafah Pendidikan Kebangsaan / Falsafah Pendidikan Guru / Notis Hak Pengarang
ii
Kandungan iii Panduan Pelajar iv Pengenalan vi Agihan Tajuk dan Unit vii
UNIT 1 PERKEMBANGAN TULISAN JAWI 1 UNIT 2 EJAAN JAWI YANG DISEMPURNAKAN 13 UNIT 3 KAJIAN TULISAN TEKS JAWI 32 UNIT 4 SENI KHAT 36 UNIT 5 PERSEDIAAN PENULISAN KHAT 51 UNIT 6 METHOD PENULISAN KHAT 53 Bibliografi 65 Panel 66 Simbol 67
KANDUNGAN MUKA SURAT
iv
PENGENALAN Modul pembelajaran ini disediakan untuk membantu pelajar menguruskan pembelajaran agar lebih berkesan. Modul pembelajaran ini memberi peluang kepada pelajar untuk mendapatkan matlamat dan gaya pembelajaran terkini. SASARAN KURSUS Pelajar Program Diploma Perguruan Malaysia (PDPM) yang mendaftar dengan Institut Pendidikan Guru (IPG), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). PEMBELAJARAN ARAH KENDIRI Pembelajaran arah kendiri memerlukan anda membuat keputusan tentang pembelajaran yang akan ditempuhi. Pembelajaran arah kendiri berkesan jika pelajar dapat menentukan sasaran yang hendak dicapai. Ianya dibentuk agar pelajar mempunyai autonomi dan bertanggung jawab ke atas pembelajaran sendiri. JAM PEMBELAJARAN PELAJAR (JPP) Berdasarkan standard IPG KPM dan MQA pelajar perlu mengumpulkan 40 jam pembelajaran bagi setiap satu jam kredit. Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan (PDPP) dilaksanakan secara Sepenuh Masa dalam bentuk Kursus Dalam Cuti (KDC), di mana interaksi bersemuka dilaksanakan pada cuti persekolahan dan hujung minggu. Jumlah pembelajaran secara bersemuka diperuntukan 60% (40% interaksi bersemuka secara kuliah /tutorial/amali dan 20% interaksi bersemuka secara dalam talian). Manakala 40% lagi adalah pembelajaran pelajar melalui modul pembelajaran. PEMBELAJARAN DALAM TALIAN Pembelajaran dalam talian ini menggunakan saluran media terkini yang sesuai. Pensyarah dan pelajar akan ditentukan masa yang sesuai untuk berinteraksi secara langsung dalam talian. Tajuk dan jumlah jam yang akan dipelajari diambil daripada Maklumat Kursus (MK) mengikut kursus dan semester yang ditawarkan.
PANDUAN PELAJAR
v
SUSUNAN UNIT MODUL Modul ini ditulis dalam susunan Unit. Setiap unit mempunyai lima eleman asas yang konsisten:
1. Hasil Pembelajaran Unit 2. Sinopsis 3. Kandungan Unit 4. Penulisan berkaitan kandungan unit 5. Refleksi/ Latihan
Panduan pelaksanaan interaksi bersemuka secara dalam talian bagi tajuk yang berkaitan disediakan juga. Walau bagaimanapun, pensyarah mengajar perlu menyediakan bahan bacaan atau nota tajuk tersebut untuk kegunaan pengajaran dan pembelajaran. Pelajar boleh berbincang dengan pensyarah atau rakan pelajar melalui email atau alat media yang sesuai jika terdapat masalah berhubung dengan modul ini. IKON Pelajar akan mendapati bahawa ikon digunakan untuk menarik perhatian pelajar agar pada sekali imbas pelajar akan tahu apa yang harus dibuat. PEPERIKSAAN DAN PENTAKSIRAN Pelajar juga diperlukan untuk menduduki peperiksaan bertulis pada akhir kursus. Tarikh dan masa peperiksaan akan diberitahu apabila pelajar mendaftar. Peperiksaan bertulis ini akan dilaksanakan di tempat yang akan dikenal pasti. Soalan peperiksaan akan meliputi semua tajuk dalam Maklumat Kursus (MK) yang pelajar pelajari secara interaksi bersemuka dan modul.
vi
PENGENALAN Kursus ini ditawarkan supaya pelajar dapat menguasai ilmu berkaitan perkembangan tulisan jawi, ejaan jawi yang disempurnakan, kajian tulisan teks jawi, seni khat, persediaan penulisan khat dan metod penulisan khat kurikulum dalam Pendidikan Islam untuk diaplikasikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah rendah. Hasil Pembelajaran
1. Menjelaskan sejarah perkembangan dan kepentingan tulisan jawi dan khat di Malaysia
2. Menghasilkan seni khat secara kreatif yang mempunyai nilai komersial.
3. Menganalisis secara kritis ejaan dan penulisan jawi
vii
AGIHAN TAJUK Panduan Kepada Pengguna
Modul pembelajaran ini dibina berdasarkan Maklumat Kursus (MK). Jumlah
pembelajaran secara bersemuka diperuntukan 60% (40% interaksi bersemuka secara
kuliah /tutorial/amali dan 20% interaksi bersemuka secara dalam talian). Manakala 40%
lagi adalah pembelajaran pelajar melalui modul pembelajaran.
TAJUK/ TOPIK
JUMLAH JAM
KESELU-
RUHAN
DALAM MK
45 JAM
INTERAKSI BERSEMUKA 60%
27 JAM MODUL
40%
18 JAM KULIAH
40%
18 JAM
DALAM
TALIAN
20%
9 JAM
1. Perkembangan Tulisan Jawi
Sejarah dan kepentingan Tulisan Jawi (K)
Jawi dalam sistem pendidikan di Malaysia (M)
Faktor kemerosotan penggunaan tulisan Jawi (DT)
8 3 2 3
2. Ejaan Jawi Yang DIsempurnakan
Kelompok Huruf Jawi (M)
Pembentukan Perkataan (K)
Kaedah Ejaan Kata Pinjaman (M)
Bahasa Arab dan Inggeris (DT)
9 3 1 5
3. Kajian Tulisan Teks Jawi
Teks jawi klasik (K & M)
Teks jawi terkini (DT)
4
1 1 2
4. Seni Khat
Pengenalan Ilmu Seni Khat (K)
Sejarah dan perkembangan Seni Khat (M & DT)
8 3 2 3
viii
TAJUK/ TOPIK
JUMLAH JAM
KESELU-
RUHAN
DALAM MK
45 JAM
INTERAKSI BERSEMUKA 60%
27 JAM MODUL
40%
18 JAM KULIAH
40%
18 JAM
DALAM
TALIAN
20%
9 JAM
5. Persediaan Penulisan Khat
Persediaan mempelajaran Seni Khat (M)
Persediaan dan penulisan kaligrafi Islam (Seni Khat) (K & DT)
5 3 1 1
6. Method Penulisan Khat
Jenis-jenis Khat (M & DT)
Bengkel penghasilan (K)
11 5 2 4
JUMLAH 45 JAM 18 JAM 9 JAM 18 JAM
Nota: K - Kuliah, T - Tutorial, A - Amali, M - Modul, DT - Dalam Talian
1
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir tajuk ini, pelajar-pelajar diharapkan dapat:
i Menghuraikan sejarah dan kepentingan tulisan jawi.
ii Menghuraikan perkembangan tulisan jawi dalam sistem pendidikan di Malaysia.
iii Menjelaskan faktor kemerosotan penggunaan tulisan jawi dalam masyarakat
Malaysia.
SINOPSIS
Dalam tajuk ini, aspek penting yang akan dibincangkan ialah mengenai perkembangan
tulisan jawi. Perbincangan khusus tentang sejarah dan kepentingan tulisan jawi serta
jawi dalam sistem pendidikan di Malaysia. Selain itu, unit ini juga akan membincangkan
berkaitan faktor kemerosotan penggunaan tulisan jawi di Malaysia.
KERANGKA TAJUK
1.1 Sejarah dan perkembangan tulisan jawi.
1.2 Ejaan Jawi Utusan Melayu
1.3 Ejaan jawi pada Buku Katan P.Bm.P.B Diraja Johor.
1.4 Ejaan jawi pada Daftar Ejaan Melayu (Jawi-Rumi) - Za’ba.
1.5 Ejaan Dian
1.6 Latar Belakang Ejaan Jawi Yang Disempurnakan
1.7 Kepentingan mempelajari Tulisan Jawi.
1.8 Kemerosotan tulisan jawi (Pembelajaran Dalam Talian)
1.9 Tugasan
UNIT 1 PERKEMBANGAN TULISAN JAWI
2
1.1 Sejarah dan perkembangan tulisan jawi.
1.1.1 Perkembangan Di Malaysia
Tulisan jawi berasal dari tulisan Arab yang sampai ke kepulauan Melayu seiring
dengan kedatangan Islam.
Terdapat pelbagai teori kedatangan Islam ke Alam Melayu, sama ada dari timur
(Cina) dan barat (Arab, Farsi dan India).
Asal usul istilah jawi tidak diketahui. Kemungkinan asal dari perkataan Arab al-
jawah.
Pada mulanya orang arab menggunakan sistem tulisan arab untuk menulis
bahasa Melayu tetapi timbul kekeliruan membacanya kerana sistem tulisan arab
ditulis tanpa baris.
Justeru itu pada peringkat awalnya untuk elak kekeliruan tanda baris termasuk
tasydid digunakan dalam tulisan jawi.
Kajian perkembangan sistem ejaan jawi banyak dilakukan oleh tokoh barat
seperti Shellabear, Wilkinson, Marsden, R.O.Winstedt.
Manakala tokoh Melayu pula ialah Raja Ali Haji dan Muhammad Ibrahim anak
Abdullah Munshi.
Tokoh Melayu terulung dalam kajian tulisan jawi ialah Zainal Abidin bin Ahmad
(Za’ba).
Za’ba menyatakan antara punca ketidak-seragaman tulisan jawi ialah sistem
pemvokalan, sistem ejaan suku kata terbuka dan tertutup, kepanjangan, tekanan
dan intonasi, penggunaan abjad alif, waw, ya dan hamzah, pengejaan bunyi a
pada akhir suku kata.
Za’ba membincangkan tentang kaedah ejaan jawi dalam bukunya Pelita Bahasa
Melayu Penggal 1 (1940) dan buku Daftar Ejaan Jawi-Rumi (1949).
Tokoh lain yang menulis mengenai kaedah ejaan jawi ialah Raja Haji
Muhammad Tahir Rencana Melayu (1928), Mejar Datuk Haji Muhammad Said
Sulaiman Buku Katan (1936) dan Panduan Bagi Ejaan PBmPB (1936).
Tahun 1954, kongres Persuratan Melayu se-Malaya Kedua telah membuat
perbandingan tulisan rumi dan jawi.
Hasilnya dalam Memorandum Mengenai Tulisan Rumi Untuk Bahasa Melayu
(1954) telah menyimpulkan 11 kelebihan tulisan rumi, 1 kelebihan tulisan jawi, 12
kelemahan tulisan jawi dan 1 kelemahan tulisan rumi.
3
Antara kelemahan tulisan jawi ialah kurang abjad vokal dan diftong, tiada huruf
besar, sukar eja perkataan asing, bentuk abjad berubah bila disambung dan
abjad tidak sesuai dengan lidah melayu seperti ث ع خ ح ط ظ ذ ض ش ق ف غ ص.
Kelebihan jawi ialah boleh mengeja perkataan arab menurut ejaan dan lidah
arab.
Pada tahun 1972 Raja Mukhtaruddin Raja Mohd Dain mencadangkan
penggunaan tanda baris sepenuhnya dengan mengenepikan penggunaan vokal
iaitu baris atas untuk vokal a, baris bawah untuk vokal i, baris hadapan ا و ي
untuk vokal u, ‘ untuk vokal o, untuk vokal e pepet dan tanpa tanda baris untuk
e taling.
Pada tahun 1983 atas usaha DBP, Awang Mohamad Amin telah menghasilkan
satu penyelidikan tulisan jawi bertajuk Satu Kajian Terhadap Kaedah Ejaan Jawi
Za’ba.
Hasil kajian itu telah mencetus penubuhan sebuah Jawatan Kuasa Ejaan Jawi
DBP untuk menyemak sistem tulisan jawi pada masa itu khususnya ejaan Za’ba.
Pengerusi JK tersebut Hj. Hamdan Hj Abdul Rahman menyatakan tujuan JK
tersebut adalah untuk mengekalkan yang sudah kemas, melengkapkan yang
kurang, mengadakan yang tiada, menjelaskan yang kabur dan mengemaskan
yang longgar.
Cadangan JK tersebut dibengkelkan dalam Konvensyen Kebangsaan Tulisan
Jawi di Terengganu pada tahun 1984.
Hasil dari bengkel tersebut, pada tahun 1986 diterbitkan buku Pedoman Ejaan
Jawi Yang Disempurnakan oleh DBP.
Antara keseragaman dalam buku PEJYD ialah konsonan melambangkan huruf v,
penulisan imbuhan –an, i, penulisan kata ulang dan penulisan akronim.
Pada tahun 1988 DBP menerbitkan buku Daftar Ejaan Rumi-Jawi.
1.1.2 Empat peringkat perkembangan kaedah ejaan jawi.
Peringkat Rumi Jawi
Sistem ejaan pengaruh Arab
tahap pertama (berbaris)
maka, pada,
daripada َك، فَدَ، دَر ََ دَ فَ َم
Sistem ejaan pengaruh Arab
tahap kedua (dibuang berbaris)
maka, pada,
daripada مك، فد، درفد
4
Sistem ejaan mengikut kaedah
ejaan Melayu tahap pertama
(meletak vokal pada suku kata
pertama)
bagi, pula, bila باض، فول، بيل
Sistem ejaan mengikut kaedah
ejaan Melayu tahap kedua
(meletak vokal pada dua suku
kata)
bagi, pula, bila باضي، فوال، بيال
1.2 Ejaan Jawi Utusan Melayu
Abad ke 20 perkembangan pesat bidang persuratkhabaran melayu dimulai
dengan penerbitan Jawi Peranakan.
Utusan Melayu diterbitkan pada tahun 1907 di Singapura dalam tulisan jawi.
Antara ciri-ciri sistem ejaan jawi dalam akhbar ini ialah:
Kaedah Contoh
Tidak menggunakan huruf vokal
pada suku kata akhir terbuka
bagi perkataan yang sudah
lazim
warta, sama, suka, pula,
beberapa
م، سوك، فول، ساورت،
برباف
Penggunaan huruf vokal pada
suku kata akhir terbuka dan
tertutup
bagi, serupa, setuju,
wakil, seberang, bandar,
bahawa
بهوا، باضي، سروفا، ستوجو،
واكيل، سرباغ، بندار
Penggunaan vokal sepenuhnya
bagi menulis kata pinjaman
doktor, november, bank,
press
فريس، دوقتور، نوبيمرب، بيغ
1.3 Ejaan jawi pada Buku Katan P.Bm.P.B Diraja Johor.
Merupakan sebuah kamus terbitan Pakatan Bahasa Melayu Persuratan Buku
Diraja Johor pada tahun 1936.
Disusun oleh Mejar Dato’ Hj. Mohd Said Sulaiman.
Mengandungi sistem ejaan yang dibuat oleh pakatan ini sendiri setelah
berbincang dengan Za’ba.
5
Sistem dalam buku ini agak tekal dan selaras.
Antara ciri-ciri ejaan pakatan ini adalah:
Kaedah Contoh
Menambah huruf alif pada
kata dasar yang bersambung
dengan imbuhan akhiran.
Memindahkan kedudukan alif.
Dicelahkan alif apabila wujud
imbuhan akhiran.
raja – rajaku
mata – matanya
lihat – kelihatan
راجاكو –راج
متاث –مات
كليهاتن -ليهت
Huruf ya ditulis sepenuhnya
pada suku kata
Huruf ya tidak ditulis pada
suku kata akhir pada
perkataan homograf.
bibir
belek/bilik
بيبير
بيليق/بيلق
Huruf wau ditulis sepenuhnya
pada suku kata
Huruf wau tidak ditulis pada
suku kata akhir pada
perkataan homograf.
sokong
borong/burung
سوكوغ
بوروغ/بورغ
Perkataan yang berakhir
dengan kaf ditukar kepada qaf
apabila terdapat akhiran.
naik - naiklah ناءيقله -ناءيك
Tidak menulis vokal pada suku
kata terbuka dan tertutup bagi
perkataan yang sudah lazim dan
secara tradisi dieja demikian
apabila, ini, bahasa,
hingga, tahun, oleh,
supaya
،اني، افبيل
بهاس، هغض،
اوله، تاهن،
سفاي
Penggunaan abjad vokal
sepenuhnya untuk mengelakkan
kekliruan dalam penyebutan
buku, sudi, tumbuh,
kasih, putih
،بوكو، سودي، تومبوه
كاسيه، فوتيه
6
1.4 Ejaan jawi pada Daftar Ejaan Melayu (Jawi-Rumi) - Za’ba.
Buku Daftar Ejaan Melayu (Jawi-Rumi) ditulis oleh Za’ba pada tahun 1938 dan
dicetak pada 1949 di Singapura.
Buku ini mengandungi huraian dan analisis paling terperinci tentang sistem ejaan
jawi pada masa itu.
Beliau menyusun 20 undang-undang bagi kaedah penggunaan abjad vokal dan
tidak menggunakan abjad vokal.
Contoh kaedah ejaan jawi Za’ba yang berbeza dengan ejaan terkini:
Kaedah Contoh
Guna vokal pada suku kata
pertama sahaja pada pola u+ku
Burung, tutup, bunuh
بورغ، توتف، بونه
Guna vokal pada suku kata akhir
sahaja pada pola kvk+kv, kvk+kvk
(vokal i)
Tinggi, mimpi, Hindi, cincin,
dinding
تغضي، ممفي، هندي،
خنخني،دنديغ
Perkataan berakhir dengan kaf
ditukar kepada qaf bila menerima
partikel dan akhiran
Baik, patik بايك = بايقله
فاتيك = فاتيقكه
Perkataan ini tidak ditambah ya
bila menerima partikel/akhiran
Inikah, inilah اينكه، اينله
Alif pada suku kata pertama pola
a+a berpindah pada suku kata
akhir bila menerima
partikel/akhiran
Bacaan, katakan باخ = خباءن
= كتاكن كات
Diftong au dan ai di akhir suku
kata terbuka diletak tanda mati
atas wau dan ya untuk
menunjukkan keduanya bukan
huruf vokal.
Pulau, serai فولْو، سرْي
7
Kaedah Contoh
Meletakkan tanda tertentu pada
perkataan homograf untuk
mengelakkan kekeliruan.
Kencing يغكنخ Kancing كنخيغ
Bentang بنتغ Bintang بنتغ
Tahun تاُهن Tahan تاهن
Banting بنتيغ Bunting بنتيغ
Sombong مسبوغ Sambung مسبوغ
1.5 Ejaan Dian
Majalah Dian memperkenalkan sistem ejaan jawi pada tahun 1973.
Untuk mengatasi masalah dalam sistem ejaan Za’ba kerana terlalu rumit, banyak
fasal, mengandungi kekecualian dan kelonggaran yang sukar diingat.
Selain itu lambang dan tanda dalam ejaan Za’ba tidak digunakan.
Antara ciri-ciri ejaan jawi Dian yang berbeza dengan ejaan terkini:
Kaedah Contoh
Guna vokal pada semua bunyi
vokal dalam suku kata akhir.
Kecuali ganti nama ث di akhir
tidak ditulis vokal
Agama, mana, saya,
ini, suatu, punya
bapanya
،اضاما، مانا، سايا، ايين
سواتو فوثا
بافاث
Diftong Pulau, laut, main, sekoi ،فوالو، الءوت، ماءين
سكوءي
Vokal ditulis bagi akhiran an
berikut
Kementerian,
kenegerian, kesenian
رتيان، كنضريان، كسنيانكمن
Gandaan penuh diletak angka
dua di akhir.
Gandaan sebahagian
diletakkan angka dua di
Buku-buku
Buah-buahan
۲بوكو
هن۲بواه
8
Kaedah Contoh
tengah
Perkataan homograf vokal a dan
e pepet tidak diletak alif ikut
konteks ayat
Hampas/hempas
Kandi/kendi
مفس ه
كندي
1.6 Latar Belakang Ejaan Jawi Yang Disempurnakan
Sistem tulisan dan ejaan jawi sekarang termuat dalam buku Pedoman Ejaan
Jawi Yang Disempurnakan (PEJYD) terbitan tahun 1986 (edisi kedua 1987, edisi
ketiga 1993) oleh Dewan Bahasa dan Pustaka.
Sistem ejaan jawi terkini adalah yang dimantapkan berasaskan kaedah ejaan
jawi Za’ba yang terkandunga dalam buku Daftar Ejaan Melayu Jawi-Rumi, 1949.
PEJYD adalah hasil rumusan Konvensyen Tulisan Jawi Peringkat Kebangsaan
1984.
Diselaras dan diperkemas dengan maklumat dari Konvensyen Tulisan Jawi
anjuran Pusat Islam, 1991 dan Seminar Tulisan Jawi Peringkat Kebangsaan
,1993.
Semua maklumat dan disahkan oleh JK Teknikal Ejaan Jawi Pusat Islam dan
DBP pada tahun 1993-1994.
Antara aspek yang ditekankan dalam PEJYD ialah:
Membentuk satu abjad baru ؤ bagi melambangkan fonem /v/.
Menentukan fungsi setiap huruf seperti hamzah, kaf, qaf.
Mengekalkan hukum darlung.
Mengekalkan hukum kaf ga.
Menseragamkan penulisan perkataan diftong.
Menetapkan kaedah penulisan kata ulang.
Mengekalkan ejaan tradisi.
Menetapkan kaedah ejaan kata terbitan dengan akhiran an dan i.
Menetapkan penulisan perkataan homograf.
Menetapkan kaedah penulisan akronim dan singkatan.
Menetapkan kaedah penulisan kata pinjaman Bahasa Arab dan Inggeris.
9
1.7 Kepentingan mempelajari Tulisan Jawi.
Tulisan Jawi Sebagai Medium Asas Pengajaran Pendidikan Islam
Tulisan Jawi merupakan abjad-abjad yang telah diubah suai dari huruf-huruf
Arab. Kebanyakan huruf-huruf yang diubah adalah mengikut kesusaian lidah
orang Melayu bagi memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran. Antara
huruf-huruf yang diubah suai seperti huruf Ga ( ض ) dan Cha ( چ). Untuk itu,
tulisan Jawi telah dijadikan sebagai medium asas untuk pengajaran dan
pembelajaran Pendidikan Islam di sekolah-sekolah Malaysia pada hari ini,
terutamanya dalam pembelajaran al-Qur'an. Matlamat pelajaran Jawi adalah
untuk melengkapkan pelajar dengan kemahiran menulis dan membaca Jawi bagi
membolehkan pelajar memahami pelbagai bidang ilmu dalam Pendidikan Islam.
Mengatasi Masalah Penguasaan Dalam Pembacaan Teks
Kelemahan penguasaan Jawi dalam kalangan murid bukan lagi perkara baru
malahan banyak kajian telah dijalankan bagi mengenalpasti punca berlakunya
keadaan tersebut. Tidak ketinggalan kajian-kajian turut dijalankan untuk melihat
tahap penguasaan murid-murid dalam kemahiran. Pengenalan Program j-QAF
dengan satu model khusus untuk pemulihan jawi telah mula dilaksanakan pada
tahun 2005. Salah satu dari model yang terkandung dalam kurikulum j-QAF ialah
Model Pemulihan Jawi yang memberi penekanan untuk memberi pemulihan
terhadap murid yang tercicir dalam Jawi. Kaedah yang ditekankan bagi
melaksanakan P&P Model Pemulihan Jawi ini adalah untuk memperkasakan
pelajar dalam bidang tilawah al-Qur’an, bidang aqidah, ibadah, Sirah Nabawi,
akhlak dan jawi agar ianya lebih berkesan dan dapat dihayati serta diamalkan
dalam kehidupan.
Menguasai Cabang-cabang Ilmu Dalam Bidang Pendidikan Islam
Banyak khazanah intelektual masyarakat lama disimpan, didokumentasikan, dan
ditulis dalam tulisan Jawi. Malah, terdapat pemindahan budaya dan
pengetahuan dari negara Islam, terutama negara Arab, seperti kesusasteraan,
ilmu sains, ilmu astronomi, ilmu agama, dan ilmu matematik, yang diterjemahkan
ke dalam tulisan Jawi yang mempelopori kemajuan dan inovasi budaya
masyarakat Asia dan Asia Tenggara. Banyak juga kitab-kitab lama yang ditulis
10
dalam bahasa Melayu dengan menggunakan tulisan jawi, tetapi kebanyakannya
ditulis dengan menggunakan sistem ejaan jawi lama.
Lambang Kesenian dan Identiti Umat Islam
Tulisan Jawi mempunyai sistem ejaan dan tulisan yang paling mudah, ringkas,
dan tepat. Tulisan Jawi turut mempunyai nilai estetika yang tinggi, menarik, unik,
dan klasik. Tulisan ini dapat dilentur dan digayakan mengikut kemahiran,
kecekapan, dan ketelitian seseorang. Tulisan Jawi mempunyai kaitan yang
penting dengan literasi agama dan kehidupan beragama dalam masyarakat
Melayu. Rujukan utama bagi mengukuhkan akidah masyarakat Islam
berasaskan al-Quran, hadis, sunah, kitab, dan sebagainya yang ditulis dalam
tulisan Jawi atau bahasa Arab. Kelemahan generasi muda dalam tulisan Jawi
menyebabkan literasi agama dalam kalangan generasi itu merosot. Banyak
golongan muda Melayu tidak dapat membaca dan memahami kandungan al-
Quran dan tidak dapat menggarap pengetahuan agama Islam dengan baik
kerana kebanyakan mereka buta jawi. Pemesongan akidah dan kedangkalan
pengetahuan agama dapat berlaku kerana kelemahan dalam tulisan Jawi.
Kelemahan yang dihadapi oleh generasi muda menjadi amat kritikal apabila
pengajaran dan pemelajaran agama Islam di sekolah tidak lagi mengutamakan
tulisan Jawi, sebaliknya disampaikan dengan menggunakan tulisan Rumi. Ada
juga guru agama yang buta Jawi, iaitu tidak tahu dan tidak cekap menulis dan
membaca bahan agama dan ayat al-Quran dalam tulisan Jawi. Kelemahan yang
berlaku ini kerana tidak mendapat perhatian serius daripada ibu bapa Melayu
dan guru agama yang bertanggungjawab terhadap pendidikan agama, tidak
dinilai dan dipantau, serta dibiarkan sebagai amalan biasa sehingga pendidikan
agama di sekolah sekarang mempunyai berbagai-bagai kepincangan dan
kelemahan yang sukar diatasi.
Nadi Bagi Masyarakat Melayu Yang Sinonim Dengan Agama Islam
Kepupusan tulisan Jawi sebagai pengantar intelektual dan tradisi keilmuan
masyarakat Melayu mempunyai kesan yang amat besar dalam proses
pembinaan jati diri bangsa Melayu dan pengukuhan sosiobudaya bangsa itu di
negara ini. Tulisan Jawi merupakan khazanah intelektual, jati diri budaya,
wacana pemikiran dan kesusasteraan, serta estetika bahasa yang penting
kepada pembinaan kekuatan bangsa Melayu. Tulisan itu turut menjadi medium
11
yang menjalin keintiman hubungan dan siratulrahim ummah dan sebagai genre
bahasa yang mempunyai kaitan yang amat unggul dan penting kepada jati diri
dan unsur Islam yang mendasari kekuatan dan kekukuhan jati diri Melayu. Sejak
berabad lamanya, tulisan Jawi telah memainkan peranan yang amat penting
dalam mendukung perjuangan kemelayuan dan keislaman. Tulisan itu bukan
sahaja mempunyai kekuatan dari segi jati diri kebangsaannya, malah kekuatan
simbolisme terhadap perkembangan budaya dan bahasa Melayu. Tulisan Jawi,
dari segi sejarah penakatan dan perjuangan Melayu, telah memberikan
sumbangan yang besar dan banyak kepada perubahan dan kemajuan bangsa
Melayu. Pendidikan Melayu berkembang dan dapat disampaikan kepada orang
Melayu, khususnya generasi tua dahulu, melalui tulisan Jawi. Walau
bagaimanapun, tulisan itu semakin pupus apabila mula dipinggirkan daripada
sistem pendidikan negara yang mengutamakan tulisan Rumi. Secara beransur-
ansur, tulisan Jawi diketepikan dan tidak lagi menjadi pengantar dalam
pengajaran dan pemelajaran di sekolah.
1.8 Kemerosotan tulisan jawi
A. Media Digunakan
i. Whatsapp
ii. Masa 2 jam. Pelaksanaan PnP dalam talian sekuarang-kurangnya 1 jam
bagi satu sesi.
B. Tajuk Pembelajaran: Kemerosotan tulisan jawi
C. Pecahan tajuk/ Isi pengajaran:
i. Akta Bahasa Kebangsaan
ii. Bahan penerbitan
D. Cadangan Langkah Pengajaran dan Pembelajaran:
i. Semakan kehadiran
ii. Penerangan pensyarah berkaitan tajuk
iii. Interaksi pelajar dengan pensyarah berkaitan tajuk
iv. Kesimpulan
E. Pensyarah merakam dan menyimpan (save) dalam Fail (Folder) sepanjang sesi
pembelajaran dalam talian.
PEMBELAJARAN DALAM TALIAN
12
1.9 Tugasan
i. Analisis secara banding beza sistem-sistem ejaan jawi yang terdapat di Malaysia
dengan menggunakan grafik secara kreatif.
13
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir tajuk ini, pelajar-pelajar diharapkan dapat:
i Membezakan kelompok-kelompok huruf Jawi.
ii Menghuraikan pembentukan perkataan Jawi.
iii Meneroka kaedah ejaan kata pinjaman yang terdapat dalam tulisan Jawi.
iv Membincangkan berkaitan bahasa Arab dan Bahasa Inggeris dalam tulisan jawi.
SINOPSIS
Dalam unit ini, aspek penting yang akan dibincangkan ialah mengenai kelompok-
kelompok yang terdapat dalam huruf jawi, pembentukan jawi, meneroka kaedah ejaan
kata pinjaman yang terdapat dalam tulisan Jawi serta perkaitan Bahasa Arab dan
Bahasa Inggeris dalam tulisan jawi.
KERANGKA TAJUK
2.1 Kelompok Huruf Jawi
2.2 Pembentukan Perkataan
2.3 Kaedah Ejaan Kata Pinjaman Bahasa Arab dan Inggeris (Pembelajaran dalam
talian).
2.4 Tugasan
UNIT 2 EJAAN JAWI YANG DISEMPURNAKAN
14
2.1 Kelompok Huruf Jawi
ك ف ل فغ غط ظ ع ضس ش ص د ذ ر ز خج خ ح ثا ب ت ة ض ق م ن و ؤ ه ء ي ى ث
• Ditulis dan dibaca kanan ke kiri
• Tiada huruf besar atau kecil
• Berubah bentuk bila dirangkaikan dengan huruf lain
• Mempunyai 37 huruf bentuk tunggal
• Huruf kaf dan ga jawi berbentuk berikut ك ض bukan ك ض
ا و ي
• Ada 6 huruf gubalan yang dicipta bagi melambangkan bunyi
konsonan Melayu jati dengan meminjam bentuk huruf Arab
yang diubah suai tanda titiknya :
ث, ض, ؤ, خ, غ, ف
خ غ ف ض ؤ ث
2.2 Pembentukan Perkataan
ABJAD JAWI
CIRI-CIRI ABJAD JAWI
HURUF VOKAL JAWI
HURUF GUBAL JAWI
15
Kelompok Abjad jawi Ciri-ciri
Huruf Pemutus
i. Tidak dapat dirangkai sesama sendiri ؤ و ز ر ذ د ا
ii. Boleh bersambung sebelumnya
iii. Tidak boleh bersambung selepasnya.
Huruf Perangkai
س خ ح خ ج ث ت ب
غ غ ع ظ ط ض ص ش
ه ن م ل ض ك ق ف ف
ث ي
i. Berubah bentuk jika dirangkai sesama sendiri
ii. Boleh bersambung sebelum dan selepasnya
Huruf Berumah
Tidak boleh bersambung sebelum ءdan selepasnya
Biasanya mempunyai rumah atau menumpang huruf alif atau ya terutama bagi mengeja kata serapan bahasa Arab.
Bila mengeja kata Melayu jati atau kata serapan bahasa Inggeris, hamzah biasanya duduk di awang-awangan.
Huruf Di Hujung
Kata
bagi (ta marbutah) ة Huruf ة، ى
mengeja kata serapan bahasa Arab.
Huruf ى (alif maqsurah) bagi
mengeja kata serapan bahasa Arab.
Huruf ye (ى) bagi mengeja
imbuhan akhir perkataan serapan bahasa Inggeris – isme
Huruf ى berubah menjadi huruf alif
apabila disambungkan selepasnya.
KELOMPOK HURUF
PADANAN ABJAD JAWI DAN RUMI
16
Abjad Jawi Perkataan rumi Perkataan jawi
a ا، ع asa, aurat اسا، عورت b ب baju, sebab ب، ، سبجوبا c خ cawan, pecah, baca خاون، فخه، باخ d ضد dadu, dekad, darurat ،ورةضردادو، ديكد e اي، ي ekor, tempe ايكور، تيمفي f ف falsafah, syif شيففلسفه ، g ض gigih, gimnastik ضيضيه، ضيمنستيك h ه ، ح harap, pahat, haiwan هارف، فاهت، حيوان i ي ،يا ikan, titi, bimbing كن، تيتي، بيمبيغاي j ج jaja, jiran جاج، جيرن
k ،خك،ق، ء، ع imlak, rujuk, katak, trak, khabar
امالء، روجوع، كاتق،
ترك، خبرl ل lalang اللغ
m م masam ماسم n ن nenas ننس o او، و otak, botol اوتق، بوتول p ف papah فافه q ق Qadar, qisas قدر، قصاص r ر raja راج
s ،ثس، ص، ش Sah, syawal, syif, siku, selasa
صح، شوال، شيف،
سيكو، ثالثt ت، ط Tonton, taun تونتون، طاعون
u او، و، ع Uzur, ular, sudu, tumpul عذور، اولر، سودو،
تومفولv ؤ virus ؤيروس w و wawasan واوسن x سك اي x-ray ري -ايك س y ي yayasan يايسن
z ،ذظ، ز Zapin, zon, zaitun, zuhur, zikir
زافين، زون، زيتون،
17
Abjad Jawi Perkataan rumi Perkataan jawi
ظهر، ذيكير
Kaedah ejaan Rumi Jawi
Hamzah di awal perkataan, tidak ada rumah untuk menulis nama orang Cina.
ong, ng
ءوغ ءغ
Hamzah di tengah perkataan, mempunyai rumah, kedudukan asal perkataan pinjaman bahasa Arab.
masalah, jibrail
مسئله جبرائيل
Hamzah di tengah perkataan, tidak mempunyai rumah, berkedudukan ¾, sebagai pemisah dua huruf vokal.
paus, air فاءوس اءير
Hamzah di akhir perkataan, berkedudukan setara, asal perkataan bahasa Arab.
imlak, wuduk امالء وضوء
Hamzah berada di atas huruf alif, bagi kata dasar yang bermula dengan huruf alif, sebelumnya awalan se ke di.
diajar, se utas, ke utara, seekor
ااردأجر سأوتس كأوت
Hamzah di bawah alif bagi beberapa perkataan tertentu.
Islam, eh, e-mel, ewah
ميل، -!سالم ، !يه ، !ي
إيوه
Jumlah kata tunggal dengan satu suku kata dalam bahasa Melayu sangat terhad.
Ada antaranya merupakan pinjaman daripada bahasa-bahasa asing, terutamanya
bahasa Arab dan bahasa Inggeris.
Pola gabungan kata tunggal dalam bahasa Melayu adalah seperti berikut:
KV
VK
KVV
KEDUDUKAN HAMZAH
PERKATAAN SATU SUKU KATA
18
KVK
KKVK
KVKK
KKKV
KKKVK
Contoh perkataan mengikut pola:
Bil Pola Rumi Jawi Kaedah Ejaan
1. kv yu يو
Padanan jawi huruf konsonan dan vokal
ditulis semuanya.
2. vk oh اوه
Padanan jawi huruf konsonan dan
vokal ditulis semuanya.
Huruf vokal jawi ditambah alif bila
berada di awal perkataan.
3. kvv zoo زو
Padanan huruf jawi bagi gandingan
vokal ditulis satu sahaja.
4. kvk
bil بيل
Padanan jawi huruf konsonan dan vokal
ditulis semuanya.
jam جم
Vokal alif tidak ditulis bagi padanan
vokal “a”.
dan دان
Vokal alif ditulis bagi padanan vokal “a”
pada perkataan dan kerana perkataan
tradisi.
bab باب
Vokal alif ditulis bagi padanan vokal “a”
pada perkataan serapan bahasa Arab
mengikut ejaan asal.
wad واد
Vokal alif ditulis bagi padanan vokal “a”
pada perkataan yang bermula dengan
“w” .
5. kkvk stor ستور
Padanan jawi huruf konsonan dan vokal
ditulis semuanya.
6. kvkk
volt ؤولت
Padanan jawi huruf konsonan dan vokal
ditulis semuanya.
bank Gugusan konsonan ditulis satu sahaja بغك
teks Gugusan konsonan ditulis berpisah تيك س
19
Bil Pola Rumi Jawi Kaedah Ejaan
7. kkkv skru سكرو
Padanan jawi huruf konsonan dan vokal
ditulis semuanya.
8. kkkvk skrip سكريف
Padanan jawi huruf konsonan dan vokal
ditulis semuanya.
Padanan huruf vokal “a” dalam tulisan jawi menggunakan huruf alif.
Berlaku kekeliruan dalam pengejaan bila mana kadang-kadang huruf alif tidak
ditulis sebagai padanan huruf vokal “a”.
Menyebabkan timbul beberapa hukum dalam pengejaan jawi:
Suku kata tertutup pola kvk (alif tidak ditulis kecuali perkataan homograf)
Hukum darlung (alif pada kedua-dua suku kata)
Hukum rama (alif ditulis pada kedua-dua suku kata)
Hukum ka-ga (alif tidak ditulis selepas kaf dan ga suku kata terbuka vokal
a)
Hukum e-wa (alif ditulis pada suku kata tertutup )
Hukum a-ha (alif tidak ditulis pada suku kata terbuka sebelum ha)
Perkataan Melayu tiga suku kata ke atas (alif tidak ditulis pada suku kata
pertama terbuka)
Perkataan serapan bahasa Inggeris tiga suku kata ke atas (alif ditulis
pada suku kata pertama terbuka)
Perkataan satu suku kata tertutup bermula dengan “w” (alif ditulis)
Jenis kaedah Kaedah Ejaan Rumi Jawi
Bukan darlung
Tidak ditulis alif pada suku kata terakhir dengan syarat sebelumnya adalah suku kata terbuka dengan vokal ‘a’. Alif ditulis sekiranya perkataan tersebut ada sambungan selepasnya.
jasa, baca, nama, bapa.
،جاس، باخ
نام، باف ،جاساث
باخاله،
ناماكو، بافامو
Ejaan lazim (ejaan mengikut suku kata dan tidak tertakluk
Ditulis alif pada suku kata terbuka di akhir perkataan sebelumnya suku kata tertutup atau suku kata terbuka dengan vokal
bisa, buta, beca, soya, muda, kira. Bangsa, limpa, bomba, senja
وتا، ا، ببيس
بيخا، سويا،
يرامودا، ك
HUKUM-HUKUM
20
Jenis kaedah Kaedah Ejaan Rumi Jawi
pada mana-mana hukum)
selain ‘a’ kecuali hukum ka-ga
،بغسا، ليمفا
بومبا، سنجا،
Hukum Darlung
Ditulis alif pada kedua-dua suku kata dalam hukum ‘darlung’ dengan syarat:
Dua suku kata terakhir adalah terbuka.
Kedua-dua vokal adalah ‘a’.
Konsonan suku kata terakhir adalah huruf d, r, l, w, ng
.( د،ر،ل،و،غ)
Bila ditulis jawi kedua-dua vokal ditulis alif.
lada, mara, bala, lawa, nganga
،الدا، مارا
باال، الوا ،
غاغا
Hukum rama
Ditulis alif pada kedua-dua suku kata dalam hukum ‘rama’ iaitu perkataan yang berakhir dengan perkataan ‘rama’.
Rama-rama, irama, drama, asrama
، ايراما، ٢راما
دراما،اسراما
Hukum ka-ga
Tidak ditulis alif pada suku kata terakhir dalam hukum ‘kaga’ seperti berikut: Suku kata terakhir terbuka dengan vokal ‘a’. Konsonan pada suku kata
terakhir k dan g (ك ، ض
) Suku kata sebelumnya tidak ditetapkan. Bila ditulis jawi alif tidak ditulis selepas kaf dan ga . Alif ditulis sekiranya perkataan tersebut ada sambungan selepasnya.
baka, raga, muka, reka, duga, moga, murka, harga. Mukamu, harganya
،باك، راض
موك، ريك،
ووض،مد
ض، مورك،
هرض ،موكامو
ضاثهر
ejaan lazim
Tidak ditulis alif pada suku kata tertutup pola kvk
sampan, lambat, marmar
سمفن، لمبت،
مرمر
homograf
Ditulis alif sebagai pembeza pada perkataan homograf.
Pantas/pentas, puas/puasa
فانتس/فنتس،
فواس/فواسا
Hukum a-ha
Tidak ditulis alif pada suku kata terbuka yang berada sebelum suku kata
sahaja, paha, usaha
سهاج، فها،
اوسها
21
Jenis kaedah Kaedah Ejaan Rumi Jawi
terbuka ‘ha’ (ها ) dalam
hukum a-ha.
Perkataan Melayu dan Inggeris tiga suku kata ke atas
Tidak ditulis alif pada suku kata terbuka bagi perkataan tiga suku kata ke atas bagi semua perkataan Melayu kecuali beberapa perkatan pinjaman bahasa Inggeris
baginda, cakerawala, makaroni, bagasi
بضيندا،
خكراواال،
مكاروني،
بضاسي
Ditulis alif pada suku kata terbuka bagi perkataan tiga suku kata ke atas khususnya perkataan pinjaman Bahasa Inggeris.
Basikal, bateri, habitat
باسيكل، باتري،
هابيتت
Hukum e-wa
Ditulis alif pada suku kata tertutup pola kvk (konsonan ‘w’ dan vokal ‘a’) yang berada selepas suku kata terbuka dengan vokal ‘e taling’ dalam hukum e-wa.
Dewan, mewah, lewat, rewang
cawan, sawah, kawat, rawang
،ديوان، ميواه
ليوات، ريواغ ،خاون، ساوه
كاوت، راوغ
perkataan satu suku kata pola kvk, vokal ‘a’ ditulis padanan alif
Ditulis alif bagi perkataan satu suku kata berikut: Perkataan tradisi Pinjaman bahasa Arab Perkataan bermula dengan ‘w’ Tidak ditulis alif sekiranya berkedudukan sebagai suku kata.
dan bab, hal, khas wap, wad, wang padan lembab kawad, bawang
دان ،باب، حال
خاص
،واد، واف
واغ ،فادن، لمبب
كاود، باوغ
Alif pembeza
huruf alif ditulis bagi mengelakkan kekeliruan dari segi maksud dan sebutan.
asalnya perkataan buaya, cika dan lewat tidak ditulis alif
buai – buaya
cek – cika
lewat
بوايا –بواي خيكا –خيك ليوات
22
Diftong ialah gandingan dua huruf vokal yang dibaca sebagai satu suku kata dan
melafazkannya dengan cepat. Diftong terbahagi kepada tiga kelompok iaitu au, ai, oi.
Diftong Kaedah ejaan Rumi Jawi
ai
اءي اي
Ditulis dengan alif-hamzah-ya bagi diftong di awal perkataan
Ditulis dengan alif-ya bagi diftong di tengah dan akhir perkataan
aising اءيسيغ kailan كايلن
serai
سراي
au
اءو او
Ditulis dengan alif-hamzah-wau bagi diftong di awal perkataan
Ditulis dengan alif-wau bagi diftong di tengah dan akhir perkataan
audit اءوديت saudara ساودارا
pulau
والفو
oi
اووي وي
Ditulis dengan alif-wau-wau-ya bagi diftong di awal perkataan
Ditulis dengan wau-ya bagi diftong di tengah dan akhir perkataan
oi اووي oidium اوويديوم boikot بويكوت
sekoi سكوي
DIFTONG
23
Vokal Berganding ialah gandingan huruf-huruf vokal yang dibaca secara berasingan
sebagai dua suku kata.
Kaedah Vokal Berganding
Rumi Jawi
Diletakkan hamzah pemisah di antara dua huruf vokal.
au daun داءون ai kail كاءيل oi koir كوءير ui kuih كوءيه ae daeng داءيغ ie diet ديئت ou gout ضاءوت ue bankuet بنكوءيت
Tidak diletakkan huruf hamzah di antara huruf vokal. Terus ditulis mengikut padanan abjad rumi dan jawi.
ua buah بواه iu riuh ريوه ia biar بيار io biola بيوال
Kata Terbitan ialah bentuk perkataan yang dihasilkan melalui proses
pengimbuhan, iaitu proses yang mengandingkan imbuhan pada kata dasar.
Imbuhan terbahagi kepada empat jenis:
awalan, yang hadir sebelum kata dasar
akhiran, yang hadir sesudah kata dasar
apitan, yang hadir secara mengapit kata dasar
sisipan, yang hadir di celahan kata dasar.
VOKAL BERGANDING
KATA TERBITAN
AWALAN
24
Jenis Rumi Jawi Kaedah Ejaan
se-
seutas
Apabila kata dasar bermula سأوتسdengan huruf alif , ditulis rapat dan huruf hamzah diletak di atas alif.
secantik سخنتيق Ejaan lazim, tiada kaedah ejaan jawi
ke (kata sendi)
ke arah
Apabila kata dasar bermula كأرهdengan huruf alif , ditulis rapat dan huruf hamzah diletak di atas alif.
ke rumah كرومه Ejaan lazim, tiada kaedah ejaan jawi
di- diasah
Apabila kata dasar bermula دأسهdengan huruf alif , ditulis rapat dan huruf hamzah diletak di atas alif.
dicantas دخنتس Ejaan lazim, tiada kaedah ejaan jawi
di (kata sendi)
di udara
Apabila kata dasar bermula دأوداراdengan huruf alif , ditulis rapat dan huruf hamzah diletak di atas alif.
di darat ددارت Ejaan lazim, tiada kaedah ejaan jawi
meng- peng-
mengandam
pengandam
مغندم فغندم
Kata dasar yang bermula dengan a pada suku kata tertutup bila bersambung dengan awalan meng dan peng dibuang alif dalam ejaan jawi.
mengacara
pengacara
مغاخارا فغاخارا
Kata dasar yang bermula dengan a pada suku kata terbuka bila bersambung dengan awalan meng dan peng dikekalkan alif dalam ejaan jawi.
mengikut
pengikut
mengolah
pengolah
mengundur
pengulas
mengekor
pengekor
مغيكوت فغيكوت مغوله فغوله مغوندور فغولس
Kata dasar yang bermula dengan huruf vokal selain a, bila bersambung dengan awalan meng dan peng dibuang alif dalam ejaan jawi.
25
Jenis Rumi Jawi Kaedah Ejaan
مغيكور فغيكور
Jenis Rumi Jawi Kaedah Ejaan
-an
،ن()ان،ءن
buruan بوروان Bagi kata dasar berakhir dengan huruf wau , diimbuhkan dengan alif-nun.
celaan خالءن Bagi kata dasar berakhir dengan huruf alif diimbuhkan dengan hamzah-nun.
bacaan باخاءن Bagi kata dasar berakhir dengan suku kata terbuka vokal (a) , ditambah alif sebelum hamzah-nun.
dugaan دوضاءن
andaian انداين Selain daripada di atas diimbuhkan dengan nun. masakan ماسقن
-i
)ءي،ي(
mulai موالءي Huruf hamzah-ya diimbuh pada kata dasar yang berakhir dengan huruf alif dan wau.
diragui دراضوءي dihargai دهرضاءي Bagi kata dasar berakhir
dengan suku kata terbuka vokal (a) , ditambah alif sebelum hamzah-ya.
dirasai دراساءي
mengasihi مغاسيهي Selain daripada di atas diimbuhkan dengan ya.
-kan
gunakan
tunjukkan
praktikkan
rujukkan
imlakkan
كنناضو تونجوقكن فركتيككن روجوعكن امالءكن
Ditulis kaf dan nun tanpa alif
Bagi perkataan yang berakhir dengan k , ditulis padanan mengikut kaedah ejaan yang ditetapkan atau asal perkataan tersebut.
-wan -man
hartawan
seniman هرتاون سنيمن
Ditulis wau dan nun tanpa alif
Ditulis min dan nun tanpa alif
-isme sosialisme سوسياليسمى huruf akhir ditulis huruf ya tanpa
AKHIRAN
26
titik (alif maqsurah)
bagi penggunaan imbuhan apitan, kaedah ejaan dalam tulisan jawi adalah mengikut kaedah imbuhan awalan dan akhiran.
Jenis Rumi Jawi
ke-.....-an keindahan كأيندهن
kedukaan كدوكاءن
meng-...-i mengekori مغيكوري
menganggotai مغغضوتاءي
bagi penggunaan imbuhan sisipan, kaedah ejaan dalam tulisan jawi adalah mengikut kaedah ejaan lazim.
Jenis Rumi Jawi
-el- selerak سليرق
telunjuk تلونجوق
-er- seruling سروليغ serabut سرابوت
-em- gemilang ضميلغ semerbak سمربق
APITAN
SISIPAN
27
Jenis Rumi Jawi
lah, kah, tah, pun
Semua partikel ditulis bersambung kecuali pun dengan maksud juga, lalu, terus.
tolonglah, bilakah,
apatah
bagaimanapun,
jika hujan lebat, air pun
melimpah
Apabila lampu merah,
dia pun menekan brek.
تولوغله بيالكه
افاته باضايمانافون
،جيك هوجن لبت
مليمفهاءير فون ،افابيال لمفو ميره
دي فون منكن بريك
Jenis Rumi Jawi
‘kau, ku, mu, nya’
Ditulis bersambung dengan kata dasar.
kau ambil, rumahku, kasutnya, bajumu
كاوامبيل رومهكو
كاسوتث باجومو
Dalam tatabahasa Dewan rangkai kata disebut kata majmuk.
Kata majmuk terhasil daripada prosesmerangkaikan dua kata dasar atau lebih yang membawa makna tertentu.
Kata majmuk biasanya dieja terpisah tetapi bagi bentuk yang telah mantap penggunaannya sebagai satu perkataan, ia dieja bersambung.
Dalam ejaan jawi, kaedah pengejaan kata majmuk mengikut bentuknya dalam tulisan rumi sama ada terpisah atau bercantum.
Bentuk Rumi Jawi
Kata majmuk dieja terpisah
guru besar
rukun tetangga
susu pekat manis
Menteri Besar
Datuk Bendahara
Timbalan Naib Canselor
lipas kudung
ringan tulang
ضورو بسر روكون تتغض سوسو فكت مانيس منتري بسر داتوق بنداهارا تيمبلن ناءيب
PARTIKEL
KATA GANTI SINGKAT
RANGKAI KATA
28
خنسيلور ليفس كودوغ ريغن تولغ
Kata majmuk dieja bersambung
antarabangsa
bumiputra
kakitangan
kerjasama
matahari
tandatangan
انتارابغسا بوميفوترا كاكيتاغن كرجاسام ماتاهاري تنداتاغن
Ada tiga jenis kata yang boleh digandakan :
Kata nama
Kata kerja
Kata adjektif
Setiap satu jenis boleh digandakan kepada :
Penggandaan penuh
Penggandaan separa
Penggandaan berentak
Kaedah pengejaan:
Penggandaan penuh diletakkan angka dua arab (۲) di akhir perkataan.
Penggandaan separa dan berentak menggunakan tanda sempang.
Jenis
penggandaan
Kaedah ejaan Rumi Jawi
Penggandaan
penuh
Kata ganda penuh
ditulis dengan
menggunakan
tanda angka dua
Arab.
buku-buku ٢بوكو gelak-gelak ٢ضلق besar-besar ٢بسر
anai-anai ٢اناي ketua-ketua ٢كتوا
rumah-rumah sakit ساكيت ٢رومه
KATA ULANG
29
Jenis
penggandaan
Kaedah ejaan Rumi Jawi
pelatih-pelatih ٢فالتيه Pengandaan
separa
Apabila bahagian
kata yang diganda
berubah
bentuknya, tanda
sempang
digunakan sebagai
tanda gandaan.
berjalan-jalan لنجا-برجالن tari-menari مناري-تاري tercari-cari خاري-ترخاري
kecil-kecilan
كخيلن-كخيل
Pengandaan
berentak
Apabila bahagian
kata yang diganda
berubah
bentuknya, tanda
sempang
digunakan sebagai
tanda gandaan.
gerak-geri ضري-ضرق
huru-hara هارا-هورو lauk-pauk فاءوق-الءوق
gelap-gelita
ضليتا-ضلف
2.3 Kaedah Ejaan Kata Pinjaman Bahasa Arab dan Bahasa Inggeris
Kaedah ejaan Rumi Jawi
Istilah khusus dieja seperti ejaan asal Bahasa Arab
Sujud, tawaf, wuduk واف، ود، طسج
وضوءDikekalkan abjad asal tetapi ditambah huruf vokal untuk elak kekeliruan sebutan dan makna.
Izin, sifir, zikir ايذين، صيفير، ذيكير
Terserap dalam Bahasa Melayu dieja seperti mengeja kata jati bahasa Melayu
Sabun, kerusi, kertas ي، سابون، كروس
تسكر
Kata yang berakhir dengan suku kata terbuka dengan vokal [a], [i], [u] bila menjadi kata terbitan dengan akhiran
fardu – memfardukan
haji – menghajikan
fatwa – memfatwakan
فرض = ممفرضوكن
اجيكن= مغح حج
KATA PINJAMAN BAHASA ARAB
30
Kaedah ejaan Rumi Jawi
atau partikel perlu ditulis dengan alif, ya atau wau.
اكنفتوى = ممفتو
Alif maqsurah dikekalkan dalam ejaan Jawi
Diganti dengan alif bila dibentuk kata terbitan dengan akhiran
taala, musa, fatwa, تعالى, موسى, فتوى
Kaedah ejaan Rumi Jawi
Konsonan [k] di suku kata akhir dieja dengan huruf kaf dalam ejaan Jawi
Trak, blok, klinik ترك، بلوك، كلينيك
Gugusan konsonan di akhir kata tidak dirangkaikan
Teks, golf,
insurans ،فتيك س، ضول
اينسورن س Menggunakan huruf va ( bagi ( ؤ
padanan huruf ‘v’.
Visa, visual, viva ؤيؤال، سواؤيسا، ؤي
Dieja mengikut sebutan suku kata dalam bahasa Melayu.
Burger, koir, diet بورضر، كوءير، ديئت Gugusan konsonan pada awal dan tengah kata dirangkaikan tanpa sisipan apa-apa huruf vokal
Klinik, abstrak كلينيك, ابسترك
Semua huruf [g] dieja dengan huruf ga dalam Jawi
agenda, teknologi,
geologi اضيندا, تيكنولوضي, ضيولوضي
A. Media Digunakan
i. Whatsapp
ii. Masa 1 jam. Pelaksanaan PnP dalam talian sekuarang-kurangnya 1 jam
bagi satu sesi.
B. Tajuk Pembelajaran: Kata pinjaman bahasa Arab dan Bahasa Inggeris dalam
tulisan jawi. (DT)
C. Pecahan tajuk/ Isi pengajaran:
i. Kaedah ejaan
ii. Aplikasi
D. Cadangan Langkah Pengajaran dan Pembelajaran:
PEMBELAJARAN DALAM TALIAN
KATA PINJAMAN BAHASA INGGERIS
31
i. Semakan kehadiran
ii. Penerangan pensyarah berkaitan tajuk
iii. Interaksi pelajar dengan pensyarah berkaitan tajuk
iv. Kesimpulan
E. Pensyarah merakam dan menyimpan (save) dalam Fail (Folder) sepanjang sesi
pembelajaran dalam talian.
2.4 Tugasan
i. Bincangkan penulisan hamzah dalam ejaan jawi.
ii. Bagaimanakah penulisan diftong dan vokal berganding dalam ejaan jawi?
iii. Analisis hukum-hukum yang terdapat dalam kaedah ejaan jawi terkini.
iii. Penulisan kata terbitan dalam ejaan jawi mempunyai beberapa kaedah.
Bincangkan.
32
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir tajuk ini, pelajar-pelajar diharapkan dapat:
i Membaca teks klasik dan teks moden.
ii Menulis semula teks klasik dan teks moden.
SINOPSIS
Dalam unit ini, aspek penting yang akan dibincangkan ialah mengenai teks klasik dan
teks moden.
KERANGKA TAJUK
3.1 Teks Klasik
3.2 Teks moden (Pembelajaran dalam talian)
3.3 Tugasan
UNIT 3 KAJIAN TEKS JAWI
33
Teks klasik dalam ejaan jawi terkini
3.1 TEKS KLASIK
سنجات توق حاج دان توق لباي
٢باخاءنمسبهيغ , دان دعاء كمودين درفد مسبهيغ,دان ٢يغ مغاندوغ اكن ورد
دان باخ يس امفت فولوه ساتو, كيفية, دان دعاءثكندوري , دان كتيكفد
, مجعة خطبةمسبهيغ تراويح دان وتر , دان كيفيةدان تلقني ميت,دان دعاءث, دان برباف باثق اللطيفهاري راي الورد طبةخنكاح , دان خطبةدان
نثالءي-الءيندان صلوات , دان استغفار ذيكري دان دعاء , دان
34
Petikan buku Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu oleh Adenan Ayob dan Khairuddin Mohamad. Teks moden dalam ejaan jawi terkini
فريغكت. افابيال -ممفراوليه بهاس سخارا برفريغكن ۲بايي دان كانق
يغ فيزيكلساماث اياله الت -سسأورغ بايي دالهيركن، توروت برساما
سسواي اونتوق ممفراوليه بهاس. فمراوليهن بهاس برالكو سديكيت دمي
اصيل مبغن اوتقث، ياءيت حفريغكت مغيكوت فرك-سديكيت دان برفريغكت
يغ برموال دفريغكت بايي الضي اكن بالجر ۲بايي. كانق يكلفيزفركمبغن
دان تنفا دسدري فورملدان ستروسث ممفراوليه سسواتو بهاس سخارا تيدق
برموال دالم فرسكيترن كلوارض دان كمودين دالم مشاركت يغ ددياميث.
تيوري بيهيؤيوريسمى،تردافت امفت تيوري فمراوليهن بهاس ياءيت
اين مغحاصيلكن تيوري ۲يس، دان اينتركسيونليس. تيوريكوضنيتيف، مينتل
فمبالجرن بهاس يغ دضونا فاكاي اوليه ضورو اونتوق ملقساناكن فغاجرن
دان فمبالجرن بهاس ددالم بيليق درجه. تيوري فمبالجرن بهاس يغ اكن
يس، مى، كوضنيتيف، مينتلدبينخغكن دالم باب اين اياله تيوري بيهيؤيوريس
س دان كونستروكتيؤيسمى.اينتركسيونلي
3.2 TEKS MODEN
35
MBELAJARAN DALAM TALIAN
A. Media Digunakan
i. Whatsapp
ii. Masa 1 jam. Pelaksanaan PdP dalam talian sekuarang-kurangnya 1 jam
bagi satu sesi.
B. Tajuk Pembelajaran: Kajian Tulisan Teks Jawi
C. Pecahan tajuk/ Isi pengajaran:
i. Teks Jawi Terkini
D. Cadangan Langkah Pengajaran dan Pembelajaran:
i. Semakan kehadiran
ii. Penerangan pensyarah berkaitan tajuk
iii. Interaksi pelajar dengan pensyarah berkaitan tajuk
iv. Kesimpulan
E. Pensyarah merakam dan menyimpan (save) dalam Fail (Folder) sepanjang sesi
pembelajaran dalam talian.
3.3 Tugasan
i. Analisis kelemahan-kelemahan yang terdapat dalam ejaan jawi teks klasik.
PEMBELAJARAN DALAM TALIAN
36
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir tajuk ini, pelajar-pelajar diharapkan dapat:
i Mengetahui ilmu seni khat.
ii Menghuraikan sejarah ringkas seni khat.
SINOPSIS
Dalam unit ini, aspek penting yang akan dibincangkan ialah pengenalan ilmu seni khat
yang meliputi definisi dan jenis-jenis khat. Manakala sejarah ringkas seni khat pula
meliputi zaman permulaan Islam, zaman Umaiyah, zaman Abasiyah dan zaman Alam
Melayu serta tokoh Seni Khat.
KERANGKA TAJUK
4.1 Pengenalan Ilmu Seni Khat
4.2 Sejarah Ringkas Seni Khat
4.3 Tugasan
Definisi Seni Khat.
Garis atau tulisan indah.
Suatu ilmu yang memperkenalkan bentuk-bentuk huruf tunggal, letaknya dan
cara-cara merangkainya menjadi suatu bentuk seni khat.
Apa-apa yang ditulis di atas garis-garis, bagaimana cara menulisnya dan
menentukan mana yang tidak perlu ditulis, menukar ejaan yang perlu ditukar
dan bagaimana cara menukarnya.
UNIT 4 SENI KHAT
4.1 PENGENALAN ILMU SENI KHAT
37
Jenis-jenis khat.
Tulisan enam atau Al-Aqlam al-Sittah merupakan khat utama disempurna dan
dikemaskan oleh tiga orang tokoh khat zaman Abasiyah iaitu Ibnu Muqlah, Ibnu
Al-Bawwabh dan Yadut Al-Musta’shimi.
Enam jenis khat tersebut ialah Thuluth, Nasakh, Muhaqqaq, Rayhani, Riq’ah dan
Tawqi’.
Terdapat enam jenis khat yang paling popular , iaitu Kufi, Nasakh, Riq’ah,
Thuluth, Farisi dan Diwani.
Khat Kufi.
- Jenis tulisan Arab tertua yang dikenal dalam Islam.
- Dipercayai diasaskan di Bandar Kufah, Iraq.
- Digunakan untuk menulis ayat Al-Quran dan hiasan seni bina.
- Dua jenis khat kufi iaitu berdaun dan berbunga
- Pada Khat kufi berdaun, bahagian tegak diakhiri dengan bentuk tumbuhan
palma dan huruf penghujung dipanjangkan bahagian tegaknya serta
dihiaskan dengan bentuk daun palma.
- Khat kufi berbunga mengandungi daun-daun dan daun palma yang tumbuh
dari bahagian badan huruf-huruf itu sendiri.
- Dengan tulisan Kufi ini Al-Qurán pertama kali ditulis (dengan kufi sederhana
yang disebut kufi masohif).
- Ciri utamanya adalah torehannya kaku bersudut, kerana mulanya memang
ditorehkan dengan pisau di atas tulang, batu-batu, atau pelepah kurma.
- Berkembang menjadi sangat indah pada masa Daulah Abbasiyah, dengan
memasukkan unsur unsur hiasan dan ornamen khas ke dalamnya.
- Kufi asli memiliki ciri ciri tidak bertitik, dan tidak bersyakal serta dibiarkan asli
tanpa hiasan. Sedangkan Kufi yang sudah berkembang, banyak mengambil
bentuk bentuk yang lebih beragam, dan banyak digunakan dalam karya-
karya arkitektur, untuk menghiasi masjid, makam, dan istana raja-raja.
- Contoh khat Kufi.
بسم اهلل الرمحن الرحيم
38
Khat Nasakh
Mula diperkenal pada abad kelapan.
Digunakan untuk menulis naskhah alQuran pada abad kesepuluh.
Menarik minat kerana mudah ditulis tanpa struktur yang kompleks.
Dipelopori oleh Ibn Muqlah seorang menteri zaman Abasiyah dan Ibn al-
Bawwab.
Banyak digunakan dalam penulisan buku, majalah, Al-Quran dan surat-
surat.
Khat Nasakh telah menjadi pilihan utama dalam penulisan naskhah al-
Qur'an di dalam dunia Islam, walaupun terdapat pelbagai jenis gaya Khat
sebelum dan selepas kewujudannya. Kelembutan, kejelasan serta
keindahan khat ini telah mampu menarik perhatian masyarakat Islam lantas
mengambil alih peranan penulisan al-Qur'an yang selama ini dipelopori oleh
gaya Kufi.
Contoh khat Nasakh.
Khat Riq’ah
Kata jamaknya Ruq’ah.
Riq’ah mengikut Kamus Bahasa ialah cebisan kertas yang ditulis
Bentuknya tulisan pendek-pendek berasal dari khat nasakh dan thuluth.
Boleh ditulis dengan cepat.
Tidak sesuai diletakkan tanda baris, sebab itulah khat ini tidak digunakan
untuk menulis naskhah Al-Quran.
Riq'ah atau ruq'ah adalah tulisan yang sangat indah, tetapi sangat sederhana
dan mudah dipelajari.
Tokoh pertama meletakkan kaedah penulisannya adalah Musytasyar
Mumtaz Bik seorang pengajar kaligrafi Sultan Abdul Majid Khan seorang
khalifah kerajaan Usmaniah pada tahun 1280 H.
39
Khat Riq’ah merupakan sejenis khat yang direka cipta oleh orang Turki pada
zaman pemerintahan Kerajaan ‘Uthmaniyah (850 Hijrah). Tujuan utama
mereka mencipta khat ini ialah untuk menyeragamkan bentuk tulisan dalam
semua urusan rasmi di kalangan kakitangan kerajaan.
Ciri khusus khat ini ialah bentuk huruf yang kecil, lebih cepat dan mudah
ditulis, jika dibandingkan dengan khat Nasakh.
Penggunaan khat Riq’ah dalam masyarakat kita lebih tertumpu kepada
tulisan dan nota sahaja, berbanding khat Nasakh yang begitu meluas
digunakan, khususnya dalam penerbitan buku, majalah dan akhbar.
Khat ini secara meluas digunakan dalam urusan harian, seperti urusan
surat-menyurat, urusan perniagaan, iklan dan promosi barangan serta
dijadikan tajuk-tajuk besar di dalam akhbar.
Contoh khat Riq’ah.
Khat Thuluth.
Thulutth bermakna satu pertiga.
Dinamakan thuluth kerana huruf menegaknya ditulis dengan mata pena
yang ukuran lebarnya menyamai satu pertiga lebar mata pena.,
Popular untuk tujuan hiasan seperti tajuk buku.
Kurang praktis untuk menulis teks panjang seperti naskhah Al-Quran kerana
mempunyai banyak kaedah, menetukan ukurannya dengan bilangan titik
yang sesuai pada setiap huruf, agak rumit serta memrlukan kemahiran yang
tinggi untuk menulisnya.
Khat ini ditulis dengan mata pena yang lebar matanya di antara 2-3 mm.
Khat ini dinamakan Ummul Khutut dan dikatakan menjadi syarat bagi
seseorang untuk digelar sebagai "khattaat", kerana memang sangat sukar
mempelajarinya.
Contoh khat Thuluth.
40
بسم هللا الرحمن الرحيم Khat Farisi/Nastaliq.
Disebut FARISI kerana ia muncul dan popular di Negara Farsi.
Disebut TA'LIQ, kerana cara penulisannya seperti gaya penulisan catatan
kaki yang lazimnya miring ke bawah dari kanan ke kiri.
Disebut NASTALIQ karena fungsinya mirip dengan Nasakh iaitu sebagai
tulisan standard bagi buku buku ilmiah. Jadi Nasta'liq adalah gabungan dari
kata Nasakh dan Ta'liq.
Jenis khat ini sangat sukar dan perlu latihan yang banyak. Kadang kadang
diperlukan dua mata pena untuk menulisnya kerana satu huruf memiliki
ketebalan yang berbeza.
Khat ini memperlihatkan bentuk lengkungan huruf yang menarik, kurang
penggunaan garis menegak, bentuk huruf condong ke kanan serta
memanjang.
Ada pandangan mengatakan:
"Siapa yang belum menguasai kaligrafi Farisi dan Tsulutsy, maka ia belum
disebut khattat".
Contoh khat Farisi:
Khat Diwani.
Khat Diwani merupakan salah satu jenis khat yang dicipta oleh penulis khat
pada zaman pemerintahan Kerajaan Uthmaniyah.
41
Ibrahim Munif adalah orang yang mencipta kaedah dan menentukan ukuran
tulisan khat Diwani.
Khat Diwani dikenali secara rasmi selepas negeri Konstantinopel ditawan
oleh Sultan Uthmaniyah, Muhammad al-Fatih pada tahun 857 Hijrah.
Khat Diwani digunakan sebagai tulisan rasmi di jabatan-jabatan kerajaan.
Seterusnya, tulisan ini mula berkembang ke segenap lapisan masyarakat.
Kebiasannya tulisan khat Diwani ini digunakan untuk menulis semua
pekeliling pentadbiran, keputusan kerajaan serta surat menyurat rasmi dan
pada masa sekarang ianya digunakan untuk menulis watikah, sijil dan untuk
hiasan.
Jenis Kaligrafi ini pernah menjadi tulisan yang dirahsiakan oleh Daulah
Uthmaniyah kerana keindahannya.
Setelah Sultan Muhammad Al Fatih berjaya menakluki Konstantinopel
tahun 857 H, penggunaan khat Diwani mulai disebarkan meski terbatas
kepada penulisan diwan-diwan resmi (pembukuan dokumen) Kerajaan
Usmaniyah. Itulah sebabnya khat ini dinamakan Diwani.
Tokoh pertama yang meletakkan kaedah penulisannya adalah Ibrahim Munif
At Turki.
Diwani memiliki tiga aliran gaya yaitu : gaya Turki, gaya Mesir, dan gaya
Baghdad.
Keindahan Diwani terletak pada bentuk fleksibelnya dan banyak
menggunakan huruf-huruf berpusing.
Contoh khat diwani.
42
Zaman Permulaan Islam
Kedatangan Islam memberi sumbangan besar kepada perkembangan seni khat.
Ajaran Islam menggalakkan penganutnya menguasai kemahiran membaca dan
menulis.
Selain ayat AlQuran dan hadis, peristiwa tebusan perang Badar merupakan bukti
Rasulullah s.a.w. mementingkan kemahiran membaca dan menulis di kalangan
orang Islam.
Perkembangan seni khat di zaman ini sinonim dengan penulisan ayat Al-Quran.
Ketika wahyu terakhir diturunkan, terdapat 40 orang penulis wahyu yang
diketahui.
Empat juru tulis wahyu paling utama ialah Zaid bin Tsabit, Abdullah bin Zubair,
Said bin Al’Ash dan Abdul Rahman bin Al-Harith.
Enam Mashaf Uthmani terawal ditulis sederhana, kaku tanpa tanda titik dan
baris.
Bagi orang Arab tidak ada masalah kepada mereka membaca Al-Quran
sedemikian kerana bahasa mereka.
Apabila Islam telah berkembang dan dianuti oleh kalangan bukan Arab,
penulisan Al-Quran diperkemas dengan meletak titik dan baris untuk mudah
dibaca.
Terdapat bukti surat Rasulullah s.a.w. kepada Raja Kopti (Mesir) menggunakan
khat Naskhi kuno ditulis oleh sahabat baginda pada tahun ketujuh hijrah.
Zaman Umaiyah dan Abasiyah
Perkembangan Kaligrafi Zaman Bani Umaiyah (661-750 M)
Sejarah perkembangan zaman ini tidak begitu banyak disingkap kerana
kerajaan pemerintah selepasnya iaitu Bani Abbasiyah telah
menghancurkan sebahagian besar peninggalan-peninggalan demi
kepentingan politik. Hanya ada beberapa contoh tulisan yang masih tinggal
seperti prasasti pembangunan Dam yang dibina oleh Mu'awiyah, tulisan di
Qubbah Ash-Shakhrah, inskripsi tulisan Kufi pada sebuah kolam yang dibina
oleh Khalifah Hisyam dan lain-lain.
SEJARAH RINGKAS SENI KHAT
43
Beberapa bentuk kaligrafi awalnya dikembangkan berdasarkan nama kota
tempat berkembangnya tulisan itu. Dari berbagai karakter tulisan hanya ada
tiga gaya utama yang berhubungan dengan tulisan yang dikenal di Makkah
dan Madinah yaitu Mudawwar (bulat),mutsallats (segitiga) danTi'im (kembar
yang tersusun dari segitiga dan bulat).
Di antara kaligrafer Bani Umayyah yang paling termashyur
mengembangkan tulisan kursif adalah Qutbah al-Muharrir. Ia
memperkenalkan empat jenis tulisan khat iaitu Thumar, Jalil,
Nisf danThuluth. Beliau berjasa kerana menghias Masjid Nabawi di Madinah
dengan ayat-ayat Al Quran dengan jenis tulisan khat Jalil yang indah.
Keempat tulisan ini saling melengkapi antara satu gaya dengan gaya lain
sehingga menjadi lebih sempurna. Tulisan Thumar yang berciri tegak lurus
ditulis dengan pena besar pada tumar-tumar (lembaran penuh, gulungan
kulit atau kertas) yang tidak terpotong. Tulisan ini digunakan untuk
komunikasi bertulis para khalifah kepada amir-amir dan penulisan dokumen
resmi istana. Sedangkan tulisan Jalil yang berciri miring digunakan oleh
kalangan masyarakat umum .
Perkembangan Kaligrafi Zaman Bani Abbasiyah (750-1258 M)
Gaya dan teknik menulis kaligrafi semakin berkembang pada zaman ini.
Kaligrafer zaman Bani Abbasiyah yang tercatat sebagai nama besar
adalah Ibnu Muqlah yang pada masa mudanya belajar kaligrafi kepada Al-
Ahwal al-Muharrir.
Ibnu Muqlah berjasa besar bagi perkembangan tulisan kursif kerana
penemuannya yang luar biasa tentang formula secara geometrik dalam
penulisan kaligrafi yang terdiri dari tiga unsur dalam penulisan huruf
iaitu: titik, huruf alif, dan lingkaran. Menurutnya setiap huruf harus dibuat
berdasarkan ketentuan ini dan disebut al-Khat al-Mansub (tulisan yang
berstandard).
Ia juga mempelopori penulisan enam jenis khat pokok (al-Aqlam as-
Sittah) iaitu Thuluth, Nasakh, Muhaqqaq, Raihani, Riq’ah dan Tauqi' yang
merupakan tulisan kursif.
Khat Nasakh dan Thuluth menjadi popular usaha Ibnu Muqlah yang
akhirnya menghilangkan dominasi khat Kufi.
44
Usaha Ibnu Muqlah diteruskan oleh murid-muridnya yang terkenal di
antaranya Muhammad ibn as-Simsimani dan Muhammad ibn Asad. Dari
dua muridnya ini kemudian lahir penulis khat terkenal bernama Ibnu
Bawwab. Ibnu Bawwab mengembangkan lagi formula yang sudah dirintis
oleh Ibnu Muqlah yang dikenali dengan Al-Mansub Al-Faiq (huruf bersandar
yang indah).
Beliau memberi sumbangan besar terhadap penambah-baikan khat Nasakh
dan Muhaqqaq secara radikal. Namun karya-karyanya tidak banyak yang
kekal hingga sekarang, di antaranya ialah sebuah al-Qur'an.
Tokoh khat seterusnya ialah Yaqut al-Musta'simi yang memperkenalkan
method baru dalam penulisan kaligrafi secara lebih lembut dan halus
terhadap enam gaya pokok yang masyhur itu. Yaqut adalah kaligrafer besar
pada masa akhir pemerintahan Daulah Abbasiyah hingga kejatuhannya
pada tahun 1258 M kerana serangan tentera Mongol.
Penulisan kaligrafi pada masa Daulah Abbasiyah berbanding
masa Ummayah menunjukkan kepelbagaian ragam yang sangat nyata.
Para kaligrafer Daulah Abbasiyah sangat aktif menghasilkan penemuan-
penemuan baru atau memperbaharui corak-corak yang tengah berkembang.
Karya-karya kaligrafi lebih dominan dipakai sebagai hiasan dan arkitektur
oleh Bani Abbasiyah daripada Bani Ummayah yang hanya mendominasi
unsur hiasan floral dan geometrik .
Zaman Alam Melayu
Kedatangan Islam ke Alam Melayu membawa bersama seni kaligrafi Islam atau
disebut seni khat.
Seni ini boleh ditemui dalam bentu ayat AlQuran dan doa-doa terakam pada
pelbagai jenis bahan seperti batu nisan, batu bersurat, dinding bangunan,
masjid, rumah, istana, kulit, kertas, kain, senjata, syiling, rehal dan lain-lain.
Terdapat pelbagai jenis khat ditulis pada bahan-bahan tersebut seperti kufi,
thuluth, nasakh, dewani, farisi, riq’ah dan lain lagi.
Bukti terawal tulisan khat terdapat pada batu nisan seorang wanita bernama
Fatimah binti Maimun di Leran, Jawa Timur ( 1082M) mengandungi tulisan Arab
khat kufi.
Batu nisan Malik Al-Salih di Pasai (1297M) mengandungi tulisan Arab khat
thuluth.
45
Penemuan tulisan khat pada batu nisan, dinding dan bahan lain di Pahang,
Melaka dan Kedah dalam bentuk pelbagai jenis khat seperti Kufi, Nasakh,
Thuluth dan Farisi.
Batu Bersurat Terengganu (1303M) mengandungi teks bahasa Melayu pertama
dalam ejaan jawi berbentuk gaya khat Thuluth.
Bentuk khat masa itu belum stabil, saiz dan bentuk abjadnya tidak seimbang,
gaya khat tidak tetap dan tidak menarik.
Tokoh Seni Khat
Ibnu Muqlah.
Nama beliau Abu Ali Al-Shadr Muhammad ibn Al-Hasan ibn Muqlah.
Lahir pada tahun 272H di Baghdad pada zaman kerajaan Bani Abasiyah.
Pernah menjadi Perdana Menteri masa pemerintahan tiga orang khalifah
Abasiyah.
Dianggap sebagai bapa seni khat
Beliau mencipta prinsip-prinsip penulisan khat seperti menggunakan
sistem titik sebagai cara mengukur penulisan khat.
Beliau menetapkan lima kriteria untuk kesempurnaan penulisan khat,
iaitu:
Tawfiyah (tepat)- setiap huruf hendaklah tepat dari segi bentuknya.
Itmam (menyeluruh)- setiap huruf perlu menepati ukuran tepat panjang
pendek, nipis tebal.
Ikmal (sempurna)- setiap garis perlu sesuai dalam gaya tegak, terlentang,
berpusing dan melengkung.
Isyba’ (padat)- setiap lorekan garis perlu sekata dari segi tebal nipis kecuali
gaya yang menghendaki demikian.
Irsal (lancar)- lorekan cepat lancar tidak terhenti-henti atau teragak-agak.
Ali Ibnu Hilal Al-Baghdadi.
Lebih dikenali sebagai Al-Bawwab, anak murid kepada Ibnu Muqlah.
Tidak diketahui tarikh lahirnya tetapi meninggal pada tahun 413H,
dimaqamkan bersebelahan Ibn Hanbal di Baghdad.
Beliau menyempurna dan mencantikkan lagi Aqlam Sittah’ khususnya
Nasakh dan Muhaqqaq.
46
Pernah menulis 64 naskhah Al-Quran saloah satunya ditulis dengan khat
Raihani.
3.3 Yaqut Al-Musta’shimi.
Nama beliau Abu Durr aminuddin Yaqut Al-Musta’shimi ibnu Abdillah,
digelar dengan panggilan Abu Durr.
Beliau berbangsa Rumawi, dibesarkan bersama para hamba pada
zaman khalifah Al-Musta’shim Billah bani Abasiyah.
Meninggal pada 698H (1298M) di Baghdad.
Digelar sebagai kiblat para penulis (qiblat alKuttab).
Mencipta pena buluh menulis khat dengan potongan condong supaya
dapat menulis dengan tepat dan cantik khususnya bagi menulis
Aqlam Sittah.
Beliau mengajar dengan cara menekankan kepada latih tubi.
Beliau sendiri membiasakan diri menulis dua juzuk Al-Quran setiap
hari.
Sheikh Uthman Taha.
Nama sebenar beliau ialah Abu Marwan bin Uthman bin Abduh bin Hussain bin Taha.
Beliau dilahirkan di sebuah kampung di Halab, Syria pada tahun 1934 Masihi dan
mempunyai seorang isteri dan dikurniakan tujuh orang anak. Beliau dilahirkan dalam
suasana tarbiah Islam yang kuat, bapanya Syaikh Abduh Husin Taha merupakan imam
dan khatib di kampungnya, juga pengarang kitab-kitab agama. Sekarang syaikh
Uthman Taha tinggal di Madinah al-Munawwarah.
Syaikh Uthman Taha memiliki ijazah dalam bidang syariah. Pada tahun 1973, beliau
mendapat ijazah dalam seni khat dari Syaikh Hamid al-Amidiyy, seorang pakar khat
yang sangat terkenal, sehingga beliau diberi gelaran Syaikh al-Khutatatain. Selain itu
beliau juga berguru dengan tokoh khattat yang lain seperti Muhammad Aliyy al-
Mawlawiyy, Ibrahim al-Rifa’iyy di Halab, Muhammad Badwiyy al-Diraniyy di Damsyik
dan Hashim al-Baghdadiyy.
Pengalaman pertama dalam menulis mushaf ialah pada tahun 1973 semasa berusia
tiga puluh tahun di bawah syarikat percetakan Dar al-Shamiyah di Damsyik tetapi
syaikh Uthman Taha tidak berpuas hati dengan mutu kecantikan tulisan. Disebabkan
ketokohan dan penulisan hiasan dinding beliau di Masjid Nabawi, Kerajaan Saudi telah
47
mengambil beliau sebagai penulis Mushaf al-Madinah yang diguna-pakai oleh kerajaan
Saudi dan seluruh dunia bermula pada tahun 1988.
Mereka yang melihat tulisan sekarang jauh lebih bermutu dari tulisan pertama.
Sehingga kini beliau telah menulis mushaf mengikut riwayat Hafs dari Asim, riwayat
Warash dari Nafi’ al-Madaniyy kedua-dua sudah dicetak dan riwayat Qalun tetapi belum
dicetak.
Beliau amat terkenal di kalangan penulis khat kini sebagai Tokoh Seni Khat yang paling
banyak berjasa. Beliau menjadi pakar rujuk dan hakim bagi pertandingan Khat
Antarabangsa Istanbul sejak berdekad lamanya.
Beliau merupakan seorang tokoh yang telah banyak memberi khidmat dalam bidang al-
Qur’an yang tidak kita sedari. Beliau adalah penulis mushaf Madinah yang bewarna
hijau yang sering dibawa oleh jemaah haji atau orang yang ke Mekah.
Penglibatan Syaikh Uthman Taha dalam bidang penulisan mushaf sejak hampir 40
tahun iaitu bermula pada tahun 1970 untuk kementerian wakaf Syria. Pada tahun 1988
beliau datang ke Arab Saudi untuk menjadi penulis mushaf. Beliau dilantik sebagai
penulis mushaf di Majma’ al-Malik Fahd Li Tiba’ah al-Mushaf (Kompleks Percetakan
Mushaf Raja Fahd) di Madinah al-Munawwarah. Keistimewaan tulisan tangan Syaikh
Uthman Taha ialah setiap halaman berakhir dengan penghujung ayat.
Hashim Muhammad Baghdadi
Abu Raqim atau Hashim bin Muhammad bin Haji Dirbas al-Qaysi Al-Baghdadi. Beliau
dilahirkan pada tahun 1335H/1917M di Baghdad. Sejak kecil Hashim sangat tertarik
pada seni khat, beliau mula belajar dari Maula ‘Arif al-Shaykhli juga dari Ali Sabir, akan
tetapi hanya sebentar saja. Kemudian beliau mula berlatih seni khat di bawah
pengawasan dan bimbingan Syeikh Maula ‘Ali al-Fadli, yang memberinya ijazah seni
khat pada tahun 1363H/1943M.
Pada 1364H/1944M, Hashim pergi ke Mesir, beliau tinggal dan menyambung pengajian
di sebuah Institut Seni Khat di Kaherah. Para pengajar sangat terkesan dengan
karyanya yang kemudian membenarkan Hashim untuk terus mengikuti ujian akhir di
kelas senior dan diberi penghormatan untuk berada di kelas pertama. Hashim mendapat
ijazah kedua dari khattat ternama Mesir, Sayyid Ibrahim (1315H/1897M–1414H/1994M),
48
dan Muhammad Husni pada tahun 1364H/1944M. Pengurusan institut memintanya
untuk tinggal di Mesir dan mengajar, akan tetapi beliau memilih untuk kembali ke
Baghdad dan membuka perusahaan seni khat serta menerbitkan sebuah buku gaya
penulisan Seni Khat al-Riqa' pada 1365H/1946M.
Hashim kemudian pergi ke Istanbul, di mana dia berkenalan dengan tokoh seni khat
terkenal Turki, Musa Azmi atau lebih dikenali sebagai Hamid al-Amidi, yang telah
memberinya dua penghargaan sebagai pengganti ijazah, yang pertama pada
1370H/1950M dan yang kedua pada 1372H/1952M. Pada majlis anugerah yang kedua,
Hamid al-Amidi mengumumkan Hashim sebagai Penulis Seni Khat Terbaik dalam dunia
Islam dan beliau mengatakan kepada Hashim "Kesenian Seni Khat Islam bermula di
Dar-As Salaam (Baghdad) dan ia kembali bersamamu ke Dar-As-Salaam". Selama
empat tahun, sejak 1375H/1955M, beliau belajar dengan Macid Ayral yang datang dari
Baghdad ke Istanbul dan dari situ banyak sekali manfaat diterimanya. Gaya penulisan
beliau lebih cenderung kepada gaya penulis klasik Baghdad iaitu Yaqut al Musta'asimi
dan gabungan dengan penulisan moden dari Ottoman School. Beliau juga dikenali
sebagai antara khattat yang terbaik dalam gaya Seni Khat Thuluth.
Hashim dilantik sebagai pensyarah Kaligrafi Arab di Institute of Fine Art di Baghdad
pada 1380H/1960M sehingga beliau dilantik menjadi ketua bahagian Dekorasi dan Seni
Khat sehingga beliau menghembuskan nafas terakhir pada 1973. Keindahan Seni Khat
di Turki sangat mempengaruhi dirinya, beliau sangat mengagumi karya Hafiz Osman,
Muhammad Shauqi, Haci Ahmed Kamil Akdik, dan Hamid al-Amidi. Kekagumannya
kepada karya-karya Mustafa Raqim juga begitu besar, sehinggakan beliau menamakan
anaknya dengan Mustafa Raqim dan memanggil dirinya sebagai Abu Raqim. Semasa di
Istanbul, Hashim kerap kali mengunjungi khattat Necmeddin Okyay, yang memiliki
pelbagai koleksi seni khat dari khattat ternama.
Selain itu, Hashim juga menjadi orang penting dalam penerbitan semula Mušhaf al-
Awqaf, yang diterbitkan pertama kali oleh kerajaan. Ia adalah mushaf seni khat yang
sangat indah diterbitkan pada tahun 1236H/1821M yang ditulis oleh khattat Turki,
Muhammad Amin Ar-Rusdi (abad ke 13H/19M). Mushaf ini diberikan oleh Pertevniyal,
ibu dari Sultan Abdulaziz, kepada Masjid Imam Besar Al-Nu’man Bin Tsabit, yang
dikenal sebagai Abu Hanifah. Hashim membaik pulih awal mushaf tersebut, meletakkan
49
nombor ayat yang hilang, menulis nama surah-surah Al-Quran, menata jumlah hizb, juz,
dan ayat-ayat as-Sajadah dengan menyesuaikannya mengikut selera Arab. Karya-karya
seni khat Hashim banyak dijadikan perhiasan masjid-masjid dan bangunan-bangunan di
Baghdad serta bandar-bandar lain sekitarnya. Kebanyakannya adalah karya dalam Khat
Thuluth Jali dan diperbuat menggunakan marmar. Karya-karya beliau banyak terdapat di
masjid-masjid terkenal seluruh Iraq, seperti dalam Masjid ‘Al-Qadir Abd al-Jilani, Masjid
Haiderkhana, Masjid Almuradia, Masjid al-Shahid, Masjid Bunia dan Masjid Hajj
Mahmud. Beliau juga adalah pereka bagi nota bank dan syiling untuk Iraq, Tunisia,
Maghribi, Libya dan Sudan.
Pada tahun 1962, beliau menerbitkan sebuah buku qawaid dan koleksi khat beliau yang
bertajuk "Qawa'idul Khattul 'Arabi" (Kaedah Penulisan Khat Arab). Buku ini telah
memberi sumbangan yang amat besar dalam dunia seni khat, kerana ia telah digunakan
sebagai rujukan oleh pelajar-pelajar serta khattat dari seluruh dunia. Hashim al-
Baghdadi meninggal pada 27 Rabi’uI Awwal 1393H bersamaan 30 April 1973 di
Baghdad dan dimakamkan di Pemakaman Khayzuran. Sepanjang hidupnya, beliau
hanya menganugerahkan satu diploma sahaja kepada muridnya, Abdul Ghani al-Ani.
Beliau merancang untuk menulis al-Qur'an dalam gaya penulisannya yang tersendiri,
tetapi beliau meninggal dunia sebelum selesai menyiapkan projek. Sebuah koleksi yang
mengandungi karya terbaru beliau telah diterbitkan semula di Baghdad pada tahun
1978.
i. Bincangkan latar belakang khat Nasakh, Riq’ah, Thuluth, Diwani, Farisi, dan
Kufi.
50
MBELAJARAN DALAM TALIAN
A. Media Digunakan
i. Whatsapp
ii. Masa 2 jam. Pelaksanaan PdP dalam talian sekuarang-kurangnya 1 jam
bagi satu sesi.
B. Tajuk Pembelajaran: Seni Khat
C. Pecahan tajuk/ Isi pengajaran:
i. Sejarah dan perkembangan seni khat
D. Cadangan Langkah Pengajaran dan Pembelajaran:
i. Semakan kehadiran
ii. Penerangan pensyarah berkaitan tajuk
iii. Interaksi pelajar dengan pensyarah berkaitan tajuk
iv. Kesimpulan
E. Pensyarah merakam dan menyimpan (save) dalam Fail (Folder) sepanjang sesi
pembelajaran dalam talian.
PEMBELAJARAN DALAM TALIAN
51
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir tajuk ini, pelajar-pelajar diharapkan dapat:
i Mengetahui keperluan untuk mempelajari seni khat.
ii Meniru menulis seni khat.
SINOPSIS
Dalam unit ini, aspek penting yang akan dibincangkan ialah berkaitan persediaan
penulisan khat.
KERANGKA TAJUK
5.1 Persediaan mempelajari seni khat
i. Belajar di bawah pengawasan dan bimbingan guru yang terlatih dan
berpengalaman dengan asas pelajaran penulisan seperti kedudukan yang betul,
cara memegang kalam, kaedah yang betul mengasah kalam dan memotong
mata kalam yang yang sesuai bagi jenis khat, cara meletakkan mata kalam di
atas kertas, teknik meletakkan bekas dakwat dan menerangkan cara meletakkan
span di dalamnya sehingga mencelup kalam khat itu dakwat setakat yang
dikehendaki.
ii. Latihan yang berterusan mengikut kaedah penulisan yang muktabar.
iii. Merujuk buku atau hasil karya penulis-penulis yang masyhur seperti Hasyim al
Baghdadi yang menjadi rujukan peminat-peminat khat di Asia dan Eropah.
UNIT 5 PERSEDIAAN PENULISAN KHAT
PERSEDIAAN MEMPELAJARI SENI KHAT
52
iv. Meniru atau menekap tulisan penulis-penulis yang berpengalaman dengan
tujuan memahirkan penulisan.
MBELAJARAN DALAM TALIAN
A. Media Digunakan
i. Whatsapp
ii. Masa 1 jam. Pelaksanaan PdP dalam talian sekuarang-kurangnya 1 jam
bagi satu sesi.
B. Tajuk Pembelajaran: Persediaan Penulisan Khat
C. Pecahan tajuk/ Isi pengajaran:
i. Peralatan
ii. Teknik penulisan
D. Cadangan Langkah Pengajaran dan Pembelajaran:
i. Semakan kehadiran
ii. Penerangan pensyarah berkaitan tajuk
iii. Interaksi pelajar dengan pensyarah berkaitan tajuk
iv. Kesimpulan
E. Pensyarah merakam dan menyimpan (save) dalam Fail (Folder) sepanjang sesi
pembelajaran dalam talian.
PEMBELAJARAN DALAM TALIAN
53
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir tajuk ini, pelajar-pelajar diharapkan dapat:
i Mengetahui jenis-jenis khat.
ii Menghasilkan tulisan mengikut jenis-jenis khat.
SINOPSIS
Dalam unit ini, aspek penting yang akan dibincangkan ialah metogo penulisan khat yang
meliputi jenis khat.
KERANGKA TAJUK
6.1 Jenis-jenis khat
Khat Nasakh
Khat Riq’ah.
Khat Kufi
UNIT 6 METHOD PENULISAN KHAT
54
Khat Nasakh
JENIS-JENIS KHAT
55
56
57
58
59
Khat Riq’ah.
60
61
Khat Kufi
62
63
64
MBELAJARAN DALAM TALIAN
A. Media Digunakan
i. Whatsapp
ii. Masa 1 jam. Pelaksanaan PdP dalam talian sekuarang-kurangnya 1 jam
bagi satu sesi.
B. Tajuk Pembelajaran: Method Penulisan Khat
C. Pecahan tajuk/ Isi pengajaran:
i. Jenis-jenis khat
D. Cadangan Langkah Pengajaran dan Pembelajaran:
i. Semakan kehadiran
ii. Penerangan pensyarah berkaitan tajuk
iii. Interaksi pelajar dengan pensyarah berkaitan tajuk
iv. Kesimpulan
E. Pensyarah merakam dan menyimpan (save) dalam Fail (Folder) sepanjang sesi
pembelajaran dalam talian.
PEMBELAJARAN DALAM TALIAN
65
BIBLIOGRAFI
_____ (2016) Daftar Kata Bahasa Melayu, Rumi – Sebutan – Jawi. Edisi kedua. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka
Asmah Omar Hj. (2009). Rahsia Ejaan Jawi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka
Azman Hj bin Ahmad Hj. (2015). Kaedah Pembelajaran Jawi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Che Siah Che Man. (2006). Pendekatan Pengajaran Jawi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka
Hashim Musa (2006). Siri Lestari Bahasa : Sejarah perkembangan tulisan jawi. Edisi kedua. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka
Kementerian Pelajaran Malaysia. (2006). Pengenalan Ilmu Seni Khat : Sejarah, tokoh dan Jenis-jenis Khat. Bahagian Kurikulum Pendidikan Islam dan Moral, Kementerian Pelajaran Malaysia
Kementerian Pelajaran Malaysia. (2007). Panduan Penulisan Khat Nasakh dan Riq’ah serta kaedah ejaan jawi yang disempurnakan KBSR 2007. Bahagian Kurikulum Pendidikan Islam dan Moral, Jabatan Pendidikan Islam dan Moral, Kementerian Pelajaran Malaysia
Mahmood Awang Hj. (2009). Panduan menulis dan kaedah mengajar khat Nasakh. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
66
PENYELARAS MODUL PDPM
Bil. Nama Pegawai Akademik
1 Othman bin Loman
Bidang Pendidikan Islam
PANEL PENGGUBAL
PIMKD2043 PENGAJIAN JAWI DAN KHAT
Bil. Nama Kelayakan Akademik
1 Dr. Mohd Nasri bin Abdullah PhD. (Pendidikan Islam), UTM Sarjana (Pendidikan Islam), UTM Sarjana Muda dengan Kepujian, (Pengajian Islam), UKM Diploma Pendidikan (Pendidikan Al-Quran dan Al-Sunnah), IPG Kampus Pendidikan Islam, Bangi
2 Saiful Bahri bin Hj Yaziz Sarjana Pendidikan (Pengajian Kurikulum), USM Sarjana Muda dengan Kepujian (Syariah), UKM Diploma Pendidikan (Pendidikan Islam), UM
67
SIMBOL PEMBELAJARAN
Sila gunakan simbol-simbol berikut bagi tujuan / maksud seperti yang dinyatakan
Gunakan pita rakaman audio atau radio.
Dokumen atau tugasan perlu juga disimpan atau diserahkan kepada pensyarah dalam bentuk ‘soft copy’.
Masa rehat (panduan sebelum dan selepas sesi pembelajaran).
Gunakan bahan-bahan multimedia.
Rancangkan jadual aktiviti mengikut masa yang ditentukan.
Rujuk kepada individu tertentu yang pakar atau mahir.
Buatkan ujikaji.
Hasilkan bahan dengan disokong dengan grafik atau ilustrasi.
Senarai semak.
Senarai buku-buku rujukan yang digunakan oleh penulis dalam penyediaan modul.
Latihan untuk menguji kefahaman konsep-konsep, isu-isu penting dengan membuat ulasan.
Buatkan catatan atau nota-nota penting.
Akses CD-Rom untuk bahan-bahan seperti yang dinyatakan dalam modul.
Senarai penerangan makna bagi sesuatu istilah.
68
Akses bahan pembelajaran dalam bentuk video atau VCD.
Layari laman web untuk mendapatkan maklumat tambahan.
Rujukan surat khabar.
Panduan kepada pengguna.
Dapatkan seberapa banyak maklumat di perpustakaan atau pusat sumber yang berdekatan.
Sediakan geraf yang sesuai supaya dapat memberi gambaran yang lebih jelas.
Fikir mengenai soalan yang diberikan. Satu soalan yang dibentuk untuk membawa pelajar secara beransur-ansur ke isi pelajaran.
Hasilkan interpretasi anda mengenai sesuatu bahagian yang telah dibaca dengan cara lukisan atau lakaran (peta konsep, rajah, jadual, lukisan).
Aktiviti Tutorial
Itu saja yang perlu anda lakukan.......SELAMAT BERJAYA.