Kenyataan Media LHDNM, 22 Jun 2014
KENYATAAN MEDIA
LEMBAGA HASIL DALAM NEGERI MALAYSIA
Kenyataan Media ini dikeluarkan sebagai maklum balas kepada isu yang
dibangkitkan oleh Akhbar Utusan Malaysia bertarikh 15 dan 22 Jun 2014
bertajuk “Layanan Istimewa LHDNM?”.
Sebagai sebuah agensi yang diberikan tanggungjawab oleh pihak kerajaan untuk
memungut hasil utama negara, Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM)
sentiasa memberikan penekanan terhadap amalan integriti serta tadbir urus
korporat yang terbaik demi memastikan tiada ketirisan dalam kutipan cukai dan
hasil kerajaan. LHDNM juga komited memberikan layanan yang saksama tanpa
diskriminasi serta prejudis kepada semua pembayar cukai dan pelanggannya.
Di sini LHDNM ingin menjelaskan bahawa tindakan penguatkuasaan terhadap
setiap pembayar cukai adalah berdasarkan kepada peruntukan undang-undang
di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967. Tindakan audit serta siasatan cukai pula
dilakukan selaras dengan prosedur operasi standard (SOP) seperti mana yang
terkandung dalam Rangka Kerja Audit dan Rangka Kerja Siasatan Cukai yang
boleh dicapai oleh orang ramai melalui Portal Rasmi LHDNM di
www.hasil.gov.my .
Untuk Siaran Segera
Kenyataan Media LHDNM, 22 Jun 2014
Akta Cukai Pendapatan 1967 memperuntukkan pembayar cukai mempunyai hak
untuk membuat rayuan terhadap sebarang taksiran yang dibangkitkan (sama
ada melalui aktiviti audit atau siasatan) serta aturan bayaran cukai yang hendak
mereka lakukan secara ansuran. Prosedur serta kaedah untuk membuat rayuan
tersebut juga boleh dicapai melalui portal rasmi LHDNM atau pautan berikut:
http://www.hasil.gov.my/goindex.php?kump=5&skum=1&posi=9&unit=1&sequ=1
Harap maklum bahawa keputusan LHDNM dalam mempertimbangkan rayuan
setiap pembayar cukai ke atas sesuatu taksiran yang melibatkan amaun cukai,
penalti dan ansuran bayaran adalah berdasarkan kepada fakta setiap kes dan
bukti melalui dokumen sokongan yang dikemukakan oleh pembayar cukai.
Sebagai contoh, pertimbangan yang diberikan oleh LHDNM terhadap rayuan
setiap pembayar cukai adalah berdasarkan rekod ketidakpatuhan dan kekerapan
kesalahan yang pernah dilakukan oleh mereka seperti lewat hantar borang nyata
dan tidak atau terkurang melaporkan pendapatan serta rekod bayaran cukai
mereka.
Di dalam mempertimbangkan bayaran ansuran, LHDNM akan meneliti
kedudukan kewangan dan aliran tunai pembayar cukai agar mereka mempunyai
kemampuan untuk melunaskan tunggakan cukai tersebut. Pertimbangan-
pertimbangan ini adalah terpakai kepada setiap pembayar cukai yang membuat
rayuan kepada LHDNM.
LHDNM juga tidak boleh mendedahkan sebarang maklumat percukaian dan
tindakan yang telah diambil ke atas pembayar cukai. Ketetapan ini adalah
selaras dengan peruntukan kerahsiaan maklumat di bawah seksyen 138 Akta
Cukai Pendapatan 1967 yang menyatakan bahawa maklumat percukaian adalah
sulit dan tidak boleh didedah atau dibincangkan dengan mana-mana pihak.
Maklumat tersebut hanya boleh didedahkan sekiranya pendakwaan telah
dimulakan di mana-mana mahkamah.
Kenyataan Media LHDNM, 22 Jun 2014
Di kesempatan ini, LHDNM ingin menyeru sekiranya mana-mana pihak yang
mempunyai maklumat berkenaan “layanan istimewa” mahu pun salah tadbir urus
di LHDNM agar mengemukakan maklumat berserta bukti-bukti melalui e-mel
[email protected] untuk diberikan perhatian oleh Ketua Pegawai Eksekutif
LHDNM bagi membolehkan siasatan serta tindakan sewajarnya diambil.
LHDNM sentiasa menekankan amalan integriti korporat yang terbaik selaras
dengan Ikrar Integriti Korporat yang ditandatangani dan disaksikan sendiri oleh
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada 13
November 2013 yang lalu.
Sekian, terima kasih.
###
Dikeluarkan oleh:
Tan Sri Dr. Mohd Shukor Bin Hj. Mahfar
Ketua Pegawai Eksekutif
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia
Pejabat Ketua Pegawai Eksekutif
Aras 18 Menara Hasil Cyberjaya
Persiaran Rimba Permai, Cyber 8, 63000 Cyberjaya
Tel: 03-83138801 / Faks: 03-83137801
e-mel: [email protected] / [email protected]
Tarikh : 22 Jun 2014 / Ahad
Didakwa mengakibatkan kerajaankehilangan beratusratus juta ringgit
'Layananistimewa'LHDN?• Ketika rakyat biasa dikatakan'diburu' habishabisan oleh LembagaHasil Dalam Negeri (LHDN) bagimenuntut cukai yang tertunggak,lain pula syarikat korporat besar yangdidakwa diberikan 'layanan istimewa'oleh agensi itu.
• 'Layanan'itu termasuklahpembayaran secara ansuran dalamtempoh tidak munasabah danpemotongan melampau bagi penaltikerana mempunyai cukai tertunggak.• LHDN juga didakwa.membenarkan syarikat korporatmembayar cukai tertunggak
secara
ansuran
sehingga 24bulan tanpafaedah.
• Tindakan itu didakwamenyebabkan kerajaankehilangan ratusan juta ringgit.
Didakwa menyebabkan kerajaan hilang beratus juta ringgit
Headline Layanan istimewa LHDNMediaTitle Mingguan MalaysiaDate 22 Jun 2014 Color Full ColorSection Dlm Negeri Circulation 366,469Page No 1,11 Readership 1,099,407Language Malay ArticleSize 509 cm²Journalist N/A AdValue RM 11,403Frequency Daily PR Value RM 34,208
'Layanan istimewa' LHDN?KUALA LUMPUR 21 Jun Tindakan penguiusan Lembaga HasilDalam Negeri (LHDN) yang didakwamembeiikan 'layanan istimewa'kepada syarikat korporat besardalam uiusan pembayaran cukaimenyebabjcan kerajaan kehilanganberatusratus juta ringgit.Satu sumber mendakwa, 'laya
nan' itu termasuklah pembayaransecara ansuran dalam tempoh yangdianggap tidak munasabah dan pemotongan melampau bagi penaltiyang dikenakan kerana mempunyaicukai tertunggak."Apa yang lebih malang, ada
syarikat korporat ini yang dibenarkan membayar cukai tertunggak secara ansuran antara 18 bulanhingga 24 bulan tanpa dikenakanfaedah. Sepatutnya apabila merekameminta untuk membuat pembayaran cara demikian mereka harusdikenakan faedah. Lebih parahpenalti yang rendah dan bayaranansuran tanpa faedah dikenakanselepas siasatan dan serbuan dilakukan," katanya.Difahamkan kehilangan besar
kepada pendapatan negara itu turut berlaku kerana terdapat syarikatkorporat yang diberi diskaun penalti di bawah 20 peratus walaupunsepatutnya mereka dikenakan penalti lebih besar lagi.Berikutan sikap LHDN itu juga
dikatakan menyebabkan agensitersebut gagal mencapai sasarankutipan seperti mana berlaku padatahun lalu.
Mingguan Malaysia dalam ruangan BisikBisik Awang Selamat pada15 Jun lalu mempersoalkan tindakan LHDN yang lebih tunjuk taringkepada pembayar cukai individuberbanding hartawan dan syarikatbesar.Menurut Awang Selamat, ada
cakapcakap berlegar bagaimanaseorang bilionair boleh mendapat 'diskaun' lebih RM100 jutadan dibenarkan membuatbayaran cukai tertunggaksecara ansuran dalamtempoh yang panjang.Sumber itu
mendakwa, sepatutnya jika benarLHDN mahu mem
Headline Layanan istimewa LHDNMediaTitle Mingguan MalaysiaDate 22 Jun 2014 Color Full ColorSection Dlm Negeri Circulation 366,469Page No 1,11 Readership 1,099,407Language Malay ArticleSize 509 cm²Journalist N/A AdValue RM 11,403Frequency Daily PR Value RM 34,208
beri pengajaran kepada golonganyang ingkar membawa cukai, merekatidak sepatutnya memberi diskaun.
"Maksudnya, apabila mereka didapati ingkar membayar cukai danhanya berbuat demikian selepasserbuan dilakukan mereka sepatutnya sama sekali tidak harus diberikan diskaun."Begitu juga bagi pembayaran
secara ansuran, kadar faedah yangsepatutnya dikenakan perlu tetapdan spesifik mengikut tempoh yangdipohon," katanya.
Sumber itu seterusnya mendakwa, ada kes pengurusan LHDN memotong jumlah yang telah ditafsirkan oleh pegawaipegawai yang
menjalankan siasatan."Tindakan itu menjatuhkan moral pegawai untukmelaksanakan taksiran didalam kes yang melibatkan syarikat korporatbesar memandangkanjumlah yang merekataksirkan dipersoal
dan dikurangkan," katanya.Malah, kata sumber itu, soal ket
elusan juga timbul apabila syarikatsyaiikat korporat besar bolehmelantik ejen cukai yang kebetulanbekas pegawai LHDN dan mempunyai hubungan yang rapat denganpegawai atasan lembaga itu.
"Ada dakwaan yang menyatakanejen cukai itu dibayar berdasarkanperatusan daripada jumlah cukaiyang dapat dikurangkan," katanya.
Sehubungan itu, sumber tersebut mendesak kerajaan melihat apayang berlaku secara serius denganmengkaji semula kuasa budi bicarayang diberikan kepada pengurusanLHDN."Selain itu kerajaan juga perlu
mengkaji kaedah jumlah penaltiyang dikenakan dan pembayaransecara telus dan spesifik yang terpakai kepada semua golongantidak kira sama ada peniaga kecil,syarikat korporat, pegawai kerajaanataupun orang biasa," katanya.
Headline Layanan istimewa LHDNMediaTitle Mingguan MalaysiaDate 22 Jun 2014 Color Full ColorSection Dlm Negeri Circulation 366,469Page No 1,11 Readership 1,099,407Language Malay ArticleSize 509 cm²Journalist N/A AdValue RM 11,403Frequency Daily PR Value RM 34,208
Layananistimewa: LHDN
beri penjelasan .Lembaga Hasil DalamNegeri (LHDN) sentiasa
memberikan penekananterhadapamalan integriti
hasil kerajaan.LHDN juga komitedmemberikan layanan yangsaksama tanpa diskriminasiserta prejudis kepadasemua pembayar cukai danpelanggannya.
TAN SRI DR. MOHD. SHUKORMAHFARKetua Pegawai Eksekutif LHDN
LHDN jawab isulayanan istimewaKUALA LUMPUR 22 Jun Laporan eksklusif akhbar Mingguan Malaysia hari ini mengenciidakwaan layanan istirtiewa yang diberikan oleh Lembaga Hasil DalamNegeri (LHDN) kepada syarikat korporat dalam menuntut cukai tertxinggak sehingga mengakibatkankerajaan kehilangan hasil beratusjuta ringgit, mengejutkan banyakpihak.Layanan tersebut termasuklah
pembayaran secara ansuran dalamtempoh tidak munasabah dan pemotongan melampau bagi penaltikerana mempunyai cukai tertun
Headline Layanan istimewa LHDN beri penjelasanMediaTitle Utusan MalaysiaDate 23 Jun 2014 Color Full ColorSection Dlm Negeri Circulation 178,211Page No 1,10 Readership 534,633Language Malay ArticleSize 433 cm²Journalist N/A AdValue RM 8,558Frequency Daily PR Value RM 25,674
gak.Ekoran daripada laporan tersebut
Ketua Pegawai Eksekutif LHDN, TanSri Dr. Mohd. Shukor Mahfar tampilmemberi penjelasan. Berikut kenyataan penuh beliau:Kenyataan Media ini dikeluar
kan sebagai maklum balas kepadaisu yang dibangkitkan oleh akhbarMingguan Malaysia bertarikh 15dan 22 Jun 2014 bertajuk "LayananIstimewa LHDN ?".Sebagai sebuah agensi yang
diberikan tanggungjawab olehpihak kerajaan untuk memunguthasil utama negara, LHDN sentiasamemberikan penekanan terhadapamalan integriti serta tadbir uruskorporat yang terbaik demi memastikan tiada ketirisan dalam kutipan
cukai dan hasil kerajaan. LHDN jugakomited memberikan layanan yangsaksama tanpa diskriminasi sertaprejudis kepada semua pembayarcukai dan pelanggannya.Di sini LHDN ingin menjelas
kan bahawa tindakan penguatkuasaan terhadap setiap pembayarcukai adalah berdasarkan kepadaperuntukan undangundang dibawah Akta Cukai Pendapatan1967. Tindakan audit serta siasatan cukai pula dilakukan selarasdengan prosedur operasi standard
(SOP) seperti mana yang terkandung dalam Rangka Kerja Audit danRangka Kerja Siasatan Cukai yangboleh dicapai oleh orang ramaimelalui Portal Rasmi LHDN di www.hasil.gov.my.
Akta Cukai Pendapatan 1967memperuntukkan pembayar cukaimempunyai hak untuk membuatrayuan terhadap sebarang taksiranyang dibangkitkan (sama ada melalui aktiviti audit atau siasatan) sertaaturan bayaran cukai yang hendakmereka lakukan secara ansuran.
Prosedur serta kaedah untuk membuat rayuan tersebut juga bolehdicapai melalui portal rasmi LHDNatau pautan berikut:
http://www.hasil.gov.my/goindex.php?kump=5&skum=i&posi=9&unit=l&sequ=l
Harap maklum bahawa keputusanLHDN dalam mempertimbangkanrayuan setiap pembayar cukai ke atassesuatu taksiran yang melibatkanamaun cukai, penalti dan ansuranbayaran adalah berdasarkan kepadafakta setiap kes dan bukti melalui dokumen sokongan yang dikemukakanoleh pembayar cukai.Sebagai contoh, pertimbangan
yang diberikan oleh LHDN terhadaprayuan setiap pembayar cukai adalah berdasarkan rekod ketidakpatuhan dan kekerapan kesalahan yangpernah dilakukan oleh mereka seperti lewat hantar borang nyata dantidak atau terkurang melaporkanpendapatan serta rekod bayarancukai mereka.Dalam mempertimbangkan ba
yaran ansuran, LHDN akan meneliti kedudukan kewangan dan alirantimai pembayar cukai agar merekamempunyai kemampuan untukmelunaskan tunggakan cukai terse
but. Pertimbanganpertimbanganini adalah terpakai kepada setiappembayar cukai yang membuatrayuan kepada LHDN.
LHDN juga tidak boleh mendedahkan sebarang maklumat percukaian dan tindakan yang telahdiambil ke atas pembayar cukai.Ketetapan ini adalah selaras denganperuntukan kerahsiaan maklumatdi bawah seksyen 138 Akta CukaiPendapatan 1967 yang menyatakanbahawa maklumat percukaian adalah sulit dan tidak boleh didedahatau dibincangkan dengan manamana pihak. Maklumat tersebuthanya boleh didedahkan sekiranyapendakwaan telah dimulakan dimanamana mahkamah.
Di kesempatan ini, LHDN inginmenyeru sekiranya manamanapihak yang mempunyai maklumatberkenaan "layanan istimewa"mahu pun salah tadbir urus diLHDN agar mengemukakan maklumat berserta buktibukti melaluiemel [email protected] untukdiberikan perhatian oleh KetuaPegawai Eksekutif LHDN bagimembolehkan siasatan serta tindakan sewajamya diambil.LHDN sentiasa menekankan
amalan integriti korporat yang terbaik selaras dengan Ikrar IntegritiKorporat yang ditandatangani dandisaksikan sendiri oleh Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya PencegahanRasuah Malaysia (SPRM) pada 13November 2013 yang lalu.
Sekian, terima kasih.
Headline Layanan istimewa LHDN beri penjelasanMediaTitle Utusan MalaysiaDate 23 Jun 2014 Color Full ColorSection Dlm Negeri Circulation 178,211Page No 1,10 Readership 534,633Language Malay ArticleSize 433 cm²Journalist N/A AdValue RM 8,558Frequency Daily PR Value RM 25,674