Download - Kerja Kursus Edu 3013
-
5/21/2018 Kerja Kursus Edu 3013
1/4
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TEMENGGONG IBRAHIMJALAN DATIN HALIMAH, 80350 JOHOR BAHRU
PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN
TUGASAN KERJA KURSUSPROJEK
TAJUK PROGRAM : PISMP NAMA PELAJAR :
NAMA KURSUS :FASLAFAH DAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA
KOD KURSUS:EDU 3013
SEMESTER : 1(Ambilan Jun 2014)
TARIKH MULA : 15 JULAI 2014 TARIKH HANTAR : 14 OGOS 2014
Hasil Pembelajaran Kursus
1. Menjelaskan perkembangan sistem pendidikan di Malaysia.
2. Menilai perkembangan falsafah pendidikan Islam, Barat dan Timur serta hubungannya
terhadap pembentukan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
3. Menerangkan amalan prinsip-prinsip Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) dan Falsafah
Pendidikan Guru (FPG) dalam perkhidmatan perguruan.
4. Menilai sumbangan dan perjuangan tokoh-tokoh guru dan mengamalkan budaya kerja guru
sebagai ibadah
5. Menganalisis kandungan kurikulum dan pelaksanaan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah
(KBSR) dan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR).
Kerja kursus ini bagi menilai hasil pembelajaran 1, 2, 3, 4, dan 5
Objektif Projek:
Pelajar dapat melaksanakan tugas-tugas berikut:
1. Berupaya menghuraikan konsep dan matlamat FPK dan FPG.
2. Berupaya menganalisis FPG dari perspektif cabang-cabang falsafah.
3. Mengenal pasti ciri-ciri guru yang kompeten.
4. Menjelaskan peranan guru terhadap murid
5. Menghuraikan implikasi FPG terhadap kejayaan FPK.
-
5/21/2018 Kerja Kursus Edu 3013
2/4
RANGSANGAN
"Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia menjunjung aspirasi
negara serta menyanjung warisan kebudayaan negara, menjamin pembangunan individu dan
memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif dan berdisiplin."
Falsafah Pendidikan Guru
A. Tugasan 1 (50%) - ESEI
Huraikan dengan jelas peranan guru menurut Falsafah Pendidikan Guru (FPG) dalam mendidik
murid selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK).
Berdasarkan pernyataan di atas anda diminta menjalankan satu projek secara individu seperti
arahan berikut :
1. Baca dan fahami prinsip-prinsip FPG dan FPK.
2. Jelaskan kronologi sejarah perkembangan pendidikan negara sehingga terbentuknya FPK dan
FPG.
3. Jelaskan juga konsep FPK dan FPG.
4. Huraikan secara tuntas bagaimana seseorang guru dapat melaksanakan tugasnya sebagai guru
dan pendidik berlandaskan FPG untuk merealisasikan hasrat yang terkandung dalam FPK.
5. Folio Pengalaman Berasaskan Sekolah.
B. Tugasan 2 (30%) - MONTAJ
Anda dikehendaki menghasilkan satu montaj secara berkumpulan maksima 3 orang berdasarkan
mana-mana tajuk dalam proforma EDU 3013. Montaj tersebut perlu mengandungi maklumat lengkap
berkenaan tajuk yang dipilih dan disokong dengan aplikasi seperti video, gambar, maklumat
sokongan dan penerangannya. Montaj perlu kreatif dan berinformasi. Durasi montaj adalah antara 7-
10 minit tayangan.
C. Tugasan 3 (20%) - Kuiz
1. Kuiz dijalankan pada pertengahan semester yang merangkumi tajuk-tajuk yang telah diajar.
2. Kuiz membawa markah 20%.
-
5/21/2018 Kerja Kursus Edu 3013
3/4
D. Panduan Pelaksanaan Kerja Projek:
1. Panjang esei adalah antara 1500 patah perkataan atau 7 muka surat.
2. Esei perlu bertaip dengan fontjenis Arial, saiz huruf-11, dan langkau 1.5 baris.
3. Rujukan harus merangkumi jurnal, buku rujukan, dan sumber internet.
4. Rujukan mesti ditulis mengikut format APA (American Psychology Association).
5. Muka depan esei merangkumi:
- Nama pelajar
- Angka giliran
- No kad pengenalan
- Kumpulan/ unit
- Kod dan nama kursus
- Tajuk tugasan projek
- Nama pensyarah akademik
- Tarikh hantar6. Jawab esei dalam Bahasa Melayu.
7. Amalan plagiat adalah tidak dibenarkan sama sekali.
8. Anda mesti menghantar tugasan anda mengikut tarikh yang ditetapkan.
Tugasan yang dihantar lewat tanpa sebab yang kukuh boleh menjejaskan gred kerja
kursus projek anda.
E. Tugasan Yang Baik Harus Menunjukkan Kriteria Berikut;
1. Liputan isi kandungan yang menyeluruh, konsisten dan terperinci.
2. Bukti-bukti, bahan dan citationyang dapat menyokong hujah-hujah anda hendaklah
dikemukakan.
3. Keseluruhan isi dan pengolahan perlu menunjukkan ketulenan hasil kajian dan sokongan
ilmiah.
4. Format dan organisasi laporan perlu jelas dan koheren.
5. Penulisan akademik harus menunjukkan kefasihan bahasa, kematangan hujah dalam
menterjemah maklumat secara kritikal dan analitikal.
F. Kriteria Pentaksiran
Tugasan akan disemak berdasarkan rubrik yang disediakan.
-
5/21/2018 Kerja Kursus Edu 3013
4/4