Download - Kerja Kursus Geografi PMR 2011
Tajuk : Pencemaran Alam Sekitar di Kawasan Kajian
Guru Geografi:Puan Noraini Binti Jani
Maklumat
Nama: NurFarra Aiza Binti Ahmad FarishTingkatan : 3 Aliran AgamaSekolah : Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Haji Talib Karim
Bab 1 : Penghargaan
Saya ingin engucapkan ribuan terima kasih kepada guru Geografi saya, Puan Noraini Binti Jani kerana telah memberi tunjuk ajar dan bimbingan kepada saya untuk
menyiapkan projek Kajian Geografi Tempatan ini. Saya jugs mengucapkan terima kasih kepada Pengetua sekolah, telah memberikan kebenaran kepada
kami untuk menjalankan kajian ini slepas waktu sekolah.
Ribuan terima kasih yang tidak terhingga saya ucapkan kepada ayah dan ibu yang memberi sokongan dan dorongan untuk
menyiapkan kajian ini. Kepada rakan seperjuangan, saya melahirkan rasa
berbesar hati atas kerjasama semasa melaksanakan kajian ini.
Bab 2 : Pendahuluan
Sebagai calon PMR 2011, saya dimaklumkan membuat keja kursus Geografi. Tajuk kajian pilih ialah Tugasan 1 Pencemaran Alam Sekitar. Saya menjalankan tugasan ini di Taman Seri Bayu , Alor Gajah ,Melaka. Saya memilih kawasan kajian ini kerana adalah tempat tinggal saya. Saya telah tinggal disini selama tujuh tahun dan telah biasa dengan persekitaran serta mengenali penduduk dikawasan ini. Oleh itu, memudahkan saya mendapat maklumat untuk melaksanakan kerja kursus geografi.Tempoh kajian dijalankan ialah bukan Febuari 2011 hingga Julai 2011. Tempoh masa selama 6 bulan ini sangat mencukupi bagi saya untuk siapkan tugasan ini dengan jayanya.
Bab 3 : Objektif kajian
Kerja kursus ini dijalankanbagi memenuhi objektif yang berikut:
I. Mengetahui konsep pencemaran alam sekitar.
II. Mengetahui jenis pencemaran alam sekitar.
III. Menghuraikan punca pencemaran alam sekitar.
IV. Mencari kesan pencemaran alam sekitar.
V. Mencadang untuk mengurangkan kesan pencemaran alam sekitar.
VI. Penerapan nilai atau unsur patriotisme dalam dapatan kajian.
Bab 4 : Kawasan Kajian
Kawasan kajian ialah Taman Seri Bayu,Alor Gajah, Melaka. Kawasan ini terletak dalam daerah Alor Gajah. Pelbagai kemudahan dan infrastruktur yang disediakan sperti masjid , klinik, balai polis, balai bomba dan pelbagai kemudahan lain yang memberikan keselesaan kepada para penduduk.
Alor Gajah terletak dalam kawasan Melaka. Bandar yang terdekat dengan dengan Taman Seri Bayu ialah Pekan Alor Gajah, Melaka. Jaraknya dari kawasan kajian saya ialah sejauh 3km. pencemaran utama dikawasan ialah pencemaran udara yang sering digunakan .
Kawasan kajian saya meliputi kawasan seluas lebih kurang 1.5 km persegi. Kawasan ini merupakan kawasan tumpuan yang utama kerana ia merupakan pecan untuk penduduk dari 27 buah taman dan kira-kira 50 buah kampung.
Bab 5 : Kaedah kajian
Dalam melaksanakan kerja kursus ini saya telah menggunakan kaedah-kaedah berikut :
1) PemerhatianSaya telah memerhatikan kawasan kajian selama beberapa hari. Melalui pamerhatian saya dapati dapati bahawa kajian ini terdapat beberapa faktor yang menarik pelancong .
2) Temu bualSaya telah menemu bual beberapa orang penduduk termasuklah Pengerusi Taman Bukit Indah.
3) Rujukan Ibubapa Rakan seperjuangan Guru Pengerusi Taman Bukit Indah Penduduk
Bab 6: Dapatan Kajian
VI.1 Konsep pencemaran alam sekitar
Konsep pencemaran sangat bergantung atau bersandar yang telah ditetapkan terhadap sesuatu faktor yang menimbulkan pencemaran itu sendiri.
Pencemaran boleh ditakrifkan sebagai pembuangan benda-benda atau bahan-bahan hasil dari aktiviti manusia ke alam persekitaran menyebabkan terganggunya keselesaan kehidupan manusia.
Menurut Akta Alam Sekitar 1974 yang menyatakan bahawa pencemaran adalah sebarang perubahan samada secara langsung atau tidak langsung kepada sifat-sifat fizik, kimia, atau biologi mana-mana bahagian alam sekeliling kita.
VI.2 Jenis-jenis pencemaran
Pencemaran dapat diketegorikan dalam disenaraikan kepada pelbagai bentuk:
a) Pencemaran udarab) Pencemaran bunyi c) Pencemaran air d) Pencemaran tanihe) Pencemaran sungai dan kolam
Di kawasan kajian saya didapati berlaku tiga jenis pencemaran iaitu pencemaran udara,air dan bunyi.
Pencemaran udara
Ia berlaku apabila terdapat benda asing dalam kepekatan yang berlebihan yang boleh mengganggu atau membahayakan manusia,tumbuh-tumbuhan,haiwan dan harta benda. Benda asing ini adalah dalam bentuk habuk,asap,jerebu dan gas SPL. Karbon monoksida,nitrogen oksida,hidrokarbon dan sulfur oksida ataupun apa-apa campuran bahan-bahan ini.
Pencemaran air
Ia bermaksud yang berlaku dari segi kandungan keadaan dan warna sehingga tidak sesuai dan akan memberi kesan kepada manusia apabila digunakan. Bahan pencemaran boleh didapati dalam pelbagai bentuk iaitu gas,cecair dan pepejal. Pencemaran ini boleh berlaku dimana-mana sahaja tempat yang berair seperti
sungai,kolam,tasik dan lautan yang luas. Pencemaran air merupakan pencemaran yang begitu luas kerana boleh didapati diseluruh dunia.
Pencemaran bunyi
Ialah bunyi bising yang keterlaluan sehingga menyakitkan telinga. Pencemaran ini boleh dibahagikan kepada beberapa jenis iaitu kebisingan selenjar atau mendatar,kebisingan fluktuasi dan bunyi lantunan.
Bab 6.3 : Punca Pencemaran Alam Sekitar di kawasan kajian .
Jika kita lihat tajuk perbincangan ini, ianya merupakan satu tajuk yang meluas dan banyak aspek boleh dibincangkan . Tetapi jika kita renung dan teliti dengan sedalam-dalamnya maka kita dapati satu perkara yang perlu diambil kira adalah pada perkataan 'memerlukan penelitian bersama' .
Berdasarkan kepada isu yang hendak dibincangkan 'memerlukan penelitian bersama' membawa maksud bahawa , isu pencemaran yang merupakan isu global ini perlu dibincangkan, difikirkan dan ditangani bersama-sama di peringkat antarabangsa . Ini adalah kerana masalah pencemaran yang berlaku di seluruh dunia ini pernah, sedang dan akan dialami oleh semua negara . Jadi langkah-langkah bijak perlu dirancangkan bagi mengatasi masalah ini .
Bagaimanakah cara kita hendak menyelesaikan masalah di atas ? Cara kita menjawab atau menyelesaikannya adalah bergantung kepada persepsi kita sendiri terhadap alam sekitar . Ia juga mendedahkan cara hidup kita; adakah cara hidup kita dapat membantu memulihara alam sekitar atau sebaliknya ?
Unit Pendidikan Persatuan Pencinta Alam atau Malaysia Nature Society (MNS) sering menerima pertanyaan tentang apakah cara-cara memulihara alam sekitar yang sepatutnya dilakukan oleh semua pihak . Tidak kurang juga yang menanyakan adakah usaha seorang individu dapat memulihara alam sedangkan masalah-masalah itu telah menjadi semakin rumit .
Jika kita meniliti punca-punca masalah alam sekitar, kita mendapati bahawa kebanyakannya disebabkan oleh permintaan manusia terhadap hasil keluaran industri . Ini membawa kepada masalah tekanan terhadap keupayaan bumi membekalkan ruang dan sumber untuk permintaan ini .
Tekanan terhadap alam sekitar terdiri daripada dua bentuk .
Pertamanya tekanan daripada permintaan terhadap sumber asli seperti bahan api, air dan juga tanah .
Keduanya, ialah sisa industri yang mencemarkan udara dan persekitaran .
Ini menyebabkan berlakunya pencemaran serius secara global seperti kesan rumah hijau, permusnahan ozon dan hujan asid .
Bila kita fikirkan mengenai pencemaran secara global ini, rasanya terlalu sukar untuk seseorang individu itu memperbaiki keadaan . Kita mungkin tertanya-tanya, apakah tindakan seorang individu itu berupaya untuk memberikan apa-apa kesan ? Namun begitu, kita harus sedar bahawa pencemaran yang serius beginilah sebenarnya berpunca daripada tindakan individu juga . Oleh yang demikian, tindakan individu jugalah yang dapat membantu menyelamatkan bumi kita ini .