Download - kerjaya penolong pegawai perubatan (MA)
Kerjaya Penolong Pegawai Perubatan
1
Kerjaya Penolong Pegawai Perubatan
2
KANDUNGAN KATA-KATA ALUAN
MUKASURAT
3
PENGENALAN
Sejarah Penolong Pegawai Perubatan Di Malaysia
5
BAB 1 Tugas dan Tanggungjawab 7 BAB 2 Syarat Lantikan
Cara Permohonan 9 9
BAB 3 Emolumen dan Kemudahan
Gaji Elaun Tetap Imbuhan/Insentif Khas Kemudahan Lain
10 10 10 11 12
BAB 4 Latihan Dalam Perkhidmatan
Peluang Kenaikan Pangkat Carta Aliran Peluang Kenaikan Pangkat Penolong Pegawai Perubatan
14 15 17
PENUTUP 18
Kerjaya Penolong Pegawai Perubatan
3
SALAM SEJAHTERA
Buku Kerjaya Penolong Pegawai Perubatan di Kementerian Kesihatan
Malaysia ini merupakan buku pertama seumpamanya yang dikeluarkan oleh
Bahagian Sumber Manusia, Kementerian Kesihatan Malaysia. Buku ini
menerangkan dengan ringkas dan padat mengenai syarat skim perkhidmatan dan
peluang kerjaya Penolong Pegawai Perubatan di sektor awam. Sememangnya
menjadi harapan agar buku ini dapat dijadikan sebagai panduan dalam merancang
kerjaya Penolong Pegawai Perubatan dan segala kekaburan mengenai peluang
kerjaya akan dapat dielakkan. Di samping itu, ia juga diharap dapat menjadi bahan
rujukan mudah mengenai urusan berkaitan dengan perkhidmatan.
Kandungan yang terdapat di dalam buku ini adalah terhad dan ia sekadar
untuk memberikan kefahaman secara mudah dan tidak boleh digunakan bagi apa-
apa tujuan lain khususnya yang membawa implikasi undang-undang. Penolong
Pegawai Perubatan yang berkhidmat di sektor awam masih perlu merujuk kepada
pekeliling dan peraturan-peraturan yang sedang berkuatkuasa serta menjalani
kursus orientasi dan induksi yang telah disusun oleh pihak pengurusan sumber
manusia di peringkat Ibu Pejabat Kementerian dan Negeri untuk memperkemas
dan memantapkan lagi pemahaman mengenai fungsi, peranan dan tanggungjawab
sebagai Penolong Pegawai Perubatan.
KKM mengalu-alukan sebarang teguran dan pandangan daripada para
pembaca dengan maksud menambah baik kandungan buku ini. Akhir kata, dengan
terbitnya buku ini diharapkan dapat membentuk Penolong Pegawai Perubatan
yang berpengetahuan, berdaya saing, berbudaya kerja cemerlang, berintegriti serta
mempunyai nilai moral dan etika yang utuh seiring dengan aspirasi kerajaan dan
Kementerian Kesihatan Malaysia.
Selamat Maju Jaya.
ZULKIFLI BIN HAMZAH
Setiausaha Bahagian (Sumber Manusia) Kementerian Kesihatan Malaysia
Kerjaya Penolong Pegawai Perubatan
4
KERJAYA SEBAGAI
PENOLONG PEGAWAI PERUBATAN
PENGENALAN
Penolong Pegawai
Perubatan adalah antara
profesion terawal wujud di
Malaysia dan ia kini
menjangkau lebih daripada
120 tahun. Pada awalnya ia
dikenali sebagai Apothecaries
yang diperkenalkan oleh
British Malaya di Pulau
Pinang.
Dibawah pemerintahan British Malaya Apothecaries dikenali juga sebagai
Sub-Assistant Surgeon atau Dressar. Dalam abad ke 19, profesion ini telah melalui
beberapa siri transformasi berikutan peranannya yang berkembang bersesuaian
dengan jawatan profesion ini pada ketika itu sebagai Pembantu Rumah Sakit
(1963), Pembantu Hospital (1970), Pembantu Perubatan (1985) dan kini Penolong
Pegawai Perubatan (mulai 20 Mac 2007). Sekolah Latihan Pembantu Hospital
telah dibuka secara rasminya di Seremban Negeri Sembilan pada 1971 dan
seterusnya 4 buah sekolah latihan yang lain iaitu di Ulu Kinta, Alor Setar, Kuching
dan Kota Kinabalu. Sekolah latihan ini kemudiannya dinaik taraf kepada Kolej
Pembantu Perubatan pada 1993.
Selain dari kolej latihan yang dikendalikan oleh
KKM terdapat beberapa kolej swasta yang
menawarkan latihan Diploma Pembantu
Perubatan dengan mendapat kelulusan dan
dipantau oleh Agensi Kelayakan Malaysia
(MQA) dan Lembaga Pembantu Perubatan.
Selari dengan perkembangan semasa, skop pekerjaan PPP telah diperluaskan
dengan peranannya di klinik-klinik kesihatan dan di unit pengkhususan atau
Kerjaya Penolong Pegawai Perubatan
5
kepakaran di hospital-hospital, institusi latihan, penyelidikan, penguatkuasaan dan
lain-lain.
Terdapat profesion yang hampir sama
dengan Penolong Pegawai Perubatan di luar
negara. Perbezaan hanya pada nama dimana
di Amerika Syarikat ia dikenali sebagai
Physician Assistant, Barefoot Doctor di
Australia, Kanada, Rusia, China serta di
beberapa negara membangun seperti Filipina dan sebagainya.
Profesion ini diluluskan amalannya oleh Parlimen Malaysia di bawah Akta 180, Akta
Pembantu Perubatan (Pendaftaran) 1977 dan Peraturan-Peraturan Pembantu
Perubatan (Pendaftaran) 1979. Lembaga Pembantu Perubatan merupakan entiti
yang bertanggungjawab mengawal selia dan menguatkuasa Akta 180, Akta
Pembantu Perubatan (Pendaftaran) 1977 dan Peraturan-Peraturan Pembantu
Perubatan (Pendaftaran) 1979 serta Kod Etika Penolong Pegawai Perubatan.
Keanggotaan di dalam Lembaga Pembantu Perubatan terdiri daripada dua orang
Ex. Officio iaitu Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia sebagai Pengerusi Lembaga
manakala Ketua Penolong Pegawai Perubatan (Ketua Pembantu Perubatan)
sebagai Setiausaha Lembaga. Seramai lima belas lagi Ahli Lembaga dilantik oleh
Yang Berhormat Menteri Kesihatan untuk tempoh tiga tahun dan boleh dilantik
semula selepas tamat tempoh.
Selaras dengan perubahan gelaran jawatan Pembantu Perubatan kepada
Penolong Pegawai Perubatan, nama skim perkhidmatan berkenaan juga telah
ditukar kepada Skim Perkhidmatan Penolong Pegawai Perubatan berkuatkuasa
mulai 2 Julai 2009. Skim perkhidmatan yang telah ditambahbaik ini merupakan
Skim Perkhidmatan Bersepadu yang merangkumi Kumpulan Sokongan dan
Kumpulan Pengurusan & Profesional.
Kerjaya Penolong Pegawai Perubatan
6
BAB 1
PERANAN PENOLONG PEGAWAI PERUBATAN
1.1 TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB
Penolong Pegawai Perubatan bertanggungjawab dalam memberi
perkhidmatan kesihatan merangkumi aspek promotif (promosi), preventif
(pencegahan), kuratif (perawatan), dan rehabitatif (pemulihan) pada tahap
yang bersesuaian dalam program kesihatan awam dan perubatan di bawah
pengawasan Pegawai Perubatan. Perkhidmatan-perkhidmatan yang terlibat
adalah seperti berikut :-
i. Penjagaan Kesihatan Primer (Prima)
Memberi rawatan primer (pesakit luar) dan kecemasan di Klinik
Kesihatan, Klinik 1 Malaysia, Pusat Latihan Khidmat Negara, Klinik-
klinik khas di Penjara Malaysia, Puspen, Sekolah-sekolah Sukan,
Pusat Tahanan Imigresin, Institusi Pengajian Tinggi Awam,
perkhidmatan kesihatan komuniti, kem-kem kesihatan dan
sebagainya.
Membuat saringan ke atas pesakit yang memerlukan rawatan.
Memeriksa, mendiagnosa penyakit dan memberikan rawatan
keatas penyakit ringan.
Memberi kaunseling dan pendidikan kesihatan kepada pesakit
dan masyarakat setempat.
Memberikan rawatan awal bagi kes-kes kecemasan.
ii. Perkhidmatan pengkhususan dan kepakaran (Sekunder)
Memberi perkhidmatan pengkhususan di bawah program kesihatan
awam serta di unit-unit kepakaran dan sub-kepakaran di bawah
program perubatan bagi aktiviti-aktiviti berikut :
Kerjaya Penolong Pegawai Perubatan
7
Perkhidmatan Pengkhususan
Program Wellness
Kesihatan Remaja, Kesihatan Dewasa, Kesihatan Warga
Emas, Kesihatan Orang Kurang Upaya, Kesihatan Mental,
Kesihatan Sekolah, Warga Sihat dan lain-lain.
Program Non Communicable Disease
Diabetes, Penyakit Kardio Vaskular, Berhenti Merokok, Darah
Tinggi, Asma, Routine Medical Examination dan lain-lain.
Program Communicable Disease
Tuberculosis, Leprosi, Denggi, HIV, H1N1 dan lain-lain.
Perkhidmatan Kepakaran (Program Perubatan)
Kecemasan, Perubatan Am, Pembedahan, Ortopedik,
Oftalmologi, Otorinolaringologi, Nefrologi, Kardiologi &
Koronari, Respiratori, Kardiotoraksik, Dermatologi, Obstetrik &
Ginekologi, Urologi, Pediatrik, Anestesiologi, Rawatan Rapi,
Hemodialisis, Forensik, Organ Transplant dan lain-lain dan
Psikiatri.
Perkhidmatan Sub-Kepakaran
Neurofisiologi, Pembedahan Plastik, Pembedahan Mikro
Tangan, Perubatan Nuklear, Pembedahan Spinal dan
sebagainya.
Latihan Profesional dan Latihan Dalam Perkhidmatan.
Penyelidikan dan Kualiti Amalan.
Kawal Selia Amalan dan Penguatkuasaan.
Kerjaya Penolong Pegawai Perubatan
8
BAB 2
PELANTIKAN KE SKIM PERKHIDMATAN BERSEPADU PENOLONG PEGAWAI PERUBATAN
2.1 SYARAT LANTIKAN
(a) Lantikan Ke Gred U29
i. Memiliki Diploma Pembantu Perubatan daripada Kolej
Pembantu Perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia atau
institusi latihan yang diiktiraf oleh kerajaan serta telah berdaftar
dengan Lembaga Pembantu Perubatan Malaysia.
ii. Lulus Bahasa Malaysia (termasuk lulus Ujian Lisan) di
peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf
setaraf dengannya oleh kerajaan.
iii. Calon bagi lantikan ke Skim Perkhidmatan Penolong Pegawai
Perubatan hendaklah terdiri daripada warganegara Malaysia
dan berumur 18 tahun ke atas.
(b) Lantikan Ke Gred U41
i. Memiliki Ijazah Sarjana Muda Kepujian dalam bidang berkaitan
daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau
kelayakan yang diiktiraf setaraf oleh Kerajaan serta telah
berdaftar dengan Lembaga Pembantu Perubatan Malaysia.
ii. Lulus Bahasa Malaysia (termasuk lulus Ujian Lisan) di
peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf
setaraf dengannya oleh kerajaan.
Kerjaya Penolong Pegawai Perubatan
9
2.2 CARA PERMOHONAN
Calon yang mempunyai kelulusan seperti di para 2.1 (a) dan (b) adalah
layak untuk memohon jawatan Penolong Pegawai Perubatan dengan
mengisi Borang SPA 8 melalui laman sesawang Suruhanjaya Perkhidmatan
Awam (SPA) di alamat http://www.spa.gov.my
Kerjaya Penolong Pegawai Perubatan
10
BAB 3
EMOLUMEN DAN KEMUDAHAN
3.1 GAJI
Peringkat dan tangga gaji Penolong Pegawai Perubatan mengikut gred
adalah seperti berikut:-
Gred Minimum Maksimum
U29 RM 1493.44 (P1T6) RM 3057.39 (P1T27)
U32 RM 1959.29 (P1T1) RM 3656.38 (P1T20)
U36 RM 3057.36 (P1T1) RM 4521.51 (P1T11)
U41/U42 RM 1999.19 (P1T1) RM 4723.81 (P1T24)
U44 RM 3028.90 (P1T1) RM 5018.81 (P1T14)
U48 RM 4431.54 (P1T1) RM 5882.85 (P1T8)
U52 RM 4992.31 (P1T1) RM 6443.62 (P1T8)
U54 RM 5258.09 (P1T1) RM 6843.02 (P1T8)
3.2 ELAUN / IMBUHAN TETAP
Penolong Pegawai Perubatan layak menerima elaun/imbuhan tetap seperti
berikut:-
GRED
Elaun/Imbuhan Tetap
Elaun Tetap Khidmat Awam (RM)
Imbuhan Tetap
Keraian (RM)
Imbuhan Tetap
Perumahan (RM)
Bayaran Insentif Perkhidmatan
Kritikal (% daripada gaji
pokok)
U29 160 - 180 10%
U32 160 - 180 10%
U36 220 - 180 10%
U41/U42 300 - 250 5%
Kerjaya Penolong Pegawai Perubatan
11
GRED
Elaun/Imbuhan Tetap
Elaun Tetap Khidmat Awam (RM)
Imbuhan Tetap
Keraian (RM)
Imbuhan Tetap
Perumahan (RM)
Bayaran Insentif Perkhidmatan
Kritikal (% daripada gaji
pokok)
U44 - 400 400 5%
U48 - 550 700 5%
U52 - 600 700 5%
U54 - 800 900 5%
3.3 IMBUHAN / INSENTIF KHAS
Penolong Pegawai Perubatan layak menerima imbuhan/insentif khas
tertakluk kepada syarat-syarat kelayakan yang telah ditetapkan. Elaun-elaun
tersebut adalah seperti berikut:-
Bil. Imbuhan/Insentif
1. Bantuan Sara Hidup (COLA) pada kadar RM 100.00 hingga
RM 300.00 bergantung kepada tempat bertugas.
2.
Bayaran Insentif Perudara kepada Penolong Pegawai Perubatan
yang terlibat dengan aktiviti rawatan perubatan udara iaitu
RM 30.00 bagi satu penerbangan pergi dan balik.
3.
Bayaran Insentif Merawat Pesakit Jiwa, Tibi dan Kusta diberikan
kepada Penolong Pegawai Perubatan yang bertugas sepenuh masa
merawat pesakit jiwa, tibi, dan kusta iaitu pada kadar RM 60.00
sebulan.
4.
Bayaran Insentif Bertugas di Bilik Mayat diberikan kepada Penolong
Pegawai Perubatan yang bertugas sepenuh masa di bilik mayat
berkuatkuasa 1 Januari 2006 pada kadar RM 100.00 sebulan.
Kerjaya Penolong Pegawai Perubatan
12
Bil. Imbuhan/Insentif
5.
Bayaran Insentif Luar Waktu Pejabat diberikan kepada Penolong
Pegawai Perubatan yang bertugas di Klinik Desa Sabah dan
Sarawak yang terlibat dengan on-call pada kadar RM 60.00 sebulan.
6.
Bayaran Insentif Tugas Bius diberikan kepada Penolong Pegawai
Perubatan yang membantu menjalankan tugas-tugas pembiusan
di Hospital KKM di Sabah dan Sarawak (mempunyai Sijil Pembiusan
dan melakukan kerja secara sepenuh masa) pada kadar RM 100.00
sebulan.
7. Bayaran Insentif Pos Basik kepada semua anggota paramedik yang
memenuhi syarat pada kadar RM 100.00 sebulan.
8.
Bayaran Insentif Wilayah (bagi mereka yang layak dan tidak
memilih ITP)
3.4 KEMUDAHAN LAIN
Penolong Pegawai Perubatan layak menerima pelbagai kemudahan
selama berkhidmat dalam perkhidmatan awam. Kemudahan yang layak
diterima adalah seperti berikut :
i. Kemudahan Perubatan percuma untuk individu, keluarga dan ibu
bapa
ii. Kuarters (jika memenuhi syarat yang telah ditetapkan)
iii. Pinjaman perumahan
iv. Pinjaman komputer
v. Pinjaman kenderaan
vi. Skim pencen atau KWSP
vii. Peluang melanjutkan pelajaran
viii. Elaun dalam perkhidmatan seperti berikut :-
Kerjaya Penolong Pegawai Perubatan
13
a. Elaun bertugas rasmi
b. Elaun kemudahan dan bayaran kerana bertukar atau
berpindah rumah dalam negeri
c. Elaun kerana berkursus
d. Elaun bertugas di seberang laut
e. Elaun Upah Jahit Pakaian Seragam
f. Elaun Khas Mengikut Lokasi dan Tahap Kesusahan
ix. Kelayakan cuti seperti berikut :-
a. Cuti tahunan sebanyak 25 hari setahun
b. Cuti separuh gaji
c. Cuti tanpa gaji
d. Cuti mengerjakan haji 40 hari
e. Cuti kerana berkursus
f. Cuti tanpa rekod
g. Cuti tugas khas perubatan
h. Cuti atas sebab perubatan
x. Kemudahan pengurusan jenazah anggota sebanyak RM 1,000.00;
(Sila rujuk Perintah Am Bab C)
Kerjaya Penolong Pegawai Perubatan
14
BAB 4
PELUANG KERJAYA PENOLONG PEGAWAI PERUBATAN
DI KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA
4.1 LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN
4.1.1 Kementerian Kesihatan Malaysia menyediakan peluang latihan
kepada Penolong Pegawai Perubatan untuk meningkatkan
pengetahuan dan kemahiran dalam bidang-bidang tertentu.
Sehubungan itu, pelbagai Kursus Pos Basik/Pengkhususan
ditawarkan kepada Penolong Pegawai Perubatan yang memenuhi
syarat yang ditetapkan. Di antara bidang-bidang tersebut adalah
seperti berikut :-
i Anestesia
ii Kecemasan
iii Gastrointestinal Endoscopy
iv Pengurusan Personel Kesihatan
v Penjagaan Kesihatan Primer
vi Perawatan Gerontologi
vii Perawatan Koronori
viii Perawatan Oftalmik
ix Perawatan Onkologi
x Perawatan Ortopedik
xi Perawatan Perioperatif
xii Perawatan Psikiatri
xiii Perawatan Rapi
xiv Perawatan Renal
xv Pengurusan Diabetis
xvi Perubatan Sukan
xvii Perawatan Otorinolaringologi
Kerjaya Penolong Pegawai Perubatan
15
xviii Perubatan Forensik
xix Perawatan Perianestesia Kawalan Infeksi
xx Rehabilitasi
4.1.2 Penolong Pegawai Perubatan yang dilantik ke dalam Kumpulan
Sokongan dan berhasrat melanjutkan pelajaran di peringkat Ijazah
yang berkaitan di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institusi
Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) yang diiktiraf oleh Kerajaan layak
mendapat kemudahan cuti kursus sambilan, atau cuti belajar separuh
gaji dengan maksimum dua kali sepanjang tempoh perkhidmatan bagi
mengiktui kursus Jangka Panjang.
4.1.3 Penolong Pegawai Perubatan yang dilantik ke dalam kumpulan
pengurusan dan professional boleh melanjutkan pelajaran ke
peringkat pasca ijazah di IPTA /IPTS yang diiktiraf oleh kerajaan dan
layak mendapat cuti bergaji penuh setelah memenuhi syarat-syarat
yang ditetapkan
4.2 PELUANG KENAIKAN PANGKAT
4.2.1 Kenaikan pangkat bagi Penolong Pegawai Perubatan adalah
berasaskan merit dan mengambil kira perkara-perkara seperti yang
dinyatakan dalam Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (perlantikan,
kenaikan pangkat, dan penamatan perkhidmatan) 2005, (P.U.(A)
176/2005) iaitu mengambil kira :
i) Kecekapan dan prestasi kerja;
ii) Kelayakan, pengetahuan, kemahiran dan pengalama;
iii) Sifat-sifat peribadi, termasuk kesesuaiannya dengan jawatan
kenaikan pangkat itu, keutuhan, potensi dan kepimpinan; dan
iv) Kegiatan luar dan sumbangan kepada negara dan masyarakat.
4.2.2 Di samping itu, untuk dipertimbangkan kenaikan pangkat, seseorang
Penolong Pegawai Perubatan itu perlulah memenuhi semua syarat
Kerjaya Penolong Pegawai Perubatan
16
yang ditetapkan dalam skim perkhidmatannya dan jika terdapat
kekosongan di dalam jawatan kenaikan pangkat. Beliau juga
mestilah bebas daripada tindakan tatatertib, tapisan Suruhanjaya
Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), tidak tersenarai sebagai
peminjam tegar dan telah mengisytihar harta mengikut peraturan
yang telah ditetapkan.
4.2.3 Penolong Pegawai Perubatan berpeluang untuk dinaikkan pangkat ke
Gred U32 dan seterusnya ke Gred U36, ,U42, U44, U48, U52 dan
U54. Syarat kenaikan pangkat adalah seperti yang dinyatakan dalam
Skim Perkhidmatan Penolong Pegawai Perubatan.
4.2.4 Penolong Pegawai Perubatan di Gred U29, U32 dan U36 yang
menunjukkan prestasi yang cemerlang serta mempunyai ijazah yang
berkaitan adalah layak dipertimbang Kenaikan Pangkat Secara
Lantikan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan ke jawatan
Pengajar Gred U41 yang kosong mengikut syarat-syarat yang
ditetapkan dalam skim perkhidmatan berkenaan.
* Rujuk pekeliling Perkhidmatan Pengurusan Latihan (JPA)
Serta mengikut Pekeliling Perkhidmatan 13/2006 bagi perubahan Skim
Pembantu Perubatan kepada Skim Bersepadu
Kerjaya Penolong Pegawai Perubatan
17
Rajah 1 : Carta Aliran Peluang Kenaikan Pangkat Penolong Pegawai
Perubatan
4.2.5 Rajah 1 menunjukkan Carta Aliran Peluang Kenaikan Pangkat
Penolong Pegawai Perubatan.
U54
U52
U48
U36 U44
U32
U42
U29 U41
Kemasukan dengan Diploma Pembantu Perubatan
Kemasukan dengan ijazah (lantikan SPA)
Kenaikan pangkat (bagi pemegang ijazah)
Kenaikan pangkat
Ken
aik
an p
angkat
Kerjaya Penolong Pegawai Perubatan
18
PENUTUP
Kementerian Kesihatan Malaysia telah menyediakan pelbagai kemudahan
yang lengkap dengan teknologi terkini bagi memastikan kualiti perkhidmatan
kesihatan untuk masyarakat adalah yang terbaik dan selamat. Selaras dengan
pewujudan hospital berkonsep baru dan sejajar dengan perkembangan semasa,
peranan dan skop tugas Penolong Pegawai Perubatan telah berkembang. Ia
memerlukan kemahiran yang tinggi serta pengetahuan yang luas disamping
penguasaan teknologi perubatan dalam melaksanakan peranannya. Penolong
Pegawai Perubatan merupakan anggota yang cukup terlatih, komited, dinamik,
cekap, beretika dan sedia berkhidmat tanpa mengira masa atau tempat.
Sehubungan itu, Kerajaan sentiasa memberi perhatian terhadap perkembangan
profesion Penolong Pegawai Perubatan seiring dengan keperluan dan kehendak
semasa.