Download - KERTAS KERJA
CADANGAN KERTAS KERJA
PROGRAM PENDIDIKAN LUAR
“SIHAT CERGAS”
KUMPULANPROGRAM PERSEDIAAN IJAZAHSARJANA MUDA PERGURUAN
AMBILAN KHAS(GURU SANDARAN TIDAK TERLATIH – GSTT)
TARIKH23 APRIL 2013 HINGGA 26 APRIL 2013
TEMPATKEM RIMBA, PULAU PANGKOR
PERAK.
PENSYARAH PENYELARASCIK ZALEHA BINTI ABU SAMAH
1.0 PENGENALAN
Pendidikan luar adalah satu kaedah gabung jalin pendidikan primitif dan pendidikan moden
untuk mewujudkan satu proses pengajaran dan pembelajaran yang meliputi domain kognitif, afektif,
dan psikomotor. Pendidikan luar merangkumi kandungan kurikulum dengan pengalaman yang
terancang mengenai isi pelajaran yang diajar. Selain itu, pendidikan luar memberi peluang kepada
peserta untuk menimba pengalaman pembelajaran yang sebenar dalam banyak bidang kurikulum yang
tidak dapat diwujudkan dalam situasi bilik darjah.
Brookes (1991) telah mendifinisikan pendidikan luar sebagai aplikasi pengalaman di luar bilik
darjah untuk mendidik dan membangunkan insan. Ford (1981) pula mendifinisikan pendidikan luar
sebagai program yang meliputi penggunaan persekitaran semulajadi bagi tujuan mengukuhkan
pengajaran dan pembelajaran kurikulum yang ada.Ini merangkumi perkembangan pengetahuan,
kemahiran dan sikap, khususnya penggunaan masa senggang. Seiring dengan definisi ini, pendidikan
luar telah menjadi pembelajaran di bilik darjah lebih bermakna apabila pelajar mendapat peluang
mengkaji dan menemui perkara-perkara yang baharu, maujud dan jelas. Pendidikan luar juga memberi
situasi yang lebih baik untuk mempraktikkan prinsip-prinsip psikologi, sosiologi, keselamatan dan
biomekanik serta merupakan satu motivasi tambahan kepada pelajar, Selain daripada pembelajaran di
bilik darjah.
Di Malaysia, pendidikan luar telah bermula secara tidak formal di maktab perguruan untuk
guru-guru pelatih yang mengambil kursus Pendidkan Jasmani. Ini disebabkan pendidikan luar
memberi peluang kepada pelajar untuk memperolehi kemahiran-kemahiran berguna dan
mengembangkan pengetahuan mereka dalam semua bidang kurikulum masa kini. Pendidkan luar
banyak melibatkan aktiviti-aktiviti ketika beriadah seperti orienteering, abseiling, berkayak dan ikhtiar
hidup. Selain daripada itu, pendidikan luar juga dapat membantu membentuk insan yang seimbang
dan harmonis dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial, selaras dengan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan.
2.0 JENIS PROGRAM
Program Pendidikan Luar “Sihat Cergas”.
3.0 MATLAMAT
Matlamat utama program pendidikan luar ini adalah untuk melahirkan generasi yang progresif,
aktif dan produktif dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan social ( JERIS). Di samping itu juga,
program ini juga boleh menjadi salah satu aktiviti baru untuk generasi akan datang. Aktiviti ini juga
dapat mengeratkan silaturrahim di antara satu sama lain. Selain dari itu, program ini juga mampu
meningkatkan tahap keyakinan diri seseorang individu tersebut. Apabila melakukan aktiviti ini, secara
tidak langsung kita dapat mengurangkan tekanan perasaan dan belajar bagaimana untuk mengawal
emosi kita.
Semangat cinkakan alam sekitar juga dapat dipupuk kepada setiap individu semasa penglibatan
para guru pelatih dalam program ini. Para guru pelatih juga dapat meningkatkan semangat setiakawan
dalam kalangan mereka semasa dan selepas program sukan rekreasi ini berlangsung. Dengan adanya
program pendidikan luar ini, para pelajar akan mendapat pendedahan dari segi cabaran mental dan
juga fizikal yang membolehkan mereka menjadi seorang insan yang berguna pada masa hadapan.
4.0 LATAR BELAKANG
Seramai 35 orang pelajar dari program persediaan ijazah sarjana muda perguruan (PPISMP)
ambilan khas, guru sandaran tidak terlatih (GSTT) akan mengikuti program ini. Serta diiringi oleh 6
orang pensyarah dari Jabatan Pendidikan Jasmani.
5.0 OBJEKTIF
Menguji ketahanan sistem tubuh badan, seperti daya tahan kardiovaskular, kekuatan otot,
dan kelenturan.
Mengaplikasi kemahiran-kemahiran psikomotor yang telah dipelajari daripada program
yang dijalankan.
Membina pengetahuan dan kefahaman dalam aktiviti yang dijalankan.
Mengembangkan pemikiran para peserta.
Mengaplikasikan pengalaman dan pengetahuan yang diperoleh, dalam kehidupan harian.
Mewujudkan suasana mesra antara peserta dan pensyarah.
Membina keyakinan diri dan sifat patuh pada arahan.
Memupuk sikap cintakan flora dan fauna.
6.0 RASIONAL
Selaras dengan matlamat dan aspirasi Negara bagi melahirkan modal insan kelas pertama yang
seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek, dan sosial (JERIS), maka kami telah mengambil
inisiatif dengan menganjurkan Program Pendidikan Luar “Sihat Cergas” ini. Melalui program ini, daya
kognitif pelajar dapat dirangsang supaya berfikir secara kreatif, kritis dan inovatif, serta mempunyai
ilmu pendidikan yang boleh digunakan di sekolah.
7.0 BUTIRAN PROGRAM
Tarikh : 23 April 2013 hingga 26 April 2013
Tempoh : 4 hari 3 malam
Tempat : Kem Rimba, Pulau Pangkor, Perak.
Bilangan Peserta : 35 orang peserta
Kumpulan Sasaran : Pelajar PPISMP Semester 3 - Ambilan Khas
Pensyarah Pengiring : Encik Shamsul Bahri Bin Ismail Encik Santharan A/L S.ArumugamCik Zaleha Binti Abu SamahCik Tan Yan ImEncik Masywawi Bin Mohd NorEncik Selvaratnam A/L Navarathnam
Semua pensyarah yang terlibat adalah dari Jabatan Pendidikan Jasmani.
8.0 KUMPULAN SASARAN
Kumpulan yang terlibat dalam Program Pendidikan Luar “Sihat Cergas” ini adalah kumpulan
pelajar Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan - Ambilan Khas, minor Pendidikan
Jasmani.
9.0 SENARAI JAWATANKUASA
Pengerusi : Muhammad Alias Bin Abdul Mulob
Naib Pengerusi : Muhammad Idrus Bin Morsidi
Setiausaha : Nur Hidayah Binti Mukhtar
Naib Setiausaha : Bhavanii A/P Rajasegar
Bendahari : Gwee Lee Ching
Naib Bendahari : Norfadzillah Binti Ahmad Lutfi
10.0 AHLI JAWATANKUASA
Peralatan : Azizan Bin Mohamad (K)
Mohammad Idrus Bin Morsidi
Jesvender Kaur Dhaliwal
Nor Irawani Abang Johari
Makanan : Nurrafidah Binti Hussain (K)
Hanisah Binti Isa
Nadiah Binti Nazaruddin
Jamilah Binti Baharom
Pengangkutan : Kogila A/P Jasalinggam (K)
Afiqah Binti Basari
Nur Anis Binti Zakaria
Mohd. Khairil Bin Jebah
Kerohanian / : Mohd. Razali Bin Abdul Ghani (K)
Kebajikan / Muhammad Alias Bin Abdul Mulob
Moral Kenneth Asang
Keselamatan : Logeswary A/P Ramasamy (K)
Noor Zuhadah Binti Johari
Persembahan : Dorithy ak Clement Labang (K)
Khomathy A/P Sandarakasa
Noraini Binti Dasril
Buku Program : Vinodkumar A/L Asokan (K)
Ahmad Muzani Bin Muhammad Hisyam
Dokumentasi / : Norfarzilla Binti Idris (K)
Fotografi Mohd.Khairul Azizi Bin Kamal
Riadah : Kenneth Asang (K)
Nur Anis Binti Zakaria
Hadiah : Ernie Norfadzila Binti Mohd. Samuri (K)
Norfadzillah Binti Ahmad Lutfi
Fadzila Tawni
Siaraya/ Banner : Zainuddin Bin Jublin (K)
Noor Amirah Binti Jasmi
Gwee Lee Ching
Bhavanii A/P Rajasegar
Kebersihan : Jumaalrina Binti Sulaiman (K)
Sahara Binti Macha
Zaleha Binti Bujang
Sambutan / Protokol : Sahara Binti Macha (K)
Azizan Bin Mohamad
11.0 PENYELARAS AKTIVITI
11.1 Kraf Perkhemahan
Mohd. Khairil Bin Jebah
Muhammad Idrus Bin Morsidi
11.2 Water Confident
Mohd Khairul Azizi Bin Kamal
Noraini Binti Dasril
11.3 Kayak
Mohd.Razali Bin Abdul Ghani
Dorithy ak Clement Labang
11.4 Snorkeling
Azizan Bin Mohamad
Ernie Norfadzila Binti Mohd. Samuri
11.5 Orienteering / Tracking
Kenneth Asang
Norfadzilla Binti Idris
11.6 Abseiling
Ahmad Muzani Bin Muhammad Hisham
Noor Amirah Binti Jasmi
12.0 TENTATIF PROGRAM
Selasa (23 April 2013)
Masa Aktiviti
0600 – 0230 Persiapan dan Perjalanan ke Pulau Pangkor
0230 - 0530 Kraf Perkhemahan
0530 - 0700 Riadah ( Water Confident )
0700 - 0830 Solat Berjemaah @ Moral, Bacaan Yassin, Makan Malam
0830 - 1100 Taklimat Kayak, Laporan AJK , Refleksi.
1100 - 1130 Minum
Rabu (24 April 2013)
Masa Aktiviti
0600 – 0800 Solat Berjemaah, Pengurusan Diri, Senaman Pagi, Sarapan Pagi
0800 - 0100 Aktiviti Air : Kayak
0100 – 0230 Makan, Pengurusan Diri
0230 – 0530 Aktiviti Air : Snokerling
0530 - 0700 Minum Petang, Riadah
0700 - 0830 Solat Berjemaah @ Moral, Bacaan Yassin, Makan Malam
0830 - 1100 Taklimat Tracking, Laporan AJK, Refleksi
1100 - 1130 Minum
Khamis (25 April 2013)
Masa Aktiviti
0600 – 0800 Solat Berjemaah, Pengurusan Diri, Senaman Pagi, Sarapan Pagi
0800 - 0100 Aktiviti Darat : Orienteering / Tracking
0100 – 0230 Makan, Pengurusan Diri
0230 – 0530 Aktiviti Tali : Abseiling
0530 - 0700 Minum Petang, Riadah
0700 - 0830 Solat Berjemaah @ Moral, Bacaan Yassin, Makan Malam
0830 - 1100 Malam Kebudayaan, BBQ, Laporan AJK, Refleksi
1100 - 1130 Minum
Jumaat (26 April 2013)
Masa Aktiviti
0600 – 0800 Solat Berjemaah, Pengurusan Diri, Senaman Pagi, Sarapan Pagi
0800 - 0230
Refleksi
Break Camp
Perjalanan Pulang
13.0 ANGGARAN PERBELANJAAN
13.1 Anggaran Perbelanjaan Bahan-Bahan Mentah
(Lihat Lampiran A1)
13.2 Anggaran Perbelanjaan Bahan-Bahan Kering
(Lihat Lampiran A2)
13.3 Anggaran Kewangan
Bil. Perkara Nilai (RM)
ANGGARAN PENDAPATAN
1.0 1.1.1 Yuran Peserta
RM 100 x 35 orang RM 3500
ANGGARAN PERBELANJAAN
2.0 2.1.1 Bahan-Bahan Mentah
(Rujuk Lampiran)
2.1.2 Bahan-Bahan Kering
(Rujuk Lampiran)
2.1.3 Cenderahati
(Hamper, Hadiah, Hononorium)
2.1.4 Logistik
2.1.5 Pentadbiran
2.1.6 Percetakan
2.1.7 Pengurusan AJK
RM 823
RM 2755.50
RM 1000
RM 1500
RM 100
RM 100
RM 200
JUMLAH RM 2978.50
14.0 PENUTUP
Program Pendidikan Luar “Sihat Cergas”ini diharap dapat melahirkan generasi yang
berkepimpinan pada masa akan datang. Oleh yang demikian, dengan adanya kertas kerja ini
sedikit sebanyak dapat membantu para guru pelatih dalam gerak kerja pengolahan dan
pengurusan pendidikan luar. Hal ini secara tidak langsung akan memberi pengalaman yang
lebih afektif serta interaktif kepada para guru. Selain itu, program ini juga dapat menjadi titik
tolak kepada para guru pelatih ini sebelum masuk ke dunia realiti. Kami juga berharap agar
program seperti ini mampu melahirkan modal insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang
pada masa akan datang.
Disediakan oleh,
………………………………………...(BHAVANII A/P RAJASEGAR)Setiusaha, Program Pendidikan Luar “Sihat Cergas”, Kelab Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) - Ambilan Khas,Institut Perguruan Guru Kampus Bahasa Melayu,59990 Lembah Pantai, Kuala Lumpur.
Tarikh : …………...
Disahkan oleh,
…………………………………………………..(MOHAMMAD ALIAS BIN ABDUL MULOB)Pengerusi, Program Pendidikan Luar “Sihat Cergas”, Kelab Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) - Ambilan Khas,Institut Perguruan Guru Kampus Bahasa Melayu,59990 Lembah Pantai, Kuala Lumpur.
Lampiran A1 : Anggaran perbelanjaan bahan-bahan mentah
Bil. Bahan Kuantiti Harga1 Ayam 20 ekor RM 240
2 Ikan Kembung / Cencaru 200 ekor RM 250
3 Kubis 8 biji RM 20
4 Lobak Merah 3 kg RM 12
5 Sawi 5 kg RM 20
6 Cili Padi 3 kg RM 21
7 Sosej 10 paket RM 100
8 Bebola Ikan 2 kg RM 20
9 French Fries 4 kg RM 20
10 Bihun 10 paket RM 50
11 Buah Oren 50 biji RM 50
12 Timun 3 kg RM 20
JUMLAH RM 823
Lampiran A2 : Anggaran perbelanjaan bahan-bahan kering
Bil. Bahan Kuantiti Harga1 Beras 50 kg RM 250
2 Gula Pasir 10 kg RM 28
3 Garam Kasar 5 kg RM 7.50
4 Kicap Pekat 4 Botol Besar RM 40
5 Sos Tiram 4 botol RM 25
6 Bawang Besar 8 kg RM 55.20
7 Bawang Kecil 6 kg RM 30
8 Bawang Putih 5 kg RM 10
9 Ubi Kentang 12 kg RM 25
10 Halia 6 kg RM 18
11 Serbuk Kunyit 8 Paket Besar RM 32
12 Telur Ayam 200 biji RM 76
13 Roti 25 bungkus RM 150
14 Biskut 4 Tin RM 180
15 Tea 5 Paket Besar RM 29.40
16 Kopi / Nescafe 5 Paket Besar RM 33
17 Milo 4 Tin Besar RM 82.80
18 Kordial 10 Botol RM 120
19 Susu Pekat 5 Dozen RM 138
20 Seri Kaya 16 Tin RM 72
21 Marjerin 5 Tin RM 90
22 Ikan Bilis 10 kg RM 160
23 Ikan Kering 4 kg RM 36
24 Udang Kering 2 kg RM 20
25 Minyak Masak 8 Botol RM 150
26 Mee Hoon 30 Bungkus RM 41.40
27 Sos Tomato 1 Botol Besar RM 8.50
28 Sos Cili 5 Botol Besar RM 50
29 Asam Jawa 6 kg RM 16.80
30 Air Mineral 40 Kotak RM 300
31 Waffer Apollo 24 Kotak RM 192
32 Mayonis 1 Botol Besar RM 25.50
33 Arang 2 Beg RM 18
34 Polisterin 200 Biji RM 50
35 Bawang Goreng 2 Paket RM 3.20
36 Mancis 4 Kotak RM 1.20
37 Plastik Tutup Makanan 1 Roll RM 25
38 Plastik Sampah 4 paket RM 30
39 Roti Coklat / Jagung Gardenia 180 Bungkus RM 108
JUMLAH RM 2755.50