Download - Kertas Kerja Majlis Izin Ilmu
KERTAS KERJA MAJLIS IZIN ILMU
MURID-MURID TAHUN 6 SEMPENA UPSR 2014
Pendahuluan
Majlis ini diadakan sebagai persediaan murid bagi menghadapi perjuangan dalam
peperiksaan UPSR bagi tahun 2014. Murid-murid perlu mempersiapkan diri mereka sejak dari
awal tahun lagi bagi memantapkan fizikal dan mental mereka dalam menghadapi peperiksaan
UPSR nanti.Ibu bapa serta guru-guru perlu memainkan peranan dengan baik bagi membantu
murid mempertingkatkan prestasi mereka dari semasa ke semasa dalam setiap mata pelajaran.
Majlis ini juga bagi membentuk sifat keikhlasan guru dalam mendidik murid-murid tahun 6
khasnya kerana sesungguhnya keikhlasaan dalam mendidik juga member kesan yang positif
dalam pencapaian murid dalam peperiksaan UPSR nanti.
Matlamat
Mempersiapkan murid dengan ilmu pengetahuan, bertanggungjawab, berakhlak mulia,
menepati masa, menghormati ibu bapa dan mempunyai keazaman yang tinggi untuk menghadapi
sebarang cabaran dan halangan yang mendatang demi masa depan mereka dan seterusnya
mengharumkan nama keluarga, sekolah, masyarakat, bangsa, agama dan negara.
Objektif
1. Memberi dorongan dan semangat kepada semua calon UPSR 2013
2. Merapatkan hubungan silaturahim antara anak-anak dengan ibu-bapa,ibu bapa dengan
pihak sekolah dan murid-murid dengan guru.
3. Menyemai perasaan kasih sayang dan bertanggungjawab murid-murid kepada ibu-bapa,
guru-guru dan staf sekolah serta melahirkan keprihatinan guru terhadap murid-murid.
4. Memupuk sikap kerjasama dan toleransi antara ibu bapa dan pihak sekolah dalam
meningkatkan prestasi UPSR kelak.
Anjuran:
UNIT KURIKULUM SK KUALA TATAU
Tarikh:
29 Februari 2014 (Jumaat)
Masa Jangkaan:
Bermula Pukul 8.00 pagi hingga 11.00 pagi
Sasaran:
Murid-murid Tahun 6 (Calon-calon UPSR 2014)
Tempat:
Kelas Tahun 6 SK Kuala Tatau
Tetamu Jemputan
PIBG
Ibu Bapa murid-murid tahun 6
Tentatif Program
07.45 pagi - Ketibaan Ibu Bapa dan tetamu jemputan
08.00 pagi - Majlis bermula
- Nyayian Lagu Negaraku
- Bacaan Doa oleh Ustaz Mohd Syahril bin Md Yusof
- Ucapan Alu-Aluan Guru Besar –En.Yusop bin Hj Yunus
- Ucapan dan Taklimat Sasaran UPSR 2014 – Pn. Aisah binti Hj.Ali
- Memperkenalkan “Mentor & Mentee” bagi membimbing murid Tahun 6.
- Nyayian Lagu Ibu Pertiwiku dan Lagu Sekolah Terbilang dan Bitara.
11.00 - Jamuan Ringan.
- Bersurai
Bajet Kewangan
- Makanan & Minuman - RM50
- Alat Tulis - RM50
- Peralatan lain - RM50
JUMLAH: - RM150
MAJLIS IZIN ILMU 2014 SK KUALA TATAU
JAWATANKUASA INDUK
PENASIHATEN.YUSOP BIN HJ YUNUS
(GURU BESAR)
PENGERUSIPUAN AISAH BINTI HAJI ALI
(PENOLONG KANAN PENTADBIRAN)
TIMBALAN PENGERUSIEN.ABDUL HALLEM BIN MOHAMAD YUSOF(PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID)
PUAN DEBBY LAWRENCE GUNDY(PENOLONG KANAN KOKURIKULUM)
PENYELARASEN. MOHD SYAHRIL BIN MD YUSOF
SETIAUSAHAPUAN NORAIDA BINTI HAKIM
BENDAHARICIK NORAZITA BINTI ABD. SHOKRI
AHLI JAWATANKUASA PERLAKSANA
1. J/K PERHIASAN (KELAS DAN PERSEKITARAN)ENCIK DAUT BIN JEMAN
CIK NUR ARIZA BINTI TUAHNORZAIMAH BINTI ZAINUDIN
2. J/K SIARAYA / P.A SYSTEMENCIK MUHD FARRID BIN CHE HASSAN
3. J/K PERALATAN ( SUSUN MEJA)ENCIK ABDUL HALIL BIN SEHIM
4. J/K DISIPLIN MURIDEN.ABDUL HALLEM BIN MOHAMAD YUSOF
J/K JAMUANPUAN AISAH BINTI HAJI ALI
PUAN NOR AMALINA BINTI ADENANUSTAZAH NOR FARHANA BINTI SHAMSUDIN
J/K KEBERSIHAN PUAN HANANI BINTI BOHARIPUAN FARIDAH BINTI ZAINI
USTAZAH NAJWA BINTI SAIDIN
J/K CENDERAHATI / UPACARA IZIN ILMUUSTAZAH SALWANI BINTI ATIQULLAH
JURU ACARAUSTAZ SUFIAYAN ANAS BIN ABD AZIZ
J/K DOKUMENTASIUSTAZAH FARAHIBTISAM BINTI SIRUN
USTAZAH MAIZATUL IDAYU BINTI MAT ALI
BACAAN DOAUSTAZ MOHD SYAHRIL BIN MD YUSOF
J/K BUKU PROGRAMCIK NUR DHIYA HUSNA BINTI BAHARIN
Penutup:
Semoga perlaksanaan majlis ini akan mendatangkan banyak kesan yang positif serta kejayaan kepada semua pihak yang terlibat sama ada murid-murid, ibu bapa dan pihak sekolah.Hal ini kerana program ini dijalankan sebagai salah satu cara untuk mengeratkan hubungan silaturahim antara murid-murid, ibu bapa dan pihak sekolah bagi mencapai kejayaan anak-anak dalam peperiksaan UPSR kelak.
SK Kuala Tatau akan mencapai sasaran yang ditetapkan pada tahun ini dan beroleh kejayaan kepada murid-murid dan sekolah khususnya. Semoga segala perancangan akan berjalan dengan lancar dan diberkati oleh Allah.
DISEDIAKAN OLEH:
……………………………………………..(MOHD SYAHRIL BIN MD YUSOF)Penyelaras Majlis Izin Ilmu 2014,SK Kuala Tatau
DISEMAK OLEH:
…………………………………………..( AISAH BINTI HJ.ALI)Penolong Kanan Pentadbiran,SK Kuala Tatau
DISAHKAN OLEH:
………………………………………….(YUSOP BIN HJ.YUNUS)Guru Besar,SK Kuala Tatau