Download - Kertas Kerja Pertandingan Boling
SMK TUNKU SYED IDRUS73000 TAMPIN, NEGERI SEMBILAN
KERTAS KERJA KEJOHANAN TENPIN BOLING TERTUTUP PPKI SMKTSI 2015
(1 MURID 1 SUKAN)
Kompleks Jusco Seremban 2
31 MAC 2015 / SELASA
Disediakan oleh :
NUR RAWAIDAH RAHMAT
GURU SUKAN / KOKURIKULUM (BOLING)
PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI
SMK TUNKU SYED IDRUS
KERTAS KERJA KEJOHANAN TENPIN BOLING TERTUTUP PPKI SMKTSI 2015
KERTAS KERJA KEJOHANAN TENPIN BOLING TERTUTUP
PPKI SMKTSI 2015
1.0 PENGENALAN
Pertandingan Tenpin Boling ini adalah salah satu aktiviti riadah yang dianjurkan
untuk murid berkeperluan khas PPKI SMKTSI. Pertandingan ini disertai oleh murid
berkeperluan khas PPKI SMKTSI sahaja. Aktiviti ini dilaksanakan selaras dengan
kehendak Kementerian Pendidikan Malaysia yang ingin mewujudkan modal insan
yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani melalui penyertaan
dalam aktiviti sebegini seterusnya mengaplikasikan konsep 1 Murid 1 Sukan. Ini
kerana semua murid berkeperluan khas PPKI SMKTSI terlibat di dalam aktiviti ini.
Di samping, dengan adanya kejohanan ini, pihak sekolah dapat memilih calon
murid berkeperluan khas yang layak dan berkebolehan untuk mewakili sekolah di
dalam pertandingan peringkat daerah dan negeri di masa akan datang.
Pengalaman yang ditimba melalui pertandingan ini juga boleh diaplikasikan murid
berkeperluan khas dalam menempuh pertandingan ke peringkat yang lebih tinggi di
masa hadapan.
2.0 OBJEKTIF DAN MATLAMAT
2.1 Mengadakan satu pertandingan sebagai satu pengalaman bertanding
kepada para pemain yang akan mewakili PPKI SMKTSI di peringkat
pertandingan yang lebih tinggi.
2.2 Mencungkil bakat-bakat untuk kejohanan tenpin boling peringkat daerah,
dimana Johan dan Naib Johan bagi setiap kategori secara automatik akan
mewakili sekolah.
2.3 Mendedahkan para pelajar pendidikan khas kepada teknik pengurusan dan
peraturan pertandingan.
Page 2
KERTAS KERJA KEJOHANAN TENPIN BOLING TERTUTUP PPKI SMKTSI 2015
3.0 TEMPOH / MASA PROGRAM
3.1 Program ini dijalankan selama satu hari iaitu pada hari Selasa (31 Mac
2015).
3.2 Masa perlaksanaan program ini melibatkan waktu siang sahaja di mana ia
bermula seawal 8.30 pagi dan berakhir pada pukul 3.00 petang (rujuk
lampiran / tentatif program)
4.0 TARIKH PERLAKSANAAN PROGRAM
31 Mac 2015 (Selasa)
5.0 LOKASI / TEMPAT
5.1 Kompleks Jusco Bandaraya Seremban 2
6.0 SASARAN PESERTA
6.1 Para pelajar pendidikan khas SMK Tunku Syed Idrus, Tampin (31 orang)
6.2 Semua guru dan pembantu pengurusan murid PPKI SMKTSI (7 orang)
6.3 Ibu bapa / penjaga pelajar pendidikan khas PPKI SMKTSI
7.0 KATEGORI PERTANDINGAN
Senarai kategori pertandingan bagi Kejohanan Tenpin Boling Tertutup PPKI
SMKTSI adalah :-
a) Kategori murid berkeupayaan rendah / sederhana
b) Kategori murid berkeupayaan tinggi
c) Kategori dewasa (guru / ppm / ibu bapa)
Page 3
KERTAS KERJA KEJOHANAN TENPIN BOLING TERTUTUP PPKI SMKTSI 2015
8.0 SENARAI JAWATANKUASA
JAWATANKUASA PENGURUSAN
Penaung : Pn. Hjh. Noraini Binti Abd. Manaf
Penasihat : Pn. Hjh. Ramlah Binti Mat Junus
Penyelaras PPKI : Pn. Syazrah Binti Sahrani
JAWATANKUASA PERLAKSANA
Penyelaras Program : Pn. Nur Rawaidah Binti Rahmat
Setiausaha : Pn. Nur Rawaidah Binti Rahmat
Bendahari : Pn. Siti Zubaidah Binti Mohd Muhagirin
AJK Peralatan / Persiapan Tempat : Pn. Nor Ilyani Binti Mamat
AJK Disiplin : Pn. Syazrah Binti Sahrani
AJK Kebajikan / First Aid : Pn. Azura Binti Rosli
Pn. Nurafidah Binti Razali
AJK Dokumentasi : Pn. Nur Rawaidah Binti Rahmat
AJK Sijil / Cenderahati : Pn. Nur Rawaidah Binti Rahmat
En. Arjun Singh Jaj A/L Jaspal Singh Jaj
9.0 TENTATIF / PENGISIAN PROGRAM
TARIKH MASA AKTIVITI CATATAN
31 Mac 2015
SELASA
8.00 am
8.30 am
9.15 am
10.00 am
- Berkumpul di PPKI SMK SMKTSI
- Sarapan Pagi (Kantin Sekolah)
- Bertolak ke Jusco Seremban 2
- Tiba di Jusco Seremban 2
- Pembahagian Kumpulan Mengikut
Guru / PPM
- Persiapan Diri (Pakaian / Kasut dll)
- Pertandingan Tenpin Boling bermula
Semua pihak
Semua pihak
Semua pihak
AJK Peralatan /
Persiapan
Tempat / AJK
Kebajikan /
First Aid
Page 4
KERTAS KERJA KEJOHANAN TENPIN BOLING TERTUTUP PPKI SMKTSI 2015
10.30 am
12.30 pm
12.45 pm
2.30 pm
3.15 pm
(2 Set Game setiap sorang)
- Sesi penyampaian cenderamata
- Sesi bergambar kenangan
- Makan Tengahari / Aktiviti Bebas
- Bertolak pulang
- Tiba di SMKTSI
Semua pihak
AJK Sijil /
Cenderamata
AJK
Dokumentasi
AJK
Kebajikan /
First Aid
Semua pihak
10.0 ANGGARAN PERBELANJAAN
BUTIRAN ANGGARAN
a) Bayaran Penyertaan
- Murid PPKI (RM 3.00 x 2 game x 31 murid)
-Guru / PPM / Ibu Bapa (RM 5.00 x 2 game X 7 orang)
a) Hadiah / Cenderahati
-Johan (RM 20.00 x 3 kategori)
-Naib Johan (RM 15.00 x 3 kategori)
-Ketiga (RM 10.00 x 3 kategori)
c) Sarapan Pagi
- RM 3.00 x 38 orang
d) Pengangkutan
- Bayaran sewa bas
RM 186.00
RM 70.00
RM 60.00
RM 45.00
RM 30.00
RM 114.00
RM 350.00
JUMLAH BESAR : RM 855.00
11.0 SUMBER KEWANGAN
11.1 Peruntukan PCG Bantuan Sukan Sekolah Pendidikan Khas (BSS)
11.2 Peruntukan PCG Bantuan Kokurikulum Pendidikan Khas
11.3 Peruntukan PCG LPBT Pendidikan Khas
Page 5
KERTAS KERJA KEJOHANAN TENPIN BOLING TERTUTUP PPKI SMKTSI 2015
11.4 Bayaran penyertaan dari murid, guru dan ibu bapa PPKI SMKTSI
12.0 PENUTUP
Adalah diharapkan agar Kejohanan Tenpin Boling Tertutup PPKI SMKTSI ini akan
dapat membantu mengembangkan semua aspek potensi murid berkeperluan khas
yang berteraskan semangat kesukanan ke arah pembinaan dan pengukuhan
sahsiah pelajar di bawah program ‘Satu Murid Satu Sukan’ yang dilaksanakan oleh
Kementerian Pendidikan Malaysia. Selain itu, dengan adanya anjuran seperti ini
akan dapat membentuk jati diri murid berkeperluan khas. Pengalaman yang
diterima dapat memajukan sukan tenpin boling PPKI SMKTSI. Semoga dengan
adanya pertandingan ini , ia dapat memberi kebaikan kepada semua pihak yang
terlibat sekaligus mengeratkan hubungan silaturahim yang telah sedia terjalin.
Disediakan oleh, Disemak oleh,
(PN. NUR RAWAIDAH RAHMAT) (PN. SYAZRAH SAHRANI)
Penyelaras Program Tenpin Boling Penyelaras Pendidikan Khas
Program Pendidikan Khas Integrasi Program Pendidikan Khas Integrasi
SMK Tunku Syed Idrus SMK Tunku Syed Idrus
73000 Tampin, Negeri Sembilan 73000 Tampin ,Negeri Sembilan
Disokong oleh, Diluluskan oleh,
(PN. RAMLAH MAT JUNUS) (PN. HJH. NORAINI ABD MANAF)
GPK Kokurikulum Pengetua
SMK Tunku Syed Idrus SMK Tunku Syed Idrus
73000 Tampin, Negeri Sembilan 73000 Tampin ,Negeri Sembilan
Page 6
Catatan / Ulasan :
..............................................................................................................................................
..............................................................................................................................................