Download - Kertas kerja senamrobik
JBA 5071
SEKOLAH KEBANGSAAN PARIT NO 5
JALAN YUSOF
83600 SEMERAH
JOHOR DARUL TAKZIM
KERTAS KERJA
“PROGRAM BULAN KECERGASAN”
( SENAMAN AEROBIK PERDANA )
TARIKH :
09 JULAI 2013
TEMPAT :
DEWAN TERBUKA, SEKOLAH KEBANGSAAN PARIT NO 5, MUAR
MASA :
7.30-10.00 PAGI
ANJURAN BERSAMA :
GURU PELATIH PROGRAM INTERNSHIP 2013 SEMESTER 8
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TUN HUSSEIN ONN
83000 BATU PAHAT
JOHOR DARUL TAKZIM
1.0 Pendahuluan
Kementerian Pelajaran Malaysia mengharapkan agar setiap murid mengamalkan
gaya hidup sihat. Taraf kecergasan ini dapat dilaksanakan melalui gaya hidup sihat
dengan melakukan aktiviti-aktiviti bersenam dan bersukan secara teratur bagi
menjamin taraf kecergasan warga sekolah yang optimum. Selaras dengan itu
Kementerian Pelajaran Malaysia telah menetapkan Bulan Julai sebagai bulan
kecergasan Kementerian Pelajaran Malaysia.
2.0 Objektif
Objektif utama diadakan program ini :
2.1 Menghargai diri sendiri serta bertindak untuk melahirkan dan
mempertingkatkan kesihatan dan kesergasan.
2.2 Memperoleh pengetahuan asas tentang proses pertumbuhan dan
perkembangan tubuh badan manusia serta keperluan kesihatan berkaitan.
2.3 Memahami konsep kecergasan, prinsip latihan dan langkah-langkah
keselamatan yang perlu dipatuhi.
2.4 Mempertingkatkan jasmani dengan membina daya tahan kardiovaskular,
kekuatan daya tahan otot serta meningkatkan kelenturan badan, ketangkasan dan
kelajuan.
2.5 Memperkembangkan sahsiah melalui interaksi yang sihat di dalam kegiatan
kecergasan jasmani dan sukan seperti semangat kesukanan, kerjasama, toleransi,
kepimpinan dan disiplin.
3.0 Rasional
Matlamat program ini bertujuan untuk membolehkan pelajar menjadi sihat, cergas
dan produktif melalui pemupukan nilai, sikap, pengetahuan dan amalan kesihatan
dan kecergasan dalam kehidupan sehari-hari ke arah “Rakyat yang sihat akan
melahirkan negara maju”
4.0 Sasaran
Aktiviti –aktiviti yang akan dijalankan dalam program tersebut akan melibatkan :
4.1 Semua murid - murid SK Parit No 5
4.2 Semua guru SK Parit No 5
5.0 Strategi Pelaksanaan
5.1 Tugas-tugas AJK pelaksana (rujuk bidang tugas AJK pelaksana)
5.2 Pekeliling panduan keselamatan menjalankan aktiviti (Lampiran A)
5.3 Soalan-soalan kuiz dan jawapan sempena bulan kecergasan (Lampiran B)
6.0 Tempat dan Waktu
6.1 Tarikh Program : 01 hingga 31 Julai 2013 ( 1 bulan)
6.2 Tarikh Pelancaran : 09 Julai 2013
6.3 Tempat Pelancaran : Dewan Terbuka SK Parit No. 5
7.0 Jawatankuasa Pelaksana Bulan Kecergasan
AHLI JAWATANKUASA INDUK
BULAN KECERGASAN KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
PERINGKAT SK PARIT NO. 5
Pengerusi : Tn Hj Othman bin Hashim
Guru Besar
SK Parit No 5
Naib Pengerusi : Pn Zaiton binti Yaacob
GPK Kurikulum
Setiausaha : En Mohamad Safuan Bin Che Othman
Naib Setiausaha : En Mohd Aidil Bin Othman
AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA
BULAN KECERGASAN KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
PERINGKAT SK PARIT NO. 5
Pengarah Program : Tn Hj Selamat Bin Takim
Kawalan Murid : Pn. Rupiah Binti Sukarman (PRA)
Cik Nurul Sheila Binti Jamaludin (P.Khas)
Pn. Siti Fazira Binti Ahmad (1 Gemilang)
Pn. Zawatil Amal Binti Ali (1 Unggul)
Pn. Nor Aizah Binti Ngadiah (2 Gemilang)
Pn. Samida Binti Amran (2 Unggul)
Pn. Siti Rafidah Binti Abd Halim (3 Gemilang)
En Mohd Saiful Amri Bin Abdullah (3 Unggul)
Pn. Siti Zubaidah Binti Mohamed (4 Gemilang)
En Murshed Bin Mohd Said (4 Unggul)
Cik Rohana Binti Amin (5 Gemilang)
En Zunnurain Bin Mistah (5 Unggul)
Pn. Juriah Binti Md Jali (6 Gemilang)
Pn. Nor Azilah Binti Abdul Rahim (G Unggul)
En Zahfarsham bin Ishak (6 Cemerlang)
P.A Sistem : En Mohd Isa Bin A.Rahim
Pengerusi Majls : Pn. Siti Fazira Binti Ahmad
Persiapan Tempat : En Mohamad Hairunamri Bin Meskam
Makanan Pelajar : Pn. Rupiah Binti Sukarman
Disiplin Murid : En Mahmud Bin Ithin
Peralatan : Cik Rohana Binti Amin
Dokumentasi Fotografi : Cik Nurul Ain Binti Yaacob
Dokumentasi Videografi : Pn. Nurul Azariah Bt Bakar
8.0 Tentatif program pelancaran
TARIKH/MASA AKTIVITI PELAKSANAAN TEMPAT
7.45 pagi Ucapan perasmian mc : Pn. Siti Fazira
Binti Ahmad
Dewan Terbuka
8.15 pagi Senamrobik perdana En Aidil
En Mohd Safuan
Dewan Terbuka
9.30 pagi Kuiz sempena bulan
kecergasan
En Safuan Dewan Terbuka
10.00 REHAT REHAT REHAT
10.20 Kelas seperti biasa Kelas masing-masing
9.0 Penutup
Menjadi harapan sekiranya kertas kerja ini diluluskan supaya program yang
telah dirancang akan menjadi sebuah program yang dapat memberi kesan yang
besar kepada semua pihak yang sama-sama terlibat dan menghasilkan hasilan
murid yang mementingkan kesihatan.
Disediakan oleh :
........................................................
(MOHAMAD SAFUAN BIN CHE OTHMAN)
Setiausaha Program Bulan Kecergasan
Program Internship
Institut Pendidikan Guru
Kampus Tun Hussein Onn
Batu Pahat
Disemak oleh :
........................................................
(TN HJ. SELAMAT BIN TAKIM)
Pengarah Program Bulan Kecergasan
Sekolah Kebangsaan Parit No 5
Jalan Yusof
83600 Semerah
Johor Darul Takzim
Bahawasanya dengan sukacitanya saya meluluskan/ tidak meluluskan
program dalam kertas kerja ini.
Disahkan oleh,
…………..……………………………………………
( TN HJ OTHMAN BIN HASHIM )
GURU BESAR
Sekolah Kebangsaan Parit No 5.
Jalan Yusof, Muar
83600 Semerah
Johor Darul Takzim
Lampiran 1 ( ucapan perasmian)
Lampiran 2 ( aktiviti senamrobik perdana)
Lampiran 3 ( kuiz Bulan Kecergasan )