KESAN MUZIK TERHADAP TAHAP KEBIMBANGAN DAN KEYAKINAN
DIRI BAGI ATLIT 100 METER
KHOO CHENG KEAT
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
PSZ 19:16 (Pind. 1/97)
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
♦
CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan.** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada
pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempohtesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.
Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secarapenyelidikan, atau disertasi bagai pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atauLaporan Projek Sarjana Muda (PSM).
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS
JUDUL: KESAN MUZIK TERHADAP TAHAP KEBIMBANGAN DAN KEYAKINAN DIRI
BAGI ATLIT 100 METER
SESI PENGAJIAN: SEM. II 2005/06
Saya KHOO CHENG KEAT(HURUF BESAR)
mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di PerpustakaanUniversiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:
1. Tesis adalah hak milik Universiti Teknologi Malaysia.2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan
pengajian sahaja.3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi
pengajian tinggi.4. **Sila tandakan ()
(Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan ataukepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalamAKTA RAHSIA RASMI 1972)
(Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukanoleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)
Disahkan oleh
_______________________________ _______________________________
(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)
Alamat Tetap: Nama Penyelia:
21, Rumah Kedai Keda, Dr. Zainal Abidin Zainuddin08200 Sik, Kedah.
Tarikh: 17 APRIL 2006 Tarikh: 18 APRIL 2006
SULIT
TERHAD
TIDAK TERHAD
“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini
adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah
Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Sains Sukan)”.
Tandatangan : ...............................................
Nama Penyelia : Dr. Zainal Abidin bin Zainuddin
Tarikh : 18 April 2006
KESAN MUZIK TERHADAP TAHAP KEBIMBANGAN DAN KEYAKINAN DIRI
BAGI ATLIT 100 METER
KHOO CHENG KEAT
Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat
penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Sains Sukan)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
April, 2006
ii
“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang
tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”
Tandatangan : …………………………
Nama Penulis : Khoo Cheng Keat
Tarikh : 5 April 2006
iii
Untuk ayah dan ibu tersayang
iv
PENGHARGAAN
Pertama sekali, saya ingin merakamkan penghargaan ikhlas kepada penyelia
Projek Sarjana Muda, iaitu Dr. Zainal Abidin Zainuddin atas bimbingan, tunjuk ajar,
bantuan, nasihat dan dorongan yang diberi sepanjang tempoh penyelidikan Projek
Sarjana Muda ini.
Ucapan terima kasih saya yang tidak terhingga kepada semua kawan saya yang
banyak memberi bantuan dan kerjasama kapada saya untuk menyempurnakan Projek
Sarjana Muda ini.
Selain itu, saya ingin ucapkan terima kasih yang tidak terhingga buat keluaga
tersayang terutamanya. ayah dan ibu yang memberikan sokongan kepada saya.
Perhargaan juga ditujukan kepada semua yang terlibat sama ada secara langsung
atau tidak langsung membantu menjayakan Projek Sarjana Muda ini.
.
v
ABSTRAK
Kajian ini dijalankan untuk melihat kesan muzik terhadap kebimbangan dan
keyakinan diri di kalangan atlit 100 meter. Tiga komponen kebimbangan iaitu
kebimbangan tret (state anxiety), kebimbangan stet (trait anxiety) dan keyakinan diri
(self-confidence) dan kadar denyutan jantung akan digunakan sebagai alat ujian.
Seramai 6 lelaki dan 6 perempuan atlit 100 meter telah dipilih sebagai subjek dalam
kajian ini. Umur subjek adalah dalam lingkungan 23 hingga 25 tahun. Subjek diberikan
tiga set soal selidik, State Trait Anxiety Inventory (STAI), Sport Competition Anxiety
Test (SCAT), dan Competitive State Anxiety Inventory – 2 (CSAI-2) akan diedarkan 10
minit sebelum permulaan aktiviti memanaskan badan, selepas mendengar muzik dan
selepas larian untuk menguji tahap kebimbangan atlit. Polar Heart Rate S720i akan
dipasangkan oleh semua sampel 1 jam sebelum pertandingan untuk mengesahkan
perubahan kadar denyutan jantung sepanjang pertandingan. Keputusan menunjukkan
penurunan kadar denyutan jantung yang signifikan selepas mendengar muzik dan
terdapat perbezaan signifikan (p<0.05) bagi kebimbangan tret, kebimbangan stet. dan
keyakinan diri sebelum dan selepas mendengar muzik. Natijahnya, muzik adalah teknik
yan berkesan bagi mengurangkan tahap kebimbangan atlit 100 meter.
vi
ABSTRACT
This study was conducted to examine the influence of music on components of
anxiety and self-confidence among 100 meter sprint athletes. Three components of
anxiety, which are trait anxiety, state anxiety, self-confidence and heart rates were
assessed. The subjects include 6 female and 6 male athletes between the ages of 23 and
25 years old. Three questionnaires were distributed to the subjects, which are State Trait
Anxiety Inventory (STAI), Sport Competition Anxiety Test (SCAT), Competitive State
Anxiety Inventory – 2 (CSAI-2) initially 10 minutes prior to the start of warming up,
after listening to the music and after the race was finished. Additionally, heart rates were
measured 1 hour prior to competition via the Polar S720i. Findings indicated that the
subjects’ heart rates were reduced significantly after listening to the music and there was
a significant (p<0.05) difference for the trait anxiety, state anxiety and self-confidence of
the subjects after listening to the music. In short, listening to the music is affective in
reducing the anxiety level of 100 meter sprint runners.
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
HALAMAN JUDUL i
HALAMAN PENGAKUAN ii
HALAMAN DEDIKASI iii
HALAMAN PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
HALAMAN KANDUNGAN vii
SENARAI LAMPIRAN xv
BAHAGIAN SATU
PENDAHULUAN
BAB I PENDAHULUAN 1
viii
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 4
1.2.1 Penyataan Masalah 4
1.3 Objektif Kajian 5
1.4 Hipotesis Kajian 6
1.4.1 Hipotesis Altenatif 6
1.4.2 Hipotesis Null 6
1.4.3 Hipotesis Altenatif 6
1.4.4 Hipotesis Null 7
1.5 Persoalan Kajian 7
1.6 Kepentingan Kajian 8
1.7 Batasan Kajian 9
1.8 Definisi Istilah 9
1.8.1 Polar Heart Rate S720i 9
1.8.2 STAI (State Trait Anxiety Inventory) 10
1.8.3 SCAT (Sport Competition Anxiety Test) 10
1.8.4 CSAI-2 (Competitive State Anxiety 10
Inventory-2)
BAHAGIAN DUA
SOROTAN KAJIAN
BAB II SOROTAN KAJIAN 11
2.1 Pengenalan 11
2.2 Kajian-kajian Luar Negara 12
2.3 Kajian Tempatan 17
ix
2.4 Kesimpulan 18
BAHAGIAN TIGA
METODOLOGI
BAB III METODOLOGI 19
3.1 Pengenalan 19
3.2 Reka Bentuk Kajian 20
3.3 Procedur Kajian 20
3.3.1 Pemilihan Subjek 20
3.3.2 Borang Maklumat Diri Dan 21
Rekod Kesihatan
3.3.3 Taklimat Kajian 21
3.3.4 Surat Perjanjian 22
3.3.5 Jadual pengujian 22
3.3.6 Prosedur Ujian 22
3.4 Pembolehubah Kajian 24
3.4.1 Suasana Sekeliling 24
3.4.2 Gaya Hidup 24
3.5 Tempat Kajian 25
3.6 Populasi Dan Sampel Kajian 25
3.7 Alatan Kajian 25
3.7.1 Polar S720i 26
3.7.1.1 Prosedur Penggunaan 26
Polar S720i
3.7.2 Soal-selidik SCAT (Sport 28
Competition Anxiety Test)
3.7.2.1 Skema Permarkahan 28
x
3.7.3 Soal-selidik STAI (State 29
Trait Anxiety Inventory)
3.7.3.1 Skema Permarkahan 29
3.7.4 Soal-selidik CSAI-2 (Competitive 30
State Anxiety Inventory)
3.7.4.1 Skema Permarkahan 30
3.7.5 Jam Randik 30
3.7.6 Wisel 31
3.7.7 MP3 Player 31
3.8 Pengumpulan Data 31
3.9 Analisis Data 32
3.10 Jangka Masa Kajian 32
BAHAGIAN EMPAT
ANALISIS DATA DAN KEPUTUSAN
BAB IV ANALISIS DATA DAN KEPUTUSAN 33
4.1 Pendahuluan 33
4.2 Statistik Deskriptif 35
4.2.1 Bilangan Subjek Mengikut Jantina 35
4.2.2 Bilangan Dan Peratus Subjek 35
Mengikut Bangsa
4.2.3 Peringkat Pertandingan Yang Pernah 36
Diceburi Oleh Subjek
4.2.4 Markah Skor Soal-selidik STAI Bagi 37
xi
Atlit Lelaki Dan Perempuan Sebelum
Larian 100 Meter
4.2.5 Markah Skor Soal-selidik STAI Bagi 38
Atlit Lelaki Dan Perempuan Selepas
Mendengar Muzik
4.2.6 Markah Skor Soal-selidik STAI Bagi 39
Atlit Lelaki Dan Perempuan Selepas
Larian 100 Meter
4.2.7 Rumusan Skor Soal-selidik STAI 40
4.2.8 Markah Skor Soal-selidik SCAT Bagi 41
Atlit Lelaki Dan Perempuan Sebelum
Larian 100 Meter
4.2.9 Markah Skor Soal-selidik SCAT Bagi 42
Atlit Lelaki Dan Perempuan Selepas
Mendengar Muzik
4.2.10 Markah Skor Soal-selidik SCAT Bagi 43
Atlit Lelaki Dan Perempuan Selepas
Larian 100 Meter
4.2.11 Rumusan Skor Soal-selidik SCAT 44
4.2.12 Markah Skor Soal-selidik CSAI-2 Bagi 45
Atlit Lelaki Dan Perempuan Sebelum
Larian 100 Meter
4.2.13 Markah Skor Soal-selidik CSAI-2 Bagi 46
Atlit Lelaki Dan Perempuan Selepas
Mendengar Muzik
4.2.14 Markah Skor Soal-selidik CSAI-2 Bagi 47
Atlit Lelaki Dan Perempuan Selepas
Larian 100 Meter
4.2.15 Rumusan Skor Soal-selidik CSAI-2 48
4.2.16 Rumusan Keputusan Sebelum 49
Pertandingan Larian Dan Selepas
xii
Mendengar Muzik
4.2.17 Rumusan Keputusan Polar Heart Rate 50
Sejam Sebelum Larian 100 Meter
4.2.18 Rumusan Keputusan Polar Heart Rate 51
Setengah Jam Sebelum Larian 100
Meter4.2.19 Rumusan Keputusan Polar Heart Rate 52
Lima Belas Minit Sebelum Larian 100
Meter
4.2.20 Rumusan Keputusan Polar Heart Rate 53
Lima Minit Sebelum Larian 100 Meter
4.2.21 Rumusan Keputusan Polar Heart Rate 55
Selepas Mendengar Muzik
4.2.22 Min Kadar Denyutan Jantung Bagi 56
Semua Subjek Sepanjang Pertandingan
4.3 Statistik Inferensi 57
4.3.1 Perbandingan Tahap Kebimbangan Tret, 57
Stet, Keyakinan Diri Dan Kadar
Denyutan Jantung Sebelum Larian Dan
Selepas Mendengar Muzik
4.3.2 Perbandingan Tahap Kebimbangan Tret, 58
Stet, Keyakinan Diri Dan Kadar
Denyutan Jantung Sebelum Larian Bagi
Atlit Lelaki Dan Perempuan
4.3.3 Perbandingan Tahap Kebimbangan Tret, 59
Stet, Keyakinan Diri Dan Kadar
Denyutan Jantung Selepas Mendengar
Muzik Bagi Atlit Lelaki Dan Perempuan
xiii
BAHAGIAN LIMA
PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN CADANGAN
BAB V PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN CADANGAN
5.1 Pendahuluan 60
5.2 Perbincangan 61
5.2.1 Kebimbangan Tret, Stet, Dan 61
Keyakinan Diri
5.2.1.1 Analisis Deskriptif 61
5.2.1.2 Analisis Inferensi 62
5.2.2 Kadar Denyutan Jantung (HR bpm) 63
5.2.2.1 Analisis Deskriptif 64
5.2.2.2 Analisis Inferensi 64
5.2.3 Kebimbangan Tret, Kebimbangan 65
Stet Dan Keyakinan Diri Serta
Kadar Denyutan Jantung Di
Kalangan Atlit Lelaki Dan Perempuan
5.2.4 Kesimpulan 66
5.3 Masalah-masalah Yang Dihadapi 66
5.3.1 Alatan Polar S720i 66
5.3.2 Cuaca 67
5.4 Cadangan 67
5.4.1 Persampelan Kajian 67
5.4.2 Instrumen Kajian 68
5.5 Penutup 68
xiv
BAHAGIAN ENAM
RUJUKAN 69-72
BAHAGIAN TUJUH
LAMPIRAN A-I 73-88
xv
SENARAI JADUAL
No TAJUK MUKA SURAT
3.1 Prosedur Pengujian 23
3.2 Prosedur Penggunaan Polar S720i 27
3.3 Skema Permarkahan Soal-selidik SCAT 28
3.4 Skema Permarkahan Soal-selidik STAI 29
3.5 Skema Permarkahan Soal-selidik CSAI-2 30
4.1 Peratus Bilangan Subjek Mengikut Jantina 35
4.2 Peratus Bilangan Subjek Mengikut Bangsa 35
4.3 Peringkat Pertandingan Yang Pernah Diceburi 36Oleh Subjek
4.4 Rumusan Skor Soal-selidik STAI Sebelum 37
Larian 100 Meter
4.5 Rumusan Skor Soal-selidik STAI Selepas 38
Mendengar Muzik
4.6 Rumusan Skor Soal-selidik STAI Selepas 39
Larian 100 Meter
4.7 Rumusan Skor Soal-selidik SCAT Sebelum 41
Larian 100 Meter
4.8 Rumusan Skor Soal-selidik SCAT Selepas 42
Mendengar Muzik
4.9 Rumusan Skor Soal-selidik SCAT Selepas 43
Larian 100 Meter
xvi
SENARAI JADUAL
No TAJUK MUKA SURAT
4.10 Rumusan Skor Soal-selidik CSAI-2 Sebelum 45
Larian 100 Meter
4.11 Rumusan Skor Soal-selidik CSAI-2 Selepas 46
Mendengar Muzik
4.12 Rumusan Skor Soal-selidik CSAI-2 Selepas 47
Larian 100 Meter
4.13: Rumusan Tahap Kebimbangan Tret, Stet, dan 49
Keyakinan Diri Sebelum Larian 100 Meter Dan
Selepas Mendengar Muzik
4.14: Rumusan Kadar Denyutan Jantung Sampel-sampel 50
Sejam Sebelum Larian 100 Meter
4.15: Rumusan Kadar Denyutan Jantung Sampel-sampel 51
Setengah Jam Sebelum Larian 100 Meter
4.16 Rumusan Kadar Denyutan Jantung Sampel-sampel 52
Lima Belas Minit Sebelum Larian 100 Meter
4.17 Rumusan Kadar Denyutan Jantung Sampel-sampel 53
Lima Minit Sebelum Larian 100 Meter
4.18 Rumusan Kadar Denyutan Jantung Sampel-sampel 55
Selepas Mendengar Muzik
xvii
SENARAI JADUAL
No TAJUK MUKA SURAT
4.19 Rumusan Kadar Denyutan Jantung Sampel-sampel 56
Sepanjang Pertandingan Larian
4.20 Perbandingan Kebimbangan Tret, Stet, Keyakinan Diri 57
Dan Kadar Denyutan Jantung Sebelum Larian Dan
Selepas Mendengar Muzik
4.21 Perbandingan Kebimbangan Tret, Stet, Keyakinan 58
Diri Dan Kadar Denyutan Jantung Antara Atlit Lelaki
Dan Perempuan Sebelum Larian
4.22 Perbandingan Kebimbangan Tret, Stet, Keyakinan 59
Diri Dan Kadar Denyutan Jantung Antara Atlit Lelaki
Dan Perempuan Selepas Mendengar Muzik
xviii
SENARAI RAJAH
No TAJUK MUKA SURAT
4.1 Rumusan Skor Soal-selidik STAI Sepanjang 40
Pertandingan Larian 100 Meter
4.2 Rumusan Skor Soal-selidik SCAT Sepanjang 44
Pertandingan Larian 100 Meter
4.3 Rumusan Skor Soal-selidik CSAI-2 Sepanjang 48
Pertandingan Larian 100 Meter
xix
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT
A Borang Perlantikan Sampel Kajian 73
B Borang Rekod Kesihatan Dan Kecergasan diri 74
C Surat Perjanjian 76
D Jadual Pengujian 77
E Soal-selidik State Trait Anxiety Inventory (STAI) 78
F Soal-selidik Sport Competition Anxiety Test (SCAT) 81
G Soal-selidik Competitive State Anxiety Inventory-2 (CSAI-2) 83
H Gambar-gambar Aktiviti 85
BAB I
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Sukan amat penting dalam kehidupan kerana sukan bukan sahaja dapat
meningkatkan tahap kesihatan seseorang, malah membantu membangunkan negara dan
menaikkan imej negara, terutamanya apabila ada peserta negara dalam sesuatu
pertandingan sukan berjaya meraih pingat. Malangnya atlit begitu bimbang apabila
menyertai sebarang kegiatan sukan terutamanya apabila sebelum dan semasa
pertandingan yang disertai oleh mereka hingga menjejaskan prestasi mereka.
Masalah kebimbangan dan tidak merasa yakin semasa menghadapi apa jua
pertandingan sering menganggu perasaan atlit-atlit. Perasaan bimbang ini berlaku kepada
semua atlit tanpa mengira usia dan tahap kemahiran. Kebimbangan merupakan salah satu
elemen yang boleh mengugat prestasi individu dalam sukan. Tidak dapat dinafikan
pelbagai masalah wujud dalam diri seseorang individu. Terdapat punca-punca khusus
yan akan membuatkan seseorang itu merasa tertekan dan menjadi bimbang.
2
Kegagalan melakukan tindakan yang sepatutnya di saat-saat genting sering kali
menjadi penyebab kepada kekalahan pemain atau pasukan ternama. Kegagalan
melakukan tindakan yang tepat ini berkemungkinan besar berpunca dari tekanan serta
peningkatan tahap kebimbangan sehingga menyebabkan individu yang berkenaan tidak
mampu memberikan tumpuan serta berfikiran baik sebelum membuat sesuatu keputusan.
Kesannya, tindakan yang dibuat di bawah tekanan sering kali memakan diri.
Menurut Levitt, 1980 (dalam Shaharudin Abn. Aziz., 2001), kebimbangan
berpunca dari kebangkitan fisiologikal dan stres yang dihasilkan berdasarkan kepada
interpretasi negatif yang telah dibuat oleh individu tersebut. Levitt telah
mengkategorikan kebimbingan kepada dua iaitu kebimbingan tret (trait anxiety) yang
merujuk kepada ciri-ciri personaliti individu dan kebimbangan seketika (state anxiety)
yang merujuk kepada tahap kebimbangan semasa yang terhasil dari persepsi individu
terhadap bentuk tekanan yang terdapat di persekitarannya pada waktu itu.
Menurut Mohammed, 1992 (dalam buku Mohd Sofian Omar Fauzee., 2003),
kebimbangan boleh didefinasikan sebagai satu keadaan negatif yang dialami oleh
manusia da merupakan gabungan antara perasaan takut, seram, gentar, runsing, cemas,
bimbang, risau, gelisah, khuatir dan pelbagai emosi lain. Perasaan cemas dan bimbang
ini akan terus berlaku apabila seseorang itu merasa khuatir akan kebolehan dan
kepakarannya. Seseorang itu merasa ragu-ragu sama ada ia boleh atau mungkin ia tidak
berupaya melakukan tugasan dengan baik.
3
Menurut Mahoney dan Meyers, 1989 (dalam buku Mohd Sofian Omar Fauzee,
2003) pula, kebimbangan adalah pengalaman dan dilaporkan berlaku kepada semua atlit
tanpa mengira usia dan tahap kemahiran. Pengalaman dan kemahiran atlit dilaporkan
dari sikap yang berbeza dan banyak menghala kepada bagaimana pengalaman mereka
menghadapi kebimbangan. Kesungguhan dan kesan kepada prestasi kebimbangan
kemungkinan berkaitan kepada tafsiran seseorang individu.
Scanlan, T.K., Stein, G.L. dan Ravizza, K., 1991 (dalam buku Mohd Sofian Omar
Fauzee, 2003) menyatakan bahawa tekanan dari pertandingan boleh didefinisikan sebagai
emosi negatif, perasaan dan pemikiran yang mungkin memberikan pengalaman kepada
atlit tentang perasaan tidak yakin pada diri sendiri, bimbang, otot terasa tertekan, takut,
reaksi fizikal, hanya memikirkan kebimbangan dan perkara-perkara negatif.
Natijahnya kebimbangan boleh ditakrifkan sebagai kesan kognitif atau emosi
yang terhasil dari persepsi terhadap situasi yang dihadapi, yang dilahirkan dalam bentuk
ancaman yang bakal diterima oleh seseorang individu seperti kekalahan, ugutan fizikal,
rasa malu dan sebagainya.
4
1.2 Latar Belakang Masalah
Dalam pertandingan 100 meter, masalah beremosi negatif, perasaan dan
pemikiran yang takut menghadapi kekalahan kepada pihak lawan berlaku di apa jua
peringkat pertandingan. Kebanyakkan peserta dalam acara 100 meter akan merasa
gementer sebelum perlawanan berlangsung, perasaan tertekan ini meningkat secara
magnitud semasa pertandingan. Biasanya, atlit 100 meter menimbulkan perasaan
bimbang dan berasa tertekan kerana kita tahu bahawa prestasi kita akan dinilai dan
dibanding dengan orang lain. Selain itu, tahap kebimbangan atlit akan meningkat
khususnya apabila seseorang atlit tewas sesuatu perlawanan khususnya kepada pihak
lawan yang lebih lemah. Atlit akan merasa kurang keyakinan untuk menhadapi
perlawanan seterusnnya. Denyutan jantung akan meningkat di garisan permulaan
mahupun sebelum masuk ke padang.
Pendek kata, perasaan kebimbangan akan mengakibatkan atlit 100 meter tidak
dapat memberikan prestasi sebenar semasa pertandingan dan tidak dapat merealisasi
tujuan yang ditetapkan. Rentetan daripada itu, pelbagai stategi dan teknik telah
digunakan untuk membantu mengurangkan masalah kebimbangan yang timbul di
kalangan atlit.
1.2.1 Penyataan Masalah
Dalam pertandingan acara 100 meter, masa pertandingan adalah singkat iaitu
dalam lingkungan 9 saat hingga 13 saat. Di peringkat yang lebih tinggi, pemenang akhir
biasanya akan ditentukan dalam masa yang kurang daripada satu saat. Oleh kerana acara
5
100 meter adalah acara yang mendesak, perasaan kebimbangan dan keadaan stres sering
timbul di kalangan atlit secara automatik dan perasaan ini merupakan musuh utama
menganggu prestasi sebenar atlit 100 meter dalam pertandingan .
Di peringkat antarabangsa, kita sering kali melihat atlit-atlit luar negara
mendengar “MP3 Player” ketika masuk ke tempat pertandingan. Misalnya Micheal
Phelps, seorang ahli renang wakil USA yang sering mendengar muzik setiap kali
sebelum memulakan perlawanan. Adakah teknik pendengaran muzik ini membantu
mengatasi masalah kebimbangan? Kajian yang diimplementasikan ini adalah untuk
mengenalpasti kesan mendengar muzik terhadap tekanan dan kebimbangan yang dialami
oleh atlit 100 meter dalam situasi yang kompetitif dengan menggunakan alat maklum
balas biologi Polar Heart Rate S720i dan soal-selidik STAI, SCAT, dan CSAI-2.
1.3 Objektif Kajian
Fokus utama kajian ini adalah untuk mencerakin kesan dan pengaruh pendengaran
muzik terhadap tahap keyakinan diri dan perasaan bimbang sehingga takut dan gementar,
tidak selesa, lebih tertekan, perasaan tidak yakin pada diri sendiri, otot terasa tertekan,
reaksi fizikal, dan hanya memikirkan perkara-perkara negatif yang sering dialami oleh
atlit 100 meter semasa pertandingan dengan menggunakan alat maklum balas biologi
Polar Heart Rate S720i dan soal-selidik STAI, SCAT, dan CSAI-2. Objektif kajian ini
adalah membolehkan atlit bertanding dengan rasa seronok dan tidak tertekan oleh
kebimbangan takut gagal serta boleh memberikan prestasi cemerlang semasa
pertandingan
6
1.4 Hipotesis Kajian
1.4.1 Hipotesis Altenatif
Terdapat perbezaan yang signifikan ke atas tahap kebimbangan tret, kebimbangan stet
dan keyakinan diri bagi atlit 100 meter sebelum bertanding larian 100 meter dan selepas
mendengar muzik.
1.4.2 Hipotesis Null
Tidak terdapat perubahan yang signifikan ke atas tahap kebimbangan tret, kebimbangan
stet dan keyakinan diri bagi atlit 100 meter sebelum bertanding larian 100 meter dan
selepas mendengar muzik.
1.4.3 Hipotesis Altenatif
Terdapat perbezaan yang signifikan terhadap kadar denyutan jantung sebelum
bertanding larian 100 meter dan selepas mendengar muzik.
7
1.4.4 Hipotesis Null
Tidak terdapat perbezaan yang signifikan terhadap kadar denyutan jantung
sebelum bertanding larian 100 meter dan selepas mendengar muzik.
1.5 Persoalan Kajian
a) Adakah terdapat perbezaan yang signifikan ke atas tahap kebimbangan tret,
kebimbangan stet dan keyakinan diri atlit sebelum bertanding larian 100 meter dan
selepas mendengar muzik?
b) Adakah terdapat perbezaan yang signifikan terhadap kadar denyutan jantung sebelum
bertanding larian 100 meter dan selepas mendengar muzik?
c) Adakah terdapat perbezaan yang signifikan ke atas tahap kebimbangan tret,
kebimbangan stet dan keyakinan diri serta kadar denyutan jantung di kalangan atlit lelaki
dan perempuan sebelum bertanding larian 100 meter dan selepas mendengar muzik?
8
1.6 Kepentingan Kajian
Data dan maklumat yang diperolehi dari kajian ini dapat digunakan sebagai
kaedah tambahan untuk atlit 100 meter mengurangkan dan mengatasi masalah
kebimbangan yang sering mengganggu atlit mereka. Melalui kajian ini, atlit yang
melibatkan diri dalam acara 100 meter dapat meningkatkan potensi mereka setelah
berjaya mengatasi masalah kebimbangan dalam pertandingan. Ekoran daripada itu,
kajian ini mampu mengubah situasi latihan atau pertandingan yang membosankan kepada
situasi yang menyeronokan. Rentetan daripada itu, kajian ini juga membantu atlit 100
meter mengawal kebimbangan yang dialami semasa pertandingan.
Kajian yang diimplementasikan ini mampu membantu atlit membentuk dan
mempertingkatkan keyakinan diri mereka supaya dapat mereka memberikan tumpuan
sepenuh perhatian kepada kemahiran bagi meningkatkan prestasi, kerana jika atlit dapat
memberikan konsentrasi semasa pertandingan, perasaan bimbang akan dapat
dikurangkan. Kesimpulannya, kajian yang dijalankan membolehkan atlit 100 meter
mengstabilkan mental dan emosi supaya sentiasa dalam keadaan selesa dan tenang.
Kajian ini telah memberi sumbangan kepada atlit membuat interpretasi sendiri tentang
tahap kebimbangan.
9
1.7 Batasan Kajian
Batasan kajian ini adalah seperti yang berikut:
I. Bilangan sampel yang terlibat dalam kajian ini adalah jumlah kecil iaitu seramai
12 subjek sahaja.
II. Pemilihan muzik mungkin tidak sesuai untuk semua sampel.
III. Soal-selidik STAI, SCAT, CSAI-2 menumpukan kepada pendapat sampel-
sampel. Oleh itu, ia lebih bersifat subjektif
1.8 Definisi Istilah
1.8.1 Polar Heart Rate S720i
Sesuatu alat maklum balas biologi yang digunakan untuk mengukur kadar
denyutan jantung atlit.
10
1.8.2 STAI (State Trait Anxiety Inventory)
Soal selidik yang khas untuk mengukur tahap kebimbangan tret atlit sukan.
Dalam soal selidik ini mempunyai 20 soalan yang telah ditetapkan. Tahap kebimbangan
ditentukan mengikut jumlah skor yang diperolehi.
1.8.3 SCAT (Sport Competition Anxiety Test)
Soal selidik yang khas untuk mengukur tahap kebimbangan stet atlit sukan.
Dalam soal selidik ini mempunyai 15 soalan yang telah ditetapkan. Tahap kebimbangan
ditentukan mengikut jumlah skor yang diperolehi.
1.8.4 CSAI-2 (Competitive State Anxiety Inventory-2)
Soal selidik yang khas untuk mengukur tahap kebimbangan kognitif,
kebimbangan somatik dan keyakinan diri atlit sukan. Dalam soal selidik ini mempunyai
3 bahagian dan setiap bahaian mempunyai 9 item.