KESEDIAAN UNTUK MENCEBURI BIDANG KEUSAHAWANAN
DI KALANGAN PELAJAR-PELAJAR BUMIPUTERA TINGKATAN
EMPAT DI TIGA BUAH SEKOLAH SEKITAR SKUDAI, JOHOR
SAPIAH BINTI BOHARI
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
2008
KESEDIAAN UNTUK MENCEBURI BIDANG KEUSAHAWANAN
DI KALANGAN PELAJAR-PELAJAR BUMIPUTERA TINGKATAN EMPAT DI
TIGA BUAH SEKOLAH SEKITAR SKUDAI, JOHOR
SAPIAH BINTI BOHARI
Laporan projek ini dikemukakan
sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat
Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan
(Kemahiran Hidup)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
APRIL, 2008
ii
iii
DEDIKASI
Buat insan-insan yang dikenang dan disayangi........
Suami Tercinta Abdul Razib bin Haji Shahuddin
Terima kasih atas pengorbanan yang tiada galang gantinya
Keprihatinan dan kesabaranmu membakar semangatku untuk Terus berjuang dalam menimba ilmu ini....
Bonda dan Bonda Mertua Yang Dikasihi Hajah Napsiah bte Haji Mahat dan Hajah Mymuna bte Khamis
Doa kalian memudahkan perjuanganku dalam menimba ilmu ini
Allahyarham Ayahanda dan Ayahanda Mertuaku Haji Bohari bin Haji Hashim dan Haji Shahuddin bin Haji Yunus
Sayu hati pabila kejayaan ini tidak dapat kita kongsi bersama
Semoga Roh Ayahanda berdua dimasukkan ke dalam golongan orang-orang yang beriman, Amin......
Anak-anak Tersayang Nur Syafinaz binti Abdul Razib Syaiful Asyraf bin Abdul Razib Syaiful Fadhli bin Abdul Razib
Nur Syamimi Izzati binti Abdul Razib
Terima kasih kerana sentiasa memahami tugas umi Semoga kejayaan umi ini akan membakar semangat kalian untuk terus mencapai
kejayaan yang lebih cemerlang
Teman Seperjuangan Semangat dan keyakinan di bina bersama
Senang dan gembira dilalui bersama Sedih dan duka dikongsi bersama
Kejayaan jua milik bersama, akan ku kenang untuk selamanya...
Semoga Kejayaan ini sentiasa mendapat keberkatanNya, Amin........
iv
PENGHARGAAN
Segala puji dan syukur dipanjatkan kehadrat Illahi kerana dengan limpah dan
kurniaNya penyelidikan yang dijalankan ini dapat disiapkan sepenuhnya mengikut
masa yang telah ditetapkan.
Tiada kata seindah bahasa yang dapat diucapkan melainkan ucapan terima
kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada Pensyarah Pembimbing iaitu, Dr.
Yusof bin Boon yang telah banyak memberi tunjuk ajar, cadangan serta bimbingan
tanpa rasa jemu dalam menyiapkan penyelidikan ini. Ucapan terima kasih juga
kepada Pengetua SMK Taman Universiti, SMK Taman Universiti 2 dan SMK Taman
Mutiara Rini serta guru-guru yang telah banyak memberi kerjasama semasa kajian ini
dijalankan.
Tidak dilupakan juga sekalung penghargaan kepada individu yang terlibat
secara langsung dan tidak langsung sepanjang penyelidikan ini dijalankan. Semoga
penyelidikan ini dapat memberi manfaat kepada semua pihak.
Sekian, terima kasih.
v
ABSTRAK
Kajian secara deskriptif ini adalah untuk mengetahui tahap kesediaan untuk
menceburi bidang keusahawanan di kalangan pelajar bumiputera tingkatan empat di
tiga buah sekolah sekitar Skudai, Johor Bahru. Sekolah-sekolah yang dilibatkan
dalam kajian ini adalah SMK Taman Universiti, SMK Taman Universiti 2 dan SMK
Taman Mutiara Rini, Skudai, Joor Bahru. Perkara-perkara yang dikaji ialah minat
terhadap mata pelajaran perdagangan dan keusahawanan, persepsi , minat terhadap
bidang keusahawanan, dorongan ibu bapa, dan perbandingan berkaitan ke empat-
empat persoalan kajian dengan jantina. Sebanyak 214 orang responden yang
mewakili keseluruhan populasi terlibat dalam penyelidikan ini. Instrumen kajian
yang digunakan ialah satu set soal selidik yang mengandungi 34 item berdasarkan
kepada skop kajian. Soal selidik terbahagi kepada dua bahagian iaitu Bahagian A,
melibatkan latar belakang responden dan Bahagian B yang melibatkan jawapan
responden terhadap aspek yang dikaji. Kebolehpercayaan soal selidik telah diuji
dalam kajian rintis, dan nilai Alpha Cronbach yang diperolehi ialah 0.893. Analisis
kajian dibuat berdasarkan kekerapan, peratusan dan min. Data diproses
menggunakan perisian SPSS (Statistical Packages For Social Sciences) versi 13.0.
Hasil kajian menunjukkan responden memberikan jawapan yang negatif terhadap
tiga daripada empat persoalan kajian yang dikaji dengan nilai tahap yang rendah.
Faktor minat terhadap mata pelajaran perdagangan dan keusahawanan, dan faktor
dorongan ibu bapa menunjukkan tahap yang paling rendah (nilai min 2.12 masing-
masing) diikuti faktor minat terhadap bidang keusahawanan (nilai min 2.14). Hanya
faktor persepsi terhadap bidang keusahawanan menunjukkan pada tahap sederhana
(nilai min 2.65). Dapatan kajian juga mendapati terdapat perbezaan yang signifikan
antara pelajar bumiputera mengikut jantina, iaitu pelajar perempuan didapati
mempunyai kesediaan yang lebih tinggi berbanding pelajar lelaki untuk menceburi
bidang keusahawanan.
vi
ABSTRACT
This descriptive research is aimed at determining the level of readiness to join
the entrepreneur field. Form Four bumiputera students from three schools around
Skudai, Johor were taken as samples. The schools involved were SMK Taman
Universiti, SMK Taman Universiti 2 and SMK Taman Mutiara Rini, Skudai Johor.
Aspects researched were interest in commerce and entrepreneur subjects, perception,
interest in entrepreneurship, parental guidance and comparison of the results obtained
based on gender. 214 respondents comprising of the population were involved in
this research. Research instrument used was a set of questionnaire with 34 items
based on the research scope. The questionnaire was divided into two parts, Part A,
involving respondents’ background and Part B, involving respondents’ answers to
the research aspects. The questionnaire’s reliability were tested on the initial
research and an Alpha Cronbach value of 0.893 was achieved. Research analysis
were based on frequency, percentage and min. Data was processed using SPSS
(Statistical Packages for Social Sciences) version 13.0. Research results showed the
respondents gave negative answers to three out of the four research aspects with a
low overall score. Interest in commerce and entrepreneur subjects and parental
guidance as factors showed the lowest (mean value 2.12 representative) followed by
interest in entrepreneur field factor (mean value 2.14). The only factor that achieved
a medium score was perception towards entrepreneur field (mean value 2.65).
Survey results also showed a significant difference between the genders where the
readiness to join the entrepreneur field of female students were higher compared to
their male counterparts.
vii
KANDUNGAN BAB PERKARA
MUKA
SURAT
PENGESAHAN STATUS TESIS
PENGESAHAN PENYELIA
TAJUK KAJIAN
HALAMAN PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xii
SENARAI RAJAH xiv
SENARAI SINGKATAN DAN SIMBOL xv
SENARAI LAMPIRAN xvi
BAB 1 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 4
1.3 Pernyataan Masalah 5
1.4 Objektif Kajian 6
1.5 Persoalan Kajian 6
1.6
1.7
Hipotesis Kajian Kepentingan Kajian
7
8
1.8 Skop dan Batasan Kajian 8
viii
1.9 Definisi Istilah 9
1.9.1 Bumiputera 10
1.9.2 Kesediaan 10
1.9.3 Tahap 10
1.9.4 Minat 11
1.9.5 Persepsi 11
1.9.6 Usahawan 11
1.9.7 Keusahawananan 11
1.9.8 Sikap 12
1.9.9 Dorongan 12
1.9.10 Keluarga 12
1.10 Penutup 12
BAB 2 SOROTAN KAJIAN
2.1 Pengenalan 13
2.2 Kepentingan Keusahawanan 17
2.3 Kepentingan Pendidikan Keusahawanan 18
2.4 Pengetahuan Perniagaan 19
2.5 Pengetahuan dan Kemahiran Keusahawanan serta
Ciri-ciri Usahawan
23
2.5.1 Keusahawanan Sebagai Satu Proses 23
2.5.2 Pengolahan Sumber Secara Kreatif 24
2.5.3 Kajian Terhadap Keupayaan Membentuk
Sifat-Sifat Keusahawanan
24
2.5.4 Kajian Mengenai Pengetahuan Kemahiran
Keusahwananan Pelajar
25
2.5.5 Ciri-ciri Seorang Usahawan 26
2.5.5.1 Berdikari 27
2.5.5.2 Yakin Diri 27
2.5.5.3 Berwawasan 27
2.5.5.4 Kreatif dan Inovatif 28
ix
2.5.5.5 Mencari Maklum Balas 28
2.5.5.6 Desakan Supaya Berjaya 28
2.5.5.7 Bekerja Secara Berpasukan 29
2.5.5.8 Berorientasikan Peluang 29
2.5.5.9 Boleh Dipercayai dan Jujur 29
2.5.5.10 Kemampuan Fizikal Yang Memuaskan 30
2.5.5.11 Tabah Menghadapi Kesamaran dan Kegagalan 30
2.5.5.12 Mengambil Risiko Yang Sederhana 30
2.6 Dorongan Daripada Keluarga 31
2.7 Kajian Berkaitan Keusahawanan 31
2.8 Penutup 33
BAB 3 METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan 34
3.2 Prosedur Kajian 35
3.3 Reka Bentuk Kajian 37
3.4 Populasi dan Sampel Kajian 38
3.5 Instrumen Kajian 39
3.6 Pembinaan Soal Selidik 40
3.6.1 Bahagian A 41
3.6.2 Bahagian B 41
3.7 Kajian Rintis 43
3.8 Analisis Data 45
3.9 Penutup
47
BAB 4 ANALISIS DATA
4.1 Pengenalan 48
4.2 Analisis Bahagian A Latar Belakang Responden
49
x
4.2.1 Taburan Responden Mengikut Jantina 49
4.2.2 Taburan Responden Mengikut Penglibatan Ibu Bapa Dalam Bidang Perniagaan
50
4.2.3 Taburan Responden Mengikut Pengalaman Dalam Bidang Perniagaan
50
4.2.4 Taburan Responden Mengikut Penglibatan Dalam Kelab atau Persatuan Yang Bekaitan Dengan Perdagangan dan Keusahawanan
51
4.2.5 Taburan Responden Mengikut Penglibatan Dalam Pengurusan Koperasi Sekolah
52
4.2.6 Taburan Responden Mengikut Tempoh Penglibatan Dalam Pengurusan Koperasi Sekolah
53
4.3 Analisis Bahagian B : Item Soal Selidik 54
4.3.1 Analisis Persoalan Kajian 1 54
4.3.2 Analisis Persoalan Kajian 2 58
4.3.3 Analisis Persoalan Kajian 3 62
4.3.4 Analisis Persoalan Kajian 4 66
4.3.5 Analisis Persoalan Kajian 5 70
4.3.6 Analisis Persoalan Kajian 6 71
4.3.7 Analisis Persoalan Kajian 7 72
4.3.8 Analisis Persoalan Kajian 8 73
4.4 Analisis Keseluruhan 74
4.5 Penutup
75
BAB 5 PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan
5.2 Perbincangan Kajian
76 76
xi
5.2.1 Bahagian A Perbincangan Maklumat Latar Belakang Responden
5.2.2 Bahagian B Perbincangan Terhadap Persoalan Kajian
5.2.2.1 Minat Terhadap Mata Pelajaran Perdagangan dan Keusahawanan
5.2.2.2 Persepsi Terhadap Bidang Keusahawanan
5.2.2.3 Minat Terhadap Bidang Keusahawanan
5.2.2.4 Dorongan Ibu Bapa
5.2.2.5 Perbandingan Antara Jantina Bagi Ke empat-empat Persoalan Kajian
5.3 Rumusan
77
77 78
80
82 86
88
90
5.4 Cadangan Dapatan Kajian
5.4.1 Penubuhan Kelab Keusahawanan
5.4.2 Penubuhan Koperasi Sekolah
5.4.3 Lawatan Ke Ekspo Perdagangan dan Keusahawanan
5.4.4 Kursus, Seminar dan Ceramah Berkaitan Bidang Perniagaan
91
91
92
93
93
5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 94
5.6 Penutup 95
BIBLIOGRAFI 96
LAMPIRAN 102
xii
SENARAI JADUAL NO. JADUAL TAJUK
MUKA SURAT
3.1 Bahagian A : Latar Belakang Responden 41
3.2 Bahagian B : Taburan Item –Item Persoalan Kajian Berdasarkan Empat Faktor
42
3.3 Skala Likert 5 Mata 42
3.4 Nilai Alpha Cronbach Kajian Rintis Mengikut Faktor
44
3.5 Perubahan Skala Lima Mata Kepada Skala Tiga Mata
45
3.6 Tahap Min
46
3.7 Perubahan Min dan Skala 46
4.1 Taburan Responden Mengikut Jantina
49
4.2 Taburan Responden Mengikut Penglibatan Keluarga Dalam Bidang Perniagaan
50
4.3 Taburan Responden Mengikut Pengalaman Dalam Bidang Perniagaan
51
4.4 Taburan Responden Mengikut Penglibatan Dalam Kelab atau Persatuan Yang Berkaitan Dengan Perdagangan dan Keusahawanan
51
4.5 Taburan Responden Mengikut Penglibatan Dalam Pengurusan Koperasi Sekolah
52
4.6 Taburan Responden Mengikut Tempoh Penglibatan Dalam Pengurusan Koperasi Sekolah
53
4.7 Taburan Responden Mengikut Minat Terhadap Mata Pelajaran Perdagangan dan Keusahawanan
55
xiii
4.8 Taburan Responden Mengikut Skor bagi Minat Terhadap Mata Pelajaran Perdagangan dan Keusahawanan
58
4.9 Taburan Responden Mengikut Persepsi Terhadap Bidang Keusahawanan
59
4.10 Taburan Responden Mengikut Skor bagi Persepsi Terhadap Bidang Keusahawanan
62
4.11 Taburan Responden Mengikut Minat Terhadap Bidang Keusahawanan
63
4.12 Taburan Responden Mengikut Skor bagi Minat Terhadap Bidang Keusahawanan
66
4.13 Taburan Responden Mengikut Dorongan Ibu Bapa Kepada Pelajar Untuk Meminati Bidang Keusahawanan
67
4.14 Taburan Responden Mengikut Skor bagi Dorongan Ibu Bapa Kepada Pelajar Untuk Meminati Bidang Keusahawanan
70
4.15 Analisis Ujian-T Perbandingan Antara Jantina Berkaitan Minat Terhadap Mata Pelajaran Perdagangan dan Keusahawanan
71
4.16 Analisis Ujian-T Perbandingan Antara Jantina Berkaitan Persepsi Terhadap Bidang Keusahawanan
72
4.17 Analisis Ujian-T Perbandingan Antara Jantina Berkaitan Minat Terhadap Bidang Keusahawanan
72
4.18 Analisis Ujian-T Perbandingan Antara Jantina Berkaitan Dorongan Ibu Bapa Kepada Pelajar Untuk Meminati Bidang Keusahawanan
73
4.19 Purata Min Keseluruhan Bagi Setiap Persoalan Kajian
74
xiv
SENARAI RAJAH NO. RAJAH TAJUK
MUKA SURAT
3.1 Prosedur Pengendalian Kajian 36
5.1 Membangunkan Usahawan
86
xv
SENARAI SINGKATAN DAN SIMBOL BPTV - Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional
EPRD - Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan
IKM - Institut Kemahiran MARA
IPTA - Institut Pengajian Tinggi Awam
JPN - Jabatan Pendidikan Negeri
KBSM - Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah
KHB - Kemahiran Hidup Bersepadu
KPM - Kementerian Pendidikan Malaysia
KPPM - Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia
PMR - Penilaian Menengah Rendah
PPD - Pejabat Pendidikan Daerah
PTV - Pendidikan Teknik dan Vokasional
SMK - Sekolah Menengah Kebangsaan
SPM - Sijil Pelajaran Malaysia
UTM - Universiti Teknologi Malaysia
UUM - Universiti Utara Malaysia
α - Alpha Cronbach
f - Frekuensi
% - Peratus
df - Darjah Kebebasan
Sig. - Signifikan
xvi
SENARAI LAMPIRAN LAMPIRAN TAJUK
MUKA SURAT
A Set Borang Soal Selidik 102
B Surat Kebenaran Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan (EPRD)
109
C Surat Kebenaran Menjalani Projek Sarjana Muda (PSM) UTM, Skudai, Johor
111
D Keputusan Analisis Kebolehpercayaan (Alpha Cronbach)
- Kajian Rintis - - Kajian Sebenar
113
BAB I
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Di dalam sistem ekonomi terbuka dan bebas seperti di Malaysia, usahawan adalah
antara tunggak utama dan penggerak kepada ekonomi bangsa dan negara. Mereka
adalah antara individu yang menghasilkan berbagai barangan dan perkhidmatan yang
diperlukan oleh masyarakat. Aktiviti mereka pula mewujudkan banyak peluang
pekerjaan. Justeru itu, usahawan adalah antara tunggak utama dan penyumbang kepada
kemakmuran masyarakat dan negara.
Usahawan memainkan peranan yang tidak kurang pentingnya dalam pembangunan
sesebuah negara. Begitu juga halnya dengan negara kita Malaysia. Begitu banyak
program-program telah diaturkan oleh pihak kerajaan demi membangunkan lagi sektor
keusahawanan. Sekalipun ramai usahawan di Malaysia telah berjaya memainkan
peranannya, masih banyak peluang di masa depan yang memerlukan usahawan lebih
maju, malah masih banyak lagi perkara yang perlu diberi perhatian.
Antara perkara yang perlu dimantapkan ialah pendidikan keusahawanan,
khususnya ilmu pengetahuan berkaitan keusahawanan yang perlu dipelajari sama ada
dari segi teori mahu pun praktikalnya. Ini adalah bertepatan dengan pendapat yang
mengatakan:
2
Apa yang kita dengar mengenai keusahawanan yang dikatakan oleh pemikiran pengurusan di Amerika adalah salah. Ia bukan magik, bukan misteri dan tidak ada kena mengena dengan baka. Keusahawanan adalah disiplin dan boleh dipelajari.
(Drucker, 1985)
Pembentukan usahawan perlu bermula dari peringkat rendah lagi iaitu di
peringkat sekolah. Pada peringkat ini, pelajar perlu didedahkan dengan ilmu
keusahawanan dan penerapan nilai-nilai dan ciri-ciri seorang usahawan supaya timbul
kesedaran dan minat untuk menceburi bidang keusahawanan. Bertepatan dengan ini,
Kementerian Pelajaran telah pun mengorak langkah awal dengan memperkenalkan tajuk
perdagangan dan keusahawanan di dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu
(teras dan elektif) bermula dari tingkatan satu hingga ke tingkatan tiga lagi. Pelajar
pada umumnya telah diajar secara teori mengenai bidang keusahawanan melalui mata
pelajaran ini, namun, mata pelajaran ini kebanyakannya hanya diajar di dalam situasi
bilik darjah sahaja dan memerlukan penaakulan dan kognitif yang tinggi dan stabil di
kalangan pelajar, sekaligus menuntut kreativiti guru untuk memantapkan lagi
penerimaan pelajar terhadap bidang keusahawanan. (Pusat Perkembangan Kurikulum,
1989)
Sehubungan itu, sebagai salah satu komponen teras dalam mata pelajaran
Kemahiran Hidup Bersepadu, perlaksanaan pengajaran dan pembelajaran komponen
Perdagangan dan Keusahawanan telah memenuhi dasar pelajaran. Mengikut Laporan
Jawatan Kuasa Kabinet (1980), yang mengkaji perlaksanaaan dasar pelajaran telah
menyebut bahawa dasar pelajaran hendaklah melahirkan tenaga rakyat jangka pendek
dan seterusnya untuk jangka panjang seperti mana yang diperlukan oleh ekonomi negara
kita. Oleh itu, pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran ini perlu diberi perhatian
serius dan kesannya terhadap potensi dan kesediaan pelajar terhadap bidang
keusahawanan pada peringkat awal lagi dan tidak seharusnya dipandang ringan oleh
semua pihak yang terlibat.
3
Walau bagaimanapun, mengikut pakej mata pelajaran Perdagangan dan
Keusahawanan yang ditawarkan di sekolah menengah atas, iaitu di tingkatan empat dan
lima, ianya hanya tertakluk sebagai mata pelajaran pilihan dalam kumpulan Vokasional
dan Teknologi sahaja . Namun, persoalan timbul setelah perlaksanaan Sijil Terbuka
Malaysia yang tidak memberi peluang berterusan kepada semua pelajar untuk menerima
pendidikan berasaskan perdagangan dan keusahawanan, apabila mereka belajar di
tingkatan empat dan lima di mana-mana sekolah menengah akademik di seluruh negara.
Berlainan pula dengan pelajar yang memilih senarai mata pelajaran pilihan dalam
kumpulan dua, Vokasional dan Teknologi.
Di sekolah-sekolah aliran vokasional mata pelajaran keusahawanan merupakan mata
pelajaran yang wajib diambil oleh setiap pelajar. Guru-guru yang mengajar mata
pelajaran pendidikan keusahawanan haruslah mengintegrasikan kaedah pengajaran
mereka dari segi teori dan praktikal. Di samping itu program-program keusahawanan
yang diadakan oleh pihak sekolah seperti aktiviti kokurikulum keusahawanan, kegiatan
koperasi sekolah dan lain-lain merupakan salah satu cara untuk memupuk minat pelajar
mempraktik dan mengamalkan ilmu keusahawanan yang telah dipelajari di dalam kelas.
Antara objektif-objektif mata pelajaran perdagangan dan keusahawanan (Pusat
Perkembangan Kurikulum, 1992) adalah seperti berikut :
i. Membekalkan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran asas perniagaan dan
keusahawanan yang menekankan amalan perniagaan termasuk aspek-aspek
kewangan dan simpan kira, pengurusan perniagaan, etika dalam perniagaan dan
pengeluaran produk.
ii. Membekalkan pelajar dengan pengetahuan kemahiran mengenai konsumerisme.
iii. Memupuk sikap berdikari, yakin diri, semangat ingin tahu, ingin mencuba dan
tidak berputus asa, memperkembangkan inisiatif diri, daya merekacipta serta
keupayaan mengenalpasti peluang perniagaan, menggunakan peluang perniagaan
dengan bijaksana dan bertindak sebagai pengguna dan pengeluar yang
bertanggungjawab.
4
iv. Meluaskan pemahamanan dan mengamalkan prinsip asas perniagaan dan
keusahawanan supaya boleh bertindak sebagai seorang pengguna atau pengeluar
sejajar dengan nilai dan etika perniagaan.
1.2 Latar Belakang Masalah
Kejayaan atau kegagalan seseorang usahawan bergantung kepada sikap dan
kecekapan diri. Sikap yang positif dan adanya kecekapan atau kemahiran diri akan
menentukan kejayaan. Sebaliknya sikap yang negatif dan kekurangan kecekapan diri
akan mengakibatkan kegagalan (Teo, 1991). Pernyataan ini dipersetujui oleh Chamhuri
(1992), usahawan bumiputera masih mengalami masalah modal, kelemahan pengurusan
dan pemasaran, kekurangan pengalaman dan latihan pendidikan. Menurut Tengku
Khairi (2002), kejayaan dalam menghadapi risiko perniagaan akan membawa kepada
perolehan keuntungan dalam perniagaan.
Menurut Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menyatakan bahawa dilema
orang Melayu adalah mereka masih lagi memandang persaingan dengan bukan Melayu
sebagai ukuran pencapaian mereka dalam bidang ekonomi di negara ini tanpa menoleh
kepada cabaran yang lebih hebat lagi iaitu globalisasi. Perkara ini adalah lanjutan dari
teguran Perdana Menteri ke empat , Dato’ Seri Mahathir Mohamad kira-kira 30 tahun
lalu dalam bukunya bertajuk “The Malay Dilemma” yang menegur kelemahan kaum
bumiputera dalam perniagaan pada tahun 1960 –an (Nazaruddin, 2000).
Menurut Moha Asri (1999), peluang yang banyak terdapat dalam bidang
ekonomi menjadi dorongan yang tinggi kepada imigran Cina ke Asia Tenggara. Di
Malaysia, orang Cina merupakan golongan majoriti mengusahakan IKS. Selari dengan
ini menurut Chong (2000), kejayaan etnik Cina di Malaysia tidak boleh dilihat dan
dianggap oleh sesetengah kaum bahawa kaum Cina dilahirkan kaya dan berjaya tanpa
merujuk kepada sejarah kehidupan mereka dalam usaha gigihnya untuk mecapai
5
kejayaan. Etnik Cina menjalani kehidupan berbekalkan sikap kerajinan dan berjimat
cermat dalam mencapai kejayaan perniagaan walaupun tanpa bantuan kerajaan.
1.3 Pernyataan Masalah
Bidang keusahawanan begitu sinonim dengan kaum berbangsa Cina. Sebut
sahaja soal perniagaan, kebanyakan daripada kita akan mengaitkannya dengan kaum
Cina. Persoalan yang wujud adalah tidak adakah golongan bumiputera yang berjaya di
dalam bidang keusahawanan? Selari dengan persoalan ini, pengkaji merasakan
terpanggil untuk mengenalpasti kesediaan pelajar-pelajar bumiputera tingkatan empat di
tiga buah sekolah sekitar Skudai, Johor yang mengambil mata pelajaran Perdagangan,
dalam hala tuju menceburi bidang perniagaan dan seterusnya menjadi seorang usahawan
sekaligus dapat menempis tanggapan bahawa bidang perniagaan hanya diceburi dengan
jayanya oleh kaum Cina sahaja.
Perkara-perkara yang ingin dikaji adalah meliputi dari aspek tahap minat pelajar
terhadap mata pelajaran perdagangan dan keusahawanan, tahap persepsi pelajar terhadap
bidang keusahawanan, tahap minat pelajar terhadap bidang keusahawanan, tahap
dorongan ibu bapa kepada pelajar untuk meminati bidang keusahawanan, perbezaan
tahap minat terhadap mata pelajaran perdagangan dan keusahawanan antara pelajar
bumiputera mengikut jantina, perbezaan persepsi terhadap bidang keusahawanan antara
pelajar bumiputera mengikut jantina, perbezaan minat terhadap bidang keusahawanan
antara pelajar bumiputera mengikut jantina dan tahap dorongan ibu bapa kepada pelajar
untuk meminati bidang keusahawanan antara pelajar bumiputera mengikut jantina.
Persoalan ini dirasakan perlu dicari jalan penyelesaian bagi menambah bilangan
usahawan bumiputera di Malaysia khususnya di samping menambah baik ekonomi
kaum bumiputera amnya.
6
1.4 Objektif Kajian
Antara objektif kajian adalah :
i. Mengenalpasti tahap minat pelajar bumiputera terhadap mata pelajaran
perdagangan dan keusahawanan.
ii. Mengenalpasti tahap persepsi pelajar bumiputera tentang bidang keusahawanan.
iii. Mengenalpasti tahap minat pelajar bumiputera terhadap bidang keusahawanan.
iv. Mengenalpasti tahap dorongan ibubapa kepada pelajar untuk meminati bidang
keusahawanan.
v. Mengenalpasti sama ada terdapat perbezaan berkaitan minat terhadap mata
pelajaran perdagangan dan keusahawanan antara pelajar bumiputera mengikut
jantina.
vi. Mengenalpasti sama ada terdapat perbezaan berkaitan persepsi terhadap bidang
keusahawanan antara pelajar bumiputera mengikut jantina.
vii. Mengenalpasti sama ada terdapat perbezaan berkaitan minat terhadap bidang
keusahawanan antara pelajar bumiputera mengikut jantina.
viii. Mengenalpasti sama ada terdapat perbezaan berkaitan dorongan ibu bapa kepada
pelajar untuk meminati bidang keusahawanan antara pelajar bumiputera
mengikut jantina.
1.5 Persoalan Kajian
Kajian ini bertujuan untuk menjawab beberapa soalan seperti berikut :
i. Apakah tahap minat pelajar bumiputera terhadap mata pelajaran perdagangan
dan keusahawanan?
ii. Apakah tahap persepsi pelajar bumiputera terhadap bidang keusahawanan?
iii. Apakah tahap minat pelajar bumiputera terhadap bidang keusahawanan?
iv. Apakah tahap dorongan ibu bapa kepada pelajar untuk meminati bidang
keusahawanan?
v. Adakah terdapat perbezaan minat terhadap mata pelajaran perdagangan dan
keusahawanan antara pelajar bumiputera mengikut jantina?
vi. Adakah terdapat perbezaan persepsi terhadap bidang keusahawanan antara
pelajar bumiputera mengikut jantina?
vii. Adakah terdapat perbezaan minat terhadap bidang keusahawanan antara pelajar
bumiputera mengikut jantina?
viii. Adakah terdapat perbezaan dorongan ibu bapa kepada pelajar untuk meminati
bidang keusahawanan antara pelajar bumiputera mengikut jantina?