Download - Khilaf PDF
-
7/30/2019 Khilaf PDF
1/93
Farrah Hannan
1
SINARAN mentari mula
menyuluh ke segenap alam. Bilik
tidur yang didiami oleh Liyana
Balqis dan Hasbul Warits turut disirami cahaya tersebut.
Namun, kedua-duanya masih lagi berada di alam mimpi
yang mengkhayalkan. Masih nyenyak dibuai mimpi yang
tidak akan berkesudahan selagi mata terpejam. Sesekali
ada pergerakan berlaku di atas katil, mungkin tidak selesa
apabila cahaya di sebalik langsir yang jarang mula menerjah
masuk ke dalam melalui kain tersebut. Mungkin juga
sudah mula terasa kepanasan kerana kipas sudah dimatikan
suisnya ketika subuh tadi.
Seawal subuh, kedua-duanya sudah bangun
menunaikan kewajipan sebagai hamba Allah SWT namun
kembali leka melayan mimpi apabila terlelap semula akibat
dihasut sang pemusnah hidup manusia. Pemusnahlah
sungguh. Selepas sejenak terlelap, pasangan pengantin baruini terus ditemani mimpi indah sekali lagi sehingga tidak
sedar matahari sudah terpacak di atas kepala. Tiada yang
lebih indah selain daripada dapat bermimpi.
Bab1
-
7/30/2019 Khilaf PDF
2/93
Khilaf Semalam
2
Liyana Balqis berpusing, mengubah posisi tidurnya.
Aiseh, apa ni... keras lain macam aje? Secara tidak sengaja
tangannya tersentuh tubuh Hasbul Warits menyebabkan dia
terkejut lalu terbangun. Tubuh suaminya yang tidak berbaju
menyebabkan dia tersentak sehingga tersedar daripada tidur.
Dia melihat siapa yang berada di sisinya, hampir terlupa dia
sudah bersuami. Dia menyangka ada orang yang menyelinap
masuk ke kamarnya. Mamai seketika.
Jam yang tergantung kemas di dinding kamardikerling. Pukul sebelas pagi. Awal lagi ni. Kalau tidur sekejap
lagi pun bagus, mamat ni pun membuta lagi. Liyana Balqis
menggosok matanya sambil menguap panjang. Hmmm...
pukul sebelas! Sudah pukul sebelas pagi, dan dia bukan di
rumahnya.... Alamak, ini bukan pagi lagi, ini sudah menjelang
tengah hari!
Matanya terus dicelikkan. Liyana Balqis gelisah di
tempatnya. Dia memandang Hasbul Warits yang masih
berbaring dan berselimut. Sedapnya kau tidur, kan? Nak
kejutkan ke? Dia bermonolog sendiri. Serba salah dibuatnya.
Tidak dikejutkan, tidak patut. Mahu dikejutkan, takut
mengganggu pula. Jadi, harus bagaimana? Emmm... dia
berfkir sejenak. Peduli apa!Abul, bangunlah. Dah siang ni. Masih mengawal
suaranya, kononnya hendak menjadi isteri solehah yang tidak
menjerit di telinga suami.
Kaku.
Wei, Abulll... dah pukul sebelas ni! Cepatlah bangun.
Hei, bangunlah!
Berkali-kali dia mengejutkan suaminya tetapi lelaki
itu masih tidak mahu bangun lalu memaksa dia menggunakan
suara sopranonya. Huh! Masih tak jalan! Tubuh suaminya
-
7/30/2019 Khilaf PDF
3/93
Farrah Hannan
3
yang masih kaku di perbaringan segera digoncang-goncangkan
untuk mengganggu tidur lelaki itu.
Sesekali Hasbul Warits merengus apabila terasa
tubuhnya digoncang. Dia tidak suka diganggu ketika sedang
tidur. Tangannya menarik selimut menutup muka kerana
mahu mengelak daripada silau cahaya yang singgah ke
kamar.
Liyana Balqis menarik kembali selimut itu dengan
kasar. Ini tak boleh jadi! Kau nak bangun sendiri atau akupaksa? Liyana Balqis mengetap bibirnya tanda geram. Sejenak
dia berfkir lantas tersenyum nakal apabila lampu ideanya
menyala. Terangkat-angkat keningnya memuji diri sendiri.
Idea yang tiba-tiba terlintas di fkirannya sangat bernas. Dia
yakin lelaki itu akan terus bangun.
Dia membuka kedua-dua belah mata Hasbul Waritsdengan jarinya. Nah, rasakan kuasa jari aku buka mata kau
yang melekat aje sejak tadi ni! Good morning, sayang!Ha ha
ha! Gelak Liyana Balqis dalam hati.
Bangunlah, Abul. Dah pukul sebelas ni. Matahari
dah terpacak atas kepala ni. Apa pulak kata ibu dengan ayah
nanti!
Tangan Liyana Balqis ditepis kasar. Sakit matanya
dicelikkan secara paksa begitu. Dia menggosok matanya.
Ganas betul minah ni. Hasbul Warits menguap panjang. Dia
menggaru-garu kepalanya. Semak betul ada isteri, nak tidur
pun tak puas. Memekak aje pagi-pagi macam ni! What the dot
betullah! Hasbul Warits mendengus.
Mereka ahamlah, Qiss. Kita, kan pengantin baru.Tak ada orang kisah pun pukul berapa kita nak bangun...
jawab Hasbul Warits yang tersengih sambil memeluk bantal
yang baru diambilnya daripada tangan Liyana Balqis. Masih
-
7/30/2019 Khilaf PDF
4/93
Khilaf Semalam
4
melayan matanya yang tidak mampu hendak dibuka. Inilah
akibatnya jika tidur selepas subuh, liat sungguh hendak
bangun semula. Biasanya tiada sesiapa yang mengganggu
tidurnya, tetapi mulai hari ini dia akan diganggu oleh Liyana
Balqis yang sudah menjadi teman sebilik dan teman
sekatilnya juga. Jika setiap hari dia dikejutkan dengan cara
begini, boleh terkeluar biji matanya nanti.
Kepala lutut awak! Mentang-mentang pengantin
baru, awak nak membuta sampai ke petang? Hei, bangunlahcepat! Liyana Balqis menarik kasar tubuh suaminya, lantas
tuala dicampak ke muka lelaki itu.
Bukan main kasar dia layan aku, ingat kawan-kawan
lagi ke? Aduh, minah ni! Harap rambut panjang macam
perempuan, tapi jantan rupanya! Bisik hati Hasbul Warits
sambil mengambil tuala yang singgah ke wajahnya.
Sementara itu isterinya pula kelihatan sedang
mengambil tuala yang lain dan serta-merta keluar dari kamar
dan menuju ke bahagian dapur di mana terletaknya bilik
mandi.
Kedudukan bilik mandi yang agak jauh membuatkan
Liyana Balqis terasa segan. Biasalah rumah kampung, bilik
mandi akan dibina di bahagian dapur bagi memudahkansemua kerja. Malah selalunya jarang ada bilik mandi lebih
daripada satu di dalam rumah. Paling tidak pun sebuah bilik
mandi di dalam rumah dan sebuah lagi dibina di luar rumah
untuk kemudahan jika ada majlis kenduri-kendara.
Dia berhati-hati melangkah ke bahagian dapur
supaya tiada yang perasan akan kehadirannya di situ.
Kalaulah ada sesiapa yang melihat wajahnya yang baru
bangun tidur ini, pasti dia akan malu besar. Dengan rambut
yang agak kusut, pasti wajahnya ini tidak menunjukkan
-
7/30/2019 Khilaf PDF
5/93
Farrah Hannan
5
dirinya yang sebenar. Hari pertama di rumah mentua, sudah
tentu dia tidak mahu penampilannya yang tidak kemas ini
dilihat oleh ibu atau bapa mentua. Bikin malu saja jika tahi
matanya dilihat oleh orang lain.
Saat kakinya sampai ke muka pintu bilik mandi,
wajah ibu mentuanya tersembul keluar dari situ. Oh, mak!
Dia terkejut sekali lagi. Sesak dadanya untuk beberapa saat
kerana kejutan yang tidak disengajakan.
Wanita yang baru sahaja selesai mencuci pakaianbarangkali itu, sekadar tersenyum memandangnya. Liyana
Balqis kaget namun tetap membalas senyuman itu seikhlas
mungkin. Dia membetulkan rambutnya yang serabai. Pasti
wajahnya menakutkan ibu mentuanya dengan rambut yang
tidak terurus ini. Maakan menantu ibu ini, anakanda sedang
membiasakan diri.
Masuklah. Ibu nak pergi sidai baju dulu.
Baik, jawab Liyana Balqis.
Sebaik sahaja wanita itu menghilang melalui pintu
belakang, dia segera melangkah masuk ke dalam bilik mandi.
Setelah memastikan pintu dikunci barulah dia menyangkut
tuala sebelum melucutkan pakaiannya daripada tubuh. Fuh,
nasib baik terserempak dengan ibu aje... kalau ayah pun
sekali? Haru... haru. Perasaan malu masih bertakhta dalam
dirinya. Sepatutnya hari pertama sebagai menantu di rumah
ini dia harus menyediakan sarapan buat keluarga, tetapi
sebaliknya pula yang terjadi.
Macam mana pulak boleh terbabas tidur ni?
Malunya, isy! Liyana Balqis merungut sendiri. Kepalanyadigaru-garu. Bertambah kusut rambutnya. Dia menyesal
kerana tewas dengan ajakan syaitan selepas subuh tadi. Usai
solat subuh, dengan selamba dia berbaring semula lalu
-
7/30/2019 Khilaf PDF
6/93
Khilaf Semalam
6
melelapkan matanya. Imannya terlalu nipis sejak
kebelakangan ini. Ada sahaja yang melalaikannya. Malah
banyak perkara yang mendatangkan dosa sudah berani dia
lakukan.
Cukuplah sekali hari ni. Harap-harap esok tak lagi.
Insya-Allah... ada jalan untuk bangun awal, tambah Liyana
Balqis lagi bersama keazaman yang membara.
Sedikit air diratakan ke wajahnya, kemudian
memicit bekas pencuci muka yang sering digunakan laludisapukan krim tersebut ke seluruh muka. Dia mengurut
muka seperti kebiasaannya. Sejak pandai menjaga
penampilan, setiap hari dia akan memastikan dia mencuci
muka kemudian mengenakan pelembap untuk menjaga
kesihatan kulit mukanya. Walaupun tiada masalah dengan
jerawat, dia tetap menjaganya. Bukan sahaja dari segi
kesihatan, tetapi demi kecantikannya juga.
Selesai membilas muka, barulah dia menggosok
gigi seterusnya dia meratakan air ke seluruh tubuhnya.
Barulah segar sedikit selepas air menyapa tubuh. Dia
menghayati setiap titisan air yang terkena pada tubuhnya.
Hilang keletihannya. Huh, sejuknya air kat sini pagi-pagi!
Patutlah mamat ni selalu pergi sekolah tak mandi. Lepas nijangan akupulakyang tak mandi pagi!
Gila sejuk! Kenapa tak sama dengan kat rumah
abah eh? Maunya aku tak mandi awal-awal esok. Bangun awal
wajiblah, tapi mandi awal, sunat aje, bebelnya sendirian.
Qiss, lama lagi ke?
Pintu diketuk bertalu-talu. Sebuku sabun di tanganterjatuh kerana terkejut mendengar namanya tiba-tiba
dipanggil. Suara itu sangat dikenalinya. Dia mendengus
kasar.
-
7/30/2019 Khilaf PDF
7/93
Farrah Hannan
7
Menyibuk ajelah mamat sorang ni! Orang nak
mandi pun tak senang.
Buih-buih sabun pada tubuhnya segera dibersihkan.
Kemudian dia membilas rambutnya yang juga dipenuhi buih
syampu. Selepas memastikan dirinya bersih, dia mengambil
tuala dan mengelap tubuhnya sehingga kering lalu
menyarung sehelai T-shirt putih ke tubuhnya. Kegemaran
memakai T-shirt berwarna putih, menjadikan kebanyakan
T-shirt yang dibelinya adalah berwarna putih.Kejaplah. Jangan ketuk-ketuk boleh tak? Tak sabar-
sabar ni kenapa? bebel Liyana Balqis dari dalam bilik mandi.
Terkial-kial dia memakai kain batik. Walaupun sudah biasa
memakainya di rumah, namun jika dalam keadaan tergesa-
gesa seperti sekarang, pasti tidak akan sempurna
pemakaiannya. Pakaian tidur dicapai kemudian pintu dibuka.
Suaminya sedang bersandar pada dinding menunggu dia
keluar. Kakinya melangkah keluar dari bilik mandi,
memberikan ruang kepada Hasbul Warits untuk
membersihkan diri pula.
Cepatnya mandi, tegur Hasbul Warits.
Awak tukan nak mandi jugak, takkan Qiss nak
berkampung kat dalam tu. Balas Liyana Balqis geram sambilmemasamkan mukanya. Dia yang kalut bergendang pintu,
dikatanya aku mandi cepatpulak!
Perkahwinan secara paksa dan tidak rela ini
menyebabkan Liyana Balqis agak kasar melayan suaminya.
Sudah berkali-kali dia cuba berlembut tetapi tidak boleh.
Pantang melihat wajah lelaki itu mulalah dia naik angin.
Seolah-olah hendak ditamparnya muka lelaki itu kerana
hanya mengangguk dan bersetuju menerima cadangan
kedua-dua belah pihak keluarga mereka.
-
7/30/2019 Khilaf PDF
8/93
Khilaf Semalam
8
Bukan sahaja Liyana Balqis, malah Hasbul Warits
juga tidak tahu apa yang patut dilakukan. Selama ini dia dan
Liyana Balqis adalah kawan baik. Hanya sekadar kawan baik.
Tetapi selepas peristiwa sewaktu senja tidak lama dulu,
mereka terpaksa bernikah juga. Liyana Balqis dipaksa, Hasbul
Warits terpaksa.
Cepat-cepat kakinya melangkah ke bilik yang
terletak tidak berapa jauh dari situ. Segera pintu ditutup dan
dikunci. Rambut yang basah segera dikeringkan. Agak lamadia membelek rambutnya. Sudah biasa dikeringkan dengan
cara itu demi menjaga kecantikan rambutnya. Kemudian
disikat rapi dan dibiarkan lepas untuk membiarkan sisa-sisa
basah mengering dengan sempurna.
Liyana Balqis mengintai ke luar tingkap. Kelihatan
ibu mentuanya masih menyidai pakaian yang dibawanya tadi.
Kemudian wanita itu mengemas kawasan halaman rumah.
Sisa-sisa sampah kenduri masih bertaburan di situ. Bersikap
selamba, Liyana Balqis keluar dengan niat hendak membantu
ibu mentuanya. Namun agak gugup juga mahu berdepan
buat kali kedua pada hari ini selepas pertemuan kali pertama
berlaku dalam keadaan yang agak memeranjatkan.
Biar Qiss tolong ibu. Senyuman manis diukir buatibu mentua yang sedang memegang tong sampah.
Isy, tak apa! Susahkan Qiss aje. Dah makan ke
belum ni?
Belum. Tak apa, biar Qiss tolong. Abul emmm...
abang pun tengah mandi lagi. Nanti Qiss makan dengan dia.
Liyana Balqis mengutip sampah-sampah yang besar lalu
dimasukkan ke dalam plastik sampah yang dibawa oleh Puan
Waa. Sambil membantu ibu mentuanya, mereka berbual-
bual. Sesekali ketawa kecil pecah di antara kedua-duanya.
-
7/30/2019 Khilaf PDF
9/93
Farrah Hannan
9
Buat pertama kali Liyana Balqis berbual mesra
dengan wanita ini selepas menjadi isteri Hasbul Warits.
Dahulu ketika dia dan lelaki itu merupakan kawan baik,
selalu juga mereka berbual. Tetapi sekarang mereka pasti
akan lebih akrab kerana mereka sudah mempunyai hubungan
rasmi.
Dia mandi boleh tahan lama. Kalau Qiss lapar
makanlah dulu, tak payah tunggu dia.
Tak apa, ibu. Qiss tunggu dia aje.
Baiknya menantu ibu....
-
7/30/2019 Khilaf PDF
10/93
Khilaf Semalam
10
Q
ISHHH...!
Suara kanak-
kanak menyapa telinga
mereka berdua. Serentak mereka berpaling.
Kelihatan sebuah motosikal yang Liyana Balqis
kenali berada di halaman rumah itu. Seorang gadis bersama
seorang kanak-kanak kecil sedang tersenyum memandangnya.
Segera tangannya dicuci dan melangkah menghampiri dua
insan itu. Ibu mentuanya turut sama pergi ke tempat Lina
Azreen memberhentikan motosikalnya.Bawak adik naik motor, abah dengan mama tahu
tak? soal Liyana Balqis.
Tahulah Qiss, abah yang suruh Ayen bawak Yaya
datang... jawab Lina Azreen, adik Liyana Balqis.
Si kecil yang berusia hampir empat tahun segera
memeluk tubuh Liyana Balqis. Lantas si kecil didukung. Mataadiknya itu bengkak, mungkin kerana menangis semalaman.
Si kecil yang comel itu dikucup mesra.
Lina Azreen turun dari motosikal lalu menyalami
Bab2
-
7/30/2019 Khilaf PDF
11/93
Farrah Hannan
11
ibu mentua kakaknya. Si kecil yang diberi nama Lidya Maya
juga turut menghulurkan tangan menyalami wanita itu.
Qish jom balik, Yaya nak tidur dengan Qish.
Esok Qiss balik eh? Hari ni Qiss tak boleh. Yaya
tidurlah dengan mama sekejap. Liyana Balqis memujuk
adiknya. Haru-biru adiknya yang seorang ini. Tidak boleh
berjauhan dengan kakak kesayangannya. Inilah padahnya
kerana terlalu memanjakan adik.
Qiss, bawak adik masuk. Boleh makan sama. Mi
goreng ibu buat tadi pun banyak lagi. Mari masuk Ayen.
Mereka melangkah masuk ke dalam rumah.
Langkah kanan sungguh dua beradik ini.
Lina Azreen tersengih. Kebetulan mi goreng adalah
makanan kegemarannya, sudah tentu dia tidak akan menolak
pelawaan ini. Tambahan pula dia masih belum bersarapankerana tergesa-gesa membawa adik kecilnya ke sini. Sebaik
sahaja bangun daripada tidur, adik bongsunya merengek
mahu datang ke sini bertemu kakak sulung mereka.
Sepatutnya kakak keduanya (Lisa Diana) yang harus
membawa Yaya datang ke mari. Tetapi banyak pula akalnya
mengelak. Terpaksalah dia akur dengan suruhan abahnya.
Lagipun bukan selalu dia mendapat kebenaran menunggang
motosikal, tidak kisahlah walaupun terpaksa berkorban
sarapan pagi.
Eh, Yaya datang! Hasbul Warits yang baru keluar
dari bilik terus menghampiri mereka. Tangannya dihulurkan
kepada Lidya Maya.
Si kecil bertukar tangan. Mereka sudah mengenaliantara satu sama lain.
Lidya Maya sudah biasa berada bersama Hasbul
Warits. Malah sering sahaja dia mengikut lelaki itu pergi ke
-
7/30/2019 Khilaf PDF
12/93
Khilaf Semalam
12
kedai jika kakaknya membawa dia pergi ke pondok untuk
belajar bersama teman-teman lain.
Aboy... panggil Lidya Maya.
Sayang, bukan Aboy. Sekarang tak boleh panggil
Aboy lagi tau. Qiss nak Yaya panggil Abang Aboy. Liyana
Balqis membetulkan panggilan si adik terhadap lelaki yang
sedang memangkunya.
Otey, Abang Aboy.
Mi goreng dicedokkan ke pinggan. Puan Waa
melayan tetamu dengan begitu baik.
Lina Azreen sekadar tersenyum, si kecil pula manja
di atas ribaan abang iparnya.
Sementara itu, Liyana Balqis sedang membancuh
minuman buat mereka semua. Tugasan kedua di rumah
mentua masih lagi tugasan yang sudah terbiasa dibuat di
rumahnya.
Sedapnya mi goreng mak cik ni, puji Lina Azreen.
Tak adalah, biasa-biasa aje ni. Jemput makan ye.
Suapkan Yaya ni, Abul, ujar Puan Waa sambil tersenyum.
Tak apa, biar Qiss suapkan. Cepat-cepat Liyana
Balqis membawa minuman ke meja makan. Terasa bersalah
pula membiarkan lelaki itu menyuap adiknya sedangkan
suaminya itu juga masih belum bersarapan. Selepas menuang
minuman ke dalam cawan, Liyana Balqis mahu mengambil
Lidya Maya ke ribaannya, tetapi si kecil itu berkeras tidak
mahu. Dia sudah selesa duduk di ribaan abang iparnya itu.
Biar abang yang suapkan Yaya.Okey, jawab Liyana Balqis pendek. Dia mencebik.
Telinganya terasa geli apabila mendengar Hasbul Warits
membahasakan diri sendiri sebagai abang.
-
7/30/2019 Khilaf PDF
13/93
Farrah Hannan
13
Puan Waa yang berlalu meninggalkan dapur
sekadar tersenyum. Dia seronok mendengar anaknya
membahasakan diri sendiri sebagai abang apabila bercakap
dengan Liyana Balqis. Sejuk hatinya kerana anak lelaki
tunggalnya menerima Liyana Balqis dengan mudah. Tetapi,
mudahkah? Mungkin tidak semudah yang dia sangka.
Walaupun pada awalnya anak tunggalnya ini tidak
bersetuju dengan cadangan mereka untuk dinikahkan dengan
Liyana Balqis, tetapi kini semakin positi tindakan anaknyaterhadap gadis yang baru dinikahinya semalam. Mungkin dia
sudah memahami apa yang sepatutnya dilakukan. Walaupun
membantah dahulu, nampaknya kini kedua-duanya terpaksa
mengalah juga. Demi menjaga hati dan perasaan orang tua,
mereka terpaksa melukakan hati sendiri untuk seketika.
Bila abang nak bawak Qiss balik rumah? Yaya ni
tak nak tidur malam tau, ujar Lina Azreen sambil
mengunyah mi.
Makan dulu, nanti bercakap boleh? marah Liyana
Balqis.
Hasbul Warits tersenyum sahaja. Dia tahu adik kecil
ini sangat rapat dengan isterinya. Sejak kecil lagi Lidya Maya
sememangnya lebih selesa bersama Liyana Balqis. Isterinyajuga menyayangi si kecil ini, malah tidak pernah dia melihat
si kecil ini dimarahi. Pada hari pernikahan mereka, Lidya
Maya asyik duduk bersandar pada tubuh kakaknya. Ketika
Liyana Balqis mahu meninggalkan rumah untuk datang ke
sini, si kecil menangis dan meraung sehingga terpaksa
dilarikan ke tempat lain. Tidak sampai hati dia melihat
keadaan itu tetapi apa boleh buat, Lidya Maya tidak boleh
mengikut mereka. Sesekali memandang isterinya, dia juga
dapat rasakan gadis itu sebak melihat adiknya menangis.
-
7/30/2019 Khilaf PDF
14/93
Khilaf Semalam
14
Aboy... Abang Aboy, nak air....
Nah, Qiss dah sejukkan air teh ni.Hasbul Warits mengambil cawan berisi air teh yang
diunjukkan oleh isterinya lalu disuapkan ke mulut si kecil.
Dia seronok melayan Lidya Maya. Si kecil ini tidak banyak
kerenah. Dengan sesiapa sahaja dia boleh duduk bersama. Dia
tidak seperti kanak-kanak lain yang sebahagian daripadanya
suka merengek jika bersama orang yang baru dikenali.
Sesekali jika ditinggalkan oleh Liyana Balqis, barulah diamenangis dan merengek kerana mahukan kakaknya.
Qish, jom balik!
Ayen dah siap makan nanti boleh balik. Tapi Qiss
tak ikut hari ni, Qiss nak pergi sekolah. Esok Qiss balik.
Lidya Maya angguk. Jika dia tahu kakaknya akan ke
sekolah, dia tidak menangis. Dia memahami akan istilahsekolah. Acap kali dia diceritakan tentang sekolah. Malah dia
pernah dibawa ke sekolah oleh abahnya. Sejak itu jika dia
mahu ditinggalkan, pasti mereka akan mengaitkan sekolah
supaya dia tidak menangis. Mudah sahaja mahu membohongi
si kecil ini. Percaya pada cerita rekaan.
Otey,
Yaya tunggu di rumahesyok
.
Esok abang bawak Qiss balik rumah jumpa Yaya
ye. Yaya tunggu aje. Sebelum malam abang sampai dengan
Qiss kat rumah, tambah Hasbul Warits sambil menyuap adik
iparnya lagi.
Selepas selesai menjamah mi goreng, Lina Azreen
membawa adik kecilnya pulang. Rindu sudah dilepaskan
terhadap kakak sulung mereka. Adiknya itu sudah mampu
tersenyum selepas dapat duduk bersama-sama Liyana Balqis
walaupun hanya untuk sekejap sahaja.
-
7/30/2019 Khilaf PDF
15/93
Farrah Hannan
15
Hasbul Warits mendukung Lidya Maya sehingga ke
motosikal. Selepas enjin dihidupkan, barulah dia meletakkan
si kecil itu ke dalam bakul motosikal.
Tata Qish....
Liyana Balqis melambaikan tangannya. Kasihan
Lidya Maya. Mereka terlalu rapat. Tidur bersama, makan
bersama malah banyak perkara mereka lakukan bersama-
sama. Tetapi kini mereka tidak lagi boleh bersama-sama
seperti selalu. Bagaimana adiknya tanpa dia? Entah tidurentahkan tidak, entah makan entahkan tidak.
Kesian Yaya, kan? ujar Hasbul Warits.
Habis tu, takkan nak bawak Yaya datang sini
pulak? Balas Liyana Balqis.
Apa salahnya, nanti dah ada anak senang sikit dah
belajar jaga Yaya.
Jangan merepek boleh tak!
Hasbul Warits gelak mengekek! Berani betul aku
cakap pasal anak time-time macam ni. Sekali jantan berwajah
perempuan ni buka bunga silat, mahu terpacak kepala aku ke
bumi! Bukannya tak kenal siapa Qiss pun!
LIYANABALQIS teragak-agak hendak keluar dari bilik. Dia
hendak membantu ibu mentuanya di dapur, tetapi dia tidak
tahu apa yang harus dilakukannya. Tidak senang duduk dia
dibuatnya.
Dia tidak pandai memasak. Setakat hendak
membantu kerja-kerja mudah, dia tahu tetapi jika hendak
membuat perkara yang lebih sukar, dia memang tidak yakin
kepada dirinya. Hendak memotong sayur pun dia tidak
-
7/30/2019 Khilaf PDF
16/93
Khilaf Semalam
16
berani. Kata mama sayur yang dipotongnya terlalu besar,
boleh tercekik dibuatnya.
Serba salah dibuatnya. Mustahil untuk dia tidak
keluar ke dapur menolong ibu mentuanya. Menantu apa
namanya jika hanya duduk berkurung di dalam bilik?
Menantu hantu? Mama sudah berpesan, dia harus ringankan
tulang untuk membantu kerja-kerja rumah. Pagi tadi dia
sudah membantu, tetapi itu tidak memadai. Tidak mungkin
sehari sekali sahaja hendak membantu ibu mentuanya? Apakes bergelar menantu jika berkira dengan ibu mentua
sendiri?
Pintu bilik dibuka. Hasbul Warits muncul tanpa
berbaju. Liyana Balqis memandang ke arah lain. Bukannya
tidak biasa melihat lelaki itu tidak berbaju, tetapi tiba-tiba dia
teringatkan sesuatu yang berlaku malam tadi menyebabkan
dia berasa segan hendak memandang ke arah tubuh yang
sedang masuk ke dalam bilik mereka. Uh, malunya!
Kenapa berkurung dalam bilik? Pergilah borak-
borak dengan ibu kat dapur. Macam tak biasapulak. Hasbul
Warits menarik kerusi meja solek lalu duduk bertentangan
dengan isterinya yang membuang pandangan ke arah jendela.
Dia tersenyum dalam hati. Malu kau nak pandang aku, kan?Bukannya kau tak biasa pun tengok aku tak pakai baju.
Hasbul Warits tersenyum nipis. Lucu melihat wajah Liyana
Balqis yang kemerah-merahan apabila direnungnya.
Qiss tak tahu masak. Nak potong sayur pun tak
pandailah, ujar Liyana Balqis berterus terang.
Ibu ajarlah nanti.
Tapi....
Tak payahlah malu, jom pergi dapur. Hasbul
Warits menarik tangan Liyana Balqis tetapi isterinya itu
-
7/30/2019 Khilaf PDF
17/93
Farrah Hannan
17
menarik semula tangan yang sudah berada dalam
genggamannya. Liyana Balqis kelihatan kekok.
Mereka berpandangan sesama sendiri.
Kelihatan Liyana Balqis seakan-akan tidak berpuas
hati apabila tangannya disentuh oleh Hasbul Warits.
Aik, marah ke dia ni aku pegang tangan dia? Bisik
hati Hasbul Warits.
Ala, semalam lebih dari pegang tak marah pun?Sindir Hasbul Warits.
Eh, itu semalam.Not today!
Semalam ke today ke sama aje, Qiss. You and me,
we are married!
Double jerk. Hasbul Warits tersenyum dan
tersengih juga.Seakan-akan hendak menjerit melihat Hasbul
Warits tersenyum begitu. Sabar Liyana Balqis, perjalananmu
masih jauh! I know!
-
7/30/2019 Khilaf PDF
18/93
Khilaf Semalam
18
MALAM menjelma lagi. Malam
kedua dirasakan sangat sukar
untuk dilaluinya. Walaupun
malam yang mendebarkan sudah berlalu namun malam-
malam mendatang masih membuat Liyana Balqis gementar.
Setiap malam adalah malam yang mendebarkan buat dirinya.
Apabila malam menjelma, perasaan Liyana Balqis mulai
resah. Kalaulah malam tidak mengunjunginya, pasti dia lebih
tenang. Oh, malam... mengapa mesti kau hadir menggantikan
siang?
Malam, bermakna dia akan sekali lagi berkongsi
bilik apatah lagi terpaksa juga berkongsi katil bersama Hasbul
Warits. Tidak mungkin untuk dia tidur di atas lantai. Apa pula
kata suaminya nanti sedangkan semalam dia tidak menolak,
tetapi malam ini dia melarikan diri pula. Tetapi, dia bimbang
peristiwa semalam kembali menemani malamnya. Walaupun
sudah melaluinya malam tadi, tetapi dia masih kekok untukmengulanginya sekali lagi. Masih terlalu asing tanggungjawab
sebagai isteri untuk dirinya.
Semalam, walaupun dia masih marahkan lelaki itu,
Bab3
-
7/30/2019 Khilaf PDF
19/93
Farrah Hannan
19
namun dia telah melaksanakan tanggungjawabnya sebagai
isteri secara tidak sedar. Sepatutnya dia mengelak, tetapi
tingkah laku Hasbul Warits yang sangat lemah lembut dan
romantis telah menggodanya sehingga dia tidak mampu
menolak. Tambahan pula dia masih terlalu muda. Masih tidak
pandai mengawal nasunya. Lantas dia telah menyerah diri
kepada suaminya.
Qiss, tak tidur lagi? Dah lewat ni, tegur Puan
Waa.Kejap lagi, ibu... jawab Liyana Balqis sambil
tersenyum nipis menyembunyikan debaran di dada. Nak tidur
dengan ibu boleh? Mahu sahaja dia bertanya soalan ini jika
ibunya ini bukan mentuanya. Resah gelisah menjadi satu.
Mama, Qiss tak nak tidur dengan mamat ni! Mana Qiss nak
tidur ni? Bisik hatinya lagi.
Mata tu dah mengantuk dah ibu tengok. Jangan
lama-lama, nanti tertidur kat sini pulak, tambah wanita itu
lagi.
Masih sekadar tersenyum, Liyana Balqis
menghantar ibu mentuanya yang sudah melangkah menuju
ke kamarnya dengan pandangan. Jam di dinding
menunjukkan beberapa minit lagi untuk ke pukul dua belastengah malam. Walaupun pada hakikatnya selama ini Liyana
Balqis sudah terbiasa tidur seawal jam sepuluh malam, tetapi
sengaja dia menahan matanya daripada terlelap. Jelas dia
masih tidak dapat membiasakan diri menahan matanya
daripada terlelap. Sesekali tersengguk-sengguk juga
walaupun di hadapan matanya ada televisyen yang masih
terpasang malah lampu masih terang-benderang.
Mata Liyana Balqis semakin layu. Tanpa sedar dia
telah terlelap di soa sedangkan televisyen masih
-
7/30/2019 Khilaf PDF
20/93
Khilaf Semalam
20
menayangkan drama ulangan. Lampu yang terang-benderang
tidak menjadi masalah untuk dia melelapkan matanya. Ketika
dia tidur bersama adik bongsunya, kadangkala mereka tidak
memadamkan lampu kerana si kecil takutkan gelap. Sudah
terbiasa tidur dengan cahaya lampu, lantas perkara itu tidak
langsung mengganggu nasu tidurnya yang sedang
memuncak.
Selepas seketika Liyana Balqis terlelap, Hasbul
Warits pula keluar dari bilik dengan mata yang merah keranabaru terjaga daripada tidur. Sejak pulang dari rumah
temannya kerana melepak bersama-sama yang lain kira-kira
sejam yang lalu, dia berada di dalam bilik untuk menunaikan
solat isyak dan terus terlelap selepas leka membaca sebuah
buku motivasi. Bosan barangkali membaca buku tersebut
sehingga tertidur. Tidak sampai sepuluh muka surat pun dia
sudah terlelap sehingga tidak sedar lampu masih belumdipadamkan. Mujurlah lampu yang tidak dipadamkan itu
berjaya menyedarkannya daripada terus tertidur.
Saat terjaga daripada tidur, dia mendapati isterinya
tiada di sisi lalu dia mengambil keputusan untuk keluar dari
bilik untuk melihat apa yang dibuat oleh isterinya sehingga
tidak masuk ke kamar. Sedang berbual dengan ibu dan ayahlagi ke? Atau sedang mogok tidak mahu masuk ke dalam
bilik? Liyana Balqis seorang yang sukar diahami. Kadang-
kadang dia tidak langsung memahami apa kemahuan
isterinya itu.
Hasbul Warits membuka pintu dan melangkah
keluar dari bilik tidurnya. Tambahan pula tekaknya terasa
dahaga, dia mahu ke dapur untuk meneguk segelas airsebelum mencari isterinya dan menyambung tidur semula.
Tetapi ketika melintasi ruang tamu, dia melihat sekujur
tubuh sedang berbaring lesu di atas soa. Liyana Balqis
-
7/30/2019 Khilaf PDF
21/93
Farrah Hannan
21
tertidur di situ. Hasbul Warits mengubah haluannya, tidak
jadi ke dapur.
Ya Allah, tidur dah Si Qiss ni? Dia menggelengkan
kepala lalu menghampiri isterinya. Wajah itu ditatap. Inilah
wajah yang sering bergelak ketawa dengannya dahulu. Inilah
wajah insan yang menjadi sahabatnya. Inilah juga insan yang
telah menjadi isterinya tanpa dia pernah bermimpi akan hal
ini. Setahu dia, ada insan lain yang menaruh perasaan kepada
anak sulung Cikgu Luth Bakri yang kasar tetapiberperwatakan menarik ini. Tetapi kerana ketegasan bapanya,
lelaki itu tidak berani mengambil risiko.
Hasbul Warits tersenyum bangga. Akhirnya dia
yang memiliki wanita muda ini. Walaupun pada umur ini dia
tidak sepatutnya melangkah masuk ke alam rumah tangga,
tetapi dia semakin sedar akan hakikat sebenar. Tidak salah dia
memegang tanggungjawab sebesar ini. Tambahan pula dia
kenal akan isterinya sejak lama dahulu.
Tubuh si isteri diangkat berhati-hati untuk dibawa
ke dalam kamar. Nyenyak. Tidak sedar langsung dirinya
sedang berada dalam dukungan suami. Malah dia masih
tersenyum dalam tidurnya sambil tangannya melingkar di
leher Hasbul Warits. Lelaki itu sekadar tersenyum melihatgelagat isterinya ketika tidur. Tindakan tidak sengaja itu
mencetuskan senyuman nakal pada wajah si suami. Mimpi
apa agaknya? Atau mimpi siapa agaknya sehinggakan
isterinya itu memeluk lehernya kemas begini?
Ibu dah cakap tadi... mata dia tu dah mengantuk
tapi dia paksa berjaga jugak, bisik Puan Waa yang tiba-tiba
muncul di situ.
Tak apa, ibu. Dia segan agaknya nak berdepan
dengan Abul dalam bilik tu, balas Hasbul Warits.
-
7/30/2019 Khilaf PDF
22/93
Khilaf Semalam
22
Mungkin juga. Dia perasan akan kegelisahan pada
wajah menantunya tadi. Wanita itu tersenyum sahaja melihat
anaknya tersengih nakal kepadanya. Puan Waa membantu
Hasbul Warits membuka pintu bilik lantas menutupnya
selepas anak dan menantunya masuk ke dalam. Dia
menggeleng kepala kemudian terus ke dapur untuk
mengambil air buat suaminya yang sedang menanti.
Menantu muda sangat, macam inilah agaknya.
Malu-malu. Segan-segan. Yang Abul pun tak aham-ahamagaknya.
Apa yang ibu membebel tu? Mana air ayah ni?
Puan Waa berpaling. Suaminya sedang bercekak
pinggang di belakangnya. Tangannya pantas mengusap dada.
Terkejut juga apabila dia disergah pada waktu-waktu begini.
Kehadiran suaminya di dapur langsung tidak disedarinya.Entah sudah berapa lama lelaki ini berada di sini?
Ayah ni buat terkejut ibu aje, ujar Puan Waa.
Yang ibu lambat sangat kenapa? Tercekik ayah kat
dalam tu, kata Tuan Hazmi.
Makan ubat sebiji pun boleh tercekik ke ayah?
Mengarutlah, soal Puan Waa sambil mengerutkan dahinya.
Dia menghulurkan segelas air kepada suaminya yang sudah
duduk di kerusi meja makan.
Tuan Hazmi tergelak kecil. Dia menyambut gelas
daripada tangan isterinya lalu meneguk minuman itu
sehingga habis.
Puan Waa turut sama duduk bersama suaminya
sambil meneguk minuman juga.
Ibu membebel apa tadi? tanya Tuan Hazmi dengan
penuh rasa ingin tahu.
-
7/30/2019 Khilaf PDF
23/93
Farrah Hannan
23
Tak ada apa-apa sangat pun nak dibebelkan. Qiss
tertidur kat soa tadi, ayah. Nasib baiklah Si Abul keluar. Abul
angkatlah dia masuk ke dalam bilik, ujar Puan Waa
menjawab soalan suaminya.
Jawapan itu membuatkan Tuan Hazmi tertawa
kecil. Dia sudah dapat mengagak, sejak tadi dia melihat wajah
menantunya agak resah. Apatah lagi apabila melihat Hasbul
Warits masuk ke dalam bilik dan tidak keluar semula. Sejak
itu mata menantunya asyik memandang ke arah pintu bilik.Mungkin mengharapkan si suami keluar semula, jadi
bolehlah dia masuk ke dalam. Tetapi malangnya lelaki itu
tidak keluar pula.
Ayah perasan tadi Qiss macam tak nak masuk bilik
kalau Abul ada, ujar Tuan Hazmi.
Malu agaknya. Agak-agak ayah, menantu kita nibunting pelamin ke tidak? soal Puan Waa sambil menggosok
dagunya. Mungkin terlalu awal untuk membincangkan hal
ini. Tetapi dia tiba-tiba teruja untuk menimang cucu. Apabila
melihat jiran-jiran bercerita tentang cucu, dia sekadar
tersenyum. Dia juga hendak bercerita kepada jiran-jiran
mengenai cucunya kelak. Impiannya kini adalah untuk
melihat anak dan menantunya hidup bahagia dan menimangcahaya mata.
Manalah ayah tau. Nak tanya ni, ibu buat tak apa
yang kak long suruh? tanya Tuan Hazmi.
Taklah. Kejam sangat buat macam tu, ayah. Nanti
kecik hati budak-budak tu. Dahlah umur baru setahun
jagung, ujar Puan Waa. Kes anak dan menantunya yang
ditangkap berdua-duaan di dalam pondok tepi sungai
menyebabkan saudara-saudaranya ingin tahu sama ada
kedua-dua anak muda ini sudah terlanjur ataupun tidak. Lalu
-
7/30/2019 Khilaf PDF
24/93
Khilaf Semalam
24
petua orang tua-tua disarankan oleh kakak sulung Puan
Waa. Sehelai kain putih diletakkan di bahagian bawah cadar
katil pengantin, dengan itu barulah mereka akan tahu sama
ada Liyana Balqis masih dara ataupun tidak.
Tetapi Puan Waa tidak sampai hati hendak berbuat
begitu. Khuatir anak dan menantunya mengetahui akan hal
itu, lalu kain putih yang sudah pun disediakan disimpan
kembali. Tidak tergamak dia menganiaya anak dan
menantunya sendiri. Dara atau tidak menantunya, hanyaHasbul Warits yang tahu. Orang lain tidak ada hak untuk
mengaibkan mereka. Jika terlanjur sekalipun, itu antara
mereka dengan Tuhan.
Kalau macam tu tak apalah. Jom masuk tidur.
Anak menantu punya pasal, ibu pulak yang tak tidur. Ujar
Tuan Hazmi seraya berdiri. Bersedia untuk kembali ke dalam
bilik.
Tapi, kan ayah... petang tadi ibu perasan Qiss tukar
cadar....
-
7/30/2019 Khilaf PDF
25/93
Farrah Hannan
25
MOTOSIKAL Yamaha 125z
sudah bersih dicuci, malah
sudah dikeringkan sejak pagi
lagi. Dua buah topi keledar sudah pun berada di atas bangku
di anjung rumah. Beberapa minit tadi, enjinnya dihidupkan
dan dibiarkan panas sementara menanti penunggang dan
pemboncengnya datang. Asap-asap putih mula berterbangan
di udara, meresap bersama angin-angin yang singgah di situ.
Qiss pergi dulu ye, ibu. Liyana Balqis meminta
diri dengan penuh sopan.Yelah. Kirim salam dengan mamaye. Abul, duduk
sana jangan membuta aje... pesan Puan Waa kepada anak
tunggalnya.
Hasbul Warits mengangguk sambil tersengih lalu
dia menyalami tangan ibunya setelah isterinya juga berbuat
begitu. Dia kemudian menggalas beg di bahagian hadapan.
Topi keledar disarungkan ke kepala manakala sebuah lagi
dihulurkan kepada isterinya.
Liyana Balqis menyambutnya dan tidak kekok
Bab4
-
7/30/2019 Khilaf PDF
26/93
Khilaf Semalam
26
memakai topi keledar sendiri. Selama ini dia juga
penunggang motosikal walaupun jarang-jarang memakai topi
keledar.
Ibu, jalan duluye.
Hati-hati, pesan Puan Waa untuk yang entah
keberapa kali, sejak dari dalam rumah lagi tadi.
Sebaik sahaja Liyana Balqis duduk di atas motosikal,
Hasbul Warits mula menggerakkan motosikal kesayangannya
perlahan-lahan.
Tanpa disuruh, Liyana Balqis memeluk pinggang
suaminya. Keadaan tempat duduk yang agak senget
menyebabkan Liyana Balqis terdorong ke depan dan rapat ke
tubuh suaminya. Bagaimana benci sekalipun, dia tetap harus
dekat dengan suaminya.
Tapi... sejak bila pula tempat duduk ini sengetmacam ni? Dulu pernah juga dia membonceng motosikal ini,
tetapi biasa sahaja... tidaklah dia terdorong sehingga rapat ke
tubuh lelaki ini. Tukarseat baru ke Abul ni? Soal hati Liyana
Balqis. Class gitu! Ini mesti kes bawak awek makan angin
dengan motorlah ni yang senget bukan main!
Jangan laju-laju! ujar Liyana Balqis kasar.
Tak sempat nak laju pun dah sampai, balas Hasbul
Warits dengan selamba.
Liyana Balqis mencebik. Memang tidak dinafkan
perjalanan di antara rumah kedua-dua mereka tidak jauh.
Tetapi sebuah jalan besar cukup menunjukkan bahawa untuk
pergi ke rumah, mereka terpaksa melalui sebuah jalan yang
sibuk. Untuk mengatasi kesibukan ini, ada jalan lain yang
lebih selamat. Jalan kampung. Tetapi mengambil masa yang
agak lama untuk tiba ke destinasi.
-
7/30/2019 Khilaf PDF
27/93
Farrah Hannan
27
Nak beli gula-gula kat Yaya. Tapi tak nak kat kedai
kampung tu, kata Liyana Balqis kepada suaminya.
Mengharapkan pengertian.
Nak pergi pekan sekejap? Boleh beli buah ke apa-
apa, cadang Hasbul Warits.
Okey. Pendek sahaja jawapan Liyana Balqis.
Ikutkan hati yang marah, dia tidak mahu bercakap dengan
lelaki itu. Tetapi apakan daya, itu suaminya. Mahu tak mahu
dia harus berkomunikasi dengan lelaki itu. Bimbang jika diamembisu, dosanya secara tidak langsung akan bertambah.
Hasbul Warits membelok motosikalnya menuju ke
pekan. Memang niatnya mahu ke pekan dahulu membeli
sedikit buah tangan buat keluarga mentua. Walaupun ibunya
ada mengirimkan sedikit makanan sebagai buah tangan,
baginya itu tidak mencukupi. Dia mesti menambah sedikitbuah-buahan bersama makanan itu. Dia mahu mengambil
hati keluarga sebelah isterinya. Dia hadir dalam keluarga itu
kerana salah aham, dia tidak mahu kesalahannya terus
mengganggu hubungan baiknya dengan keluarga Liyana
Balqis.
Tidak berapa lama kemudian, Hasbul Warits
berhenti di hadapan sebuah pasar raya. Liyana Balqis turunlalu membuka topi keledar dan menyerahkan kepada
suaminya. Dia membetulkan rambut yang sedikit kusut saat
membuka topi dari kepalanya tadi. Selepas memarkir
motosikal dan menyimpan topi keledar, mereka melangkah
masuk ke dalam pasar raya bersama-sama.
Wow, pengantin baru datangshopping!
Sergahan daripada teman sekelas membuatkan
Liyana Balqis segera melajukan pergerakan kakinya ke
bahagian makanan ringan.
-
7/30/2019 Khilaf PDF
28/93
Khilaf Semalam
28
Hasbul Warits pula terperangkap dengan dua gadis
yang menyapanya. Hendak melarikan diri, ke mana? Hendak
melayan, dia tidak tahu apa yang harus dikatakan kepada dua
gadis ini. Masak aku!
Abul, janganlah malu. Kami berdua aje la.
Bukan malu, tapi segan. Macam manapulak boleh
jumpa korang kat sini? ujar Hasbul Warits kehairanan.
Hello brother, kami kerja kat sini.
Lelaki itu menggaru kepala. Walaupun hampir
setiap minggu dia terserempak dengan mereka berdua di sini,
tetapi ingatannya agak kabur. Semuanya gara-gara menjadi
suami Liyana Balqis. Dia jadi kelu apabila bertemu rakan-
rakan sekelasnya dahulu. Lain pula dengan Liyana Balqis,
isterinya itu akan terus melarikan diri.
Seperti pada hari perkahwinan mereka, apabilamendapat peluang masuk ke dalam bilik, Liyana Balqis pasti
akan terus menguncikan diri di dalam. Tiada seorang pun di
antara mereka dapat bertemu dengan isterinya itu. Hari
bahagia mereka tidak seperti pasangan lain yang dihiasi
dengan senyuman.
Haah lupapulak
aku. Hasbul Warits tersengih
dengan kesilapan sendiri.Sengal!
Kau cakap dengan isteri kau, jangan sombong
sangat. Nampak kami pun lari. Padahal dulu BFF kut. Kirim
salam kat dia.
Sekali lagi Hasbul Warits tersengih sambil
menggaru kepala. Sukar untuk dia memberi komen
berkenaan dengan isterinya itu, sedangkan dia sendiri masih
belum serasi dengan wanita muda itu. Selepas mengucapkan
selamat tinggal, dia memohon untuk beredar. Dia mahu
mencari Liyana Balqis yang sudah menghilang di sebalik rak-
-
7/30/2019 Khilaf PDF
29/93
Farrah Hannan
29
rak di dalam pasar raya. Mujurlah pasar raya ini agak
tersusun dan mempunyai lorong-lorong yang tidak disekat
dengan barang-barang yang belum disusun.
Qiss... panggil Hasbul Warits.
Nak beli apa lagi? Gula-gula Yaya dah dapat, tanya
Liyana Balqis kepada suaminya.
Budak berdua tu kirim salam. Mereka kata, jangan
sombong. Hasbul Warits sekadar menyampaikan pesan.
Liyana Balqis mencebik. Kalaulah dia ada kekuatan
untuk bersemuka dengan mereka, pasti dia akan terangkan
satu per satu apa sebenarnya yang berada di benak fkiran.
Tidak terlintas langsung di minda mahu menyombong
dengan rakan sekelas apatah lagi sahabat-sahabat baiknya
yang sentiasa bersama di kala suka dan duka.
Waalaikumussalam. Cepatlah ambil buah, jompergi bayar. Kasar sekali bicaranya, matanya langsung tidak
memandang wajah lelaki itu.
Okey. Menonong Hasbul Warits menuju ke tempat
buah-buahan. Kemudian dia memilih beberapa jenis buah
untuk diberi sebagai buah tangan kepada keluarga mentuanya.
Selepas selesai membuat pilihan, dia segera menuju ke kaunter
untuk membuat bayaran. Isterinya sudah menanti di sana.
Liyana Balqis meletakkan gula-gula yang
diambilnya tadi sambil menanti suaminya. Mulanya dia mahu
membayar sendiri, tetapi Hasbul Warits terlebih dahulu
membayar untuk setiap barangan yang diambilnya. Dia akur
lalu menyimpan kembali wang ke dalam dompet. Selamat
duit aku, boleh top up kreditphone!Qiss, jangan lupa sehari sebelum keputusan SPM
keluar, kita makan-makan tau! ujar Qazreen yang muncul
secara tiba-tiba.
-
7/30/2019 Khilaf PDF
30/93
Khilaf Semalam
30
Senyuman kelat menghiasi wajah Liyana Balqis.
Tidak sangka masih bertemu dengan Qazreen dan Diera.
Tanpa banyak bicara, Liyana Balqis mengambil barang yang
dibeli dan terus melangkah meninggalkan kaunter. Tidak
sanggup hendak berdepan dengan mereka berdua lama-lama.
Senyuman yang diberikan juga terbit secara terpaksa. Dia
malu dengan mereka semua.
Sorry, maybe dia malu dengan kau. Jangan terasa
hati tau, ujar Hasbul Warits membela isterinya.Apabila sampai ke tempat parkir motosikal, segera
lelaki itu mengambil topi keledar dan dihulurkan kepada
isterinya. Barang-barang yang dibeli dimasukkan ke dalam
beg yang digalas, manakala bungkusan buah-buahan
dipegang oleh Liyana Balqis. Bungkusan itu agak besar, tidak
muat untuk dimasukkan ke dalam beg yang digalas oleh
Hasbul Warits.
Qiss malu. Selepas kita kena tangkap dengan tuk
aki, Qiss dah tak jumpa lagi dengan mereka. Qiss tahu mesti
mereka fkir bukan-bukan. Akhirnya kata-kata itu terluah
jua. Wajah Liyana Balqis muram.
Luahan yang baru diperdengarkan benar-benar
membuatkan Hasbul Warits tersentuh. Rupa-rupanyaisterinya memendam perasaan malu dengan pernikahan
mereka yang secara tiba-tiba ini. Dia juga pernah merasa
begitu, tetapi kawan-kawannya tetap menyokong dia. Pasti
akan ada keadilan untuk mereka bila tiba masanya nanti.
Kita aje tau apa yang kita buat, pujuknya kepada
si isteri.
Deruman enjin kedengaran. Kepulan asap putih
tertinggal di belakang. Liyana Balqis memeluk pinggang
suaminya. Dia bersandar pada tubuh lelaki itu sambil
-
7/30/2019 Khilaf PDF
31/93
Farrah Hannan
31
menongkat dagu pada bahunya. Sesekali dia terasa sangat
selesa menjadi isteri Hasbul Warits. Tetapi ada kalanya dia
merasakan pernikahan mereka adalah satu kesilapan.
Kesilapan yang dia tidak tahu di mana hendak diletakkan.
Abul....
Ye.... Agak lama Hasbul Warits menanti kalau-
kalau isterinya itu mahu berbicara, tetapi tiada sepatah pun
perkataan yang terbit. Lantas dia membiarkan sahaja
semuanya tergantung. Mungkin Liyana Balqis masihmencari-cari ayat yang sesuai untuk diucapkan kepadanya.
Mungkin juga Liyana Balqis terlupa apa yang mahu
dikatakannya. Biarlah segalanya berlaku secara semula jadi
tanpa dipaksa.
Sedar tak sedar, Hasbul Warits sudah pun
membelok ke halaman rumah Cikgu Luth Bakri. Kelihatan si
kecil, Yaya sedang bermain buaian manakala bapanya pula
sedang menikmati minum petang bersama ahli keluarga yang
lain. Sebaik sahaja enjin motosikal dimatikan, salam diberi.
Senyuman daripada ibu mentuanya terukir sambil menjawab
salamnya.
Dah sampai pun, sambut Puan Asyikin akan
kedua-dua anak dan menantu.Pergi pekan dulu tadi. Hasbul Warits
membongkok menyalami dan mencium tangan ibu
mentuanya. Kemudian beralih kepada Cikgu Luth Bakri.
Lelaki itu tidak menyambut tangannya menyebabkan dia
cemas seketika.
Liyana Balqis kaget melihat tindakan bapanya.
Puan Asyikin juga buntu melihat tingkah laku
suaminya. Haru. Kenapa tiba-tiba suaminya bertindak dingin
begini? Bukankah semuanya sudah selesai? Parah!
-
7/30/2019 Khilaf PDF
32/93
Khilaf Semalam
32
Seketika sunyi sepi, Cikgu Luth Bakri tertawa kecil
melihat wajah menantunya yang jelas dihiasi kerisauan. Dia
menyambut salam Hasbul Warits kemudian memeluk
menantunya sambil tergelak.
Senyuman turut terukir pada wajah si menantu
yang sedang berdebar-debar. Terasa lega apabila bapa
mentuanya hanya bergurau. Cikgu, jangan buat lawak tak
masuk akal macam ni, putus nyawa saya!
Abah gurau aje. Bawak beg ni, simpan dulukemudian turun minum. Mama buat karipap sambut
menantu balik sini.
Oh! Guru disiplin ini juga pandai berlawak rupanya.
Sesuatu yang jarang diperlihatkan kepada keluarga sendiri,
apatah lagi untuk tontonan umum.
Terkekeh-kekeh dua adik perempuan Liyana Balqismelihat telatah mereka. Lisa Diana dan Lina Azreen sejak dari
tadi diam melihat orang dewasa berdrama. Selepas melihat
gurauan selamba abah mereka, barulah mereka mengekek
ketawa. Bukan mudah melihat Cikgu Luth Bakri bergurau
dengan orang yang pernah bersalah dengannya. Mungkin
Hasbul Warits lain daripada yang lain. Jadi marahnya kepada
lelaki itu tidak berlanjutan. Malah Liyana Balqis juga tidakdilayan sedingin dahulu.
Abah ni macam Raja Lawak, ujar Lisa Diana.
Sikit-sikitlah, balas Cikgu Luth Bakri dengan
senyuman.
Abah, Qiss naik dulu.
Hasbul Warits membuntuti isterinya. Terasa tenang
sedikit melihat keluarga ini bergelak ketawa. Dia terlalu risau
akan penerimaan keluarga ini. Namun semuanya berbeza.
Kerisauannya tidak berasas sama sekali. Sepertimana Liyana
-
7/30/2019 Khilaf PDF
33/93
Farrah Hannan
33
Balqis diterima dalam keluarganya, begitu juga dia. Pesanan
ibu dan ayah sentiasa di ingatan. Dia harus mengambil hati
keluarga Liyana Balqis jika tidak mahu salah aham berlaku.
Macam nak luruh jantung, komen Hasbul Warits
mengenai jenaka spontan bapa mentuanya.
Jantung awak tu daun kering ke?
Lelaki itu menggigit bibir. Pedas sekali kata-kata
isterinya. Wanita muda ini langsung tidak boleh diajak
berbual sejak akhir-akhir ini. Sinis sahaja balasan
daripadanya. Silap hari bulan tangannya boleh melayang
menyapa muka. Niatnya baik, tetapi disalahertikan oleh
isterinya. Dia tahu mereka masih dalam proses menjadi
suami isteri, tetapi sesekali dia perlukan tolak ansur daripada
isterinya.
Hasbul Warits mengeluh. Jika dia sahaja yangmengalah, teruklah. Sampai bila dia mahu mengalah
sedangkan Liyana Balqis tidak pernah cuba hendak memberi
kerjasama kepada hubungan mereka yang masih baru ini?
Jika sebelah pihak sahaja yang beria-ia, tidak akan berjaya.
Agaknya sebab hati saya daun kering jadi awak pun
tak jaga macam mana awak jaga hati orang lain, balas
Hasbul Warits seakan-akan merajuk.
Liyana Balqis terdiam. Dia mencuri pandang wajah
suaminya. Muram. Adakah lelaki itu terasa hati dengan
kekasaran bahasanya? Dia rasa bersalah. Sepanjang mengenali
Hasbul Warits, bukan dia penyebab lelaki itu bermuram.
Tetapi hari ini dia menjadi penyebab utama lelaki itu terasa
hati.Kalau hati awak daun kering, saya dah sapu dengan
penyapu lidi yang selalu ibu guna tu. Sorrylah, takkan
merajuk kut?
-
7/30/2019 Khilaf PDF
34/93
Khilaf Semalam
34
Hasbul Warits menahan tawa. Biar pecah di perut,
jangan pecah di mulut. Merajuk? Perempuan ni merajuk
dengan terasa hati pun tak boleh beza? Sempat pulak kau
buat lawak bodoh,ye Qiss? Bisik hatinya.
Whatever.
-
7/30/2019 Khilaf PDF
35/93
Farrah Hannan
35
MAKAN malam pertama di
kediaman Cikgu Luth Bakri
sangat meriah. Kerenah
anak-anak gadisnya mencuit hati. Mereka gemar bergurau
dan boleh diajak berjenaka. Malah pandai melayan. Namun
kelihatan Liyana Balqis seperti menyembunyikan setiap gelak
tawa dan senyumannya. Sesekali dia kelihatan mahu tertawa,
sesekali dia seperti ingin tersenyum tetapi dia sembunyikan
semuanya.
Qiss, tambahkan nasi kat Abul, arah Puan Asyikinkepada anak sulungnya.
Tak apa mama, Abul boleh buat sendiri. Hasbul
Warits tidak mahu menyusahkan isterinya. Alah, setakat
menambah nasi ke pinggan sendiri, tidak sesusah mana pun.
Dah ada isteri, biar isteri buat, tambah Cikgu
Luth Bakri sambil menjeling anaknya yang sedang leka
menyuap nasi ke dalam mulut.
Perlahan-lahan Liyana Balqis mencapai mangkuk
nasi lalu ditambahkan ke atas pinggan suaminya.
Bab5
-
7/30/2019 Khilaf PDF
36/93
Khilaf Semalam
36
Lisa Diana dan Lina Azreen tersengih-sengih
melihat kakaknya yang kekok melayan suami sendiri.
Liyana Balqis kemudian duduk kembali
menghabiskan makanannya. Walaupun nasi di pinggan sudah
kehabisan, namun dia tidak menambah untuk dirinya sendiri
ketika menambahkan untuk suaminya.
Lisa Diana asyik menjadi pemerhati. Dia perasan
akan selera makan kakaknya juga semakin berkurangan dari
dahulu. Mungkin malu mahu makan banyak seperti dahuludi hadapan suaminya. Malu? Sejak bila Qiss tahu malu? Lisa
Diana tergelak besar dalam hati. Mungkin juga masih tidak
berselera kerana banyak perkara sedang difkirkan. Siapa tahu
rahsia di hati kakaknya itu. Rahsia di hati tak siapa yang tahu!
Lisa Diana simpati. Dia mengeluh perlahan.
Aik, Qiss tak tambah ke? Pelik aje tengok. SelaluQiss bukan ke tambah dua kali? soal Lisa Diana. Curious!
Taklah rasanya kut. Jaga badan. Makan sikit aje,
karang nak tidur, tak payah nak makan beria pun, balas
Liyana Balqis tanpa memandang wajah adiknya itu.
Baguslah. Dah jadi isteri orang kena jaga badan tu.
Kena maintain ramping barulah suami cakap, tiap hari
sayang. Macam dalam iklan tu. Tak gitu, Qiss? sampuk Cikgu
Luth Bakri sambil mengangkat kening kepada anaknya.
Tercetus tawa di meja makan. Puan Asyikin juga
turut tertawa bersama anak-anaknya.
Liyana Balqis sekadar menggigit bibir. Dia malu
sendiri. Sejak bila pula bapanya pandai menyakat? Selama
menjadi anak kepada guru disiplin ini, tidak pernah sekali diadisakat apatah lagi diusik sebegini. Hanya gurauan biasa
sahaja yang selalu dia dan bapanya nikmati. Ajaib sungguh.
Terkena rasukan apa agaknya? Abah ni pelik!
-
7/30/2019 Khilaf PDF
37/93
Farrah Hannan
37
Abah ni.... Wajah Liyana Balqis masam. Segera
membawa pinggan kotor ke singki. Selepas mencuci pinggan
dan tangannya, dia kembali ke meja makan untuk meneguk
minuman yang masih tidak diteguk sejak dari tadi. Sesekali
dia memandang suaminya yang sedang memaksa diri untuk
menghabiskan nasi di pinggan. Dia tergelak dalam hati. Nah,
rasakan! Nasi sebanyak ni boleh sengkak perut kau! Makan...
makan, jangan malu.
Sengaja dia menambah nasi dengan kuantiti yangbanyak ke pinggan suaminya tadi. Sengaja hendak
menganiaya suaminya. Seronok melihat Hasbul Warits
seperti menelan batu. Timbul rasa simpati di hati, lantas dia
menambahkan lauk dan kuah ke pinggan suaminya. Dia tahu
lelaki itu malu untuk mengambil lauk-pauk yang ada. Masa
bilapulak kau jadi pemalu ni, Abul? Bisik hatinya.
Macam tu baru orang cakap isteri mithali. Mama
dulu macam tu la. Tak payah suruh, dia dah buat, ujar Cikgu
Luth Bakri.
Abah dengan mama lain. Qiss lain... jawab Liyana
Balqis.
Tak ada lainnya. Qiss aje yang buat kelainan,
tambah si abah.
Kat sini aje Qiss kena suruh, berdua dengan Abul
tak payah suruh-suruh, sampuk Hasbul Warits, sengaja
hendak beramah mesra.
Sepantas kilat tangan Liyana Balqis mencari paha
suaminya untuk dicubit, tetapi lelaki itu lebih tangkas
menangkap tangannya lalu digenggam, tidak mahudilepaskan. Terkial-kial Liyana Balqis mahu melepaskan
tangannya. Tetapi genggaman tangan itu terlalu kuat untuk
dia melepaskan diri. Dia tidak boleh menarik secara perlahan,
-
7/30/2019 Khilaf PDF
38/93
Khilaf Semalam
38
tidak akan berjaya mahupun direntap kasar. Liyana Balqis
gigit bibir. Ini sudah melampau, Abul! Boleh mendatangkan
marah ni!
Ye ke? Wow, romantiknya Qiss! tambah Lisa Diana
sambil mengangkat keningnya.
Tak habis-habis. Makan ajelah! marah Liyana
Balqis.
Hasbul Warits sekadar tersenyum. Dalam hati dia
tertawa besar. Tangan isterinya sudah terperangkap. Isterinya
itu terpaksa duduk bersama di meja makan. Jika dia tidak
buat begini, pasti Liyana Balqis sudah melangkah
meninggalkan dia seorang diri. Mujurlah dia ada kesempatan
untuk memegang tangan isterinya maka dia masih ditemani
sehingga selesai makan. Seronoknya makan sambil pegang
tangan isteri. Ini bukan pegang, lebih kepada menggenggamsekuat hati supaya isterinya tidak terlepas.
Alhamdulillah. Dah kenyang. Cikgu Luth Bakri
mencuci tangan.
Abul pun dah kenyang. Sedap mama masak.
Hasbul Warits tidak lokek dengan pujian untuk mengambil
hati emak mentuanya.
Qiss pun tolong. Sebab tu Abul pun berselera aje,
balas Puan Asyikin.
Usai makan malam, Liyana Balqis membantu
ibunya mengemas meja makan dan mencuci pinggan
mangkuk. Pada masa yang sama, Hasbul Warits bersama bapa
mentuanya menonton televisyen bersama-sama. Sambil
menonton mereka berborak kosong. Sesekali terdengarmereka bergelak ketawa dari ruang tamu. Entah topik apa
yang lucu sehingga sekuat itu mereka tertawa?
Abah dah tak marah tu. Pandai-pandailah Qiss
-
7/30/2019 Khilaf PDF
39/93
Farrah Hannan
39
dengan Abul ambik hati abah, ya? Marah abah tu tak lama,
ujar Puan Asyikin kepada anak sulungnya itu.
Tu Abul dahambik hati abah. Asyik gelak aje. Asyik
sakat Qiss aje. Marah abah dah reda, Qiss pulak macam nak
marah orang. Liyana Balqis merungut.
Puan Asyikin tergelak kecil. Dia sedar akan hal itu.
Sejak anak dan menantunya sampai ke rumah petang tadi,
tidak sudah-sudah suaminya menyakat anak sulung mereka.
Sesekali mengusik menantu juga. Tidak sampai sehari lelakiini bertemu dengan menantu mereka, sudah mesra seperti
sudah lama mereka menjadi bapa mentua dan menantu.
Suatu perubahan yang drastik pada suaminya.
Pandai juga Hasbul Warits melayan Luth Bakri,
seorang guru yang tegas di sekolah. Itulah kata hati Puan
Asyikin. Sedangkan daripada cerita-cerita anaknya, ketika disekolah langsung tidak pernah kedua-dua lelaki ini berbual
mesra. Sesekali datang ke rumah belajar bersama anaknya
pula, jarang mereka berbual, hanya sekadar berbalas
senyuman. Tidak sangka selepas menjadi keluarga, suaminya
dan Hasbul Warits rupa-rupanya serasi bersama untuk
berkongsi pendapat.
Mama rasa abah suka dengan Abul tu. PuanAsyikin menyuarakan rasa hatinya.
Qiss tak tahulah. Qiss kusut. Liyana Balqis duduk
di atas bangku meja makan. Dia mengeluh. Masih tidak boleh
menerima hakikat bahawa dia sudah menjadi isteri kepada
lelaki itu. Walaupun adakalanya dia reda, tetapi apabila
memikirkan masa depan yang bakal ditempuhi, dia menjadi
gusar. Dia terlalu berfkir tentang hal-hal negati. Semakin
menjadi-jadi apabila dia melihat buku-buku sekolahnya. Dia
terfkirkan tentang pengajiannya.
-
7/30/2019 Khilaf PDF
40/93
Khilaf Semalam
40
Qiss dah jadi isteri Abul. Tanggungjawab Qiss pada
Abul lagi penting. Jangan buat suami merajuk, berdosa tau.
Selagi mampu, janganlah buat dia terasa hati, pujuk Puan
Asyikin sambil mengusap bahu anaknya.
Qiss takut. Tanggungjawab ni berat, mama. Jadi
isteri semuda ni bukan mudah. Qiss risau sangat tak dapat
jadi isteri yang baik pada Abul.
Kepada mamalah Liyana Balqis sering
menumpahkan segala permasalahannya, membuatkanmereka rapat. Mama lebih memahaminya berbanding adik-
adiknya yang lain. Dia selesa meluahkan segala-galanya
kepada mama. Nak harapkan abahnya, aci kerat jari, dia tidak
berani. Abah sangat tegas orangnya. Sesuai sangatlah dengan
jawatan guru disiplin yang disandangnya sejak sekian lama.
Sebagai ibu, Puan Asyikin akan sentiasa menyokonganaknya. Dia tahu anaknya masih belum matang untuk
menguruskan diri, apatah lagi setelah menjadi isteri. Tentu
hidupnya menjadi semakin huru-hara. Setiap pergerakan
menjadi perhatian. Mungkin anaknya ini terasa tidak bebas
seperti dahulu. Mungkin juga anaknya ini merasakan segala-
galanya ini sebagai beban.
Insya-Allah. Qiss kena yakin. Belakang anaknyadiusap perlahan. Dia yakin anaknya boleh menjadi isteri yang
baik jika menantunya bijak membentuknya.
Mama doakan Qiss, ye? ujarnya memohon
kekuatan.
Mama selalu doakan anak-anak mama. Doa untuk
Qiss sangat banyak sebab Qiss yang datang dulu dalam hidupmama. Puan Asyikin memeluk bahu anaknya.
Wajah yang muram dihiasi senyuman. Terasa
tenang hatinya apabila mama sudi memberikan dia nasihat
-
7/30/2019 Khilaf PDF
41/93
Farrah Hannan
41
dan semangat untuk meneruskan permulaan hidup
baharunya. Semoga doa mama dimakbulkan. Hanya doa
mama yang membantu pertumbuhan semangatnya,
membebat segala kedukaannya.
Terima kasih, mama. Liyana Balqis menggenggam
tangan mamanya. Meminjam semangat mamanya untuk
seketika.
Sama-sama. Semoga anakku ini terus tabah
menghadapi cabaran hidup, doa Puan Asyikin dalam hati.
Mama, nak susu. Suara Lidya Maya kedengaran
dari ruang tamu.
Sebiji gelas dicapai lalu susu dibancuh untuk anak
bongsunya. Kemudian dia mengajak Liyana Balqis ke ruang
tamu bersama. Inilah masa untuk mereka berbual sekeluarga.
Teringin juga dia menyampuk perbualan antara suami danmenantunya itu. Seronok benar mendengar mereka ketawa.
Sebaik sahaja sampai ke ruang tamu, kelihatan
Lidya Maya sedang duduk bersandar pada Hasbul Warits.
Liyana Balqis geleng kepala. Rapat sungguh adiknya dengan
lelaki itu. Matanya meliar mencari tempat duduk. Hanya satu
sahaja tempat kosong untuk dirinya, di atas soa bersama
Hasbul Warits. Mahu tak mahu dia mengambil susu di tangan
ibunya lalu dibawa kepada si kecil.
Minum ni. Kemudian tidur. Botol susu cari tak
jumpa, Yaya buang mana? tanya Liyana Balqis kepada adik
bongsunya.
Tatau. Qish tidur mana? Mama cakap Yaya tak
boleh tidur dengan Qish. Lidya Maya seolah-olah mengadu.
Qiss nak tidur dengan Abang Aboy. Yaya dah tak
boleh tidur dengan dia, sampuk Lisa Diana yang sedang
bersila di atas soa bersama abahnya.
-
7/30/2019 Khilaf PDF
42/93
Khilaf Semalam
42
Si kecil tidak berpuas hati dengan jawapan itu. Dia
merengek manja. Lidya Maya duduk di atas riba kakak
sulungnya. Dia memeluk leher Liyana Balqis seperti tidak
mahu melepaskan kakaknya. Sudah biasa ditemani oleh
kakak itu kala waktu tidur menjelma. Sejak beberapa hari ini,
dia sudah tidak boleh tidur bersama. Dia pohon dimengerti.
Qish... panggilnya manja.
Qiss dah kahwin. Qiss kena tidur dengan Abang
Aboy. Yaya tidur dengan mama pulak eh? Lembut suara sikakak memujuk adiknya.
Abang Aboy tidurlah dengan abah. Jawabnya pula.
Hei, mana boleh! Yaya tidur dengan abah. Kakak
tidur dengan abang. Cikgu Luth Bakri sudah membuka
mulut. Muktamad.
TAK kisah pun kalau Yaya nak tidur sini.
Tak apa. Dia tidur dengan mamaje.
Hasbul Warits boleh bertolak ansur. Dia kasihan
melihat adik iparnya tadi. Dia tidak kisah jika si kecil tidur
bersama mereka. Lagipun dia tahu Liyana Balqis kekok
berdua-duaan dengannya di dalam bilik. Mungkin dengan
adanya Lidya Maya, tidaklah Liyana Balqis asyik mendiamkan
diri. Walaupun tidak berbual dengannya, Liyana Balqis boleh
berbual dengan Lidya Maya asalkan dia tidak perlu melihat
isterinya diam membisu. Satu penyeksaan buatnya bila
melihat isterinya itu hanya membisu. Dia amat rindukanLiyana Balqisnya yang dulu....
Kesian dia. Kesian Qiss jugak. Hasbul Warits
memandang isterinya.
-
7/30/2019 Khilaf PDF
43/93
Farrah Hannan
43
Tak apa. Kena biasakan dia macam tu, kena
biasakan diri sendiri jugak. Acuh tak acuh sahaja Liyana
Balqis membalasnya. Losen disapu ke bahagian tangan dan
kaki.
Hasbul Warits leka melihat isterinya menyapu losen
sehingga tidak sedar bahawa dia sedang menghampiri Liyana
Balqis. Semakin dipandang semakin tidak dapat melepaskan
matanya daripada tubuh itu. Begitu mengasyikkan apabila
melihat si isteri mengurut tangan dan kakinya. Benar-benarmenggoda. Hasbul Warits menelan air liur.
Ketika Liyana Balqis beralih menyapu losen ke
lehernya, Hasbul Warits hanya selangkah dari tempat duduk
isterinya namun Liyana Balqis masih leka dengan
perbuatannya. Dia tidak sedar suaminya sudah berada di
belakang sementara lelaki itu pula sudah tidak mahu berfkir
panjang lagi. Dia akan meneruskan niatnya.
Bahunya disentuh, Liyana Balqis tersentak. Tidak
sempat hendak bertindak, terasa tubuhnya dipeluk pula.
Menggelabah. Dia tidak pasti apa yang harus dilakukannya
sama ada menolak atau merelakan perbuatan suaminya.
Tetapi yang dia pasti, darah di dalam tubuhnya mengalir laju
setiap kali terasa sentuhan suami. Mukanya terasa panasapabila ciuman demi ciuman diberikan. Abul....
Sorry, tak boleh berhenti. Hasbul Warits
mengangkat isterinya ke katil.
Liyana Balqis hanya memejamkan mata
membiarkan tubuhnya dikendong. Sampai ke tahap ini, dia
tidak sampai hati hendak berkasar lagi. Dia bukan sahaja
akan mengecewakan suaminya, tetapi akan menyakitkan hati
lelaki itu juga. Mungkin akan menyakiti hatinya juga. Ya
Allah, permudahkanlah hubungan kami suami isteri.
-
7/30/2019 Khilaf PDF
44/93
Khilaf Semalam
44
Bukannya orang nak suruh berhenti....
Hasbul Warits tersengih apabila isterinya berkatabegitu. Saja kau nak kenakan aku, kan Qiss? Pandai kau!
Liyana Balqis juga tersenyum melihat sengihan
suaminya yang sudah terkena. Apasengalaku ni! Dia sendiri
tidak sangka akan berkata begitu. Kata-kata itu terbit tanpa
diduga. Bikin malu diri sendiri saja, Liyana Balqis memarahi
dirinya sendiri kerana telah berkata begitu tanpa sengaja.
Malu eh? Hasbul Warits bertanya lembut.
Liyana Balqis diam. Dia melarikan anak matanya
supaya tidak bertembung dengan mata nakal suaminya yang
sejak tadi menjamah wajah. Tidak mampu hendak
memandang mata suaminya dalam keadaan begini. Dia malu.
Apabila berada dalam situasi sekarang, dia tidak sanggup
hendak memandang lelaki itu. Setiap perlakuannya sekarangmengingatkan kisah persahabatan mereka dahulu. Lelaki
yang sedang mencumbui dia sekarang adalah lelaki yang
gemar menemani dia menjalani latihan sobol. Malah lelaki
itu turut berlatih bersama-sama walaupun tidak terlibat
dengan sukan itu. Mereka pernah berlanggaran sehingga dia
terbaring di atas padang manakala Hasbul Warits terjatuh ke
atasnya selepas diasak oleh teman-teman yang hendakmenangkap bola.
Emmm.... Wajah Liyana Balqis sudah berbahang.
Kita, kan suami isteri sekarang. Tak payahlah
malu.... Bisik Hasbul Warits.
Liyana Balqis masih tidak mampu hendak
bertentang mata dengan suaminya, tetapi lelaki itu lebihberani kerana sering mencuri pandang ke dalam matanya.
Lemas, dia tewas dengan renungan itu.
-
7/30/2019 Khilaf PDF
45/93
Farrah Hannan
45
AZAN subuh berkumandang.
Hasbul Warits terjaga. Dia
tersenyum melihat isterinya
yang masih nyenyak di sisi. Cantiknya. Dia mengucup dahi
isterinya. Berat hati hendak bangun. Kalau boleh dia mahu
memeluk isterinya sehingga hari siang. Tetapi apakan daya,
dia harus bangun untuk menunaikan solat subuh. Dia
mengeluh panjang, kenapa cepat sangat subuh tiba?
Liyana Balqis mengubah posisinya, dia mengiring
menghadap suaminya. Secara tidak sengaja dia memeluklelaki itu. Dia tidak sedarkan diri, masih bermimpi barangkali.
Dia mungkin tidak mendengar azan. Biasanya dia yang selalu
mengejutkan suaminya untuk menunaikan solat.
Tidak sampai hati hendak mengejutkan isterinya,
Hasbul Warits membiarkan mereka dalam keadaan itu buat
seketika. Lagipun masih awal. Sebentar lagi dia boleh
mengejutkan Liyana Balqis, dan setelah menunaikan solat,isterinya boleh terus membantu mama di dapur. Jika terlalu
awal, nanti pasti mereka akan tertidur juga sementara
menanti hari cerah. Jika mereka tidur semula,
Bab6
-
7/30/2019 Khilaf PDF
46/93
Khilaf Semalam
46
berkemungkinan besar menjelang tengah hari barulah
mereka akan terjaga semula.
Naas halus Liyana Balqis bagaikan irama lagu yang
mengasyikkan. Hasbul Warits terlelap semula, mujurlah
suara Lidya Maya menangis mengejutkannya. Dia mengerling
jam di dinding. Sudah hampir ke pukul tujuh pagi. Dia
mengejutkan isterinya. Agak terlewat. Tidak sepatutnya dia
melengah-lengahkan masa tadi.
Qiss, wake up! Hasbul Warits menepuk perlahanbahu isterinya.
Liyana Balqis menggosok-gosok matanya. Mat salih
mana pulak kejutkan aku pagi ni? Tidak puas tidur. Dia
menguap panjang. Tidak pasti pukul berapa dia terlelap
malam tadi. Dia menggeliat di atas katil sambil memegang
selimut takut-takut terdedah bahagian dadanya manakalaHasbul Warits sedang kalut menarik tuala.
Jangan mandi lama-lama sangat, pesan Liyana
Balqis.
Okey. Hasbul Warits menghilang ke dalam kamar
mandi.
Liyana Balqis berbaring semula, dia masih
menguap. Dia merenung siling kemudian tersenyum sendiri.
Rengekan adiknya membuatkan dia segera bangun. Baju
tidur disarungkan semula. Bila Lidya Maya masuk? Si adik
sudah memanjat ke atas katil. Kalut dibuatnya. Baju tidur
segera dibutangkan.
Qish....
Kenapa, sayang?
Nak tidur dengan Qish....
Dah sianglah, Yaya.
-
7/30/2019 Khilaf PDF
47/93
Farrah Hannan
47
Lidya Maya berbaring di sisinya. Botol susu yang
dipegang dihisap sambil matanya terpejam. Pagi-pagi begini
dia memang gemar minum susu di dalam botol. Ketika
hendak tidur dan ketika baru bangun tidur dia memang
memerlukan susu botol. Sedang membiasakan diri untuk
tidak menghisap susu botol. Buat masa sekarang dia sudah
tidak meminta susu botol kecuali ketika hendak tidur dan
ketika baru bangun. Sambil menguis kakinya, Lidya Maya
menghisap susu di dalam botol sehingga habis dan tertidursemula.
Liyana Balqis mengusap dahi adiknya kemudian
mengucup pipi Lidya Maya yang sudah terlena. Dia
membiarkan adiknya tidur di situ. Dia menuruni katil lalu
mengambil tuala. Tidak dapat tidur malam, pagi-pagi pun
adiknya datang ke sini. Mujurlah dia sudah bangun.
Aik, masa bila Yaya datang? Tanya Hasbul Warits
yang baru muncul dari bilik air.
Baru aje. Dia tidur, jangan kacau nanti menangis.
Liyana Balqis mengingatkan.
Okey, cepatlah pergi mandi. Dah pukul berapa ni?
Hasbul Warits sedang sibuk membentang sejadah. Mengejar
waktu.
Keluar dari bilik air, Liyana Balqis buru-buru
mengenakan telekung. Sudah hampir ke penghujungnya, dia
mesti cepat. Kelihatan Hasbul Warits sudah pun terlelap
bersama Yaya di atas katil. Amboi, bukan main lagi tidur. Tak
boleh jadi ni, aku pun nak sambung tidur. Liyana Balqis
cepat-cepat menunaikan solat subuh.
Usai solat, suami dan adiknya masih nyenyak di atas
katil. Hendak membangunkan mereka, tidak sampai hati.
Lantas dia membiarkan mereka tidur. Dia menjengah ke
-
7/30/2019 Khilaf PDF
48/93
Khilaf Semalam
48
dapur. Tiada sesiapa. Sunyi sahaja, ke mana semua orang?
Abah dan mama ke mana? Ke pasar agaknya. Awal betul!
Pintu tidak dirapatkan, Liyana Balqis berbaring
juga bersama suami dan adiknya. Memandangkan hanya ada
ruang di tengah-tengah antara Yaya dan Hasbul Warits, lantas
dia berbaring di situ. Dia mengiring memeluk Yaya dan tidak
lama kemudian dia turut sama hanyut ditelan mimpi....
YEN, mana Yaya? Lisa Diana menggelabah. Sebaik sahaja
terjaga daripada tidur, dia tidak menemui adik bongsunya.
Seingat dia tadi, mama berpesan menyuruh dia menjaga adik
sementara mama dan abah pergi ke pasar. Kata mama, abah
hendak ke sekolah jadi terpaksa ke pasar lebih awal.
Lina Azreen menggeleng kepala. Kelibat adik
bongsunya tidak kelihatan. Ketika terjaga tadi, hanya ada dia
dan kakak keduanya di dalam bilik. Malah ketika dia keluar
untuk mandi pun tidak kelihatan adiknya di mana-mana.
Dalam bilik mama kut.
Tak ada. Betul! Tadi mama dah datang hantar Yaya
kat bilik kita, balas Lisa Diana.Kali ini Lina Azreen pula menggelabah. Jika mama
sudah menghantar Yaya ke bilik mereka, ke mana pula dia
pergi? Jangan-jangan Yaya tidak jadi ditinggalkan bersama
mereka.
Mereka berpandangan sesama sendiri sambil
berfkir. Tiba-tiba terdengar bunyi enjin kereta di luar rumah.
Berlari-lari mereka ke pintu menyambut mama pulang.
Awalnya mama bawak Yaya pergi pasar? ujar Lisa
Diana.
-
7/30/2019 Khilaf PDF
49/93
Farrah Hannan
49
Bawak Yaya? Hei, mama tinggalkan Yaya dengan
Dee tadi! Puan Asyikin cemas. Dia segera mencari anak
bongsu di kamarnya. Tiada. Ya Allah, ke mana pula perginya
si kecil ini?
Lisa Diana dan Lina Azreen mencari adik mereka di
luar rumah, manalah tahu awal-awal lagi dia sudah keluar
mengejar ayam di belakang rumah atau ke rumah jiran untuk
bermain dengan rakan sebayanya.
Tak boleh harap betul kakak dua orang ni. CikguLuth Bakri kesal dengan sikap anak-anaknya yang lalai.
Mana perginya Yaya ni? Air mata Puan Asyikin
sudah mula bergenang.
Dee, Qiss mana? Dia ikut Qiss agaknya. Cikgu
Luth Bakri tiba-tiba teringatkan anak sulungnya itu.
Segera Lisa Diana terbayangkan kakak sulungnya.Rasanya Liyana Balqis ada di rumah, mungkin masih di
dalam bilik kerana motosikal abang iparnya ada di hadapan
rumah. Dia berlari semula ke dalam rumah. Jangan-jangan
Yaya ada bersama Qiss, itulah kata hatinya. Dia menolak
pintu yang tidak ditutup rapat. Hanya ada kakak dan abang
iparnya sedang berbaring. Kedua-dua mereka membelakangi
dirinya. Rasa bersalah pula menjenguk ke dalam, Yaya tiada.
Qishhh....
Lisa Diana tidak jadi hendak meninggalkan bilik
itu. Dia menjenguk semula ke dalam. Kakinya sudah
selangkah berada di dalam bilik. Jelas kelihatan Yaya sedang
merengek memanggil kakak sulung mereka yang sedang
tidur. Huh, lega! Datang tidur kat sini rupanya. Budakbertuah ni memang nak kena. Terkejut aku tengok kau tak
ada. Dia bercekak pinggang di situ menyaksikan drama adik
bongsunya yang mengada-ada itu.
-
7/30/2019 Khilaf PDF
50/93
Khilaf Semalam
50
Lina Azreen datang menongkat dagunya pada bahu
Lisa Diana. La... budak bertuah ni ada dengan Qiss! Bikin aku
panas hati aje! Adik manja Qiss ni mau aku cubit-cubit dia
karang! Tapi kenapa Si Dee duk bercekak pinggang kat sini
pulak, ada apa? Macam best aje lagak kakak aku yang sorang
ni. Lina Azreen juga turut membuang pandangan ke dalam
bilik sepertimana yang kakaknya lakukan. Kenapa Dee?
Syyy.... Lisa Diana meletakkan jari telunjuk ke
mulut, menyuruh adiknya diam.Lidya Maya sedang menepuk pipi Liyana Balqis
dengan tangan kecilnya.
Kelihatan tangan kakak mereka memegang tangan
si kecil kemudian Yaya tergelak kecil sambil mengucup pipi
kakaknya. Lisa Diana dan Lina Azreen mencebik. Manja
sangat! Mereka cemburu sebenarnya.Qishhh...mangunlah, rengek si kecil Lidya Maya.
Qiss dah bangunlah ni. Liyana Balqis bersuara
malas-malas.
Abang Aboyhug Qish, macam abahhug mama.
Liyana Balqis tertawa kecil. Pandailah adik aku ni,
macam mana dia boleh terperasan pulak! Dia mencubit pipisi kecil.
Yaya memanjat ke atas perut kakaknya, pada masa
yang sama si kakak menggeletek pinggangnya sehingga
menyebabkan Hasbul Warits terjaga daripada tidur.
Abang Aboymangunlahhh...! jerit Lidya Maya.
Emmm.... Hasbul Warits mula membuka mata.Jangan jeritlah, abang baru bangun, terkejut dia,
tegur Liyana Balqis.
Aik, tadi Yaya tidur sebelah abang! Kenapa Yaya kat
-
7/30/2019 Khilaf PDF
51/93
Farrah Hannan
51
atas perut Qiss pulak? Hasbul Warits menarik adik iparnya
ke arahnya.
Seronoklah Yaya pagi ini dilayan oleh dua orang
yang sangat sporting. Apabila menukar tempat, dia semakin
seronok bergelak ketawa. Nyata Hasbul Warits juga suka
menggeletek. Terjerit-jerit si kecil dibuatnya.
Liyana Balqis juga terhibur melihat adiknya begitu.
Terima kasih, abang. Abang? Uwekkk...! Geli-geleman!
Haaa... seronok dia main geli-geli kat sini. Hei Si
Yaya tembam, ke sini kamu! Satu rumah kita cari tau! Dia
sembunyi kat sini rupanya! Lisa Diana menyergah.
Siapa suruh korang masuk bilik Qiss? Sungguh
tidak sopan!
Pintu tak rapat, masuk ajelah. Adik kesayangan
Qiss yang buat kami datang sini. Pagi-pagi dah bikin ribut.Cepat sahaja Lisa Diana menjawab.
Amboi! Kalau pintu terbuka, bolehlah masuk bilik
orang sesuka hati? Mazhab mana adik-adik aku guna pakai
ni? Liyana Balqis geram. Mujurlah dia dan suaminya sudah
terjaga daripada tidur, mengacau privasi orang sahaja!
Dia ke ataukorangyang bikin ribut? Ujar LiyanaBalqis geram.
-
7/30/2019 Khilaf PDF
52/93
Khilaf Semalam
52
SEJAK bergelar suami isteri,
kedua-dua anak muda ini
semakin bijak bertolak ansur.
Walaupun adakalanya mereka seakan-akan tidak sependapat
lalu bertelingkah, namun hanya sekejap. Salah seorang
pasti akan mengalah sebelum pertelingkahan besar berlaku.
Mungkin sedar akan tanggungjawab masing-masing lalu
mereka mengalah demi kebaikan diri sendiri dan masa depan
mereka.
Pernah sekali hampir sahaja tangan Hasbul Waritsmenyapa muka Liyana Balqis apabila wanita muda itu
menjerit di hadapannya. Semuanya kerana Hasbul Warits
mengajak isterinya pulang ke rumah keluarganya tetapi si
isteri tidak mahu. Mereka berbalah seketika lalu semakin
serius jadinya. Mujurlah tahap kesabaran Hasbul Warits
masih tinggi. Walaupun dia hampir menampar muka
isterinya, tetapi dia sedar itu bukan cara yang betul mendidikseorang isteri.
Buat kali pertama Liyana Balqis melihat Hasbul
Warits mengangkat tangannya, malah kurang seinci sahaja
Bab7
-
7/30/2019 Khilaf PDF
53/93
Farrah Hannan
53
daripada wajahnya. Dia memejamkan mata. Sangkanya
tangan itu akan menyapa wajah lembutnya. Tetapi setelah
beberapa saat, masih juga tidak terasa apa-apa kecuali
hembusan naas. Lelaki itu tidak menampar pipinya,
sebaliknya tangan lelaki itu mengusap pipinya.
Abang....
Hasbul Warits berpaling lalu terlihat Liyana Balqis
menatang segelas air buatnya. Sejak beberapa hari ini
isterinya semakin berubah. Bibir itu ringan sahajamembahasakannya abang. Sejak hari dia hampir menampar
muka Liyana Balqis, ternyata ada perubahan kepada wanita
muda itu. Syukur Ya Allah, Kau bukakan pintu hati isteriku.
Terima kasih.
Ibu pesan dengan abang, belikan beras. Ni duit.
Sekeping wang kertas bernilai lima puluh ringgit dihulurkankepada suaminya. Kemudian segelas air yang dibancuhnya
sendiri turut diserahkan kepada lelaki itu. Walaupun
wajahnya masih tidak seceria sebelum mereka bernikah,
tetapi tingkah lakunya tidaklah sedingin pada awal
pernikahan mereka. Semakin hari kedinginan dan
kehambaran dalam hubungan mereka semakin berkurangan.
Nanti abang beli.
Ibu cakap belikan gula jugak... tambah Liyana
Balqis lagi, mengingati pesanan ibu mentuanya satu per satu.
Qiss tak nak apa-apa ke? tanya Hasbul Warits,
memandang wajah isterinya.
Kepala digeleng, lantas membuka langkah kembali
ke dapur untuk membantu ibu mentua yang sedang memasakuntuk makan malam. Sudah menjadi rutinnya membantu di
dapur. Sekali-sekala dia diberi tugas untuk memasak.
Mungkin agak berat baginya, tetapi ibu mentuanya sering
-
7/30/2019 Khilaf PDF
54/93
Khilaf Semalam
54
memberi tunjuk ajar. Malah sejak beberapa hari berada di
sini, dia sudah pandai menyediakan tomyam, makanan
kegemaran suaminya. Walaupun masih belum setanding
masakan ibu, namun tetap membuatkan Hasbul Warits
tersenyum.
Dia dah pergi ke, Qiss? tanya Puan Waa,
memandang menantunya.
Belum lagi, ibu. Lepas minum abang pergi, jawab
Liyana Balqis, lembut. Kerja memotong sayur kembalidiambil alih olehnya.
Puan Waa kembali menjengah masakan yang
berada di atas dapur. Tugasnya sebagai suri rumah menjadi
kian mudah sejak kehadiran menantunya ini. Dia senang
dibantu oleh Liyana Balqis. Walaupun menantunya ini serba-
serbi tidak tahu tentang memasak, tetapi dia tidak segan-silubertanya.
Lepas potong sayur, Qiss tolong angkat kain di
ampaianye? Biar ibu masak sayur tu, ujar Puan Waa.
Baik, ibu. Patuh. Jika di rumah dahulu, tidak
pernah dia membuat kerja rumah walaupun dipaksa.
Sekarang dia sudah banyak berubah. Ringan sahaja tangan
dan kakinya menguruskan setiap arahan. Adakalanya tidak
perlu disuruh. Dia sendiri tahu apa yang perlu dan harus
dilakukan. Sering dia mengingatkan dirinya bahawa dia
bukan lagi Liyana Balqis yang masih bujang. Dia mempunyai
seorang suami yang harus dilayan dan dijaga.
Qiss, terima kasih ye tolong ibu. Puan Waa
tersenyum memandang menantunya.Tak apa. Qiss, kan menantu ibu. Kalau Qiss tak
tolong, takkan abangpulak nak tolong, jawab Liyana Balqis
sambil tersenyum.
-
7/30/2019 Khilaf PDF
55/93
Farrah Hannan
55
Puan Waa tergelak kecil. Kalau hendak diharapkan
anak lelakinya yang seorang itu, mungkin tidak. Selama lebih
kurang lapan belas tahun dia menjaga anaknya itu, tidak
pernah sekali pun Hasbul Warits membantu melakukan
kerja-kerja rumah. Pertolongan yang paling besar pernah
dibuat adalah pergi ke kedai.
Bertuah ibu dapat menantu macam Qiss, puji
Puan Waa.
Qiss lagi bertuah dapat mentua macam ibu. Pandaimasak. Qiss dah gemuk duduk sini. Makan bertambah-
tambah. Makanan tak pernah tak ada kat dapur, Qiss pulak
asyik masuk dapur. Liyana Balqis tersenyum senang.
Puan Waa geleng kepala sambil tersenyum. Dia
bangga kerana sering dipuji pandai memasak. Selalu sangat
menantunya ini memuji dia pandai memasak. Mungkinmenepati seleranya, jika tidak masakan menantunya ini akan
makan dengan berselera. Lebih kurang sebulan ini, dia
perasan akan susuk tubuh Liyana Balqis agak berisi. Dia
berasa seronok melihat menantunya tidak malu-malu lagi
apabila makan bersama.
Berisi sikit tak apa. Suami bertambah sayang. Tapi
pada ibu, kurus ke berisi ke... ibu tetap bertuah dapatmenantu macam Qiss.
Giliran Liyana Balqis pula tergelak kecil. Suami
bertambah sayang? Bagaimana dia tahu Hasbul Warits
menyayanginya atau tidak? Sejak menjadi suami isteri,
mereka tidak pernah bergurau seperti mereka masih menjadi
kawan dahulu. Hanya apabila bersama keluarga sahaja
mereka akan bergelak ketawa bersama. Jika berdua, mereka
sekadar berbual perkara penting sahaja. Biasanya berkenaan
hal mereka berdua.
-
7/30/2019 Khilaf PDF
56/93
Khilaf Semalam
56
Ada-ada aje ibu ni. Qiss angkat kain dulu ye!
Bakul kain dicapai lalu dibawa keluar. Selipar biru
disarungkan ke kaki lalu langkah diayun menuju ke ampaian
di halaman rumah. Agak banyak kain yang dibasuh hari ini,
termasuk set cadar katilnya. Pagi tadi dia yang membasuh
semua kain ini. Segan pula dia jika membiarkan kain-kain
miliknya dicuci oleh orang lain. Dia sekarang bukan berada
di rumahnya. Situasi berbeza.
Cadar biru berbunga merah jambu ditarik dariampaian lalu dimasukkan ke dalam bakul. Tubuh makhluk
yang berada di sebalik cadar itu membuatkan Liyana Balqis
terlompat setapak ke belakang sambil terjerit. Berdekah-
dekah kedengaran tawa gadis yang muncul di situ.
Atiqah menepuk bahu Liyana Balqis apabila melihat
temannya itu terkejut dengan sergahan yang sengaja dibuatnya.
Gila! Kau nak bunuh aku ke apa? rengus Liyana
Balqis.
Aku nak bergurau dengan kau, boleh pulak kau
cakap aku pembunuh, kan? Sampai hati.... Sekarang nak
bergurau pun dah tak boleh. Urat lawak bendul kau dah
putus eh? ujar Atiqah sambil tergelak lagi.
Sejak temannya ini berkahwin, ini kali pertama dia
dapat bertemu dengan Liyana Balqis. Jika terserempak, pasti
Liyana Balqis akan melarikan diri. Tetapi hari ini tidak lagi.
Sengaja Atiqah memilih untuk datang ke sini. Rindu pula
mahu berbual dengan teman sekelasnya ini. Ramai teman
lain bercakap Liyana Balqis sombong selepas berkahwin.
Itulah sebabnya dia datang ke mari.
Bila kau balik? tanya Liyana Balqis sambil
memandang teman di hadapannya itu.
Oh, ingatkan dah sombong! Aku balik dua hari
-
7/30/2019 Khilaf PDF
57/93
Farrah Hannan
57
lepas. Aku nampak kau dengan Abul kat pekan, tapi kau cepat
sangat hilang, komen Atiqah.
Liyana Balqis sekadar tersengih. Dia tahu akan hal
itu. Selepas melihat kelibat Atiqah berhampiran pasar raya
itu, dia segera mengajak suaminya pulang. Alasannya, sakit
perut. Padahal dia mahu melarikan diri. Bukan sengaja, tetapi
dia masih tidak boleh bertemu dengan teman-temannya. Dia
masih kekok untuk bertemu mereka. Hal perkahwinannya
yang secara tiba-tiba bukanlah sesuatu yang menyeronokkanuntuk dibicarakan.
Aku kejar masa. Seronok ke pergi rumah ayah kau
tu? Sengaja Liyana Balqis mengubah topik perbualan mereka.
Kita cerita pasal kau, bukan aku. Kau takut aku
kejar kau sebenarnya. Semua pun cakap macam tukan?
tambah Atiqah sambil membantu Liyana Balqis mengangkatkain di ampaian.
Sebaik sahaja habis semua kain di ampaian dikutip,
Liyana Balqis mengajak Atiqah duduk di atas buaian di
halaman rumah. Sementara itu dia masuk ke dalam rumah
meninggalkan Atiqah bersendirian di luar kerana temannya
itu lebih selesa mengambil angin di luar. Bakul pakaian
dibawa ke dalam rumah lalu dia masuk ke dapur untukmemberitahu ibu mentuanya bahawa dia ada tetamu.
Ketika keluar semula, dia membawa segelas
minuman buat temannya. Cuma segelas air anggur yang
dibancuh untuk suaminya tadi. Kebetulan minuman itu
dibancuh dalam kuantiti yang banyak, jadi sudah rezeki
Atiqah. Cuma air bujang sahaja.
Minumlah, pelawa Liyana Balqis.
Susah-susah aje kau ni. Aku datang nak sembang,
bukan nak minum pun. Tapi dah ada air anggur kau, rezeki.
-
7/30/2019 Khilaf PDF
58/93
Khilaf Semalam
58
Dapatlah jugak buat basah tekak ni. Kering tekak aku
bercakap dengan kau. Minuman diteguk. Matanya
memandang Liyana Balqis. Kemudian dia tergelak. Terpinga-
pinga teman yang sedang bertentangan dengannya.
Wajah Liyana Balqis masam mencuka. Dia tahu
Atiqah sedang mentertawakan dirinya. Mungkin kerana
minuman ini atau perkara-perkara lain. Dia sudah lama
mengenali Atiqah, dia dapat mengagak apa yang bermain di
fkiran gadis itu. Tetapi dia amat yakin, pasti kerana air ini.Maniskah? Suaminya tidak mengadu