Download - KKD 3053.doc
TUGASAN KUMPULAN
LAPORAN KAJIAN KES JENAYAH
NAMA NO. MATRIK
1. AIZAT BIN MOHAMMED DAN D20131063185
2. SYAFIQ IQHWAN BIN CHE ABD. AZIZI D20131063226
3. IRFAN BIN SUHAIMI D20131063202
4. AFIQ FAKHRI BIN ABDUL RAZAB D20131063207
PENSYARAH : PROF MADYA DR. SITI ESYAH BINTI MOKSHEIN
ISI KANDUNGAN
BIL PERKARA MUKA SURAT
1. PENGENALAN 2-3
2. LATAR BELAKANG KAJIAN 4-5
3.
4.
METODOLOGI KAJIAN
PERSOALAN KAJIAN
6
6
5. OBJEKTIF KAJIAN 7
6. ANALISIS KAJIAN 7
7. DAPATAN KAJIAN 8-13
8. CADANGAN 14-16
9. PENUTUP 17
10. RUJUKAN 18
11. LAMPIRAN 19-22
1
PENGENALAN
Golongan remaja merupakan generasi yang bakal mewarisi negara kita pada masa akan
datang. Pelbagai harapan diletakkan agar mereka berupaya menjadi individu yang berguna serta
mampu menyumbang ke arah kesejahteraan negara secara keseluruhannya. Namun pada
realitinya, sejak akhir-akhir ini pelbagai pihak mula menaruh kebimbangan tentang berbagai
gejala sosial yang melanda remaja dan seterusnya meruntuhkan akhlak anak-anak remaja masa
kini. Sama ada disedari atau tidak, perkembangan gejala-gejala sosial ini semakin meningkat dari
hari ke hari. Setiap hari dipaparkan berbagai cerita tentang pelbagai salah laku yang dilakukan
oleh remaja baik salah laku yang kecil mahu pun besar. Ini turut menggambarkan betapa
seriusnya fenomena ini dan langkah-langkah sewajarnya perlu diambil bagi membendungnya
dari terus menjadi barah dalam masyarakat Malaysia. Masyarakat hari ini sedang dilanda
kebingungan dengan fenomena keruntuhan akhlak di kalangan remaja.
Menurut Hall (1904), remaja adalah masa yang penuh dengan kekeliruan, kesedihan dan
konflik. Oleh itu, adalah penting bagi orang dewasa khususnya ibu bapa, pendidik dan ahli
masyarakat untuk mengikuti perkembangan remaja. Mereka wajar membantu remaja agar
mengelakkan diri dari terjebak dengan kegiatan yang negatif. Pelajar-pelajar remaja akan mudah
terpengaruh dan suka mengabaikan pelajaran jika tidak dikawal atau kurang perhatian. Akhirnya
ini akan menghasilkan remaja yang tidak produktif seperti melepak, mencuri, ponteng sekolah
dan terlibat dengan pelbagai gejala sosial.
Masalah disiplin pelajar di sekolah-sekolah hari ini telah menjadi berita hangat yang
dibincangkan. Ia bukan sahaja melibatkan pihak sekolah, Kementerian Pelajaran malah turut
melibatkan pihak polis dalam mengambil tindakan terhadap murid-murid yang terbabit kerana
masalah ini bukan sekadar masalah kecil tetapi ada yang sudah melangkaui masalah jenayah.
Masalah disiplin boleh dikaitkan dengan kegagalan pelajar di sekolah untuk mematuhi peraturan
yang telah ditetapkan. Isu ini menjadi perbualan hangat masyarakat lantaran kegagalan golongan
pendidik untuk membentuk sahsiah pelajar.
2
Di sekolah, disiplin adalah peraturan yang dikenakan ke atas pelajar dengan tujuan
mengawal tingkah laku mereka melalui hukuman. Murid-murid di harap supaya berkelakuan
baik dan mendisiplinkan diri semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Mekanisme disiplin
bertujuan memupuk pertumbuhan dan mewujudkan perhubungan yang sihat antara semua
masyarakat sekolah.
Malah, pada masa kini terdapat juga sesetengah remaja yang terlibat dengan kes jenayah.
Kami telah menemubual seorang pelajar yang hanya ingin dikenali sebagai Arif dimana pelajar
ini telah terjerumus dalam pelbagai salah laku disekolah sehingga terjebak melakukan kegiatan
jenayah yang berat. Jenayah merupakan satu perbuatan yang menyalahi undang-undang kerajaan
sesuatu tempat. Orang yang melakukan perbuatan jenayah ini dinamakan penjenayah. Idea asas
apa yang dikatakan jenayah ialah apa-apa yang boleh memberikan masalah atau kesusahan
kepada orang lain. Sebagai contoh, semua orang bersetuju bahawa mencuri dan
mencederakan/membunuh orang lain adalah perbuatan jenayah.
Selalunya, tugas mencegah jenayah dan menangkap penjenayah adalah di bawah
tanggungjawab pihak polis. Mereka berhak menahan sesiapa yang disyaki untuk dibicarakan
oleh mahkamah/hakim. Sekiranya sabit kesalahan, pesalah tersebut boleh didenda atau
dipenjarakan. Sesetengah negara juga mempunyai hukuman mati untuk kesalahan tertentu seperti
membunuh dan mengedar dadah. Bagi sesetengah kesalahan kecil seperti memandu melebihi had
laju, pihak polis boleh mendenda pemandu tersebut dengan terus, tanpa perlu mendakwanya di
mahkamah.
3
LATAR BELAKANG KAJIAN
Untuk memenuhi tugasan yang telah diberikan oleh Profesor Madya Dr. Siti Eshah binti
Mokshein untuk tugasan kumpulan, kami telah memilih untuk menemubual pelajar daripada
Sekolah Menengah Kebangsaan di Kuala Lumpur.
Kami telah menemubual seorang pelajar yang hanya ingin dikenali sebagai Arif dimana
pelajar ini telah terjerumus dalam pelbagai salah laku disekolah sehingga terjebak melakukan
kegiatan jenayah yang berat. Arif merupakan seorang remaja yang tinggal di kawasan sederhana
di Bangsar, Kuala Lumpur. Beliau merupakan anak sulung daripada lima orang adik beradik.
Sewaktu arif bersekolah bapa arif tidak begitu mengambil berat akan keadaan arif tetapi ibunya
masih lagi mengambil tahu akan perkembangan semasa beliau. Ayah beliau merupakan seorang
seorang pekerja swasta manakala ibunya seorang suri rumah sepenuh masa.
Semasa di sekolah, Arif seringkali dipanggil oleh guru disiplin dan guru kaunseling
kerana salah laku yang dilakukan antaranya seperti ponteng kelas, melawan guru dan pernah juga
di denda kerana bergaduh. Personaliti arif yang agak kasar dan tingkahlakunya yang sering
membantah arahan guru dan pengawas telah menjadikan dia terkenal dalam kalangan rakan-
rakan sekolahnya sebagai pelajar bermasalah di sekolah. Beliau berkelakuan memberontak
disekolah kerana beliau menyatakan bahawa dia rimas dengan arahan dan peraturan sekolah
yang terlalu ketat. Pada beliau peraturan-peraturan yang telah disediakan adalah mengarut dan
tidak masuk akal.
Selain itu, kegiatan yang dilakukan oleh beliau selepas waktu sekolah agak berbeza
dengan remaj-remaja yang sebaya dengan beliau. Selain daripada melepak, Arif juga terjebak
dengan jenayah yang berat iaitu jenayah samun. Bermula dengan memeras ugut rakan-rakan
beliau semakin agresif dan kemudianya beliau mula melakukan jenayah berat seperti mencuri
dan merompak. Beliau melakukan jenyah-jenayah ini pada mulanya sebagai jalan mudah untuk
beliau mendapatkan duit supaya dapat “upgrade” motorsikal miliknya namun lama kelamaan ia
menjadikan jenayah ini sebagai sumber utama untuk memiliki wang kerana seringkali hasil yang
beliau dapat agak lumayan. Perbuatan beliau ini tidak diketahui oleh pihak sekolah. Antara
sasaran mangsa beliau ialah wanita dan juga kaum india, ini kerana menurut beliau golongan ini
mempunyai atau memiliki barang kemas atau dipanggil dengan gelaran “kunyit” yang banyak.
4
Beliau juga pernah melakukan jenayah pecah rumah tetapi hanya beberapa kali kerana menurut
beliau pecah rumah terlalu berisiko dan hasilnya agak kurang.
Jenayah yang dilakukan oleh Arif tidak bertahan lama, hal ini demikian kerana pada usia
beliau 19 tahun beliau telah ditangkap semasa melakukan kegiatan samun yang dilakukan.
Namun penahanan beliau tidak lama apabila beliau telah menyogok atau memberi rasuah kepada
pihak berkuasa. Setelah beliau dibebaskan, beliau bertekad untuk tidak mengulangi perbuatan
jenayah samun itu kembali, hal ini demikian kerana pengalaman beliau semasa dalam tahanan
pihak berkuasa sungguh menyiksakan, beliau telah di dera dengan pelbagai cara untuk
mendapatkan maklumat. Setelah beliau dibebaskan, pihak keluarga terutamanya ayah beliau
mula memberikan perhatian kepada beliau. Kini Arif telah menyambung pelajarannya ke Institut
Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) di Muadzam, Pahang, dan telah berjanji pada diri sendiri untuk
tidak lagi menghampiri jenayah samun itu kembali.
5
METODOLOGI KAJIAN
Temubual ini telah dilakukan oleh ahli kumpulan kami sendiri dengan kaedah menebual
responden secara tidak formal. Responden telah dipilih kerana pernah terlibat dengan masalah
disiplin di sekolah dan jenayah. Semasa melakukan temubual ini, responden meminta untuk tidak
dirakamkan wajah dan video beliau kerana berasa tidak selesa dan lebih gemar untuk
bersembang secara santai. Temubual ini telah dilakukan di kedai makan di bangsar dan di
hadapan rumah responden sendiri.
Kami mengenali responden melalui salah seorang ahli kumpulan kami yang merupakan
rakan responden. Padamulanya kami ingin menghubungi beliau dan menyatakan untuk
melakukan temubual secara formal iaitu dengan ingin merakam video namu responden
menolaknya kerana beliau menyatakan rasa tidak selesa dan beliau turut berasa malu untuk
bercerita berkenaan kisah silamnya itu. Namun setelah dipujuk beliau akhirnya bersetuju untuk
dilakukan temubual tetapi beliau memberi syarat untuk tidak dirakam muka dan suara dan
melakukan temubual itu secara santai dan kami akur dengan kehendak beliau.
Pada 27/9/2014 pada jam 8.00 malam kami telah bersetuju untuk berjumpa responden di
sebuah kedai mamak di Bangsar, Kuala Lumpur. Melalui salah seorang ahli kami yang
mengenali beliau kami dengan mudahnya menjumpai beliau yang sedang duduk di sebuah kedai
mamak tersebut. Temubual bermula dengan mudah apabila adanya ahli kami yang mengenali
responden tersebut dan personaliti responden yang peramah turut menjadi penyumbang. Selepas
memesan minuman kami hanya bersembang kosong seperti bertanya khabar dan bertanyakan
bagaimana keadaan tempat responden belajar dan juga bersembang kosong. Kami mula
meneroka kes responden apabila salah seorang ahli kami bertanyakan bagaimana kes beliau
dimana beliau pernah ditangkap oleh Polis dahulu atas kesalahan menyamun. Beliau pada
mulanya menjawab bermain-main dimana beliau menyatakan beliau akan dikenakan hukuman
gantung kemudian beliau ketawa, lalu menceritakan bahawa kes beliau telah selesai. Selepas itu
kami bertanyakan bagaimana penerimaan ibu bapa beliau, dan beliau menyatakan bahawa beliau
bernasib baik apabila keluarga beliau masih boleh menerima beliau namun disuruh untuk
meninggalkan kegiatan jenayah itu.
6
Tidak lama selepas itu, rakan-rakan responden yang kebetulan datang utuk melepak di
kedai mamak tersebut. Setelah bersalam-salam mereka meminta untuk duduk sekali. Temubual
kami terhenti kerana responden berasa tidak selesa untuk menceritakan berkenaan kes beliau.
Setelah habis minum kami dan responden meminta diri untuk melakukan temubual itu di tempat
lain namun rakan-rakan beliau seakan memerli beliau seakan tidak mahu lepak sekali, namun
setelah dinyatakan bahawa kami mempunyai kerja untuk diselesaikan akhirnya mereka faham.
Kami telah bersetuju untuk menyambung temubual bersama responden dihadapan rumah beliau
sendiri iaitu terletak di Pantai Baharu, Kuala Lumpur. Responden yang menaiki motorsikal
bergerak dahulu dan kami yang menaiki kereta hanya menyusul selepas itu. Mencari rumah
responden tidak menjadi masalah apabila salah seorang ahli kumpulan kami tahu akan lokasi
rumah beliau. Seusai sampai sahaja dirumah responden kami telah dipelawa masuk oleh
responden namun pada masa itu jam telah menunjukkan pukul 10.00malam kami menolak dan
meminta untuk membuat temubual itu dihadapan rumah beliau sahaja iaitu di beranda yang
mempunyai kerusi dan meja.
Semasa di hadapan rumah beliau, kami telah bertanyakan beliau bagaimana beliau telah
terjebak dengan aktiviti jenayah tersebut, apa yang pertama keluar daripada mulut responden
ialah “ini semua sebab aku dah salah pilih kawan la ni.”. Responden telah meletakkan bahawa
kawan beliau telah mendorong beliau melakukan aktiviti tersebut. Selain itu juga beliau
menyatakan bahawa keinginan mendapatkan motosikal yang “power” turut menjadi
penyumbang kepada sebab beliau melakukan jenayah samun ini. Beberapa sebab lain juga turut
dinyatakan oleh beliau seperti ibu bapa beliau yang kurang memantau juga turut menjadi punca
beliau melakukan jenayah samun itu.
Setelah mendapat kesemua data yang kami perlu, kami membuat keputusan untuk pulang
ke Tanjung Malim semula namun responden mengajak untuk tidur sahaja dirumah beliau namun
kami menolak kerana berasa tidak selesa. Kami telah meminta untuk mengundur diri dan
bersalam-salam dengan responden. Kami memulakan perjalan kami dari Pantai Baharu itu lebih
kurang pada jam 01.00pagi dan sampai ke Tanjung malim pada jam 2.15pagi.
7
PERSOALAN KAJIAN
Kajian kes ini dilakukan bertujuan untuk menjawab soalan tentang penglibatan remaja
dalam kes masalah disiplin dan jenayah. Secara khususnya kajian bertujuan untuk
menjawab soalan-soalan berikut:
Jenis masalah disiplin yang sering di lakukan responden.
Faktor yang mendorong responden melakukan jenayah dan masalah
disiplin.
Kesan kepada responden dan orang sekeliling.
Apakah tindakan pihak bewajib untuk menangani masalah ini.
Cadangan pihak pengkaji untuk menangani masalah ini.
8
OBJEKTIF KAJIAN
Antara tujuan temubual ini dilakukan adalah untuk mencapai objektif yang telah ditetapkan.
Antara objektif yang ingin dicapai adalah :
Mendekati remaja yang mempunyai masalah disiplin
Mengenalpasti punca berlakunya masalah disiplin dan jenayah dalam kalangan
remaja
Mengenalpasti langkah untuk mengatasi masalah disiplin dan jenayah dalam
kalangan remaja.
Mengetahui kesan kepada responden dan orang sekeliling.
ANALISIS DATA
Data yang telah diperolehi melalui kaedah temubual bersama responden telah dimasukkan
kedalam “soft copy” dengan menggunakan windows word. Melalui data yang diterima tersebut,
kami telah berjaya mencadangkan beberapa langkah untuk mengatasi masalah yang diceritakan
oleh responden.
9
DAPATAN KAJIAN
Hari ini, masyarakat kita telah dikejutkan dengan pelbagai kes jenayah yang melibatkan
pelajar dan remaja. Kejadian jenayah tersebut telah menggambarkan keseriusan kejadian jenayah
dalam kalangan pelajar dan remaja. Semakin hari kes-kes jenayah ini semakin berleluasa.lsu ini
sungguh memalukan memandangkan negara kita sekarang merupakan negara yang sedang pesat
membangun. Persoalannya, apakah punca-punca yang menyebabkan berleluasanya kegiatan
jenayah dalam kalangan pelajar dan remaja dan apakah masalah ini dapat diatasi?
SOALAN 1 : Boleh Arif ceritakan serba sedikit apa sebenarnya masalah tingkah laku
yang Arif lakukan?
Melalui temu bual yang di jalankan dapat dilihat di sini Arif banyak terlibat dengan
masalah disiplin di sekolah seperti melawan guru, gaduh, peras ugut budak sekolah dan
ponteng sekolah. Perkara ini bermula semasa responden memasuki sekolah menengah.
Antara faktor utama yang dinyatakan oleh responden adalah pengaruh rakan sebaya. Hal
ini demikian kerana, respoden ataupun Arif menyatakan bahawa kerana ajakkan rakan-
rakan, beliau terjebak dalam jenayah ini. Beliau menyatakan kebanyakkan rakan-rakan di
kawasan perumahan beliau melakukan aktiviti menyamun ini sebagai jalan untuk
mendapatkan wang secara mudah.
“….Baiklah.Dulu memang aku ni banyak buat masalah kat sekolah.Aku rase sekolah
punye peraturan tu wat aku serabut kepale,mengarut.Nak rambut panjang sket pun
xboleh.rilek la..nk stail sket pn tak kan tak bole an.dulu selalu jugak la ak kena
panggil ngan cikgu disiplin,cikgu kaunseling.sume tu kes-kes biase lah,cam
gaduh,ponteng sekolah,lawan cikgu.sampai satu sekolah kenal aku wey,kalau kenal
sebab pandai ke dapat anugerah takpe la gak an,ni tekenal sebab wat
masalah.hahaa..masalah aku ni mula mase aku masuk sekolah menengah.mase tu
aku form 2.start form 2 tu aku mula wat aktiviti peras ugut budak budak sekolah.aku
paw duit dorang.mana yang Nampak skema,boleh makan,ak tapaw cukup-
cukup.hahaa…”
10
SOALAN 2 : Ok, boleh tak Arif kongsikan sedikit la sebenarnya apa faktor yang
mendorong Arif buat perkara ni?
Antara faktor utama yang dinyatakan oleh responden adalah pengaruh rakan sebaya. Hal
ini demikian kerana, respoden ataupun Arif menyatakan bahawa kerana ajakkan rakan-
rakan, beliau terjebak dalam jenayah ini. Beliau menyatakan kebanyakkan rakan-rakan di
kawasan perumahan beliau melakukan aktiviti menyamun ini sebagai jalan untuk
mendapatkan wang secara mudah.
“…kawan-kawan dkat rumah aku selalu ajak buat benda bukan-bukan,samun lah apa
lah,banyak,nak jadi dewasa kena lah berani sikit.aku apa lagi,join lah sekali, lgi pun
duit banyak masyuk …….”
Selain itu, kurangnya perhatian daripada bapa beliau turut menjadi faktor beliau terjebak
dalam masalah disiplin di sekolah dan terlibat dalam kegiatan jenayah. Menurut arif
sepanjang beliau melakukan aktiviti jenayah ini, kedua ibubapa beliau tidak dapat
menghidu perbuatan beliau. Bapa beliau yang bekerja di syarikat swasta kurang
mengambil tahu akan perkembangan semasa beliau turut seakan memberi lampu hijau
kepada beliau untuk terus melakukan aktiviti jenayah. Responden menyatakan bahawa
kedua ibubapanya memberikan kebebasan sepenuhnya kepada beliau, jika pulang lewat
ke rumah seakan perkara biasa bagi mereka. Akibat kurangnya pemantauan daripada ibu
bapa, beliau terjebak dengan jenayah samun.
“…..Factor ea..aku ase mungkin sebab kurang kasih sayang kot.lebih-lebih lagi kasih
sayang dari bapak aku.Bapak aku cam wat tak care jea kat aku.mak aku okay
jea.bapak aku taw keluar keje,balik keje.xpenah nak tanye ape masalah aku kat
sekolah,ape keperluan aku.tu la salah salah wat ak jadi camni aku ase.tapi sebenarnye
tak bole nak kate salah dia gak,mende ni mungkin salah aku jugak kan.ylaa..biase
la,darah muda ni kan.semua benda nak cuba.itu ini.nak cari kepuasan…..”
11
Selain, itu faktor yang menyebabkan responden terjebak dalam jenayah ini adalah kerana
diri sendiri. Responden menyatakan bahawa kerana sikap tamak dan cepat terpengaruh
dengan ajakan rakan-rakan beliau terjebak dalam jenayah samun ini. Hal ini demikian
kerana, beliau bercampur dengan remaja yang bermain motorsikal, apabila beliau melihat
rakan-rakanya mengubah motorsikal beliau turut ingin mengubahsuai namun kewangan
responden tidak mencukupi lalu kerana mudah terpengaruh beliau mengikut rakan-rakan
beliau melakukan jenayah samun untuk mendapatkan wang untuk mengubahsuai
motorsikalnya.
“….keje-keje ni sume aku buat sebab nak dapat duit lebih.nk upgrade moto.buat itu
ini.orang muda,ko paham-paham jea la.nak pakai banyak duet….”
Selain itu,kurangnya didikan agama dalam diri Arif. Arif sanggup mengetepikan agama
semata-mata ingin memuaskan nafsunya. Jika di lihat dari pelbagai sudut, mereka yang
melakukan perbuatan terkutuk ini tidak berasa takut mahupun gentar apabila mereka
mengambil sesuatu tindakan yang salah dan bertentangan dengan ajaran agama. Dengan
kata lain, mereka tidak dapat membezakan antara intan dengan kaca. Mereka tidak dapat
menghayati dan mengamalkan peribahasa yang baik dijadikan teladan, yang buruk
dijadikan sempadan. Golongan ini juga gagal menghayati Islam Hadhari yang
mementingkan aspek lahiriah dan rohaniah untuk melahirkan insan yang seimbang. Jadi,
mereka mudah terpengaruh dengan pelbagai anasir negatif seperti melibatkan diri dalam
aktiviti jenayah.
“....halal haram tolak tepi dah..jahat aku dulu.hahaaa…”
12
SOALAN 3 : Baik..Boleh tak Arif ceritakan aktiviti Arif masa luar waktu sekolah?
Semasa berada di luar sekolah Arif , banyak aktiviti jenayah yang telah di lakukan oleh
Arif seperti mencuri, merompak dan samun. Kebiasaanya mangsa samun adalah orang
perempuan dan india. Bagi Arif kedua-dua golongan ini mudah di samun dan sering
membawa duit yang banyak dan barang berharga bersama mereka.
“…..Haaa..cite pasal aktiviti luar sekolah,ini yang advance sket.hahaa…lua sekolah
aktiviti aku bukan biase-biase beb.kat lua sekolah aku mula buat keje
mencuri,merompak.samun orang pun aku buat.selalunye yang jadi mangse samun
aku ni orang perempuan ngn orang india..lumayan ko taw…..”
Lama-kelamaan Arif mula ketagih dan semakin aktif dengan kerja jenayah samun. Kerja
yang di lakukan Arif semata-semata kerana wang.
“…..cite pasal samun ni,dalam bank aku penah cecah 300 ribu.hasil dari keje samun
ak buat.lumayan tak lumayan.tu yang aku ketagih tu.keje-keje ni sume aku buat sebab
nak dapat duit lebih….”
13
SOALAN 4 : Setelah Arif kena tangkap dengan polis,adakah itu memberi kesan pada diri
Arif?maksud saya adakah sebarang perubahan pada diri Arif lepas dari kena tangkap tu?
Jenayah samun yang di lakukan oleh Arif tidak selalu berjaya. Akhirnya , Arif di tangkap
oleh polis.
“…pendek cite,keje aku ni x tahan lama.mase aku umur 19 aku kena tangkap
polis.kantoi jugak.kantoi mase tgh samun tu la.adoiii..hahahaaa…”
Setelah di tangkap polis, Arif sudah serik daripada melakukan jenayah samun. Arif sudah
tidak mahu lagi melakukan jenayah samun. Hal ini kerana semasa dalam tahanan polis,
Arif di kenakan pelbagai hukuman daripada pihak polis. Kesakitan yang di alami oleh
Arif telah melahirkan rasa untuk Arif merubah dirinya ke arah yang lebih baik.
“…..Lepas kena tangkap ngan pak polis tu,series serik wey..macam-macam aku kena
kat dalam tu.dorang torce aku.memang nightmare la aku ase mase tu.ylaaa..macam
yang biase kite tengok dalam tv tu,yg polis dok torce penjenayah tu.ini reality aku kena
betul-betul beb.sumpah serik.sumpah tak buat lagi.hahaaa…tapi aku kat dalam tak
lama.ak sogok depa sket ngan duet.pastu dorang lepas aku balik.mujor jugak aku
lepas.tobat dah aku tak bikin kerja tu pasny.bukan ap,tak sanggop nak hadap abg polis
punye torce.hahahhaa…”
14
SOALAN 5 : Sekarang, saya nak tau la…..perasaan Arif sekarang, setelah semua ni yang
Arif lakukan dah boleh fikir benda yang baik. Arif nak ubah diri lebih baik ke macam
mana?
Setelah di tangkap, Arif nekad untuk mengubah kehidupanya. Keluarga mula memberi
perhatian kepada Arif dan Arif juga bernekad untuk sambung belajar serta dia juga
mendapat sokongan daripada keluarga.
“….Lepas dari kes kena tangkap tu memang aku nekad la tak nak balik kat keje lama
tu lagi.cam yang aku cakap tadi,serik ngn polis.hahaaa…Tapi Alhamdulillah,aku
Nampak hikmah atas apa yang jadi.Ayah aku mula amik berat pasal aku.satu family
mula care pasal aku.Aku cakap yang aku nak sambung belajar.Alhamdulillah,family
aku sapot aku untuk aku sambung belajar dan aku sekarang tengah belaja dekat
Uniten,Muadzam Shah….”
Bukan itu sahaja, tujuan beliau sambung belajar juga untuk memudahkan beliau mencari
rezeki yang halal di masa hadapan.
“….Dekat sana tempat baru,takde sorang pun yang kenal aku yang dulu camane.aku
nak amik nafas baru,udara baru,hidup baru.aku da tak nak dah cari duit dari rezeki
haram cam dulu….”
Arif juga ingin menjadi seorang anak yang boleh di banggakan oleh ibu bapanya.
“….apa yang penting sekali aku bersyukur sgt sebab aku ad fmily yang sapot aku dari
belakang.In Sha Allah,kali ni aku akan cuba jadi anak yang dorang boleh
banggakan.nmpk skema jawapan aku ni an..bia lantak la.apw,ingat orang jahat
xboleh bermadah ke.hahahhaa……”
15
CADANGAN
Melalui temubual yang telah dijalankan, terdapat beberapa cadangan yang boleh
diusulkan untuk membendung masalah disiplin dan jenayah dalam kalangan remaja yang
semakin hari semakin kerap diperkatakan ini. Semua pihak haruslah mengambil bahagian dalam
usaha membendung masalah ini, bukan sahaja ibu bapa, pihak sekolah dan juga masyarakat juga
haruslah memainkan peranan untuk mencapai matlamat ini.
Remaja juga perlu menyemai, mengamalkan serta memperkukuhkan jati diri. Jati diri
boleh dipupuk melalui pendidikan keagamaan. Apabila ilmu agama telah mantap dalam diri
remaja, mereka mampu berfikir secara matang dan rasional. Mereka juga dapat membezakan
antara perkara yang baik atau perkara yang memudaratkan diri mereka. Seperti yang dinyatakan
oleh Duke (1980) menyatakan bahawa tiap-tiap individu itu bertanggungjawab di atas perlakuan
sendiri. Murid-murid berkemungkinan menjadi tidak berdisiplin kerana mengikuti kehendak-
kehendak diri mereka sendiri tanpa sebarang pengaruh dari luar, iaitu apa yang dikatakan sebagai
‘the potential influence of the student’s free will’. Ternyatalah bahawa kekuatan jati diri dalam
diri remaja membolehkan masalah kegiatan jenayah dapat dikurangkan..
Seterusnya, ialah Ibu bapa juga mempuyai peranan besar untuk mengatasi masalah
jenayah yang melibatkan remaja Ibu bapa perlu meluangkan masa untuk berbual dengan anak-
anak. Dalam sesi pertemuan itu, ibu bapa perlulah menasihatkan anak-anak supaya mematuhi
peraturan dan undang. Ibu bapa juga perlu memahami kehendak anak-anak dan memberi peluang
kepada anak-anak untuk menceritakan smua masalah diri mereka. Perkongsian minda antara
anak dan ibu bapa mampu mengubah kehidupan mereka yang lebih positif. Ivor Morrish (1975)
pula menambah dengan mengatakan bahawa penyeliaan keluarga itu tidak cukup setakat
mengenakan beberapa peraturan yang perlu diikuti sahaja. Ibu bapa harus menolong anak anak
supaya layak memasuki masyarakat mereka. Keadaan dan suasana dalam keluarga memang
boleh mempengaruhi perkembangan emosi murid-murid. Bila struktur sesuatu keluarga yang
mengalami keretakan, kanakkanak akan mengalami ketegangan emosi serta berasa tidak selamat.
Jadi hubungan yang baik dalam keluarga mendorong kepada pembentukan peribadi yang baik
pada seseorang individu itu.
16
Di samping itu, masyarakat juga berperanan untuk mengurangkan masalah jenayah yang
melibatkan remaja. Sikap 'tidak perlu jaga tepi kain orang' dan sikap 'biarkan' akan menjadikan
remaja itu lebih liar. Jika masyarakat ternampak remaja melakukan kerja-kerja tidak sihat seperti
hidu gam, melakukan maksiat dan mencuri, mereka perlu membuat laporan polis dan
memaklumkan hal tersebut kepada pihak keluarga remaja tersebut. Jika hal ini dapat dipraktik
oleh masyarakat, maka masalah jenayah dalam kalangan remaja akan lebih terkawal. Seperti
yang dinyatakan oleh Green dan Haines (2012) pembangunan masyarakat sebagai satu usaha
terancang untuk membangunkan keupayaan penduduk demi memperbaiki kualiti hidup mereka.
Bak kata pepatah, sikap cubit paha kanan, paha kiri juga terasa haruslah ditanam dalam diri
setiap anggota masyarakat.
Malah, guru hendaklah memastikan pelajar memenuhi masa mereka di sekolah dengan
tugasan yang diberikan tetapi tugasan yang diberikan tersebut boleh menimbulkan rasa
keseronokan pada pelajar untuk mengulang kaji pelajaran tersebut. Contohnya, tidak
memberikan terlalu banyak kerja rumah dan menyediakan masa untuk pelajar bertanya jika
mereka tidak faham mengenai pelajaran yang diajar. Hal ini boleh merapatkan jurang antara
pelajar dan guru. Kesempatan ini juga, guru boleh menggunakan kaedah perapatan terhadap
muridnya agar pelajar yang bermasalah dapat berkongsi masalah dan guru dapat memberi nasihat
yang berguna kepada pelajar tersebut.
Selain itu, guru itu sendiri perlu mengubah cara pembelajaran dan pengajaran agar pelajar
tidak bosan dan jemu dengan cara pengajaran yang diajar. Cara pengajaran yang tidak berkesan
membuatkan pelajar tidak faham apa yang hendak guru itu sampaikan kepada mereka. Guru
haruslah menggunakan teknik perhubungan dua hala dlam sesi bertanyakan soalan atau pelajar
menerangkan topik yang diajar. Cara ini lebih berkesan dan pelajar akan mudah faham apa yang
guru hendak sampaikan. Selain itu juga, kaedah pembelajaran dan pengajaran haruslah berbeza
mengikut tahap pencapaian akademik mereka. Bagi pelajar yang lemah dalam pelajaran, mereka
perlu diberi perhatian sepenuhnya dan teknik pengajaran yang mudah bagi mereka fahami
supaya mereka tidak rasa tersisih dan ketinggalan dalam pembelajaran. Pengajaran untuk pelajar
yang pandai, hendaklah menggunakan teknik yang berlainan dengan pelajar yang lemah.
17
Selain itu juga, pihak sekolah harus peka terhadap kemudahan dan infrakstruktur sekolah.
Keadaan sekolah yang tidak selesa ini menyebabkan pelajar tidak gemar untuk belajar. Pihak
sekolah perlu mengubah dan memperbaiki kemudahan yang ada untuk keselesaan pelajar dalam
menuntut ilmu. Contohnya, kipas angin dalam kelas yang tidak dapat berfungsi. Hal ini
menyebabkan pelajar tidak selesa dan juga guru. Guru mengajar dalam keadaan panas dan
kurang selesa untuk guru tersebut menyampaikan ilmu kepada murid-murid dan murid-murid
juga tidak selesa dan sukar menerima ilmu yang diajar oleh guru berkenan kerana
ketidakselesaan yang dihadapi.
Akhir sekali, guru dan ibu bapa harus berganding bahu dalam menangani masalah
disiplin pelajar dan membentuk mereka menjadi manusia yang berguna kelak. Oleh itu, guru dan
ibu bapa sebaik-baiknya menumpukan pada kekuatan dan memahami cara mengatasi masalah
kelemahan-kelemahan yang ada pada pelajar. Tumpuan ini penting kerana guru dan ibu bapa ada
sebab supaya memberikan kata perangsang kepada pelajar.
Bagi membentuk sekolah yang cemerlang dan kurang masalah disiplin ini, organisasi
kepimpinan sekolah perlulah mantap dalam pengurusan dan pentadbiran sekolah. Selain itu juga,
guru haruslah menekankan persekitaran sekolah yang positif dan dipenuhi nilai-nilai murni agar
pelajar dalam keadaan yang tenang untuk menuntut ilmu.
Semua pihak harus berganding bahu untuk menangani masalah disiplin pelajar. Jika tidak
ditangani dengan segera, perkara ini akan lebih menjadi-jadi dan tidak terkawal. Maka,
tanganilah isu ini dengan segera dan jangan sekali-kali menyisihkan pelajar kerana hal ini
menyebabkan pelajar akan melanggar peraturan sekolah kerana mereka ingin mendapatkan
perhatian. Sama-sama kita berganding bahu bagi menyelesaikan isu pelajar bermasalah disiplin.
18
PENUTUP
Kesimpulannya yang boleh dibuat berdasarkan kes yang ditemui ialah,segala masalah
yang terjadi seharusnya kita balik kepada pencipta kita iaitu Allah S.W.T.Sebelum baginda Nabi
Muhammad S.A.W. wafat,baginda ada menyatakan”aku meninggalkan dua benda kepada
kamu,hendaklah kamu berpegang dengan kedua benda ini,nescaya kamu tidak akan sesat buat
selama-lamanya iaitu Al-Quran dan Sunnahku.Seperti yang kita ketahui,setiap penciptaan di
dunia ini haruslah didatangai dengan buku panduan yang dibekalkan oleh sang pencipta.Sama
juga bagi kita manusia.Kita adalah ciptaan.Dan sudah tentunya kita mempunyai pencipta kita
iaitu Allah S.W.T.Buku panduan yang telah dibekalkan kepada kita ialah Al-
Quran.Permasalahannya sekarang,sudah ramai antara kita yang sudah tidak menggunakan buku
panduan yang telah dibekalkan kepada kita sejak 1436 tahun yang lalu.Hal ini menyebabkan
ramai manusia kini mula terjebak dalam masalah social dan jenayah khususnya golongan remaja.
Selain itu,penekanan juga harus diberikan kepada didikan ibu bapa di rumah.Ibu bapa
haruslah memainkan peranan yang besar untuk mendidik anak-anak mereka.Seperti yang dapat
dilihat daripada kes di atas,bapa Arif kelihatannya tidak memberi sepenuhnya perhatian kepada
Arif.Hal ini membuatkan Arif mula memberontak dan melakukan masalah social.
Kesimpulannya,anak-anak merupakan tanggungjawab yang Allah berikan yang harus
dijaga oleh setiap ibu bapa.Seperti sabda nabi di dalam hadisnya”anak-anak yang baru lahir
diibaratkan seperti kain putih.Ibu bapa lah yang berperanan dalam menentukan anak mereka itu
yahudi,majusi,nasrani ataupun Islam.
19
RUJUKAN
Green, G. P., & Haines, A. (2012). Asset building and community development (3rd ed.). Sage
publications.
Hall, G.S. (1904). Adolescence. (2 vols). New York: Appleton.
Ivor Morrish (1975) "The Sociology of Education" Unwin Press, London
20
LAMPIRAN
21
TRANSKRIP TEMUBUAL
1 Sebelum ini saya
dapat tahu Arif
menghadapi masalah
tingkah laku. Boleh
Arif ceritakan serba
sedikit apa
sebenarnya masalah
tingkah laku yang
Arif lakukan?
Baiklah.Dulu memang aku ni banyak buat masalah kat
sekolah.Aku rase sekolah punye peraturan tu wat aku
serabut kepale,mengarut.Nak rambut panjang sket pun
xboleh.rilek la..nk stail sket pn tak kan tak bole an.dulu
selalu jugak la ak kena panggil ngan cikgu disiplin,cikgu
kaunseling.sume tu kes-kes biase lah,cam gaduh,ponteng
sekolah,lawan cikgu.sampai satu sekolah kenal aku
wey,kalau kenal sebab pandai ke dapat anugerah takpe la
gak an,ni tekenal sebab wat masalah.hahaa..masalah aku ni
mula mase aku masuk sekolah menengah.mase tu aku form
2.start form 2 tu aku mula wat aktiviti peras ugut budak
budak sekolah.aku paw duit dorang.mana yang Nampak
skema,boleh makan,ak tapaw cukup-cukup.hahaa…
2 Ok, boleh tak Arif
kongsikan sedikit
la.sebenarnya apa
faktor yang
mendorong Arif buat
perkara ni.
Factor ea..aku ase mungkin sebab kurang kasih sayang
kot.lebih-lebih lagi kasih sayang dari bapak aku.Bapak aku
cam wat tak care jea kat aku.mak aku okay jea.bapak aku
taw keluar keje,balik keje.xpenah nak tanye ape masalah
aku kat sekolah,ape keperluan aku.tu la salah salah wat ak
jadi camni aku ase.tapi sebenarnye tak bole nak kate salah
dia gak,mende ni mungkin salah aku jugak kan.ylaa..biase
la,darah muda ni kan.semua benda nak cuba.itu ini.nak cari
kepuasan.bergaul pulak ngan kawan-kawan x sihat.tu yang
jadi gini.hahaaa… kawan-kawan dkat rumah aku selalu ajak
buat benda bukan-bukan,samun lah apa lah,banyak,nak jadi
22
dewasa kena lah berani sikit.aku apa lagi,join lah sekali, lgi
pun duit banyak masyuk …….
3 Baik..Boleh tak Arif
ceritakan aktiviti
Arif masa luar waktu
sekolah?
Haaa..cite pasal aktiviti luar sekolah,ini yang advance
sket.hahaa…lua sekolah aktiviti aku bukan biase-biase
beb.kat lua sekolah aku mula buat keje
mencuri,merompak.samun orang pun aku buat.selalunye
yang jadi mangse samun aku ni orang perempuan ngn orang
india..lumayan ko taw.cite pasal samun ni,dalam bank aku
penah cecah 300 ribu.hasil dari keje samun ak buat.lumayan
tak lumayan.tu yang aku ketagih tu.keje-keje ni sume aku
buat sebab nak dapat duit lebih.nk upgrade moto.buat itu
ini.orang muda,ko paham-paham jea la.nak pakai banyak
duet..halal haram tolak tepi dah..jahat aku dulu.hahaaa…
pendek cite,keje aku ni x tahan lama.mase aku umur 19 aku
kena tangkap polis.kantoi jugak.kantoi mase tgh samun tu
la.adoiii..hahahaaa…
4 Setelah Arif kena
tangkap dengan
polis,adakah itu
memberi kesan pada
diri Arif?maksud
saya adakah
sebarang perubahan
pada diri Arif lepas
dari kena tangkap
tu?
Lepas kena tangkap ngan pak polis tu,series serik
wey..macam-macam aku kena kat dalam tu.dorang torce
aku.memang nightmare la aku ase mase tu.ylaaa..macam
yang biase kite tengok dalam tv tu,yg polis dok torce
penjenayah tu.ini reality aku kena betul-betul beb.sumpah
serik.sumpah tak buat lagi.hahaaa…tapi aku kat dalam tak
lama.ak sogok depa sket ngan duet.pastu dorang lepas aku
balik.mujor jugak aku lepas.tobat dah aku tak bikin kerja tu
pasny.bukan ap,tak sanggop nak hadap abg polis punye
torce.hahahhaa..
5 Sekarang, saya nak Lepas dari kes kena tangkap tu memang aku nekad la tak
23
tau la…..perasaan
Arif sekarang,
setelah semua ni
yang Arif lakukan
dah boleh fikir
benda yang baik.
Arif nak ubah diri
lebih baik ke macam
mana?
nak balik kat keje lama tu lagi.cam yang aku cakap
tadi,serik ngn polis.hahaaa…Tapi Alhamdulillah,aku
Nampak hikmah atas apa yang jadi.Ayah aku mula amik
berat pasal aku.satu family mula care pasal aku.Aku cakap
yang aku nak sambung belajar.Alhamdulillah,family aku
sapot aku untuk aku sambung belajar dan aku sekarang
tengah belaja dekat Uniten,Muadzam Shah.Dekat sana
tempat baru,takde sorang pun yang kenal aku yang dulu
camane.aku nak amik nafas baru,udara baru,hidup baru.aku
da tak nak dah cari duit dari rezeki haram cam dulu.apa
yang penting sekali aku bersyukur sgt sebab aku ad fmily
yang sapot aku dari belakang.In Sha Allah,kali ni aku akan
cuba jadi anak yang dorang boleh banggakan.nmpk skema
jawapan aku ni an..bia lantak la.apw,ingat orang jahat
xboleh bermadah ke.hahahhaa
24